KEBAKARAN RUMAH BANTUAN BBP BANDAR TENGGARA
SALAM JABATAN BOMBA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA
*LAPORAN KOMANDER OPERASI*
*Nama Operasi* KEBAKARAN RUMAH.(BANTUAN BBP BANDAR TENGGARA).
*Tarikh:* 1/12/2024
*Masa:* 01:03:31
*Balai Tindakan:* BBP KOTA TINGGI (BANTUAN).
*Alamat:* JALAN BUNGA MAWAR FELDA BUKIT RAMUN JOHOR
*Komander Operasi:* PBK I KUP MOHD RAFI BIN MOHD NOR.
*Keanggotaan:-*
JBPM
i. BBP Kota Tinggi: 7 ORG
Logistik :-
JBPM:-
FRT J1-50 BMK 1015
EMRS J2-06 BMT 1034
*Maklumat Kejadian:*
SETIBANYA PASUKAN KELUARAN OPERASI DI TEMPAT KEJADIAN BENAR BERLAKU KEBAKARAN RUMAH (BANTUAN BBP BANDAR TENGGARA). KEBAKARAN L/K 60% BERKELUASAN 30KAKI X 30KAKI PERSEGI
*TINDAKAN OPERASI*
KETUA OPERASI MENGARAHKAN PKO MEMBANTU KERJA KERJA PEMADAMAN 2 ALIRAN HOS 200 KAKI 3 NOZEL HINGGA SELESAI.SETELAH DIPASTIKAN API BENAR2 PADAM KEADAAN SELAMAT PKO LAPOR OPERASI TAMAT DAN BALIK KE BALAI.
SEKIAN TERIMA KASIH.
#infosemasa
SMARTWATCH 2024 ✅🔥
😎Harga Free Postage mana nak dapat seller macam ni kan 😭
✅BOLEH CONNECT BLUETOOTH
♻️Korang yang suka Hiking dan keje Outdoor Memang sesuai jam ni Tahan Lasak 👍🏻
🔰 Anything Order PM @mirxrul
www.wasap.my/60183606671/NakOrder
JOM PAKAT RAMAI JOIN 👇
telegram.me/supergshock
Banjir di Alor Setar: 4 laluan ditutup, 2 ditutup separa
Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bh.com.my
December 1, 2024 @ 9:06am
ALOR SETAR: Empat laluan ditutup sepenuhnya dan dua lagi laluan ditutup separa, di daerah ini, berikutan banjir di bandar raya itu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, laluan itu membabitkan Jalan Lengkuas /Kampung Derang / Batu 11 Jalan Pokok Sena yang ditutup dari Kilometer (KM) 9.80 ke 11.50 kerana dinaiki air.
Berikutan itu, laluan alternatif adalah Jalan Langgar/ Sungai Mati/Bukit Pinang - Kepala Batas dan Hutan Kampung ke Langgar.
Beliau berkata, Jalan Gunung Keriang iaitu jalan berhampiran tapak projek terusan banjir juga tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.
"Berikutan itu, jalan alternatif adalah Jalan Sungai Baru - dari Kubang Pasu melalui Jalan Sungai Baru - Kuala Sungai dan Jalan Suka Menanti," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu, Siti Nor Salawati berkata, Jalan Bukit Pinang - Lengkuas juga ditutup dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja, dan pengguna boleh menggunakan laluan Jalan Pinang Jaya - Telaga Mas.
"Terowong Bukit Pinang juga ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan dan orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif lain iaitu Jalan Kepala Batas -Bukit Tinggi - Bukit Pinang," katanya.
Beliau berkata, bagi penutupan separa pula membabitkan Jalan Kepala Batas - Hutan Kampung yang boleh dilalui kenderaan berat.
"Orang ramai boleh menggunakan laluan Lebuhraya Tol Alor Setar utara ke susur keluar Bukit Pinang.
"Selain itu, Lebuhraya Darul Aman dari arah Alor Setar (hadapan futsal) hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja dan orang ramai boleh menggunakan lorong sebelah menghala ke Alor Setar," katanya.
#beritaharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
SIARAN MEDIA : KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN DUA KENDERAAN DI SIMPANG JALAN ADDA 4, ADDA HEIGHT, JOHOR BAHRU
Sumber ➡️ IPD JOHOR BAHRU SELATAN
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞
𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚
Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.
Masuk channel untuk trade bersama kami.
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia
Kejadian berlaku di lampu isyarat hadapan Great Eastern Mall, Ampang menghala ke M City Condo.
Tiada info lanjut
#infosemasa
@infosemasaofficial
Rakaman Cctv
Kejadian jenayah samun dikawasan perumahan Pasir Penambang, Kuala Selangor.
Sumber: Lucky Wong Xin Yen
#infosemasa
@infosemasaofficial
INFO KEMALANGAN (E8 - LEBUHRAYA KUALA LUMPUR -KARAK)
8.15am🔸KLK@E8: ⚠Terdapat kemalangan di KM 43.3 arah Timur dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi. Lorong kecemasan terhalang. Trafik terkawal.
Awasi sebarang halangan dihadapan. Berhati-hati memandu !
Kredit ➡️ LLM
#infosemasa
@infosemasaofficial
Remaja 14 tahun tikam ibu, bunuh ayah dan nenek
JAKARTA - Indonesia digemparkan dengan berita pembunuhan tragis oleh seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ke atas ahli keluarganya pada Sabtu.
Kejadian berlaku di rumah mereka yang terletak di Jalan Lebak Bulus 1, Cilandak, Jakarta Selatan kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.
Menurut saksi, Tomi, dia melihat suspek dalam keadaan berlumuran darah ketika mahu melarikan diri selepas insiden tersebut.
"Tugas saya adalah sebagai pengawal keselamatan jadi apabila saya melihat suspek cuba melarikan diri dengan menuju ke jalan raya besar, lantas saya mengejar dan menahan dia.
"Kemudian saya terus bawa dia ke pejabat keselamatan, sebelum polis tiba untuk membawanya ke balai," katanya kepada wartawan pada Sabtu.
Jelasnya, semasa dia menahan remaja itu, suspek tidak melawan malah menyifatkan dia sebagai seorang yang 'baik' kerana mengenali suspek sebelum ini.
Sementara itu media melaporkan suspek MAS,14, membunuh ayahnya APW,40, dan nenek RM,69, selain menikam ibunya menggunakan senjata sebilah pisau.
Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian sementara ibu suspek kini kritikal dan sedang mendapatkan rawatan susulan di hospital.
Dalam pada itu, Polis Metro Jakarta Selatan mengesahkan kejadian itu selain sedang menyelidik kes berkenaan.
"Motif kejadian kita masih belum ketahui kerana semasa kita menyoal suspek dia hanya berdiam dan tidak mahu bercakap," kata pegawai polis, AKP Nurma Dewi kepada wartawan pada Sabtu. - Agensi
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
01 Disember 2024 07:20am
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Banjir makin buruk, jumlah mangsa di 9 negeri hampir 150,000 orang
Kuala Lumpur: Banjir di sembilan negeri makin buruk dengan jumlah mangsa di 37 daerah ialah 149,606 orang daripada 44,795 keluarga yang ditempatkan di 698 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 7.30 pagi tadi.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan negeri yang terjejas banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor.
Kelantan masih kekal negeri paling teruk dilanda banjir kali ini dengan sebanyak 283 PPS diaktifkan untuk menempatkan 95,783 orang daripada 29,640 keluarga yang terjejas di 10 daerah.
Di Terengganu, banjir yang melanda lapan daerah menyebabkan 42,179 mangsa daripada 11648 keluarga ditempatkan di 313 PPS.
Mangsa banjir di Kedah juga naik dengan mendadak apabila seramai 7,954 orang daripada 2,440 keluarga di tujuh daerah ditempatkan di 52 PPS manakala di Negeri Sembilan pula, 13 PPS di tiga daerah dibuka bagi memberi perlindungan kepada 1,925 mangsa daripada 540 keluarga.
Keadaan banjir di Johor merekodkan 588 mangsa membabitkan 174 keluarga yang ditempatkan di 14 PPS di dua daerah manakala di Pahang sebanyak 405 mangsa daripada 134 keluarga ditempatkan di 15 PPS.
Sementara itu, banjir di Perlis ada menunjukkan pengurangan dengan 363 mangsa daripada 113 keluarga ditempatkan di dua PPS yang dibuka di dua daerah begitu juga di Selangor dengan bilangan mangsa 102 orang daripada 32 keluarga di satu PPS.
Di Melaka keadaan banjir tidak berubah dengan lima PPS diaktifkan bagi memberi perlindungan kepada 307 mangsa daripada 74 keluarga di tiga daerah.
Disiarkan pada: Disember 1, 2024 @ 8:30am
Wartawan BH
bh@bharian.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
‘Arwah adik mengerang kesakitan dihempap batu’
Oleh NOOR HAYATI MAMAT
30 November 2024, 7:02 pm
HULU TERENGGANU – Seorang lelaki yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh tidak dapat melupakan jeritan dua adik perempuannya meminta pertolongan sewaktu terperangkap di dalam rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.59 petang itu, dua beradik, Puteri Sajidah Azman, 16, dan Siti Fatimah, 13, maut dalam insiden runtuhan tanah berkenaan.
Uzair,17, berkata, dia yang ketika itu berada di rumah jiran bergegas pulang sebaik mendengar bunyi dentuman kuat runtuhan tanah menghempap sebahagian struktur kediamanya.
“Abang (Abdul Raziq) yang terselamat berlari meminta pertolongan. Dalam keadaan kelam-kabut saya cuba alihkan batuan yang menghempap adik (Puteri Sajidah) yang sedang mengerang kesakitan.
Sewaktu mahu mengalihan batuan yang sangat berat itu, saya tiba-tiba pengsan.
“Dua adik saya di ruang tamu tidak sempat menyelamatkan diri kerana runtuhan tanah tersebut betul-betul menghempap bahagian tersebut.
Abang pula terselamat kerana berada dalam bilik yang tidak terjejas,” katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Kampung Panggung, Ajil di sini hari ini.
Sementara itu, abang sulung mereka, Aminuddin berkata, kematian dua adik perempuannya memberi kesan emosi dan trauma buat ibunya, Ruziah Fuad,46.
“Sewaktu kejadian, ibu mereka sedang menjual kuih di Bukit Diman di sini. Ibu memikul tanggungjawab menjadi ketua keluarga setelah arwah ayah meninggal dunia akibat strok pada tahun 2019. Dia dan adik-adik baru menyewa di rumah yang terjejas terbabit sejak setahun lalu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Batu gajah perak
Banjir kilat dari BHP hingga ke sekolah SYS rendah..
📹 Media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
BANJIR KELANTAN | Banjir di Kelantan yang setakat ini meragut tiga nyawa, disifatkan paling buruk di dalam sejarah negeri itu dengan lebih 90,000 mangsa berada di 285 pusat pemindahan sementara (PPS).
#BuletinTV3
#TV3
#BuletinUtama
#Banjir
#BanjirKelantan
#infosemasa
@infosemasaofficial
*TAWARAN PINJAMAN KWSP*
-Anda berumur 53/54/55/59/60tahun.
-Dah tak bekerja atau masih bekerja
-Mempunyai simpanan dalam akaun *KWSP* anda.
-Ade masalah dengan 𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 pastu ade sangkut 𝑨𝑲𝑷𝑲 dialukan.
-Menetap die Semenanjung Malaysia.
*TAHNIAH ANDA YG KAMI CARI*
Untuk mohon *pinjaman kwsp*
Yang berkonsepkan *pinjam hari ini bayar masa umur 55@60 tahun nanti* 😍
*Jangan Risau*
Bukan cagar KWSP anda ya!
💯 Selamat.
*Bayaran tanggungjawab sendiri*
Bagaimana untuk mohon anda hanya perlu klick link dibawah
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
Keadaan terkini Jalan Kampung Tujuh berdekatan Taman Sri Bayu yang terputus hubungan sepanjang 60 meter akibat arus deras dalam kejadian banjir yang berlaku.
Menurut Jabatan Kerja Raya, tindakan awal penutupan jalan telah dilakukan dan kerja baik pulih tidak dapat dilakukan selagi air belum surut.
📸: BERNAMA
Ada parenting control mode tau! Boleh download pelbagai apps dan storage pun besar. Mudah dibawa ke mana-mana asalkan ada wifi 👍🏻
https://s.shopee.com.my/AUdDY77LfD
JOHOR 01/12/2024.
Kemalangan di Jalan Muar berhampiran Kampung Paya Dalam, Segamat malam tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Raub dilanda banjir
RAUB, PAHANG - Raub dilanda banjir apabila 473 mangsa di daerah itu dipindahkan ke 15 pusat pemindahan sementara (PPS) pada Sabtu.
Menerusi portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 8.15 pagi pada Ahad, jumlah tersebut membabitkan 149 keluarga daripada tiga mukim di daerah itu.
"Antara PPS yang dibuka Masjid Kampung Pintu Padang; Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang; Balai Raya Kampung Ulu Jelu; Dewan Lechar; Balai Raya Kampung Bukit Pampong dan Balai Raya Kampung Peruas.
"Turut dibuka di Balai Raya Kampung Pamah Rawas, Dewan Serbaguna Kampung Ulu Gali, Balai Raya Kampung Pamah Kulat dan Balai Raya Kampung Kuala Keloi," ujar portal tersebut.
Jelas portal itu lagi, mangsa membabitkan 187 lelaki dan 186 wanita dewasa; 47 kanak-kanak lelaki dan 35 kanak-kanak perempuan; 12 bayi lelaki dan 6 bayi perempuan.
Sebelum itu, Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh pada 10 November lalu.
Sementara itu, setakat jam 6 pagi tadi (Ahad), beberapa sungai di daerah tersebut mencatatkan paras bahaya.
Antaranya Sungai Dong di Pasir Bayam mencatatkan 120.09 meter(m) dan Sungai Gali di Ulu Gali (123.60m).
Sumber: Sinar Harian
Oleh: ROSILAWATI ROSEDIROSILAWATI ROSEDI
01 Disember 2024
#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 01/12/2024.
Kemalangan lori di Jalan Pekeliling menghala ke Tanjung Langsat, sebelum jambatan Kim-kim, Pasir Gudang pagi tadi.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
INFO KEMALANGAN (E8 - LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2)
8.43am🔸LPT 2@E8: ⚠Terdapat kemalangan di KM 384.42 arah Utara dari Bukit Besi ke Ajil. Lorong kecemasan terhalang. Trafik terkawal di lokasi.
Berhati-hati memandu. Awasi sebarang halangan di hadapan !
Kredit ➡️ LLM
#infosemasa
@infosemasaofficial
NEGERI SEMBILAN 01/12/2024.
Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Lebuhraya Plus dekat Pedas Linggi.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
#infografik Tips penggunaan elektrik & gas ketika banjir
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Jerantut) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang) sehingga 10:00 pagi; Ahad, 1 Disember 2024.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 7:30 pagi, 1 Disember 2024
#ributpetirmetmalaysia
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
#infosemasa
Murid tahun 1 cedera dilanggar kenderaan dipandu warga asing
Kuala Lumpur: Seorang murid tahun satu cedera dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipandu wanita warga asing di Bukit Sentosa, Rawang di sini Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata kejadian dipercayai berlaku pada 6.15 petang ketika kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu mahu melintas jalan.
"Sebaik turun dari van sekolah, mangsa dikatakan menuju ke belakang van untuk melintas jalan sebelum dilanggar Mitsubishi Triton menyebabkan kaki kirinya patah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Faizal berkata mangsa menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 46 tahun itu tidak mengalami kecederaan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.
Disiarkan pada: November 30, 2024 @ 7:54pm
Artikel ➡️ BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
Mesej WhatsApp tular 4 mati dalam rumah di Pasir Mas tidak benar
Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
30 November 2024, 9:47 pm
(Gambar)
Tangkap layar mesej WhatsApp palsu yang mengatakan empat individu termasuk bayi dijumpai mati di dalam rumah di Pasir Mas hari ini.
PASIR MAS – Polis menafikan khabar angin yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp mendakwa empat individu dijumpai mati di dalam sebuah rumah di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat seperti yang ditularkan tersebut selepas membuat semakan melalui Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) dan Pusat Kawalan Operasi Bersepadu (PKOB)
“Saya tidak menerima maklumat mengenai perkara itu selepas membuat semakan dengan PKTK dan PKOB,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Terdahulu, tular tangkap layar mesej di aplikasi WhatsApp yang mengatakan bahawa empat individu ditemukan mati di dalam rumah di Pasir Mas.
Menurut mesej itu, satu mayat telah dibawa keluar manakala tiga lagi tersekat.
Salah satu mangsa merupakan seorang bayi. – KOSMO! ONLINE
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
SELANGOR. 30/11/2024. Kemalangan maut melibatkan dua buah lori di Jalan Dengkil-Banting, hadapan ECO Emerald Dengkil.
#infosemasa
@infosemasaofficial
Netflix Murah By Moksin Store 🔥
Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅
Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Boleh cuba pakej yang tuan / puan minat di moksin store . Semua account original bukan account generate ataupun hack account , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang tuan / pun berminat . Account FULL warranty sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device .
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE MUSIC 🔥
✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM35 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM45 FREE PRIME VIDEO 🔥
PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM28 ✅
✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥
Waktu bekerja :
Jam : 8 pagi - 12 malam
Isnin sampai ahad kecuali hari jumaat cuti
Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 20 orang yang terawal sahaja dapat set combo !
Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951
Saya Financial Consultant Dari Syarikat MES ADVISORY SOLUTIONS syarikat yang berdaftar kini menawarkan pinjaman peribadi dan debt consolidation (penyatuan hutang) pinjaman dari Islamic Bank dan Koperasi.. buat pekerja2 swasta GOV dan GLC.. ada akpk, blacklist, high komitmen, koperasi, kami boleh bantu.. had kelayakan berumur dari 20-50tahun sahaja. Basic tetap bermula Rm3k , pinjaman dari 10k-600k semua org layak memohon jika memenuhi syarat kelayakan.
Jom saya bantu buat semakan kelayakan secara percuma ‼️
http://www.wasap.my/+60169331833