infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

130828

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

[ PERINGATAN ]

AMARAN HUJAN BERTERUSAN 🌧️🌧️🌧️

AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

I) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Perlis • Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling) • Perak (Hulu Perak) • Kelantan (Gua Musang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera) • Johor dalam tempoh Selasa, 26 November 2024 sehingga Jumaat, 29 November 2024.

II) Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) • Terengganu • Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) • Sabah: Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Jumaat, 29 November 2024.

🌧️🌧️🌧️Amaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila analisis model-model cuaca berangka menunjukkan hujan berterusan dijangka bermula satu hingga tiga hari akan datang atau hujan/ribut petir yang sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Dikeluarkan pada: 1:00 tengah hari, 24 November 2024

#amaranhujanberterusan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝗖𝗨𝗕𝗔𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗟𝗨𝗗𝗨𝗣 𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗟𝗔𝗡, 𝗕𝗢𝗧 𝗣𝗔𝗠 𝗗𝗜𝗧𝗔𝗛𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔

.
𝗟𝗔𝗛𝗔𝗗 𝗗𝗔𝗧𝗨, 𝟮𝟰 𝗡𝗼𝘃 - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Lahad Datu berjaya menahan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran dalam keadaan mencurigakan lebih kurang 0.4 batu nautika Selatan Tanjung Batu, Felda Sahabat, Lahad Datu pagi tadi.

Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Komander Maritim Dzulfikhar bin Ali berkata, berdasarkan maklumat risikan yang diterima, bot ronda Maritim Malaysia telah berjaya mengesan sebuah bot dalam keadaan mencurigakan lebih kurang pukul 3.45 pagi tadi.

Menyedari kehadiran pihak berkuasa, bot terbabit bertindak melarikan diri dan mengubah haluan ke arah daratan berhampiran dan telah bertindak terjun ke laut.

Hasil pemeriksaan awal mendapati bot tersebut membawa beberapa barang kawalan seperti beras, minyak paket dan tong gas.

Bot dan kesemua barang di bawa ke Jeti Pos Maritim Felda Sahabat untuk siasatan lanjut.

Hasil pemeriksaan lanjut menemukan dua tong gas berwarna hijau, 17 bungkus minyak masak dengan anggaran berat 17 kg, sembilan kampit beras dengan berat 90kg dan lima kampit beras dengan berat 25kg. Turut ditemui satu tiub hablur kristal disyaki dadah jenis syabu.

Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961, Akta kawalan beras dan padi 1994 dan Akta Dadah Merbahaya 1952.

Turut dirampas sebuah pam bot tanpa nombor pendaftaran berserta sebuah enjin pam. Kesemua barang rampasan tersebut dianggarkan bernilai hampir RM 8,500.00.

Zon Maritim Lahad Datu akan mempertingkatkan rondaan dan pemeriksaan ke atas bot-bot terutama yang berada di lokasi titik panas di perairan ini bagi memastikan kegiatan berkenaan dapat dibendung.

Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan insiden yang berlaku di laut ke Pusat Operasi Zon Maritim Lahad Datu melalui aplikasi Whatapp 016-9305727 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.

.
#MalaysiaCoastGuard #MaritimeNation #MaritimMalaysia #coastguard #MCG #APMM #MMEA #KementerianDalamNegeri #MalaysiaMadani #HUT19 #KDN_TogetherWeAreOne #MaritimPerkasaMelestarikanMadani #KeselamatanTanggungjawabBersama

Sumber➡️APMM

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Remaja yang mandi di pantai Batu Mandi Bintulu dijumpai mati lemas

BINTULU: Seorang remaja lelaki yang dikhuatiri hilang dibawa arus deras semama mand di kawasan pantai Batu Mandi dijumpai mati lemas oleh pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Bintulu pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, mayat Valentino Austin Richie, 18, dijumpai terapung oleh pasukan APMM yang turut serta dalam usaha mencari dan menyelamat pada jarak 1.5 kilometer dari kawasan pantai pada jam 9.15 pagi.

"Sejurus diangkat, mayat mangsa dibawa ke jeti Lembaga Sungai-Sungai Sarawak untuk tindakan lanjut," ujarnya.

Dengan ini katanya, usaha SAR di hari yang kedua ini ditamatkan serta-merta.

Dalam insiden yang berlaku sekitar jam 6.10 petang semalam, mangsa dikatakan sedang mandi di kawasan pantai sebelum hilang dibawa arus deras laut.

Sumber➡️Sarawak Update

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kereta terbabas masuk longkang.kg paya kluang dekat dewan badminton malam tadi.

#kluang Info
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kucing terjatuh dari tingkat 6 dan dan terhempap atas sebuah kereta hingga cermin kereta pecah teruk. Agak menakjubkan kerana kucing itu kelihatan dalam keadaan 'baik'. Owner kereta yang terkejut dengan kejadian itu kemudiannya membawa kucing ke doktor untuk diperiksa, scan dan sebagainya.

Kucing itu disahkan ok, sihat cuma sedikit kukunya patah. Sekarang ini owner kereta komplen kerana dia kena baiki kereta, hantar kucing ke vet dan bagi kucing itu makan, kucing itu pula kuat makan!

Perkongsian : Dunia Haiwan Malaysia

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jam tangan Rolex RM64,000 dicuri lelaki menyamar pelanggan

MyMetroMutakhir
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Subang Jaya: Sebuah kedai menjual barangan berjenama kerugian RM64,000 selepas seutas jam tangan Rolex dicuri seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan di SS 16, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat, berkata pekerja wanita memaklumkan didatangi seorang lelaki menyamar sebagai pelanggan ketika dia bersama rakan sedang membuka kedai, pada 10.40 pagi.

Menurutnya, suspek mencuri jam tangan terbabit ketika pekerja itu sedang bercakap di telefon dan terus melarikan diri.

Katanya, jam tangan yang dicuri adalah Rolex Datejust 36 Oystersteel and Yellow Gold Reference 126233 serial number 63t917k7

"Hasil siasatan dapati suspek menunggu di hadapan sebelum kedai beroperasi.

"Suspek mengatakan membuat temujanji melalui mesej di samping bertanyakan beberapa soalan mengenai barangan yang dijual," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Wan Azlan berkata, tidak lama kemudian, suspek bergegas keluar dari kedai dan maklum mahu mengambil majikannya di tingkat bawah.

Katanya, pada 2.14 petang, wanita itu dimaklumkan oleh rakan kerja bahawa jam tangan itu hilang dicuri.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan (akta 574) iaitu kesalahan mencuri di dalam bangunan.

"Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini supaya tampil menyalurkan maklumat dan memberikan kerjasama kepada pihak polis melalui nombor telefon 03-78627222 (Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya) atau pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Fathurrahman Ampandi di talian 011-29395178," katanya.

Disiarkan pada: November 24, 2024 @ 11:58am

Artikel Buletin Tv3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Siap bawa kerusi 'healing' tonton aksi mat rempit

MyMetroMutakhir
Ahmad Hasbi
am@hmetro.com.my

Seremban: Padah menunjukkan aksi lagak 'wheelie', dua lelaki termasuk seorang remaja berusia 14 tahun ditahan dalam Op Khas Samseng Jalanan di Matahari Heights, dekat Senawang, di sini, awal pagi hari ini.

Terdahulu, kedua-duanya seolah tidak mempedulikan nyawa masing-masing malah merisikokan keselamatan pengguna jalan raya lain dengan aksi mengangkat tayar hadapan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Muhammad Zaki Ramat berkata, seramai 85 anggota dan sembilan pegawai terbabit dalam operasi selama tiga jam bermula jam 2 pagi itu.

"Operasi dijalankan di Jalan Persiaran Senawang 1. Kami memeriksa 305 dan sebanyak 321 saman dikeluarkan dengan kesalahan nombor pendaftaran paling tinggi (69) diikuti lesen memandu (49).

"Sebanyak 19 motosikal disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau berkata, tangkapan dibuat mengikut Seksyen 42(1), 108 (3)(f) APJ 1987 dan Seksyen 29(1) Akta Kanak-Kanak.

Katanya, seorang lagi penunggang motosikal turut ditahan kerana menggunakan nombor palsu.

Muhammad Zaki berkata, operasi dilakukan di lokasi itu susulan aduan diterima pihaknya berkenaan aktiviti samseng jalanan di situ terutama pada hujung minggu.

"Kita terima beberapa aduan daripada orang awam yang terganggu dengan bunyi bising geng motosikal ini yang berlumba sesama mereka sambil mempamerkan aksi berbahaya.

"Di kawasan itu juga berhampiran dengan perumahan dan kita dapat lihat mereka akan mula aktif sekitar jam 12 tengah malam hingga 3 pagi," katanya.

Katanya, kumpulan terbabit pada awalnya didapati datang ke Senawang dari luar Negeri Sembilan dengan kebanyakannya dari Lembah Klang untuk makan dan lepak tetapi mula teruja sebelum menguji kelajuan apabila berkonvoi untuk pulang.

Katanya, mereka juga seronok untuk beraksi di laluan berkenaan kerana menganggap aksi mereka ditonton orang ramai.

"Kalau kita tengok orang ramai penuh di kedai-kedai makan di situ. Walaupun tidak semua terbabit, tetapi ada yang datang melihat aksi mat rempit ini.

"Ia sebenarnya boleh menggalakkan lagi aktiviti ini dan kita dapati ada yang sampai bawa kerusi 'healing' hanya untuk menonton aksi berkenaan," katanya.

Disiarkan pada: November 24, 2024 @ 1:53pm

Artikel➡️Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*TAWARAN PINJAMAN KWSP*
-Anda berumur 53/54/55/59/60tahun.
-Dah tak bekerja atau masih bekerja
-Mempunyai simpanan dalam akaun *KWSP* anda.
-Ade masalah dengan 𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 pastu ade sangkut 𝑨𝑲𝑷𝑲 dialukan.
-Menetap die Semenanjung Malaysia.

*TAHNIAH ANDA YG KAMI CARI*
Untuk mohon *pinjaman kwsp*
Yang berkonsepkan *pinjam hari ini bayar masa umur 55@60 tahun nanti* 😍

*Jangan Risau*
Bukan cagar KWSP anda ya!
💯 Selamat.
*Bayaran tanggungjawab sendiri*

Bagaimana untuk mohon anda hanya perlu klick link dibawah

http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pengarah Hospital Kamal Adwan, Dr. Hussam Abu Safiya, bercakap mengenai serangan harian Israel ke atas hospital serta keadaan kritikal yang mengancam nyawa mangsa yang cedera selepas serangan dron Israel menyasarkan generator oksigen. 

Wawancara ini dilakukan hanya beberapa saat sebelum Dr. Hussam Abu Safiya menjadi sasaran dan cedera akibat serangan dron quadcopter Israel semasa beliau sedang memeriksa pesakit di dalam hospital. 

Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Menurut Pertahanan Awam Lubnan, 11 orang awam terbunuh dan 23 yang lain cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan bangunan kediaman di kawasan Al-Basta Al-Fawqa di Beirut.

Sumber: Quds News Network
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

5 shelving bothless rack (30set) sold 10 set - balance tinggal 20 set
brand NEW
jual lelong RM100 per set tak termasuk postage. pick up bukit kemuning, shah alam.
barang hot. siapa cepat dia dapat 🔥🔥🔥🔥

colour besi - beige
board - brown kayu
tingkat/tier - 5 tingkat
size : 1200W x 458D x 2400H

harga market di shopee RM120 (tidak termasuk postage) bole pick up sendiri

wasaap HQ 0126800682
wa.me/60126800682

sementara masih ada

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

NAK SUAMI HADIAHKAN EMAS? TAG SUAMI!!

Untung kan bila ada emas?

Beli harga RM13,000. Kalau jual sekarang, nilainya dah hampir RM38,000.

Tak perlu buat apa apa, cuma peram sahaja tiba tiba untung RM25,000!

Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.

Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..

RM100 pun da boleh beli emas.

Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :

📌 Simpanan emas patuh syariah.

📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.

📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.

📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.

Mudah kan?

Sekarang, tak kisah kerja apa, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!

Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa

Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/

Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁

Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!

Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅

100% selamat dan mudah! 💯

Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗

Password? Tak perlu! 🔒

Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀

👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com

#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Langkawi, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) • Pulau Pinang • Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Bagan Datuk) • Kelantan (Gua Musang) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Temerloh) • Selangor (Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang) • WP Kuala Lumpur • WP Putrajaya • Negeri Sembilan • Melaka • Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang) • Sarawak: Bintulu (Bintulu dan Sebauh), Miri dan Limbang • Sabah: Pedalaman (Sipitang, Tenom, Nabawan dan Keningau) dan Sandakan (Tongod) sehingga 10:00 malam; Ahad, 24 November 2024.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 7:00 malam, 24 November 2024

#ributpetirmetmalaysia
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tudung bawal by leeyanarahman murah gile la min ingat mahal..ada banyak pilihan corak tau..tengok la sis harga dia !! 😍😍👇👇

https://s.shopee.com.my/1qL2t9Dcbg

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝐋𝐈𝐌𝐀 𝐊𝐔𝐁𝐔𝐑 𝐇𝐀𝐍𝐘𝐔𝐓 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐑𝐀𝐒 𝐀𝐊𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐒𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈

#Terengganu Lima jenazah termasuk tiga yang masih berbalut dengan kain kafan di Tanah Perkuburan Kampung Pengkalan Maras, Kuala Nerus, terpaksa dikebumikan semula selepas dihanyutkan ombak hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kampung Pengkalan Maras Mohd Isshamudin Ismail berkata tanah perkuburan yang terletak berdekatan pantai itu sudah lama diancam masalah hakisan terutama ketika musim tengkujuh.

Bagaimanapun, fenomena air pasang berserta ombak besar malam tadi menyebabkan lima kubur runtuh dan hanyut dibawa ombak besar.

“Kejadian disedari penduduk kampung yang datang kira-kira 9 pagi tadi. Selain jenazah, ada serpihan kain kafan, tulang, batu nisan dan kepuk yang jatuh ke dalam air laut,” kata Mohd Isshamudin.

📸 Mohd Khairul Fikiri Osman / BERNAMA

#BernamaNews
#BernamaImages
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

2 maut, 4 cedera dalam nahas babitkan 2 kenderaan
25 November 2024, 8:00am

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

SETIU: Dua maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah perodua Axia dan pacuan empat roda.

Nahas berlaku di Jalan Setiu-Kuala Terengganu, jam 4.31 pagi tadi.

Mangsa maut membabitkan dua wanita iaitu pemandu dan penumpang belakang kereta perodua Axia.

Kedua-duanya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Manakala dua lagi penumpang kereta itu iaitu seorang lelaki dan seorang lagi wanita, cedera.

Pemandu pacuan empat roda dan seorang penumpang juga dilaporkan turut cedera.

Bagaimanapun kesemua identiti mangsa belum dikenalpasti.

Penolong Penguasa Bomba, Mohd Sarizan Mohammad Sapawi, bersama seorang lagi pegawai dan 9 anggotanya membantu mengeluarkan pemandu wanita dan penumpang yang tersepit.

Operasi mengeluarkan mangsa berakhir jam 6.22 pagi tadi.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Setiu, untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang cedera turut dibawa ke hospital sama.

Sumber➡️ Buletin Tv3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

(25/11/2024 | 8:01AM)
#jbtu JALAN KLUANG-BATU PAHAT: Traffic is slow moving from SK Munshi Sulaiman towards the JB city centre due to an accident near BP Mall as reported by Ranger Hazrul.

Sumber ➡️ Astro Radio Traffic

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Johor
0526hrs - highway pasir gudang hala perling berhadapan bhp plentong ada mpv terbalik.
Lorong kanan sahaja boleh dilalui.
Rancang perjalanan anda.
Pandu cermat jiwa selamat.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

MAKLUMAN TANGKAPAN DAN RAMPASAN KE ATAS SINDIKET PENJUALAN AIR KETUM.

PADA 22/11/2024 JAM LEBIH KURANG 0010 HRS SEPASUKAN PEGAWAI DAN ANGGOTA POLIS TELAH MEMBUAT SATU SERBUAN DI SALAH SEBUAH RUMAH DI TAMAN PAKATAN JAYA, 31150 IPОН, PERAK. TANGKAPAN TELAH DIBUAT KE ATAS (6) LELAKI TEMPATAN YANG BERUMUR ANTARA LINGKUNGAN 24 HINGGA 42 TAHUN.

TURUT DIRAMPAS SEMASA SERBUAN (10) TONG AIS BERWARNA OREN MENGANDUNGI (3000) BUNGKUSAN AIR KETUM (ANGGARAN ISIPADU: AIR 900 LITER), (35) BUNGKUSAN PLASTIK HITAM MENGANDUNGI DEDAUN KETUM (A/B: 350 KG), (3) UNIT TONG GAS 14KG JENAMA PETRONAS DAN (2) UNIT PERIUK TIADA JENAMA BERWARNA PERAK. NILAI KESELURUHAN BUNGKUSAN AIR KETUM DAN DEDAUN KETUM YANG DIRAMPAS DIANGGARKAN BERJUMLAH RM 41,000.00.

HASIL UJIAN SARINGAN AIR KENCING KESEMUA SUSPEK MENDAPATI HANYA SEORANG SUSPEK POSITIF DADAH JENIS AMPHETAMINE DAN METHAMPHETAMINE. SEMAKAN REKOD LAMPAU MENDAPATI SEORANG SUSPEK PERNAH DITANGKAP KE ATAS (2) DI BAWAH SEKSYEN 3 (1) APD 1983 DAN (1) KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 6(1) APD 1983. MANAKALA SEORANG LAGI SUSPEK PERNAH DITANGKAP ATAS (1) KESALAHAN DI BAWAH SEKSYEN 30 (3) AKTA RACUN 1952.

BERDASARKAN SIASATAN YANG DIJALANKAN, SINDIKET INI DIPERCAYAI MULA AKTIF DALAM AKTIVITI PENGEDARAN AIR KETUM SEJAK TAHUN 2022. BEKALAN AIR KETUM YANG DI RAMPAS ADALAH UNTUK PASARAN SEKITAR KAWASAN IPOH PERAK. DIANGGARKAN JUMLAH AIR KETUM YANG DIRAMPAS INI BOLEH DIBEKALKAN KEPADA LEBIH 3000 ORANG PENAGIH KETUM. KES INI DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 30 (3) AKTA RACUN 1952 DAN SEKSYEN 15(1)(a) AKTA DADAH BERBAHAYA 1952. KESEMUA SUSPEK DIREMAN SELAMA (3) HARI BERMULA 22/11/2024 BAGI MEMBANTU SIASATAN LANJUT PIHAK POLIS.

KEJAYAAN INI ADALAH HASIL KERJASAMA YANG BERTERUSAN DI ANTARA MASYARAKAT DENGAN AGENSI PENGUATKUASAAN KHUSUSNYA PDRM. JUSTERU, PDRM PERAK MENYERU ORANG RAMAI UNTUK TERUS MENYALURKAN SEBARANG INFORMASI BERKAITAN AKTIVITI PENYALAHGUNAAN DADAH AGAR TINDAKAN PEMBANTERASAN DAPAT TERUS DIPERTINGKATKAN BAGI MEMASTIKAN NEGERI INI BEBAS DARIPADA ANCAMAN DADAH.

(ABANG ZAINAL ABIDIN ABANG AHMAD) ACP

KETUA POLIS DAERAH ІРОН

-TAMAT-

(Dikeluarkan pada 23 November 2024, jam 6.00 petang)

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Anak Tauke JS MOTOR jalan Pasar Awam kluang... Terbabas langgar tiang elak kereta.. Accident kat Tmn murni @ Taman Suria..

#kluang
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Netflix Murah By Moksin Store 🔥

Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅

Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Boleh cuba pakej yang tuan / puan minat di moksin store . Semua account original bukan account generate ataupun hack account , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang tuan / pun berminat . Account FULL warranty sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device .

✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥

✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE MUSIC 🔥

✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :

✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM35 FREE PRIME VIDEO 🔥

✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM45 FREE PRIME VIDEO 🔥

PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM28 ✅

✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥

SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥

Waktu bekerja :

Jam : 8 pagi - 12 malam
Isnin sampai ahad kecuali hari jumaat cuti

Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 20 orang yang terawal sahaja dapat set combo !

Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Keadaan Dr Husam Abu Safiya, Pengarah Hospital Kamal Adwan yang mengalami kecederaan akibat serangan Zionis.

Sumber: TV Al-Aqsa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Briged Al-Qassam: Rakaman serangan ke atas sebuah rumah yang dijadikan tempat persembunyian pasukan Zionis berhampiran persimpangan Safatawi, barat Jabalia, utara Gaza.

Sumber: Briged Al-Qassam
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Starbucks menutup 50 cawangannya di Malaysia, selepas mengalami kerugian besar berjumlah berjuta-juta dolar disebabkan boikot berterusan terhadap jenama yang didakwa menyokong Israel.

Sumber: Quds News Network
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾

Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej  terlajak murah mampu milik😇

👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌

‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️

Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’

Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos

Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7

Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

NETFLIX PREMIUM ACCOUNT MURAH ❤‍🔥

SHARING : 1 PROFILE 2 USER 🔽
1 month - rm 10
2 month - rm 18
3 month - rm 25
5 month - rm 50

✅ full warranty
✅ UltraHD 4K
✅ login 1 device only
✅ support all device

feedback @netflixmurahabby
feedback @netflixmurahabby

purchase netflix dengan harga murah sekarang! 🫶🏻
https://wa.me/60182242808?text=NAKBELINETFLIX

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Seorang lelaki nyaris rentung apabila dia sempat diselamatkan orang awam selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dipandunya musnah terbakar di Jalan Latar, Kampung Bukit, Pokok Sena, di Alor Setar, hari ini.

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Penggubah lagu, Tan Sri Ahmad Nawab atau nama penuhnya Ahmad Khan Nawab Khan meninggal dunia di kediamannya di Taman Melawar, Gombak pada 3.15 petang Ahad.

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki nyaris rentung, kereta terbabas musnah terbakar
24 November 2024, 4:03pm

ALOR SETAR: Seorang lelaki nyaris rentung apabila dia sempat diselamatkan orang awam selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza yang dipandunya musnah terbakar di Jalan Latar, Kampung Bukit, Pokok Sena, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, pemandu kereta iaitu lelaki berusia 23 tahun yang beralamat di Baling itu mengalami luka di muka, tangan kiri dan kanan.

Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Nerang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Syed Basri Syed Ali berkata, Balai Polis Trafik Kota Setar menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 8.15 pagi berkaitan kemalangan yang membabitkan sebuah kenderaan MPV Perodua Alza di lokasi kejadian.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati kenderaan mangsa dipercayai dari arah Pokok Sena menghala ke Kampung Bukit.

“Sebaik tiba di lokasi, kenderaan dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terbakar secara tiba-tiba.

“Bagaimanapun, pemandu Perodua Alza itu berjaya diselamatkan oleh orang awam dan dibawa ke Hospital Kuala Nerang untuk rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Syed Basri berkata, kes disiasat di bawah Kaedah 10 LN166/59 dan setakat ini mangsa masih lagi menerima rawatan di Hospital Kuala Nerang dan tidak sedarkan diri.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kereta Perodua Alza itu dipercayai milik ibunya.

“Kereta Perodua Alza itu musnah sepenuhnya,” katanya.

Artikel➡️Buletin Tv3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Subscribe to a channel