infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

130828

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

3 kenderaan yang tenggelam akibat banjir nyaris hanyut ke Sungai Kelantan

28 November 2024, 11:29am
Oleh: Shahnun Hanif Abdullah Suhaimi

KUALA KRAI: Dua kereta dan satu motosikal yang diparkir di tepi tangga Bradley Kuala krai dekat tebing Sungai Kelantan nyaris hanyut apabila ditenggelami air setinggi 1.5 meter.

Tiga kenderaan itu diselamatkan 10 anggota sukarelawan sebuah NGO di sini yang bertugas ketika banjir.

Kenderaan berkenaan adalah milik penduduk yang tinggal di Kampung Bahagia terletak di seberang Sungai Kelantan.

Menurut Pengerusi Persatuan Sukarelawan Rakyat Kuala Krai, Mohd Hilal Hazwan Ismail, penduduk biasanya meletak kenderaan di kawasan itu sebelum menaiki bot ke Kampung Bahagia.

Namun semalam tidak menyangka air naik begitu cepat menyebabkan tidak sempat menyelamat kan 3 kenderaan itu.

Menurut Mohd Hilal, pemilik kenderaan kemudian menelefon beliau meminta bantuan pagi semalam.

Katanya, pihaknya menarik kenderaan tenggelam itu dengan tiga pacuan empat roda selesai hampir setengah jam.

Jelasnya, sekiranya usaha tidak segera dilakukan menarik kenderaan terbabit dikhuatiri akan hanyut dibawa arus ke Sungai Kelantan terletak hanya 100 meter dari lokasi kejadian.

Menurutnya buat masa ini, Sungai Kelantan di Kuala Krai menunjukkan trend meningkat ekoran hujan lebat berterusan.

#BuletinTV3
#info@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Marilah kita doakan untuk penduduk negeri Kelantan yang ditimpa banjir buruk kali terakhir pada 2014 kini 2024. 📸 Hanif M Noor

#kelantan
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jenis Insiden : Pokok Tumbang
Tarikh/Masa Panggilan : 27.11.2024/15:42:00
Alamat : Panji Curve, Jalan Kamarudin

Angin kenyang yang berlaku di Kuala Terengganu telah mengakibatkan berlaku pokok tumbang hingga menghempap kenderaan yang diparkir.

#berkhidmatkeranaAllah
#berkhidmatutkesejahteraanmasyarakat
#bbpktrgprihatin
#StrongerTogether

- BBP KUALA TERENGGANU
- JBPM TERENGGANU

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Rantau Panjang 'lumpuh', paras air Sungai Golok cecah 11.42 meter

Paras air Sungai Golok, Rantau Panjang kini mencecah 11.42 meter melepasi catatan banjir pada 2014 menyebabkan daerah itu 'lumpuh' pada Khamis, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.

Bekalan elektrik di beberapa kawasan terpaksa diputuskan susulan hujan berterusan.

#Sinar Harian
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Keadaan terkini pada pagi 28 November 2024 di Sungai Kelantan. Penduduk sekitar diminta untuk sentiasa berwaspada dan ikut arahan pihak berkuasa 🙏🏼

Kredit Video Orang Awam

#thrgegar #permatapantaitimur #banjirpantaitimur

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

💡senang bersenam dalam umah je or bilik sewa kan
https://s.shopee.com.my/tWAlN0u8

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‎*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
‎*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ &

Salam Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra

Komander Operasi : PBK II 14324 Suhaimi bin Samoori

Jenis Kecemasan: Kebakaran Lori

Lokasi : R&R gombak Lebuhraya Karak

Pasukan : B
Tarikh : 27/11/2024
Hari : Rabu
Masa : 1253

Sumber➡️ Bbp Bandar Baru Selayang

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

[Video 1] 28.11.2024 | Rantau Panjang | Kelantan
Kg tasik bendang guchil, rantau panjang

[Video 2] #kelantan Situasi banjir terkini Masjid Kg Chenulang, Kuala Krai setakat pukul 7.30 pagi tadi.

Seramai 108 orang daripada 30 keluarga ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara Sekolah Kebangsaan Chenulang.
📹 : Muhammad Fais Zikhrul / Orang Awam

#Media Terkini

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Situasi banjir di Arau sebelah Masjid Negeri.

📷 Nadhrah Hazieqah

#perlisAktif
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KHIDMAT KHAS
PENYELAMATAN MANGSA BANJIR

𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 :
Tarikh : 28.11.2024 I KHAMIS (0336)
Lokasi : Kg. Kuala Beris, Sik
Kom. Operasi : PPgB Zulkhairi b. Mat Tanjil
Bil. Anggota : 8
Pasukan: C ( Balai Bomba Dan Penyelamat Sik )
Bil. Keluarga Terlibat : 1 (6 Orang -2LD/3PD/1KP)

𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 :
Tindakan Lain : Pihak Bomba turut membuat pemantauan di premis Pondok Kuala Beris dan kesemua penghuni dalam selamat. Hanya sebuah keluarga yang kediaman terjejas air banjir.

𝐏𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐨𝐦𝐛𝐚𝐚𝐧:
Cakna kepada keselamatan diri dan keluarga semasa musim hujan dan banjir. Awasi anak kecil elak tragedi. Patuhi arahan pihak berkuasa sekiranya diminta untuk berpindah. Sayangi nyawa anda. Jangan cipta kesulitan sendiri yang membahayakan. Hubungi talian 999 untuk sebarang bantuan penyelamatan dan kecemasan memerlukan.

#CepatdanMesra
#SediaMenyelamat
#SiapSediaSetiapMasa
#BombaTonggakPenyelamatanNegara

𝗦𝗜𝗞 - 𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝗜𝗠𝗣𝗥𝗘𝗦𝗦𝗜𝗩𝗘 𝗞𝗡𝗢𝗪𝗟𝗘𝗗𝗚𝗘𝗔𝗕𝗟𝗘

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

Sumber ➡️ Bbp Sik

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*Assalamualaikum dan Salam Sejahtera YDH* :

*LAPORAN RESPON KE TEMPAT KEJADIAN OLEH PH 617 BP BESERAH ~ U-TURN BANDAR DAMANSARA*

Tarikh : 27.11.2024
Masa : 0015hrs-0050
Lokasi : U-TURN BANDAR DAMANSARA

Mangsa 2 Lelaki mengalami kecederaan calar balar di seluruh badan

Sumber ➡️ polis beserah

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Paderi mati lemas kereta terbabas ke dalam parit ketika banjir

Mohd Roji Kawi
November 27, 2024 @ 11:22am
mdroji@bh.com.my

KUCHING: Seorang paderi ditemui lemas dalam keretanya yang terbabas ke dalam parit di belakang Dewan Serbaguna Persatuan Foo Chow di Kapit ketika banjir melanda kawasan berkenaan awal pagi tadi.

Kereta dipandu lelaki berkenaan, Bangau Amping, 75, dipercayai terbabas dan tenggelam dalam parit sebelum kejadian disedari orang awam apabila banjir kilat akibat limpahan Sungai Batang Rajang itu mulai surut.

Bomba menerima panggilan daripada orang awam pada jam 7.15 pagi tadi yang memaklumkan penemuan sebuah Proton Saga di dalam parit sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit diarah ke lokasi terletak kira-kira dua kilometer dari balai.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), berkata arus sangat deras menyukarkan anggota untuk memeriksa kenderaan, namun selepas dihampiri, didapati seorang lelaki terperangkap di dalamnya.

"Anggota bomba memecahkan cermin kenderaan dan mengikat badan mangsa menggunakan tali untuk mengeluarkannya. Selepas berjaya dikeluarkan, mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan pemeriksaan di dalam kenderaan mengesahkan hanya mangsa berada dalam kereta itu," katanya.

Sementara itu, katanya, beberapa kawasan di Kapit dilanda banjir dan tanah runtuh akibat hujan lebat pagi ini, antaranya Selepong 3 Jalan Selirik, Bukit Goram, Simpang Utong, Taman Buluh Perindu dan Rumah Panjang Engking.

Artikel ➡️ Berita Harian

#infosemasa
infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEJADIAN KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN SEBUAH MOTOSIKAL DENGAN SEBUAH MOTOBAS DI KM 10 JALAN JOHOR BAHRU - KOTA TINGGI HALA KOTA TINGGI

PADA 26 NOVEMBER 2024, JAM LEBIH KURANG 9.00 MALAM, TELAH BERLAKU SATU KEMALANGAN MAUT JALANRAYA YANG MELIBATKAN SEBUAH MOTOSIKAL DENGAN SEBUAH MOTOBAS HINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN DI KM 10, JALAN JOHOR BAHRU KOTA TINGGI HALA KOTA TINGGI.

KEMALANGAN TERSEBUT DIPERCAYAI BERLAKU APABILA MANGSA SEORANG LELAKI YANG MERUPAKAN WARGA TEMPATAN BERUMUR 28 TAHUN TELAH HILANG KAWALAN KEΤΙΚΑ ΜΕΜΟTONG DIANTARA MOTORBAS YANG BERADA DI LORONG TENGAH DENGAN SEBUAH M/KAR (NO PENDAFTARAN / JENIS TIDAK PASTI) DI LORONG KANAN. KΕΤΙΚΑ ΜΕΜΟTONG, MANGSA TELAH HILANG KAWALAN HINGGA BERGESEL DENGAN BAHAGIAN BELAKANG ΚΑΝΑΝ MOTOBAS LALU TERJATUH DIATAS JALAN DI LORONG TENGAH. AKIBAT KEJADIAN TERSEBUT MANGSA TELAH DISAHKAN MENINGGAL DUNIA DI TEMPAT KEJADIAN DISEBABKAN KECEDERAAN PARAH DI BAHAGIAN KEPALA.

SIASATAN DIJALANKAN DIBAWAH SEK. 41(1) ΑΚΤΑ PENGANGKUTAN JALAN 1987. PIHAK POLIS MEMOHON SAKSI AWAM YANG MELIHAT KEJADIAN TERSEBUT AGAR TAMPIL KE BALAI TRAFIK JOHOR BAHRU SELATAN UNTUK MEMBERI KETERANGAN KEPADA PIHAK POLIS ATAU BERHUBUNG DENGAN PEGAWAI PENYIASAT INSP NURULHADI BIN ALI DI TALIAN 019-5230102.

(RAUB BIN SELAMAT) ACP KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jalan Arau-Pauh (berhampiran Nat Pokok Getah), air melimpah ke atas jalan. Berhati-hati semua, pandu perlahan.

Perlis Aktif

#infosemasa l

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Allahuakbar. Semoga dipermudahkan segala urusan adik ni.

#info@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‎سْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
& Salam Sejahtera
“SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA"

BBP AL MUKTAFI BILLAH SHAH

PERHATIAN KEPADA SEMUA PENGGUNA JALAN BESOL MENUJU KE RANTAU PANJANG-KUALA JENGAL SUDAH BAHAYA KEPADA PENGGUNA UNTUK KENDERAAN RINGAN DAN BERAT..SILA BERHATI-HATI..

TERIMA KASIH

#elakkanpembakaranterbuka
#Berkhidmatuntuknegarakeranaallah
#SetiasaBerkhidmatuntukFaedahmasyarakat
#taatdansetia
#Cekaldansabar
#BerkerjadenganDedikasi
#Siapsediasetiapmasa
#Seeratserasasehatisejiwa
#frontlinermalaysia
#Hatihatidijalanraya
#kamiadauntukanda
#terimakasihberilaluan
#terimakasihberkorbanuntuknegara

Sumber Bbp AMBS

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hello guys, jom try download vortecx utk tgk content-content berkaitan public affair & personal stories. Ni social media baharu and made in Malaysia 🇲🇾 Jom support social media local 😁 Untuk yang pakai android, boleh try download and post content-content menarik. Content berkaitan personal stories, accident, bencana alam, politik, entertainment , scandal pun boleh je post. Bukan tu je, korang boleh juga post article tentang pendapat korang berkenaan isu-isu tertentu. Contohnya, kalau ada isu politik yang nak dikongsi, bolehla post di vortecx. Jom download vortecx! Untuk download, boleh tekan link kt bawah ni atau download di Google Playstore.

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.vortecx.portal&hl=en_IE&gl=US

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Seorang lelaki dikhuatiri lemas semasa memukat berhampiran Sungai Besut di Kg Pinang pagi tadi. Operasi mencari dan menyelamat sedang giat dijalankan oleh pasukan penyelamat.

Info/Foto: Team Media Kota Putera

#terengganu Voice
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Laluan Tasik Kenyir - Aring 08 runtuh. Laluan ditutup untuk semua kenderaan.

Terengganu voice

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

HIBAH GERENTI LULUS
Zurich Takaful ada Hibah Takaful untuk yang dah ada penyakit atau obesiti etc, boleh cover hingga umur 80 tahun.

Rebate sebulan untuk pembayaran yang Bagus dan Rebate 2 bulan untuk bayaran Tahunan

SEMUA boleh apply untuk coverage dari RM 50,000 ~ RM 300,000 termasuk :
✅ Yang diuji dgn critical illness (kanser, strok, jantung, kidney, dialysis etc)
✅ Yang dah ada kecacatan fizikal/mental dan OKU
(Major Depression, Celebral Palsy etc)
✅ Yang penyakit berangkai (darah tinggi, kencing manis, gout etc)
✅ Yang badan obes BMI lebih 35 dan ke atas
✅ Yang sudah Total Disabled (TPD) or bed ridden
✅ Yang wujud keadaan sejak lahir (Autisme, ADHD, Sindrom Down etc)
✅ Yang ada HIV, AIDS atau pengunaan dadah
✅ Yang kerja bahaya (bomba, ambulan, polis etc)

Coverage Kemalangan .
Terus cover dan 200% coverge dari perlindungan Asas.

TEMPOH MENUNGGU hanya 2 tahun sahaja bagi yang mempunyai penyakit kritikal.

*OKU boleh ambil*
*Bukan Medical Card*

Mempunyai pilihan plan Hibah + Saving jika sudah sakit.

Sapa-sapa yang perlu atau kenal sapa-sapa yang sakit dan perlu HIBAH, better GRAB PELUANG ni...
At least ada SESUATU boleh kita bantu usahakan.

Norlia
www.wasap.my/601151517719/Alsham

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞

𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚

Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.

Masuk channel untuk trade bersama kami.

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Peniaga tambah cacing tanah kering dalam kuah laksa

SINGAPURA – Seorang peniaga menjual laksa berkuah cacing tanah yang telah dikeringkan di sebuah pusat beli-belah di Singapura, lapor laman berita Stomp semalam.

Menurut jurnal sains, cacing tanah telah lama menjadi makanan manusia kerana sifat perubatannya.

Cacing yang telah dikeringkan itu dikenali sebagai dilong dalam perubatan China tradisional.

Ads by Kiosked
Peniaga tersebut, Zac Choy, 54, memberitahu akhbar Shin Min Daily News bahawa ibunya selalu menambah dilong dalam kuah laksa.

“Ibu saya pernah menjual laksa di Melaka.

“Dia menyerahkan resipi itu kepada saya dan meminta saya menambah baik. Ketika proses itu, saya mencuba produk siap dan merasakan bahawa ia tidak cukup enak, seolah-olah ia kehilangan beberapa bahan utama.

“Atas cadangan ibu, saya menambah cacing tanah kering ke dalam kuah untuk menjadikannya lebih segar dan lazat.

“Saya secara beransur-ansur mempunyai pelanggan tetap dan memberitahu mereka perkara sebenar. Walaupun terkejut, mereka tidak terlalu peduli kerana menyukai rasa laksa itu,” kata Choy. – AGENSI

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Situasi di Arau berdekatan Petronas arau ke CMart, jalan dibuka satu lorong, pergerakan lalu lintas sangat perlahan. Berhati-hati semua. 🎥Whatsapp (28 Nov. 2024)

Perlis aktif
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KHIDMAT KHAS
PENYELAMATAN MANGSA BANJIR

𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 :
Tarikh : 27.11.2024 I RABU (1807)
Lokasi : Kampung Kota Aur, Sik
Kom. Operasi : PPgB Zulkhairi Mat Tanjil
Bil. Anggota : 16
Pasukan: B&C BBP SIK

𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 :
1 PPS dibuka (SK Kota Aur) menempatkan mangsa banjir yang terdiri daripada 7 keluarga 20 mangsa. Hujan dua hari tanpa henti dan taburan hujan yang tinggi serta limpahan air sungai Kota Aur menyebabkan penduduk terjejas mendapatkan bantuan orang awam, agensi berkepentingan (PDRM, Balai Bomba Dan Penyelamat Sik , APM Daerah SIK , RELA SIK, JKM SIK, KKM / PKD SIK serta sukarelawan setempat).

𝐏𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐨𝐦𝐛𝐚𝐚𝐧 :
Mana-mana penempatan berhampiran sungai dan kawasan berisiko adalah diingatkan agar sentiasa tingkatkan aspek keselamatan diri dan keluarga. Patuhi arahan agensi keselamatan untuk kepentingan nyawa. Simpan dokumen penting ditempat yang mudah dikesan/di capai sekiranya berhadapan kecemasan diluar jangka terutamanya ketika cuaca hujan dan berpotensi banjir. Hubungi talian 999 untuk sebarang penyelamatan memerlukan. Kami sedia membantu.

#CepatdanMesra
#SediaMenyelamat
#SiapSediaSetiapMasa
#BombaTonggakPenyelamatanNegara

𝗦𝗜𝗞 - 𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝗜𝗠𝗣𝗥𝗘𝗦𝗦𝗜𝗩𝗘 𝗞𝗡𝗢𝗪𝗟𝗘𝗗𝗚𝗘𝗔𝗕𝗟𝗘

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

Sumber ➡️ Bbp Sik

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Laporan trafik semasa (28/11/24 | 8.00am)

#kltu ELITE: Wazer Amirul melaporkan kemalangan di lorong kanan berhampiran persimpangan Bandar Saujana Putra arah Putra Heights, menambahkan kepada kesesakan biasa dari Putrajaya.

Sumber Astro Radio Traffic

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*Assalamualaikum dan Salam Sejahtera * :

*RESPON KE TEMPAT KEJADIAN OLEH PHG 617 BALAI BESERAH DI JALAN SEBERANG BALOK*

Tarikh : 27.11.2024
Masa : 1834hrs - 1850hrs
Lokasi : Jalan Seberang Balok.

Mangsa 1 lelaki Melayu mengalami kecederaan di sebahagian badan dan kaki.

Sumber ➡️ Polis beserah

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🧑‍🚒Bravo/BBP KAPIT
Jenis Insiden:
Khidmat khas Tanah susur

Tarikh: 27.11.2024(Rabu)
Terima panggilan:
- 08:50:00

Alamat kejadian:
-Lot 1037,Lrg.1,Taman Bian Hua,Kapit

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki maut, seorang lagi cedera kereta terbabas

BINTULU: Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan kendiri melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4WD) di Bulatan Selungun, Samalaju di sini malam tadi.

Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi (PGO) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.04 malam, sebelum sebuah jentera bersama empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Samalaju dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kenderaan tersebut terbabas sejauh 70 meter dari jalan raya, melibatkan dua mangsa lelaki.

“Seorang mangsa dikenali sebagai ditemukan tidak sedarkan diri dan tercampak keluar dari kenderaan.

“Mangsa terbabit seterusnya disahkan meninggal dunia oleh pasukan Kementerian Kesihatan (KKM),” menurut kenyataan itu.

Seorang lagi mangsa berusia 22 tahun dilaporkan mengalami kecederaan pada anggota badan tetapi berjaya keluar sendiri dari kenderaan.

Pasukan bomba bertindak mengangkat mangsa yang maut menggunakan pengusung sebelum menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Mangsa yang cedera pula dihantar ke hospital oleh pihak KKM untuk mendapatkan rawatan.

Sumber sarawak update

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝐋𝐀𝐏𝐎𝐑𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐀𝐍𝐓𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 / 𝐅𝐄𝐍𝐎𝐌𝐄𝐍𝐀 𝐀𝐈𝐑 𝐏𝐀𝐒𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐓𝐀𝐃𝐁𝐈𝐑𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐂𝐇𝐄𝐑𝐀𝐓𝐈𝐍𝐆, 𝐊𝐔𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐑𝐀𝐊𝐇𝐈𝐑 𝟐𝟒𝟎𝟎𝐇𝐑𝐒 𝟐𝟕 𝐍𝐎𝐕 𝟐𝟎𝟐𝟒 (𝐑𝐀𝐁𝐔)

Ekoran hujan yang berpanjangan dan berterusan, Balai Polis Cherating membuat pemantauan kawasan berisiko banjir yang diketuai oleh SM Ali Osman (KPB) bersama anggota Balai Polis Cherating.

Terdapat (5) buah Rumah di Kawasan Darat Bujuk, kg Sg Ular dinaiki air disebabkan faktor peningkatan air. Pihak Polis Balai Polis Cherating menasihati penduduk supaya bersiap sedia dan berjaga-jaga dengan peningkatan air bagi mengelakkan dari terkepung banjir.

Polis Kuantan juga berharap ibu mengambil serius pergerakan anak-anak supaya tidak bermain banjir bagi mengelak sesuatu kejadian yang tidak diingini seperti lemas, sengatan binatang berbisa dan kebocoran arus elektrik.

"𝙋𝙤𝙡𝙞𝙨 𝙙𝙖𝙣 𝙈𝙖𝙨𝙮𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩 𝘽𝙚𝙧𝙥𝙞𝙨𝙖𝙝 𝙏𝙞𝙖𝙙𝙖".

#BalaiPolisCherating
#IPDKuantan
#PolisKuantanSediaDemiKesejahteraanBandarayaKuantan

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

INFO TALIAN BENCANA BANJIR KELANTAN 2024.

Assalamulaikum.. Untuk rujukan semua sekiranya berlaku apa² kecemasan dan memerlukan bantuan semasa bencana (Banjir) boleh la hubungi nombor di bawah mengikut kawasan masing-masing:-

PUSAT KAWALAN OPERASI BENCANA (PKOB) NEGERI KELANTAN

1. PKOB Negeri SUK - 09- 7481180
2. PKOB Kota Bharu - 09-7481963 samb 331
3. PKOB Kuala Krai - 09-9666399
4. PKOB Gua musang - 09-912 1228
5. PKOB Jeli - 09-9440064
6. PKOB Tanah Merah - 09-9556963 / 7463
7. PKOB Pasir Mas - 097917717
8. PKOB Pasir Puteh -097863444
9. PKOB Machang - 09-9752963
10. PKOB Bachok - 09-7788963/ 314
11. PKOB Tumpat - 09- 7257963

Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) : 03-80642400
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA)

*PUSAT KAWALAN OPERASI DAERAH (PKOD) NEGERI KELANTAN*

1. PKON Kelantan - 09-7479798
2. PKOD Kota Bharu - 09-7474093
3. PKOD Kuala Krai - 09-9609573
4. PKOD Gua musang - 09-9120722
5. PKOD Jeli - 09-9440223
6. PKOD Tanah Merah -09-9502261
7. PKOD Pasir Mas - 09-7855233
8. PKOD Pasir Puteh - 09-7855233
9. PKOD Machang - 09-9750262
10. PKOD Bachok - 09-7787532
11. PKOD Tumpat - 09-7254218

*Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON) : 09-7479798*

*Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Kelantan (APM)*

Sekian, terima kasih.
#info@infosemasaofficial

Читать полностью…
Subscribe to a channel