Keadaan terkini banjir di kawasan Gunung Keriang Alor Setar Kedah
1 Disember 2024
8:45 pagi
#pemburukeindahan
#gunungkeriang
#banjir2024
#alorsetar
#kedah
#jitra
Sumber: Mahdzir Hasan Det
KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN DUA KENDERAAN DI SIMPANG JALAN ADDA 4, ADDA HEIGHT, JOHOR BAHRU.
PADA 30 NOVEMBER 2024, JAM LEBIH KURANG 10.35 PAGI, IBU PEJABAT POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN TELAH MENERIMA SATU LAPORAN KEMALANGAN MAUT YANG MELIBATKAN DUA BUAH KENDERAAN DI SIMPANG TIGA, JALAN ADDA 4, ADDA HEIGHT, JOHOR BAHRU.
SIASATAN AWAL MENDAPATI KEMALANGAN TERSEBUT BERLAKU APABILA SEBUAH KENDERAAN SUV JENIS MAZDA CX-5 YANG DIPANDU OLEH SEORANG WANITA BERUSIA 62 TAHUN TELAH KELUAR SIMPANG DAN MELANGGAR BAHAGIAN SISI BELAKANG SEBUAH MPV JENIS TOYOTA ESTIMA YANG SEDANG BERGERAK LURUS. PELANGGARAN INI MENYEBABKAN KENDERAAN MPV TERSEBUT BERPUSING, DAN SALAH SEORANG PENUMPANGNYA TERCAMPAK KELUAR DARI KENDERAAN. PENUMPANG BERKENAAN, SEORANG REMAJA LELAKI BERUSIA 16 TAHUN, WARGA ROHINGYA DISAHKAN MENINGGAL DUNIA DI TEMPAT KEJADIAN MANAKALA PEMANDU MPV HANYA CEDERA RINGAN.
KES INI DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 41(1) ΑΚΤΑ PENGANGKUTAN JALAN 1987 KERANA MENYEBABKAN KEMATIAN AKIBAT KECUAIAN SABIT KESALAHAN BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK KURANG DARI PADA DUA TAHUN DAN TIDAK LEBIH DARIPADA 10 TAHUN DAN DENDA TIDAK KURANG DARIPADA LIMA RIBU RINGGIT DAN TIDAK LEBIH DARIPADA DUA PULUH RIBU RINGGIT.
USAHA MENGESAN SAKSI BEBAS DAN RAKAMAN CCTV SEDANG DIJALANKAN UNTUK MEMBANTU SIASATAN. PEMANDU KENDERAAN SUV TELAH DITAHAN UNTUK SIASATAN LANJUT, DAN UJIAN SARINGAN AIR KENCING SERTA ALKOHOL MENDAPATI NEGATIF. MAYAT MANGSA TELAH DIHANTAR KE JABATAN
PIHAK POLIS MENYERU SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA AGAR SENTIASA BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU, TERUTAMANYA DI KAWASAN SIMPANG ATAU JALAN YANG BERPOTENSI BAHAYA.
MEMASTIKAN KENDERAAN BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT DAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG, TERMASUK MEMPERBAHARUI LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM).
MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR DENGAN BETUL, TERMASUK BAGI PENUMPANG BELAKANG, UNTUK MENGELAKKAN RISIKO KECEDERAAN ATAU KEMATIAN.
SEKIAN TERIMA KASIH.
(RAUB BIN SELAMAT ACP KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN
Beberapa kawasan dinaiki air di Batu Gajah
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
1 Disember 2024, 11:42 am
IPOH – Hujan lebat yang berterusan sejak semalam sehingga pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Batu Gajah dinaiki air.
Menerusi perkongsian pengguna media sosial sejak semalam, antara kawasan dikenal pasti terlibat termasuklah di Kampung Bali, Kampung Ara Payung serta di Tanjung Tualang di daerah Kinta.
Sementara itu, warga Batu Gajah serta Ipoh didapati mengemas kini hantaran di laman Facebook beberapa jam sekali dengan menyatakan hujan masih lagi berterusan di kawasan tempat tinggal mereka walaupun ada lokasi yang hujan telah berhenti pagi tadi.
Seorang pesara, Muhammad Nor Alwi, 67, berkata, rumahnya di Kampung Pisang, Batu Gajah telah dinaiki air pagi tadi dan berharap keadaan itu tidak menjadi lebih serius.
“Ada kawasan telah dinaiki air, namun ada juga yang telah surut. Buat masa ini memang semua penduduk dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan keadaan masih lagi terkawal dengan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pukul 9.30 tadi. – KOSMO! ONLINE
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
ADA YANG NAK SEWA LORI TAK..?
3 TAN, DAN 5 TAN
‼️‼️SEWA LORI SEMENANJUNG ‼️‼️
🚨🚨🚨🚨 AZF TRANSPORT 🚨🚨🚨🚨
LOCAL KL DAN SELANGOR
SELURUH SEMENANJUNG
Servis Kami :-
📍Pindah rumah 🏡
📍Pindah barang pejabat 🏘
📍Barangan kilang 🏭
📍Barangan runcit 🗃
📍Barangan perabot 🚚
📍Penghantaran motorsikal 🛵
📍Punggah sayur & buah🥗
📍 lain-lain lagi..
Contact kami 🫡
Wasap.my/601153108172/lorisewa
KEBAKARAN RUMAH BANTUAN BBP BANDAR TENGGARA
SALAM JABATAN BOMBA BERPRESTASI TINGGI CEPAT DAN MESRA
*LAPORAN KOMANDER OPERASI*
*Nama Operasi* KEBAKARAN RUMAH.(BANTUAN BBP BANDAR TENGGARA).
*Tarikh:* 1/12/2024
*Masa:* 01:03:31
*Balai Tindakan:* BBP KOTA TINGGI (BANTUAN).
*Alamat:* JALAN BUNGA MAWAR FELDA BUKIT RAMUN JOHOR
*Komander Operasi:* PBK I KUP MOHD RAFI BIN MOHD NOR.
*Keanggotaan:-*
JBPM
i. BBP Kota Tinggi: 7 ORG
Logistik :-
JBPM:-
FRT J1-50 BMK 1015
EMRS J2-06 BMT 1034
*Maklumat Kejadian:*
SETIBANYA PASUKAN KELUARAN OPERASI DI TEMPAT KEJADIAN BENAR BERLAKU KEBAKARAN RUMAH (BANTUAN BBP BANDAR TENGGARA). KEBAKARAN L/K 60% BERKELUASAN 30KAKI X 30KAKI PERSEGI
*TINDAKAN OPERASI*
KETUA OPERASI MENGARAHKAN PKO MEMBANTU KERJA KERJA PEMADAMAN 2 ALIRAN HOS 200 KAKI 3 NOZEL HINGGA SELESAI.SETELAH DIPASTIKAN API BENAR2 PADAM KEADAAN SELAMAT PKO LAPOR OPERASI TAMAT DAN BALIK KE BALAI.
SEKIAN TERIMA KASIH.
#infosemasa
SMARTWATCH 2024 ✅🔥
😎Harga Free Postage mana nak dapat seller macam ni kan 😭
✅BOLEH CONNECT BLUETOOTH
♻️Korang yang suka Hiking dan keje Outdoor Memang sesuai jam ni Tahan Lasak 👍🏻
🔰 Anything Order PM @mirxrul
www.wasap.my/60183606671/NakOrder
JOM PAKAT RAMAI JOIN 👇
telegram.me/supergshock
Banjir di Alor Setar: 4 laluan ditutup, 2 ditutup separa
Zuliaty Zulkiffli
bhnews@bh.com.my
December 1, 2024 @ 9:06am
ALOR SETAR: Empat laluan ditutup sepenuhnya dan dua lagi laluan ditutup separa, di daerah ini, berikutan banjir di bandar raya itu.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, laluan itu membabitkan Jalan Lengkuas /Kampung Derang / Batu 11 Jalan Pokok Sena yang ditutup dari Kilometer (KM) 9.80 ke 11.50 kerana dinaiki air.
Berikutan itu, laluan alternatif adalah Jalan Langgar/ Sungai Mati/Bukit Pinang - Kepala Batas dan Hutan Kampung ke Langgar.
Beliau berkata, Jalan Gunung Keriang iaitu jalan berhampiran tapak projek terusan banjir juga tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.
"Berikutan itu, jalan alternatif adalah Jalan Sungai Baru - dari Kubang Pasu melalui Jalan Sungai Baru - Kuala Sungai dan Jalan Suka Menanti," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Selain itu, Siti Nor Salawati berkata, Jalan Bukit Pinang - Lengkuas juga ditutup dan hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja, dan pengguna boleh menggunakan laluan Jalan Pinang Jaya - Telaga Mas.
"Terowong Bukit Pinang juga ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan dan orang ramai boleh menggunakan jalan alternatif lain iaitu Jalan Kepala Batas -Bukit Tinggi - Bukit Pinang," katanya.
Beliau berkata, bagi penutupan separa pula membabitkan Jalan Kepala Batas - Hutan Kampung yang boleh dilalui kenderaan berat.
"Orang ramai boleh menggunakan laluan Lebuhraya Tol Alor Setar utara ke susur keluar Bukit Pinang.
"Selain itu, Lebuhraya Darul Aman dari arah Alor Setar (hadapan futsal) hanya boleh dilalui kenderaan berat sahaja dan orang ramai boleh menggunakan lorong sebelah menghala ke Alor Setar," katanya.
#beritaharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
SIARAN MEDIA : KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN DUA KENDERAAN DI SIMPANG JALAN ADDA 4, ADDA HEIGHT, JOHOR BAHRU
Sumber ➡️ IPD JOHOR BAHRU SELATAN
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞
𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚
Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.
Masuk channel untuk trade bersama kami.
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia
Kejadian berlaku di lampu isyarat hadapan Great Eastern Mall, Ampang menghala ke M City Condo.
Tiada info lanjut
#infosemasa
@infosemasaofficial
Rakaman Cctv
Kejadian jenayah samun dikawasan perumahan Pasir Penambang, Kuala Selangor.
Sumber: Lucky Wong Xin Yen
#infosemasa
@infosemasaofficial
INFO KEMALANGAN (E8 - LEBUHRAYA KUALA LUMPUR -KARAK)
8.15am🔸KLK@E8: ⚠Terdapat kemalangan di KM 43.3 arah Timur dari Genting Sempah ke Bukit Tinggi. Lorong kecemasan terhalang. Trafik terkawal.
Awasi sebarang halangan dihadapan. Berhati-hati memandu !
Kredit ➡️ LLM
#infosemasa
@infosemasaofficial
Remaja 14 tahun tikam ibu, bunuh ayah dan nenek
JAKARTA - Indonesia digemparkan dengan berita pembunuhan tragis oleh seorang remaja lelaki berusia 14 tahun ke atas ahli keluarganya pada Sabtu.
Kejadian berlaku di rumah mereka yang terletak di Jalan Lebak Bulus 1, Cilandak, Jakarta Selatan kira-kira jam 1 pagi waktu tempatan.
Menurut saksi, Tomi, dia melihat suspek dalam keadaan berlumuran darah ketika mahu melarikan diri selepas insiden tersebut.
"Tugas saya adalah sebagai pengawal keselamatan jadi apabila saya melihat suspek cuba melarikan diri dengan menuju ke jalan raya besar, lantas saya mengejar dan menahan dia.
"Kemudian saya terus bawa dia ke pejabat keselamatan, sebelum polis tiba untuk membawanya ke balai," katanya kepada wartawan pada Sabtu.
Jelasnya, semasa dia menahan remaja itu, suspek tidak melawan malah menyifatkan dia sebagai seorang yang 'baik' kerana mengenali suspek sebelum ini.
Sementara itu media melaporkan suspek MAS,14, membunuh ayahnya APW,40, dan nenek RM,69, selain menikam ibunya menggunakan senjata sebilah pisau.
Kedua-dua mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian sementara ibu suspek kini kritikal dan sedang mendapatkan rawatan susulan di hospital.
Dalam pada itu, Polis Metro Jakarta Selatan mengesahkan kejadian itu selain sedang menyelidik kes berkenaan.
"Motif kejadian kita masih belum ketahui kerana semasa kita menyoal suspek dia hanya berdiam dan tidak mahu bercakap," kata pegawai polis, AKP Nurma Dewi kepada wartawan pada Sabtu. - Agensi
MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
01 Disember 2024 07:20am
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Banjir makin buruk, jumlah mangsa di 9 negeri hampir 150,000 orang
Kuala Lumpur: Banjir di sembilan negeri makin buruk dengan jumlah mangsa di 37 daerah ialah 149,606 orang daripada 44,795 keluarga yang ditempatkan di 698 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 7.30 pagi tadi.
Berdasarkan portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sembilan negeri yang terjejas banjir adalah Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka dan Johor.
Kelantan masih kekal negeri paling teruk dilanda banjir kali ini dengan sebanyak 283 PPS diaktifkan untuk menempatkan 95,783 orang daripada 29,640 keluarga yang terjejas di 10 daerah.
Di Terengganu, banjir yang melanda lapan daerah menyebabkan 42,179 mangsa daripada 11648 keluarga ditempatkan di 313 PPS.
Mangsa banjir di Kedah juga naik dengan mendadak apabila seramai 7,954 orang daripada 2,440 keluarga di tujuh daerah ditempatkan di 52 PPS manakala di Negeri Sembilan pula, 13 PPS di tiga daerah dibuka bagi memberi perlindungan kepada 1,925 mangsa daripada 540 keluarga.
Keadaan banjir di Johor merekodkan 588 mangsa membabitkan 174 keluarga yang ditempatkan di 14 PPS di dua daerah manakala di Pahang sebanyak 405 mangsa daripada 134 keluarga ditempatkan di 15 PPS.
Sementara itu, banjir di Perlis ada menunjukkan pengurangan dengan 363 mangsa daripada 113 keluarga ditempatkan di dua PPS yang dibuka di dua daerah begitu juga di Selangor dengan bilangan mangsa 102 orang daripada 32 keluarga di satu PPS.
Di Melaka keadaan banjir tidak berubah dengan lima PPS diaktifkan bagi memberi perlindungan kepada 307 mangsa daripada 74 keluarga di tiga daerah.
Disiarkan pada: Disember 1, 2024 @ 8:30am
Wartawan BH
bh@bharian.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Rakaman video 4x4 menyeberangi jalan runtuh di laluan Kenyir-Aring 8 yang tular pagi ini mencemaskan. Terkini, sisa tebing jalan akhirnya runtuh secara total.
#terengganu Voice
#infosemasa
hi :-
harga new for netflix 1 month only 🤎
1 MONTH : RM25 SAHAJA
✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
✅ SRS BUYER ONLY
berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremium
feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl
channel : /channel/netflixeyqashopp
Mesin basuh manusia
Tokyo: Jurutera di Jepun membangunkan mesin basuh manusia futuristik yang boleh membaca mood anda dan tidak memerlukan sabun untuk membersihkan anda.
The Sun UK melaporkan, direka hampir seperti kokpit pesawat pejuang - gelembung berbentuk telur seperti yang telah didedahkan oleh Science Co dan akan diumumkan secara rasmi di Ekspo Osaka Kansai pada April nanti.
"Mesin basuh manusia masa depan" adalah berdasarkan reka bentuk yang berasal dari tahun 70-an.
Tetapi reka bentuk semula moden adalah kerana menjemput semula pengalaman mandi dengan bantuan kecerdasan buatan (AI).
Peranti terisi sebahagiannya dengan air panas apabila mandi di tempat duduk di tengah.
Penderia yang dibenamkan di tempat duduk mengukur nadi seseorang dan data biologi yang lain untuk memastikan proses mandi pada suhu yang sesuai.
Pada masa yang sama, sistem AI menentukan sama ada pengguna tenang atau teruja.
Ini digunakan untuk menayangkan imej pada bahagian dalam penutup lutsinar untuk membantu orang itu berasa segar yang mana kitaran basuh dan kering mengambil masa 15 minit.
Syarikat Science Co merancang untuk membenarkan pengguna datang dan mencuba alat baharu itu sebelum ia menjengah ke pasaran.
Pengerusi syarikat itu, Yasuaki Aoyama, berkata: "Kami sudah berada kira-kira 70 peratus di sana. Kami merancang untuk menawarkan 1,000 pelawat umum berpeluang untuk menggunakannya semasa ekspo nanti."
Bagi sesiapa yang ingin mencuci dalam mesin, tempahan khas untuk mencubanya kini ada di laman web mereka.
Bagaimanapun Science Co tidak boleh mengambil kredit sepenuhnya untuk konsep itu.
Gergasi teknologi Jepun, Sanyo Electric Co (sekarang Panasonic Holdings Corp) pada Ekspo Osaka Kansai 1970 melancarkan mesin basuh manusia pertama di dunia yang berbentuk telur futuristik dan menggunakan teknologi gelembung udara hingga menarik perhatian ramai pengunjung dan mencetuskan rasa kagum.
Versi itu dipanggil "Ultrasonic Bath" dan mempunyai beberapa perbezaan ketara daripada model abad ke-21.
Mandian itu mengeluarkan gelombang ultrasound dan mengeluarkan bebola plastik untuk mengurut badan orang itu.
Juga tiada teknologi untuk mengukur suhu yang sepatutnya, jadi ia secara automatik diisi dengan air panas.
Pada Pameran Osaka Kansai 1970, Yasuaki yang ketika itu hanya seorang pelajar darjah empat melihat reka bentuk itu kemudian menggunakannya sebagai inspirasi untuk versi yang akan datang.
Dia menyambung: "Ia membuatkan saya teruja, memikirkan masa depan yang akan datang.
"Kami akan menawarkan mesin basuh manusia baharu sebagai warisan daripada ekspo 1970," katanya.
Disiarkan pada: Disember 1, 2024 @ 12:08pm
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Keadaan terkini Jalan Kampung Tujuh berdekatan Taman Sri Bayu yang terputus hubungan sepanjang 60 meter akibat arus deras dalam kejadian banjir yang berlaku.
Menurut Jabatan Kerja Raya, tindakan awal penutupan jalan telah dilakukan dan kerja baik pulih tidak dapat dilakukan selagi air belum surut.
📸: BERNAMA
Ada parenting control mode tau! Boleh download pelbagai apps dan storage pun besar. Mudah dibawa ke mana-mana asalkan ada wifi 👍🏻
https://s.shopee.com.my/AUdDY77LfD
JOHOR 01/12/2024.
Kemalangan di Jalan Muar berhampiran Kampung Paya Dalam, Segamat malam tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Raub dilanda banjir
RAUB, PAHANG - Raub dilanda banjir apabila 473 mangsa di daerah itu dipindahkan ke 15 pusat pemindahan sementara (PPS) pada Sabtu.
Menerusi portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) setakat jam 8.15 pagi pada Ahad, jumlah tersebut membabitkan 149 keluarga daripada tiga mukim di daerah itu.
"Antara PPS yang dibuka Masjid Kampung Pintu Padang; Dewan Orang Ramai Kampung Tok Machang; Balai Raya Kampung Ulu Jelu; Dewan Lechar; Balai Raya Kampung Bukit Pampong dan Balai Raya Kampung Peruas.
"Turut dibuka di Balai Raya Kampung Pamah Rawas, Dewan Serbaguna Kampung Ulu Gali, Balai Raya Kampung Pamah Kulat dan Balai Raya Kampung Kuala Keloi," ujar portal tersebut.
Jelas portal itu lagi, mangsa membabitkan 187 lelaki dan 186 wanita dewasa; 47 kanak-kanak lelaki dan 35 kanak-kanak perempuan; 12 bayi lelaki dan 6 bayi perempuan.
Sebelum itu, Raub menjadi daerah pertama dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut (MTL) atau musim tengkujuh pada 10 November lalu.
Sementara itu, setakat jam 6 pagi tadi (Ahad), beberapa sungai di daerah tersebut mencatatkan paras bahaya.
Antaranya Sungai Dong di Pasir Bayam mencatatkan 120.09 meter(m) dan Sungai Gali di Ulu Gali (123.60m).
Sumber: Sinar Harian
Oleh: ROSILAWATI ROSEDIROSILAWATI ROSEDI
01 Disember 2024
#sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 01/12/2024.
Kemalangan lori di Jalan Pekeliling menghala ke Tanjung Langsat, sebelum jambatan Kim-kim, Pasir Gudang pagi tadi.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
INFO KEMALANGAN (E8 - LEBUHRAYA PANTAI TIMUR 2)
8.43am🔸LPT 2@E8: ⚠Terdapat kemalangan di KM 384.42 arah Utara dari Bukit Besi ke Ajil. Lorong kecemasan terhalang. Trafik terkawal di lokasi.
Berhati-hati memandu. Awasi sebarang halangan di hadapan !
Kredit ➡️ LLM
#infosemasa
@infosemasaofficial
NEGERI SEMBILAN 01/12/2024.
Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Lebuhraya Plus dekat Pedas Linggi.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
#infografik Tips penggunaan elektrik & gas ketika banjir
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak) • Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Jerantut) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang) sehingga 10:00 pagi; Ahad, 1 Disember 2024.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 7:30 pagi, 1 Disember 2024
#ributpetirmetmalaysia
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
#infosemasa
Murid tahun 1 cedera dilanggar kenderaan dipandu warga asing
Kuala Lumpur: Seorang murid tahun satu cedera dilanggar kenderaan pacuan empat roda dipandu wanita warga asing di Bukit Sentosa, Rawang di sini Khamis lalu.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata kejadian dipercayai berlaku pada 6.15 petang ketika kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun itu mahu melintas jalan.
"Sebaik turun dari van sekolah, mangsa dikatakan menuju ke belakang van untuk melintas jalan sebelum dilanggar Mitsubishi Triton menyebabkan kaki kirinya patah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Ahmad Faizal berkata mangsa menerima rawatan di Hospital Kuala Kubu Bharu manakala pemandu kenderaan pacuan empat roda berusia 46 tahun itu tidak mengalami kecederaan.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan.
Disiarkan pada: November 30, 2024 @ 7:54pm
Artikel ➡️ BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial