Nyaris maut tercampak dari lebuh raya ke dalam sungai
Kuala Lumpur: Penunggang motosikal nyaris maut apabila tercampak dalam sungai selepas motosikal ditunggang bersama isteri dan anaknya terbabit kemalangan di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) di sini, hari ini.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Zainal Abidin Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 1.26 petang.
Menurutnya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat kemudiannya segera dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Honda RS150 dinaiki tiga individu iaitu lelaki dan wanita serta seorang kanak-kanak perempuan.
"Penunggang motosikal iaitu seorang lelaki tempatan tercampak ke dalam sungai yang berada di bawah lebuh raya berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, bagaimanapun berjaya diselamatkan anggota bomba serta orang awam di lokasi kejadian.
"Mangsa mengalami kecederaan patah bahagian kaki kanan manakala isteri dan anaknya mengalami kecederaan ringan serta diberikan rawatan awal.
"Semua mereka kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut.
"Kes diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Disiarkan pada: Disember 1, 2024 @ 8:35pm
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
SERVICE NAIKKAN FOLLOWERS , VIEW & LIKE DI TIKTOK 🫶🏻
3k view + 300 like
— rm 10 sahaja
20k view + 500 like
— rm 15 sahaja
50k view + 1k like
— rm 20 sahaja
80k view + 2k like
— rm 35 sahaja
250k view + 5k like
— rm 100 sahaja
800k view + 8k like
— rm 150 sahaja
FOLLOWERS 👇🏻
500 followers rm 25
1000 followers rm 30
2000 followers rm 55
3000 followers rm 80
5000 followers rm 100
10k followers rm 200
feedback @boostsocmedmurah
feedback @boostsocmedmurah
https://wa.me/60182242808?text=nakbeliservicetiktok
SARAWAK 01/12/2024.
Kemalangan maut melibatkan motosikal dan kereta di Balai Ringin, lewat petang tadi.
Sumber ➡️ Sarawak Edition
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kes bunuh berlaku di satu Condo, Kuching. Mangsa lelaki dari Miri berumur 22 tahun maut.
#Sarawak viral
#infosemasa
Kes bunuh berlaku di satu Condo, Kuching. Mangsa lelaki dari Miri berumur 22 tahun maut.
#Sarawak viral
#infosemasa
Taman Fairpark di Ipoh Perak juga dilaporkan dinaiki air banjir. Difahamkan, kejadian tersebut belum pernah berlaku di kawasan tersebut. Berdasarkan visual yang dikongsi oleh warga taman itu, situasi terkini menunjukkan keadaan air banjir termenung. Beberapa anggota bomba dan polis turut dilaporkan sedang memeriksa kawasan dan warga di sekitar taman berkenaan.
#Banjir2024 #AWANInews
#infosemasa
Baju kurung adira cantik dan murah je..ada 10 colour dan ada size daripada xs hingga 3xl..ada offer 15% off awal bulan 12 ni untuk 50 terawal sahaja!! 😍😍👇👇
https://s.shopee.com.my/1B5X2rq5a5
Rakaman video 4x4 menyeberangi jalan runtuh di laluan Kenyir-Aring 8 yang tular pagi ini mencemaskan.
Terkini, sisa tebing jalan akhirnya runtuh secara total.
#terengganuvoice
#infosemasa
@infosemasaofficial
Ahad.
01 Disember 2024.
Kemalangan Jalan Raya Kendiri di Simpang BAPOM.
Panggilan kecemasan : 14:13:51 petang.
Jarak kecemasan : 42km.
Laporan Komander Operasi :
Setiba di tempat kejadian, di dapati panggilan kecemasan yang di terima adalah benar. Di dapati kemalangan kendiri melibatkan kereta jenis Pick-Up Toyota Hilux berwarna kelabu. Terdapat 2 orang mangsa di dalam kenderaan tersebut. Seorang mangsa lelaki dewasa berada di bahagian pemandu dan seorang mangsa perempuan dewasa berada di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.
Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut. Tiada mangsa tersepit seperti yang di lapor. Anggota EMRS membuat rawatan awal dengan memasang Cervical Collar pada kedua-dua mangsa. Mangsa pertama lelaki berjaya di keluarkan dan di bawa ke Hospital Lundu dengan menggunakan Ambulans Bomba. Mangsa ke-2 berjaya di keluarkan dan mengadu sakit pada paha sebelah kanan. Setelah ambulans Hospital Lundu sampai di lokasi, mangsa telah di serahkan untuk tindakan selanjutnya. Setelah mendapati keadaan sekeliling selamat dan terkawal, Pasukan Bomba bertolak balik ke balai.
Sekian.
Kredit ➡️ BBP LUNDU
#infosemasa
@infosemasaofficial
Banjir terburuk di bandar Batu Gajah sejak 30 tahun lalu – Penduduk
Oleh LIYANA RAMLI
1 Disember 2024, 5:11 pm
BATU GAJAH – Penduduk di sekitar Batu Gajah menyifatkan banjir di pusat bandar terutamanya di Jalan Bandar Baharu Batu Gajah 1 sebagai banjir yang terburuk sejak 30 tahun lalu.
Seorang penduduk Batu Gajah, Roslin Khariri, 51, berkata, dia yang telah berpuluh tahun berniaga di sana tidak pernah berhadapan dengan tahap banjir direkodkan di sana hari ini.
“Peniaga di sekitar Jalan Bandar Baharu Batu Gajah 1 juga terjejas akibat dilanda banjir kilat disebabkan hujan lebat pagi tadi.
“Sebuah pasar raya di sini juga terpaksa tutup akibat paras air sudah melebihi paras lutut kira-kira pada pukul 1 petang tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Sementara itu, seorang peniaga sebuah restoran di sini, Juliana Mohd. Hanifah, 45, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan premis miliknya sudah dinaiki air pada pukul 10 pagi.
“Selama tiga tahun beroperasi di sini, ini kali pertama kejadian banjir yang teruk sehingga melepasi paras pinggang. Saya harap banjir ini akan cepat surut agar kami boleh kembali beroperasi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Aizal Imri berkata, seramai 20 orang termasuk pekerja di premis-premis di sini berjaya dikeluarkan.- KOSMO! ONLINE
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
30 NOVEMBER 2024 2013HRS BBP RAUB Pasukan Cekap bergegas ke Kes Khidmat Khas Kemalangan Jalanraya bertempat di berhampiran Persimpangan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama di Batu 3 Raub dan mengalami kebakaran kecil dan telah dipadamkan oleh orang awam.
Setibanya di lokasi didapati terdapat sebuah kereta telah terbabas dan melanggar tiang elektrik di tengah jalan dan terdapat seorang mangsa lelaki dewasa tidak tersepit telah dikeluarkan oleh anggota bomba di lokasi dan seterusnya dibawa ke Hospital Raub dengan menggunakan jentera EMRS.
Pasukan Cekap seterusnya melaksanakan pemutusan bekalan kuasa dan melaksanakan pemeriksaan persekitaran bagi memastikan keadaan selamat.
#infosemasa
INFO KEMALANGAN (E2 : LEBUHRAYA UTARA-SELATAN)
5.24pm🔸PLUS@E2: Awas ⚠ Terdapat kemalangan di KM 260.2 arah Utara dari Port Dickson (U) ke Seremban. Lorong kiri dan lorong tengah terhalang. Trafik sesak 5km.
Sila fokus pada pemanduan. Awasi jarak selamat kenderaan anda. Utamakan keselamatan dan nyawa anda !
Kredit ➡️ LLM
#infosemasa
@infosemasaofficial
TERENGGANU 01/12/2024.
Kemalangan di Exit Bukit Payung, Kampung Batu 9.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ Marang Kiter Official
#infosemasa
@infosemasaofficial
🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁
Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!
Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅
100% selamat dan mudah! 💯
Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗
Password? Tak perlu! 🔒
Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀
👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com
#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe
Rakaman video 4x4 menyeberangi jalan runtuh di laluan Kenyir-Aring 8 yang tular pagi ini mencemaskan.
Terkini, sisa tebing jalan akhirnya runtuh secara total.
#terengganuvoice
#infosemasa
Keadaan paras air Sg Kinta di Kampung Pisang pada petang ini nampaknya amat membimbangkan. Penduduk Kampung pisang dan berdekatan dengan sungai kinta diminta berjaga-jaga.
📹 faizaljoe
#perak Press
#infosemasa
Hoh tu diaa...Tanah mendap jalan masuk ke Kubur Maras, tepi billion langgar Kota Bharu. Hati2 hok mano nak guna laluan ni.
#hello Kelantan
#infosemasa
#ViralVideo Seorang Pakcik ditemui terbabas ke dalam parit di sebuah kawasan Sri Medan Batu Pahat. Alhamdulillah Tindakan Pantas seorang lelaki telah menyelamatkan nyawa pakcik ini
Kredit Video Muhd Sufi
#Parit raja ayer hitam
#infosemasa
Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️
/channel/AIZZATxSIGNAL
INFO KEMALANGAN (E2 : LEBUHRAYA UTARA-SELATAN)
5.24pm🔸PLUS@E2: Awas ⚠ Terdapat kemalangan di KM 260.2 arah Utara dari Port Dickson (U) ke Seremban. Lorong kiri dan lorong tengah terhalang. Trafik sesak 12km.
Sila fokus pada pemanduan. Awasi jarak selamat kenderaan anda. Utamakan keselamatan dan nyawa anda !
Kemalangan membabitkan dua buah kereta di IOI Bandar Putra Kulai, Johor Sebentar tadi (1/12/2024)
P/s : Tarikh dashcam tidak disetting
Kredit : Orang Kulai
LUNDU, 1 Dis: Dua individu cedera selepas pacuan empat roda yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit di Simpang Bau Palm Oil Mill (BAPOM) petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 2 petang.
Kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 21 dan 22 tahun dikeluarkan dari kenderaan itu dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Kredit ➡️ Bilik Berita CATS - BBcats
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki mabuk diberkas pecah cermin kereta milik warga emas
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tindakan individu dalam keadaan mabuk memecahkan cermin kereta milik seorang lelaki warga emas di Jalan Seri Petaling di sini mengundang padah apabila diberkas pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mangsa lelaki berumur 68 tahun sebelum itu meletakkan kereta Honda City miliknya kira-kira jam 2 petang di tepi jalan di lokasi kejadian.
"Kira-kira jam 5 petang, mangsa mendapati seluruh cermin kereta miliknya telah pecah.
"Siasatan mendapati saksi awam di lokasi kejadian telah melihat suspek sebelum itu membaling batu ke arah cermin kereta mangsa dan terus melarikan diri," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, bertindak atas maklumat suspek terlibat berjaya dikesan dan ditahan di sekitar kawasan berkenaan.
"Suspek merupakan lelaki tempatan berumur 36 tahun serta gelandangan selain dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol serta pengambilan gam.
"Suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
Menurutnya, polis memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.
"Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
01 Disember 2024 01:51pm.
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝐍𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐂𝐈𝐃𝐁 𝐆𝟏 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋❓
𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔😁
DENGAN SETIAP PENDAFTARAN CIDB G1 COMPLETE STB ( TARAF BUMI) ‼️
Percuma Sijil Teknikal✔️
Percuma Bidang CIDB✔️
Percuma Taraf Bumi✔️
......................................................
SIJIL ORIGINAL DAN DIIKTIRAF SEBAGAI SIJIL TEKNIKAL OLEH PIHAK CIDB.
🛑Dijamin harga TERMURAH DIPASARAN
📌 Lesen CIDB G1 ~ G7
📌 Pendaftaran Lesen MOF
📌 Renew MOF
📌 Renew CIDB G1 ~ G7
📌 Renew SSM
Anda nak tahu lebih lanjut.. Tekan link di bawah👇👇
📲 https://wa.link/tr5duh