infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

130828

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

7 lelaki warga asing ditahan bantu siasatan kes bunuh

Shah Alam: Seramai tujuh lelaki warga asing ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki di Telok Panglima Garang, Kuala Langat, dekat sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Langat Deputi Superintendan Mohd Sufian Amin berkata, polis menerima laporan berhubung kes terbabit daripada seorang wanita kira-kira 7.20 malam tadi.

Katanya, wanita itu melaporkan ternampak lelaki warga asing terbaring di tepi jalan di kawasan itu dipercayai cedera ditikam.

"Kemudian, kira-kira 8 malam, polis tiba di tempat kejadian dan pihak Hospital Banting mengesahkan kematian mangsa.

Disyorkan
"Siasatan awal mendapati lelaki warga asing yang berusia 34 tahun itu ditikam dengan satu tikaman di bahagian rusuk sebelah kiri," katanya dalam kenyataannya, hari ini.

Mohd Sufian berkata, hasil semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran, dipercayai seorang lelaki bergelut dengan mangsa sebelum melarikan diri.

"Kira-kira 9 malam tadi, polis menahan tujuh lelaki warga asing yang berusia lingkungan 30 hingga 49 tahun.

"Kesemua tangkapan ditahan reman selama enam hari sehingga 25 November depan bagi tujuan siasatan lanjut," katanya yang turut memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat diminta tampil ke balai polis berdekatan atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di 03-31872222.

Disiarkan pada: November 20, 2024 @ 9:17pm
Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‘Roadtax’ lesen fizikal kembali tahun depan, ada bayaran tambahan – MOT

Oleh KOSMO!
20 November 2024, 6:24 pm

KUALA LUMPUR – Kementerian Pengangkutan (MOT) akan menawarkan pilihan kepada orang ramai sekiranya mereka ingin mendapatkan cukai jalan dan lesen memandu secara fizikal seperti sebelum ini.

Menterinya, Anthony Loke berkata, tawaran tersebut akan dilaksanakan bermula tahun depan menerusi satu inisiatif baharu, namun ia akan melibatkan satu kadar bayaran.

Ini kerana kata beliau, ada segelintir pihak mahukan cukai jalan dan lesen memandu dikeluarkan secara fizikal biarpun Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melaksanakan pendigitalan.

“Masih ada lagi rungutan orang ramai bahawa mereka ingin melihat atau mencetak lesen atau cukai jalan. Memang kita akan tambah baik.

“Awal tahun depan kita akan umumkan satu inisiatif kepada mana-mana pihak atau orang ramai yang ingin mencetak lesen mereka secara fizikal mereka. Mungkin kena bayar pencetakan itu,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) yang bertanyakan keberkesanan pendigitalan memberikan penjimatan apabila kurangnya pencetakan.

Dalam pada itu, Loke memberitahu aplikasi Mobile MyJPJ sudah dimuat turun 13.7 juta pengguna sejak dilancarkan tahun lalu.

“Dari segi transaksi orang yang memperbaharui cukai jalan atau lesen mereka pula mencecah lebih 1 juta transaksi manakala jumlah kutipan MyJPJ ini pula setakat 31 Oktober pula mencatat hampir RM121 juta,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki jatuh ke Sungai Perak ditemukan lemas
Bernama
20/11/2024 17:00 MYT

IPOH: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke Sungai Perak berhampiran Jambatan Sultan Yusuf, Batu 5, di Teluk Intan, ditemukan lemas hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata mayat Ng Weng Lum, 48, ditemukan kira-kira 9.30 pagi.

"Pencarian dilakukan sekitar radius 12 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang sejak semalam.

Pasukan mencari dan menyelamat menjumpai mayat mangsa di kawasan Kampung Tapak Semenang kira-kira 4.5 kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang, hasil maklumat daripada nelayan di lokasi," katanya.

Beliau berkata operasi pencarian tamat pada 10.15 pagi dan mayat Ng dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA

Artikel ➡️ Astro Awani

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

info tak lengkap
🤔🤔🤔

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Seorang maut, 5 cedera dalam kemalangan lori kontena dan kereta
20 November 2024, 7:37pm

MUAR: Seorang mangsa maut dan lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah lori kontena dengan sebuah kereta dekat Bukit Gambir, dekat sini.

Nahas dipercayai berlaku kira-kira jam 3 petang tadi di laluan lebuh raya antara Bukit Gambir ke Pagoh.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Menerusi visual yang tular di media sosial, mangsa termasuk beberapa kanak-kanak cedera di lokasi kejadian.

Kejadian dipercayai berpunca daripada sebuah treler yang terbabas hingga menyebabkan kemalangan kereta terbabit.

Nahas menyebabkan kesesakan akibat laluan tengah lebuh raya terhalang treler.

Artikel ➡️ Buletin Tv3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Bantal hotel 5 bintang tapi harga marhaen..memang sedap tido pakai bantal ni..min cuba berbaloi sangat !! 😍😍👇👇

https://s.shopee.com.my/8fBFPe5UI0

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🔥SEPASANG RM50.00🔥

✅Siap Kotak
✅Siap Freegift
✅Copy Gred 5A
✅Boleh Bayar Time Cod

Join Group Telegram Saya👇

/channel/KasutRM60JB

NAK TENGOK FEEDBACK ? 👇

/channel/+shisrKwAQwNkZDNl

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua 🙌🏻😆

Bosan tak tahu nak tengok movie free kat mana? Meh join channel akak banyak movie free 🫣

Tak perlu bayar apa apa pum 🤭 ada lebih daripada 50K SUBS ❗️

PERCUMA | PERCUMA | PERCUMA

ADA LEBIH DARI 500 MOVIE PERCUMA

Boleh tekan link disini 👇🏻

📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1
📍 /channel/+134iPZqThLk5NDU1

Meh follow channel backup akak 😆🔥

📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1
📍 /channel/+V6rGPpe5TZg4YjU1

✅ Hanya perlu request join sahaja, okay?
✅ Admin akan approve dalam masa satu minit sahaja
✅ Tengoklah movie sampai lebam

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Inna Lillahi Wa Inna Ilayhi Raji'un

Kemalangan Maut Di Jalan Mersing - Kluang (Kahang) Melibatkan Sebuah Kereta Dan Sebuah Lori. Dalam Kemalangan Ini Pemandu Seorang Lelaki Berasal Dari Felda Ulu Penggeli Meninggal Dunia.

#InfoKluang
#KHi

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*‼️ORANG HILANG (Perak) ‼️*

Assalamualaikum w.b.t pada semua rakan seperjuangan/// dan Salam Sejahtera warga FB
Mohon bantuan orang ramai untuk mengesan, seorang lelaki dikenali sebagai :

Nama : Muhammad Nuraiman Arshad Bin Zainol
Umur : 22 tahun
Alamat: Jalan Klinik Kuala Bagan Tiang 34250 Tanjung Piandang, Perak
Lokasi terakhir : Kampar, Perak

NURAIMAN telah hilang sejak 15/11/2024 lalu dengan menaiki sebuah kereta waja warna hitam NO pendaftaran Tidak pasti. Untuk pengetahuan, NURAIMAN telah di matikan Handphone, oleh itu sukar untuk kami menghubungi atau mengesannya.

Report polis telah dibuat di Balai Polis SPG LIMA namun masih belum ada khabar berita yang positif.

Gambar yang tertera adalah wajah terkini NURAIMAN. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh hubungi :

Abot (Sepupu): 011-24142324

Atau pun bolehlah hubungi mana2 balai polis yang berhampiran.

Mintak sahabat2 semua share2 dan semoga dipermudahkan segala urusan kita semua 🤲

Terima Kasih

#OrangHilang #LelakiHilang #Kampar #Perak
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Bengang bunyi bising ekzos motosikal punca lelaki gaduh guna pisau

NIK AMIRULMUMIN NIK MINNIK AMIRULMUMIN NIK MIN
20 November 2024 01:14pm

BENTONG - Polis menahan seorang lelaki susulan kejadian pergaduhan di sebuah premis membaiki motosikal di Pekan Karak di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berusia 52 tahun ditahan di rumahnya di Karak pada Selasa.

Menurutnya, susulan penahanan lelaki itu, polis turut merampas sebilah pisau yang disyaki digunakan dalam pergaduhan itu.

"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian jam 10.01 malam daripada pekerja premis bengkel itu.

"Siasatan mendapati, pergaduhan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek yang terganggu dengan bunyi bising ekzos motosikal ditunggang pengadu.

"Susulan itu, tercetus pertengkaran antara dua lelaki itu sebelum berlaku pergelutan," katanya.

Zaiham berkata, suspek dipercayai cuba menyerang pengadu menggunakan sebilah pisau.

"Bagaimanapun pergelutan berjaya dileraikan orang awam yang berada di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, suspek ditahan reman reman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

"Semakan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan negatif dadah.

Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan selesai," katanya.

Zaiham berkata, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian memandangkan kes masih dalam siasatan.

Terdahulu, video kejadian berdurasi tiga minit 28 saat tular selepas ia dimuat naik dan dikongsikan di laman sosial.

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pemandu BMW didakwa kes budak maut motosikal dirempuh dari belakang

Suraya Roslan
surayaroslan@mediaprima.com.my
November 19, 2024 @ 3:11pm

Pemandu BMW didakwa kes budak maut motosikal dirempuh dari belakang
Kuhan dihadapkan ke mahkamah, hari ini, atas pertuduhan memandu BMW dengan laju sehingga menyebabkan kematian Nur Naura Nathifa. - Foto ihsan polis
KUALA LUMPUR: Pemandu kereta mewah jenis BMW yang didakwa berkait rakaman video tular menunjukkan sebuah motosikal dirempuh dari belakang sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun pada Jumaat lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, P Kuhan Raj, 31, yang juga peniaga kedai telefon bimbit bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Haneefa Ariffin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta BMW dengan laju sehingga menyebabkan kematian pembonceng motosikal, Nur Naura Nathifa Mohd El-Khuwailid, 7, di Lebuh Raya Bukit Jalil ke Puchong, sekitar jam 9.50 malam 15 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara antara lima tahun hingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Salsabila Mohammad, menawarkan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin tetapi peguam, Inderpal Singh yang mewakili tertuduh, memohon kadar jaminan minimum kerana anak guamnya adalah penanggung tunggal keluarga.

"Tertuduh menanggung isteri yang juga suri rumah, dua anak masing-masing berusia dua dan empat tahun, serta ibu bapanya yang uzur," kata peguam itu.

Selepas mendengar hujah kedua-dua pihak, Haneefa kemudian membenarkan ikat jamin sebanyak RM12,000, selain mengarahkan lesen memandu tertuduh digantung serta-merta hingga kes selesai.

Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 21 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, media melaporkan seorang pembonceng kanak-kanak berusia tujuh tahun maut apabila motosikal yang ditunggang bersama ibu bapanya dirempuh dari belakang.

Susulan itu, mangsa tiga beranak warga tempatan berkenaan dikejarkan ke hospital oleh orang awam, namun anak mereka disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

#beritaharian
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

#OPERASI

LENSA SEKITAR OPERASI MEMINDAHKAN MANGSA BANJIR DI KEMAMAN

Operasi memindahkan penduduk sekitar di Perumahan Rumah Murah Teluk Kalong ke pusat pemindahan sementara di DITC dan sekolah Teluk Kalong. Operasi turut disertai oleh Tuan PPAD dan Timbalan PPAD Kemaman.

Terus bersama APM.

Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
APM Negeri Terengganu
Zul Khairi Shamsuddin
Mohd Hafiz

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2024
#WeAreGanu

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Junaida ditemukan selamat di Kuantan - Polis

Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

Shah Alam: Polis Shah Alam mengesahkan Junaida Abdul Rahim, 42, yang sebelum ini dilaporkan hilang di sini, sejak 15 November lalu, ditemukan selamat di Kuantan, Pahang.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan penemuan mangsa sebentar tadi.

"Ya betul (sudah ditemukan).. lewat malam tadi. Ahli keluarga maklum dia (Junaida) berada di Kuantan.

"Hari ini dia (Junaida) akan balik ke Shah Alam untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat untuk diambil keterangan," katanya kepada media hari ini.

Pada masa sama, tular satu mesej di WhatsApp dalam Bahasa Inggeris, antaranya memaklumkan Junaida selamat ditemukan dan merakamkan penghargaan di atas keprihatinan semua terhadap kes kehilangan itu.

"Terima kasih kerana menghubungi dan menyatakan kebimbangan anda. Kami berasa lega dia selamat.

"Kami tidak boleh berkongsi butiran lanjut kerana menghormatinya semua pihak.

"Kami amat menghargai keprihatinan, doa dan sokongan anda pada masa ini. Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan," menurut mesej itu.

Terdahulu, media melaporkan, Mohd Iqbal mengesahkan Junaida yang keluar rumah ke tempat kerja sejak Jumaat lalu, tidak pulang ke rumah dan tidak dapat dihubungi.

Katanya, selain kakak kepada mangsa, polis juga menerima laporan dari rakan sekerja dan rakan serumah berhubung kehilangannya.

Siasatan awal mendapati wanita itu keluar dari rumah sewanya di di Seksyen 17 di sini, pada 11 pagi, 15 November lalu.

Dia keluar bekerja menaiki Mitshubisi Triton. Bagaimanapun, kenderaan itu ditemukan di Jalan Ampang berhampiran Neu Suite Condominium.

Disiarkan pada: November 20, 2024 @ 8:50am

#harianmetro
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

5 shelving bothless rack (30set) sold 10 set - balance tinggal 20 set
brand NEW
jual lelong RM100 per set tak termasuk postage. pick up bukit kemuning, shah alam.
barang hot. siapa cepat dia dapat 🔥🔥🔥🔥

colour besi - beige
board - brown kayu
tingkat/tier - 5 tingkat
size : 1200W x 458D x 2400H

harga market di shopee RM115-RM120 (tidak termasuk postage)

wasaap HQ 0126800682
wa.me/60126800682

sementara masih ada

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾

Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej  terlajak murah mampu milik😇

👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌

‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️

Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’

Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos

Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7

Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

NAK SUAMI HADIAHKAN EMAS? TAG SUAMI!!

Untung kan bila ada emas?

Beli harga RM13,000. Kalau jual sekarang, nilainya dah hampir RM38,000.

Tak perlu buat apa apa, cuma peram sahaja tiba tiba untung RM25,000!

Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.

Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..

RM100 pun da boleh beli emas.

Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :

📌 Simpanan emas patuh syariah.

📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.

📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.

📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.

Mudah kan?

Sekarang, tak kisah kerja apa, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!

Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa

Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/

Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

NETFLIX PREMIUM ACCOUNT MURAH ❤‍🔥

SHARING : 1 PROFILE 2 USER 🔽
1 month - rm 10
2 month - rm 18
3 month - rm 25
5 month - rm 50

✅ full warranty
✅ UltraHD 4K
✅ login 1 device only
✅ support all device

feedback @netflixmurahabby
feedback @netflixmurahabby

purchase netflix dengan harga murah sekarang! 🫶🏻
https://wa.me/60182242808?text=NAKBELINETFLIX

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁

Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!

Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅

100% selamat dan mudah! 💯

Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗

Password? Tak perlu! 🔒

Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀

👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com

#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN

Luruan monsun yang membawa hujan lebat berterusan sedang berlaku di timur Semenanjung dijangka berlanjutan sehingga hujung November 2024. Analisis terhadap ramalan cuaca terkini menunjukkan kekuatan luruan monsun diramal meningkat pada *27 November hingga 1 Disember 2024*. Keadaan ini berpotensi menyebabkan hujan sangat lebat dan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan.

MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan (Buruk & Waspada) yang melibatkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor berkuat kuasa sehingga 23 November 2024. Manakala di timur Sabah berkuat kuasa pada 23 hingga 25 November 2024.

Pada masa yang sama, Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora telah dikemas kini bagi perairan Laut China Selatan dan Laut Sulu berkuat kuasa sehingga 26 November 2024.

Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)
Masa dikeluarkan: 4:00 petang
Tarikh: 20 November 2024

#ramalancuacasignifikan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI

Sumber➡️Met Malaysia

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

ye x ye juga ye

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🥰🥰selesa cantik corak juga adik da try
https://s.shopee.com.my/6fQDoLLNfM

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

#kemalanganjalanraya
3.15 petang Kemalangan di km 148 lebuhraya utara selatan arah selatan bukit gambir ke pagoh. Laluan tengah dan kanan terhalang trafik perlahsn di lokasi kejadian.

20 November 2024

Sumber.
Astro radio traffic

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

hi :-

harga new for netflix 1 month only 🤎

1 MONTH : RM22 SAHAJA

✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
✅ SRS BUYER ONLY

berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremium

feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl
channel : /channel/netflixeyqashopp

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‎*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
‎*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ &

Salam Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra.

BBP SELAYANG

PENYELIA:PBK II 13101 SHAHRUL NIZAM BIN RAMLEE

Kecemasan : KHIDMAT KHAS ULAR

Alamat : DOLOMITE BUSINESS PARK

Tarikh :20/11/2024
Hari :RABU
Masa :10:43:00 Pagi

Sumber➡️Bbp Bandar Selayang Baru

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Bengang bunyi bising ekzos motosikal punca lelaki gaduh guna pisau
NIK AMIRULMUMIN NIK MINNIK AMIRULMUMIN NIK MIN
20 November 2024 01:14pm

BENTONG - Polis menahan seorang lelaki susulan kejadian pergaduhan di sebuah premis membaiki motosikal di Pekan Karak di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, suspek berusia 52 tahun ditahan di rumahnya di Karak pada Selasa.

Menurutnya, susulan penahanan lelaki itu, polis turut merampas sebilah pisau yang disyaki digunakan dalam pergaduhan itu.

"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian jam 10.01 malam daripada pekerja premis bengkel itu.

"Siasatan mendapati, pergaduhan dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati suspek yang terganggu dengan bunyi bising ekzos motosikal ditunggang pengadu.

"Susulan itu, tercetus pertengkaran antara dua lelaki itu sebelum berlaku pergelutan," katanya.

Zaiham berkata, suspek dipercayai cuba menyerang pengadu menggunakan sebilah pisau.

"Bagaimanapun pergelutan berjaya dileraikan orang awam yang berada di tempat kejadian," katanya.

Menurutnya, suspek ditahan reman reman sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.

"Semakan mendapati suspek tidak memiliki rekod jenayah lampau dan negatif dadah.

Kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan selesai," katanya.

Zaiham berkata, orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian memandangkan kes masih dalam siasatan.

Terdahulu, video kejadian berdurasi tiga minit 28 saat tular selepas ia dimuat naik dan dikongsikan di laman sosial.

Artikel➡️sinar harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Permintaan terakhir Naura...

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
November 19, 2024 @ 5:41pm

KUALA LUMPUR: "Hanya Allah SWT tahu bagaimana perasaan saya ketika itu... tergamam kerana ia berlaku sekelip mata sedangkan kami sempat bergurau senda dan makan bersama sebelum itu.

"Kejadian itu memberi kesan besar terhadap diri saya dan isteri sebab kehilangan anak tunggal kami... satu-satunya permata yang kami sayang dan cintai tetapi kini semua itu hanya tinggal kenangan."

Demikian perasaan hiba dikongsikan Mohd El-Khuwailid Rahim, 38, bapa kepada Nur Naura Nathifa, 7, yang maut selepas mengalami kecederaan parah apabila motosikal dibonceng kanak-kanak itu dirempuh dari belakang di Lebuh Raya Bukit Jalil, di sini, Jumaat lalu.

Dalam kemalangan sekitar jam 9.50 malam, motosikal ditunggang Mohd El-Khuwailid bersama isteri dan anaknya sebagai pembonceng itu dilanggar sebuah kereta mewah jenis BMW sebagaimana paparan rakaman video kamera papan pemuka yang tular.

Menceritakan lanjut, Mohd El-Khuwailid berkata, permintaan Nur Naura Nathifa untuk bergambar pada malam kejadian sebelum insiden berlaku, rupa-rupanya adalah petanda anak akan pergi selama-lamanya.

Beliau memaklumkan sebelum ini, Nur Naura Nathifa seorang yang tidak gemar bergambar, malah perlu dipujuk untuk tujuan berkenaan, namun tidak disangka hasrat pada Jumaat lalu adalah permintaan terakhir anaknya itu.

Katanya, kemalangan itu berlaku ketika beliau bersama isteri, Hidayatul Izzah Ghazali, 38, dan Nur Naura Nathifa sedang dalam perjalanan pulang ke rumah selepas makan di sebuah pusat beli-belah berdekatan.

Mohd El-Khuwailid yang bekerja sebagai kerani bank berkata, kejadian berlaku sekelip mata yang mana sebaik saja dilanggar, motosikalnya terbabas ke sebelah kiri jalan menyebabkan mereka tiga beranak terjatuh.

"Selepas terjatuh, saya tidak fikirkan keadaan diri, sebaliknya segera mendapatkan anak dan isteri. Saya terus memangku anak yang sudah tidak bermaya ketika itu," katanya.

Beliau berkata, kehilangan Nur Naura Nathifa amat dirasai dengan menyifatkan anaknya itu sebagai seorang yang ceria, mendengar kata dan menjadi pengubat duka serta penghibur hati mereka, malah arwah juga sangat disenangi di sekolah.

Terdahulu, media melaporkan pemandu kereta mewah jenis BMW yang didakwa berkait rakaman video tular menunjukkan sebuah motosikal dirempuh dari belakang sehingga menyebabkan kematian Nur Naura Nathifa pada Jumaat lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Tertuduh, P Kuhan Raj, 31, yang juga peniaga kedai telefon bimbit bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret Haneefa Ariffin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memandu kereta BMW dengan laju sehingga menyebabkan kematian mangsa di Lebuh Raya Bukit Jalil ke Puchong, sekitar jam 9.50 malam 15 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 dan penjara antara lima tahun hingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.

#beritaharian
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Betulkah Vivix atau ResV berkesan untuk merawat cyst atau fibroid ?

Mulanya memang tidak percaya tapi ramai pula yang share testimoni diorang, asbab ambil vivix atau resv cyst dan fibroid jadi kecut.

Macam mana vivix dan resv beri kesan ?

Kedua-dua ialah king of supplement dari Shaklee yang sangat tinggi antioksidan.

Minuman dan softgel yang kaya dengan kandungan polifenol dan resvasterol mampu untuk merencatkan sel abnormal dalam badan.

Malah, vivix atau resv bukan sahaja boleh bantu rawat cyst dan fibroid tau, banyak lagi masalah lain yang boleh vivix atau resv bantu seperti:

- bersalin luka czer , bantu menyokong kesihatan dometrium ( sel dinding rahim ) , memberi tenaga kepada si ibu waktu berpantang
- ⁠meningkatkan fungsi mikotondria yang boleh meningkatkan kualiti sel sperma & ovum
- ⁠masalah kencing manis, bacaan gula tinggi dalam darah, diabetes
- ⁠bantu kuatkan otot mak ayah kita yang sudah tua

Untuk testimoni dan info lanjut boleh pm ya 🤗

https://wa.link/9lm3o7

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Murid tahun lima lemas dalam parit

BAGAN SERAI – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun ditemui lemas di dalam parit di sebuah ladang di Kampung Jalan Baharu, Matang Jelutong di sini kira-kira pukul 5.30 petang hari ini.

Kanak-kanak itu, Ahmad Khalif Shahrizal, 11, yang merupakan murid tahun lima di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau dikatakan bersama tiga orang rakan sebaya telah pergi ke belakang rumahnya untuk melihat jentera pengorek melakukan kerja-kerja membuat parit ladang di sana.

Pemandu jentera, Mohamad Fahmi Sohaime, 34, berkata, seramai empat kanak-kanak lelaki termasuk mangsa telah ke lokasi tempat kerjanya dan mereka meminta izin untuk melihat dia mengorek parit.

“Mangsa dan rakannya teringin untuk menaiki jentera pengorek dan disebabkan kasihan, saya memberi keizinan kepada mereka.

“Semasa itu mereka berada di seberang parit iaitu bertentangan dengan jentera, lalu mangsa dan rakan-rakan berjalan ke arah belakang jentera untuk mendekati saya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, selepas melihat kesemua kanak-kanak itu menuju ke belakang jentera, dia terus melakukan kerja-kerja mengorek parit sehinggalah rakan sekerjanya memaklumkan mangsa telah lemas di dalam parit.

Sementara itu, rakan Ahmad Khalif, Muhammad Nur Fattah Alim Azhar, 10, berkata, semasa berjalan menuju ke arah jentera, mangsa mengajak mereka untuk terjun ke dalam parit.

“Semasa berada di dalam air, saya melihat tangan mangsa terkapai-kapai di tengah parit menyebabkan saya dan rakan-rakan menjerit meminta tolong kepada salah seorang pemandu jentera dan mereka cuba mencari mangsa namun gagal,” katanya.

Seorang penduduk dikenali sebagai Amin, 34, berkata, ayah mangsa bergegas ke lokasi bersama penduduk kampung untuk melakukan pencarian sebelum menemui mangsa di dasar parit sekitar pukul 5.30 petang. – KOSMO! ONLINE

Oleh WAT KAMAL ABAS
19 November 2024, 9:16 pm

Kredit ➡️ Kosmo

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Subscribe to a channel