infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

130828

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

Harimau belang mati digilis lori di jalan Gerik-Jeli

GERIK: Seekor harimau belang dewasa ditemukan mati akibat digilis sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 67.1, di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dekat sini hari ini.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, kejadian selepas Hentian Titiwangsa itu berlaku kira-kira pukul 5.30 pagi membabitkan lori yang dalam perjalanan dari arah Gerik ke Jeli.

Katanya, jantina haiwan pemangsa itu tidak dapat dikenal pasti ekoran keadaan karkas yang hancur.

“Maklumat berkaitan kejadian itu diterima pada pukul 9 pagi di mana kakitangan Perhilitan Daerah Gerik telah ke lokasi untuk menjalankan siasatan.

“Ketika tiba di sana, didapati keadaan karkas hancur akibat dilanggar kenderaan lain. Disebabkan itu, sukar untuk kita mengenal pasti jantina dan anggaran umur haiwan liar tersebut namun dipercayai ia harimau dewasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, keadaan badan harimau yang telah hancur itu juga menyukarkan pihaknya untuk membuat pengecaman bagi mengenal pasti ID Kumpulan haiwan liar tersebut.

“Bagaimanapun, kita percaya harimau belang ini dari hutan berhampiran sama ada Hutan Simpan Temengor, Hutan Simpan Gerik atau Royal Belum,” katanya.

Tambahnya, karkas harimau itu akan dihantar ke Institut Biodiversiti (IBD) Lanchang, Pahang bagi proses taksedemi (pengawetan) khususnya di bahagian kepala mamalia itu yang masih tersisa.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa video memaparkan harimau belang dilanggar lori dengan keadaan badan hancur dan kepala putus. – UTUSAN

Oleh ASLIZA MUSA
9 November 2024, 2:39 pm

Artikel ➡️ Utusan

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

09/11/2024. KELANTAN. Kemalangan langgar lampu merah melibatkan motorsikal dan Alza di Simpang Bucu Ku Som, Kota Bharu.
Lain mcm dia punya terlambung.
Moga dimudahkan segala urusan mangsa

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEMALANGAN | Bas Rempuh Treler, Empat Cedera

Empat penumpang termasuk seorang kanak-kanak cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah bas persiaran dan treler di Lebuhraya Utara Selatan arah utara Gopeng, Perak awal pagi tadi.

#BuletinTV3
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

😇okla berbaloi dapat ilmu skali utk kanak2
https://s.shopee.com.my/3L9U6pCZgz

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

klau iman lemah,lupakan jela masok hutan

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙌🏻😆

Bosan tak tahu nak tengok movie free kat mana? Meh join channel akak banyak movie free 🫣

Tak perlu bayar apa apa pum 🤭 ada lebih daripada 50K SUBS ❗️

PERCUMA | PERCUMA | PERCUMA

ADA LEBIH DARI 500 MOVIE PERCUMA

Boleh tekan link disini 👇🏻

📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1

Meh follow channel backup akak 😆🔥

📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1

✅ Hanya perlu request join sahaja, okay?
✅ Admin akan approve dalam masa satu minit sahaja
✅ Tengoklah movie sampai lebam

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

💘🥹okla fon marhaen gini 120Hz leh jadi hadiah utk kesayangan pasangan or anak2
https://s.shopee.com.my/VpIYlVEbQ

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hati2 dijalan raya.
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tikar lipat murah ni wehhh senang korang bawak kalau g nyawit ke noreh ke picnic ke berkubang ke petik buah pisang ke..

Tak beli pun xpe min cuma minta tolong tekan link je 🙂

https://s.shopee.com.my/6Kmzmo04VI

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SELANGOR 09/11/2024.

Lelaki meninggal dunia selepas solat maghrib di Masjid al-Husna, Bandar Sunway, Petaling Jaya, malam tadi.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pemergian dicemburui, imam meninggal dunia dalam sujud

Kepala Batas: Seorang imam meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika mengimamkan solat Subuh di Surau Permatang Pak Elong, di sini, hari ini.

Perkhabaran duka itu dikongsi Ahli Dewan Undangan Negeri Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican di Facebook.

Reezal Merican berkata, beliau dimaklumkan imam itu dikenali Yakob Ramli, meninggal dunia ketika sedang melakukan sujud sajadah.

Difahamkan Yakob tiba-tiba diam dan tidak bergerak.
Menerusi gambar tular di media sosial, terdapat beberapa jemaah cuba memberikan bantuan pernafasan (CPR) kepada Yakob.

Bagaimanapun Yakob disahkan meninggal dunia, sebelum jenazah dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk tindakan lanjut.

Jenazahnya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Permatang Bogak, di sini selepas solat Jumaat.

Sementara itu, rata-rata warga maya di media sosial mengucapkan takziah dan rasa cemburu dengan cara pemergian Yakob yang husnul khatimah.

Disiarkan pada: November 8, 2024 @ 10:00pm
Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my.

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mayat lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang, Bandar Sunway

KUALA LUMPUR - Mayat seorang lelaki bertatu ditemukan terapung di Sungai Klang bersebelahan Tanah Perkuburan Bukit Tandang PJS 1, Bandar Sunway, Subang, dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam berhubung mayat lelaki yang tidak berbaju dan berseluar jeans biru itu sekitar jam 10.25 malam.

"Terdapat beberapa tatu pada mayat tersebut iaitu di leher kiri berbentuk bintang, di lengan kiri bertulis "no money no honey”, di pergelangan tangan kiri berbentuk pisau dan di bahu kiri," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada dokumen pengenalan diri dijumpai dan bedah siasat telah dijalankan namun punca kematian masih dalam siasatan.

"Kes disiasat di bawah laporan mati mengejut oleh Ketua Polis Balai Bandar Sunway ASP Kwek Kian Yap,” katanya.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara mara atau kenalan boleh tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya untuk membantu siasatan dan mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian, diminta menghubungi Sarjan Mohd Zaidi Janai di talian 016-2153961 atau 03-7862 7222. - Bernama

08 November 2024 09:26pm

Artikel ➡️ BERNAMA

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Dua parah Kancil bertembung Myvi depan Maktab Mahmud

SIK: Dua pemandu kereta parah akibat tersepit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk dua motosikal di hadapan Maktab Mahmud, Jalan Batu 8 di sini, malam tadi.

Kedua-dua mangsa masing-masing cedera di kaki, muka dan paha, dikeluarkan dengan bantuan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik.

Difahamkan, nahas dipercayai berlaku akibat seorang pemandu kereta terbabit dikatakan 'terlelap' ketika memandu.

Ketua BBP Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata pihaknya menerima panggilan jam 9.11 malam.

Beliau berkata, kemalangan itu membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi dan Perodua Kancil manakala dua motosikal masing-masing Yamaha Ego Avantis serta Honda Wave.

Bomba mengeluarkan dua pemandu yang tersepit dalam Perodua Myvi dan Kancil menggunakan peralatan khas 'lucas power unit resque'.

"Kejadian dikatakan berlaku apabila Perodua Kancil dari arah Pekan Sik melanggar bahagian hadapan Perodua Myvi dan dua motosikal yang ketika itu dari arah Batu 8 untuk ke Pekan Sik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhaiti berkata, menurut beberapa saksi di lokasi kejadian pemandu Perodua Kancil dipercayai terlelap (microsleep) dan memasuki jalan bertentangan arah Perodua Myvi dan kejadian berlaku di kawasan selekoh tajam di hadapan Maktab Mahmud SIK dan simpang tiga Kampung Kemelong.

Oleh Zuliaty Zulkiffli
November 8, 2024 @ 8:05am
bhnews@bh.com.my

Artikel ➡️ Berita Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Wanita dikhuatiri lemas berhampiran Titi Merah Liverpool

ALOR SETAR - Seorang wanita dikhuatiri lemas selepas motosikalnya ditemukan berhampiran Titi Merah Liverpool di Sungai Pendang, di sini, pada Jumaat.

Ketua Balai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja, Penolong Penguasa Bomba Wan Azizul Hakim Bin Wan Jaafar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 9.54 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota BBP Jalan Raja digerakkan ke lokasi kejadian bersama jentera.

"Setiba di lokasi, pasukan bomba menemui sebuah motosikal di dalam sungai dipercayai akibat terbabas.

"Mangsa yang berusia lingkungan 30-an dikhuatiri lemas akibat hanyut dalam sungai," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian pada Jumaat.

Tambah beliau, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kedah turut menggerakkan pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jitra dan Sungai Petani ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang dilakukan di kawasan berkenaan.

NURUL HIDAYAH HAMID
08 November 2024 03:43pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 08/11/2024.

Kemalangan melibatkan kereta dan lori dari Taman Machap Jaya ke Plaza Tol Machap, sekitar jam 4.30 petang tadi.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jam tangan premium wanita harga tersangat marhaen..sesuai untuk awak2 yang cantik dan comel tu !! 😍😍👇👇

https://s.shopee.com.my/30WcE9MzYp

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

semoga dipermudahkan urusan

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝐒𝐢𝐠𝐧𝐚𝐥 𝐅𝐫𝐞𝐞 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥
𝐆𝐚𝐢𝐧 𝟏𝟑𝟓𝟎𝐏𝐢𝐩 𝐌𝐢𝐧𝐠𝐠𝐮 𝐍𝐢 🚀🚀

𝐉𝐨𝐦 𝐅𝐨𝐥𝐥𝐨𝐰 𝐒𝐢𝐠𝐧𝐚𝐥 𝐅𝐫𝐞𝐞 𝐋𝐢𝐯𝐞 𝐌𝐚𝐫𝐤𝐞𝐭 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐫𝐚𝐧𝐠, 𝐄𝐬𝐨𝐤 𝐁𝐨𝐥𝐞𝐡 𝐏𝐮𝐥𝐮𝐧 𝐄𝐧𝐭𝐫𝐲🔥🔥

𝐒𝐞𝐦𝐞𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚 𝐌𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐏𝐞𝐫𝐜𝐮𝐦𝐚‼️

𝗦𝗶𝗴𝗻𝗮𝗹 𝗚𝗿𝗼𝘂𝗽 🚀🚀
✅ [ /channel/NekadChart ]
✅️ [ /channel/NekadChart ]

𝗥𝗲𝗴𝗶𝘀𝘁𝗲𝗿 𝗧𝗿𝗮𝗱𝗶𝗻𝗴 𝗔𝗰𝗰 📊
✅️[ https://ma.valetaxintl.com/partner/IB8218735 ]

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

teringat pula zaman skolah berdarjah

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🚗 LOAN MUDAH LULUS! MILIKI TOYOTA IDAMAN ANDA SEKARANG!! 🚗
.
Tak perlu risau lagi untuk memiliki kereta Toyota idaman anda! Dengan kami, proses loan kini lebih mudah dan pantas. Kami sedia membantu anda sepanjang proses pemilikan kereta dengan tawaran yang hebat!
.
🔥 Kenapa Toyota:
✅ Jimat minyak
✅ Ruang yang luas
✅ Tahan lasak
✅ Kabin senyap, pemanduan selesa untuk jarak jauh.
.
‼️ READY & FAST STOCK 🚗🔥
.
🌟 Special Offer:
✅ Zero downpayment
✅ Full loan available
✅ Trade-in accept
✅ Skim graduan
✅ Low interest
.
Tawaran TERHAD dan harga ISTIMEWA menanti anda! Jangan lepaskan peluang untuk memandu pulang kereta Toyota baru yang bergaya dan berprestasi tinggi! 🚗💨
.
Untuk maklumat lanjut atau tempahan, Tekan link/button dibawah sekarang!!👇🏻👇🏻
📲 www.wasap.my/60146007574/ToyotaKemaman

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Info Kemalangan

09 November 2024

Berlaku satu kemalangan jalanraya di Jalan Jemaluang - Kahang berhampuran Ladang MADOS sekitar jam 8.30 pagi tadi. Mangsa MOHAMAD IZEWAN BIN MOHAMAD berusia 27 tahun yang menunggang motorsikal Yamaha Y15 (No. Pendaftaran JTH 7196) telah terbabas ke dalam gaung sedalam 20 kaki.

Sejurus menerima laporan seramai 9 anggota dari Balai Bomba & Penyelamat Mersing bersama Ketua Operasi PBK Il 9926 Anuar Bin Hussine telah bergegas ke lokasi.

Mangsa yang mengalami kecederaan pada muka dan mulut telah diserahkan kepada pihak KKM.

(Info dan maklumat: Balai Bomba Dan Penyelamat Mersing)

"Bomba Tonggak Penyelamatan Negara"

#SediaMenyelamat
#CepatDanMesra
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Plus highway around gopeng southbound
Semoga rider Selamat.

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

'Siti Zulaila isteri saya.... sedih bila ramai fitnah dia janda'

Georgetown: "Dia isteri saya dan saya adalah suaminya yang sah. Bila ramai fitnah, kata arwah janda... saya sedih," luah Mohamad Shazwan Hafizi Badrul Kamal, 30-an.

Lelaki itu suami kepada Allahyarham Siti Zulaila Zulkifli, 30, yang maut ditikam di hadapan lif pangsapuri di Ayer Itam pada Khamis. Turut meninggal dunia bapa Siti Zulaila, Zulkifli Ibrahim, 62.

Ketika ditemui pada majlis pengebumian dua beranak itu malam tadi, Mohamad Shazwan berkata, dia terkesan dengan dakwaan dibuat orang ramai yang menggelar Siti Zulaila sebagai janda dan menegaskan arwah masih isterinya.

"Sudahlah sedih isteri ditimpa insiden seperti ini, ditambah pula dengan dakwaan tidak sepatutnya, buatkan kami sebagai keluarga sangat terkesan," katanya.

Lelaki itu juga berharap suspek yang ditahan kerana menyebabkan kematian isteri dan bapa mentuanya dikenakan hukuman setimpal.

Terdahulu, jenazah dua beranak berkenaan dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Qaryah Tanjong Tokong, di sini.

Jenazah sebelum itu disembahyangkan di Masjid Tuan Guru yang dihadiri kira-kira 300 orang.

Disiarkan pada: November 9, 2024 @ 12:37am
Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Selamat pagi semua.
Lambat tido..
Sok cuti ke..

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

- 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐖𝐒𝐏
- ⁠(𝐄𝐏𝐅 𝐋𝐎𝐀𝐍)
“𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐈𝐀𝐍”
Sila Hubungi : 016-6 0 9 9 3 6 3

Ayu offer pinjaman peribadi utk KWSP(EPF)
➡ umur 53,54 ( Akaun 1 )
➡ umur 58,59 ( Akaun Emas )
。ambik duit sekarang bayar masa dpt KWSP nanti.

✅ PERMOHONAN
DAPAT PENUHH TANPA CAJ 😍

🔴 Yang ade masalah dengan 𝑪𝑻𝑶𝑺,𝑪𝑪𝑹𝑰𝑺,𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒖 𝒂𝒅𝒆 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒌𝒖𝒕 𝑨𝑲𝑷𝑲 layak apply skim pinjaman ni tau 🔴

𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡!
Ye skim pinjaman yang tak perlu 𝒃𝒂𝒚𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏.
Nak semak kelayakan hanya perlukan 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂 𝑲𝑾𝑺𝑷 sahaja.
Untuk kelulusan pinjaman 1 𝒋𝒂𝒎 dan 𝒃𝒂𝒏𝒌 𝒊𝒏 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒎𝒂.

Dokumen yang diperlukan
-𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮 𝗞𝗪𝗦𝗣

http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP

HanyaUmur : 53 , 54 , 59 shj ✅

🌍 COVER SEMUA KAWASAN! 😍

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

MELAKA 08/11/2024.

Seorang nelayan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang cuai ketika keluar simpang di Jalan Melaka-Muar, di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.40 pagi itu, mangsa Muhammad Shamsuddin Abu Samah, 30, meninggal dunia di lokasi akibat cedera parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika MPV berkenaan sedang keluar simpang rumah dan membelok ke kanan menghala ke arah Serkam.

Sumber ➡️ Malaysia Gazzette

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🥹🥹xperlu da beratur kat lane touchNGo,hidup semudah ABC
https://s.shopee.com.my/4Aia2Ie3xK

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Nak kurus tanpa diet dan exercise? Dah try banyak product tapi tak berkesan? 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗶𝘇𝗲 𝗫𝗟 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝘀𝗶𝘇𝗲 𝗠 🤩 𝗕𝗜𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 😱
.
.
Kuat makan, kurang bersenam, tapi nak turun 10KG sebelum raya 🤔 jangan risau AJNAA FITZ boleh tangani masalah anda 🔥
.
.
Bukan perempuan jer, lelaki pun boleh consume 😃
.
.
click link di bawah untuk lihat testimony, order, wassap, free sample, promo, sijil KKM, atau info lanjut 👇
.
https://vt.tiktok.com/ZSjrbt8p4/

atau wasap HQ 👇🏻
https://wa.me/message/ABD6D2PCR3ONE1

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hilux rempuh belakang lori, pemandu tercampak keluar cedera parah

SIMUNJAN-- Seorang lelaki cedera parah akibat tercampak keluar dari kenderaannya selepas merempuh belakang sebuah lori dalam kemalangan di Jalan Sri Aman-Kuching berhampiran Kampung Jirok di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Simunjan DSP Rafhan Kepli berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku sekitar jam 9.40 pagi Khamis melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dengan sebuah lori Hino yang rosak di parkir di lorong kanan.

"Toyota Hilux tersebut dipercayai dipandu laju di lorong yamg sama sehingga gagal mengelak lori tersebut yang telah diletakkan tanda amaran di atas jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelasnya, akibat impak perlanggaran itu pemandu Toyota Hilux tercampak keluar dari kenderaan dan cedera di kepala.

Tambahnya, keadaan kenderaan Toyota Hilux terbabit mengalami remuk teruk di bahagian hadapan manakala lori terbabit mengalami kerosakan di bahagian belakang dan tayar belakang sebelah kiri pecah.

"Pemandu Hilux berusia 53 tahun yang cedera telah dihantar ke Hospital Serian untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Sementara pemandu lori lelaki berusia 43 tahun tidak mengalami kecederaan," ujarnya.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Kaedah 10 LN 166/59 dan siasatan masih diteruskan.

Artikel ➡️ Sarawak update

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Subscribe to a channel