TMJ JOKER VIRAL
LAST STOCK TINNGAL 😎
Dia Buat Hal Pula Beli 2 Ada Offer❓❓Weyh serious lah ni
🔥 Setiap 1 pembelian keatas ada dapat discount 😱 Rugi kalau tak beli.
Pastikan simpan atau screenshot gambar dan hantarkan ke
Nak Order PM @mirxrul
www.wasap.my/60183606671/TmjJoker
JOM SEMUA PAKAT JOIN👇
telegram.me/supergshock
NAK FEEDBACK ?
/channel/Feedbackbysupergshock
INFO BANJIR KELANTAN
30/11/2024. Keadaan Banjir di sekitar pekan Rantau Panjang pagi ini.
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞
𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚
Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.
Masuk channel untuk trade bersama kami.
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia
INFO BANJIR (E1 - LEBUHRAYA PLUS)
7.38am🔸: ⚠Susulan terdapat banjir di KM 32.1 - KM 33.2 antara laluan Jitra ke Hutan Kampung. Semua lorong arah Selatan masih ditutup. Manakala lorong kecemasan & lorong kiri arah Utara juga ditutup. Trafik arah Selatan dilencongkan ke Persimpangan Jitra (S). Trafik perlahan arah Utara.
Rancang perjalanan anda menggunakan Google Maps dan Waze jika berada di lokasi yang terlibat.
#infosemasa
@infosemasaofficial
*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ &
Salam Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra
Komander Operasi : PBK I KUP Samsudin Bin Saman
Jenis Kecemasan: Khidmat Khas Ular
Lokasi : Apartment Selayang Jaya
Pasukan : A
Tarikh : 29/11/2024
Hari : Jumaat
Masa : 22:04:00 PM
#infosemasa
@infosemasaofficial
Tanah runtuh, Jalan Gua Musang-Jeli ditutup
Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my
Gua Musang: Jalan Gua Musang-Jeli di Kilometer 35 ditutup kepada semua kenderaan bermula 10 malam tadi, susulan tanah runtuh.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, penutupan itu kerana dibimbangi akan berlaku pergerakan air bawah tanah.
Katanya, ia juga untuk membolehkan Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan pemantauan dan penilaian sehingga notis lanjut.
"Buat sementara ini, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Jelawang-Sungai Sam untuk ke Gua Musang," katanya ketika dihubungi.
Berdasarkan laporan, beliau berkata, pergerakan tanah di kawasan itu mula dikesan pada 10 pagi namun tiada laluan yang ditutup daripada kenderaan.
Katanya, pemantauan susulan bagaimanapun mendapati keadaan berisiko dan tindakan diambil dengan meletakkan papan tanda amaran dan penghadang.
"Panjang kawasan yang terlibat adalah 15 meter dan pemantauan berterusan dilakukan oleh anggota penyelamat dan JKR," katanya.
Disiarkan pada: November 30, 2024 @ 12:28am
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Saat tentera rejim Zionis mengebom Menara Nazareth di kem baru di Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
Sumber: Shehab News
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
Lelaki terbabit kemalangan langgar kereta ditahan polis
NOOR AINON MOHAMEDNOOR AINON MOHAMED
29 November 2024 08:56pm
TAPAH - Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan ekoran video kejadian itu tular di laman sosial X pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, laporan kejadian itu diterima daripada seorang wanita berusia 23 tahun membabitkan kemalangan di Taman Sungkai Perdana dekat Sungkai, Isnin lalu.
Menurut beliau, insiden pada jam 1.28 petang itu melibatkan kereta jenis Perodua Axia dipandu wanita terbabit dan Perodua Aruz milik lelaki berusia 47 tahun.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pengadu memandu dari rumahnya menuju ke sebuah kedai untuk membeli makanan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu lelaki terbabit tiba-tiba masuk ke laluannya dan melanggar bahagian hadapan kereta mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Mohd Naim berkata, akibat kemalangan itu, kedua-dua pemandu tidak mengalami kecederaan, hanya berlaku kerosakan pada kenderaan.
"Siasatan mendapati lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), bagaimanapun tindakan lanjut dijalankan berjaya mengesan serta membuat tangkapan terhadap lelaki tersebut.
"Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Sarjan Sadri Omar di talian 016-9266800 bagi membantu siasatan.
#Sinar Harian
#infosemasa
*TAWARAN PINJAMAN KWSP*
-Anda berumur 53/54/55/59/60tahun.
-Dah tak bekerja atau masih bekerja
-Mempunyai simpanan dalam akaun *KWSP* anda.
-Ade masalah dengan 𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 pastu ade sangkut 𝑨𝑲𝑷𝑲 dialukan.
-Menetap die Semenanjung Malaysia.
*TAHNIAH ANDA YG KAMI CARI*
Untuk mohon *pinjaman kwsp*
Yang berkonsepkan *pinjam hari ini bayar masa umur 55@60 tahun nanti* 😍
*Jangan Risau*
Bukan cagar KWSP anda ya!
💯 Selamat.
*Bayaran tanggungjawab sendiri*
Bagaimana untuk mohon anda hanya perlu klick link dibawah
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
✨SEMAKKAN UNTUK KAKITANGAN KERAJAAN DAN SWASTA✨
.
Anda menghadapi masalah dengan CTOS, AKPK, BLACKLIST, KOMITMENT TINGGI atau tidak dapat membuat pinjaman secara terus dari bank? Jangan risau, saya sedia membantu anda!
.
Debt Consolidation (Penyatuan Hutang) Dan dapatkan Extra Cash in Hand,
✅ Kurangkan komitmen bulanan
✅ Interest 2.88%
✅ Kadar faedah yang rendah
✅ Tiada bayaran pendahuluan
✅ Kadar kelulusan pinjaman yang tinggi
✅ Perbaiki Payslip 60%
✅ Tutup semua loan yang ada
✅ Semakan kelayakkan percuma
📞 Hubungi saya hari ini untuk perundingan percuma!
https://wa.link/m340di
https://wa.link/m340di
https://wa.link/m340di
https://wa.link/m340di
Syazwan Mes
016-8228162
Alhamdulillah 🤲 Idea Menjadi, Rumah Pokwe Berjaya Terapung Lagi Dalam Banjir
Pernah terapung tatkala banjir melanda kampungnya sebelum ini, rumah A Bakar Che Ahmad yang lebih dikenali sebagai Pokwe terapung lagi buat kali ketiga.
Menerusi video yang dimuat naik oleh anaknya di media sosial, Pokwe kelihatan sedang berehat bersama pasangannya di beranda rumah.
"Alhamdulillah tahun ni masih terapung lagi. Semoga mak dan ayah sihat walafiat selalu dan dimurahkan rezeki," coret Zalie di laman TikTok miliknya.
Fenomena ini turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih, Mohd Hafiz Adam.
"Rumah terapung Pokwe Viral Batu 16, Kampung Tebak, Kemaman alhamdulillah terapung dengan jayanya. Apapun, berpindahlah ke tempat yang mudah untuk bantuan sampai," nasihat Hafiz menerusi muat naik di laman Facebook miliknya.
Terdahulu, Bernama pernah melaporkan tindakan yang diambil Pokwe bagi mengatasi masalah banjir di Kampung Terbak Batu 16 membuahkan hasil. Dengan menggunakan 69 tong plastik dan 54 keping papan fascia, rumah miliknya berjaya diapungkan.
Siap dibina pada 16 September 2022, rumah tersebut terinspirasi daripada reban ayam terapung yang dibina Pokwe pada 2019. Menurut Pokwe, rumah tersebut dibina bersama tujuh anak dan menantunya.
"Rumah ini mengambil masa dalam tiga bulan lebih (untuk dibina)... rumah ini mempunyai lima bilik tidur dan dua bilik air, manakala ia juga boleh menampung seberat 15 tan metrik," ujar Pokwe.
Menjengah ke ruangan komen, rata rata warga maya kagum dengan kebijaksanaan Pokwe mengatasi masalah banjir. Malah, ada juga yang tertanya tanya bagaimana rumah terapung tersebut tidak hanyut dibawa arus.
"Sediakan payung sebelum hujan, inilah hasilnya," puji warga maya.
"Hebat orang lama. Semoga tiang sokongan berdiri teguh dan semoga air tidak deras," ucap seorang lagi.
"Pak cik ni paling bijak dalam menyelesaikan masalah rumah beliau," ujar seorang warga maya lagi.
Menurut anaknya, jumlah pelampung yang digunakan sudah bertambah berbanding ketika rumah ini dibina.
"Dulu 69 (tong) tapi dah jadi sembilan puluh lebih gitu lah," maklum anaknya kepada netizen
BERNAMA
Kredit Pemilik Pemilik Foto
#infosemasa
@infosemasaofficial
Faktor cuaca, kecuaian pemandu punca kemalangan treler Tentera Darat
KUALA LUMPUR: Faktor cuaca dan kecuaian pemandu dikenal pasti antara punca utama kemalangan membabitkan kenderaan pengangkut kereta perisai (KPKP) yang terbabas di Kilometer (KM) 35.3 Lebuhraya Karak, di sini, pada 7 November lalu.
Panglima Tentera Darat, Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, berkata dapatan itu dirumuskan berdasarkan laporan lembaga siasatan yang baru dilengkapkan baru-baru ini.
Beliau berkata, siasatan juga mendapati tiada sebarang unsur sabotaj atau cubaan khianat dikesan dalam insiden berkenaan.
"Siasatan baru saja diselesaikan lembaga siasatan bagi kes kemalangan itu dan dapatan siasatan mendapati faktor cuaca menyebabkan jalan licin.
"Dengan momentum (kelajuan) dan berat kenderaan itu yang membawa muatan dua kereta perisai, ia juga menjadi sebahagian faktor berlakunya kemalangan.
"Bagaimanapun, ada juga unsur kecuaian disebabkan kelajuan yang melebihi had sepatutnya dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.
Yang turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Datuk Seri Muhammad Huzaimi Sabri.
Kenderaan KPKP daripada 4 Kompeni Angkut Kor Perkhidmatan Diraja (4 KPD Mek) bersama muatan dua kenderaan jenis A (KJA) ADNAN terbabit dalam kemalangan jalan raya di KM 35.2 dari arah Terowong Genting Sempah menuju ke Tol Gombak.
Kejadian pada jam 4.45 petang berlaku ketika kenderaan milik pasukan Batalion Ketujuh Rejimen Renjer Diraja (7 RRD Mek) menuruni bukit kawasan berkenaan.
Ekoran kemalangan itu, kerosakan kenderaan KPKP dianggarkan bernilai RM182,000.
Muhammad Hafizuddeain berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil ke atas individu yang didapati cuai sehingga mengakibatkan kemalangan berkenaan.
"Setiap pergerakan konvoi Tentera Darat Malaysia (TDM) perlu mematuhi SOP yang digariskan bagi mengelak perkara tidak diingini.
"Ia bagi mengelak kejadian kemalangan membabitkan orang awam dan aset ketenteraan bernilai tinggi," katanya.
Beliau berkata, tiada kerosakan ke atas dua kereta perisai dibawa kenderaan KPKP.
"Kita baru terima laporan akhir dan penilaian terhadap tindakan seterusnya akan dilakukan. Pihak yang bertanggungjawab akan diberi pengadilan sewajarnya ekoran kemalangan ini," katanya.
Oleh Safeek Affendy Razali
November 29, 2024 @ 3:35pm
safeek@bh.com.my
Artikel ➡️ Berita Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾
Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej terlajak murah mampu milik😇
👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌
‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️
Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’
Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos
Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7
Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix
Lelaki maut kemalangan dalam perjalanan ke surau
BESUT - Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas dalam kejadian di Kampung Gong Kepas Dalam di sini pada pagi Jumaat.
Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintenden Md Sani Md Saleh berkata, ketika kejadian mangsa, Mohd Syafiq Mohd Nasir @ Mazlan, 36, dalam perjalanan menuju ke Surau Alor Jernih dekat sini sekitar jam 6.15 pagi.
Menurutnya, motosikal jenis Yamaha Ego LC ditunggang mangsa dipercayai telah hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh ke dalam longkang.
"Pihak polis menerima panggilan berhubung kejadian jam 8.40 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian.
"Siasatan awal mendapati motosikal dinaiki mangsa secara tiba-tiba hilang kawalan dan telah terbabas ke tepi jalan sehingga menyebabkan mangsa terjatuh ke dalam longkang yang dipenuhi air," katanya di sini pada Selasa.
Beliau berkata, mayat mangsa dijumpai kira-kira jam 7. 50 pagi oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut.
"Mangsa telah disahkan meninggal dunia dan mayatnya dibawa ke Hospital Besut untuk siasatan lanjut.
"Kes ini disiasat di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
29 November 2024, 1:13pm
#Sinar Harian
#infosemasa
@imgosemasaofficial
Penunggang maut motosikal terbabas
NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
30 November 2024 10:26am
KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang terbabas di Jalan Kuantan-Sungai Lembing di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa Nicholas Lai Wei Bin, 23, beralamat dari Kolong Pahat Sungai Lembing disahkan meninggal dunia jam 3.30 petang ketika menerima rawatan di sebuah hospital di sini pada hari yang sama.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan kira-kira jam 2.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Ninja EX250Y itu dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Lembing menghala ke Kuantan.
"Ketika tiba di lokasi, mangsa yang bekerja sendiri dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke bahu jalan.
"Kejadian berlaku di laluan lurus ketika cuaca hujan lebat," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, mangsa yang parah dihantar menerima rawatan ke sebuah hospital di sini sebelum disahkan meninggal dunia sejam selepas kemalangan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
#Sinar Harian
#infosemasa
Laluan lebuh raya Jitra ke Hutan Kampung dinaiki air, tutup untuk kenderaan
Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
30 November 2024, 9:50 am
JITRA – Banjir yang melanda negeri ini mengakibatkan beberapa laluan menuju ke daerah ini dari Alor Setar mengalami kesesakan teruk dengan beberapa laluan terpaksa ditutup.
Antara laluan yang ditutup termasuk dari
Kilometer (KM) 32.1 hingga KM 33.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan antara laluan Jitra ke Hutan Kampung.
Tinjauan mendapati air memenuhi laluan menuju ke selatan manakala laluan arah utara masih boleh dilalui setakat pukul 8.30 pagi tadi, namun mengalami kesesakan akibat kenderaan bergerak perlahan.
Keadaan di laluan alternatif yang sering menjadi pilihan penduduk setempat iaitu Pekan Kepala Batas menuju ke Jitra juga sesak memandangkan hanya satu daripada dua lorong menuju ke selatan boleh digunakan.
Laluan lain yang menjadi pilihan penduduk Jitra menuju ke Alor Setar adalah melalui Sungai Korok ke Alor Janggus, namun difahamkan kesesakan teruk turut berlaku di Kuala Sungai. – KOSMO! ONLINE
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Banjir di seluruh negara kian memburuk, dengan bilangan mangsa di sembilan negeri kini mencecah 119,525 orang membabitkan 35,984 keluarga setakat jam 6 pagi, hari ini.
Kesemua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 696 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.
Menerusi maklumat Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daripada jumlah keseluruhan itu, majoriti mangsa dicatatkan di Kelantan dengan 80,140 orang daripada 24,791 keluarga yang ditempatkan di 278 PPS di 10 daerah.
#infosemasa
@infosemasaofficial
Perkembangan banjir di seluruh negara setakat jam 8 pagi.
#BuletinTV3 #Banjir #PantaiTimur #Bah #Bencana
*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ &
Salam Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra
Komander Operasi : PBK I KUP Samsudin Bin Saman
Jenis Kecemasan: Khidmat Khas Ular
Lokasi : Kampung Tengah Taman Harmonis
Pasukan : A
Tarikh : 30/11/2024
Hari : Sabtu
Masa : 00:00:00 AM
#infosemasa
@infosemasaofficial
Assalamualaikum para sahabat seluruh negara. Mangsa Banjir di Pantai Timur terutama Kelantan dan Trengganu amat memerlukan bantuan barangan keperluan asas seperti berikut:
1.Air Mineral
2.Beras
3.gandum
4.minyak masak
5.mee hoon
6.sardin
7.biskut
8.maggi
9.gula
10.susu
11.susu baby
12.pampers
13.tuala wanita
14.telekung
15.kain pelikat
16.sejadah
Sekiranya ada kemampuan tuan/puan untuk menyumbang barangan berkenaan, boleh hubungi team NGO Ukhwatan spt di bawah :
Ust Sakeri (Sg. Buloh dan sekitar) : +60192905000
Puan Azza (Ampang dan sekitar) : +60 11-1055 1304
Abe Ariff (KL dan sekitar) :+60136067666
Sekiranya tuan/puan ingin menyumbang dalam bentuk kewangan, Sila salurkan sumbangan anda ke akaun spt dibawah: 1101824437 (BANK RAKYAT) PERTUBUHAN UKHWAH DAN KEBAJIKAN ANAK KELANTAN PERANTAUAN / 12289010024589 (BANK ISLAM) UKHWATAN KELANTAN RESEARCH.
InsyaAllah esok team Ukhwatan akan bergerak ke kawasan terlibat dan membawa 2 buah bot bersama untuk operasi bantuan awal.
Semoga urusan tuan/puan yang menyumbang dan memanjangkan mesej ini dippermudahkan Allah swt.
#infosemasa
@infosemasaofficial
Serangan udara rejim Zionis memusnahkan menara Al-Nasira, utara kem Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
Sumber: Shehab News
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
JENIS INSIDEN : KEMALANGAN JALANRAYA
Tarikh : 29/11/2024
Hari : JUMAAT
Masa : 1050
Tempat : SG. API-API
Kredit ➡️ BBP NENASI
#infosemasa
@infosemasaofficial
Anggota bomba dengan bantuan penduduk menyelamatkan seorang warga emas dan keluarganya yang terperangkap dalam banjir di Taman Rantau Mas, Rantau Panjang, Kelantan petang tadi.
Mangsa dibawa dengan pelampung dalam keadaan hujan lebat termasuk meredah arus deras di lokasi perumahan berkenaan.
Video: KIRIMAN ORANG AWAM
#Kosmo Online.
#infosemasa
@infosemasaofficial
#PDPASARATOK
#OPERASI
#KJR
• RESPON KES KEMALANGAN JALAN RAYA (KJR)🚨
KES🚨 : KEMALANGAN JALAN RAYA(KJR)
TARIKH🗓️ : 29 NOVEMBER 2024
HARI🪧 : JUMAAT
LOKASI📍 : SIMPANG,SARATOK
BILIK GERAKAN APM SARATOK MENERIMA 01x PANGGILAN KECEMASAN DARIPADA ORANG AWAM MENGENAI KES KJR ( KEMALANGAN JALAN RAYA )SAMPAI DI LOKASI .04x ANGGOTA MENDAPATI BENAR BERLAKU KEMALANGAN MELIBATKAN SEBUAH KERETA JENIS PERODUA VIVA.04x ANGGOTA MENDAPATI 01x MANGSA LELAKI BERUMUR DALAM LINGKUNGAN 20 AN MENGALAMI CEDERA RINGAN DI BAHAGIAN TANGAN.TINDAKAN APM SARATOK ADALAH MEMBUAT RAWATAN AWAL KE ATAS MANGSA DENGAN MEMBERSIHKAN LUKA DI TANGAN KANAN DAN KIRI TANGAN MANGSA.04X ANGGOTA BALIK KE PKOD DENGAN KEADAAN SELAMAT.
"WIRA BIRU"
"SENTIASA BERSAMA PERTAHANAN AWAM"
"APM SELAMANYA"
☎️
Hubungi APM Saratok jika anda menghadapi sebarang kecemasan ditalian📞
(01131413012@083-436094) atau talian kecemasan 999
Unit Perhubungan Awam Dan Dokumentasi Apm Saratok 🔸🔹
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Sarawak
Mohtar Samat
Nur Athirah
Harith Irfan Qaseh Amanda
Apm Betong
#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2024
#TaatSetia
#infosemasa
Wanita maut kereta terlibat kemalangan di Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu
TATAU: Seorang wanita maut setelah kereta yang dipandunya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dalam kemalangan kendiri yang berlaku di kawasan Sungai Kemena Lebuhraya Pan Borneo Sibu-Bintulu petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau Jankey Jikat berkata, mangsa yang dikenali sebagai Nur Arina Sarkawi berumur 36 tahun disahkan maut di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi.
"Sepasukan anggota dari BBP Tatau bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan sekitar jam 4.04 petang," ujarnya.
Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang membabitkan sebuah kereta yang mana terdapat seorang mangsa berada pada bahagian kerusi duduk pemandu.
Pasukan bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa dari kereta sebelum diserahkan kepada Unit Ambulans KKM.
"Setelah disahkan meninggal dunia, mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut," jelas Jankey.
Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba menamatkan operasi sebelum bertolak balik ke balai pada jam 6.04 petang.
Oleh Ambrose Rirang
Artikel ➡️ Utusan Borneo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
Assalamualaikum dan Salam JBPM Berprestasi Tinggi, cepat dan mesra
Tarikh : 29 November 2024 (Jumaat)
Kes/Aktiviti : Kemalangan Jalan Raya
Masa : 1629 petang
Alamat : Jalan Beringgis, Papar
Pasukan : C.
Kemalangan Jalanraya melibatkan kenderaan Toyota RAV4 dan Van. Seorang mangsa lelaki berumur 77thn cedera parah di bahagian kepala dan Pemandu dan penumpang van tiada kecederaan.
Kredit ➡️ BBP PAPAR
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki terbabit kemalangan langgar kereta ditahan polis
TAPAH - Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan ekoran video kejadian itu tular di laman sosial X pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, laporan kejadian itu diterima daripada seorang wanita berusia 23 tahun membabitkan kemalangan di Taman Sungkai Perdana dekat Sungkai, Isnin lalu.
Menurut beliau, insiden pada jam 1.28 petang itu melibatkan kereta jenis Perodua Axia dipandu wanita terbabit dan Perodua Aruz milik lelaki berusia 47 tahun.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pengadu memandu dari rumahnya menuju ke sebuah kedai untuk membeli makanan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu lelaki terbabit tiba-tiba masuk ke laluannya dan melanggar bahagian hadapan kereta mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Mohd Naim berkata, akibat kemalangan itu, kedua-dua pemandu tidak mengalami kecederaan, hanya berlaku kerosakan pada kenderaan.
"Siasatan mendapati lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), bagaimanapun tindakan lanjut dijalankan berjaya mengesan serta membuat tangkapan terhadap lelaki tersebut.
"Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Sarjan Sadri Omar di talian 016-9266800 bagi membantu siasatan.
NOOR AINON MOHAMED
29 November 2024 08:56pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kuala Lumpur
Dekat bulatan bank rakyat
Rider tertindih palang besi yg dirempuh Lori bonded .
#infosemasa