🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁
Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!
Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅
100% selamat dan mudah! 💯
Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗
Password? Tak perlu! 🔒
Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀
👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com
#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe
Bomba tangkap ular sawa kenyang telan kambing
02 Disember 2024, 6:01pm
SIK: Seorang wanita terkejut apabila ternampak seekor ular sawa yang kekenyangan dipercayai baru menelan kambing peliharaannya di Kampung Keda Bendang Man, di sini, hari ini.
Wanita berusia 50-an itu menyedari kejadian itu ketika sedang menoreh getah berhampiran kandang kambing berkenaan kira-kira jam 10 pagi tadi.
Wanita itu kemudian menghubungi pihak Bomba untuk mendapatkan bantuan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Shahril Salleh tiba di lokasi bersama tujuh anggota di lokasi kejadian.
Beliau berkata, ular sawa batik itu berkemungkinan tersesat selepas bencana banjir berlaku beberapa hari lalu.
Reptilia seberat 15 kilogram dan panjangnya empat meter dipercayai lapar dan baru selesai menelan kambing Boer milik penduduk kampung itu.
“Bomba mengambil masa 15 minit untuk menangkap ular sawa itu kerana saiznya yang besar dan berat menyebabkan ia susah untuk ditarik ke ruang kerja selesa,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Zulkhairi berkata, ular sawa itu berjaya ditangkap menggunakan penjerut dan dilakukan dengan berhati-hati walaupun reptilia itu kekenyangan.
Beliau menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika perubahan cuaca ini terutama ketika pembersihan rumah.
“Pelbagai hidupan liar berbisa berbahaya seperti lipan, ular dan sebagainya boleh masuk ke kediaman penduduk untuk mendapatkan perlindungan selain sumber makanan,” katanya
Artikel Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kasut cun.. Ringan dan selesa.. Kualiti superb! Tunggu lama nanti confirm habis 😩
Tengoklah kalau masih ada stock 👉 https://s.shopee.com.my/3q6LgctLnm
Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️
/channel/AIZZATxSIGNAL
Yg nak mai kot alor setaq,jgn lalu kot ank bukit,ayaq surut sikit ja…kereta pun bnyak breakdown pasai yakin sgt😅
jgn gagah laa…bnyak kes dah tu..cari yg jalan kita tak tnggung risiko..semuga Baik baik semua takecare #everyone
my friend
Semoga Allaah permudahkn segala urusan pelajar² yg dilanda musibah banjir sewaktu menduduki peperiksaan SPM.
InsyaaAllaah
Status Terkini Bencana Banjir kedah
| 2 Disember 2024, setakat jam 2:00 petang.
Dari Lensa mata Drone dn kenderaan darat
Kongsi Suasana terkini.
‼️𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍‼️
🔊🔊 HEBAHAN BUAT PENDUDUK NEGERI KEDAH
📌 𝐒𝐓𝐀𝐓𝐔𝐒 𝐓𝐄𝐑𝐊𝐈𝐍𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐊𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐄𝐋𝐄𝐊𝐓𝐑𝐈𝐊 𝐀𝐊𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐁𝐀𝐍𝐉𝐈𝐑 𝐃𝐈 𝐒𝐄𝐊𝐈𝐓𝐀𝐑 𝐍𝐄𝐆𝐄𝐑𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐏𝐀𝐃𝐀 📆𝟎𝟐.𝟏𝟐.𝟐𝟎𝟐𝟒 @ ⏰ 𝟏𝟐 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐀𝐇𝐀𝐑𝐈 💦 💦🔰
Pelanggan yang dihargai,
📝 Setakat jam 12 tengahari 2 Disember 2024, terdapat penambahan pencawang elektrik yang dihentikan bekalan elektrik ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan di sekitar Alor Setar.
Berikut adalah pencawang elektrik yang tidak mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat:
➡️ Alor Setar : ⤵️
☑️ 1.Kampung Bukit Derang
☑️ 2.Kampung Bukit Hijau
☑️ 3.Kem TUDM
☑️ 4.Kampung Alor Madi
☑️ 5.Kampung Pulau Kerengga
☑️ 6.Rumah PAM Alor Gunung
☑️ 7.Kampung Titi Gajah 1
☑️ 8.Kampung Alor Perang
☑️ 9.Kampung Alor Senjaya
➡️ Sik: ⤵️
☑️ 1.Kampung Padang Chicar
⚠️ PERINGATAN:
👉 Lindungi diri anda dan keluarga di kawasan banjir dengan mengamalkan langkah-langkah keselamatan elektrik ini.
Kesabaran dan keprihatinan anda amat dihargai.
Sumber: TNB CareLine
#HH
#WartaKedah
#UnitMediaKedah
#InfoTnbCareline
#GangguanBekalanElektrik
#LindungDiriLindungSemua
#TMK2025
#ExperienceKedah
#Kedah
#KedahSejahteraNikmatUntukSemua
#infosemasa
@infosemasaofficial
Dapur bakar pelet kayu meletup, 4 pekerja melecur
02 Disember 2024, 2:14pm
KUCHING: Empat pekerja melecur apabila ‘dapur’ tempat pembakaran kayu di sebuah kilang membuat pelet di Miri, meletup hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 10.42 pagi.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong diarah ke lokasi sejurus menerima panggilan itu.
“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran terkawal dan tidak membabitkan struktur kilang, namun empat pekerja mengalami kecederaan apabila melecur dalam kejadian itu.
“Kesemua mangsa dihantar ke hospital berdekatan menggunakan van kilang untuk mendapatkan rawatan awal sebelum bomba tiba di lokasi,” katanya.
Beliau berkata, dapur pembakaran pelet kayu itu meletup ketika kerja-kerja mengimpal dijalankan.
Menurutnya, daripada empat mangsa itu, seorang iaitu warga China mengalami kecederaan parah apabila melecur teruk manakala tiga lagi turut melecur tahap sederhana.
Warga China yang parah itu dikenali sebagai Dai Jiong Huo, manakala tiga lagi iaitu seorang warga Indonesia, Wawan Firmansyah melecur di badan dan tangan manakala dua rakyat tempatan iaitu, Wong King Hee melecur di tangan, dan Ahmad Azizi Farhan melecur di badan dan tangan.
“Punca kejadian dan jumlah kerugian yang dialami kilang itu masih dalam siasatan lanjut,” katanya.
#BuletinTv3
#infosemasa
RAMALAN CUACA SIGNIFIKAN
Berdasarkan analisis model-model cuaca terkini, penumpuan angin dijangka berlaku di Kelantan dan Terengganu bermula pada petang, 3 Disember hingga awal pagi, 4 Disember 2024. Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dalam tempoh tersebut. Luruan monsun pula dijangka bermula pada 8 hingga 14 Disember 2024. Keadaan ini pula berpotensi menyebabkan hujan berterusan di timur Semenanjung dalam tempoh berkenaan.
Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
Ketua Pengarah
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia)
Masa dikeluarkan: 1:30 tengah hari
Tarikh: 02 Disember 2024
#ramalancuacasignifikan
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI
#infosemasa
Inhaler ni bagus untuk yang susah tido malam.
Min mintak tolong tekan link bawah ni je tak mintak korang beli pun 🙂
https://s.shopee.com.my/qSil2pYBk
Perkembangan banjir terkini diseluruh negara setakat jam 3 petang
#BuletinTV3 #Banjir #MusimTengkujuh
#infosemasa
HANYA RM100.00 SAJA UNTUK UDARA SEGAR & BERSIH DI RUMAH ANDA!
.
Adakah aircond rumah/pejabat anda ada masalah berikut?
😰 Tidak sejuk atau kurang sejuk
😰 Air aircond menitis, bocor
😰 Kotor, berminyak, berkulat
.
Bukan saja khidmat servis dan overhaul aircond, kami juga boleh supply dan install semua jenis aircond, kipas dan lampu.
.
Hubungi kami sekarang dan kami akan setelkan masalah-masalah tersebut!
wasap.my/60138068166
wasap.my/60138068166
wasap.my/60138068166
.
Lovsika Legacy (3563246-U)
Berpengkalan di Setiawangsa, Kuala Lumpur, kami adalah syarikat bumiputera yang berpengalaman lebih dari 10 tahun dalam bidang pemasangan, servis dan jual beli aircond untuk rumah kediaman, kedai, pejabat dan sekolah di sekitar Kuala Lumpur & Selangor.
.
#lovsikalegacy #servisaircond #serviceaircondmurah #serviceaircondkl #serviceaircondselangor
hi :-
harga new for netflix 1 month only 🤎
1 MONTH : RM25 SAHAJA
✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
✅ SRS BUYER ONLY
berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremium
feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl
orang sibuk ngan banjir, boleh pula pencuri menyempat nak sobat kereta kan da kene ditahan
#infosemasa
Lelaki curi duit tabung surau ditahan polis
Oleh Farwizah Samsudin -December 2, 2024
SEORANG lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai mencuri duit tabung derma surau di kawasan Semerah dan Parit Yaani, Batu Pahat pada 23 November lalu.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, pihaknya juga telah mengesan rakaman litar tertutup yang dimuat naik di media sosial memaparkan seorang lelaki berlegar-legar di kawasan ruang solat sebuah surau sebelum bertindak mengumpil tabung derma.
Beliau berkata, pihaknya telah menerima sebanyak empat laporan polis yang dibuat oleh pihak pengurusan surau dari kawasan Semerah dan Parit Yaani.
“Bertindak atas maklumat, seorang lelaki berusia 35 tahun telah ditahan di kawasan Parit Sulong, Batu Pahat pada 25 November pukul 12.10 tengah hari.
“Turut dirampas adalah pakaian yang digunakan suspek semasa kejadian seperti yang dirakam dalam rakaman kamera litar tertutup,” katanya dalam satu kenyataan.
Jelasnya, suspek kini ditahan reman sehingga Selasa dan kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Tambahnya, polis percaya dengan penahanan suspek ini dapat menyelesaikan sekurang-kurangnya lima kes yang melibatkan suspek sama dalam kejadian curi tabung surau di kawasan Semerah serta Parit Sulong.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi balai polis berdekatan atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999.
#UtusanTV
#infosemasa
@infosemasaofficial
SELANGOR 02/12/2024.
Kemalangan melibatkan 3 buah kenderaan di Ladang Guru Nanak, Serendah sekitar jam 12.20 tengah hari tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
2 DISEMBER 2024 1840HRS BBP RAUB Pasukan Cekap bergegas ke Khidmat Khas Pintu Kereta Terkunci bertempat di Kawasan Perniagaan Putra, Raub.
Terdapat seorang kanak-kanak lelaki terkunci dalam kenderaan dan Pasukan Cekap melaksanakan operasi membuka pintu kenderaan dengan peralatan khas dan kanak-kanak tersebut dalam keadaan baik dan kenderaan diserahkan kembali kepada waris pemilik.
#infosemasa
@infosemasaofficial
Baju kurung mini cantik dan murah je..ada 10 colour dan ada size daripada xs hingga 3xl..ada offer 15% off awal bulan 12 ni untuk 50 terawal sahaja!! 😍😍👇👇
https://s.shopee.com.my/6pjvjcdGpe
TERKINI
Kemalangan kereta dan lori berhampiran persimpangan Bandar Mahkota, Banting.
Hati-hati memandu.
#infosemasa
#Terengganu: Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat bersama polis serta penduduk kampung membawa jasad lelaki berusia 36 tahun yang lemas selepas motosikal yang ditungganginya dihanyutkan arus di ladang kelapa sawit Felda Kerteh 3 Dungun semalam.
Jasad lelaki itu ditemukan pasukan keselamatan dan orang ramai pada 2.20 petang tadi.
📸 : Zulfadhli Zulkifli | BERNAMA
#BernamaImages
#BernamaNews
#Banjir
#infosemasa
@infosemasaofficial
Seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas motosikal yang ditunggangnya dihanyutkan arus ketika cuba menyebarang laluan utama yang dinaiki air di sebuah ladang kelapa sawit di Felda Kerteh 3, Dungun, Terengganu semalam.
Ketua Polis Daerah Dungun SUPT Maizura Abdul Kadir ketika dihubungi mengesahkan kejadian yang berlaku sekitar 5 pagi semalam (Ahad) itu.
Katanya sebelum itu mangsa yang berusia 36 tahun bersama dua individu lagi memasuki kawasan ladang berkenaan pada Sabtu sekitar jam 5 petang.
Ketika dalam perjalanan pulang, dua rakan mangsa berjaya menyeberang jalan yang dinaiki air dengan menaiki lori.
Namun motosikal yang ditunggang mangsa secara tiba-tiba dihanyutkan arus deras.
Rakan mangsa yang menyedari kejadian itu cuba membantu, namun mangsa tidak lagi kelihatan.
Kredit Video : Zulfadhli Zulkifli.
#digitalbernamatv
#banjir
#lemas
#terengganu
.
Kredit @sinarharian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pernah terfikir tak kalau Ai bantu korang untuk trade dan dapat profit mcm ni every month??
Haa mudah kan teknologi skrg,dgn adanya robot AI x perlu lg fikir bila waktu utk trade,Ai dah bantu kita daripada segi entry n close order,jadi apa yg perlu korang buat?x perlu buat apa just set n forget,
Sistem ni kami dh RND selama 5 bulan dan semua setup yg profit kami dh develop didalam program ni,
Jd jom dapatkan AI robot ni dengan harga harga 100 usd lifetime untuk jana income lebih
https://wa.link/7eukg8
Pelajar UiTM Jasin maut dalam perjalanan ke kampus
NOR FARHANA YAACOBNOR FARHANA YAACOB
02 Disember 2024 02:05pm
JASIN - Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Jasin-Merlimau di sini pada pagi Isnin.
Kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu menyebabkan mangsa, Muhammad Irfan Roslan, 20, yang dalam perjalanan ke kampus dengan menunggang motosikal Yamaha NVX meninggal dunia di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, ketika kejadian, mangsa yang mengambil jurusan Kejuruteraan Maklumat Komputer dalam perjalanan dari arah Merlimau menuju ke Jasin.
"Namun setiba di lokasi, motosikal mangsa dipercayai terbabas dan masuk ke arah jalan bertentangan.
"Kenderaan SUV jenis Proton X70 dipandu kontraktor berusia 39 tahun datang dari arah bertentangan tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan motosikal mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Tambahnya, mangsa yang merupakan anak keempat daripada lima beradik disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas perubatan akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
"Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Jasin untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.
"Kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
#SinarHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial
🔥ADIDAS BLACKFRIDAY SALE🔥
Personalshopper Adidas here!! Free Shipping & Nak installment pun boleh😉
📍 view catalog - /channel/pssueshoppers
📍 instagram - https://www.instagram.com/ps_surayahussin?igsh=c2RkMjEwZ2dmcjlh
ORIGINAL ADIDAS OKAY!🔥
AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pahang (Pekan dan Rompin) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang) • WP Putrajaya • Negeri Sembilan (Seremban, Port Dickson dan Rembau) • Johor (Segamat dan Mersing) sehingga 3:00 petang; Isnin, 2 Disember 2024.
⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Dikeluarkan pada: 12:50 tengah hari, 2 Disember 2024
#ributpetirmetmalaysia
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
#infosemasa
@infosemasaofficial
Sebentar tadi kemalangan melibatkan sebuah kereta dan motorsikal di simpang kampung tangga mawang jalan serian-tebedu. Mohon semua berhati-hati
#sarawak
#infosemasa
(Di kemaskini)
Penunggang motosikal nyaris maut tercampak dari lebuh raya ke dalam sungai
KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal nyaris maut apabila tercampak ke dalam sungai selepas motosikal ditunggangi bersama isteri dan anaknya terbabit kemalangan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di sini, hari ini.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Zainal Abidin Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 1.26 petang.
Menurutnya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat kemudiannya segera dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda RS150 dinaiki tiga individu iaitu lelaki dan wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.
“Penunggang motosikal iaitu seorang lelaki tempatan tercampak ke dalam sungai yang berada di bawah lebuh raya berkenaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, bagaimanapun berjaya diselamatkan anggota bomba serta orang awam di lokasi kejadian.
“Mangsa mengalami kecederaan patah bahagian kaki kanan manakala isteri dan anaknya mengalami kecederaan ringan serta diberikan rawatan awal.
“Semua mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.
“Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
01 Disember 2024, 8:50pm
#Buletin Tv3
#infosemasa
Remaja maut, adik cedera motosikal terbabas langgar besi penghadang jalan
KUCHING: Seorang remaja lelaki maut manakala adiknya cedera selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer (KM) 84, Jalan Kuching-Sri Aman dekat Serian pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Serian DSP Neil Beginda berkata dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.50 petang itu, motosikal ditunggang mangsa Jarren Lim Zhi Hung, 17, bersama adiknya Garren Lim Zhi Yang, 13, hilang kawalan lalu terbabas sebelum melanggar besi penghadang jalan.
Katanya, siasatan awal mendapati dua beradik itu bergerak dari arah Sri Aman menuju ke arah Kuching.
"Semasa sampai di tempat kejadian iaitu di KM 84 Jalan Kuching-Sri Aman, motosikal yang ditunggang oleh Jarren telah merapat ke kiri jalan lalu melanggar besi penghadang jalan.
"Jarren bersama adik lelakinya Garren telah jatuh di atas bahu jalan dan motosikal telah terbabas ke lorong sebelah kanan lalu melanggar besi penghadang jalan," katanya dalam satu kenyataan.
Neil berkata akibat kemalangan itu, Jarren yang cedera parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik dari Hospital Serian.
Sementara adiknya yang mengalami kecederaan, dihantar ke Hospital Serian untuk mendapat rawatan lanjut, tambahnya.
Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serian untuk tindakan lanjut.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," ujarnya.
Oleh Patricia Gari
Kredit ➡️ Utusan Borneo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial