Berlaku kemalangan di Jalan Hospital, Kangar melibatkan sebuah kereta dan motorsikal. Moga mangsa selamat dan dipermudahkan segala urusan.
#perlis Aktif
#infosemasa
Penunggang motosikal maut terlibat dalam kemalangan
MUKAH: Seorang penunggang motosikal maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pikap di KM6, Jalan Kuala Balingian di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata kejadian berlaku kira-kira jam 12.05 tengah hari melibatkan dua kenderaan iaitu pikap dan motosikal.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan pikap bergerak lurus dari Tatau menuju ke arah Balingian.
"Ketika tiba di KM6, Jalan Kuala Balingian telah melanggar sebuah motosikal yang bergerak dari arah bertentangan yang secara tiba-tiba memasuki laluannya," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
Menurutnya, akibat kemalangan itu penunggang motosikal lelaki berusia 63 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Balingian.
"Sementara tiga lelaki iaitu pemandu dan dua penumpang kenderaan pikap tidak mengalami kecederaan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," jelasnya.
Oleh Florence Nervyn
Artikel ➡️ Utusan Borneo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial
HARGA EMAS MELAMBUNG, UNTUNG RM40,000 DALAM MASA 6 BULAN!!
Untung kan bila ada emas?
Biasanya purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun tapi rezeki tahun ini, naik lebih 20%.
Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.
Tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..
RM100 pun da boleh beli emas.
Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :
📌 Simpanan emas patuh syariah.
📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.
📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.
📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.
Mudah kan?
Sekarang, tak kisah kerja apa, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!
Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa
Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/
Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas
🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁
Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!
Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅
100% selamat dan mudah! 💯
Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗
Password? Tak perlu! 🔒
Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀
👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com
#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe
Rakaman video 4x4 menyeberangi jalan runtuh di laluan Kenyir-Aring 8 yang tular pagi ini mencemaskan.
Terkini, sisa tebing jalan akhirnya runtuh secara total.
#terengganuvoice
#infosemasa
Keadaan paras air Sg Kinta di Kampung Pisang pada petang ini nampaknya amat membimbangkan. Penduduk Kampung pisang dan berdekatan dengan sungai kinta diminta berjaga-jaga.
📹 faizaljoe
#perak Press
#infosemasa
Hoh tu diaa...Tanah mendap jalan masuk ke Kubur Maras, tepi billion langgar Kota Bharu. Hati2 hok mano nak guna laluan ni.
#hello Kelantan
#infosemasa
#ViralVideo Seorang Pakcik ditemui terbabas ke dalam parit di sebuah kawasan Sri Medan Batu Pahat. Alhamdulillah Tindakan Pantas seorang lelaki telah menyelamatkan nyawa pakcik ini
Kredit Video Muhd Sufi
#Parit raja ayer hitam
#infosemasa
Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️
/channel/AIZZATxSIGNAL
INFO KEMALANGAN (E2 : LEBUHRAYA UTARA-SELATAN)
5.24pm🔸PLUS@E2: Awas ⚠ Terdapat kemalangan di KM 260.2 arah Utara dari Port Dickson (U) ke Seremban. Lorong kiri dan lorong tengah terhalang. Trafik sesak 12km.
Sila fokus pada pemanduan. Awasi jarak selamat kenderaan anda. Utamakan keselamatan dan nyawa anda !
Kemalangan membabitkan dua buah kereta di IOI Bandar Putra Kulai, Johor Sebentar tadi (1/12/2024)
P/s : Tarikh dashcam tidak disetting
Kredit : Orang Kulai
PERLIS 01/12/2024.
Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Jalan Hospital, Kangar malam ini.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki maut di pangsapuri, polis tahan tiga suspek
KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia 22 tahun ditemui maut dengan kesan tetakan pada badan di sebuah pangsapuri di Jalan Sungai Tapang awal pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam kira-kira 4.40 pagi melalui Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan.
“Pasukan siasatan dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan yang tiba di lokasi mendapati mangsa terbaring di dalam sebuah bilik di unit pangsapuri tersebut.
“Pegawai perubatan yang hadir di lokasi telah mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan kejadian, tiga individu telah ditahan untuk membantu siasatan.
“Kami telah membuat tiga tangkapan dan kesemua suspek akan direman untuk siasatan lanjut. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta untuk menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah IPD Padawan, Asisten Superintenden Sylvarius Gopog di talian 013-863 7241.
Oleh SHAHRUL QAIZAT
Artikel ➡️ Utusan Sarawak
#infosemasa
@infosemasaofficial
Nyaris maut tercampak dari lebuh raya ke dalam sungai
Kuala Lumpur: Penunggang motosikal nyaris maut apabila tercampak dalam sungai selepas motosikal ditunggang bersama isteri dan anaknya terbabit kemalangan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di sini, hari ini.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Zainal Abidin Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 1.26 petang.
Menurutnya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat kemudiannya segera dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda RS150 dinaiki tiga individu iaitu lelaki dan wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.
"Penunggang motosikal iaitu seorang lelaki tempatan tercampak ke dalam sungai yang berada di bawah lebuh raya berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, bagaimanapun berjaya diselamatkan anggota bomba serta orang awam di lokasi kejadian.
"Mangsa mengalami kecederaan patah bahagian kaki kanan manakala isteri dan anaknya mengalami kecederaan ringan serta diberikan rawatan awal.
"Semua mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.
"Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Disiarkan pada: Disember 1, 2024 @ 8:35pm
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
SERVICE NAIKKAN FOLLOWERS , VIEW & LIKE DI TIKTOK 🫶🏻
3k view + 300 like
— rm 10 sahaja
20k view + 500 like
— rm 15 sahaja
50k view + 1k like
— rm 20 sahaja
80k view + 2k like
— rm 35 sahaja
250k view + 5k like
— rm 100 sahaja
800k view + 8k like
— rm 150 sahaja
FOLLOWERS 👇🏻
500 followers rm 25
1000 followers rm 30
2000 followers rm 55
3000 followers rm 80
5000 followers rm 100
10k followers rm 200
feedback @boostsocmedmurah
feedback @boostsocmedmurah
https://wa.me/60182242808?text=nakbeliservicetiktok
SARAWAK 01/12/2024.
Kemalangan maut melibatkan motosikal dan kereta di Balai Ringin, lewat petang tadi.
Sumber ➡️ Sarawak Edition
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kes bunuh berlaku di satu Condo, Kuching. Mangsa lelaki dari Miri berumur 22 tahun maut.
#Sarawak viral
#infosemasa
Kes bunuh berlaku di satu Condo, Kuching. Mangsa lelaki dari Miri berumur 22 tahun maut.
#Sarawak viral
#infosemasa
Taman Fairpark di Ipoh Perak juga dilaporkan dinaiki air banjir. Difahamkan, kejadian tersebut belum pernah berlaku di kawasan tersebut. Berdasarkan visual yang dikongsi oleh warga taman itu, situasi terkini menunjukkan keadaan air banjir termenung. Beberapa anggota bomba dan polis turut dilaporkan sedang memeriksa kawasan dan warga di sekitar taman berkenaan.
#Banjir2024 #AWANInews
#infosemasa
Baju kurung adira cantik dan murah je..ada 10 colour dan ada size daripada xs hingga 3xl..ada offer 15% off awal bulan 12 ni untuk 50 terawal sahaja!! 😍😍👇👇
https://s.shopee.com.my/1B5X2rq5a5
Rakaman video 4x4 menyeberangi jalan runtuh di laluan Kenyir-Aring 8 yang tular pagi ini mencemaskan.
Terkini, sisa tebing jalan akhirnya runtuh secara total.
#terengganuvoice
#infosemasa
@infosemasaofficial
Ahad.
01 Disember 2024.
Kemalangan Jalan Raya Kendiri di Simpang BAPOM.
Panggilan kecemasan : 14:13:51 petang.
Jarak kecemasan : 42km.
Laporan Komander Operasi :
Setiba di tempat kejadian, di dapati panggilan kecemasan yang di terima adalah benar. Di dapati kemalangan kendiri melibatkan kereta jenis Pick-Up Toyota Hilux berwarna kelabu. Terdapat 2 orang mangsa di dalam kenderaan tersebut. Seorang mangsa lelaki dewasa berada di bahagian pemandu dan seorang mangsa perempuan dewasa berada di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.
Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut. Tiada mangsa tersepit seperti yang di lapor. Anggota EMRS membuat rawatan awal dengan memasang Cervical Collar pada kedua-dua mangsa. Mangsa pertama lelaki berjaya di keluarkan dan di bawa ke Hospital Lundu dengan menggunakan Ambulans Bomba. Mangsa ke-2 berjaya di keluarkan dan mengadu sakit pada paha sebelah kanan. Setelah ambulans Hospital Lundu sampai di lokasi, mangsa telah di serahkan untuk tindakan selanjutnya. Setelah mendapati keadaan sekeliling selamat dan terkawal, Pasukan Bomba bertolak balik ke balai.
Sekian.
Kredit ➡️ BBP LUNDU
#infosemasa
@infosemasaofficial
Banjir terburuk di bandar Batu Gajah sejak 30 tahun lalu – Penduduk
Oleh LIYANA RAMLI
1 Disember 2024, 5:11 pm
BATU GAJAH – Penduduk di sekitar Batu Gajah menyifatkan banjir di pusat bandar terutamanya di Jalan Bandar Baharu Batu Gajah 1 sebagai banjir yang terburuk sejak 30 tahun lalu.
Seorang penduduk Batu Gajah, Roslin Khariri, 51, berkata, dia yang telah berpuluh tahun berniaga di sana tidak pernah berhadapan dengan tahap banjir direkodkan di sana hari ini.
“Peniaga di sekitar Jalan Bandar Baharu Batu Gajah 1 juga terjejas akibat dilanda banjir kilat disebabkan hujan lebat pagi tadi.
“Sebuah pasar raya di sini juga terpaksa tutup akibat paras air sudah melebihi paras lutut kira-kira pada pukul 1 petang tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Sementara itu, seorang peniaga sebuah restoran di sini, Juliana Mohd. Hanifah, 45, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan premis miliknya sudah dinaiki air pada pukul 10 pagi.
“Selama tiga tahun beroperasi di sini, ini kali pertama kejadian banjir yang teruk sehingga melepasi paras pinggang. Saya harap banjir ini akan cepat surut agar kami boleh kembali beroperasi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Aizal Imri berkata, seramai 20 orang termasuk pekerja di premis-premis di sini berjaya dikeluarkan.- KOSMO! ONLINE
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
30 NOVEMBER 2024 2013HRS BBP RAUB Pasukan Cekap bergegas ke Kes Khidmat Khas Kemalangan Jalanraya bertempat di berhampiran Persimpangan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama di Batu 3 Raub dan mengalami kebakaran kecil dan telah dipadamkan oleh orang awam.
Setibanya di lokasi didapati terdapat sebuah kereta telah terbabas dan melanggar tiang elektrik di tengah jalan dan terdapat seorang mangsa lelaki dewasa tidak tersepit telah dikeluarkan oleh anggota bomba di lokasi dan seterusnya dibawa ke Hospital Raub dengan menggunakan jentera EMRS.
Pasukan Cekap seterusnya melaksanakan pemutusan bekalan kuasa dan melaksanakan pemeriksaan persekitaran bagi memastikan keadaan selamat.
#infosemasa
INFO KEMALANGAN (E2 : LEBUHRAYA UTARA-SELATAN)
5.24pm🔸PLUS@E2: Awas ⚠ Terdapat kemalangan di KM 260.2 arah Utara dari Port Dickson (U) ke Seremban. Lorong kiri dan lorong tengah terhalang. Trafik sesak 5km.
Sila fokus pada pemanduan. Awasi jarak selamat kenderaan anda. Utamakan keselamatan dan nyawa anda !
Kredit ➡️ LLM
#infosemasa
@infosemasaofficial