Moh perbanyakkan selawat di hari Jumuah Mubarakah ini
ﷺ اللّٰهم صَلِّ عَلَی سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَی آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّد ﷺ
Jika kamu tidak memiliki waktu untuk membaca Al-Qur'an walaupun sedikit, namun tetap punya waktu untuk makan, minum, tidur bahkan bermain sosial mediaЧитать полностью…
Maka ketahuilah, Kamu bukan orang yang sibuk, tetapi orang yang terhalang dari pada kebaikan...
Jodoh itu cerminan diri.
Kalau baik dirimu baiklah kelaknya. Tapi kalau jodoh itu bukan seperti yang kau impikan, mungkin ada hikmahnya.
Jangan terburu-buru dalam memulakan garis hidup kau semata-mata nak ikut mulut orang.
SABDA Rasulullah SAW: Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang penuh dengan penipuan dan tipu daya, kata-kata pendusta dibenarkan (dipercayai) dan didustakan percakapan orang yang benar, diberi amanah kepada pengkhianat dan dikhianati orang-orang yang amanah.
Kemudian akan berkata-katalah golongan al-Ruwaibhidhah. Baginda SAW ditanya: Siapakah golongan al-Ruwaibhidah? Maka baginda SAW menjawab: Orang yang bodoh lagi fasik berbicara (mengurus) berkaitan perkara umum yang besar. (Riwayat Ibn Majah).
#AkhirZaman
Kalau kita tengok hubungan kita dengan manusia macam tak berapa nak ngam , tak berapa elok . ketahuilah , hubungan kita dengan Allah lagi tak elok . sangat jauh dari Allah , sebab tu , kunci bahagia di dunia dan akhirat adalah dengan menjaga hubungan kita dengan Allah .
kalau kita jaga hubungan kita dengan Allah , insyaAllah , hubungan kita dengan manusia pun terjaga . percayalah . jadi , bawak bawak muhasabah diri , bagaimana hubungan kita dengan Allah , saat kita lihat hubungan kita dengan orang sekeliling kita tak berapa nak baik .
Pesanan ini dari saya ,
untuk saya dan awak 💛
.・🦋 💘 .・
Kita tak boleh control apa yang orang nak fikir dan cakap buruk pasal diri kita.
Tapi kita boleh control diri kita untuk abaikan semua itu.
Ejekan, cacian dan hinaan semua itu hanya hasutan negatif yang perlu diabaikan.
Teruskan hidup dengan pemikiran positif.
Andai sakit hati, tahan.
Orang buat macam mana pun, sabar.
Kalau dah geram sangat, just walk away.
"You're mature enough to avoid fights."
Belajarlah sabar duhai hati ..
Sabar ketika menahan kelukaan itulah orang yang diredhai Allah,
Sabar itu menenangkan jiwa dan memperkasakan iman.
Hidup ini adalah proses pembelajaran untuk memperbaiki diri.
Teruskanlah belajar menjadi baik, lebih baik dan terbaik.
Kadang, lebih baik simpan apa yang kita rasakan dari memberitahu orang lain.
Tak perlu bercerita tentang diri kita pada semua orang, kerana bukan semua orang nak ambil tahu.
Alhamdulillah ♥️
Ya Allah, Muliakanlah yang sedang membaca doa ini, Lapangkanlah hatinya, Bahagiakan dirinya
Luaskan rezekinya seluas lautan yang ENGKAU ciptakan. Lapangkanlah segala urusannya & keluarganya. Kabulkanlah cita-citanya, Jauhkan dia dari segala penyakit, fitnah, prasangka keji, berkata kasar, Jauhkanlah dia dari segala musibah & bencana,
Sembuhkanlah penyakitnya.
.
Ya Allah, TERIMA KASIH atas kehidupan hari ini untuk NAFAS dan REZEKI yang Engkau berikan. Jadikanlah permulaan hari ini penuh dengan KEBAIKAN, pertengahannya membawa KEJAYAAN dan pengakhirannya suatu KEBERUNTUNGAN.
Jadikan awalnya RAHMAT, pertengahannya NIKMAT dan penghujungnya PENUH BERKAT.
.
Semoga semua dalam rahmat dan jagaan Allah hari ini dan inshaAllah dipermudahkan segala yang sulit dan dilapangkan rezeki pada hari ini 😘
.
Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
.
(An-Nuur 24:51)
نَنَام وَنَصْحَى والهواتف بَيْنَ أَيْدِينَا ، هَل ذَهَبَت عُقُولُنَا ؟ أَمْ هَلْ شَغَلَتْنَا الدُّنْيَا ؟ أَم أَهْلَكَنَا أَنْفُسَنَا ؟ لَا قُرْآن وَلَا ذِكْر وَلَا سُنَّة وَلَا خُشُوع وَلَا خُضُوع ، وَلا تَفَكُّرْ وَلَا تَدَبُّرْ ، فاللهم اُلْطُفْ بِنَا وَرُدَّنَا إلَيْك مَرَدًا جَمِيلًا .
Kita tidur dan bangun dengan telefon di tangan kita, adakah otak kita hilang ? Atau adakah dunia menduduki kita ? Atau adakah kita telah membinasakan diri kita? kita tidak membaca al-Quran, kita tidak ingat kepada Allah, kita tidak mengikut Sunnah2 nabi SAW, kita tidak berfikir ,tidak bermuhasabah!!!!
sibuk ja 😔
Allahu Rabbi
Ya Allah kasihanilah kami dan kembalikanlah kami kepadamu.
صلى الله على محمد
صلى الله عليه وسلم
۞السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه۞
۞بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ۞
۞اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ۞
SELAMAT PAGI 🌞🌻🌞
=========================
Berkata Ibnu Abbas: "Musuh manusia yakni,
1) Dunia yang melalaikan.
2) Nafsu yang ada pada diri sendiri.
3) Syaitan.
4) Kawan-kawan yang mengajak kepada keburukan."
السَّلاَم ُعَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللّٰهِ وَبَرَكَاتُه
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
SELAMAT MALAM
Jadikanlah Al-Quran Itu Sebagai 'Surat Cinta' Sepanjang Masa.
Bacalah Al-Quran Walaupun Satu Muka Surat Setiap Hari Kerana Al-Quran Memberi Petunjuk Ke Jalan Benar.
Terjaga hati si isteri selagi terjaganya adab sebagai suami orang...
Adab sebagai suami orang ni, tak boleh sesaja nak menyembang dengan mana-mana perempuan secara membabi buta...kena fikir panjang, kena fikir sebab musabab kenapa perlu nak sembang...
"Atas alasan apa..."
Kalau tak nampak sebab atau takde kepentingan serta keperluan pun utk bersembang dengan perempuan lain, maka jangan sembang...
Diam, buat hal sendiri, buat keje sendiri...biar nampak sombong takpe lagi daripada nampak ramah macam YB...
Sentiasa nak ambik tahu tentang orang lain drpd org rumah sendiri...
Suami orang kena jaga adab bergaul, yang ni adab paling penting...ada had, ada batas, ada etikanya utk berkawan, melayan, menyembang dan sebagainya dengan perempuan lain...
Seringkali kita sebagai suami, terbabas dgn perkara ni...kita lupa adab tu, lupa akan perbuatan tu boleh menyebabkan isteri sakit hati, terasa hati...kita melebihi batasan yang telah ditetapkan...
Jaga adab, maka yg lain-lain akan terjaga dengan sendirinya...
Siapapun yang hadir dalam hidupmu, hargai dan layani sebaik mungkin. Kerana setiap pertemuan dan perpisahan adalah kerana Allah.
.
Yang baik kita ambil dan yang buruk kita buang dan jadikan ianya pengajaran dalam hidup. 😊👌
Semakin berumur sepatutnya semakin bertambah amal ibadat kita kpd Allah kerana kita semakin hampir dgn kematian bukan semakin berumur semakin terasa muda bkn masa untuk berfoya2, yg sudah berkahwin jgn rsa diri tu bujang, yang ada anak jgn rsa diri tu seperti tiada anak, yg selalu buat maksiat jgn bertambah buat maksiat, yg selalu buat baik Alhamdulillah tambahkan lagi amal ibadat. Yang baik kita ambil teladan yag buruk kita buang jauh2. Semoga bertambah amal ibadat kita dibulan mulia ini.
Читать полностью…۞اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد وعلى آل سيّدنا محمّد۞🖤
"Nak tahu apa yang menggantikan Al-Quran dalam diri kita pada masa sekrang ? "
"Apa ?"
"Tengok apa yang kita pegang sekarang" HANDPHONE 🥹😥😭
Selamat Malam Semua 😴 🥱 😴
Mohon Maaf Belaka deh ...
✨🌹✨
Selama belum halal perbanyak bertukar doa, bukan bertukar kabar. Aku percaya dia Sedang memperbaiki diri, begitu pun aku. Insyaallah kita bertemu setelah sudah sama-sama baik.Читать полностью…
💙 اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ مُحَمَّدٍKadangkala kita sendiri tidak tahu apa yang kita perlukan. Kita perlukan ketawa. Sebaik puas kita ketawa, rasa sedih itu tidak pun hilang. Kita perlukan teman dan keriuhan. Sebaik semuanya pulang, rasa sunyi itu tidak pun terubat. Kita perlukan kekayaan. Sebaik kita memiliki segalanya, kita masih lagi menghitung-hitung dan berkira-kira. Ketahuilah sebenarnya apa yang kita perlukan hanyalah Allah. Hidup tanpa Allah adalah ibarat gelas bocor yang biar diisi seluruh lautan, ia tetap akan kosong.
Cukup hanya Allah.❤️
Untuk laki-laki akhir zaman :
— janganlah menjadi laki-laki akhir zaman yang mengabaikan Adzan, hanya demi mabar.
— jangan malu dibilang Noob, tapi malulah ketika kamu disuruh jadi imam malah dorong-dorongan.
Untuk wanita akhir zaman :
— jangan menjadi wanita akhir zaman yang mengabaikan aurat, hanya demi sebuah trend.
— jangan malu dibilang ibu-ibu ketika memakai pakaian gamis atau kerudung yang panjang. Tapi malulah ketika kamu ditegur untuk menutup aurat mu oleh laki-laki yang bukan mahram mu..
Jangan terlalu lama tak baca Al - Quran , nanti Lidah jadi Keras , bacaan jadi Gagap . nak baca pun tak Lancar , Tajwid berterabur . sama - sama kita Muhasabah .
Salam Fardhu Maghrib 🕋🕌🕋
💘
Haa , dah selawat ke belum harini 🧐 ?
jom selawat sama - sama dulu 🌷
۞اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى اٰلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞
" Orang yang paling dekat denganku di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku "
( HR. Tirmidzi )
awak dah baca dah 🤩❤️ ?
okayy nah , bunga ni untuk awak <3 !
(つ≧▽≦)つ 🌷
haa jangan lupa share tau supaya orang lain pun dapat manfaat sekali 🔏💖
small reminder ♡︎ :
sebaik - baik manusia adalah mereka yang bermanfaat bagi orang lain 🕊🤍 .
.・🦋 💘 .・
Terdapat tiga perkara untuk mengenali orang yang jujur :
i. Orang yang merahsiakan ibadahnya .
ii. Orang yang merahsiakan sedekahnya .
iii. Orang yang merahsiakan ujiannya .
Sungguh bukan mudah untuk naikkan semula iman yang semakin berkurang.
Sungguh bukan mudah untuk hadirkan semula perasaan rugi apabila tinggalkan solat.
Sungguh bukan mudah untuk hadirkan semula kebiasaan kita yang lalu bahkan utk bina semula kebiasaan yang jauh lebih baik dari yang lalu ITU TIDAK MUDAH
Perempuan sederhana itu menenangkan.
1. Bila bercakap, dia bukan mempertahankan pendapat tetapi meraikan perbezaan.
2. Bila berkawan, dia memuji kelebihan tanpa mempermainkan kelemahan.
3. Bila ada impian, dia bergantung sepenuhnya pada Tuhan.
Hidupnya sederhana kerana yang dikejar itu Redha Tuhannya.
𝗛 𝗔 𝗞 𝗜 𝗞 𝗔 𝗧 𝗖 𝗜 𝗡 𝗧 𝗔
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد وعلى آل سيّدنا محمّد 🖤
Lisan yang kita gunakan untuk menghina orang lain hari ini, lisan itu jugalah yang akan bersaksi di hadapan Allah SWT kelak di hari akhirat.Percayalah, hinaan yang kita hemburkan saat ini akan membawa kesengsaraan kepada kita kelak. Jika kita bijak, jagalah lisan dari berkata perkataan yang buruk buruk.
✨🌹✨
Melepaskannya pergi. Dulu saya sangat takut untuk melepaskan. Saya pernah benci selamat tinggal. Saya pernah benci perkara yang berakhir. Saya pernah sangat takut betapa ia akan menyakitkan saya apabila mereka tidak lagi dalam hidup saya. Saya mempunyai banyak bagaimana jika dan apa yang mungkin berlaku ketika itu dan di situlah saya tersilap selama ini — kerana takut dengan segala-galanya. Dan sekarang saya faham. Apabila sesuatu berakhir, ia berakhir dengan sebab. Apabila sesuatu tidak berjaya, ia tidak berjaya atas sebab tertentu. Anda tahu, melepaskan itu indah. Lebih-lebih lagi jika anda telah bertahan terlalu lama. Kadang-kadang, ia sukar. Tetapi sentiasa ingatkan diri anda bahawa anda melakukannya kerana Allah semata-mata. Lepaskan perkara yang telah menyakiti anda. Lepaskan perkara yang tidak membawa anda ke mana-mana. Lepaskan perkara yang tidak memberi anda ketenangan. Bersabarlah dalam proses. Kerana selepas setiap kesabaran, perkara yang indah menanti. Facebook : laut - بحر
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد وعلى آل سيّدنا محمّد 🖤
Jangan kita berlagak pandai kerana setiap orang dikurniakan kemahiran tersendiri dan kita memerlukan antara satu sama lain.
Hormatilah sesama insan🍃
✨🌹✨
Nasihat untuk Ukhti
kecantikan dan manisnya wanita solehah itu , tidak terletak pada kecantikan wajahnya atau tubuhnya , tetapi ia terletak pada akhlaq dan budi pekertinya . daya tarik wanita solehah bukan pada manis bicaranya yang menggoncang iman para muslimin bukan pula pada kehebatannya melunakkan suara dan memujuk rayu , tetapi daya tarikannya terletak pada iman dan taqwa kepada Allah SWT.
Jadilah Orang Yang Diredai Allah Bukan Dibenci
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَرْضَى لَكُمْ ثَلَاثًا وَيَسْخَطُ لَكُمْ ثَلَاثًا يَرْضَى لَكُمْ أَنْ تَعْبُدُوهُ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَأَنْ تَعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَأَنْ تُنَاصِحُوا مَنْ وَلَّاهُ اللَّهُ أَمْرَكُمْ وَيَسْخَطُ لَكُمْ قِيلَ وَقَالَ وَإِضَاعَةَ الْمَالِ وَكَثْرَةَ السُّؤَالِ
Daripada Abu Hurairah RA berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Allah meredai kalian dalam tiga perkara dan benci kepada kalian dalam tiga perkara. Allah meredai kalian jika kalian beribadah kepada-Nya dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, jika kalian berpegang teguh kepada agamanya dan tidak berpecah belah dan, jika kalian saling nasihat menasihati kepada orang yang diserahkan kepadanya urusanmu. Dan Allah membenci kalian dari sikap percaya kepada khabar yang tidak tentu sumbernya, banyak bertanya (tentang perkara yang tidak perlu) dan memboroskan harta". (HR Ahmad No: 8444) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Allah meredai seseorang apabila ia melakukan tiga perkara:
a. Beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu
b. Berpegang teguh kepada agama-Nya dan tidak berpecah belah
c. Saling nasihat menasihati dalam melaksanakan kewajipan dan tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah.
2. Allah membenci seseorang apabila ia memiliki tiga perkara:
a. Percaya kepada khabar, maklumat atau info yang tidak tentu sumbernya sama ada dalam bentuk pertuturan mahupun tulisan.
b. Banyak bertanya (tentang perkara yang tidak perlu) sehingga menyusahkan orang lain untuk beramal
c. Membazir atau boros dalam membelanjakan harta
Berusahalah menjadi hamba yang diredai bukan dibenci.
Semoga bermanfaat 💐
MUZIK DISEMAT
AL-QURAN DIPINGGIRKAN
Ternyata sebahagian umat Muhammad ﷺ memilih untuk meminggirkan Al-Quran.
Firman Allah ﷻ:
۞وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِي ٱتَّخَذُواْ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورٗا۞
“Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku, sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini sesuatu yang ditinggalkan, tidak dipakai."
[Al-Quran, al-Furqan, 25:30]
Menurut Ibnu Kathir, termasuk dalam erti meminggirkan Al-Quran ialah tidak mempelajarinya, tidak menghafalnya, tidak beriman dengannya, tidak membenarkan isi kandungannya, tidak menghayatinya, tidak beramal dengannya dengan melaksanakan suruhannya dan meninggalkan larangannya.
Meminggirkan Al-Quran turut merangkumi perbuatan berpaling kepada selainnya seperti nyanyian, syair dan kata-kata manusia, tegas beliau.
Saya katakan, demikian halnya dengan mereka yang asyik mendengar muzik dan jarang-jarang mengambil masa untuk membaca dan menghayati Al-Quran, mereka telah meminggirkan Al-Quran.
Sedangkan sedar atau tidak, muzik adalah seruling syaitan yang digunakannya untuk terus menjauhkan manusia daripada agama Allah ﷻ.
Sebagaimana firman Allah ﷻ:
وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَشۡتَرِي لَهۡوَ ٱلۡحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ
“Dan ada di antara manusia yang memilih serta membelanjakan hartanya untuk perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang menyesatkan daripada agama Allah.”
[Al-Quran, Luqman, 31:6]
Menurut al-Hasan al-Basri dalam Tafsir Ibnu Kathir, ayat di atas merujuk kepada nyanyian muzik.
Justeru bacalah Al-Quran dan dengarlah ia untuk terus mendekatkan diri kepada Allah ﷻ sedangkan natijah mendengar muzik pula adalah sebaliknya, ia menjauhkan manusia daripada Allah ﷻ dan mendekatkannya kepada syaitan.
Tinggalkan muzik dan orang-orang yang mengharuskannya.
Dr. Idris bin Sulaiman
Kajang
10 Zulkaedah 1444H
30 Mei 2023
-------------------
اللّهمّ صلّ على سيّدنا محمّد وعلى آل سيّدنا محمّد🖤
Baca novel hingga berjam-jam tak lesu,
Tapi baca quran seminit dah lelah.
Borak panjang berjam-jam tak kisah, tapi berdoa pada Allah lepas solat pun susah.
Ajak jalan-jalan, shopping, tengok wayang laju, tapi pelawa ke majlis ilmu tak mau.
Senang nangis tengok movie/drama/kisah sedih, tapi bila tinggal solat buat tak kisah.
Jika begitu, ada belitan 'dunia' yg sedang melilitmu.
Jangan biar ia terus menjerutmu sampai mati.
Muhasabah supaya terjaga. termasuk saya juga 😭
✨🌹✨