infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

130828

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki pandu kereta melulu ditahan

GEORGE TOWN - Pemandu sebuah kereta yang dikesan memandu secara melulu di Jalan Batu Ferringhi ditahan selepas klip video memaparkan perbuatannya itu tular di media sosial.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintenden Lee Swee Sake berkata, pemandu itu ditahan selepas dia menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut, pada Isnin.

"Pemandu berusia 38 tahun itu ditahan selepas dia menyerah diri di IPDTL semalam.

"Namun dia diberi jaminan polis setelah siasatan selesai dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Swee Sake berkata, pemandu yang memandu kereta jenis Mitsubishi Lancer itu dikesan memandu kereta tersebut secara melulu dan melanggar sebuah kenderaan lain di Jalan Batu Ferringhi, pada 3 November lalu.

"Satu klip video dikesan menerusi video rakaman kamera papan pemuka yang tular di laman Facebook pada Rabu lalu. Berdasarkan rakaman video itu, didapati kejadian berlaku pada jam 7.30 pagi," tambahnya.

Kata Swee Sake, pihaknya memohon kerjasama saksi yang melihat kejadian dan pemilik video rakaman itu tampil atau hubungi pegawai penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPDTL di talian 010-9771517.

Sebelum ini, tular satu klip video berdurasi 38 saat memaparkan sebuah kereta dipandu secara melulu termasuk memotong di laluan garisan berkembar sebelum melanggar sebuah kenderaan lain.

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
12 November 2024 06:48pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Empat penjenayah warga Vietnam maut ditembak polis

KUALA LUMPUR - Seramai empat lelaki warga Vietnam disyaki terbabit dalam 44 kes tebuk peti besi sejak 2018 maut dalam insiden berbalas tembakan di tingkat 17 sebuah unit residensi di ibu kota pada Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, sepasukan anggota polis menyerbu unit kediaman itu pada jam 11.30 malam.

"Kesemua suspek berusia 40-an itu didapati cuba melepaskan tembakan ke arah pihak polis dalam Operasi Tebuk (Op Tebuk) itu.

"Polis terpaksa melepaskan tembakan dalam usaha mempertahankan diri," katanya ketika sidang akhbar di lokasi kejadian pada Rabu.

Rusdi berkata, hasil pemeriksaan polis mendapati suspek bersenjatakan dua parang dan dua pistol yang digunakan untuk menyerang pihak polis.

"Hasil siasatan polis mendapati suspek dipercayai sering keluar dan masuk ke negara ini.

"Mereka sudah mengaut RM4.3 juta hasil daripada jenayah pecah rumah serta pecah pejabat dengan menebuk peti besi di premis yang menjadi sasaran mereka," ujarnya.

Beliau berkata, kali terakhir suspek dilaporkan melakukan jenayah yang terbaharu pada dua hari lalu di Sri Hartamas, di sini, sebelum menyembunyikan diri di lokasi yang diserbu malam Selasa.

"Kita juga percaya mereka menjadikan unit kediaman mewah di sini sebagai tempat perancangan jenayah, berehat serta menyembunyikan diri," katanya.

Rusdi berkata, daripada siasatan polis mendapati suspek yang mempunyai pasport itu sangat berbahaya dan sangat sukar untuk ditahan kerana kelicikan mereka.

"Penjenayah itu melakukan jenayah pada waktu malam dan tidak meninggalkan kesan.

"Walaupun wajah mereka dapat dirakam pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), namun agak sukar untuk dikenal pasti disebabkan mereka warga asing," katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut kini sedang diteruskan baki mengesan saki-baki kumpulan berkenaan dan juga dalam proses melengkapkan siasatan atas jenayah yang dilakukan mereka.

"Mayat kesemua suspek dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat," katanya.

AHMAD ISMADI ISMAIL
13 November 2024 07:05am

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Penuntut politeknik pandu lawan arus dakwa keliru dengan 'Waze'

Melaka: Tidak biasa dengan trafik di negeri ini selain keliru dengan panduan arah oleh aplikasi 'Waze' dipercayai punca penuntut politeknik memandu secara melawan arus di Jalan Hang Tuah, di sini, Sabtu lalu.

Tindakan lelaki berusia 18 tahun itu tular di media sosial selepas video menunjukkan kenderaan Perodua Aruz berwarna perak memandu dalam keadaan bahaya dan nyaris bertembung dua kenderaan lain.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Roslan Mohamed@Ab Aziz berkata, susulan video tular itu yang dikesan pada 2.37 petang, 9 Nov lalu, pihaknya berjaya mengesan pemilik asal kenderaan beralamat di Taman Maharani Ayu, Muar, Johor.

"Dalam soal tanya, pemilik memberitahu ketika kejadian anaknya yang tinggal di rumah sewa di Taman Pagoh Jaya memandu kenderaan berkenaan.

"Pelajar terbabit mempunyai lesen memandu sah dan mendakwa kesalahan tidak disengajakan kerana tidak biasa jalan di Melaka serta keliru dengan Waze," katanya dihubungi, hari ini.

Roslan berkata, pelajar itu dibawa ke IPD Melaka Tengah untuk direkod percakapan dan dilepaskan selepas dikenakan saman mengikut Peraturan 10 LN 166/59.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, pihaknya mengeluarkan Notis Temu Siasat di bawah Seksyen 114 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kepada pemilik dan pemandu kenderaan untuk siasatan lanjut.

Katanya, mana-mana pemandu boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 42(1) APJ (Pindaan) 2020, yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum lima tahun dan denda tidak lebih RM15,000 dan hilang kelayakan lesen selama lima tahun dari tarikh sabitan.

Disiarkan pada: November 12, 2024 @ 10:54pm
Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

- 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐖𝐒𝐏
- ⁠(𝐄𝐏𝐅 𝐋𝐎𝐀𝐍)
“𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐈𝐀𝐍”
Sila Hubungi : 016-6 0 9 9 3 6 3

Ayu offer pinjaman peribadi utk KWSP(EPF)
➡ umur 53,54 ( Akaun 1 )
➡ umur 58,59 ( Akaun Emas )
。ambik duit sekarang bayar masa dpt KWSP nanti.

✅ PERMOHONAN
DAPAT PENUHH TANPA CAJ 😍

🔴 Yang ade masalah dengan 𝑪𝑻𝑶𝑺,𝑪𝑪𝑹𝑰𝑺,𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒖 𝒂𝒅𝒆 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒌𝒖𝒕 𝑨𝑲𝑷𝑲 layak apply skim pinjaman ni tau 🔴

𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡!
Ye skim pinjaman yang tak perlu 𝒃𝒂𝒚𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏.
Nak semak kelayakan hanya perlukan 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂 𝑲𝑾𝑺𝑷 sahaja.
Untuk kelulusan pinjaman 1 𝒋𝒂𝒎 dan 𝒃𝒂𝒏𝒌 𝒊𝒏 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒎𝒂.

Dokumen yang diperlukan
-𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮 𝗞𝗪𝗦𝗣

http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP

HanyaUmur : 53 , 54 , 59 shj ✅

🌍 COVER SEMUA KAWASAN! 😍

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEDAH 12/11/2024.

Motosikal terbakar di lampu isyarat Sungai Limau, Baling malam ini.

Sumber ➡️ INFO KEMALANGAN DI BALING

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

'King' rempuh tembok siap 'landing' rumah orang, elok pasang pengadang jalan elak kediaman tepi lereng bukit ranap

TULAR satu insiden sebuah kereta jenis Perodua Myvi dikatakan gagal mengawal kenderaannya lalu merempuh masuk ke sebuah rumah yang terletak di lereng rendah bukit pada Selasa.

Menerusi video berdurasi 11 saat itu memaparkan kerosakan teruk pada cermin kereta dan keadaan kemik pada bumbung serta besi tiang rumah milik individu yang dipercayai turut berada di lokasi kejadian.

Difahamkan pemandu berkemungkinan besar gagal mengawal kereta yang dipandu lalu merempuh rumah tersebut berdasarkan paparan video yang menampakkan kesan pecah pada bahagian tembok luar.

Setakat ini masih tiada kenyataan rasmi oleh pihak berkuasa namun dapat dilihat dari video tersebut beberapa anggota bertugas hadir ke lokasi kejadian bagi membuat pemeriksaan dan juga siasatan.

Video yang tular sejak Selasa itu meraih perhatian warga maya gara-gara Perodua Myvi yang juga terkenal dengan panggilan 'King' dilihat mendarat di sebuah rumah tanpa diundang.

Susulan dari kejadian itu, ramai warga maya menggesa pihak berkuasa untuk memberi perhatian kepada kawasan-kawasan rumah yang rendah terutamanya terletak di lereng bukit rendah yang dilihat mendatangkan bahaya kepada penduduk.

Hal itu sekiranya penghalang jalan dipasang dapat mengurangkan risiko kemalangan sedemikian yang boleh mendatangkan bahaya kepada penduduk.

Salah seorang pengguna, Shah Din berkata, "Rumahnya rendah dari jalan raya dan mungkin di belakang tembok itu ada selekoh. Nasib baik kereta, buatnya kalau lori tanah hancur terus rumah itu," komennya.

"Buat aniaya sahaja kalau ada budak-budak tengah elok baring layan kartun kena hempap kereta, risau betul rumah tepi jalan dan bayangkan kalau lori laju macam mana ranap terus rumah tu," komen Riba Hayyamus.

"Ini mesti rumah bawah lereng bukit dan kebanyakan rumah di kawasan Felda sebegini. Kadang-kadang tu atap rumah sama tinggi sahaja dengan jalan," kata Epoii.

"Ada duit pasang pengadang jalan atau mohon kepada YB setempat...bahaya rumah tepi lereng-lereng jalan macam ini nasib 'King' kalau treler bayangkan...," komen rizal.

"Memang bahaya rumah tepi jalan kawasan rendah pula, sepatutnya kena ada pengadang jalan bahaya ni," komen Zwan Espiranza.

"Ini mesti rumah di lereng bukit nampak macam di kawasan rendah kalau tengok video tu, macam pelik tiada pengadang jalan," kata Nurain. — Majoriti

Oleh LIYANA FARIHAH HAMID
Selasa, 12 Nov 20242:25 PM MYT

Artikel ➡️ Majoriti

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Suspek bunuh ibu kerana mahu wanita itu 'masuk syurga' - Sumber

Kuala Lumpur: Perselisihan faham mengenai isu agama dipercayai menjadi punca seorang lelaki membunuh ibunya sebelum mayatnya disimpan dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lalu di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini.

Sumber berkata, suspek yang berusia 50-an dipercayai membunuh ibu kandungnya yang berusia 80-an kerana mahu wanita itu 'masuk syurga'.

Katanya, suspek dipercayai menumbuk wanita warga emas itu sehingga mati sebelum mayatnya dibalut dengan tuala dan kain kemudian disumbat dalam peti sejuk beku.

"Suspek mendakwa membunuh ibunya pada Mac 2021 sebelum menyembunyikan mayat wanita itu dalam peti sejuk beku.

"Selepas lebih tiga tahun, mayat mangsa ditemui selepas kediaman suspek diperiksa sepasukan polis yang menerima laporan perkara itu pada 9 pagi tadi.

"Suspek mendakwa menghadapi masalah kewangan apabila kehabisan wang simpanan selain mempunyai masalah kesihatan kronik," kata sumber.

Difahamkan, suspek menghubungi talian kecemasan 999 bagi mendapatkan bantuan kerana tidak sihat sebelum membongkar rahsia mengenai keberadaan mayat ibunya.

Susulan itu, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan menahan suspek.

Kata sumber, mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat dan suspek turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Difahamkan, suspek akan direman esok bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan kejadian dan polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut.

Disiarkan pada: November 12, 2024 @ 5:21pm
Nor Azizah Mokhtar
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾

Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej  terlajak murah mampu milik😇

👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌

‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️

Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’

Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos

Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7

Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

NAK SUAMI HADIAHKAN EMAS? TAG SUAMI!!

Untung kan bila ada emas?

Beli harga RM13,000. Kalau jual sekarang, nilainya dah hampir RM38,000.

Tak perlu buat apa apa, cuma peram sahaja tiba tiba untung RM25,000!

Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.

Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..

RM100 pun da boleh beli emas.

Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :

📌 Simpanan emas patuh syariah.

📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.

📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.

📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.

Mudah kan?

Sekarang, tak kisah kerja apa, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!

Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa

Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/

Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tiga cedera dalam kemalangan babitkan lori, kereta dan motosikal

KUCHING: Tiga orang dilaporkan cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah lori, kereta dan motosikal di simpang Kampung Padang Pan, Jalan Serikin, Bau hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.52 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi menyelamat.

“Setibanya di lokasi kejadian, didapati berlaku kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan yang terdapat dua mangsa tersepit di dalam kereta.

“Pasukan bomba memberi rawatan awal kepada mangsa yang tersepit dan seterusnya mengeluarkan mangsa menggunakan pengusung,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kedua dua mangsa yang tersepit merupakan pasangan warga emas berusia 70 dan 65 tahun.

“Kedua-dua mangsa serta penunggang motosikal iaitu seorang lelaki berusia 20 tahun dikejarkan ke Hospital Bau untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya.

Manakala pemandu lori dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pasukan bomba kemudian melakukan pembersihan jalan dan kemudian bertolak balik selepas memastikan keadaan selamat.

Oleh Jeremy Lanson

Artikel ➡️ Utusan Borneo Online

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

NETFLIX PREMIUM ACCOUNT MURAH ❤‍🔥

SHARING : 1 PROFILE 2 USER 🔽
1 month - rm 10
2 month - rm 18
3 month - rm 25
5 month - rm 50

✅ full warranty
✅ UltraHD 4K
✅ login 1 device only
✅ support all device

feedback @netflixmurahabby
feedback @netflixmurahabby

purchase netflix dengan harga murah sekarang! 🫶🏻
https://wa.me/60182242808?text=NAKBELINETFLIX

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SELANGOR 12/11/2024.

Kemalangan maut melibatkan motosikal di Lebuhraya KESAS, Km 32.50 arah timur dari Kemuning ke Hicom sekitar jam 11.48 malam semalam.

Sumber ➡️ KESAS

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁

Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!

Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅

100% selamat dan mudah! 💯

Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗

Password? Tak perlu! 🔒

Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀

👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com

#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SARAWAK 12/11/2024.

Kemalangan melibatkan beberapa buah kenderaan di Jalan Serikin Bau sekitar jam 3.52 petang tadi.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ Sarawak Edition

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Beli 1 percuma 3..mana nak cari geng harga murah lampu solar ni..tak payah fikir pasal bill elektrik dah..automatik bila malam menyala..tak masuk akal dapat 3 dengan harga macam ni!! 🤔🤔👇👇

https://s.shopee.com.my/7UyimgZ9UW

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Sakit hati diejek 'gendut', penjual makanan bunuh wanita

JAKARTA - Seorang penjual makanan hilang pertimbangan apabila tergamak membunuh seorang wanita hanya kerana sakit hati diejek gemuk oleh mangsa.

Kejadian pembunuhan berlaku di sebuah hotel di Jalan Mpu Tantular, Semarang pada 7 November lalu.

Suspek dikenali sebagai Eko Prasetyo, 22, mengakui hatinya tergores selepas mangsa dengan nada tinggi mengatakan bahawa dia seorang yang gendut.

Eko kemudiannya mencekik mangsa sehingga meninggal dunia sebelum sempat menyembunyikan mangsa di bilik mandi hotel.

Selepas kejadian itu, Eko melarikan diri, bagaimanapun dia berjaya ditahan oleh polis pada 10 November ketika sedang minum kopi di Terminal Boyolali.

Ketua Polis Semarang, Komber Irwan Anwar yang mengesahkan penangkapan berkenaan berkata, Eko akan didakwa di bawah Pasal 338 KUHP mengenai pembunuhan.

"Dia terjerat hukuman di bawah Pasal 338 KUHP atau 365 ayat 3 dengan ancaman hukuman penjara 15 tahun," katanya. - Agensi

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
13 November 2024 07:00am

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tikar lipat murah ni wehhh senang korang bawak kalau g nyawit ke noreh ke picnic ke berkubang ke petik buah pisang ke..

Tak beli pun xpe min cuma minta tolong tekan link je 🙂

https://s.shopee.com.my/6Kmzmo04VI

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Netflix Murah By Moksin Store 🔥

Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅

Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Boleh cuba pakej yang tuan / puan minat di moksin store . Semua account original bukan account generate ataupun hack account , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang tuan / pun berminat . Account FULL warranty sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device .

✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥

✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE MUSIC 🔥

✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :

✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM35 FREE PRIME VIDEO 🔥

✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM45 FREE PRIME VIDEO 🔥

PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM28 ✅

✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥

SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥

Waktu bekerja :

Jam : 8 pagi - 12 malam
Isnin sampai ahad kecuali hari jumaat cuti

Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 20 orang yang terawal sahaja dapat set combo !

Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Permohonan maaf dari abang donut susu

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

PUSPA GOMEN kata lama dah tunggu tablet kurus AJNAA

Nak kurus tanpa diet dan exercise? Dah try banyak product tapi tak berkesan? 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗶𝘇𝗲 𝗫𝗟 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝘀𝗶𝘇𝗲 𝗠 🤩 𝗕𝗜𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 😱
.
.
Kuat makan, kurang bersenam, tapi nak turun 10KG sebelum raya 🤔 jangan risau AJNAA FITZ boleh tangani masalah anda 🔥
.
.
Bukan perempuan jer, lelaki pun boleh consume 😃
.
.
click link di bawah untuk lihat testimony, order, wassap, free sample, promo, sijil KKM, atau info lanjut 👇
.
https://vt.tiktok.com/ZSjDu39Wm/

atau wasap HQ 👇🏻
wa.me/60172256341

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki Indonesia maut ditimpa pokok

Dungun: Seorang lelaki warga Indonesia maut selepas ditimpa pokok ketika melakukan kerja penebangan pokok di kawasan pembalakan di Hulu Paka, dekat Bandar Al Muktaffi Bilah Shah (AMBS) di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari itu, mangsa, Daeng Latif Daeng Nurung, 54, yang cedera di bahagian kepala dan kaki disahkan meninggal di tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat AMBS, Noor Fadzly @Rudy Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu, pada 2.31 petang.

Beliau berkata, sebaik tiba di tempat kejadian, bomba segera melakukan kerja menebang dan mengalih pokok yang menimpa mangsa.

"Mayat mangsa kemudian dibawa keluar dari lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.

Menurutnya, bomba mengambil masa lebih daripada satu jam untuk tiba di tempat kejadian kerana lokasinya yang sukar diakses.

"Memandangkan laluan masuk yang berliku dan licin, pihak kami terpaksa menggunakan traktor dan jentolak untuk masuk ke tempat kejadian," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun.

Disiarkan pada: November 12, 2024 @ 8:39am
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SELANGOR 12/11/2024.

Kemalangan melibatkan 2 buah kereta di Jalan kopi, simpang Jalan Jambu, Meru Klang siang tadi.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SELANGOR 12/11/2024.

Kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dekat keluar Tamadam menghala ke Port Klang, sebelum jambatan UMNO, malam semalam.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

4WD tiba-tiba terbakar, tiga wanita terselamat

KUCHING: Tiga wanita berjaya menyelamatkan diri sebelum kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka tiba-tiba terbakar di Jalan Loji Bayai, Sri Aman awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 4.07 pagi.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Aman dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan itu.

“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan sebuah kenderan 4WD yang telah terbakar sepenuhnya dan kejadian dipercayai berlaku disebabkan oleh kemalangan.

“Tindakan pemadam kebakaran telah dilakukan oleh anggota bomba dengan sumber air dari tangki jentera,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, tiga mangsa wanita iaitu pemandu dan dua penumpang berjaya keluar dari kereta sebelum api marak.

Pasukan bomba kemudian bertolak balik ke balai selepas memastikan keadaan selamat serta terkawal.

Oleh Jeremy Lanson

Kredit ➡️ Utusan Borneo Online

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Dua cedera dalam kemalangan tiga kenderaan di Kampung Satap, Bekenu

MIRI: Dua lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kampung Satap, Bekenu di sini, pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan khidmat khas kemalangan jalan raya berhubung insiden itu pada jam 9.45 pagi.

Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 42 kilometer dari balai.

"Setibanya di lokasi, didapati benar berlaku kemalangan membabitkan tiga kenderaan iaitu sebuah kereta, sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) dan sebuah lori.

"Dua daripadanya iaitu kereta dan 4WD terbabas ke dalam parit di sebelah kiri jalan dari arah pasar Bekenu," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Jurucakap terbabit memberitahu, setelah membuat pemeriksaan di tempat kejadian, didapati pemandu dan seorang penumpang kereta itu tersepit dan mengalami kecederaan.

Manakala, pemandu 4WD mengalami kesakitan di bahagian dada akibat terhentak pada bahagian stering.

"PKO terus bertindak memberi rawatan awal dengan memasang pendakap leher kepada kedua-dua mangsa yang cedera sebelum mengeluarkan mereka.

"Sebaik dikeluarkan, kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut," katanya sambil memberitahu, pemandu dan penumpang lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut jurucakap itu lagi, PKO turut bertindak memotong kabel bateri untuk memastikan tiada kemungkinan bahaya lain, sebelum bertolak balik ke balai setelah operasi tamat sepenuhnya pada jam 11.28 pagi.

Oleh Rosemaria Buma

Artikel ➡️ Utusan Borneo Online

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 12/11/2024.

Kemalangan maut melibatkan motosikal dan lori treler di Jalan Pintasan Kota Tinggi, sekitar jam 4.30 petang tadi.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 12/11/2024.

Kemalangan maut melibatkan motosikal dan lori treler di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Perling, pagi tadi.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki maut dirempuh pemandu disyaki mabuk - Polis

ALOR GAJAH: Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kereta dipercayai dipandu lelaki dalam keadaan mabuk di Jalan Jeram, Masjid Tanah di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata dalam kejadian 8.50 malam Muhammad Syairazi Rahmat, 24, maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Menurutnya, ketika kejadian, Muhammad Syairazi menunggang Yamaha 135LC dari Masjid Tanah menuju Kuala Sungai Baru, manakala Proton Wira yang dipandu lelaki berusia 34 tahun itu pula dari arah bertentangan.

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta itu memasuki ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal mangsa secara berhadapan.

"Perlanggaran itu menyebabkan penunggang motosikal parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh kakitangan perubatan.

"Pemandu kereta cedera di kepala dan dibawa ke hospital sama untuk rawatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut Ashari berkata, siasatan awal polis mendapati pemandu berkenaan tiada lesen memandu dan disyaki mabuk. Sampel darahnya turut diambil untuk dihantar ke Jabatan Kimia Melaka bagi ujian alkohol dan dadah.

"Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 termasuk mengesan saksi bebas.

"Semua kenderaan terbabit dibawa ke PUSPAKOM (Pusat Pemeriksaan Berkomputer) untuk pemeriksaan," katanya.

Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
November 12, 2024 @ 11:30am
bhnews@bh.com.my

Artikel ➡️ Berita Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mayat pencari kupang terapung di Bukit Malut

Oleh NUR AMALINA AZMAN
12 November 2024, 5:36 pm

(Gambar)
Mayat Shaarani dan satu plastik berisi kupang ditemui dekat Kampung Bukit Malut, Langkawi hari ini.

LANGKAWI – Seorang pencari kupang yang mempunyai sejarah penyakit sawan ditemukan terapung di perairan berdekatan Kampung Bukit Malut di sini pada pukul 10.45 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, mayat Shaaran Ghazali, 32, ditemukan orang awam dalam keadaan tidak berbaju dan berseluar hitam kira-kira 10 meter dari Titi Brohim berdekatan kolam udang Bukit Malut.

“Adik kandung si mati yang berada di lokasi mengesahkan identiti mangsa. Satu plastik berisi kupang turut dijumpai pada badan mangsa. Lelaki itu dipercayai keluar dari rumahnya pada pukul 7 malam semalam untuk mencari kupang,” katanya hari ini.

Shariman memberitahu, pemeriksaan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan kali terakhir mangsa mendapatkan rawatan untuk penyakitnya pada 2017 di Hospital Sultanah Maliha di sini. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…
Subscribe to a channel