𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞
𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚
Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.
Masuk channel untuk trade bersama kami.
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia
PENGAKTIFAN LALUAN ‘SMART LANE’ DI E2: LEBUHRAYA PLUS
TARIKH : 16 NOVEMBER 2024 (SABTU)
LOKASI : KM 4.5 - KM 1.9 ARAH SELATAN (DATO’ ONN KE PERSIMPANGAN PASIR GUDANG)
MASA : 6.00 PAGI – 8.00 MALAM
Pengguna perlu memberi perhatian dan mengikuti arahan papan tanda mula dan tamat di lokasi. Kenderaan ringan sahaja. Berhati-hati memandu.
---------------------------------------------
PENGAKTIFAN LALUAN ‘SMART LANE’ DI E2: LEBUHRAYA PLUS
TARIKH : 16 NOVEMBER 2024 (SABTU)
LOKASI : KM 0.4 - KM 6.0 ARAH UTARA (PANDAN KE KEMPAS)
MASA : 6.00 PAGI – 8.00 MALAM
Pengguna perlu memberi perhatian dan mengikuti arahan papan tanda mula dan tamat di lokasi. Kenderaan ringan sahaja. Berhati-hati memandu.
---------------------------------------------
PENGAKTIFAN LALUAN ‘SMART LANE’ DI E2: LEBUHRAYA PLUS
TARIKH : 16 NOVEMBER 2024 (SABTU)
LOKASI : KM 27.0 - KM 19.0 ARAH SELATAN (KULAI KE SENAI)
MASA : 6.00 PAGI – 8.00 MALAM
Pengguna perlu memberi perhatian dan mengikuti arahan papan tanda mula dan tamat di lokasi. Kenderaan ringan sahaja. Berhati-hati memandu.
---------------------------------------------
PENGAKTIFAN LALUAN ‘SMART LANE’ DI E2: LEBUHRAYA PLUS
TARIKH : 16 NOVEMBER 2024 (SABTU)
LOKASI : KM 19.0 - KM 27.0 ARAH UTARA (SENAI KE KULAI)
MASA : 6.00 PAGI – 8.00 MALAM
Pengguna perlu memberi perhatian dan mengikuti arahan papan tanda mula dan tamat di lokasi. Kenderaan ringan sahaja. Berhati-hati memandu.
Sumber ➡️ Lembaga Lebuhraya malaysia
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kerana salah faham, lelaki OKU dipukul di Dataran Shah Alam
Shah Alam: Angkara perselisihan faham, seorang lelaki mendakwa dihalau sebelum dipukul individu tidak dikenali dalam kejadian di Dataran Shah Alam, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, mangsa berusia 40-an yang juga pemegang kad OKU memaklumkan dia bersendirian dalam kereta di lokasi berkenaan sebelum didatangi suspek.
"Suspek kemudian menghalau mangsa keluar dari kawasan itu sebelum berlaku pertengkaran antara kedua-dua mereka.
"Suspek dipercayai bertindak memukul mangsa dengan tangan sebelum mangsa kemudiannya bertindak membalas pukulan suspek.
"Kejadian itu bagaimanapun dileraikan orang ramai yang berada di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, akibat kejadian mangsa mengalami calar di bahagian lengan kanan dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor Nor Idayu Abdul Aziz di talian 019-9459062.
Terdahulu, tular rakaman yang memaparkan pergaduhan melibatkan dua individu di kawasan Dataran Shah Alam di sini sebelum kedua-dua individu itu dileraikan orang ramai.
Disiarkan pada: November 15, 2024 @ 11:24pm
Norzamira Che Noh
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 15/11/2024.
Kemalangan melibatkan 2 buah kereta di Jalan Tanjung Sedili ke Tanjung Balau, Kota Tinggi malam ini.
Menurut sumber, semua mangsa terlibat dalam keadaan selamat.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
First time dalam hidup ada penumpang yg tak diundang. Demi Allah, yg pelik bila pusing camera ke belakang audio jadi rosak dan tiber bunyi angin atau kain berkibas 😰
Hantu apa ni? Pocong ke? 😮💨
Kredit : Rifaikhan08
#infosemasa
@infosemasaofficial
Ramalan Awal Banjir Negeri Johor, Kelantan, Terengganu & Pahang.
#jpsmalaysia
#jayakanperkhidmatansempurna
Sumber ➡️ Jabatan pengairan dan saliran malaysia
#infosemasa
@infosemasaofficial
Netflix Murah By Moksin Store 🔥
Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅
Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Boleh cuba pakej yang tuan / puan minat di moksin store . Semua account original bukan account generate ataupun hack account , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang tuan / pun berminat . Account FULL warranty sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device .
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE MUSIC 🔥
✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM35 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM45 FREE PRIME VIDEO 🔥
PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM28 ✅
✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥
Waktu bekerja :
Jam : 8 pagi - 12 malam
Isnin sampai ahad kecuali hari jumaat cuti
Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 20 orang yang terawal sahaja dapat set combo !
Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951
Rakaman kamera litar tertutup kemalangan melibatkan penunggang motosikal dan kereta dekat Masjid Mukim Tunjong, Jalan Kuala Krai, Kelantan 3 hari yang lalu.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
- 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐖𝐒𝐏
- (𝐄𝐏𝐅 𝐋𝐎𝐀𝐍)
“𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐈𝐀𝐍”
Sila Hubungi : 016-6 0 9 9 3 6 3
Ayu offer pinjaman peribadi utk KWSP(EPF)
➡ umur 53,54 ( Akaun 1 )
➡ umur 58,59 ( Akaun Emas )
。ambik duit sekarang bayar masa dpt KWSP nanti.
✅ PERMOHONAN
DAPAT PENUHH TANPA CAJ 😍
🔴 Yang ade masalah dengan 𝑪𝑻𝑶𝑺,𝑪𝑪𝑹𝑰𝑺,𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 𝒑𝒂𝒔𝒕𝒖 𝒂𝒅𝒆 𝒔𝒂𝒏𝒈𝒌𝒖𝒕 𝑨𝑲𝑷𝑲 layak apply skim pinjaman ni tau 🔴
𝗧𝗔𝗞 𝗣𝗘𝗥𝗟𝗨 𝗕𝗔𝗬𝗔𝗥 𝗕𝗨𝗟𝗔𝗡𝗔𝗡!
Ye skim pinjaman yang tak perlu 𝒃𝒂𝒚𝒂𝒓𝒂𝒏 𝒃𝒖𝒍𝒂𝒏𝒂𝒏.
Nak semak kelayakan hanya perlukan 𝒑𝒆𝒏𝒚𝒂𝒕𝒂 𝑲𝑾𝑺𝑷 sahaja.
Untuk kelulusan pinjaman 1 𝒋𝒂𝒎 dan 𝒃𝒂𝒏𝒌 𝒊𝒏 𝒑𝒂𝒅𝒂 𝒉𝒂𝒓𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒔𝒂𝒎𝒂.
Dokumen yang diperlukan
-𝗣𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮 𝗞𝗪𝗦𝗣
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
HanyaUmur : 53 , 54 , 59 shj ✅
🌍 COVER SEMUA KAWASAN! 😍
JOHOR 15/11/2024.
Kemalangan kereta di Jalan PULADA menghala ke Johor Bahru, siang tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Membuang diri adalah jalan terbaik,tahniah driver tanker tersebut telah mengelakkan dari kemalangan ngeri belaku,lori tersebut cuba mengelak dari kenderaan yg beratur panjang kerana jem.
Kejadian di Mukah Sarawak
Kredit ➡️ Yang Yai
#infosemasa
@infosemasaofficial
sehari makan satu biji kenyang sampai malam.
Nak kurus sebelum raya tanpa diet dan exercise? Dah try banyak product tapi tak berkesan? 𝗗𝗮𝗿𝗶 𝘀𝗶𝘇𝗲 𝗫𝗟 𝘁𝘂𝗿𝘂𝗻 𝗸𝗲 𝘀𝗶𝘇𝗲 𝗠 🤩 𝗕𝗜𝗔𝗥 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 😱
.
.
Kuat makan, kurang bersenam, tapi nak turun 10KG sebelum raya 🤔 jangan risau AJNAA FITZ boleh tangani masalah anda 🔥
.
.
Bukan perempuan jer, lelaki pun boleh consume 😃
.
.
click link di bawah untuk lihat testimony, order, wassap, free sample, promo, sijil KKM, atau info lanjut 👇
.
https://vt.tiktok.com/ZSjDu39Wm/
atau wasap HQ 👇🏻
wa.me/60172256341
Lelaki pengsan dipukul bekas teman wanita
BANGKOK – Polis Thailand menangkap seorang wanita selepas dia menyerang bekas teman lelakinya secara ganas dalam kejadian di timur Pattaya pada Isnin lalu, lapor portal berita Pattaya Mail.
Polis menangkap Supatra yang juga dikenali sebagai Manao Roy Joob, 28, dalam kes cubaan membunuh selepas mendapat waran Mahkamah Wilayah Pattaya.
Supatra sebelum ini menjalinkan hubungan cinta dengan lelaki itu tetapi cuba untuk memutuskan hubungan selepas mendapat tahu mangsa sudah berkahwin.
Namun, lelaki itu enggan berbuat demikian, malah menghantar rakaman video memaparkan keintiman mereka kepada anak perempuan Supatra, menyebabkan wanita itu mengalami tekanan emosi.
Apabila Supatra berdepan dengan lelaki tersebut, dia berkeras enggan memadamkan video mereka.
Dalam keadaan marah, Supatra menyerang bekas teman lelakinya dengan sepana besi, menyebabkan mangsa rebah dan tidak sedarkan diri.
Teman lelaki baharunya kemudian menendang mangsa, menyebabkan dia cedera parah.
Selepas serangan itu, kedua-duanya melarikan diri dari tempat kejadian tetapi polis kemudian menahan teman lelaki baharu itu. – AGENSI
Oleh KOSMO!
15 November 2024, 8:30 pm
Kredit ➡️ Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
KHIDMAT KHAS : KEMALANGAN JALAN RAYA
Alamat: Jalan Kota Tinggi - Pulada
Tarikh/Masa Kejadian: 15/11/2024 @ 17:28:00
Komander Operasi: PBKII Mohd Syukri Bin Mohd Yusof
Keanggotaan:-
JBPM
i. BBP KotaTinggi: 7 Orang
Logistik :-
JBPM: J1-50 (BMK 1015)
J2-06 (BMT 1034)
MAKLUMAT KEJADIAN
-Setibanya Pasukan bomba di tempat kejadian didapati benar terdapat 1 Kemalangan jalan raya melibatkn sebuah kereta jenis Proton Saga FLX terbabas ke dalam gaung kedalaman l/k 1 meter. Terdapat 2 orang mangsa dewasa telah keluar sendiri sebelum pasukan bomba sampai di lokasi.
*Tindakan Operasi:* - Komander Operasi membuat sizeup dengan mengaplikasikan konsep SAVER dan unit EMRS memberikan rawatan awal kepada mangsa yang cedera seterusnya menghantar mangsa ke Hospital HSI, JB untuk rawatan selanjutnya. Setelah dipastikan keadaan benar-benar selamat, Pasukan bomba lapor bertolak balik ke balai.
Sekian untuk makluman
Kredit ➡️ BBP KOTA TINGGI
#infosemasa
@infosemasaofficial
Penunggang motosikal maut, dua cedera nahas tiga kenderaan
KLUANG - [DIKEMAS KINI] Seorang penunggang motosikal maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 69.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Machap, pada pagi Jumaat.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Abd Rahim Razali berkata, laporan kemalangan membabitkan lori treler 40 tan, kereta Honda Civic dan motosikal Yamaha MT09 diterima pada jam 7.43 pagi.
Menurutnya beliau, dua jentera membabitkan 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dan dibantu BBP Ayer Hitam dikejarkan ke lokasi kejadian.
"Seorang lelaki berusia 33 tahun yang juga penunggang motosikal Yamaha MT09, disahkan maut di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Sementara itu pemandu dan penumpang Honda Civic alami kecederaan. Pemandu kereta tersepit dan terpaksa dikeluarkan menggunakan peralatan khas manakala seorang lagi penumpang dihantar ke hospital oleh orang awam yang berada di lokasi," katanya.
Jelas beliau, operasi ditamatkan pada jam 9.11 pagi.
Sebelum itu, tular video dan gambar di lokasi kemalangan menyebabkan kesesakan teruk di lebuh raya.
NOR AZURA MD AMIN
15 November 2024 12:30pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
PENGAKTIFAN LALUAN ‘SMART LANE’ DI E1: LEBUHRAYA PLUS
TARIKH : 16 NOVEMBER 2024 (SABTU)
LOKASI : KM 367.3 - KM 354.0 ARAH UTARA (SLIM RIVER KE SUNGKAI)
MASA : 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
Pengguna perlu memberi perhatian dan mengikuti arahan papan tanda mula dan tamat di lokasi. Kenderaan ringan sahaja. Berhati-hati memandu.
---------------------------------------------
PENGAKTIFAN LALUAN ‘SMART LANE’ DI E1: LEBUHRAYA PLUS
TARIKH : 16 NOVEMBER 2024 (SABTU)
LOKASI : KM 354.0 - KM 356.0 ARAH SELATAN (SUNGKAI KE SLIM RIVER)
MASA : 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
Pengguna perlu memberi perhatian dan mengikuti arahan papan tanda mula dan tamat di lokasi. Kenderaan ringan sahaja. Berhati-hati memandu.
Sumber ➡️ Lembaga Lebuhraya Malaysia
#infosemasa
@infosemasaofficial
Netflix umum kenaikan harga kuat kuasa 14 November
PLATFORM perkhidmatan penstriman Netflix mengumumkan kenaikan harga langganan di Malaysia, berkuat kuasa pada Khamis.
Kenaikan itu meliputi pelan Mudah Alih, Asas, Standard dan Premium.
Pelan Mudah Alih yang sebelumnya boleh didapati pada harga RM17 sebulan, kini menawarkan kualiti penstriman 480p menggunakan tablet atau telefon pintar berharga RM18.90.
Pelanggan juga boleh menikmati 720p Pelan Asas yang berharga RM29.90 sebulan, naik daripada harga sebelumnya iaitu RM28.
Bagi pelan Standard yang sebelumnya berharga RM45 sebulan kini pelanggan perlu membayar RM49.90 dengan kualiti penstriman 1080p, manakala harga pelan 4K Premium dinaikkan daripada RM55 kepada RM62.90
Pelanggan yang berkongsi pelan Standard atau Premium dengan orang di luar rumah juga perlu membayar RM13 sebulan untuk setiap individu berkenaan.
Yuran tambahan tersebut akan dikenakan kepada pemegang akaun utama.
Kenaikan berkenaan juga dijangka memberikan kesan kepada harga pakej tambahan Netflix di bawah pelbagai penyedia telekomunikasi dan televisyen berbayar.
Bagi pengguna Astro, pihaknya memberitahu pelanggan yang mempunyai Netflix dalam pelan televisyen tidak akan mengalami sebarang perubahan harga sehingga 1 Mac tahun hadapan.
Bagaimanapun, individu yang membayar harga tambahan untuk Netflix melalui Astro akan dapat melihat perubahan harga baharu di kitaran bil seterusnya, pada atau selepas 21 November 2025.
NOR SYAZRINA MUHAMAD TAHIR
15 November 2024 11:38am
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lari sambil berdoa tiada mangsa dihempap treler terbalik’
Oleh Reza A Hamid - 15 November 2024
MELAKA – “Waktu melihat lori treler 30 tan itu terbalik selepas mengambil selekoh, saya terus teringat kejadian sama di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Rabu lalu yang mengorbankan seorang wanita akibat dihempap kenderaan berat itu.
“Dalam keadaan cemas saya berlari sambil berdoa dan lega apabila mendapati tiada mangsa lain terlibat kecuali pemandu treler berlumuran darah sebelum saya menariknya keluar,” kata Nik Ibrahim Nik Hasan, 50.
Peniaga warung itu adalah saksi kejadian sebuah treler terbalik di Lebuh Alor Gajah- Melaka Tengah-Jasin (AMJ) menuju ke Paya Emas, Cheng, di sini petang tadi.
Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira 5.50 petang ketika dia sedang membancuh air di warung tepi Lebuh AMJ sebelum tiba-tiba melihat treler membawa muatan biskut kering berkenaan hampir terbalik sebaik melalui selekoh menuju ke Sungai Udang.
“Saya dapat lihat dengan jelas bahagian belakang treler itu yang dipandu perlahan tiba-tiba senget menyebabkan ia tidak dapat dikawal lalu terbalik.
“Mujurlah ketika tiada kenderaan lain di laluan itu walaupun kebiasannya ia sentiasa sibuk, kalau tidak mungkin ada nyawa yang terkorban,” katanya ketika ditemui MalaysiaGazette di lokasi malam ini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian mengakibatkan pemandu lori lelaki berusia 29 tahun patah tangan kanan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati nahas berlaku ketika kenderaan itu sedang membelok ke arah Lebuh SPA-Paya Mas, tiba-tiba muatan berat mengakibatkan treler terbalik ke arah kanan jalan.
“Akibatnya, pemandu berusia 29 tahun patah tangan kanan dan dirawat di Zon Kuning Hospital Melaka,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini
Tambahnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.
Dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat di Bukit Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada pukul 9.15 pagi Rabu lalu, wanita berusia 21 tahun maut di lokasi kejadian manakala lelaki berusia 25 tahun cedera selepas sebuah lori kontena terbalik sebelum menghempap beberapa kenderaan.
Menerusi rakaman kamera papan pemuka dari sebuah kenderaan di lokasi yang tular mendapati, pemandu treler membelok kenderaannya sebelum kontena yang dibawanya terbalik dan menghempap beberapa kenderaan. – MalaysiaGazette
Artikel ➡️ malaysia Gazette
#infosemasa
@infosemasaofficial
SALAM TAKZIAH KEPADA KELUARGA WARGA JKR DAERAH LANGKAWI YANG MENINGGAL DUNIA DIPERCAYAI LEMAS DI SUNGAI KAMPAR, GOPENG, PERAK.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون
“Sesungguhnya dari Allah kita datang dan sesungguhnya kepada-Nya jua kita kembali.” - Al-Baqarah: 155-156
JKR Daerah Kota Setar serta seluruh kakitangan menzahirkan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Muhammad Khairul Hakeem Bin Hamidi (Penolong Jurutera Kanan, JKR Daerah Langkawi) dan Allahyarham Muhammad Ikram Bin Abdul Bari - (Pegawai Khidmat Pelanggan, JKR Daerah Langkawi) yang telah kembali ke Rahmatullah.
Semoga roh kedua-dua Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.Aminn.
Al-Fatihah.
JKR Kedah
Bahagian Jalan JKR Kedah Darul Aman
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Kementerian Kerja Raya Malaysia
#infosemasa
Mayat polis bantuan ditemui di lereng bukit
Amirul Aiman Hamsuddin
am@hmetro.com.my
Hulu Selangor: Kehilangan seorang penunggang motosikal sejurus terbabit nahas di Kilometer 408, Lebuhraya PLUS berhampiran Lembah Beringin, di sini, terjawab apabila mayat mangsa ditemui 300 meter dari lokasi kemalangan lapan jam selepas kejadian.
Mayat lelaki berusia 51 tahun itu ditemui dalam kawasan semak di lereng bukit kira-kira jam 7.50 pagi tadi.
Difahamkan, mangsa yang bertugas sebagai polis bantuan di sebuah agensi dalam perjalanan pulang ke rumahnya di daerah ini.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, polis menerima laporan kemalangan itu jam 6.02 pagi semalam.
Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam 11.30 semalam, apabila kereta Toyota Vios dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun terbabas dan hilang kawalan lalu melanggar mangsa.
"Kereta itu kemudian terbabas ke lorong kiri dan melanggar penghadang jalan sebelum terbabas ke lorong kanan," katanya.
Ahmad Faizal berkata, kemalangan itu mengakibatkan penunggang motosikal tercampak ke lereng bukit dan disahkan maut di lokasi kejadian.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat manakala kenderaan yang terbabit nahas ditahan di Cawangan Trafik Hulu Selangor untuk tindakan lanjut.
"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Polis memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan," katanya.
Disiarkan pada: November 15, 2024 @ 4:52pm
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
HEBAHAN AWAL KEMUNGKINAN BERLAKU BANJIR DI NEGERI JOHOR
Diramalkan banjir berkemungkinan akan berlaku di daerah persisiran pantai Negeri Johor (Timur) 18 November hingga 21 November 2024.
Orang ramai boleh merujuk portal Public Infobanjir https://publicinfobanjir.water.gov.my/ untuk mendapatkan maklumat ramalan banjir serta status aras air sungai yang terkini.
#JPSMalaysia
#JayakanPerkhidmatanSempurna
#MTL
Sumber ➡️ Jabatan pengairan dan saliran malaysia
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan melibatkan penunggang motosikal dekat Tuas, Singapura.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ Farizatul Firdaus
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 15/11/2024.
Kemalangan kereta dekat depan SK Parit Raja, Batu Pahat siang tadi.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pelajar tingkatan 2 dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my
Segamat: Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Jeram Badoh, Kampung Mensudut Lama, Buloh Kasap di sini, hari ini.
Mangsa, Muhammad Idham Abd Kadir, 14, dikatakan mandi di tempat kejadian bersama beberapa rakan sebelum hilang dipercayai lemas.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Segamat, Mansor Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.40 petang.
Katanya, seramai enam anggota BBP Segamat digerakkan ke lokasi dan sehingga jam 7.30 malam, mangsa masih belum ditemui.
Operasi mencari masih diteruskan meskipun dalam keadaan hujan dan cuaca gelap.
"Kita sudah melakukan pencarian di permukaan dan akan teruskan lagi pencarian.
"Kedalaman sungai adalah dianggarkan melebihi lima meter," katanya.
Disiarkan pada: November 15, 2024 @ 9:25pm
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kanak-kanak 10 tahun hilang tergelincir tepi longkang
Johor Bahru : Kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dilaporkan hilang selepas tergelincir ketika bermain di tepi longkang sewaktu hujan di kawasan sebuah flat berhampiran Jalan Padi Mahsuri, Bandar Baru Uda di sini, hari ini.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin,
Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, operasi menyelamat mangsa dimulakan selepas menerima panggilan kecemasan pada 3.37 petang.
"Kanak-kanak lelaki itu hilang ketika bermain di longkang pada waktu hujan.
"Kedalaman longkang kira-kira 3.9 meter dan lebar kira-kira 6.7 meter. Paras air ketika mangsa hilang adalah 2.43 meter.
"Operasi pencarian dilakukan secara permukaan di sekitar kawasan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Beliau berkata, difahamkan, seramai tiga orang kanak-kanak bermain di tepi longkang itu sebelum seorang daripadanya tergelincir jatuh.
"Mangsa kemudian dibawa arus deras terus ke longkang besar. Maklumat awal kejadian ini disahkan oleh dua orang rakan mangsa yang ketika itu mengejar mangsa di atas tebing sebelum anggota tiba di lokasi.
"Pencarian bermula dari tempat mangsa jatuh hingga ke Sungai Sekudai, Kampung Usaha Jaya.
"Pencarian kedua dilakukan dengan bantuan bot penduduk kampung untuk mencari di kawasan muara berdekatan perangkap sampah," katanya menambah operasi masih diteruskan.
Disiarkan pada: November 15, 2024 @ 10:11pm
Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Starbucks tidak laku, 50 cawangan ditutup sementara
PETALING JAYA – Bilangan premis Starbucks yang ditutup sementara oleh Berjaya Food Bhd. (BJFood) meningkat kepada kurang daripada 50 buah untuk tempoh suku pertama tahun kewangan 2025 (Q1 TK25) yang berakhir pada 30 September lalu.
Ini berbanding 25 buah premis yang ditutup sementara pada suku tahun sebelumnya pada Q4 TK24.
Firma penyelidikan pasaran, CIMB Securities dalam satu nota kajian yang diterbitkan hari ini berkata, penutupan tersebut didorong oleh pemulihan jualan yang lemah, di tengah-tengah tempoh boikot yang berpanjangan.
“BJFood berkongsi bahawa jumlah bilangan kedai Starbucks kekal tidak berubah, menjadikan jumlah bilangan keseluruhan kedai sebanyak 408 buah pada akhir Q1 TK25.
“Kami menjangkakan boikot berpanjangan berkemungkinan akan menjejaskan BJFood sehingga konflik Israel-Hamas berakhir,” katanya.
Firma berkenaan menambah, Kumpulan itu menjelaskan bahawa sebarang penutupan kedai yang selanjutnya (sama ada sementara atau kekal), akan tertakluk kepada semakan berkala oleh pihak pengurusan.
“Kami percaya sebarang perubahan strategik kepada operasi Starbucks BJFood di Malaysia dan Brunei, susulan lantikan Brian Niccol selaku Ketua Pegawai Eksekutif Starbucks Corp pada September lalu berkemungkinan besar akan mengambil kesan seawal separuh kedua tahun kewangan 2025.
“Sementara itu, sebarang hasil yang bermakna mungkin akan mengambil masa yang lebih lama untuk direalisasikan,” katanya.
BJFood mencatatkan kerugian bersih RM33.68 juta bagi Q1 TK25 berbanding keuntungan bersih RM19.03 juta setahun sebelumnya, berpunca oleh impak berpanjangan sentimen pengguna susulan konflik di Asia Barat.
Pada masa sama, CIMB Securities mengunjurkan BJFood bakal merekodkan hasil lebih kukuh pada suku kedua, dirangsang musim perayaan akhir tahun. – KOSMO! ONLINE
Oleh MUHAMMAD IKHWAN IDERIS
15 November 2024, 3:46 pm
Kredit ➡️ Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Bangunan terpanjang akan dibina
BANDAR RAYA NEW YORK – Sebuah bangunan pencakar langit pelik kerana memiliki reka bentuk seperti huruf ‘U’ terbalik, bakal dibina di New York, lapor akhbar Metro UK kelmarin.
Dinamakan ‘The Big Bend’, pencakar langit sepanjang 1,219.2 meter dan tinggi kira-kira 610 meter itu menyasarkan untuk memegang gelaran bangunan paling panjang di dunia.
Menurut syarikat seni bina Oiio di New York, The Big Bend direka melengkung untuk memanfaatkan ruang yang tersedia tanpa perlu membelanjakan kos tambahan.
“Reka bentuk sedemikian juga membolehkannya bertahan walaupun dilanda angin kuat.
“Panjang The Big Bend boleh mengatasi Burj Khalifa (bangunan tertinggi dunia) di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) yang memiliki ketinggian 828 meter,” katanya.
Meskipun reka bentuknya unik, Oiio merancang untuk mencipta lif bergerak di sepanjang laluan supaya membolehkan orang ramai bergerak secara berterusan di dalam bangunan.
“The Big Bend boleh menjadi penyelesaian seni bina terhadap peraturan had ketinggian bangunan pencakar langit di Manhattan,” tambahnya. – AGENSI
Oleh KOSMO
15 November 2024, 5:20 pm
Kredit ➡️ Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pelajar tingkatan 2 dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Segamat: Remaja lelaki dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Jeram Badoh, Kampung Mensudut Lama, Buloh Kasap di sini, hari ini.
Mangsa, Muhammad Idham Abd Kadir, 14, dikatakan mandi di tempat kejadian bersama beberapa rakan sebelum hilang dipercayai lemas.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Segamat, Mansor Mohamad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 6.40 petang.
Katanya, seramai enam anggota BBP Segamat digerakkan ke lokasi dan sehingga jam 7.30 malam, mangsa masih belum ditemui.
"Operasi mencari masih diteruskan meskipun dalam keadaan hujan dan cuaca gelap.
"Kita sudah melakukan pencarian di permukaan dan akan teruskan lagi pencarian.
"Kedalaman sungai adalah dianggarkan melebihi lima meter," katanya.
Disiarkan pada: November 15, 2024 @ 9:25pm
Ahmad Ismail
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾
Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej terlajak murah mampu milik😇
👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌
‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️
Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’
Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos
Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7
Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix
Anggota polis bantuan maut tercampak 300 meter dalam semak
HULU SELANGOR - Perjalanan pulang seorang anggota polis bantuan dari tempat kerja berakhir tragedi apabila motosikal ditunggang mangsa dirempuh sebuah kereta dalam kejadian dipercayai langgar lari di Kilometer 408 Lebuhraya Utara-Selatan di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Shah Alam menuju rumahnya di Hulu Selangor.
Beliau berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya pada jam 6.02 pagi menerusi kaunter aduan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.
"Kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu berlaku apabila sebuah kereta jenis Toyota Vios dipandu seorang lelaki berumur 24 tahun dipercayai terbabas sebelum hilang kawalan.
"Kenderaan terbabit kemudiannya melanggar motosikal ditunggang mangsa berumur 51 tahun itu mengakibatkan mangsa tercampak di lereng bukit berdekatan," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Katanya, mangsa kemudiannya ditemui di kawasan semak berkenaan kira-kira 300 meter dari lokasi motosikal miliknya.
"Mangsa ditemui kira-kira jam 7.50 pagi, Jumaat dan disahkan meninggal dunia di lokasi berkenaan.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk dibedah siasat," katanya.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
15 November 2024 04:10pm
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial