infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

130828

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

Serangan udara rejim Zionis memusnahkan menara Al-Nasira, utara kem Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.

Sumber: Shehab News
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JENIS INSIDEN : KEMALANGAN JALANRAYA

Tarikh : 29/11/2024
Hari : JUMAAT
Masa : 1050
Tempat : SG. API-API

Kredit ➡️ BBP NENASI

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Anggota bomba dengan bantuan penduduk menyelamatkan seorang warga emas dan keluarganya yang terperangkap dalam banjir di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Kelantan petang tadi.

Mangsa dibawa dengan pelampung dalam keadaan hujan lebat termasuk meredah arus deras di lokasi perumahan berkenaan.

Video: KIRIMAN ORANG AWAM

#Kosmo Online.
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

#PDPASARATOK
#OPERASI
#KJR

• RESPON KES KEMALANGAN JALAN RAYA (KJR)🚨

KES🚨 : KEMALANGAN JALAN RAYA(KJR)
TARIKH🗓️ : 29 NOVEMBER 2024
HARI🪧 : JUMAAT
LOKASI📍 : SIMPANG,SARATOK

BILIK GERAKAN APM SARATOK MENERIMA 01x PANGGILAN KECEMASAN DARIPADA ORANG AWAM MENGENAI KES KJR ( KEMALANGAN JALAN RAYA )SAMPAI DI LOKASI .04x ANGGOTA MENDAPATI BENAR BERLAKU KEMALANGAN MELIBATKAN SEBUAH KERETA JENIS PERODUA VIVA.04x ANGGOTA MENDAPATI 01x MANGSA LELAKI BERUMUR DALAM LINGKUNGAN 20 AN MENGALAMI CEDERA RINGAN DI BAHAGIAN TANGAN.TINDAKAN APM SARATOK ADALAH MEMBUAT RAWATAN AWAL KE ATAS MANGSA DENGAN MEMBERSIHKAN LUKA DI TANGAN KANAN DAN KIRI TANGAN MANGSA.04X ANGGOTA BALIK KE PKOD DENGAN KEADAAN SELAMAT.

"WIRA BIRU"
"SENTIASA BERSAMA PERTAHANAN AWAM"
"APM SELAMANYA"

☎️
Hubungi APM Saratok jika anda menghadapi sebarang kecemasan ditalian📞
(01131413012@083-436094) atau talian kecemasan 999

Unit Perhubungan Awam Dan Dokumentasi Apm Saratok 🔸🔹

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
Nur Athirah
Harith Irfan Qaseh Amanda
Apm Betong

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2024
#TaatSetia

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Wanita maut kereta terlibat kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu

TATAU: Seorang wanita maut setelah kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dalam kemalangan kendiri yang berlaku di kawasan Sungai Kemena Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau Jankey Jikat berkata, mangsa yang dikenali sebagai Nur Arina Sarkawi berumur 36 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi.

"Sepasukan anggota dari BBP Tatau bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan sekitar jam 4.04 petang," ujarnya.

Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang membabitkan sebuah kereta yang mana terdapat seorang mangsa berada pada bahagian kerusi duduk pemandu.

Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dari kereta sebelum diserahkan kepada Unit Ambulans KKM.

"Setelah disahkan meninggal dunia, mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut," jelas Jankey.

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba menamatkan operasi sebelum bertolak balik ke balai pada jam 6.04 petang.

Oleh Ambrose Rirang

Artikel ➡️ Utusan Borneo Online

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Assalamualaikum dan Salam JBPM Berprestasi Tinggi, cepat dan mesra

Tarikh : 29 November 2024 (Jumaat)
Kes/Aktiviti : Kemalangan Jalan Raya
Masa : 1629 petang
Alamat : Jalan Beringgis, Papar
Pasukan : C.

Kemalangan Jalanraya melibatkan kenderaan Toyota RAV4 dan Van. Seorang mangsa lelaki berumur 77thn cedera parah di bahagian kepala dan Pemandu dan penumpang van tiada kecederaan.

Kredit ➡️ BBP PAPAR

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki terbabit kemalangan langgar kereta ditahan polis

TAPAH - Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan ekoran video kejadian itu tular di laman sosial X pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, laporan kejadian itu diterima daripada seorang wanita berusia 23 tahun membabitkan kemalangan di Taman Sungkai Perdana dekat Sungkai, Isnin lalu.

Menurut beliau, insiden pada jam 1.28 petang itu melibatkan kereta jenis Perodua Axia dipandu wanita terbabit dan Perodua Aruz milik lelaki berusia 47 tahun.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pengadu memandu dari rumahnya menuju ke sebuah kedai untuk membeli makanan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu lelaki terbabit tiba-tiba masuk ke laluannya dan melanggar bahagian hadapan kereta mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Mohd Naim berkata, akibat kemalangan itu, kedua-dua pemandu tidak mengalami kecederaan, hanya berlaku kerosakan pada kenderaan.

"Siasatan mendapati lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), bagaimanapun tindakan lanjut dijalankan berjaya mengesan serta membuat tangkapan terhadap lelaki tersebut.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Sarjan Sadri Omar di talian 016-9266800 bagi membantu siasatan.

NOOR AINON MOHAMED
29 November 2024 08:56pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kuala Lumpur
Dekat bulatan bank rakyat
Rider tertindih palang besi yg dirempuh Lori bonded .

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Bulatan parlimen
Dekat bank rakyat

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

3 terperangkap tanah runtuh: 2 beradik ditemukan maut, seorang cedera

Kuala Berang: Dua beradik maut, manakala seorang lagi cedera selepas terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Bukit Apit, Ajil di sini hari ini.

Mayat Puteri Sajidah Azman, 16, dan adiknya, Siti Fatimah, 13, masing-masing ditemukan pada 6.32 petang dan 6.59 petang.

Sementara mangsa yang terselamat Uzair, 17, ditemukan jam 5.17 petang.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Hassan 'As'ari Omar berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 4.59 petang sebelum pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang dan Wakaf Tapai bergegas ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat.

Katanya, sebaik tiba, pihaknya mendapati terdapat tiga mangsa yang tertimbus dalam tanah runtuh itu.

"Mangsa pertama iaitu lelaki berusia 17 tahun ditemukan selamat sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu untuk rawatan.

"Mangsa kedua iaitu remaja perempuan berusia 16 tahun ditemukan jam 6.32 petang, manakala mangsa ketiga ditemukan jam 6.59 malam.

"Dua beradik yang meninggal dunia ditemukan tertimbus di bawah runtuhan tanah dan bahagian depan rumah," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian

Hassan 'As'ari berkata, mayat kedua-dua mangsa yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ajil itu diserahkan kepada polis untuk dibawa ke Jabatan Forensik HSNZ Kuala Terengganu bagi bedah siasat.

Katanya, operasi yang membabitkan pelbagai agensi itu ditamatkan jam 7 malam selepas dua jam operasi dijalankan.

Dalam pada itu, Hassan 'As'ari turut menasihatkan penghuni yang tinggal berhampiran tempat kejadian untuk berpindah buat sementara bagi mengelak kejadian sama berulang, memandangkan jangkaan hujan lebat.

Katanya, penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran lereng bukit di seluruh negeri juga dinasihatkan untuk sentiasa peka dan memantau kawasan kediaman masing-masing.

Disiarkan pada: November 29, 2024 @ 8:10pm
Zatul Iffah Zolkiply
zatuliffah@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Sungai segamat dan penuh
Hati hati orang segamat

#johor
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tak sempat sampai rumah, lelaki maut motosikal terbabas

NORHASPIDA YATIMNORHASPIDA YATIM
29 November 2024 04:44pm

HULU TERENGGANU - Hasrat seorang lelaki untuk pulang ke rumahnya di Kampung Butut Baru, Kuala Berang di sini tidak kesampaian apabila motosikal ditunggangnya terbabas.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, mangsa, Mohd Fairuz Abdullah, 39, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Hulu Terengganu di sini.

Menurutnya, insiden itu berlaku di Kilometer 1, Jalan Kuala Berang-Tanggol-Wakaf Tapai dekat Kampung Rahmat di sini sekitar jam 10.10 pagi pada Jumaat.

"Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss dari kedai makan di Kuala Berang mahu pulang ke rumah di Kampung Butut Baru.

"Apabila sampai di lokasi kejadian, secara tiba-tiba motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terjatuh di atas jalan raya," katanya di sini pada Jumaat.

Zainul Mujahidin berkata, mangsa yang mengalami kecederaan pada bahagian kepala dibawa oleh ambulans Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Hospital Hulu Terengganu.

"Mangsa disahkan telah meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan dan kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987," katanya.

#Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁

Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!

Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅

100% selamat dan mudah! 💯

Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗

Password? Tak perlu! 🔒

Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀

👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com

#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Penunggang motosikal diselamatkan selepas lebih sejam dibawa arus
29 November 2024 03:37pm

ALOR GAJAH - Seorang penunggang motosikal yang hanyut dibawa arus deras berjaya diselamatkan anggota bomba selepas berpaut pada sebatang kayu lebih sejam dalam kejadian di Jalan Batu Alang Kampung Sungai Siput, Lubok China.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam kira-kira jam 7.32 pagi tadi.

Beliau berkata, lelaki berusia 34 tahun yang menunggang motosikal itu dikatakan telah dihanyutkan arus banjir semasa melalui jalan raya berkenaan yang telah dinaiki air.

Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Masjid Tanah ketika itu membuat rondaan kawasan banjir telah dihubungi Pusat Gerakan Operasi (PGO) mengenai kejadian itu, dan mereka terus bergegas ke lokasi," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Zulkhairani berkata, 10 anggota ditugaskan menyelamatkan lelaki itu yang dihanyutkan air sedalam 1.2 meter dan dia berjaya dibawa ke kawasan selamat kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

#Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Musim2 hujan elok la beli baju hujan 1 korang..siap dengan seluar..ada sampai size 4xl..ada warna hitam dengan warna merah..harga murah2 saja jangan risau!!! 😍😍👇👇

https://s.shopee.com.my/30X8WHF2K9

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Saat tentera rejim Zionis mengebom Menara Nazareth di kem baru di Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.

Sumber: Shehab News
Terj: Cinta Gaza Malaysia

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki terbabit kemalangan langgar kereta ditahan polis

NOOR AINON MOHAMEDNOOR AINON MOHAMED
29 November 2024 08:56pm

TAPAH - Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan ekoran video kejadian itu tular di laman sosial X pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, laporan kejadian itu diterima daripada seorang wanita berusia 23 tahun membabitkan kemalangan di Taman Sungkai Perdana dekat Sungkai, Isnin lalu.


Menurut beliau, insiden pada jam 1.28 petang itu melibatkan kereta jenis Perodua Axia dipandu wanita terbabit dan Perodua Aruz milik lelaki berusia 47 tahun.

"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pengadu memandu dari rumahnya menuju ke sebuah kedai untuk membeli makanan.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu lelaki terbabit tiba-tiba masuk ke laluannya dan melanggar bahagian hadapan kereta mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Mohd Naim berkata, akibat kemalangan itu, kedua-dua pemandu tidak mengalami kecederaan, hanya berlaku kerosakan pada kenderaan.

"Siasatan mendapati lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), bagaimanapun tindakan lanjut dijalankan berjaya mengesan serta membuat tangkapan terhadap lelaki tersebut.

"Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Sarjan Sadri Omar di talian 016-9266800 bagi membantu siasatan.

#Sinar Harian
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*TAWARAN PINJAMAN KWSP*
-Anda berumur 53/54/55/59/60tahun.
-Dah tak bekerja atau masih bekerja
-Mempunyai simpanan dalam akaun *KWSP* anda.
-Ade masalah dengan 𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 pastu ade sangkut 𝑨𝑲𝑷𝑲 dialukan.
-Menetap die Semenanjung Malaysia.

*TAHNIAH ANDA YG KAMI CARI*
Untuk mohon *pinjaman kwsp*
Yang berkonsepkan *pinjam hari ini bayar masa umur 55@60 tahun nanti* 😍

*Jangan Risau*
Bukan cagar KWSP anda ya!
💯 Selamat.
*Bayaran tanggungjawab sendiri*

Bagaimana untuk mohon anda hanya perlu klick link dibawah

http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

✨SEMAKKAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA✨
.
Anda menghadapi masalah dengan CTOS, AKPK, BLACKLIST, KOMITMENT TINGGI atau tidak dapat membuat pinjaman secara terus dari bank? Jangan risau, saya sedia membantu anda!
.
Debt Consolidation (Penyatuan Hutang) Dan dapatkan Extra Cash in Hand,

✅ Kurangkan komitmen bulanan
✅ Interest 2.88%
✅ Kadar faedah yang rendah
✅ Tiada bayaran pendahuluan
✅ Kadar kelulusan pinjaman yang tinggi
✅ Perbaiki Payslip 60%
✅ Tutup semua loan yang ada
✅ Semakan kelayakkan percuma

📞 Hubungi saya hari ini untuk perundingan percuma!

https://wa.link/m340di
https://wa.link/m340di
https://wa.link/m340di
https://wa.link/m340di

Syazwan Mes
016-8228162

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Alhamdulillah 🤲 Idea Menjadi, Rumah Pokwe Berjaya Terapung Lagi Dalam Banjir

Pernah terapung tatkala banjir melanda kampungnya sebelum ini, rumah A Bakar Che Ahmad yang lebih dikenali sebagai Pokwe terapung lagi buat kali ketiga.

Menerusi video yang dimuat naik oleh anaknya di media sosial, Pokwe kelihatan sedang berehat bersama pasangannya di beranda rumah.

"Alhamdulillah tahun ni masih terapung lagi. Semoga mak dan ayah sihat walafiat selalu dan dimurahkan rezeki," coret Zalie di laman TikTok miliknya.

Fenomena ini turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Mohd Hafiz Adam.

"Rumah terapung Pokwe Viral Batu 16, Kampung Tebak, Kemaman alhamdulillah terapung dengan jayanya. Apapun, berpindahlah ke tempat yang mudah untuk bantuan sampai," nasihat Hafiz menerusi muat naik di laman Facebook miliknya.

Terdahulu, Bernama pernah melaporkan tindakan yang diambil Pokwe bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Terbak Batu 16 membuahkan hasil. Dengan menggunakan 69 tong plastik dan 54 keping papan fascia, rumah miliknya berjaya diapungkan.

Siap dibina pada 16 September 2022, rumah tersebut terinspirasi daripada reban ayam terapung yang dibina Pokwe pada 2019. Menurut Pokwe, rumah tersebut dibina bersama tujuh anak dan menantunya.

"Rumah ini mengambil masa dalam tiga bulan lebih (untuk dibina)... rumah ini mempunyai lima bilik tidur dan dua bilik air, manakala ia juga boleh menampung seberat 15 tan metrik," ujar Pokwe.

Menjengah ke ruangan komen, rata rata warga maya kagum dengan kebijaksanaan Pokwe mengatasi masalah banjir. Malah, ada juga yang tertanya tanya bagaimana rumah terapung tersebut tidak hanyut dibawa arus.

"Sediakan payung sebelum hujan, inilah hasilnya," puji warga maya.

"Hebat orang lama. Semoga tiang sokongan berdiri teguh dan semoga air tidak deras," ucap seorang lagi.

"Pak cik ni paling bijak dalam menyelesaikan masalah rumah beliau," ujar seorang warga maya lagi.

Menurut anaknya, jumlah pelampung yang digunakan sudah bertambah berbanding ketika rumah ini dibina.

"Dulu 69 (tong) tapi dah jadi sembilan puluh lebih gitu lah," maklum anaknya kepada netizen

BERNAMA
Kredit Pemilik Pemilik Foto

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Faktor cuaca, kecuaian pemandu punca kemalangan treler Tentera Darat

KUALA LUMPUR: Faktor cuaca dan kecuaian pemandu dikenal pasti antara punca utama kemalangan membabitkan kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) yang terbabas di Kilometer (KM) 35.3 Lebuhraya Karak, di sini, pada 7 November lalu.

Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, berkata dapatan itu dirumuskan berdasarkan laporan lembaga siasatan yang baru dilengkapkan baru-baru ini.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati tiada sebarang unsur sabotaj atau cubaan khianat dikesan dalam insiden berkenaan.

"Siasatan baru saja diselesaikan lembaga siasatan bagi kes kemalangan itu dan dapatan siasatan mendapati faktor cuaca menyebabkan jalan licin.

"Dengan momentum (kelajuan) dan berat kenderaan itu yang membawa muatan dua kereta perisai, ia juga menjadi sebahagian faktor berlakunya kemalangan.

"Bagaimanapun, ada juga unsur kecuaian disebabkan kelajuan yang melebihi had sepatutnya dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri.

Kenderaan KPKP daripada 4 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (4 KPD Mek) bersama muatan dua kenderaan jenis A (KJA) ADNAN terbabit dalam kemalangan jalan raya di KM 35.2 dari arah Terowong Genting Sempah menuju ke Tol Gombak.

Kejadian pada jam 4.45 petang berlaku ketika kenderaan milik pasukan Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (7 RRD Mek) menuruni bukit kawasan berkenaan.

Ekoran kemalangan itu, kerosakan kenderaan KPKP dianggarkan bernilai RM182,000.

Muhammad Hafizuddeain berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas individu yang didapati cuai sehingga mengakibatkan kemalangan berkenaan.

"Setiap pergerakan konvoi Tentera Darat Malaysia (TDM) perlu mematuhi SOP yang digariskan bagi mengelak perkara tidak diingini.

"Ia bagi mengelak kejadian kemalangan membabitkan orang awam dan aset ketenteraan bernilai tinggi," katanya.

Beliau berkata, tiada kerosakan ke atas dua kereta perisai dibawa kenderaan KPKP.

"Kita baru terima laporan akhir dan penilaian terhadap tindakan seterusnya akan dilakukan. Pihak yang bertanggungjawab akan diberi pengadilan sewajarnya ekoran kemalangan ini," katanya.

Oleh Safeek Affendy Razali
November 29, 2024 @ 3:35pm
safeek@bh.com.my

Artikel ➡️ Berita Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾

Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej  terlajak murah mampu milik😇

👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌

‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️

Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’

Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos

Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7

Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki maut kemalangan dalam perjalanan ke surau

BESUT - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Kampung Gong Kepas Dalam di sini pada pagi Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, ketika kejadian mangsa, Mohd Syafiq Mohd Nasir @ Mazlan, 36, dalam perjalanan menuju ke Surau Alor Jernih dekat sini sekitar jam 6.15 pagi.

Menurutnya, motosikal jenis Yamaha Ego LC ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang.

"Pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian jam 8.40 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan dan telah terbabas ke tepi jalan sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam longkang yang dipenuhi air," katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata, mayat mangsa dijumpai kira-kira jam 7. 50 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Besut untuk siasatan lanjut.

"Kes ini disiasat di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

29 November 2024, 1:13pm

#Sinar Harian
#infosemasa
@imgosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SIAPA NAK KAHWIN, TAG PASANGAN!!

Untung kan jadikan emas sebagai mas kahwin?

Makin lama simpan, makin tinggi nilai emas kita. Bila jual, berganda ganda untungnya.

Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.

Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..

RM100 pun da boleh beli emas.

Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :

📌 Simpanan emas patuh syariah.

📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.

📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.

📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.

Mudah kan?

Sekarang, siapa nak kahwin, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!

Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa

Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/

Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SERVICE NAIKKAN FOLLOWERS , VIEW & LIKE DI TIKTOK 🫶🏻

3k view + 300 like
— rm 10 sahaja

20k view + 500 like
— rm 15 sahaja

50k view + 1k like
— rm 20 sahaja

80k view + 2k like
— rm 35 sahaja

250k view + 5k like
— rm 100 sahaja

800k view + 8k like
— rm 150 sahaja

FOLLOWERS 👇🏻
500 followers rm 25
1000 followers rm 30
2000 followers rm 55
3000 followers rm 80
5000 followers rm 100
10k followers rm 200

feedback @boostsocmedmurah
feedback @boostsocmedmurah

https://wa.me/60182242808?text=nakbeliservicetiktok

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hujan yg turun
bagai kan mutiara
berkilau bersinar berkerdipan
subur menghijau

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 29/11/2024.

Kemalangan melibatkan kereta dan lori berhampiran lampu isyarat Parit Sempadan, Parit Raja arah Batu Pahat petang tadi.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Ni baru ngam roti canai banjir.

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki maut kemalangan dalam perjalanan ke surau

BESUT - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Kampung Gong Kepas Dalam di sini pada pagi Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, ketika kejadian mangsa, Mohd Syafiq Mohd Nasir @ Mazlan, 36, dalam perjalanan menuju ke Surau Alor Jernih dekat sini sekitar jam 6.15 pagi.

Menurutnya, motosikal jenis Yamaha Ego LC ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang.

"Pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian jam 8.40 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.

"Siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan dan telah terbabas ke tepi jalan sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam longkang yang dipenuhi air," katanya di sini pada Selasa.

Beliau berkata, mayat mangsa dijumpai kira-kira jam 7. 50 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.

"Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Besut untuk siasatan lanjut.

"Kes ini disiasat di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

NORHASPIDA YATIM
29 November 2024 01:13pm

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pemandu bas ekspres lari tinggal penumpang, terkejut ada operasi

MyMetroMutakhir
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri
am@hmetro.com.my

Gopeng: Sebelas penumpang sebuah bas ekspres terpaksa menunggu lama apabila pemandu bas serta pemandu keduanya 'lesap' dipercayai melarikan diri daripada pemeriksaan operasi bersepadu pihak berkuasa di Pusat Transformasi Luar Bandar (RRC) Gopeng, di sini, malam tadi.

Bas dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur menuju Nibong Tebal, Pulau Pinang melalui laluan arah utara Lebuhraya Utara Selatan (Plus) itu dikatakan berhenti jam 10.30 malam dan sehingga jam 11.55 malam, dua pemandunya tidak muncul.

Pemeriksaan polis pada bas menjumpai alat 'dapur' menghisap syabu di dalam beg yang terdapat di tempat duduk pemandu dengan masih terdapat sisa dadah dipercayai baru saja digunakan.

Tindakan pemandu bas itu yang memberhentikan kenderaannya berhampiran tandas awam di hentian RTC turut mengakibatkan sedikit kesesakan kerana menghalang laluan kenderaan berat lain.

Sementara itu, Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Perak, Mohd Zawawi Zakaria berkata, operasi itu julung kali diadakan bertujuan memantau semua jenis kenderaan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang.

Katanya, operasi bersepadu diketuai Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak menyasarkan kenderaan perdagangan, membabitkan 144 kekuatan anggota dan 10 agensi penguat kuasa.

"Operasi fokus kepada pemantauan kenderaan perdagangan di kawasan RTC Gopeng. Ia salah satu program yang kita anjurkan bersama dengan agensi atau rakan strategik MKN," katanya. Hadir sama, Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh dan Pegawai Daerah Kampar, Nazrul Fazami Mohamad.

Mohd Zawawi berkata, operasi bermula jam 8.30 malam dan berakhir 12 tengah malam menghasilkan sebanyak 61 saman dikeluarkan oleh JSPT Perak,

#HarianMetro
#infosemasa

Читать полностью…
Subscribe to a channel