SIARAN MEDIA KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU UTARA, YDH ACP BALVEER SINGH A/L MAHINDAR SINGH .
" 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜𝗞𝗘𝗛𝗘𝗡𝗗𝗔𝗞𝗜 "
#banjir #kelantan
Gambaran situasi dan keadaan terkini banjir di kelantan. Berberapa rakaman video dan gambar diambil dari penduduk terlibat banjir di negeri kelantan dipaparkan.
Berberapa kawasan telah mengalami banjir dan air naik dengan tinggi. Sentiasa berhati hati dengan haiwan berbisa. Dan elektrik, simpan dokumen dan barang peribadi dengan baik.
Sentiasa ikuti maklumat perkembang banjir dikawasan anda duduki.
27 November 2024
Sumber.
#Infobanjirdikelantan
Info awam
APM
#infosemasa
Tanaman anda terjejas akibat bencana banjir? Hubungi nombor ini.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jabatan Pertanian Kelantan telah mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana bagi membantu warga Usahawan Tani yang terjejas akibat banjir yang telah melanda di Negeri Kelantan
.
Hubungi Bilik Gerakan Jabatan Pertanian Negeri Kelantan mengikut Jajahan seperti dibawah bagi mendapatkan maklumat berkaitan pengoperasian dan bantuan banjir untuk sektor tanaman makanan.
.
#myDOA #DOAcakna #Banjir2024
Jabatan Pertanian Malaysia
Ust Hj Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail
Norbahani Bt Zakaria
Norbahani Zakaria
Murniwati Mohd
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
#infosemasa
Mangsa banjir Kelantan cecah 2,310 orang, 45 PPS dibuka
Mohon kerjasama dan patuh pada arahan pihak keselamatan
Pelajar tingkatan lima maut kemalangan
MyMetroMutakhir
Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my
Melaka: Pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Molek di sini, maut selepas motosikal ditunggang bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Tambak Paya-Ayer Molek, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9 itu, mangsa Muhammad Faiz Amran,17, yang menunggang Yamaha 135LC meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, semasa kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Tambak Paya menuju ke Ayer Molek, manakala Proton Saga dipandu seorang lelaki pekerja swasta dari arah bertentangan.
"Siasatan mendapati, semasa sampai di lokasi kemalangan, penunggang motosikal dipercayai memotong sebuah kenderaan lain,
"Semasa memotong, datang Proton Saga dari arah bertentangan yang gagal mengelak dan membrek lalu bertembung dengan motosikal mangsa.
"Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal parah di bahagian kepala dan badan serta disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan oleh petugas perubatan, manakala pemandu kereta tidak cedera," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka, manakala kenderaan terbabit dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) untuk pemeriksaan.
"Kita juga mengesan rakaman CCTV (kamera litar tertutup) di lokasi kemalangan dan saksi bebas yang melihat kejadian," katanya.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Disiarkan pada: November 26, 2024 @ 10:25am
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
12 jam tersepit, pemandu treler berjaya dikeluarkan anggota bomba
26 November 2024, 8:07pm
LAHAD DATU: Pemandu treler yang tersepit selepas kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam gaung dekat simpang Lembah Danum, Jalan Tawau – Lahad Datu, di sini, berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6 petang tadi.
Operasi mengeluarkan mangsa lelaki berusia 51 tahun itu mengambil masa hampir 12 jam berikutan kesukaran yang dihadapi anggota bomba.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Penolong Penguasa Bomba, Sumsoa Rashid berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah terus diberikan rawatan oleh pasukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Katanya, mangsa kemudian dibawa naik ke atas jalan raya menggunakan pengusung.
“Mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 6.40 petang,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang memandu seorang diri dari Tawau ke Lahad Datu itu membawa kontena berisi 41.2 tan muatan Baja Borax.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung setinggi 30 meter.
Mangsa yang tersepit di kabin pemandu dilaporkan terpaksa diberikan ubat penahan sakit dan air bagi menenangkannya.
Terdahulu, operasi mengeluarkan mangsa tergendala seketika dan terpaksa menunggu bantuan kren dari Tawau yang terletak sejauh lebih 250 kilometer.
Artikel ➡️ Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kementerian Kesihatan di Gaza
Laporan statistik harian mengenai jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel di semenanjung Gaza pada hari ke-416
▪️ Rejim Zionis melancarkan 2 operasi pembunuhan beramai-ramai ke atas keluarga-keluarga di semenanjung Gaza. Serangan hari ini telah mengakibatkan 24 syahid manakala 71 mangsa cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.
▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, pasir dan jalan raya. Tekanan semakin bertambah apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. Mereka tidak dapat sampai ke hospital sehingga kini.
▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 44,235 syuhada dan 104,638 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
25 November 2024
#infosemasa
Saat tentera pengganas Israel mengebom Masjid al-Faruq di tengah kem pelarian Al-Nuseirat di Gaza.
Sumber: Al-Jazeera
#infosemasa
Serangan Israel yang berterusan telah membunuh 523 rakyat Palestin dalam tempoh 15 hari yang lalu, dengan jumlah 44,235 sejak 7 Oktober 2023.
Sumber: Anadolu Agency
#infosemasa
Wartawan Hani Mahmoud melaporkan kesan cuaca buruk hujan dan ribut terhadap hampir dua juta rakyat Palestin yang telah dipaksa keluar dari rumah mereka akibat pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza.
Sumber: Al-Jazeera
#infosemasa
Krisis kebuluran semakin meruncing di seluruh Gaza di setiap penjuru akibat tindakan penjajah yang menghalang kemasukan bantuan kemanusiaan.
Penjajah baru-baru ini bertindak menghantar kumpulan bersenjata yang bekerja untuk mereka bagi mencuri, membakar bantuan, dan menghalang penyampaian bantuan kepada penduduk di kawasan tengah dan selatan Gaza.
Sumber: Saluran Al-Aqsa
#infosemasa
Siren serangan udara berbunyi di Nahariya dan penempatan haram Israel lain di utara Palestin yang dijajah berikutan serangan roket dari Lubnan.
Sumber: Quds News Network
#infosemasa
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan penunggang motosikal dekat depan Mesin ATM Maybank Felda Palong 4, Negeri Sembilan.
Menurut sumber, mangsa cedera.
Sumber ➡️ Ferdaus Ahmad Sah
#infosemasa
@infosemasaofficial
Netflix Murah By Moksin Store 🔥
Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅
Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Boleh cuba pakej yang tuan / puan minat di moksin store . Semua account original bukan account generate ataupun hack account , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang tuan / pun berminat . Account FULL warranty sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device .
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE MUSIC 🔥
✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM35 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM45 FREE PRIME VIDEO 🔥
PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM28 ✅
✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥
Waktu bekerja :
Jam : 8 pagi - 12 malam
Isnin sampai ahad kecuali hari jumaat cuti
Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 20 orang yang terawal sahaja dapat set combo !
Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951
Behind the scene filem TAKLUK : Lahad Datu.
Filem aksi badan uniform yang sedang hangat di Netflix ketika ini....
#DiSebalikTabirBraderFilem
Kredit ➡️ Brader Filem
BANJIR TERUK MELANDA RUMAH PANJANG DI JALAN SELIRIK PADA AWAL PAGI INI. DIFAHAMKAN JUGA BEBERAPA KAWASAN DI BUKIT GORAM DAN SUNGAI AMANG YANG LAIN TURUT DILANDA BANJIR BESAR.
SEMOGA URUSAN MANGSA DIPERMUDAHKAN.
Sumber Sarawak Viral
#infosemasa
5 sungai utama di kelantan sudah melepasi paras bahaya
📌Sungai golok dirantai panjang
📌Sungai melor bachok
📌Sungai semerak pasir putih
📌Sungai air lanas
📌Sungai kelantan di kg temangan machang
#OPERASI
LAPORAN TERKINI BANJIR DI JAJAHAN / DAERAH NEGERI KELANTAN, HUJAN BERTERUSAN TELAH MENYEBABKAN KAWASAN SEKITAR DI NAIKI AIR
OPERASI MENYELAMAT MANGSA - MANGSA BANJIR TELAH DILAKUKAN OLEH ANGGOTA APM DAN MEMBAWA MANGSA - MANGSA KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS)
3 JAJAHAN / DAERAH TERKESAN AIR BANJIR:
Jajahan/Daerah Kuala Krai - Kampung Chuchoh Puteri A.
Jajahan/Daerah Jeli - Jalan Sungai Stan, 17700 Ayer Lanas, Jeli Kelantan.
Jajahan/Daerah Tanah Merah : Alur Pasir, Padang Kijang Tanah Merah, Kelantan
4 PPS TELAH DIBUKA DI KUALA KRAI
1. MASJID MUKIM CHUCHOH PUTERI
2. MADRASAH CHUCHOH PUTERI A
3. MADRASAH KG. SEPULUH
4. SEK. KEB CHENULANG
3 PPS TELAH DIBUKA DI JELI :
1. MASJID GEMANG
2. DEWAN ORANG RAMAI KESEDAR KG SATAN
3. SEK. KEB. LEGEH
3 PPS TELAH DIBUKA DI PASIR MAS:
1. SEK. KEB. TO'DEH
2. SEK. KEB. LATI
3. SMK BAROH PIAL
2 PPS TELAH DIBUKA DI TANAH MERAH :
1. SEK. KEB. GUAL GODEK
2. SEK. KEB. KELEWEK
3. BALAI RAYA PADANG KIJANG
Zahid Hamidi
Jabatan Perdana Menteri
Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri
Malaysian Meteorological Department
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohd Adzhar
Apmrantaupanjang
APM Pasir Mas
APM TANAH MERAH
Apm Jeli
APM Kuala Krai
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#monsuntimurlaut2024
#TaatSetia
#Wearekelantan
#infosemasa
Keadaan G-Orange Mall Tunjong loni. Biasalah sini laluan air azali lagi, nak wak rano..
Kredit Gambar: Azlan Dbr
#infoBanjirNegeriKelantan
#infosemasa
Mayat pelajar tahfiz lemas ditemui dalam keadaan mengiring dalam tali air
Nor Amalina Alias
am@hmetro.com.my
Bachok: Kegembiraan tiga sahabat mandi di tali air berakhir tragedi apabila salah seorang daripada mereka ditemukan lemas dalam kejadian di Kampung Padang Lati, di sini, hari ini.
Mangsa berusia 14 tahun dipercayai pelajar tahfiz di sebuah pondok di daerah ini ditemui pada kedalaman tiga meter dalam keadaan mengiring.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Bachok, Pegawai Bomba Kanan II, Lokman Yusoh berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.37 petang tadi.
Katanya, bomba melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan tepi dan dasar tali air
Mayat mangsa berjaya ditemui jam 4.13 petang iaitu hampir satu jam pencarian.
"Mangsa ditemui dalam keadaan berkain pelikat tanpa baju. Hasil maklumat awal, mangsa dipercayai ke tali air untuk mandi bersama dua lagi rakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata, operasi membabitkan 14 orang iaitu lapan pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bachok dan enam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Pengkalan Chepa.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin mengesahkan kejadian.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Balai Polis Jelawat untuk pemeriksaan sebelum dihantar Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) untuk tindakan lanjut.
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
KEMALANGAN JALAN RAYA
26/11/2024
JAM: 10.41PM
KEMALANGAN MELIBAT
KERETA SAMA KERBAU
LOKASI: BATU 3 DEKAT JERAT CINA
RESPON : ANGGOTA PBS KUALA PEGANG
MEMBER INFO KEMALANGAN
PDRM
Info.
#volunteerteam
#infokemalangandibaling
#bantuselagimampu
#ppksBalingKupang
Sumber info kemalangan di baling
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kanak-kanak menadah air hujan untuk diisi di dalam bekas air mereka di pusat perlindungan Bandar Gaza.
Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#infosemasa
Hizbullah menyasarkan pengangkut tentera Israel dengan dron pemusnah.
Sumber: Al-Jazeera
#infosemasa
Di tengah-tengah hujan lebat dan kesejukan yang melanda, dengan tangan yang menggeletar, rakyat Gaza yang kehilangan tempat tinggal berkumpul di Stadium Al-Yarmouk di Bandar Gaza, mencari makanan untuk menghilangkan rasa lapar mereka, keadaan ini berlarutan selama 14 bulan sekatan berterusan dan pembunuhan beramai-ramai Israel.
Sumber: Quds News Network
#infosemasa
"Ke mana kami hendak pergi?"
Tangisan rakyat Palestin yang dipaksa berpindah ketika khemah mereka ditenggelami banjir akibat air hujan di pantai di wilayah al-Mawasi, barat Khan Yunis, selatan Gaza.
Sumber: Quds News Network
#infosemasa
Angin kencang dan hujan lebat melanda khemah pelarian di Gaza, memburukkan lagi keadaan sukar bagi mereka yang sudah menghadapi kesukaran.
Sumber: Quds News Network
#infosemasa
TARIKH: 26 NOVEMBER 2024
KEJADIAN KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN SEBUAH MOTOKAR DI JALAN LINGKARAN DALAM MENGHALA KE DANGA BAY, JOHOR BAHRU.
PADA 26 NOVEMBER 2024, JAM LEBIH KURANG 2.00 PETANG, TELAH BERLAKU SATU KEMALANGAN MAUT JALANRAYA YANG MELIBATKAN SEBUAH MOTOKAR HINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN DI JALAN LINGKARAN DALAM BERHAMPIRAN TANAH PERKUBURAN ISLAM MAHMODIAH.
KEMALANGAN TERSEBUT DIPERCAYAI BERLAKU APABILA MANGSA SEORANG LELAKI YANG MERUPAKAN WARGA TEMPATAN BERUMUR 55 TAHUN TELAH HILANG KAWALAN LALU TERBABAS KE KIRI JALAN DAN MELANGGAR SEBATANG POKOK DI BAHU KIRI JALAN. AKIBAT KEJADIAN TERSEBUT MANGSA TELAH DISAHKAN MENINGGAL DUNIA DI TEMPAT KEJADIAN DISEBABKAN KECEDERAAN DI BAHAGIAN DADA.
SIASATAN DIJALANKAN DIBAWAH SEK. 41(1) AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987. PIHAK POLIS MEMOHON SAKSI AWAM YANG MELIHAT KEJADIAN TERSEBUT AGAR TAMPIL KE BALAI TRAFIK JOHOR BAHRU SELATAN UNTUK MEMBERI KETERANGAN KEPADA PIHAK POLIS ATAU BERHUBUNG DENGAN PEGAWAI PENYIASAT INSP NURULHADI BIN ALI DI TALIAN 019-5230102.
(RAUB BIN SELAMAT) ACP KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN
JOHOR 26/11/2024.
Kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dekat Shell Pandan, Johor Bahru.
Sumber ➡️ Faizatul Firdaus
#infosemasa
@infosemasaofficial
3kg emas disamun di premis penyimpanan
IPOH: Emas seberat 3 kilogram (kg) dilarikan sekumpulan individu dalam insiden samun di sebuah premis yang dijadikan tempat memproses bahan itu di Jalan Bendahara, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata, pusat kawalan daerah (DCC) menerima panggilan mengenai insiden jam 9.30 pagi tadi membabitkan emas berkenaan yang dilarikan suspek yang menaiki dua kenderaan.
"Berdasarkan maklumat awal, kejadian samun itu membabitkan kilang emas apabila suspek menaiki dua motokar (kereta) warna putih dan warna emas.
"Kerugian yang dialami adalah berupa 3 kilogram emas," katanya dihubungi.
Ditanya bilangan sebenar suspek yang terbabit, Abang Zainal Abidin berkata, perkara itu masih dalam siasatan dengan usaha mengesan suspek kini giat dijalankan.
"Semua elemen petugas sudah dimaklumkan untuk tindakan lanjut. RCJ (Ronda Cegah Jenayah) dan RCJK (Ronda Cegah Jenayah Khas) sudah di tempat kejadian," katanya.
Sementara itu, difahamkan, insiden berlaku ketika pemilik premis ingin masuk ke kenderaan miliknya dipercayai untuk melakukan penghantaran barang kemas kepada seorang pelanggan.
Dijangkakan, polis akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung insiden ini dalam waktu terdekat.
Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
November 26, 2024 @ 4:48pm
bhnews@bh.com.my
Kredit ➡️ Berita Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Selepas 12 jam, pemandu treler tersepit berjaya dikeluarkan
Lahad Datu: Pemandu treler yang tersepit selepas kenderaan dipandunya terjatuh ke dalam gaung dekat simpang Lembah Danum, Jalan Tawau - Lahad Datu, di sini, berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6 petang tadi.
Operasi mengeluar mangsa lelaki berusia 51 tahun itu mengambil masa hampir 12 jam berikutan kesukaran anggota bomba mengeluarkannya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Penolong Penguasa Bomba, Sumsoa Rashid berkata, mangsa yang mengalami kecederaan parah terus diberikan rawatan.
Katanya, mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Disyorkan
"Selepas memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian, operasi ditamatkan pada jam 6.40 petang," katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Dalam kejadian jam 7 pagi itu, mangsa yang memandu seorang diri dari Tawau ke Lahad Datu itu membawa dua kontena berisi 41.2 tan muatan Baja Borax.
Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terjunam ke dalam gaung setinggi 30 meter.
Disiarkan pada: November 26, 2024 @ 8:05pm
Juwan Riduan
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial