🚗 LOAN MUDAH LULUS! MILIKI TOYOTA IDAMAN ANDA SEKARANG!! 🚗
.
Tak perlu risau lagi untuk memiliki kereta Toyota idaman anda! Dengan kami, proses loan kini lebih mudah dan pantas. Kami sedia membantu anda sepanjang proses pemilikan kereta dengan tawaran yang hebat!
.
🔥 Kenapa Toyota:
✅ Jimat minyak
✅ Ruang yang luas
✅ Tahan lasak
✅ Kabin senyap, pemanduan selesa untuk jarak jauh.
.
‼️ READY & FAST STOCK 🚗🔥
.
🌟 Special Offer:
✅ Zero downpayment
✅ Full loan available
✅ Trade-in accept
✅ Skim graduan
✅ Low interest
.
Tawaran TERHAD dan harga ISTIMEWA menanti anda! Jangan lepaskan peluang untuk memandu pulang kereta Toyota baru yang bergaya dan berprestasi tinggi! 🚗💨
.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, Tekan link/button dibawah sekarang!!👇🏻👇🏻
📲 www.wasap.my/60146007574/ToyotaKemaman
'Alhamdulillah anak saya ditemui, syukur sangat Ina ditemui dalam keadaan selamat'
Oleh Omar Ahmad
am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Remaja perempuan 16 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Bandar Baru Uda di sini, ditemui selamat awal pagi tadi.
Ibunya, Saadah Abd Kadir, 40, berkata polis memaklumkan anak tunggal perempuannya, Nur Farisah Adlina Ismail ditemui sebuah keluarga yang menghantarnya ke Balai Polis Skudai.
Katanya pihak Polis menghubunginya 4.30 pagi tadi dan memintanya hadir ke balai untuk mengambil anaknya.
"Alhamdulillah anak saya telah ditemui, syukur sangat Ina ditemui dalam keadaan selamat.
"Saya dimaklumkan anak memang berseorangan sejak dia keluar rumah, dan duduk di Masjid di kawasan ini. Ada seorang remaja menemuinya dan keluarga remaja itu juga membantu Ina.
"Mereka membawa Ina ke Balai Polis selepas menyedari Ina adalah individu yang hilang dari keluarga dan viral di media sosial," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Saadah berkata anaknya tidak banyak bercakap dan hanya berdiam diri.
Katanya anak mengakui kesalahan yang dibuat dan sedih dengan apa yang dilakukan.
"Ina sudah berada dalam jagaan saya, dia tidak banyak bercakap dan masih sedih kerana keluar rumah.
"Apa pun alasannya saya tetap bersyukur Ina ditemukan dalam keadaan selamat dan sihat.
"Saya berterima kasih kepada pihak yang membantu termasuk kerja keras Polis DiRaja Malaysia (PDRM), media dan netizen yang berkongsi kehilangan anak saya sehingga ditemui dengan selamat," katanya.
Semalam, akhbar ini memaklumkan kehilangan Nur Farisah Adlina Ismail yang keluar rumah, kelmarin.
Anak bongsu daripada tiga beradik itu juga keluar rumah tanpa membawa telefon bimbit dan kad pengenalan.
Disiarkan pada: November 9, 2024 @ 12:10pm
#harianmetro
#infosemasa
Dua motosikal langgar SUV, seorang penunggang maut
MAUT: Salah satu motosikal mangsa yang melanggar kenderaan SUV dalam kejadian berkenaan.
PAPAR: Seorang remaja lelaki maut manakala seorang lagi parah selepas motosikal ditunggang mereka terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan di Jalan Bukit Manggis Kelatuan, di sini petang semalam.
Mangsa warga tempatan berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 petang selepas hampir sejam menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Papar.
Seorang lagi mangsa lelaki warga tempatan berusia 13 tahun mengalami cedera parah dan menerima rawatan di hospital sama.
Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 4.53 petang.
Katanya, kejadian itu berlaku ketika seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) dari Keningau menuju ke Kota Kinabalu.
Namun, katanya, sebaik pemandu terbabit tiba di Jalan Bukit Manggis Kampung Kelatuan, mahu masuk simpang ke kanan menuju ke Masjid Jamek Haji Said Derun tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat dari arah belakang sebanyak dua kali.
“Motosikal ditunggang remaja terbabit melanggar tepi kanan depan kenderaan manakala sebuah lagi motosikal ditunggang seorang lagi remaja melanggar belakang sebelah kanan kenderaan SUV berkenaan.
“Akibat kemalangan itu, kedua-dua penunggang motosikal dibawa ke Hospital Papar untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini..
Kamaruddin berkata, pemandu dan penumpang SUV terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Remaja yang berusia 16 tahun disahkan meninggal ketika mendapat rawatan di Hospital Papar, kira-kira jam 5.30 petang.
“Seorang lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah masih menerima rawatan di hospital sama,” katanya.
Katanya, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Oleh Hamzah Sanudin
Artikel ➡️ Utusan Borneo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 10/11/2024.
Kemalangan kereta dari CIQ EDL menghala ke Permas Jaya, Johor Bahru pagi ini.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 10/11/2024.
Kemalangan melibatkan konvoi motosikal di Jalan Paloh - Yong Peng, pagi ini.
Memetik sumber awam, terdapat mangsa yang maut.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
MELAKA 10/11/2024.
Kemalangan maut melibatkan motosikal di Lebuhraya Plus, Km 184.4 arah utara dari Tangkak ke Jasin sekitar jam 7.30 malam tadi.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
NEGERI SEMBILAN 10/11/2024.
Kemalangan maut melibatkan motosikal dekat Nilai.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
KEDAH 10/11/2024.
Kemalangan melibatkan motosikal dan van berhampiran Setia Kawan Batu Putih, Kulim pagi tadi.
Mangsa motosikal seorang lelaki maut dalam kejadian tersebut.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Nak trade sambil bekerja? Nak buat income sampingan? Takda masa nak fokus chart setiap hari? Meh kami guide dari Zero to Hero.
.
Kenapa ramai join team kami?
✅PERCUMA Indicator (RM899)
✅PERCUMA Coaching cara trade FX dari A-Z (RM769)
✅PERCUMA Group support VIP + Signal (RM489)
.
JOIN KAMI SEGERA, 👇🏻
/channel/LotGajahAcademy
/channel/LotGajahAcademy
JOHOR 10/11/2024.
Seorang penduduk orang asli Kampung Punan di Kluang terserempak dengan harimau belang ketika memasang jaring ikan, malam tadi.
Sumber ➡️ KHI
#infosemasa
@infosemasaofficial
KELANTAN 10/11/2024
Kemalangan maut melibatkan motosikal dan kereta dekat depan Mahad Muhammadi Tumpat, di Kampung Kesedar, semalam.
Memetik sumber awam, mangsa diseret hampir 20 meter oleh sebuah kereta yang membuat pusingan-u di tempat yang tidak dibenarkan.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Bangkai harimau tidak sempurna, kulit disiat, bahagian badan dipercayai dicuri
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my
Gerik: Bangkai harimau belang yang mati akibat digilis lori di KM67.1 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Titiwangsa, di sini, hari ini dijumpai dalam keadaan tidak sempurna dipercayai dicuri.
Ia termasuk bahagian kulit mamalia itu yang ditemukan seperti seolah sudah disiat, menerusi video yang tular.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya mendapati banyak bahagian dari harimau itu didapati hilang dan justeru pihaknya kini bekerjasama dengan polis dalam usaha mengesan pihak bertanggungjawab.
Yusoff dalam pada itu menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kemalangan itu agar menghubungi polis atau Perhilitan bagi membolehkan tindakan diambil.
"Memandangkan hasil penelitian kami banyak bahagian dari harimau belang ini didapati hilang, pihak kami (Perhilitan) dengan kerjasama polis akan mengumpul maklumat dalam usaha mengesan mereka yang bertanggungjawab mengambilnya.
"Bagi individu yang sudah mengambil bahagian tertentu dari karkas atau bangkai harimau itu sama ada sebahagian kulit, taring, tulang, kuku atau misai, serahkan segera kepada pihak Perhilitan bagi mengelakkan dari diambil tindakan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya lagi, mereka yang didapati bersalah kerana memiliki apa juga bahagian dari Harimau Malaya tanpa kebenaran, jika sabit kesalahan boleh didenda minimum RM150,000 dan maksimum RM1 juta, serta penjara tidak melebihi 15 tahun iaitu peruntukan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Akta A1646).
Sementara itu, difahamkan Polis Daerah Gerik belum menerima sebarang laporan polis yang dibuat oleh mana-mana pemilik lori yang terbabit dalam kejadian itu.
Terdahulu, video memaparkan bangkai harimau belang di atas jalan raya yang hanya tinggal kepala selepas dipercayai dilanggar lori, tular di media sosial.
Disiarkan pada: November 9, 2024 @ 4:32pm
#harianmetro
#infosemasa
Penyamun bersenjatakan parang akhirnya diberkas
Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my
Tasek Gelugor: Lelaki bersenjatakan parang yang menyamun pekerja kedai runcit warga Pakistan di Jalan Pokok Machang, di sini, pada Isnin lalu akhirnya diberkas polis.
Tangkapan terhadap suspek warga tempatan berusia lingkungan 30-an itu dilakukan semalam oleh anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Seberang Perai Utara.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, polis turut merampas barang kes samun termasuk dadah dalam milikan suspek.
"Suspek didapati melakukan kegiatan samun di kedai runcit dan mencuri komponen motosikal berdasarkan barang kes yang dirampas.
"Semakan mendapati suspek mempunyai 30 rekod kesalahan lampau jenayah dan tujuh rekod narkotik.
"Dalam pada itu, suspek juga mempunyai rekod orang dikehendaki kerana melanggar syarat pengawasan polis di kawasan Langgar, Alor Setar, Kedah," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, suspek direman selama enam hari bermula semalam hingga Khamis depan untuk siasatan lanjut.
"Polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat supaya berhubung dengan Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Ikram Zulkifli di talian 04-5762222 (sambungan 2275) atau mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Selasa lalu tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi satu minit di Facebook (FB) memaparkan pekerja warga Pakistan yang sedang berada di kaunter bayaran didatangi lelaki memakai topi keledar bersenjatakan parang.
Suspek meluru masuk dan dilihat menggertak mangsa sehingga pekerja itu keluar melarikan diri kerana ketakutan dan hampir terbabit kemalangan.
Disiarkan pada: November 9, 2024 @ 11:14pm
#harianmetro
#infosemasa
Sekitar jam 3 pagi (waktu Malaysia), pesawat udara rejim Zionis mengebom sebuah bangunan kediaman di bandar Nabatieh, selatan Lubnan.
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
KES HILANG | Nur Farisah Adlina Ismail, 16 tahun dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Bandar Baru Uda, Johor Bahru, sejak semalam.
Ibunya, Saadah Abd Kadir, 40, berkata pada malam sebelum kehilangan, berlaku pertengkaran antara mereka kerana dia tidak membenarkan anaknya keluar bersama rakan pada malam itu.
#BuletinTV3 #KesHilang #NurFarisahAdlina
#infosemasa
Nyaris kemalangan selepas sebuah kereta keluar simpang secara melulu di Sri Hartamas, Kuala Lumpur.
Sumber ➡️ Syairafiza Sharif
#infosemasa
@infosemasaofficial
HIBAH GERENTI LULUS
Zurich Takaful ada Hibah Takaful untuk yang dah ada penyakit atau obesiti etc, boleh cover hingga umur 80 tahun.
Rebate sebulan untuk pembayaran yang Bagus dan Rebate 2 bulan untuk bayaran Tahunan
SEMUA boleh apply untuk coverage dari RM 50,000 ~ RM 300,000 termasuk :
✅ Yang diuji dgn critical illness (kanser, strok, jantung, kidney, dialysis etc)
✅ Yang dah ada kecacatan fizikal/mental dan OKU
(Major Depression, Celebral Palsy etc)
✅ Yang penyakit berangkai (darah tinggi, kencing manis, gout etc)
✅ Yang badan obes BMI lebih 35 dan ke atas
✅ Yang sudah Total Disabled (TPD) or bed ridden
✅ Yang wujud keadaan sejak lahir (Autisme, ADHD, Sindrom Down etc)
✅ Yang ada HIV, AIDS atau pengunaan dadah
✅ Yang kerja bahaya (bomba, ambulan, polis etc)
Coverage Kemalangan .
Terus cover dan 200% coverge dari perlindungan Asas.
TEMPOH MENUNGGU hanya 2 tahun sahaja bagi yang mempunyai penyakit kritikal.
*OKU boleh ambil*
*Bukan Medical Card*
Mempunyai pilihan plan Hibah + Saving jika sudah sakit.
Sapa-sapa yang perlu atau kenal sapa-sapa yang sakit dan perlu HIBAH, better GRAB PELUANG ni...
At least ada SESUATU boleh kita bantu usahakan.
Norlia
www.wasap.my/601151517719/Alsham
JOHOR 10/11/2024.
Kemalangan melibatkan penunggang motosikal di Lebuhraya EDL menghala ke Pusat Bandar Johor Bahru, sekitar jam 11 malam tadi.
Mangsa cedera dalam kejadian tersebut.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 10/11/2024
Kemalangan di kereta dan lori dari Tol Kempas ke Dato' Onn, sekitar jam 7.30 malam tadi.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Wanita diceraikan selepas lahirkan anak kulit gelap
SHANGHAI - Pengorbanan seorang wanita yang bertarung nyawa melahirkan anak melalui prosedur 'caesarean' bertukar menjadi mimpi ngeri kerana bayinya berkulit gelap.
Akhbar China Times melaporkan kejadian itu menimpa ibu berusia 30 tahun di Shanghai, China selepas suaminya tergamak meminta ujian paterniti ke atas bayi lelaki mereka hanya kerana warna kulitnya yang berbeza.
Wanita itu kemudiannya menggunakan platform media sosial untuk berkongsi kisah sedih tersebut dan turut meminta nasihat para ibu lain bagi menangani situasi berkenaan.
"Suami saya hanya merenung dan enggan mendukungnya ketika dibawa melihat anak kami buat pertama kali. Saya diceraikan sejurus anak kami dilahirkan," kongsinya.
Wanita itu juga menyatakan warna kulit bayinya agak terlalu gelap dan berlainan daripada mereka.
"Saya tidak pernah ke Afrika atau mengenali mana-mana lelaki kulit hitam," tegasnya ketika cuba menjelaskan dia tidak pernah berlaku curang kepada suaminya.
Warganet yang bersimpati dengan nasib wanita itu turut menyarankan ujian paterniti untuk membuktikan kebenaran kata-katanya.
"Ia adalah keadaan biasa bagi bayi baru lahir. Kulit mereka akan berubah mengikut warna ibu bapa tidak lama selepas itu. Ramai bayi baru lahir berkulit sedikit gelap atau kemerah-merahan," kata seorang pengguna media sosial. - Agensi
MARLISSA MOHAMMAD KAMAL
10 November 2024 07:10am.
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 10/11/2024
Rumah terbakar di Kampung Paya Mas, Blok 1 Jalan Ayer Hitam - Simpang Renggam, semalam
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
SARAWAK 10/11/2024.
Kemalangan kereta dekat simpang Kampung Singai sebelum Tondong menghala Bau sekitar jam 11.53 malam tadi.
Seorang mangsa cedera dalam kejadian tersebut.
Sumber ➡️ Sarawak Edition
#infosemasa
@infosemasaofficial
Tikar lipat murah ni wehhh senang korang bawak kalau g nyawit ke noreh ke picnic ke berkubang ke petik buah pisang ke..
Tak beli pun xpe min cuma minta tolong tekan link je 🙂
https://s.shopee.com.my/6Kmzmo04VI
Culik ahli perniagaan, seorang wanita dituduh esok
Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my
Johor Bahru: Seorang lagi suspek dalam kes penculikan ahli perniagaan membabitkan wang tebusan RM20 juta akan dituduh di mahkamah esok.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, pertuduhan akan dibuat ke atas seorang wanita berusia 57 tahun di Mahkamah Sesyen di sini, jam 8.30 pagi.
"Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan iaitu melakukan persubahatan menculik mangsa bersama tiga tertuduh lain.
"Di bawah seksyen itu, jika sabit kesalahan, hendaklah dihukum dengan penjara minimum 30 tahun atau maksimum 40 tahun dan sebatan," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, pada 4 November lalu, seramai tiga lelaki termasuk dua warga asing berusia antara 29 hingga 49 tahun dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, di bawah pertuduhan yang sama.
Katanya, ketiga-tiga tertuduh tidak dibenarkan jamin dan kes akan disebut semula pada 17 November ini.
Pada 13 Oktober lalu, seorang pemaju berusia 59 tahun dilaporkan diculik sekumpulan individu di hadapan rumahnya di bandar raya ini, kira-kira jam 5 pagi.
Mangsa hanya dibebaskan penculik selepas kira-kira tujuh jam, apabila ahli keluarga membayar wang tebusan bernilai RM20 juta seperti yang diminta.
Disiarkan pada: November 9, 2024 @ 11:35pm
#harianmetro
#infosemasa
Netflix Murah By Moksin Store 🔥
Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅
Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Boleh cuba pakej yang tuan / puan minat di moksin store . Semua account original bukan account generate ataupun hack account , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang tuan / pun berminat . Account FULL warranty sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device .
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE MUSIC 🔥
✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM35 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM45 FREE PRIME VIDEO 🔥
PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM28 ✅
✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥
Waktu bekerja :
Jam : 8 pagi - 12 malam
Isnin sampai ahad kecuali hari jumaat cuti
Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 20 orang yang terawal sahaja dapat set combo !
Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951