infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

130828

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

INFAQ JUMAAT RM10

Amjad Quran Centre membuka peluang bagi siapa sahaja yg ingin membuat sumbangan seikhlas hati.

Sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan dalam AQC bg kemudahan pelajar & pengajar.

Dalam masa yg sama dapat kami manfaatkan sumbangan tersebut untuk mengembangkan AQC supaya ramai lagi masyarakat (kanak²-warga emas) berpeluang mempelajari ilmu Al-Quran..

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْٓا اِنْ تَنْصُرُوا اللّٰهَ يَنْصُرْكُمْ وَيُثَبِّتْ اَقْدَامَكُمْ

Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.
(QS Muhammad: 7)

Sumbangan boleh disalurkan di sini:

Maybank
555069128470
Amjad Quran Centre

Ref : Infaq AQC

Jazakumullah kheir 💐

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEMALANGAN JALANRAYA
(2 Parah 5 cedera 4 buah kenderaan terlibat dalam kemalangan )

Laporan Kejadian:
Tarikh : 07.11.2024 I KHAMIS (2111)
Lokasi : Hdpn. Maktab Mahmud SIK, Jalan Batu 8, Sik
Kom. Operasi : PBK II Soffuan Sabry
Bil. Anggota : 7
Pasukan: B ( Balai Bomba Dan Penyelamat Sik )
Peralatan: Lucas Power Rescue Unit dan 7 mangsa terlibat dihantar ke Hospital Sik menggunakan jentera EMRS.

Pesanan Khidmat Kebombaan:
Sentiasa berhati-hati dijalanraya dan patuhi had laju ditetapkan. Dapatkan rehat secukupnya jika memandu terlalu lama dan fokus kepada pemanduan jika melalui jalan yang tidak biasa. Hubungi talian 999 untuk sebarang bantuan penyelamatan dan kecemasan memerlukan.

#CepatdanMesra
#SediaMenyelamat
#SiapSediaSetiapMasa
#BombaTonggakPenyelamatanNegara

𝗦𝗜𝗞 - 𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝗜𝗠𝗣𝗥𝗘𝗦𝗦𝗜𝗩𝗘 𝗞𝗡𝗢𝗪𝗟𝗘𝗗𝗚𝗘𝗔𝗕𝗟𝗘

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

Kredit ➡️ BBP SIK

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kenderaan pengangkut kereta perisai ATM terbalik di Lebuhraya KL-Karak

Kuala Lumpur: Kenderaan Pengangkut Kereta Perisai (KPKP) dari 4 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (4 KPD Mek) bersama muatan dua Kenderaan Jenis A (KJA) ADNAN terbabit dalam kemalangan jalan raya di kilometer (KM) 35.2 dari Terowong Genting Sempah menuju ke Tol Gombak, dekat sini, hari ini.

Kejadian pada jam 4.45 petang berlaku ketika kenderaan milik pasukan Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (7 RRD Mek) menuruni bukit kawasan berkenaan.

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat Malaysia dalam kenyataan berkata, kenderaan berkenaan dalam perjalanan secara konvoi sebanyak enam KPKP yang membawa 12 KJA dari Kem Batu 10, Kuantan menuju ke Kem Syed Sirajuddin, Gemas untuk Latihan Peningkatan Tempur (LPT).

"Melalui laporan awal yang diterima, kemalangan disebabkan KPKP cuba untuk mengelak sebuah trailer awam yang telah menukar haluan dan masuk ke lorong kanan secara tiba-tiba.

"Disebabkan keadaan jalan yang licin akibat cuaca hujan, KPKP hilang kawalan dan seterusnya terbabas ke jalan bertentangan.

"Kerosakan adalah keseluruhan bahagian Prime Mover KPKP manakala tiada kerosakan pada KJA dan pemandu KPKP tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Menurutnya, kenderaan lain yang berada di dalam konvoi meneruskan perjalanan ke Kem Perdana Sungai Besi.

"TDM menggerakkan sebuah kenderaan KEMBALIK dari pasukan Rejimen Pertama Kor Armor Diraja (1 KAD Mek) dari Kem Batu 10, Kuantan dan sebuah KPKP dari Kem Perdana Sungai Besi ke lokasi kemalangan bagi membuat penarikan KPKP dan pengambilan 2 KJA yang terlibat kemalangan ke pasukan bagi tindakan selanjutnya.

"TDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat punca sebenar kemalangan berlaku," katanya.

Disiarkan pada: November 7, 2024 @ 10:09pm
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my.

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Netflix Murah By Moksin Store 🔥

Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅

Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Boleh cuba pakej yang tuan / puan minat di moksin store . Semua account original bukan account generate ataupun hack account , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang tuan / pun berminat . Account FULL warranty sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device .

✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥

✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE MUSIC 🔥

✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :

✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM35 FREE PRIME VIDEO 🔥

✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM45 FREE PRIME VIDEO 🔥

PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM28 ✅

✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥

SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥

Waktu bekerja :

Jam : 8 pagi - 12 malam
Isnin sampai ahad kecuali hari jumaat cuti

Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 20 orang yang terawal sahaja dapat set combo !

Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki ‘gila bayang’ kelar leher sendiri lepas bunuh dua beranak

Oleh KOSMO!
7 November 2024, 8:37 pm

GEORGE TOWN – Suspek lelaki yang menikam dua beranak hingga maut dipercayai akibat berang cintanya tidak berbalas dilaporkan telah bertindak mengelar lehernya sendiri selepas kejadian berlaku.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.54 tengah hari tadi, suspek berusia berusia 32 tahun yang merupakan pekerja kilang itu diberkas berhampiran lokasi wanita dan bapanya ditemui terbaring di hadapan lif sebuah pangsapuri di Ayer Itam di sini.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada orang awam mengenai seorang individu membawa sebilah pisau dalam keadaan mencurigakan.

“Anggota polis yang bertindak atas maklumat ke tempat kejadian di hadapan lobi lif pangsapuri tersebut telah menjumpai tiga orang warga tempatan berbaring dalam keadaan berdarah di atas lantai.

“Mangsa terdiri bapa dan anak perempuan masing-masing berumur 62 tahun dan 30 tahun telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lelaki berumur 32 tahun dipercayai suspek telahpun ditahan oleh pihak polis.

“Suspek yang mengalami kecederaan akibat mengelar dan menikam diri sendiri telahpun dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,”katanya di sini hari ini.

Beritahu beliau lagi, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan kes telahpun selesai susulan penahanan suspek dan rampasan senjata yang digunakannya untuk membunuh mangsa.

“Pihak polis sedang menyiasat motif suspek dari pelbagai sudut. Mohon juga saksi awam yang melihat kejadian secara jelas untuk tampil membantu dalam siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kes ini di media sosial sehingga boleh menjejaskan siasatan pihak polis,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki tergamak menikam seorang wanita dan bapanya dengan senjata tajam hingga mangsa maut di tempat kejadian.-KOSMO! ONLINE

#Kosmo
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Trak ATM bawa kenderaan perisai terbabas

GOMBAK - Sebuah lori pengangkut Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang membawa kenderaan perisai terbabas di Kilometer (KM) 35.2 arah barat dari Genting Sempah ke Gombak, di sini pada Khamis.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dalam kenyataan di Facebook rasminya dilaporkan berkata, maklumat awal diterima jam 4.48 petang.

"Lorong kanan arah timur terhalang dan trafik bergerak perlahan.

"Fokus dan berhati-hati semasa memandu," kata kenyataan itu pada Khamis.

Berdasarkan rakaman video yang tular, sebuah trak membawa aset pasukan ATM tersebut terbabas sehingga hampir menghalang laluan bertentangan.

Bagaimanapun setakat ini tiada maklumat lanjut berhubung insiden terbabit dimaklumkan.

Sinar Harian sedang mendapatkan maklum balas daripada pihak polis berhubung insiden terlibat.

MOHAMAD HISYAMUDDIN AYUB
07 November 2024 07:55pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tentera Lubnan sahkan 4 anggota pengaman Malaysia cedera akibat serangan tentera Israel.

Beberapa hari lalu, PM Malaysia YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia mengusulkan draf untuk mengusir Israel dari Majlis PBB.

Hari ini Israel menyerang laluan konvoi MALBATT UNIFIL yang baru sampai di Lubnan.

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Nak kurus tanpa diet dan exercise? Dah try banyak product tapi tak berkesan? 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗶𝘇𝗲 𝗫𝗟 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝘀𝗶𝘇𝗲 𝗠 🤩 𝗕𝗜𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 😱
.
.
Kuat makan, kurang bersenam, tapi nak turun 10KG sebelum raya 🤔 jangan risau AJNAA FITZ boleh tangani masalah anda 🔥
.
.
Bukan perempuan jer, lelaki pun boleh consume 😃
.
.
click link di bawah untuk lihat testimony, order, wassap, free sample, promo, sijil KKM, atau info lanjut 👇
.
https://vt.tiktok.com/ZSjrbt8p4/

atau wasap HQ 👇🏻
https://wa.me/message/ABD6D2PCR3ONE1

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 07/11/2024.

Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan penjaga jalan dilanggar kereta ketika mangsa sedang mengawal lalulintas untuk murid sekolah, di hadapan Sekolah Agama Johor Jaya, Johor Bahru.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

HARGA EMAS MELAMBUNG, UNTUNG RM40,000 DALAM MASA 6 BULAN!!

Untung kan bila ada emas?

Biasanya purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun tapi rezeki tahun ini, naik lebih 20%.

Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.

Tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..

RM100 pun da boleh beli emas.

Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :

📌 Simpanan emas patuh syariah.

📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.

📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.

📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.

Mudah kan?

Sekarang, tak kisah kerja apa, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!

Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa

Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/

Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jentera bomba kemalangan, terbalik dalam longkang

SUNGAI BULOH, SELANGOR - Dua anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Gombak mengalami cedera patah tangan selepas jentera dinaiki terbabit kemalangan pada Khamis.

PBS menerusi perkongsian di Facebook memaklumkan, kemalangan berlaku sewaktu jentera tanker itu dalam perjalanan ke Sungai Buloh bagi kes kebakaran sebuah kilang.

Menurutnya, jentera itu terbalik sebelum jatuh ke longkang ketika berselisih dengan kenderaan lain di jalan masuk lokasi kejadian.

"Malang tidak berbau, kemalangan berlaku ketika pasukan kami hendak ke kes kebakaran kilang di Sungai Buloh untuk hari keempat berturut-turut.

"Dua anggota yang menaiki jentera tanker mengalami patah tangan," menurut perkongsian di Facebook.

Katanya, susulan kejadian itu, khidmat jentera terpaksa digantung untuk kerja-kerja pembaikan sehingga dimaklumkan semula.

Sumber: Sinar Harian
Oleh: NORAFIZA JAAFAR
07 November 2024

#sinarharian
#everyone
#follower
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁

Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!

Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅

100% selamat dan mudah! 💯

Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗

Password? Tak perlu! 🔒

Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀

👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com

#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

AsSalam, sahabat sabah min ingin lepaskan 2 tiket konsert AlanWalker yang akan berlangsung esok hari stage gate depan2 khas utk peminat2 AlanWalker, bleh pm yea https://wa.me/60102189374 & face2face cod di KL #sapotLokal

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Assalamualaikum YBhg Panglima,

*LAPORAN AWAL KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN 1 X KPKP 4 KOMPENI ANGKUT KPD (MEK)*

1. *Jenis Kenderaan:* Prime Mover.

2. *Nama Anggota Terlibat:*

a. 1189971 Sjn Wan Mohammad Shahmizan Bin Wan Mohd Yusof - 4 Komp (Mek).
b. 1191128 Sjn Ag Junaddi bin Jasmi - 4 Komp (Mek).
c. 1202061 LKpl Wilson Janting bin Anderes - 7 RRD (Mek).
d. 1199978 LKpl Mohamad Zairil bin Masri - 7 RRD (Mek).

3. *No Daftar:* ZC 240/TZ 7674.

4. *Pasukan:* 4 Komp Angkut KPD (Mek) Kem Batu 10 Kuantan, Pahang.

5. *Tugas:* Membawa 2 x KJA 7 RRD (Mek) dalam konvoi melibatkan 12 x KJA terlibat Latihan Peningkatan Tempur (LPT).

6. *Kerosakan:*

a. Kereta Awam: Tiada.

b. Prime Mover: Kerosakan teruk dan butiran lengkap kerosakan akan dimaklumkan kemudian.

7. *Lokasi*: KM 35.2 Lebuh Raya Karak.

8. *Tarikh/ Masa Kejadian:* 071615H Nov 24.

9. *Destinasi Konvoi*: Kem Syed Sirajuddin, Gemas.

10. *Ringkasan Kejadian*:

a. Pada 071615H Nov 24, selepas terowong Genting Sempah dan jalan menuruni bukit, terdapat satu treler minyak secara mengejut memasuki lorong kanan. Pemandu menekan brek secara mengejut sehingga hilang kawalan dan menyebabkan kenderaan terbabas ke bahu kanan jalan. Keadaan jalan licin ekoran hujan lebat semasa kejadian.

b. Kelajuan semasa 30 km/j dan keadaan hujan.

11. *Tindakan Pasukan*:

a. Wakil pasukan serta wakil 4 Komp KPD (Mek) akan hadir ke Balai Polis terdekat bagi memberi keterangan kes kemalangan tersebut.

b. Memajukan laporan ke pihak atasan dari semasa ke semasa.

Sekian, untuk makluman dan perhatian YBhg Panglima. Terima kasih.

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

07/11/24
DOMPET KULIT ASLI GAYA BANGSAWAN

Dompet design unik...
Reka bentuk sesuai untuk lelaki MASKULIN...
Material kulit lembu asli...
Pasti tahan lama dan berbaloi...

Stok tak banyak..
beli dan tengok video review di sini 👇
https://vt.tiktok.com/ZSjhHX2S7/

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Selamat pagi semua..
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 07/11/2024.

Kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal berhampiran SMK Datuk Menteri, Ayer Hitam malam ini.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

4 anggota Malbatt 850-12 cedera terkena serpihan letupan di Lubnan

Kuala Lumpur: Empat anggota Pasukan Batalion Malaysia (Malbatt) 850-12 yang baru tiba di Selatan Lubnan dikhuatiri cedera akibat terkena serpihan letupan.

Berdasarkan maklumat terkini dari Tentera Lubnan, kejadian berlaku ketika kenderaan membawa anggota Batalion Malbatt 850-12 melalui sekatan jalan raya Tentera Lubnan melalui Awali di Sidon, Lubnan.

Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (Unifil) dalam kenyataan berkata, konvoi membawa pasukan pengaman yang baru tiba di Selatan Lubnan tercedera dalam serangan dron yang berlaku berhampiran.

"Lima anggota pengaman cedera ringan dan dirawat oleh Palang Merah Lubnan di tempat kejadian.

"Tentera Lubnan turut mengesahkan tiga tenteranya di pusat pemeriksaan berhampiran cedera," katanya.

Unifil turut mengingatkan kepada semua pihak supaya tidak meletakkan pasukan pengaman dan orang awam berada dalam keadaan bahaya.

"Perbezaan harus diselesaikan di meja rundingan, bukan melalui keganasan," katanya.

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian berkenaan.

Atur gerak pasukan Malbatt 850-12 yang membabitkan kekuatan 854 pegawai dan anggota termasuk pasukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) dan seorang pegawai awam dilaksanakan secara berperingkat bermula 6 sehingga 18 November.

Disiarkan pada: November 7, 2024 @ 10:51pm
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki maut, anak dan tiga anggota polis cedera dalam kemalangan

Baling: Lelaki maut manakala anak perempuannya cedera selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan kenderaan pikap dinaiki tiga anggota polis di Gunung Inas, Jalan Baling-Pengkalan Hulu, di sini hari ini.

Mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Shafiron Mohd Zaid, 40, dari Sungai Petani, manakala anaknya, Asiah Shafiron, 2, luka di bahagian badan.

Tiga anggota polis terbabit adalah anggota dari Cawangan D5, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pengkalan Hulu, Perak masing-masing mengalami kecederaan di badan, dada dan kaki.

Difahamkan, tiga anggota terbabit berusia 22 hingga 45 tahun itu dipercayai baru selesai tugasan dalam perjalanan untuk membuat lawatan kebajikan di Baling.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai kemalangan membabitkan dua kenderaan jam 2.30 petang.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pikap dinaiki tiga anggota polis itu dari arah Pengkalan Hulu menghala ke Baling manakala kereta Proton Waja dinaiki dua beranak itu dari arah bertentangan iaitu dari arah Sungai Petani menghala ke Pengkalan Hulu.

"Sebaik sampai di tempat kejadian, Proton Waja yang datang dari arah bertentangan dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan pikap itu.

"Ia menyebabkan pemandu pikap tidak sempat mengelak lalu bertembung di bahagian hadapan kereta Proton Waja itu.

"Akibatnya, pemandu Proton Waja parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azmi berkata, pemandu dan dua lagi penumpang pikap serta penumpang hadapan kereta Proton Waja itu mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Baling untuk rawatan lanjut.

Beliau berkata, mayat pemandu kereta Proton Waja itu dihantar ke Unit Forensik Hospital Kulim untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Disiarkan pada: November 7, 2024 @ 9:28pm
Zuliaty Zulkiffli
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

4 anggota MALBATT cedera terkena serpihan letupan serangan Israel di Lubnan

KUALA LUMPUR: Seramai 4 pengaman Malaysia Battalion (MALBATT 850) dilaporkan cedera dalam satu serangan tentera Israel di Sidon, Selatan Lubnan.

Perkara tersebut disahkan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin

Tentera Darat Lubnan dalam satu kenyataan memaklumkan kenderaan membawa anggota pengaman MALBATT yang bertugas di bawah UNIFIL sedang melalui sekatan jalan.

“Tentera Israel telah mengebom sebuah kereta yang melalui Awali di Sidon.

“Serangan ini menyebabkan 3 warga Lubnan maut,” kata kenyataan itu.

Serangan itu turut disahkan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) dalam satu hantaran di X.

“Lima anggota pasukan pengaman cedera ringan dan dirawat oleh pasukan perubatan Lubnan di lokasi kejadian.

“Anggota terlibat akan meneruskan tugas seperti biasa. Turut cedera dalam kejadian tiga anggota tentera Lubnan di pos pemeriksaan berhampiran.”

07 November 2024, 10:21pm

Artikel ➡️ Buletin TV3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

- 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐖𝐒𝐏
- ⁠(𝐄𝐏𝐅 𝐋𝐎𝐀𝐍)
“𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐈𝐀𝐍”
Sila Hubungi : 016-6 0 9 9 3 6 3

Ayu offer pinjaman peribadi utk KWSP(EPF)
➡ umur 53,54 ( Akaun 1 )
➡ umur 58,59 ( Akaun Emas )
。ambik duit sekarang bayar masa dpt KWSP nanti.

✅ PERMOHONAN
DAPAT PENUHH TANPA CAJ 😍

🔴 Yang ade masalah dengan 𝑪𝑻𝑶𝑺,𝑪𝑪𝑹𝑰𝑺,𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒖 𝒂𝒅𝒆 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒌𝒖𝒕 𝑨𝑲𝑷𝑲 layak apply skim pinjaman ni tau 🔴

𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡!
Ye skim pinjaman yang tak perlu 𝒃𝒂𝒚𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏.
Nak semak kelayakan hanya perlukan 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂 𝑲𝑾𝑺𝑷 sahaja.
Untuk kelulusan pinjaman 1 𝒋𝒂𝒎 dan 𝒃𝒂𝒏𝒌 𝒊𝒏 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒎𝒂.

Dokumen yang diperlukan
-𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮 𝗞𝗪𝗦𝗣

http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP

HanyaUmur : 53 , 54 , 59 shj ✅

🌍 COVER SEMUA KAWASAN! 😍

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

💡ye tak ye jugak ye
https://s.shopee.com.my/8KY7P9Hkq8

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾

Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej  terlajak murah mampu milik😇

👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌

‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️

Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’

Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos

Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7

Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Angkara cinta ditolak, wanita dan bapa maut ditikam

Georgetown: Wanita dan bapanya maut ditikam seorang lelaki di hadapan lif sebuah pangsapuri di Lengkok Angsana, Ayer Itam, di sini, tengah hari tadi.

Insiden kira-kira 1.15 tengah hari itu dipercayai berpunca angkara mangsa wanita berusia 30 tahun menolak cinta suspek lelaki berusia 32 tahun.

Difahamkan ketika kejadian, mangsa baru pulang dari tempat kerjanya sebelum didatangi suspek bersenjatakan pisau dan menikam mangsa.

Bapa mangsa berusia 62 tahun yang menyedari kejadian berkenaan cuba meleraikan tindakan suspek terhadap anak perempuannya namun dia juga turut ditikam.

Dua beranak itu maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah dialami mereka.

Suspek kemudian bertindak mengelar dan menikam dirinya beberapa kali sebelum dia dikejarkan ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad dijangka mengeluarkan kenyataan media berhubung kes terbabit.

Disiarkan pada: November 7, 2024 @ 6:40pm
Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‘280 orang satu bilik di Penjara Narathiwat’

PETALING JAYA – Seorang rakyat Malaysia yang pernah ditangkap kerana disyaki memiliki dadah di Thailand berkongsi keadaan dan suasana ketika dia dimasukkan ke Penjara Narathiwat selama sembilan bulan pada 2015.

Menerusi perkongsian di Live TikTok Abe Mung Jahit, dia memberitahu kira-kira 280 penghuni ditempatkan di dalam satu unit dengan keluasan dua bilik darjah.

Difahamkan, Abe Mung Jahit atau nama gelarannya Zul, 42, ditangkap bersama sembilan rakannya di sebuah hotel di Golok kerana memiliki dadah jenis syabu, namun tidak dinyatakan jumlahnya.

“Antara yang berbeza dengan penjara di Malaysia, setiap jel dia tak lepas, dia beri keluar bergantung pada sebab. Tapi di sana, pukul 7 pagi semua banduan dilepaskan untuk keluar.

“Kita akan jumpa semua jenis orang sama ada yang tua atau muda. Kes berat iaitu bunuh dan senjata api semua dilepaskan sekali,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya, keadaan di dalam Penjara Narathiwat adalah bersih dan terurus meskipun dia terpaksa menginap dengan pelbagai jenis banduan.

Dalam pada itu, Zul berkata, antara pengalaman ngeri yang pernah dilalui adalah melihat salah seorang banduan ditikam di bahagian bahu ketika terlibat dalam pergaduhan.

“Dekat dalam ini, senjata pun ada. Sekecil-kecil jarum hingga sebesar kapak semua ada. Sebab itu, banduan yang buat jahat dekat luar mereka akan asingkan,” jelasnya.

Zul berkata, dia juga hanya dibenarkan menghadiri perbicaraan kesnya secara dalam talian dan hanya dibawa ke mahkamah ketika keputusan hukuman.

“Sewaktu kes saya berjalan. Setiap 12 hari sekali kita kena duduk depan skrin untuk bercakap dengan mahkamah. Masa nak dijatuhkan hukuman, baru kita dibawa ke mahkamah,” jelasnya.

Sehubungan itu, Zul berkata, dia akhirnya dibebaskan daripada Penjara Narathiwat selepas memenangi kes tersebut pada September 2015.

“Selepas salah seorang daripada kami mengaku barang (dadah) itu milik dia. Kami sembilan orang masih perlu lawan kes di mahkamah bagi membukitkan kami tidak bersalah.

“Yang mengaku itu kena hukuman empat tahun enam bulan. Kalau kami kalah, mahkamah akan beri hukuman dua kali ganda iaitu penjara sembilan tahun.

“Sebab itu, tak boleh pilih peguam sembarangan dan kena cari peguam yang betul-betul faham kes kita,” tambanya.

Mengulas lanjut, Zul berkata, dia berharap kisahnya itu dapat dijadikan iktibar dan pengajaran kepada orang ramai terutama golongan muda.

Sumber: KOSMO! ONLINE
6 November 2024
#Kosmo
#everyone
#follower
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SERVICE NAIKKAN FOLLOWERS , VIEW & LIKE DI TIKTOK 🫶🏻

3k view + 300 like
— rm 10 sahaja

20k view + 500 like
— rm 15 sahaja

50k view + 1k like
— rm 20 sahaja

80k view + 2k like
— rm 35 sahaja

250k view + 5k like
— rm 100 sahaja

800k view + 8k like
— rm 150 sahaja

FOLLOWERS 👇🏻
500 followers rm 25
1000 followers rm 30
2000 followers rm 55
3000 followers rm 80
5000 followers rm 100
10k followers rm 200

feedback @boostsocmedmurah
feedback @boostsocmedmurah

https://wa.me/60182242808?text=nakbeliservicetiktok

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Myvi buat mesti kena kecam haha

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Beg berisi RM1 juta hilang ditemukan orang awam, diserah kepada polis

Nor Azizah Mokhtar
am@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Beg berisi wang tunai RM1 juta yang dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank *di Ampang Point, Ampang* semalam *sudah ditemukan dan diserahkan kepada polis.*

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk S Sasikala Devi ketika mengesahkan perkara itu berkata, beg itu ditemukan *di Jalan Hulu Kelang menuju ke Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)* arah ke ibu negara, tidak lama selepas kejadian.

Katanya, beg berisi wang itu *dipercayai terjatuh di atas jalan ketika van syarikat keselamatan itu melalui satu laluan berselekoh*.

"Van keselamatan dalam perjalanan dari Ampang Point ke Kuala Lumpur. Beg berisi wang RM1 juta itu terjatuh di tengah jalan sebelum ditemukan *seorang pemandu kereta yang melalui laluan berkenaan.*

"Beg berkenaan sudah pun diserahkan kepada polis dan siasatan lanjut kini sedang dijalankan termasuk merakam keterangan individu yang menemui beg itu serta petugas van keselamatan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di sini, hari ini.

Sasikala berkata, siasatan polis masih di peringkat awal dan masih mengumpul maklumat lanjut tentang kejadian itu.

"Kita akan maklumkan sebarang perkembangan lanjut selepas siasatan selesai," katanya.

Semalam, polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan beg berisi wang tunai RM1 juta dalam kejadian di Ampang Point.

Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail dipetik berkata, wang berkenaan dilaporkan hilang selepas proses kutipan oleh sebuah syarikat keselamatan dari sebuah bank di Ampang Point.

Katanya, kertas siasatan dibuka bagi siasatan lanjut mengikut *Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, berdasarkan maklumat yang tersebar kejadian berkenaan berlaku ketika pemandu van keselamatan menyedari pintu van terbuka.

Individu berkenaan membuat pemeriksaan dan mendapati satu beg berisi wang tunai tiada dipercayai terjatuh.

Disiarkan pada: November 7, 2024 @ 12:20pm

#harianmetro
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

07/11/2024. Baru berlaku. Gombak → Sblm Terowong Genting Sempah, treler bawak kereta kebal/perisai terbabas. Sesak di lokasi.

#everyone
#follower
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lokasi : Taman Senai Jaya, Senai, Johor

#infosemasa

Читать полностью…
Subscribe to a channel