hi :-
harga new for netflix 1 month only 🤎
1 MONTH : RM25 SAHAJA
✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
✅ SRS BUYER ONLY
berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremium
feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl
channel : /channel/netflixeyqashopp
🚨 Traffic Alert: Lorry Overturns at Telang Usan Roundabout! 🚛🧱
This morning, a lorry carrying bricks overturned at the Telang Usan Roundabout in Miri. The spilled bricks caused a traffic jam in the area.
If you're driving nearby, please be careful and use a different route if possible. Stay safe, everyone!
📌 Seen the incident? Let us know in the comments!
#trafficalert #lorryaccident #miri #kuchingking #thedailynewszone
𝐓𝐡𝐞 𝐃𝐚𝐢𝐥𝐲 𝐍𝐞𝐰𝐬 𝐙𝐨𝐧𝐞 𝐚𝐭 𝐋𝐢𝐟𝐞 𝐨𝐟 𝐑𝐨𝐧𝐲 𝐰𝐢𝐭𝐡 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐄𝐱𝐩𝐥𝐨𝐫𝐞𝐫 𝐅𝐫𝐨𝐦 𝐊𝐮𝐜𝐡𝐢𝐧𝐠 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤.
Utusan Sarawak ❤️🙏
#infosemasa
#DIKEMASKINI
Dek sikap 'selfish' pemandu lori langgar had tinggi, ‘rider’ sengsara dihempap palang besi di Bulatan Parlimen
Oleh NABIL AIMAN NOR AZWAN
Sabtu, 30 Nov 20249:15 AM MYT
SEORANG penunggang motosikal menjadi mangsa keadaan kemalangan selepas sebuah lori melanggar papan tanda di Bulatan Parlimen, Kuala Lumpur pada Jumaat (29 November).
Ketika kejadian pemandu lori itu telah menggunakan jalan had ketinggian yang dibenarkan sebelum melanggar papan tanda tersebut.
Disebabkan pelanggaran tersebut papan tanda had ketinggian itu telah jatuh dan menghimpap seorang pengguna motosikal yang secara kebetulan menggunakan jalan bertentangan.
Menerusi video yang dikongsikan orang ramai yang berada di tempat kejadian, pihak bomba telah datang untuk memberikan bantuan kepada penunggang motosikal itu.
Penunggang motosikal itu juga dipercayai mengalami kecederaan serius iaitu tulang patah pada bahagian tangan dan kaki apabila orang awam yang berada di kawasan kejadian menyatakan perkara tersebut.
Berdasarkan beberapa video dikongsikan orang ramai di media sosial, pihak bomba juga dilihat sukar untuk mengangkat palang besi yang telah menghimpap mangsa kejadian.
Pihak bomba juga turut dibantu oleh orang awam yang berada di tempat kejadian selepas mangsa dipercayai telah lama menunggu bantuan daripada pihak berwajib.
Berdasarkan rakaman audio dari video yang berada dalam media sosial, pemandu lori itu dipercayai melarikan diri selepas melanggar papan tanda had ketinggian itu.
Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak berwajib berhubung insiden tersebut yang berlaku di Bulatan Parlimen, Kuala Lumpur. — Majoriti
#majoriti
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝗠𝗨𝗦𝗜𝗠 𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 𝗧𝗘𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗕𝗔: 𝗝𝗔𝗚𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗜, 𝗨𝗧𝗔𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧𝗔𝗡
Banjir dah mula melanda di kebanyakan tempat di seluruh Malaysia. Jangan ambil ringan, utamakan keselamatan diri dan keluarga!
✅ Simpan dokumen penting di tempat yang selamat.
✅ Bersedia untuk pindah jika perlu – bawa keperluan asas dan ubat-ubatan.
✅ Sentiasa peka dengan amaran pihak berkuasa dan elakkan berada di kawasan berbahaya.
Kami barisan admin INFO SEMASA mendoakan agar anda dan keluarga sentiasa dilindungi dan dipermudahkan urusan sepanjang musim banjir ini. Semoga kita semua tabah menghadapi ujian ini dan kekal selamat.
Ingat, keselamatan adalah keutamaan kita semua.
#MusimBanjir #JagaDiri #KitaJagaKita
Banjir: Pangkalan TUDM Alor Setar turut dinaiki air
Oleh M Hifzuddin Ikhsan
November 30, 2024 @ 12:35pm
hifzuddin@bh.com.my
ALOR SETAR: Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini, dilaporkan dinaiki air antara 0.8 meter hingga satu meter susulan kejadian banjir yang melanda negeri ini sejak kelmarin.
Banjir turut menyebabkan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) ditutup sepenuhnya serta semua penerbangan masuk dan keluar dibatalkan sejak semalam.
Tinjauan sekitar Pangkalan TUDM yang turut menempatkan Kolej Tentera Udara (KTU) di Kepala Batas itu mendapati kawasan terbabit tidak dapat dimasuki kenderaan ringan.
Turut dilaporkan terjejas adalah kawasan hangar menempatkan pesawat latihan Pilatus PC-7, apabila air turut memenuhi kawasan sekitar dan landasan pangkalan.
Difahamkan, banjir turut menyebabkan beberapa bangunan bawah kendalian TUDM dinaiki air, namun keadaan masih terkawal setakat pagi ini.
Dimaklumkan, anggota TUDM yang bertugas hari ini, telah dikerah memindahkan peralatan dan kelengkapan milik pasukan ke kawasan selamat berikutan amaran cuaca hujan berterusan ketika ini.
Bagaimanapun, operasi Pangkalan TUDM Alor Setar masih berjalan seperti biasa dengan semua anggota masih bertugas mengikut jadual ditetapkan.
#BeritaHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial
30.11.2024
Pemindahan mangsa banjir Di Kg Hutang Nangka ke PPS SK Lubuk Kawah Pahang.
5 Keluarga
5 Lelaki Dewasa
8 Perempuan dewasa
6 Kanak2 lelaki
1 Kanak2 perempuan
#jbpm
#infosemasa
Kemalangan maut.dpn.BHP. adda height johor bahru..Hati2 sahabat...Simpang yg kerap kemalangan
#infosemasa
Penunggang maut motosikal terbabas
NIK AMIRULMUMIN NIK MIN
30 November 2024 10:26am
KUANTAN - Seorang lelaki maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang ditunggang terbabas di Jalan Kuantan-Sungai Lembing di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa Nicholas Lai Wei Bin, 23, beralamat dari Kolong Pahat Sungai Lembing disahkan meninggal dunia jam 3.30 petang ketika menerima rawatan di sebuah hospital di sini pada hari yang sama.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kemalangan kira-kira jam 2.30 petang itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Ninja EX250Y itu dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Lembing menghala ke Kuantan.
"Ketika tiba di lokasi, mangsa yang bekerja sendiri dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas ke bahu jalan.
"Kejadian berlaku di laluan lurus ketika cuaca hujan lebat," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, mangsa yang parah dihantar menerima rawatan ke sebuah hospital di sini sebelum disahkan meninggal dunia sejam selepas kemalangan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
#Sinar Harian
#infosemasa
Laluan lebuh raya Jitra ke Hutan Kampung dinaiki air, tutup untuk kenderaan
Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
30 November 2024, 9:50 am
JITRA – Banjir yang melanda negeri ini mengakibatkan beberapa laluan menuju ke daerah ini dari Alor Setar mengalami kesesakan teruk dengan beberapa laluan terpaksa ditutup.
Antara laluan yang ditutup termasuk dari
Kilometer (KM) 32.1 hingga KM 33.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan antara laluan Jitra ke Hutan Kampung.
Tinjauan mendapati air memenuhi laluan menuju ke selatan manakala laluan arah utara masih boleh dilalui setakat pukul 8.30 pagi tadi, namun mengalami kesesakan akibat kenderaan bergerak perlahan.
Keadaan di laluan alternatif yang sering menjadi pilihan penduduk setempat iaitu Pekan Kepala Batas menuju ke Jitra juga sesak memandangkan hanya satu daripada dua lorong menuju ke selatan boleh digunakan.
Laluan lain yang menjadi pilihan penduduk Jitra menuju ke Alor Setar adalah melalui Sungai Korok ke Alor Janggus, namun difahamkan kesesakan teruk turut berlaku di Kuala Sungai. – KOSMO! ONLINE
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Banjir di seluruh negara kian memburuk, dengan bilangan mangsa di sembilan negeri kini mencecah 119,525 orang membabitkan 35,984 keluarga setakat jam 6 pagi, hari ini.
Kesemua mangsa banjir itu kini ditempatkan di 696 pusat pemindahan sementara (PPS) di seluruh negara.
Menerusi maklumat Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), daripada jumlah keseluruhan itu, majoriti mangsa dicatatkan di Kelantan dengan 80,140 orang daripada 24,791 keluarga yang ditempatkan di 278 PPS di 10 daerah.
#infosemasa
@infosemasaofficial
Perkembangan banjir di seluruh negara setakat jam 8 pagi.
#BuletinTV3 #Banjir #PantaiTimur #Bah #Bencana
*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ &
Salam Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra
Komander Operasi : PBK I KUP Samsudin Bin Saman
Jenis Kecemasan: Khidmat Khas Ular
Lokasi : Kampung Tengah Taman Harmonis
Pasukan : A
Tarikh : 30/11/2024
Hari : Sabtu
Masa : 00:00:00 AM
#infosemasa
@infosemasaofficial
Assalamualaikum para sahabat seluruh negara. Mangsa Banjir di Pantai Timur terutama Kelantan dan Trengganu amat memerlukan bantuan barangan keperluan asas seperti berikut:
1.Air Mineral
2.Beras
3.gandum
4.minyak masak
5.mee hoon
6.sardin
7.biskut
8.maggi
9.gula
10.susu
11.susu baby
12.pampers
13.tuala wanita
14.telekung
15.kain pelikat
16.sejadah
Sekiranya ada kemampuan tuan/puan untuk menyumbang barangan berkenaan, boleh hubungi team NGO Ukhwatan spt di bawah :
Ust Sakeri (Sg. Buloh dan sekitar) : +60192905000
Puan Azza (Ampang dan sekitar) : +60 11-1055 1304
Abe Ariff (KL dan sekitar) :+60136067666
Sekiranya tuan/puan ingin menyumbang dalam bentuk kewangan, Sila salurkan sumbangan anda ke akaun spt dibawah: 1101824437 (BANK RAKYAT) PERTUBUHAN UKHWAH DAN KEBAJIKAN ANAK KELANTAN PERANTAUAN / 12289010024589 (BANK ISLAM) UKHWATAN KELANTAN RESEARCH.
InsyaAllah esok team Ukhwatan akan bergerak ke kawasan terlibat dan membawa 2 buah bot bersama untuk operasi bantuan awal.
Semoga urusan tuan/puan yang menyumbang dan memanjangkan mesej ini dippermudahkan Allah swt.
#infosemasa
@infosemasaofficial
Serangan udara rejim Zionis memusnahkan menara Al-Nasira, utara kem Al-Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
Sumber: Shehab News
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
JENIS INSIDEN : KEMALANGAN JALANRAYA
Tarikh : 29/11/2024
Hari : JUMAAT
Masa : 1050
Tempat : SG. API-API
Kredit ➡️ BBP NENASI
#infosemasa
@infosemasaofficial
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan (buruk) di Kelantan dan Terengganu sehingga esok
#infosemasa
Patah tangan kanan dihempap palang tumbang
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Penunggang motosikal patah tangan kanan selepas dihempap palang berhampiran Bulatan Dato Onn, Bank Negara, Jalan Hang Tuah, di sini, Rabu lalu.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam 11:22 malam melalui MerS999, seterusnya menghantar jentera ke tempat kejadian.
Komander Operasi, Kamalzul AnuarZulkifli, berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah dikejarkan ke lokasi kejadian.
Menurutnya, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian, terdapat kemalangan membabitkan sebuah motosikal yang dihempap palang akibat dilanggar oleh sebuah lori.
Anggota berjaya mengeluarkan mangsa seorang lelaki yang tersepit dan menyerahkan pada pihak ambulans," katanya dalam kenyataan hari ini.
Disiarkan pada: November 30, 2024 @ 3:23pm
#harianMetro
#infosemasa
🔥ADIDAS BLACKFRIDAY SALE🔥
Personalshopper Adidas here!! Free Shipping & Nak installment pun boleh😉
📍 view catalog - /channel/pssueshoppers
📍 instagram - https://www.instagram.com/ps_surayahussin?igsh=c2RkMjEwZ2dmcjlh
ORIGINAL ADIDAS OKAY!🔥
MAKLUMAN PENUTUPAN LALUAN BAS.MY KANGAR ( LALUAN MELIBATKAN NEGERI KEDAH )
Assalamualaikum Tuan Pengarah,
Di maklumkan terdapat dua (02) laluan BAS.my Kangar terpaksa di tutup akibat dari banjir yang berlaku di laluan yang melalui Jitra Kedah. Dua laluan tersebut adalah :-
1. T14 Kangar - Alor Setar via Jitra dan sebaliknya
2. T15 Alor Setar - UUM Sintok via Jitra dan sebaliknya
Untuk makluman tuan, penutupan ini adalah bersifat sementara dan pihak kami terpaksa memutuskan untuk tidak beroperasi atas sebab faktor keselamatan pemandu, penumpang dan aset MARA khususnya.
Pihak kami akan terus memantau situasi semasa dan memaklumkan kepada tuan mengenai perkembangan terkini serta pembukaan semula laluan ini.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut boleh hubungi saya di talian 0173941223.
Sekian, terima kasih.
Mohd Saad Bin Shafie
Pengurus Operasi
Ekspress Zon Utara & BASmy Kangar
MARA Liner Sdn Bhd
4 kenderaan hanyut akibat pembentung pecah
30 November 2024, 12:39pm
TUMPAT: Empat kenderaan termasuk sebuah motosikal hanyut selepas pembentung (culvert) pecah akibat arus deras di kawasan pintu air Kampung Jubakar Pantai, pagi tadi.
Bagaimanapun dua daripadanya sempat diselamatkan kerana terlekat di pokok manakala sebuah lagi kereta dipercayai jenis Perodua Myvi dan motosikal hanyut ke laut.
Menurut saksi yang juga pembantu kedai makan, Amirul Idham Saiful Zaid, 19, kejadian berlaku kira-kira jam 5.45 pagi tadi dan ketika itu dia berada di premisnya bekerja yang terletak berhampiran lokasi.
“Pada mulanya sebatang tiang elektrik tumbang dan tiba-tiba bunyi merekah dari jalan akibat terjahan arus sungai yang deras dari sungai.
“Apabila jalan pecah, arus sungai terus melimpah dan menghanyutkan empat kenderaan yang diparkir di tepi jalan namun dua daripadanya terlekat di celah pokok manakala dua lagi hanyut ke laut,” katanya.
Amirul Idham berkata, kenderaan yang diparkir di tepi jalan kawasan itu adalah milik penduduk sekitar yang kawasan mereka dinaiki air.
Menurutnya lagi, salah seorang pemilik kereta yang sempat diselamatkan mendakwa ingin tidur dalam keretanya malam tadi namun mujur tidak meneruskan hasrat terbabit.
“Arus sungai akibat hujan termasuk limpahan banjir dari Rantau Panjang dan Pasir Mas terlalu kuat menyebabkan terjahan di pembentung di sini.
“Nasib baik pembentung itu pecah, kerana air mengalir terus ke laut. Kalau tidak, habis kawasan sekitar ditenggelami air,” katanya.
Setakat ini, seramai 13,880 mangsa berlindung di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah ini.
#buletinTv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
SELANGOR 30/11/2024.
Kemalangan melibatkan motosikal dan lori dekat Westport, Klang semalam.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
TMJ JOKER VIRAL
LAST STOCK TINNGAL 😎
Dia Buat Hal Pula Beli 2 Ada Offer❓❓Weyh serious lah ni
🔥 Setiap 1 pembelian keatas ada dapat discount 😱 Rugi kalau tak beli.
Pastikan simpan atau screenshot gambar dan hantarkan ke
Nak Order PM @mirxrul
www.wasap.my/60183606671/TmjJoker
JOM SEMUA PAKAT JOIN👇
telegram.me/supergshock
NAK FEEDBACK ?
/channel/Feedbackbysupergshock
INFO BANJIR KELANTAN
30/11/2024. Keadaan Banjir di sekitar pekan Rantau Panjang pagi ini.
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞
𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚
Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.
Masuk channel untuk trade bersama kami.
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia
INFO BANJIR (E1 - LEBUHRAYA PLUS)
7.38am🔸: ⚠Susulan terdapat banjir di KM 32.1 - KM 33.2 antara laluan Jitra ke Hutan Kampung. Semua lorong arah Selatan masih ditutup. Manakala lorong kecemasan & lorong kiri arah Utara juga ditutup. Trafik arah Selatan dilencongkan ke Persimpangan Jitra (S). Trafik perlahan arah Utara.
Rancang perjalanan anda menggunakan Google Maps dan Waze jika berada di lokasi yang terlibat.
#infosemasa
@infosemasaofficial
*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ &
Salam Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra
Komander Operasi : PBK I KUP Samsudin Bin Saman
Jenis Kecemasan: Khidmat Khas Ular
Lokasi : Apartment Selayang Jaya
Pasukan : A
Tarikh : 29/11/2024
Hari : Jumaat
Masa : 22:04:00 PM
#infosemasa
@infosemasaofficial
Tanah runtuh, Jalan Gua Musang-Jeli ditutup
Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my
Gua Musang: Jalan Gua Musang-Jeli di Kilometer 35 ditutup kepada semua kenderaan bermula 10 malam tadi, susulan tanah runtuh.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, penutupan itu kerana dibimbangi akan berlaku pergerakan air bawah tanah.
Katanya, ia juga untuk membolehkan Jabatan Kerja Raya (JKR) melakukan pemantauan dan penilaian sehingga notis lanjut.
"Buat sementara ini, pengguna boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Jelawang-Sungai Sam untuk ke Gua Musang," katanya ketika dihubungi.
Berdasarkan laporan, beliau berkata, pergerakan tanah di kawasan itu mula dikesan pada 10 pagi namun tiada laluan yang ditutup daripada kenderaan.
Katanya, pemantauan susulan bagaimanapun mendapati keadaan berisiko dan tindakan diambil dengan meletakkan papan tanda amaran dan penghadang.
"Panjang kawasan yang terlibat adalah 15 meter dan pemantauan berterusan dilakukan oleh anggota penyelamat dan JKR," katanya.
Disiarkan pada: November 30, 2024 @ 12:28am
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Saat tentera rejim Zionis mengebom Menara Nazareth di kem baru di Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza.
Sumber: Shehab News
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
Lelaki terbabit kemalangan langgar kereta ditahan polis
NOOR AINON MOHAMEDNOOR AINON MOHAMED
29 November 2024 08:56pm
TAPAH - Polis menahan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan ekoran video kejadian itu tular di laman sosial X pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Mohd Naim Asnawi berkata, laporan kejadian itu diterima daripada seorang wanita berusia 23 tahun membabitkan kemalangan di Taman Sungkai Perdana dekat Sungkai, Isnin lalu.
Menurut beliau, insiden pada jam 1.28 petang itu melibatkan kereta jenis Perodua Axia dipandu wanita terbabit dan Perodua Aruz milik lelaki berusia 47 tahun.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa pengadu memandu dari rumahnya menuju ke sebuah kedai untuk membeli makanan.
"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan dipandu lelaki terbabit tiba-tiba masuk ke laluannya dan melanggar bahagian hadapan kereta mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
Mohd Naim berkata, akibat kemalangan itu, kedua-dua pemandu tidak mengalami kecederaan, hanya berlaku kerosakan pada kenderaan.
"Siasatan mendapati lokasi kejadian tidak mempunyai kamera litar tertutup (CCTV), bagaimanapun tindakan lanjut dijalankan berjaya mengesan serta membuat tangkapan terhadap lelaki tersebut.
"Punca kemalangan masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil dengan menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tapah, Sarjan Sadri Omar di talian 016-9266800 bagi membantu siasatan.
#Sinar Harian
#infosemasa