LUNDU, 1 Dis: Dua individu cedera selepas pacuan empat roda yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit di Simpang Bau Palm Oil Mill (BAPOM) petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 2 petang.
Kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 21 dan 22 tahun dikeluarkan dari kenderaan itu dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Kredit ➡️ Bilik Berita CATS - BBcats
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki mabuk diberkas pecah cermin kereta milik warga emas
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tindakan individu dalam keadaan mabuk memecahkan cermin kereta milik seorang lelaki warga emas di Jalan Seri Petaling di sini mengundang padah apabila diberkas pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mangsa lelaki berumur 68 tahun sebelum itu meletakkan kereta Honda City miliknya kira-kira jam 2 petang di tepi jalan di lokasi kejadian.
"Kira-kira jam 5 petang, mangsa mendapati seluruh cermin kereta miliknya telah pecah.
"Siasatan mendapati saksi awam di lokasi kejadian telah melihat suspek sebelum itu membaling batu ke arah cermin kereta mangsa dan terus melarikan diri," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, bertindak atas maklumat suspek terlibat berjaya dikesan dan ditahan di sekitar kawasan berkenaan.
"Suspek merupakan lelaki tempatan berumur 36 tahun serta gelandangan selain dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol serta pengambilan gam.
"Suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
Menurutnya, polis memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.
"Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
01 Disember 2024 01:51pm.
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝐍𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐂𝐈𝐃𝐁 𝐆𝟏 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋❓
𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔😁
DENGAN SETIAP PENDAFTARAN CIDB G1 COMPLETE STB ( TARAF BUMI) ‼️
Percuma Sijil Teknikal✔️
Percuma Bidang CIDB✔️
Percuma Taraf Bumi✔️
......................................................
SIJIL ORIGINAL DAN DIIKTIRAF SEBAGAI SIJIL TEKNIKAL OLEH PIHAK CIDB.
🛑Dijamin harga TERMURAH DIPASARAN
📌 Lesen CIDB G1 ~ G7
📌 Pendaftaran Lesen MOF
📌 Renew MOF
📌 Renew CIDB G1 ~ G7
📌 Renew SSM
Anda nak tahu lebih lanjut.. Tekan link di bawah👇👇
📲 https://wa.link/tr5duh
Lelaki maut dikelar, rakan ditikam parah
KINABATANGAN - Seorang lelaki maut dikelar di bahagian leher manakala seorang lagi parah ditikam di bahagian dada dalam kejadian di kawasan perumahan pekerja ladang di sini pada malam Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang maut Christian Andi, 30-an manakala seorang lagi mangsa yang parah Bernadus Bagalewok, 24, kini sedang dirawat di Hospital Beluran.
Pemangku Ketua Polis Daerah Beluran, Asisten Superintenden Mohd Zulfikar Abd Salam berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital pada jam 2.06 pagi Jumaat.
Katanya, lokasi kejadian terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari Balai Polis Telupid dan sepasukan polis terpaksa melalui jalan tidak berturap dan tanah merah berserta lumpur selain tiada jaringan talian komunikasi.
"Hasil siasatan mendapati, pada hari kejadian terdapat satu sambutan hari jadi salah seorang pekerja ladang sekitar jam 6.30 petang hingga 9 malam.
"Pada jam 11 malam, berlaku kekecohan sehingga terjadi pergaduhan melibatkan suspek dengan mangsa yang maut di mana suspek telah menyerang mangsa sehingga mendapat kecederaan di bahagian leher," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, seorang lagi mangsa yang tinggal berhadapan dengan rumah suspek terdengar kekecohan di luar rumah telah bertindak keluar dari rumahnya.
"Mangsa kemudian melihat suspek keluar dari dalam rumah sambil memegang pisau dan terus meluru ke arahnya lalu terkena tikaman di bahagian tengah dada.
"Mangsa sempat menendang suspek selepas ditikam menyebabkan suspek terjatuh, mangsa kemudian menjerit meminta tolong dan suspek terus melarikan diri bersama pisau yang digunakan," katanya.
Mohd Zulfikar berkata, mangsa yang maut sempat melarikan diri ke arah rumah pekerja di blok berhampiran dengan jarak kira-kira 30 meter dari tempat kejadian untuk meminta bantuan.
"Namun mangsa telah rebah di kerusi depan rumah tersebut dan dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan di bahagian leher akibat dikelar.
"Sementara itu, mangsa yang cedera di dada pula dibawa ke hospital dan kini dirawat di Hospital Duckess of Kent, Sandakan serta dalam keadaan stabil," katanya.
Tambah Mohd Zulfikar lagi, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 302 dan 326 Kanun Keseksaan.
"Siasatan juga mendapati suspek dan mangsa dipercayai mabuk selepas minum minuman beralkohol. Pihak polis sedang giat memburu suspek berusia 40-an yang juga merupakan pekerja ladang di kawasan tersebut.
ASYIKIN ASMIN
01 Disember 2024 02:55pm
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Trak ATM tergelincir semasa redah banjir, tidak libatkan calon SPM
PASIR MAS - Trak tujuh tan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tergelincir semasa Op Murni tidak melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan dengan banjir di Rantau Panjang.
Menurut Markas 2 Divisyen Infantri dalam satu kenyataan berkata, trak terbabit dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi mengambil calon SPM yang terkesan untuk dipindahkan ke Pasir Mas.
"Namun ekoran arus deras di Kalbot Lima menyebabkan ia tergelincir.
"Trak tersebut hanya dinaiki oleh anggota sahaja tidak melibatkan calon SPM," katanya.
Kenyataan terbabit berkata, operasi khas ini telah berjaya dilaksanakan dengan jaya tanpa berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini.
Sinar Harian Online melaporkan arus deras dan paras air yang cepat naik antara cabaran perlu dilalui oleh anggota ATM semasa melakukan Op Murni bagi memindahkan 189 calon SPM yang terkesan banjir di sini ke Pasir Mas.
Operasi tersebut bermula jam 6 pagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi dengan menurunkan 11 buah trak dan 12 bot tempur.
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
01 Disember 2024 04:20pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
'Akhirnya jasad adik ditemui' - Abang
Besut: "Ibu sudah pasrah apabila adik tidak berjaya ditemui selepas membuat pencarian sekitar kampung ketika hari pertama dia keluar rumah pada Khamis lalu," Muhammad Aizuddin Azman, 31.
Aizuddin abang kepada lelaki autisme, Muhammad Helmi, 26, yang ditemukan lemas di anak sungai Keluang Kecil di Kampung Raja, di sini, kira-kira 11.45 pagi semalam.
Menurutnya, ibunya Senah Othman, 64, dan seorang ahli keluarga mencari adiknya sekitar Kampung Limbongan serta Bukit Keluang termasuk kawasan berhampiran.
"Selalunya apabila dia (Helmi) keluar dalam tempoh beberapa jam akan ditemui semula penduduk kampung, tetapi kali ini (hilang) ebih 24 jam.
"Adik suka dengan air, mungkin disebabkan itu dia ambil kunci yang disimpan ibu dan keluar pada awal pagi tanpa disedari oleh sesiapa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, mereka turut membuat hebahan kehilangan adiknya melalui media sosial untuk menjejakinya, namun tidak berjaya ditemui.
"Pada semalam, kami dimaklumkan tentang penemuan satu mayat di kawasan berkenaan oleh orang awam yang memancing di sungai itu.
"Ahli keluarga kami kemudian dipanggil untuk membuat pengecaman dan mengesahkan mayat adik.
"Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Raja kira-kira 11 malam tadi," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata, orang awam ternampak satu mayat tersangkut di dahan pokok di anak sungai Keluang Kecil lalu menghubungi polis.
Disiarkan pada: Disember 1, 2024 @ 1:38pm
Nurul Fatihah Sulaini
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
🎉Gshock Copy Original Murah🎉
Serupa macam yang original ‼️ Harga Murah ‼️ Kualiti Berbaloi ‼️ Janji Tak Rugi‼️ Lelaki Perempuan Boleh Usha‼️
Admin letak harga siap siap supaya korang boleh budjet. Gerenti Copy Ori berkualiti .🎉
Apa yang dapat dengan pembelian ni?
🔰 Free Postage
🔰 Full Set Jam
🔰 Warranty Untuk Enjin 3 Bulan
🔰 Local Postage
🔰 Ready Stock
Mana-mana yang berminat terus whatsapp saya✌️✌️
🔥telegram @hamzahhamka
🔥whatsapp www.wasap.my/+60182415436/GshockMurah88
📲0182415436 Hamkala
/channel/GshockMurah88Copy1
Batu gajah perak..
Penduduk Kampung pisang dan berdekatan dengan sungai kinta diminta berjaga-jaga . Paras Air Zon Merah
#infosemasa
@infosemasaofficial
🔥ADIDAS BLACKFRIDAY SALE🔥
Personalshopper Adidas here!! Free Shipping & Nak installment pun boleh😉
📍 view catalog - /channel/pssueshoppers
📍 instagram - https://www.instagram.com/ps_surayahussin?igsh=c2RkMjEwZ2dmcjlh
ORIGINAL ADIDAS OKAY!🔥
Kejadian berlaku di lampu isyarat hadapan Great Eastern Mall, Ampang menghala ke M City Condo.
Tiada maklumat lengkap diperolehi berhubung kejadian
Sumber : Media Sosial
#infosemasa
Kejadian tanah runtuh berlaku di Taman Sri Cahaya, Batu Gajah, telah menjejaskan keadaan jalan utama di kawasan perumahan tersebut. Beberapa imej yang dirakam menunjukkan jalan tersebut mengalami keretakan teruk dan mendap.
Sumber batu gajah bertuah
#infosemasa
1/12/2024.
Kebakaran yg berlaku di kg pt lapis semarang.
Takziah kpda mangsa terlibat
Lain lain info
#infosemasa
Rakaman video 4x4 menyeberangi jalan runtuh di laluan Kenyir-Aring 8 yang tular pagi ini mencemaskan. Terkini, sisa tebing jalan akhirnya runtuh secara total.
#terengganu Voice
#infosemasa
hi :-
harga new for netflix 1 month only 🤎
1 MONTH : RM25 SAHAJA
✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
✅ SRS BUYER ONLY
berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremium
feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl
channel : /channel/netflixeyqashopp
TERENGGANU 01/12/2024.
Kemalangan di Exit Bukit Payung, Kampung Batu 9.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ Marang Kiter Official
#infosemasa
@infosemasaofficial
Warga emas tinggal seorang diri ditemui mati dengan kesan tikaman
KULAI - Seorang warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman di ruang tamu rumah di Taman Bahagia, Senai pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, lelaki warga tempatan berusia 67 tahun itu dipercayai tinggal berseorangan di rumah tersebut.
"Maklumat berhubung kejadian diterima daripada seorang lelaki tempatan yang menelefon polis sekitar jam 11.42 pagi, Sabtu.
"Pengadu memberitahu telah menjumpai seorang lelaki dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumahnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Seng Lee, hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan tikaman dipercayai menggunakan objek tajam.
"Siasatan di lokasi mendapati tiada barang mangsa yang hilang dan punca kejadian masih dalam siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis menggesa orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Komisioner Nur Aniyah Ismail di talian 013-9792526 atau IPD Kulai 07-6632222," katanya.
NOR AZURA MD AMIN
01 Disember 2024 10:05am
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 01/12/2024
Kemalangan di Lebuhraya Plus, Km 84.0 arah Utara dari Ayer Hitam ke Yong Peng (U) sekitar jam 4 petang tadi.
Sumber ➡️ PLUS
#infosemasa
@infosemasaofficial
Dugaan Buat Pengusaha Bot Nelayan Kg Telaga Papan, Setiu, Terengganu . Tali Bot Putus & Hanyut Dibawa Air Terus Ke Pantai Semoga Dipermudahkan Segala Urusan .
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 01/12/2024.
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan 2 buah kereta di IOI Bandar Putera, Kulai.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Tragedi rebus telur, 33 penghuni tinggal sehelai sepinggang
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my
Batu Pahat: "Ketika sedang rebus telur, saya nampak api di hos gas memasak. Saya kejutkan adik minta bantuan padamkan api tapi gagal," kata Nur Haliza Hisham, 24, selepas lapan rumah di Kampung Parit Lapis Semarang di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Nur Haliza yang juga antara 33 mangsa membabitkan kira-kira lapan keluarga dalam kejadian sekitar jam 8.15 pagi hingga menyebabkan kesemua penghuni tinggal sehelai sepinggang.
Difahamkan, api bermula dari rumah nombor tiga yang didiami Nur Haliza sebelum merebak dan menyambar bumbung kesemua deretan rumah terbabit.
Menceritakan lebih lanjut, dia berkata, pada pagi kejadian, dia bersama adik lelakinya, Hafiz, 20, berada di rumah sambil melakukan kerja harian.
Sebelum kejadian, saya rebus telur dan turut buat kerja lain. Tak lama selepas itu, saya nampak ada api keluar dari hos gas.
"Saya ketakutan lalu minta bantuan adik. Tak lama selepas itu, api makin membesar lalu menyambar bumbung, kami pun segera keluar rumah" katanya ketika ditemui di lokasi.
Sementara itu, Hafiz berkata, sewaktu kejadian dia baru terlelap kerana kepenatan bertugas syif malam sebagai pengawal keselamatan.
"Sebaik dimaklumkan ada api keluar, saya terus ambil kain basah dengan harapan api padam, namun gagal. Saya terus berlari keluar ambil pemadam api tapi makin membesar.
"Bayangkan lapan alat pemadam saya guna pun tak jalan juga. Jiran yang sedar kejadian itu, kemudian menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan," katanya.
Dalam pada itu, Hafiz turut mengalami kecederaan selepas terkena percikan api ketika cuba memadam kebakaran.
Seorang lagi mangsa, Muhamad Azroy Laurai, 36, berkata sebelum kejadian dia terdengar bunyi melalui bumbung zink rumah didiaminya lalu keluar untuk melihat apa yang berlaku.
Katanya, dia ternampak kepulan asap keluar dari rumah jirannya lalu bergegas masuk mengejutkan isteri, Nur Farahim Abd Halim serta anak perempuan berusia dua tahun yang ketika itu sedang tidur.
"Saya cuba dapatkan bantuan tapi gagal. Saya nekad menunggang motosikal hampir lima kilometer ke Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam untuk memaklumkan kebakaran itu.
"Apabila saya kembali ke rumah, saya tengok semua sudah hangus. Semua barang dan juga dokumen penting tidak dapat diselamatkan," katanya.
Disiarkan pada: Disember 1, 2024 @ 2:37pm
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan maut melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kancil di depan SMK Sri Muda, Penaga malam semalam.
Seorang lelaki berusia 24 tahun meninggal dunia di lokasi kejadianbsetelah tercampak ke dalam longkang besar di tepi jalan. Arwah berasal dari Permatang Bendahari seorang peniaga kurma di pekan sehari dan pasar malam di area Penaga.
Salam Takziah, Al Fatihah buat Allahyarham Saiful. Jenazah selamat dikebumikan jam 1130 pagi tadi di Masjid Permatang Bendahari. Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.
#penang Kini
#infosemasa
#Kelantan: Keadaan terkini Jalan Kampung Tujuh berdekatan Taman Sri Bayu di Tumpat yang terputus hubungan sepanjang 60 meter akibat arus deras banjir.
Menurut Jabatan Kerja Raya, tindakan awal penutupan jalan telah dilakukan dan kerja baik pulih tidak dapat dilakukan selagi air belum surut.
📸 Azlim Mansor | BERNAMA
#BernamaNews #Banjir2024
#infosemasa
UPDATE INFO SEMASA BANJIR
air lintas jalan di simpang 3 Kg Budi .
Jln Kg Budi / Kg Pdg Gelam /Kg Bohor ( K 286 )
#JKRkubangpasu
#jkrkedah
#infosemasa
KES: MEDICAL
TARIKH:01/12/2024
MASA: 1202PM
LOKASI:TAMAN KERJASAMA
案件: MEDICAL
日期:01/12/2024
时间: 1202PM
地点: TAMAN KERJASAMA BKT MERTAJAM
#infosemasa
Keadaan terkini banjir di kawasan Gunung Keriang Alor Setar Kedah
1 Disember 2024
8:45 pagi
#pemburukeindahan
#gunungkeriang
#banjir2024
#alorsetar
#kedah
#jitra
Sumber: Mahdzir Hasan Det
KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN DUA KENDERAAN DI SIMPANG JALAN ADDA 4, ADDA HEIGHT, JOHOR BAHRU.
PADA 30 NOVEMBER 2024, JAM LEBIH KURANG 10.35 PAGI, IBU PEJABAT POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN TELAH MENERIMA SATU LAPORAN KEMALANGAN MAUT YANG MELIBATKAN DUA BUAH KENDERAAN DI SIMPANG TIGA, JALAN ADDA 4, ADDA HEIGHT, JOHOR BAHRU.
SIASATAN AWAL MENDAPATI KEMALANGAN TERSEBUT BERLAKU APABILA SEBUAH KENDERAAN SUV JENIS MAZDA CX-5 YANG DIPANDU OLEH SEORANG WANITA BERUSIA 62 TAHUN TELAH KELUAR SIMPANG DAN MELANGGAR BAHAGIAN SISI BELAKANG SEBUAH MPV JENIS TOYOTA ESTIMA YANG SEDANG BERGERAK LURUS. PELANGGARAN INI MENYEBABKAN KENDERAAN MPV TERSEBUT BERPUSING, DAN SALAH SEORANG PENUMPANGNYA TERCAMPAK KELUAR DARI KENDERAAN. PENUMPANG BERKENAAN, SEORANG REMAJA LELAKI BERUSIA 16 TAHUN, WARGA ROHINGYA DISAHKAN MENINGGAL DUNIA DI TEMPAT KEJADIAN MANAKALA PEMANDU MPV HANYA CEDERA RINGAN.
KES INI DISIASAT DI BAWAH SEKSYEN 41(1) ΑΚΤΑ PENGANGKUTAN JALAN 1987 KERANA MENYEBABKAN KEMATIAN AKIBAT KECUAIAN SABIT KESALAHAN BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA SELAMA TEMPOH TIDAK KURANG DARI PADA DUA TAHUN DAN TIDAK LEBIH DARIPADA 10 TAHUN DAN DENDA TIDAK KURANG DARIPADA LIMA RIBU RINGGIT DAN TIDAK LEBIH DARIPADA DUA PULUH RIBU RINGGIT.
USAHA MENGESAN SAKSI BEBAS DAN RAKAMAN CCTV SEDANG DIJALANKAN UNTUK MEMBANTU SIASATAN. PEMANDU KENDERAAN SUV TELAH DITAHAN UNTUK SIASATAN LANJUT, DAN UJIAN SARINGAN AIR KENCING SERTA ALKOHOL MENDAPATI NEGATIF. MAYAT MANGSA TELAH DIHANTAR KE JABATAN
PIHAK POLIS MENYERU SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA AGAR SENTIASA BERHATI-HATI SEMASA MEMANDU, TERUTAMANYA DI KAWASAN SIMPANG ATAU JALAN YANG BERPOTENSI BAHAYA.
MEMASTIKAN KENDERAAN BERADA DALAM KEADAAN SELAMAT DAN MEMATUHI UNDANG-UNDANG, TERMASUK MEMPERBAHARUI LESEN KENDERAAN MOTOR (LKM).
MENGGUNAKAN TALI PINGGANG KELEDAR DENGAN BETUL, TERMASUK BAGI PENUMPANG BELAKANG, UNTUK MENGELAKKAN RISIKO KECEDERAAN ATAU KEMATIAN.
SEKIAN TERIMA KASIH.
(RAUB BIN SELAMAT ACP KETUA POLIS DAERAH JOHOR BAHRU SELATAN
Beberapa kawasan dinaiki air di Batu Gajah
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
1 Disember 2024, 11:42 am
IPOH – Hujan lebat yang berterusan sejak semalam sehingga pagi ini menyebabkan beberapa kawasan di sekitar Batu Gajah dinaiki air.
Menerusi perkongsian pengguna media sosial sejak semalam, antara kawasan dikenal pasti terlibat termasuklah di Kampung Bali, Kampung Ara Payung serta di Tanjung Tualang di daerah Kinta.
Sementara itu, warga Batu Gajah serta Ipoh didapati mengemas kini hantaran di laman Facebook beberapa jam sekali dengan menyatakan hujan masih lagi berterusan di kawasan tempat tinggal mereka walaupun ada lokasi yang hujan telah berhenti pagi tadi.
Seorang pesara, Muhammad Nor Alwi, 67, berkata, rumahnya di Kampung Pisang, Batu Gajah telah dinaiki air pagi tadi dan berharap keadaan itu tidak menjadi lebih serius.
“Ada kawasan telah dinaiki air, namun ada juga yang telah surut. Buat masa ini memang semua penduduk dalam keadaan berjaga-jaga,” katanya.
Sementara itu, jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Perak memaklumkan keadaan masih lagi terkawal dengan tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat pukul 9.30 tadi. – KOSMO! ONLINE
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
ADA YANG NAK SEWA LORI TAK..?
3 TAN, DAN 5 TAN
‼️‼️SEWA LORI SEMENANJUNG ‼️‼️
🚨🚨🚨🚨 AZF TRANSPORT 🚨🚨🚨🚨
LOCAL KL DAN SELANGOR
SELURUH SEMENANJUNG
Servis Kami :-
📍Pindah rumah 🏡
📍Pindah barang pejabat 🏘
📍Barangan kilang 🏭
📍Barangan runcit 🗃
📍Barangan perabot 🚚
📍Penghantaran motorsikal 🛵
📍Punggah sayur & buah🥗
📍 lain-lain lagi..
Contact kami 🫡
Wasap.my/601153108172/lorisewa