infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

HEBAHAN ORANG HILANG.
MOHON KERJASAMA ORANG RAMAI YANG MEMPUNYAI SEBARANG MAKLUMAT TERHADAP ORANG HILANG TERSEBUT UNTUK MENGHUBUNGI PEGAWAI PENYIASAT BERTUGAS ATAU MENGHUBUNGI MANA-MANA BALAI POLIS BERHAMPIRAN.
#OrangHilang
#LabisRpt
#PolisDanMasyarakatBerpisahTiada

#ipdSeriAlam
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kereta mewah rempuh rumah

15 Disember 2024, 1:55pm

Foto pembaca
MELAKA: Sebuah kereta Mercedes Benz C300 terbabas ke bahu jalan bercerun sebelum merempuh sebuah rumah di Batu 4 1/2 Bukit Duyong, dekat sini, awal pagi semalam.

Penghuni rumah, Nabilah Roslan berkata dalam kejadian 5.40 pagi, dia bersiap untuk solat Subuh sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dari hadapan rumah.

Bapanya Roslan Atan, 60, segera membuka pintu rumah dan mereka melihat sebuah kereta terperosok di beranda rumah dengan bahagian bonet hadapan remuk selain sebatang tiang rumahnya runtuh.

“Mujur ada tiang konkrit, jika tidak mungkin kereta itu terus merempuh ke dalam rumah.

Pemandunya seorang pemuda lingkungan usia 20-an kemudian merangkak keluar dari kereta dan hanya cedera melecet di kaki.

“Dia hanya kata mahu menelefon keluarganya yang datang tidak lama selepas itu,” katanya.

Sementara itu, Roslan berkata, kejadian itu kali pertama berlaku dan dia membuat laporan di Balai Polis Bandar Hilir untuk tindakan lanjut.

Katanya, kejadian itu menyebabkan beranda rumahnya rosak teruk termasuk sebatang tiang roman dan atap runtuh selain tembok rumah, kerusi serta meja bata turut pecah.

“Selain itu, tiga motosikal saya turut rosak dihempap tembok batu dan zink depan rumah yang runtuh.

“Apapun saya bersyukur kejadian tidak menyebabkan kecederaan pada kami sekeluarga dan mujur juga saya sedikit lewat keluar ke surau bagi solat Subuh dengan motosikal.

“Jika tidak mungkin dilanggar kereta itu yang turut merempuh penghadang besi sebelum terbabas kira-kira 50 meter dari atas jalan dan melanggar rumah,” katanya.

Kejadian itu turut tular apabila dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri Duyong, Datuk Noor Helmy Abdul Halem menerusi Facebook selepas menziarahi mangsa.

Artikel Buletin Tv3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

rm56 je gaes khas for yall dashcam sales harini 15hb
https://s.shopee.com.my/6V7RSTjY3j
vauchers https://s.shopee.com.my/1B5reFJo4o

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki maut kereta terbalik, jatuh cerun di kawasan perumahan

NORAFIDAH ASSANNORAFIDAH ASSAN
15 Disember 2024 02:29pm

SEREMBAN - Seorang lelaki maut, manakala seorang wanita warga emas cedera parah selepas kenderaan dinaiki hilang kawalan sebelum terbalik dan jatuh ke cerun bukit di kawasan taman perumahan Taman Nusari Bayu 1, Bandar Seri Sendayan pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kejadian pada jam lebih kurang 9 pagi itu membabitkan sebuah kereta jenis Proton Iriz.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kereta yang dipandu lelaki berumur 36 tahun bersama seorang penumpang wanita berusia 60 tahun dipercayai ibu pemandu itu dari arah Nusari Aman menuju ke Rasah Jaya.

Apabila tiba di lokasi kejadian, dipercayai pemandu kereta berkenaan telah gagal mengawal kenderaannya lalu masuk ke laluan bertentangan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ujarnya, susulan itu kenderaan berkenaan telah melanggar pagar besi di bahu jalan cerun bukit yang berketinggian lebih kurang 10 hingga 15 meter sebelum terjatuh dan terbalik ke kawasan taman perumahan Taman Nusari Bayu 1.

Akibat kemalangan tersebut, pemandu kereta mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi manakala penumpang belakang mengalami kecederaan parah dan dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar untuk rawatan lanjut.

Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Rembau untuk urusan bedah siasat," katanya.

Beliau berkata, siasatan kes masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

"Individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes iaitu Inspektor Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pengendali feri Langkawi buat ‘u-turn’

Oleh NUR AMALINA AZMAN
15 Disember 2024, 3:17 pm

LANGKAWI – Kenaikan tambang feri yang diumumkan oleh pengendali perkhidmatan feri Langkawi pada pagi tadi dibatalkan, sebentar tadi.
Pengurus Besar Langkawi Ferry Line Ventures Sdn. Bhd., Kapten Baharin Baharom berkata, pembatalan tersebut adalah atas nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).

“Atas nasihat Kementerian Pengangkutan dan Kerajaan Negeri Kedah maka kenaikan tambang bagi warganegara Malaysia mulai 1 Januari 2025 ini dibatalkan.

“Walau bagaimanapun, kenaikan tambang bagi pelancong asing akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2025,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, akhbar melaporkan pengendali feri mengumumkan kenaikan tambang mulai 1 Januari depan bagi penumpang dewasa warganegara untuk perjalanan sehala dari Kuala Perlis ke Langkawi sebanyak RM3 iaitu daripada RM21 kepada RM24. Tiket kanak-kanak pula dinaikkan daripada RM16 kepada RM19.

Manakala untuk laluan Kuala Kedah, dari RM26.50 dinaikkan RM3.50 menjadi RM30 untuk dewasa, kanak-kanak pula RM20.50 dinaikkan dengan kadar sama menjadi RM24.-KOSMO! ONLINE

Artikel Kosmo Online

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mercedes Benz C300 terperosok di beranda rumah

Melaka: Sebuah Mercedes Benz C300 terbabas ke bahu jalan bercerun sebelum merempuh sebuah rumah di Batu 4 1/2 Bukit Duyong, dekat sini, awal pagi semalam.

Penghuni rumah, Nabilah Roslan berkata, dalam kejadian jam 5.40 pagi itu, dia bersiap untuk solat Subuh sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dari hadapan rumah.

Katanya, bapanya, Roslan Atan, 60, segera membuka pintu dan mereka melihat sebuah kereta terperosok di beranda rumah dengan bahagian bonet hadapan remuk selain sebatang tiang rumah runtuh.

Mujur ada tiang konkrit, jika tidak mungkin kereta itu terus merempuh ke dalam rumah. Pemandunya seorang pemuda lingkungan usia 20-an kemudian merangkak keluar dari kereta dan hanya cedera melecet di kaki.

Dia hanya kata mahu menelefon keluarganya yang datang tidak lama selepas itu," katanya kepada Harian Metro, hari ini.

Sementara itu, Roslan berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Bandar Hilir untuk tindakan lanjut.

Katanya, kejadian itu menyebabkan beranda rumahnya rosak teruk termasuk sebatang tiang roman dan atap runtuh selain tembok rumah, kerusi serta meja bata turut pecah.

"Selain itu, tiga motosikal saya turut rosak dihempap tembok batu dan zink depan rumah yang runtuh.

Apapun saya bersyukur kejadian tidak menyebabkan kecederaan pada kami sekeluarga dan mujur juga saya sedikit lewat keluar ke surau bagi solat Subuh dengan motosikal.

"Jika tidak mungkin dilanggar kereta itu yang turut merempuh penghadang besi sebelum terbabas kira-kira 50 meter dari atas jalan dan melanggar rumah," katanya.

Kejadian itu turut tular apabila dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Noor Helmy Abdul Halem di akaun Facebooknya selepas menziarahi mangsa.

Disiarkan pada: Disember 15, 2024 @ 1:17pm

FOTO ihsan FB Datuk Noor Helmy Abdul Halem
Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

💡petua 2024
https://s.shopee.com.my/3fnFtFIQWP

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pelawak miliki dadah dalam rumah direman pagi ini

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
15 Disember 2024, 9:50 am


ANTARA barang rampasan ketika serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Sepang di rumah seorang selebriti di Cyberjaya. - GAMBAR IHSAN PDRM

SEPANG – Teka teki siapa selebriti lelaki tempatan yang ditahan polis kerana disyaki memiliki ganja di sebuah rumah di Cyberjaya petang semalam terjawab hari ini.

Pihak polis pagi ini mengesahkan Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, adalah selebriti tempatan yang ditahan itu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, selebriti itu akan di bawa ke Mahkamah Majistret Teluk Datok di Banting pagi ini bagi mendapatkan perintah tahanan reman bagi membolehkan siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Malam tadi, polis mengesahkan telah menahan seorang selebriti lelaki kira-kira pukul 3.10 petang semalam kerana disyaki memiliki dedaun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram.- KOSMO! ONLINE

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

HIBAH GERENTI LULUS
Zurich Takaful ada Hibah Takaful untuk yang dah ada penyakit atau obesiti etc, boleh cover hingga umur 80 tahun.

Rebate sebulan untuk pembayaran yang Bagus dan Rebate 2 bulan untuk bayaran Tahunan

SEMUA boleh apply untuk coverage dari RM 50,000 ~ RM 300,000 termasuk :
✅ Yang diuji dgn critical illness (kanser, strok, jantung, kidney, dialysis etc)
✅ Yang dah ada kecacatan fizikal/mental dan OKU
(Major Depression, Celebral Palsy etc)
✅ Yang penyakit berangkai (darah tinggi, kencing manis, gout etc)
✅ Yang badan obes BMI lebih 35 dan ke atas
✅ Yang sudah Total Disabled (TPD) or bed ridden
✅ Yang wujud keadaan sejak lahir (Autisme, ADHD, Sindrom Down etc)
✅ Yang ada HIV, AIDS atau pengunaan dadah
✅ Yang kerja bahaya (bomba, ambulan, polis etc)

Coverage Kemalangan .
Terus cover dan 200% coverge dari perlindungan Asas.

TEMPOH MENUNGGU hanya 2 tahun sahaja bagi yang mempunyai penyakit kritikal.

*OKU boleh ambil*

*Bukan Medical Card ,Medical tak akan cover sakit sedia ada*

*Peluang Terakhir untuk ada plan Hibah yang coverage Tinggi*


Mempunyai pilihan plan Hibah + Saving jika sudah sakit.

Kalau sihat plan lain ya.

Sapa-sapa yang perlu atau kenal sapa-sapa yang sakit dan perlu HIBAH, better GRAB PELUANG ni...
At least ada SESUATU boleh kita bantu usahakan.

Norlia
www.wasap.my/601151517719/Alsham

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja

PUTRAJAYA - Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, lelaki berusia 41 tahun itu, ditahan sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang kira-kira 3.10 petang.

"Hasil pemeriksaan lanjut di rumah tersebut telah menemukan dua peket plastik lutsinar, yang tiap satunya mengandungi leraian dedaun kering disyaki dadah jenis ganja.

"Anggaran berat keseluruhan dadah disyaki ganja yang telah dirampas ialah 60.3 gram," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki berkenaan positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

"Lelaki berkenaan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya. - Bernama

14 Disember 2024 11:17pm

Kredit ➡️ BERNAMA

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*JANGAN SAMPAI JATUH MISKIN DENGAN TRADING FOREX!*

Di TP Hunter, kami sudah lama menahan rasa kecewa melihat industri forex yang semakin rosak, terutamanya dengan kemunculan IB yang tumbuh dengan cepat, seperti cendawan selepas hujan. Baru sebulan dua trading, tapi sudah berani klaim pengalaman 4-5 tahun. Lebih lagi yang suka gunakan Full Margin tanpa berfikir panjang. Apa sebenarnya tujuan mereka?

Jika anda benar-benar berani, sertai LIVETRADE bersama TP Hunter setiap siang dan malam. Kami bukan sahaja menyediakan platform untuk trade, tetapi juga pendidikan yang lengkap tentang analisis fundamental dan teknikal. Kami bukan jenis yang hanya bersembang kosong tentang trading, hari ini profit, esok beli Lamborghini!

Di bawah ini, kami sediakan link untuk sertai LIVETRADE, dan jika anda ingin belajar lebih banyak, boleh join setiap malam secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini!


Masuk channel untuk trade bersama kami.Sesi live trade kami seperti di bawah:
*Setiap Hari jam 10-12 pagi & 10-12 malam*
*Isnin-Jumaat*

Sila follow TIKTOK kami di TP Hunter by MFM untuk maklumat lanjut

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Malek Zabarjad 'pergi' dalam tidur - Anak sulung
Oleh Mary Victoria Dass
Disember 15, 2024 @ 7:15am
bhnews@bh.com.my

JOHOR BAHRU: Vokalis kumpulan rock Zabarjad, Malek atau nama sebenarnya Ab Malek Mohd Amil @ Mohd Amir, 55, meninggal dunia ketika dalam tidur.

Perkara itu dimaklumkan anak sulung arwah, Azim Malek, 34, dengan bapanya itu menghembuskan nafas terakhir di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah di Taman Melana, di sini jam 6.30 petang semalam.

Dia pergi ketika dalam tidur... semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang beriman," katanya ketika dihubungi.

Tambah Azim, arwah bapanya itu memang diserang strok pada sebelah kiri badan sejak hujung Januari, namun sejak dua tiga hari lalu mula tiada selera makan sehingga mengakibatkan gastrik.

Arwah sebelum ini pernah dimasukkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) bagi menjalani rawatan akibat strok hingga terpaksa berehat daripada dunia nyanyian.
"Dia tidak menunjukkan sebarang perubahan kecuali tiada selera makan sejak beberapa hari lalu," katanya.

Malek yang popular dengan lagu Karam mempunyai lima cahaya mata dan sentiasa aktif dalam bidang nyanyian sebelum diuji strok.
Jenazah dijangka dikebumikan antara jam 10 pagi hingga 11 pagi di Taman Perkuburan Bukit Alif di Johor Bahru.

Sebelum itu jenazah akan dibawa ke rumah ahli keluarga di Jalan Barli 1/11 Taman Skudai Kanan, Bandar Baru Uda di sini.

Pada April 2019, Allahyarham pernah memohon mana-mana penganjur untuk menawarkannya peluang menyanyi dalam usaha mencari wang untuk keperluan cucu.

Cucu kesayangannya, Mawar Hananiah Mohd Izat Hakim yang berusia dua tahun pernah disahkan menghidap kanser tahap tiga.

Bagaimanapun cucunya meninggal dunia pada akhir 2019.

Artikel Berita Harian

#infosemasa @infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,
SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA

KHIDMAT KEMANUSIAAN KEMALANGAN JALAN RAYA 🚒🚒🚒

TARIKH 📅: 15 DISEMBER 2024

TERIMA PANGGILAN🕒 : 1.50 PAGI

TEMPAT📌 : JALAN MAAROF

PASUKAN TERLIBAT: PASUKAN A

SEKIAN TERIMA KASIH

Kredit ➡️ BBP PANTAI KL

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

INFO KEMALANGAN (E9 : LEBUHRAYA SUNGAI BESI)

8.00am🔸BESRAYA@E9: Awas ⚠ terdapat kemalangan di KM P 0.0 arah Timur dari Plaza Tol Loke Yew ke Pandan Indah. Lorong kiri terhalang. Trafik lancar.

Sila fokus pada pemanduan. Patuhi had laju yang ditetapkan !

#LLM
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan di jalan parit kemang, Senggarang, batu pahat.

#BatuPahat
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

hi :-

harga new for netflix 1 month only 🤎

1 MONTH : RM25 SAHAJA

✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
✅ SRS BUYER ONLY

berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremiumm

feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

support mana ni

sumber tiktok

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝙈𝙀𝙉𝙂𝙀𝙎𝘼𝙉 𝙒𝘼𝙍𝙄𝙎 𝙋𝙀𝙎𝘼𝙆𝙄𝙏

Hospital Banting kini sedang mencari waris atau ahli keluarga kepada pesakit lelaki yang terlibat dengan 𝐤𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐥𝐚𝐧𝐫𝐚𝐲𝐚 di mana 𝐤𝐞𝐫𝐞𝐭𝐚 yang dipandu oleh beliau telah 𝐝𝐢𝐥𝐚𝐧𝐠𝐠𝐚𝐫 oleh sebuah 𝐥𝐨𝐫𝐢 di 𝐉𝐚𝐥𝐚𝐧 𝐃𝐞𝐧𝐠𝐤𝐢𝐥-𝐁𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 pada 𝟐/𝟏𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟒 @ masa 𝟓.𝟎𝟎 𝐩𝐞𝐭𝐚𝐧𝐠. Di masa kejadian berlaku, pesakit seorang sahaja dalam kereta tersebut. Pesakit telah dimasukkan ke ICU dan telah dipindahkan wad biasa sehingga hari ini. Pesakit perlu menjalani rawatan lanjut namun waris pesakit tidak diketahui.

Nama Pesakit : Yap Thin Huat
Umur : 60 tahun
Wad : Wad 3
Tarikh masuk wad : 2 Disember 2024
Bangsa/ Agama : Cina/Buddha
Status Kewarganegaraan : Malaysia
Alamat terakhir dalam Mykad : No.59, Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru 75150 Melaka.

Sehubungan itu, pihak Hospital Banting menyeru waris atau ahli keluarga pesakit untuk tampil memberikan kerjasama kepada pihak hospital supaya pesakit dapat menjalani rawatan lanjut bagi merawat penyakit yang dihadapinya. Pihak Hospital Banting juga memohon kerjasama semua pihak yang mempunyai maklumat mengenai pesakit ini untuk menghubungi Jabatan Kerja Sosial Perubatan, Hospital Banting di talian 𝟎𝟑-𝟑𝟏𝟖𝟕 𝟏𝟑𝟑𝟑 sambungan 𝟓𝟓𝟎 pada waktu pejabat (Isnin hingga Jumaat) atau 𝐖𝐚𝐝 𝟑, 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 𝐁𝐚𝐧𝐭𝐢𝐧𝐠 di talian 𝟎𝟑-𝟑𝟏𝟖𝟕 𝟏𝟑𝟑𝟑 sambungan 𝟒𝟔𝟎 atau terus pergi ke Wad 3U, Hospital Banting dengan kadar segera.

- SEKIAN -
𝑼𝒏𝒊𝒕 𝑺𝒐𝒔𝒊𝒂𝒍 𝑷𝒆𝒓𝒖𝒃𝒂𝒕𝒂𝒏,
𝑯𝒐𝒔𝒑𝒊𝒕𝒂𝒍 𝑩𝒂𝒏𝒕𝒊𝒏𝒈.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🔥SEPASANG RM50.00🔥

✅Siap Kotak
✅Siap Freegift
✅Copy Gred 5A
✅Boleh Bayar Time Cod

Join Group Telegram Saya👇

/channel/KasutRM60JB

NAK TENGOK FEEDBACK ? 👇

/channel/+shisrKwAQwNkZDNl

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Bayi baru lahir menangis ditemukan dalam semak

Manjung: Bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemukan masih bertali pusat dalam semak di belakang surau di Kampung Permatang, Sitiawan, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung perkara itu pada 6.54 petang.

Menurutnya, bayi terbabit ditemui ahli jawatankuasa surau apabila terdengar bunyi tangisan bayi ketika sedang membersihkan persekitaran surau berkenaan.

"Ahli jawatankuasa itu terdengar bunyi tangisan bayi dan mengikut bunyi itu sehingga membawa kepada penemuan bayi yang dipercayai baru lahir terbabit.

"Siasatan polis mendapati bayi lelaki itu ditinggalkan dalam semak dengan dibaluti kain lalu dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pihak polis kini mengesan ibu bayi berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana buang bayi.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Nur Munawara Ahmad di talian 011-16240391 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung di talian 05-6886222.

Disiarkan pada: Disember 15, 2024 @ 1:07pm
Zahratulhayat Mat Arif
zahratulhayat@nst.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

sumber tiktok

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Harga tiket baru ferry Langkawi bermula 1 Januari 2025.

#infosemasa
infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🥹Puas hati guna air fryer ni 🥰Saiz besar setakat masak ayam seekor memang takde hal 👍

Harga promosi kat sini 👉https://s.shopee.com.my/9zhJHYqYaY
vauchers 15hb https://s.shopee.com.my/7pcohb7PIa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pejalan kaki maut terpelanting atas bumbung kenderaan

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki maut akibat dirempuh kereta ketika melintas jalan raya di Jalan Coastal berhampiran Sutera Avenue, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.38 pagi itu, mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an mengalami kecederaan parah selepas terpelanting ke atas bumbung kenderaan itu sebelum dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, siasatan awal mendapati kereta Perodua Axia yang dipandu lelaki berusia lingkungan 30-an datang dari arah Centre Point menuju ke Tanjung Aru.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, ketika pemandu berada di lorong kanan dengan secara tiba-tiba seorang pejalan kaki melintas jalan dari arah kiri ke kanan jalan dan menyebabkan kemalangan berlaku.

“Akibat daripada kemalangan, pejalan kaki parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Kasim berkata, hasil siasatan mendapati kecuaian adalah disebabkan oleh pejalan kaki yang mana telah cuai di dalam melintas jalan dan menyebabkan kemalangan berlaku.

“Di samping itu juga tidak jauh dari lokasi kejadian terdapat jejantas untuk pejalan kaki namun tidak digunakan oleh mangsa.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sehubungan itu, kasim berkata, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memandu dalam keadaan berhati-hati dan patuh kepad peraturan lalu lintas.

“Selan itu juga, bagi pejalan kaki pula, dinasihatkan supaya sentiasa menggunakan jejantas ataupun laluan pejalan kaki bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu berada di lokasi bagi membantu menurunkan mangsa yang berada di bumbung kenderaan berkenaan. – Info X

December 15, 2024

Kredit ➡️ INFO X

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pemandu maut kereta hilang kawalan ketika acara drag

SANDAKAN, SABAH. Seorang pemandu drag maut ketika menyertai acara ‘Sandakan Drag Battle R3 2024’, hari ini.

Mangsa Abang Adib Haji Abang Ali, disahkan meninggal dunia selepas kenderaan dipandu terbabit kemalangan.

Difahamkan, mangsa adalah Team Prostreet KB dari Brunei.

Sementara itu, RCO Motorsport Club dalam kenyataan rasmi hari ini memberitahu penganjuran Acara Sandakan Drag Battle R3 2024 yang sepatutnya berlangsung esok terpaksa dibatalkan di atas kejadian yang berlaku.

“Kami memohon maaf di atas pembatalan acara ini dan kami mengucapkan terima kasih atas sokongan berterusan anda.

“Pihak kami sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat bertemu anda pada acara yang akan datang.

“Kami turut berdukacita dengan apa yang berlaku pada hari ini. Semoga segala urusan dipermudahkan,” katanya.

Insiden itu turut tular selepas rakaman video berdurasi 13 saat menunjukkan kereta dipandu mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan berpusing beberapa kali.

Rata-rata warganet bersimpati dengan nasib yang menimpa pemandu drag berkenaan.

Sumber: Info X
December 14, 2024

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hari tu dah viral dan kecoh. Ni jiran dia buat lg hal sama. Boleh mental dapat jiran mcm ni
cctv umah https://s.shopee.com.my/6AUaaOxHpx

sumber iG
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Selamat pagi & bercuti
Dah sarapan ke belom..

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

INFO KEMALANGAN (E1 : LEBUHRAYA UTARA-SELATAN)

7.15am🔸LUS@E1: Awas ⚠ terdapat kemalangan di KM 320.4 arah Utara dari Tapah ke Gopeng. Lorong kecemasan dan lorong kiri terhalang. Trafik lancar.

Sila fokus pada pemanduan. Waspada terhadap sebarang halangan di hadapan !

#LLM
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

⚠️ INFO KEMALANGAN
15 DISEMBER 2024 | AHAD

AWAS! Treler terbalik. Lokasi sebelum ILP Mersing.

(Info dari Group Whatsapp)

#DemiMersing
#InfoKemalangan
#komunitiMersing
#infosemasa

Читать полностью…
Subscribe to a channel