infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

130828

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang (Pekan dan Rompin) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) • WP Putrajaya • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) • Johor (Segamat dan Mersing) sehingga 3:00 petang; Isnin, 2 Disember 2024.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 12:50 tengah hari, 2 Disember 2024

#ributpetirmetmalaysia
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Sebentar tadi kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motorsikal di simpang kampung tangga mawang jalan serian-tebedu. Mohon semua berhati-hati

#sarawak
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

(Di kemaskini)
Penunggang motosikal nyaris maut tercampak dari lebuh raya ke dalam sungai

KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal nyaris maut apabila tercampak ke dalam sungai selepas motosikal ditunggangi bersama isteri dan anaknya terbabit kemalangan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di sini, hari ini.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Zainal Abidin Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 1.26 petang.

Menurutnya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat kemudiannya segera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda RS150 dinaiki tiga individu iaitu lelaki dan wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.

“Penunggang motosikal iaitu seorang lelaki tempatan tercampak ke dalam sungai yang berada di bawah lebuh raya berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, bagaimanapun berjaya diselamatkan anggota bomba serta orang awam di lokasi kejadian.

“Mangsa mengalami kecederaan patah bahagian kaki kanan manakala isteri dan anaknya mengalami kecederaan ringan serta diberikan rawatan awal.

“Semua mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.

“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

01 Disember 2024, 8:50pm

#Buletin Tv3
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Remaja maut, adik cedera motosikal terbabas langgar besi penghadang jalan

KUCHING: Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 84, Jalan Kuching-Sri Aman dekat Serian pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Serian DSP Neil Beginda berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.50 petang itu, motosikal ditunggang mangsa Jarren Lim Zhi Hung, 17, bersama adiknya Garren Lim Zhi Yang, 13, hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan.

Katanya, siasatan awal mendapati dua beradik itu bergerak dari arah Sri Aman menuju ke arah Kuching.

"Semasa sampai di tempat kejadian iaitu di KM 84 Jalan Kuching-Sri Aman, motosikal yang ditunggang oleh Jarren telah merapat ke kiri jalan lalu melanggar besi penghadang jalan.

"Jarren bersama adik lelakinya Garren telah jatuh di atas bahu jalan dan motosikal telah terbabas ke lorong sebelah kanan lalu melanggar besi penghadang jalan," katanya dalam satu kenyataan.

Neil berkata akibat kemalangan itu, Jarren yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Serian.

Sementara adiknya yang mengalami kecederaan, dihantar ke Hospital Serian untuk mendapat rawatan lanjut, tambahnya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.

Oleh Patricia Gari

Kredit ➡️ Utusan Borneo Online

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

😌besaq muroh
https://s.shopee.com.my/5prPfTrWJh

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

#Kelantan: Calon-Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 membuat persiapan akhir bagi menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chabang Empat hari ini.

Terdahulu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menggunakan trak mereka bagi menghantar sebahagian pelajar itu ke sekolah berkenaan.

📸 Mustaqim Khairuddin | BERNAMA

#BernamaNews
#BernamaImages
#banjir
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KHIDMAT KHAS BANTUAN AGENSI
(Bantuan pengangkutan pesakit barah otak menggunakan khidmat EMRS)

𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 :
Tarikh : 01.12.2024 I AHAD (1130)
Lokasi : Kampung Pokok Jerai, Kg. Betong, Jeneri, Sik
Kom. Operasi : PPgB Zulkhairi b. Mat Tanjil
Bil. Anggota : 7 Anggota
Pasukan: A ( Balai Bomba Dan Penyelamat Sik )

𝐓𝐢𝐧𝐝𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐎𝐩𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 :
Bantuan EMRS membawa pesakit barah otak dari kediaman ke Hospital Sik. Menurut ahli keluarga, mangsa disedari tidak memberikan tindak balas sejak pagi tadi dan difahamkan kediaman mereka turut terjejas terputus jalan perhubungan semasa kejadian banjir yang berlaku. BBP SIK membantu pihak KKM di Daerah SIK untuk kes kecemasan tersebut ekoran pertindihan dan peningkatan bilangan kes kecemasan yang dihadiri petugas kesihatan dan khidmat ambulance ketika ini.

𝐏𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐨𝐦𝐛𝐚𝐚𝐧:
Hubungi talian 999 untuk sebarang bantuan penyelamatan dan kecemasan memerlukan. Kami sentiasa membantu anda.

#CepatdanMesra
#SediaMenyelamat
#SiapSediaSetiapMasa
#BombaTonggakPenyelamatanNegara

𝗦𝗜𝗞 - 𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝗜𝗠𝗣𝗥𝗘𝗦𝗦𝗜𝗩𝗘 𝗞𝗡𝗢𝗪𝗟𝗘𝗗𝗚𝗘𝗔𝗕𝗟𝗘

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

#Bbp Sik
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🥹Puas hati guna air fryer ni 🥰 Saiz besar setakat masak ayam seekor memang takde hal 👍

Harga promosi kat sini 👉 https://s.shopee.com.my/4L2TqwDCK2

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Video tular kemalangan melibatkan motosikal dan sebuah bas.

Masa dan lokasi kejadian tidak dinyatakan.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Perbezaan politik: Kubur pasangan suami isteri digali dan dipindahkan

JAKARTA - Dua buah kubur milik pasangan suami isteri yang terletak di Kelurahan Dannuang, Kabupaten Bulukumba digali semula dan dipindahkan selepas pemilik tanah perkuburan terbabit tidak berpuas hati dengan pilihan anak pasangan itu pada Pemilihan Kepala Daerah 2024 (Pilkada).

Pengalian dan pemindahan lokasi tanah perkuburan itu dilakukan oleh warga setempat pada Jumaat lalu.

Pusara itu merupakan milik Mattayang Daeng Lengu dan isterinya Nurlia. Nurlia dimakamkan pada 13 Mac 2023 sementara Mattayang telah dimakamkan pada 27 Julai 2023.

Mayat kedua-duanya kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Awam di Desa Majalling.

Pihak pentadbiran Desa Manjalling bersetuju menerima pemindahan itu demi mengelak berlakunya konflik yang berpanjangan.

Sementara itu, Timbalan Bupati Bulukumba, Andi Edy Manaf telah bertemu dengan anak pasangan itu iaitu Nurmi bagi mendengar penjelasan daripadanya.

"Kejadian ini adalah pengajaran untuk kita semua, saya harap insiden ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan," katanya kepada wartawan pada Sabtu.

Beliau turut berharap agar isu ini tidak diperbesarkan dan dapat diselesaikan secara baik.

Dalam pada itu, ahli politik dari Parti Amanat Nasional (PAN) meminta supaya penduduk Bulukumba untuk saling menghormati dan tidak membiarkan perbezaan politik memecahbelahkan hubungan persaudaraan. - Agensi

MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
02 Disember 2024 07:00am

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jalan kapar batu 12 hala kuala selangor.

Motor langgar belakang lori

#whatsapps
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Keadaan terkini di dalam kawasan Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas yang dinaiki air paras pinggang.

Para pelajar telah diarahkan berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara Pasir Mas Halal Park. Video-video pula merupakan keadaan air pada tiga hari lalu dan semalam.

#kosmoOnline
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Sapa2 yang nak mai ke Hatyai Disember ni

Make sure hangpa baca posting ni

Update keadaan and cuaca

di Hat Yai Thailand

As at 01/12/2024 (Sat ja bulan 12 dah) 🥹🥹

Jam 0830 pagi waktu tempatan

Subuh tadi hujan but now dah berhenti

Boleh nampak dah langit biru plus awan putih (bukan awan hujan)

Tapi still ada sikit sikit awan kelabu but to be expected sebab ni musim monsun

Ni update last saya la tentang cuaca di Hatyai

Thanks sebab sudi baca 🙏🏾🙏🏾

#princeofdannok
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mohon pihak admin siarkan rakaman dashcam kenderaan saya dimana ada pemandu ni potong pancung kenderaan saya secara merbahaya.

Kejadian di KM 120.3 Bertam ke tol Sungai Dua. tarikh kejadian 01/12/24 @ 6:18pm.

Kiriman Inbox

#penangKini
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki dikhuatiri lemas ketika memukat ikan

ALOR SETAR - Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas terjatuh dalam sungai di Jalan Paya Kubang Lembu, Kampung Tok Kesop, Jitra, petang tadi.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Penguasa Kanan Bomba I, Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 7.29 malam sebelum tiba di lokasi kira-kira 35 minit kemudian.

"Bomba menerima panggilan melalui talian MERS 999 yang memaklumkan seorang lelaki berusia 40-an dikhuatiri lemas ketika memukat ikan di sungai berkenaan.

"Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Jitra serta Pasukan Gerak Cepat (PGC) terdiri daripada 15 orang telah dikerahkan ke lokasi kejadian untuk operasi mencari dan menyelamat,” katanya dalam kenyataan malam ini. - Bernama

01 Disember 2024 11:47pm

Artikel ➡️ BERNAMA

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

hi :-

harga new for netflix 1 month only 🤎

1 MONTH : RM25 SAHAJA

✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
✅ SRS BUYER ONLY

berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremium

feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

orang sibuk ngan banjir, boleh pula pencuri menyempat nak sobat kereta kan da kene ditahan

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki curi duit tabung surau ditahan polis

Oleh Farwizah Samsudin -December 2, 2024

SEORANG lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai mencuri duit tabung derma surau di kawasan Semerah dan Parit Yaani, Batu Pahat pada 23 November lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya juga telah mengesan rakaman litar tertutup yang dimuat naik di media sosial memaparkan seorang lelaki berlegar-legar di kawasan ruang solat sebuah surau sebelum bertindak mengumpil tabung derma.

Beliau berkata, pihaknya telah menerima sebanyak empat laporan polis yang dibuat oleh pihak pengurusan surau dari kawasan Semerah dan Parit Yaani.

“Bertindak atas maklumat, seorang lelaki berusia 35 tahun telah ditahan di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat pada 25 November pukul 12.10 tengah hari.

“Turut dirampas adalah pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian seperti yang dirakam dalam rakaman kamera litar tertutup,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, suspek kini ditahan reman sehingga Selasa dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Tambahnya, polis percaya dengan penahanan suspek ini dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes yang melibatkan suspek sama dalam kejadian curi tabung surau di kawasan Semerah serta Parit Sulong.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999.

#UtusanTV
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SELANGOR 02/12/2024.

Kemalangan melibatkan 3 buah kenderaan di Ladang Guru Nanak, Serendah sekitar jam 12.20 tengah hari tadi.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEDAH 02/12/2024.

Kemalangan melibatkan motosikal dan lori di simpang 3 Kedai Buah Batu Putih, Kulim.

Dua mangsa motosikal cedera dalam kejadian tersebut.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TMJ MAFIA
Pernah Menjadi Top 1 Trending Para Peminat jam pada Tahun 2024 .

Gshock TMJ MAFIA juga merupakan salah satu kebanggaan Anak Malaysia.

Warna TMJ MAFIA ini dikenali sebagai All Black dan sangat memainkan Peranan .

Berminat Boleh PM @mirxrul

www.wasap.my/60183606671/TmjMafia

JOIN GROUP TELEGRAM :
/channel/supergshock

Nak Tengok Feedback Trusted ?
/channel/Feedbackbysupergshock

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mula-mula nak cuba je.. tak sangka sampai jadi mcm ni sekali.
Lagi2 dekat part #perut,#lengan, #punggung & #peha 🤭

Lelaki perempuan boleh minum tau.
Ada lulusan KKM, HALAL & lab test SIRIM.

Nak sy share air apa? Klik link sini 👇
www.wasap.my/60172766370/AirBakarLemak.ISO2.12

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

#Kelantan: Penduduk Kampung Sri Kulim Melor di Kota Bharu mula membersihkan kawasan rumah yang sebelum ini ditenggelami air dan selut hingga mengakibatkan kerosakan perabot dan barangan elektrik.

Bagaimanapun, di laluan utama masuk ke kampung berkenaan masih lagi dipenuhi air pada paras hampir satu meter.

📸 Habsah Ismail | BERNAMA

#BernamaNews
#Banjir
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mangsa banjir di Tumpat, Pasir Puteh meningkat

KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir di beberapa daerah di Kelantan dilaporkan menurun berikutan hujan berkurangan pada Sabtu dan Ahad.

Bagaimanapun jumlah mangsa yang berpindah di PPS di daerah Tumpat dan Pasir Puteh masih meningkat.

Mangsa banjir di Tumpat dilaporkan seramai 18,791 berbanding 17,713 orang pada waktu sama dengan 39 masih PPS dibuka.

Sementara itu, mangsa banjir di daerah Pasir Puteh dilaporkan meningkat menjadi 10,743 membabitkan 3,279 yang kini berlindung di 30 PPS.

Kemas kini portal InfoBencana JKM pada jam 7.30 pagi mendapati seramai 85,824 mangsa membabitkan 26,799 yang berada di 251 pusat pemindahan sementara (PPS).

Di daerah Pasir Mas mencatatkan jumlah paling tinggi kini sudah menurun kepada 29,361 berbanding waktu sama pada Ahad iaitu 29,663.

Dua PPS ditutup di daerah itu menjadikan jumlahnya sebanyak 64 berbanding Ahad iaitu 66.

Jumlah mangsa di Daerah Bachok mencatatkan 6,099 dengan 1,858 keluarga ditempatkan di 15 PPS manakala di Kuala Krai Kuala Krai pula dilaporkan menurun menjadi 5,392 membabitkan 1,566 keluarga.

Portal itu turut melaporkan mangsa banjir di daerah Tanah Merah menurun menjadi 2,636 daripada seramai 5,309 mangsa pada Ahad.

Di Machang pula, mangsa yang masih berlindung di 21 PPS ialah seramai 5,016 keseluruhannya manakala daerah Jeli ialah seramai 81 mangsa.

Di Gua musang, kesemua 36 mangsa sudah pulang ke rumah masing-masing dan PPS ditutup.

ASWANY OMAR
02 Disember 2024 08:33am

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞

𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚

Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.

Masuk channel untuk trade bersama kami.

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tenaga Nasional Berhad merujuk satu rakaman kemalangan jalan raya melibatkan sebuah lori yang melanggar talian atas elektrik TNB dan telah menyebabkan tiang TNB tumbang dan talian atas elektrik terjatuh ke atas jalan raya di Jalan Ara Kuda menuju Tasek Gelugor, Pulau Pinang pagi semalam.

TNB menasihatkan orang awam untuk tidak mengalihkan kabel/talian atas elektrik dengan sendiri kerana ianya amat berbahaya dan berisiko untuk terkena renjatan elektrik. Orang awam sebaliknya disarankan untuk segera menghubungi talian 15454 untuk melaporkan kejadian dan pasukan teknikal TNB akan dihantar ke lokasi untuk melaksanakan kerja-kerja pengalihan.

Dalam kejadian tersebut, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kerosakan telah dibaiki serta bekalan elektrik telah dipulihkan.

Bagi melaporkan sebarang gangguan bekalan elektrik atau kerosakan lampu jalan TNB, hubungi:
1. Talian 15454
2. Private Message (PM) di Facebook TNB Careline
3. Direct Message (DM) ke X @Tenaga_Nasional
4. E-mel kepada tnbcareline@tnb.com.my

📹 oleh Dunia Info Kini

#TNBcareline
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

INFOGRAFIK TERKINI BENCANA BANJIR MTL 2024/2025 NEGERI PAHANG | 02 DISEMBER 2024 (KEMASKINI SEHINGGA 8.00 AM)

Daerah : Raub
PPS : 20
Keluarga : 456
Penduduk terjejas : 1,373

Daerah : Lipis
PPS : 2
Keluarga : 14
Penduduk terjejas : 39

Daerah : Jerantut
PPS : 4
Keluarga : 32
Penduduk terjejas : 105

Sumber : Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang.

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Perkembangan banjir terkini diseluruh negara setakat jam 8 pagi.

#BuletinTV3 #Banjir #MusimTengkujuh
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

#BaganSerai Dua pemuda dari Changkat Jering telah memulakan misi luar biasa dengan berjalan kaki menuju Mekah. Perjalanan mereka bermula pada semalam, 1 Disember 2024 dari Masjid Jamek Kampung Changkat Lobak, dengan tekad dan semangat tinggi untuk menunaikan ibadah haji.

Perjalanan ini dijangka mengambil masa berbulan-bulan, bergantung kepada keadaan cuaca dan laluan yang dilalui. Semoga urusan mereka dipermudahkan dan misi ini berjalan lancar hingga ke destinasi.

#perakPress
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Khairul Aming boleh ambil barang di Mydin bantu mangsa banjir

SHAH ALAM - Syarikat pemborong dan peruncit terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) memudahkan urusan pempengaruh, Khairul Aming bagi meneruskan pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin memberi jaminan untuk membenarkan usahawan itu mengambil barangan di premis miliknya bagi membantu rakyat terkesan.

"Awak boleh ambil barang seberapa banyak awak nak, tak perlu hantar orang atau kad kredit, 20,000 atau 100,000, nanti selepas banjir awak bayarlah," katanya.

Situasi banjir yang dilihat semakin kritikal melanda negeri Kelantan sehingga mencecah hampir 100,000 mangsa.

Ia mendapat perhatian ramai sehinggakan pempengaruh media sosial dan beberapa usahawan tempatan termasuk Khairul Aming turun padang membantu mangsa banjir.

Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menerusi Instagram miliknya memaklumkan sebaik tiba di Kelantan pada Sabtu, dalam tempoh dua jam dia berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.

Dalam pada itu, pihak Mydin turut memberikan sumbangan berbentuk barangan kepada mangsa.

SITI NOOR FAEZAH MUDA
02 Disember 2024 07:08am

Artikel ➡️ Sinar Harian

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Subscribe to a channel