Kapal layar milik warga Russia tersadai di Kuala Oya
DALAT: Sebuah kapal layar milik warga Russia terkandas di Beting Pasir Kuala Oya semalam akibat cuaca buruk dan kerosakan alat navigasi (GPS).
Kejadian berlaku sekitar pukul 8 malam ketika ombak kuat, angin kencang, dan hujan lebat melanda kawasan tersebut.
Ketua Polis Daerah Dalat, DSP Saga Chunggat, berkata pihaknya menerima laporan daripada orang awam yang melihat kapal tersebut tersangkut di beting pasir, kira-kira 50 hingga 100 meter dari pantai.
"Kami segera menghubungi pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bintulu dan Pusat Kawalan Operasi Maritim (MRSC) Kuching untuk makluman.
"Namun, keadaan ombak yang kuat menyebabkan pihak polis dan penduduk setempat tidak dapat memberikan bantuan segera kepada kru kapal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, pada sekitar pukul 10 malam, setelah hujan reda sedikit, dengan bantuan polis dan penduduk kampung telah meredah hutan tepi pantai sejauh lebih kurang 300 meter dan berjaya menemui kri kapal yang berlindung di daratan pantai Kuala Oya.
"Seramai empat kru kapal, kesemuanya lelaki warga Russia, didapati selamat setelah keluar dari kapal yang tersadai ke tepi pantai menggunakan 'life raft' mereka dan berlindung daripada ombak serta tiupan angin kuat," katanya.
Saga berkata, kapten kapal memberitahu bahawa alat navigasi mereka rosak dan mereka juga berhadapan dengan laut bergelora.
Mereka tersadai di beting pasir Kuala Oya kerana tidak mengetahui kawasan dan alur masuk ke Kuala Sungai Oya untuk berlindung dari ombak.
"Kesemua empat kru warga Russia ini mempunyai dokumen dan pasport yang sah. Mereka tidak memerlukan bantuan pihak polis, cuma memohon bantuan kapal tunda untuk menarik kapal mereka yang terkandas," katanya.
Kapal tersebut bersama empat kru warga Russia berlayar dari Filipina, singgah di Labuan, dan dijadualkan ke Kuching.
Namun, semasa pelayaran dari Miri, kapal mengalami kerosakan alat navigasi dan terperangkap di beting pasir Kuala Oya, Dalat.
Kesemua kru berjaya menyelamatkan diri ke pantai meninggalkan kapal yang tersadai di beting pasir.
Gambar
Empat kru kapal milik warga Russia selamat setelah kapal layar yang dinaiki dibadai ombak dan tersadai di tepi Beting Pasir Kuala Oya semalam
Artikel Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
KEDAH 21/12/2024.
Kemalangan melibatkan motosikal dan lori treler dekat Bayu Hotel, Baling malam ini.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ INFO KEMALANGAN DI BALING
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝐊𝐄𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐓 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐍𝐓𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍
𝟐𝟏 𝐃𝐢𝐬𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟒, jam lebih kurang 0825 hrs BSPTD IPD Kuantan telah menerima maklumat, satu kemalangan maut melibatkan (1) m/sikal dan (1) m/lori di Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Syarikat Poli Tracker Sdn Bhd. (1) mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh pihak perubatan di tempat kejadian. Mangsa dibawa ke Unit Forensik HTAA Kuantan untuk siasatan lanjut.
Kredit ➡️ Polis Trafik Kuantan
#infosemasa
@infosemasaofficial
Netflix Murah By MOKSIN STORE 🔥
ARAHAN : SEBELUM BELI BACA IKLAN SAMPAI HABIS DAHULU
Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅
Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Anda ingin jimat dan murah ?
Boleh cuba pakej yang TUAN/ PUAN minat di MOKSIN STORE . Semua account original bukan account generate ataupun hack account . Semua pakej menggunakan original APP yang ada playstore atau appstore TV HANDFONE PC / LAPTOP , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang TUAN /PUAN berminat . Account FULL WARRANTY sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device untuk mengelakkan issue limitscreen .
Netflix Murah By Moksin Store 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 1 BULAN RM28 YOUTUBE PREMIUM 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC🔥
✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM50 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC🔥
PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM30 FREE YOUTUBE MUSIC✅
✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥
✅YOUTUBE VIDEO FREE YT MUSIC PREMIUM PAKEJ
YOUTUBE VIDEO PREMIUM 3 BULAN RM30 FREE YOUTUBE MUSIC
YOUTUBE VIDEO PREMIUM 5 BULAN RM45 FREE YOUTUBE MUSIC
Waktu bekerja :
Jam : 10 PAGI - 12 MALAM
Isnin sampai ahad kecuali hari JUMAAT cuti
Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 30 orang yang terawal sahaja dapat set combo !
KALAU ADA LAMBAT REPLY MOHON JANGAN SPAM CHAT ATAU CALL
Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951
*TAWARAN PINJAMAN KWSP*
-Anda berumur 53/54/55/59/60tahun.
-Dah tak bekerja atau masih bekerja
-Mempunyai simpanan dalam akaun *KWSP* anda.
-Ade masalah dengan 𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 pastu ade sangkut 𝑨𝑲𝑷𝑲 dialukan.
-Menetap die Semenanjung Malaysia.
*TAHNIAH ANDA YG KAMI CARI*
Untuk mohon *pinjaman kwsp*
Yang berkonsepkan *pinjam hari ini bayar masa umur 55@60 tahun nanti* 😍
*Jangan Risau*
Bukan cagar KWSP anda ya!
💯 Selamat.
*Bayaran tanggungjawab sendiri*
Bagaimana untuk mohon anda hanya perlu klick link dibawah
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
Pemuda maut tersepit bawah kereta
HAZELEN LIANA KAMARUDINHAZELEN LIANA KAMARUDIN
21 Disember 2024 07:43pm
KOTA BHARU - Seorang pemuda maut selepas motosikal yang ditungganginya terlibat kemalangan dengan sebuah lagi motosikal lain dan kereta di Dewan Beta, di sini pada Sabtu.
Kejadian itu menyaksikan mangsa, Muhammad Afiq Zakwan Mohd Arif, 21, maut di lokasi kejadian selepas tersepit di bawah kereta.
Pada masa sama, seorang wanita berusia 58 yang merupakan penunggang motosikal cedera ringan, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung, Pegawai Bomba Kanan II Azhar Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.23 tengah hari.
Setibanya di lokasi kejadian, didapati benar berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Honda City dan dua buah motosikal.
Dengan kekuatan enam anggota, kami melakukan operasi mengeluarkan pemuda terbabit yang tersepit di bawah kereta menggunakan peralatan khas," katanya kepada pemberita.
Artikel Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra
19/12/2024 (Khamis) BBP Bukit Jalil, Pasukan C diketuai PBK I (KUP) Mohd Khairuddin Bin Abdurrahman bersama anggota bertugas terima panggilan kecemasan Kebakaran rumah, di alamat No 58, Jalan Impian Indah 4. Terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat.
Sumber Bbp Bukit Jalil
#infosemasa
@infosemasaofficial
HARGA EMAS MELAMBUNG, UNTUNG RM40,000 DALAM MASA 6 BULAN!!
Untung kan bila ada emas?
Biasanya purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun tapi rezeki tahun ini, naik lebih 20%.
Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.
Tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..
RM100 pun da boleh beli emas.
Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :
📌 Simpanan emas patuh syariah.
📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.
📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.
📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.
Mudah kan?
Sekarang, tak kisah kerja apa, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!
Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa
Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/
Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas
🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁
Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!
Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅
100% selamat dan mudah! 💯
Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗
Password? Tak perlu! 🔒
Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀
👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com
#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe
Caj seludup warga Bangladesh RM13,000 sekepala
JOHOR BAHRU – Dua lelaki warga Bangladesh yang disyaki terlibat dengan sindiket penyeludupan migran diberkas dalam Ops Serkap yang dijalankan Jabatan Imigregen Malaysia (JIM) Negeri Johor, Khamis lalu.
Dalam operasi pada pukul 2.30 petang itu, kedua-dua suspek masing-masing berusia 37 dan 46 tahun ditahan di sebuah pangsapuri di Larkin Indah di sini yang dijadikan sebagai rumah transit sindiket penyeludupan terbabit.
Pengarah JIM Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd Darus berkata, mereka bertugas sebagai penjaga rumah transit dan pemudah cara kepada mangsa-mangsa penyeludupan yang dibawa masuk ke Malaysia.
“Tindakan penguatkuasaan ini diambil susulan operasi dan tangkapan sebelum ini terhadap seorang lelaki warganegara Bangladesh yang dipercayai diseludup masuk ke Malaysia melalui pintu masuk Kompleks Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.
“Siasatan awal yang dijalankan seterusnya membawa kepada serbuan ke atas sebuah pangsapuri yang dijadikan rumah transit warganegara Bangladesh,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.
Mohd. Rusdi berkata, beberapa pasport warganegara Bangladesh dan wang tunai berjumlah RM14,500 dirampas serta sebuah kenderaan turut disita.
Katanya, hasil siasatan juga mendapati aktiviti penyeludupan itu dipercayai telah dijalankan sejak 2 bulan lalu dengan mengenakan bayaran sebanyak RM13,000 seorang bermula yang dibawa melalui Singapura.
Tambah beliau, kedua-dua suspek yang ditahan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Antipemerdagangan Orang Dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670) dan di bawah Akta Pasport 1966 (Akta 150).-
ARTIKEL KOSMO! ONLINE
#infosemasa
@infosemasaofficial
'Ini dugaan saya paling berat' - Nenek mangsa kemalangan
Batu Pahat: "Ini dugaan paling berat saya tempuhi, hilang orang tersayang dalam sekelip mata," kata Roslah Othman, 70, selepas cucunya Afika Shaura Kamarul Ariffin, 4, maut dalam kemalangan di simpang Kampung Sungai Ayam, di sini, hari ini.
Kemalangan dipercayai berlaku kira-kira 11 pagi ketika mangsa bersama bapa serta dua kakaknya berusia tujuh dan lapan tahun dalam perjalanan pulang ke rumah selepas membeli sayur di kedai berhampiran.
Empat beranak itu menaiki sebuah motosikal dikatakan melanggar lori muatan sawit yang keluar simpang secara tiba-tiba, menyebabkan Afika Shaura parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala bapanya berusia 30-an cedera di dahi, sementara dua kakak arwah pula tidak mengalami kecederaan serius.
Difahamkan, mangsa sekeluarga menetap di Muar pulang ke kampung neneknya di Sungai Ayam sempena cuti sekolah.
Menurutnya Roslah, dia menerima berita sedih itu ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri kursus haji di bandar ini.
"Ketika itu, saya baru pulang dari kursus haji. Semasa dalam perjalanan ada saudara telefon beritahu (Kamarul) Ariffin kemalangan dekat simpang teluk (simpang Sungai Ayam).
"Sampai ke lokasi saya lihat salah seorang cucu sudah tak ada. Saya tidak terkata-kata hanya menangis mengenang arwah.
"Arwah sangat petah bercakap dan bercerita, namun sejak akhir-akhir ini kakaknya beritahu arwah kerap bercakap berseorangan," katanya ketika ditemui di lokasi.
Kemalangan itu juga menyebabkan Roslah lemah longlai serta pengsan ketika mahu dibawa masuk dalam kereta sebelum dibantu ahli keluarganya.
Sementara itu, penduduk Rosdi Ithnin, 59, berkata dia bersama orang awam membantu empat beranak berkenaan termasuk cuba menggerakkan arwah, namun tiada tindak balas.
"Bila sampai saya nampak mangsa tersepit di depan motosikal, keadaannya sudah longlai, maknanya dia sudah tiada ada (meninggal dunia).
"Arwah bersama dua kakak dijaga neneknya ketika kecil, sebelum mereka berpindah ke Muar," katanya.
Dalam pada itu, seorang penduduk enggan dikenali berkata, mereka sempat mendengar salah seorang mangsa memanggil 'ayah' beberapa kali.
"Saya terdengar dentuman kuat, bila keluar saya nampak ada budak terbaring. Saya nak bantu tapi takut darah," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani ketika dihubungi mengesahkan kemalangan terbabit.
Disiarkan pada: Disember 21, 2024 @ 3:43pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Bekas vokalis Raihan, Nordin Jaafar meninggal dunia
21 Disember 2024, 3:24pm
KUALA LUMPUR: Bekas vokalis Kumpulan Raihan, Nordin Jaafar, menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Ulu Yam Bharu, Batang Kali, Selangor, hari ini.
Difahamkan, arwah, 49, menghidap kencing manis dan sakit buah pinggang yang turut menjejaskan penglihatannya.
Pengurus Kumpulan Inteam Mohd Shahrulhikmi mengesahkan pemergian rakannya, Allahyarham Nordin.
Jenazah disempurnakan di Masjid Al Falah Ulu Yam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Desa Kaloi selepas solat Zohor.
Sementara itu, penyanyi Fitri Haris turut berkongsi berita duka itu dalam laman Instagram.
“Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Almarhum Nordin, moga bersama solihin. Kami pasti menyusul bertemu-Nya,” katanya.
Allahyarham Nordin memulakan karier seninya dengan menganggotai kumpulan nasyid Alarm Me yang popular dengan lagu Bulan-Bulan Islam.
Pada 2006, arwah menyertai Raihan menggantikan vokalis utama Raihan, Nazrey Johani yang tampil dengan album solo.
Pada 2007, arwah keluar daripada Raihan dan muncul sebagai penyanyi solo dengan album Mari Berdoa.
Artikel Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Polis mohon bantuan cari Cikgu Nur Nazalishah
21/12/2024 14:15 MYT
IPOH: Polis meminta kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang guru wanita yang dilaporkan hilang sejak 10 Disember lalu.
Nur Nazalishah Ahmad, 43, beralamat di Taman Lapangan Harmoni dekat sini kali terakhir dilihat berada di kawasan sekolah tempatnya mengajar.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kehilangan guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson itu diterima selepas abang wanita terbabit membuat laporan di Balai Polis Tampoi, Johor.
"Berdasarkan maklumat diberikan, mangsa sebelum ini ada mengalami tekanan masalah rumah tangga.
"Usaha pencarian telah dilakukan bagi mengesan mangsa namun sehingga kini dia masih lagi belum ditemui," katanya ketika dihubungi pemberita pada Sabtu.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu terbabit diminta tampil ke balai polis berdekatan bagi membantu siasatan atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di talian 05-2451500.
Artikel Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Selepas RNR Semanggol, kami terlibat dalam kemalangan. Kereta cuba mengelak sebuah kenderaan yang berpusing di tengah jalan, tetapi malangnya, sebuah lori yang datang dari belakang tidak sempat mengelak dan melanggar kereta kami. 😢
Pemandu lori pun dah cuba tekan brek awal, tapi keadaan jalan yang licin akibat hujan lebat membuatkan insiden ini tidak dapat dielakkan.
Walau apa pun, syukur Alhamdulillah, semua selamat. Tiada kemalangan jiwa berlaku, dan Allah telah melindungi kami sekeluarga.
Perkongsian : Faty Fatiyawati (Kejadian 17/12/2024)
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kejadian Pecah Masuk Kedai Courier Best Express Tanah Merah, Kelantan.
Kredit ➡️ Tanah Merah di Hatiku
#infosemasa
@infosemasaofficial
Bau busuk dari dalam kereta bongkar kematian Safri
KUANTAN - Misteri kehilangan seorang lelaki berusia 55 tahun sejak Jumaat lalu, akhirnya terjawab apabila dia ditemukan meninggal dunia di dalam sebuah kereta Perodua Viva berwarna biru gelap di kawasan parkir restoran Nasi Kerabu Mekla, Sungai Isap, di sini pada Sabtu.
Mayat mangsa, Safri Mohd Ali, 55, ditemui dalam keadaan separuh tertunduk di tempat duduk pemandu oleh orang awam yang mengesyaki sesuatu apabila kereta tersebut berada di lokasi sama lebih seminggu.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pengadu turut menghidu bau busuk dari dalam kenderaan itu dan bertindak memeriksa kereta sebelum mendapati seorang lelaki tidak sedarkan diri di dalamnya.
"Kita ada menerima laporan berhubung perkara itu dan pasukan penyiasat yang tiba di lokasi mendapati mayat berada dalam keadaan membengkak, dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari sebelum ditemui.
"Siasatan awal mendapati tiada unsur jenazah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Dalam pada itu, Wan Mohd Zahari menjelaskan pemeriksaan lanjut menemui kad pengenalan, telefon bimbit dan beg galas milik mangsa.
Jelasnya, hasil semakan mendapati mangsa merupakan individu yang dilaporkan hilang sejak 13 Disember lalu melalui laporan polis.
"Ahli keluarga mangsa telah dipanggil untuk membuat pengecaman di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)dan mengesahkan identiti mangsa.
"Buat masa ini, kes ini masih dalam siasatan pihak polis," tambahnya.
Sehubungan itu, beliau turut meminta orang ramai untuk tidak membuat spekulasi berkaitan kes ini.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat berhubung kejadian supaya tampil membantu siasatan," katanya.
Pada Jumaat, Sinar Harian melaporkan polis Kuantan meminta orang ramai mengesan Safri yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah di RRM Kampung Hijrah di sini sejak Jumaat minggu lalu.
Mangsa dipercayai keluar menaiki kereta jenis Perodua Viva berwarna biru gelap dengan nombor pendaftaran CCE 5997 untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kampung Kurnia Batu 3 di sini.
NORAWAZNI YUSOF
21 Disember 2024 10:19pm
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Selamat pengantin baru Suliza Salam
Kuala Lumpur: Selepas dua tahun memegang status janda, penyanyi era 80-an, Suliza Salam selamat mendirikan rumah tangga dengan jejaka dikenali Ismail A Samad kira-kira jam 11 pagi, hari ini.
Berita gembira itu dikongsi oleh pelakon, Anne Abdullah di Instagram miliknya dengan memuat naik video sekitar majlis pernikahan ibu kepada penyanyi, Ismail Izzani itu.
"Tahniah kak Suliza. Moga kekal ke jannah kakak ku sayang. Syukur Alhamdulillah, saya tumpang gembirq untuk anda. Terima kasih atas undangan," tulisnya.
Difahamkan, majlis pernikahan itu diadakan di kediaman Suliza di Bukit Kiara, di sini dan hanya dihadiri oleh keluarga serta sahabat terdekat.
Pernikahan penyanyi itu dihadiri oleh anak-anaknya termasuk Ismail yang turut mengenakan baju Melayu bewarna putih mengikut tema pernikahan ibu tercintanya.
Majlis pernikahan terbabit turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan-rakan selebriti seperti Ziela Jalil dan Liza Abdullah.
Suliza sebelum ini berkahwin dengan ahli perniagaan terkenal iaitu Datuk Zainal Nazeri Zainuddin pada 11 Januari 1991.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurizzati, Nur Falahi dan Ismail Izzani.
Bagaimanapun pasangan itu tidak pernah berkongsi mengenai perceraian mereka sehingga Ismail memaklumkan perkara itu pada tahun ini.
Disiarkan pada: Disember 21, 2024 @ 7:17pm
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
SABAH 21/12/24
Kemalangan di Jalan Ranau - Telupid siang tadi.
Semua mangsa selamat dalam kejadian tersebut.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
*FREE 1 BULAN PAKAI + 2 FREE GIFT* *HAPPY SALES HUJUNG TAHUN 😰*
Salam/ Hai 😍
Saya nak inform *segala promosi tahun 2024 Coway* akan *HABIS TAK LAMA LAGI* sebab dah terlalu banyak yang masuk dalam system.
*Lock order FREE je tak perlu bayar ape2 Dengan saya pun cik*
1) Penapis Air *3in1* ~RM109~ *RM30*
2) Penapis Udara ~RM105~ *RM29*
3) Tilam Coway ~RM109~ *RM49*
4) Aircond Coway ~RM100~ *RM90*
5) Massage Chair ~RM145~ *RM125*
6) Massage Chair ~RM120~ *RM105* 🆕
*SPECIAL DEAL*
Nak *TRADE IN* Penapis Air lama yang dah tamat kontrak (Coway/ Brand lain) pun boleh bulan ni.. Dapat harga lagi murah tau🤩
Offer valid sampai *22/12/2024 @ 4.00PM* & terhad untuk *5 PELANGGAN TERAWAL SAJA*.
Kalau betul - betul nak pasang RESPON LAJU LAJU *NAK* 🤩
www.wasap.my/60129264260/Promosidisember
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA
SALAM MALAYSIA MADANI
LAPORAN PENUH
JENIS INSIDEN: BANTUAN POLIS MENURUNKAN MANGSA
TARIKH/MASA PANGGILAN: 21/12/2024 @ 17:02 PM
ALAMAT: BERDEKATAN PONDOK POLIS TAMAN DESA, TAMAN DESA, KUALA LUMPUR.
MASA JENTERA SAMPAI: 17:10 PM
JARAK KE TEMPAT KEJADIAN (KM): 2.5 KM
MASA OPERASI TERKAWAL: 19:06 PM
MASA OPERASI TAMAT:
MANGSA: 1 LELAKI
BALAI JAGAAN: BBP SEPUTEH
BALAI BANTUAN: BBP HANG TUAH
KOMANDER OPERASI: PBK II 14303 MOHD RAFI BIN JAMIL (013-5151124)
LAPORAN: PGOKL TERIMA PANGGILAN KECEMASAN BANTUAN POLIS MENURUNKAN MANGSA YANG MENGGANTUNGKAN DIRI DIPENCAWANG ELETRIK MELALUI SISTEM MERS 999. SETERUSNYA MENGHANTAR JENTERA BALAI JAGAAN BBP SEPUTEH DAN BALAI BANTUAN BBP HANG TUAH KELOKASI KEJADIAN. SETIBANYA PASUKAN BOMBA DITEMPAT KEJADIAN, KOMANDER OPERASI MELAPORKAN TERDAPAT SEORANG MANGSA MENGGANTUNGKAN DIRI DI PENCAWANG ELEKTRIK PADA KETINGGIAN 30 METER. PGOKL TELAH MEMOHON BANTUAN PIHAK TNB. KOMANDER OPERASI LAPOR TINDAKAN ANGGOTA MEMANJAT PENCAWANG ELEKTRIK DAN MEMBUAT SISTEM LOWERING BAGI MENURUNKAN MANGSA. MANGSA BERJAYA DI TURUNKAN PADA JAM 19:06 PM. MANGSA SEORANG LELAKI DEWASA 36 TAHUN WARGANEGARA VIETNAM DAN DISAHKAN MENINGGAL DUNIA. TINDAKAN SELANJUTNYA DISERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS.
JUMLAH ANGGOTA: 17 ANGGOTA LLP
JENTERA: FRT-2, EMRS-1, ALP-1
SEKIAN, TERIMA KASIH.
"CEPAT DAN MESRA"
PUSAT GERAKAN OPERASI.
Sumber ➡️ Bomba Kuala Lumpur
#infosemasa
@infosemasaofficial
‘Dia ‘shopping’ kasut siap bawa guni kain’
PETALING JAYA– Seorang lelaki didakwa membawa guni untuk mencuri kasut di Duta Villa, Presint 14, Putrajaya.
Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik di Facebook oleh Sukan Star TV, lelaki berbaju-T hitam itu dilihat membelek kasut terlebih dahulu sebelum bertindak mengeluarkan guni yang disembunyikan dalam bajunya untuk mengisi kasut-kasut tersebut.
Namun, lelaki itu berjaya melarikan diri bersama kasut yang dicurinya apabila disergah oleh pemilik rumah.
Perkongsian tersebut mencetuskan kemarahan netizen, malah ada yang berseloroh mengenai tindakan lelaki itu membawa guni untuk mencuri kasut.
“Sakit juga hati bila terkena macam ini. Beli kasut RM500 sepasang lepas itu kena curi. Memang meroyan la. Walaupun hanya kasut,” ujar Nazifah AR.
“Santai betul pilih kasut macam pilih dekat ‘bundle’. Siap bercangkung lagi,” kata Mus Taqim.
“Ini yang dikatakan baru-baru nak mencuri. Lihat dulu cara-cara nak mencuri di Youtube. Betul-betul dia bawa guni,” tulis Fauzee Ahmad. -KOSMO! ONLINE
Oleh NORISMA NAJWA CHE ISMAIL
21 Disember 2024, 7:40 pm
Artikel ➡️ Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
NETFLIX PREMIUM ACCOUNT MURAH ❤🔥
SHARING : 1 PROFILE 2 USER 🔽
1 month - rm 10
2 month - rm 18
3 month - rm 25
5 month - rm 50
✅ full warranty
✅ UltraHD 4K
✅ login 1 device only
✅ support all device
feedback @netflixmurahabby
feedback @netflixmurahabby
purchase netflix dengan harga murah sekarang! 🫶🏻
https://wa.me/60182242808?text=NAKBELINETFLIX
*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ &
Salam Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra
Komander Operasi : PBK II Suhaimi bin Samoori
Agensi bantuan : PBS Gombak
Jenis Kecemasan: Kebakaran Lori
Lokasi : FLYOVER Batu Caves
Pasukan : B
Tarikh : 21/12/2024
Hari : Sabtu
Masa : 15:10:00
Kredit ➡️ BBP BANDAR BARU SELAYANG
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki jatuh jambatan ditemukan lemas
Kuching: Lelaki yang dilaporkan terjatuh ke Sungai Miri dari Jambatan Pujut 7 di Miri semalam, ditemukan lemas, hari ini.
Mayat mangsa, Gelbires Gary Anyi Luhat, 24, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 11.09 pagi ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, mayat ditemui di tebing sungai yang terletak kira-kira satu kilometer dari lokasi terakhir dia dilaporkan hilang.
"Mangsa mangsa kemudian dibawa ke Pos Kawalan Bomba (PKB) di Kampung Pangkalan dan diserahkan kepada pihak polis Lutong pada jam 11.25 pagi untuk tindakan lanjut," katanya.
Beliau berkata, bomba menerima maklumat kejadian itu pada jam 7 pagi semalam.
Susulan itu, sepasukan empat anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng diarah ke lokasi yang terletak lapan kilometer dari balai.
Katanya, berdasarkan maklumat saksi, dalam kejadian kira-kira jam 6.30 pagi, lelaki terbabit terjatuh dari jambatan dan hanyut dibawa arus deras sebelum hilang.
Turut membantu operasi SAR, sembilan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta 20 orang awam.
Disiarkan pada: Disember 21, 2024 @ 3:13pm
Mohd Roji Kawi
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝓕𝓵𝓪𝓼𝓱 𝓢𝓪𝓵𝓮𝓼 🥳
♥️ 𝓑𝓾𝔂 1 𝓕𝓻𝓮𝓮 1
🌷 𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 𝓟𝓻𝓲𝓿𝓪𝓽𝓮
🌷𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 𝓟𝓻𝓮𝓶𝓲𝓾𝓶
🌷𝓓𝓲𝓼𝓷𝓮𝔂+ 𝓗𝓸𝓽𝓼𝓽𝓪𝓻
🌷𝓟𝓻𝓲𝓶𝓮 𝓐𝓶𝓪𝔃𝓸𝓷
🌷𝓛𝓸𝓴𝓵𝓸𝓴 𝓥𝓲𝓹
🌷𝓘𝓺𝓲𝔂𝓲 𝓟𝓻𝓮𝓶𝓲𝓾𝓶
🌷𝓥𝓲𝓾 𝓥𝓲𝓹
* Every purchase will get legal prime amazon as freegift
Feel free to claim ;)
Hit me up if you're interested
https://wa.link/u33ydm
Thank you ~
Polis minta bantuan orang ramai kesan guru wanita hilang
Ipoh: Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang guru perempuan berusia 43 tahun yang dilaporkan sejak 10 Disember lalu.
Nur Nazalishah Ahmad yang tinggal di Taman Lapangan Harmoni di sini kali terakhir dilihat berada di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson.
Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, laporan kehilangan wanita itu dibuat oleh adiknya di Balai Polis Tampoi, Johor.
"Mengikut laporan awal yang diterima, wanita berkenaan dilaporkan hilang kerana dipercayai mempunyai masalah rumah tangga," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh melalui talian 05-2451500 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.
Disiarkan pada: Disember 21, 2024 @ 6:11pm
Artikel ➡️ BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pekerja parah bahu tertusuk besi selepas terjatuh pelantar
DUNGUN: Seorang lelaki cedera parah tertusuk besi di bahu kanannya selepas terjatuh dari sebuah pelantar ketika sedang memotong besi di kawasan Perindustrian Paka, petang semalam.
Dalam kejadian 4.45 petang, mangsa yang berusia 34 tahun diturunkan anggota bomba selepas tergantung pada ketinggian 84 meter.
Sebelum kejadian, mangsa bersama dua rakannya dikatakan sedang melakukan kerja-kerja memotong besi di tingkat tujuh sebuah stesen janakuasa yang telah ditamatkan operasinya.
Ketika sedang melakukan kerja terbabit, mangsa dikatakan tersandung sebatang besi sebelum terjatuh.
Bagaimanapun mangsa tidak jatuh ke tanah berikutan dia memakai abah-abah keselamatan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Mohd Rizuan Ramli berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 4.51 petang.
"Mangsa dapat dibawa turun dari pelantar jam 6.10 petang dan kami segera membalut luka pada bahu mangsa bagi menghentikan pendarahan.
"Pasukan perubatan dipanggil ke tempat kejadian sebelum mangsa dikejarkan ke Hospital Dungun untuk rawatan," katanya.
Rosli Ilham
bhnews@bh.com.my
December 21, 2024 @ 8:35am
Kredit ➡️ Berita Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial