Keadaan paras air Sg Kinta di Kampung Pisang pada petang ini nampaknya amat membimbangkan. Penduduk Kampung pisang dan berdekatan dengan sungai kinta diminta berjaga-jaga.
📹 faizaljoe
#perak Press
#infosemasa
Hoh tu diaa...Tanah mendap jalan masuk ke Kubur Maras, tepi billion langgar Kota Bharu. Hati2 hok mano nak guna laluan ni.
#hello Kelantan
#infosemasa
#ViralVideo Seorang Pakcik ditemui terbabas ke dalam parit di sebuah kawasan Sri Medan Batu Pahat. Alhamdulillah Tindakan Pantas seorang lelaki telah menyelamatkan nyawa pakcik ini
Kredit Video Muhd Sufi
#Parit raja ayer hitam
#infosemasa
Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️
/channel/AIZZATxSIGNAL
INFO KEMALANGAN (E2 : LEBUHRAYA UTARA-SELATAN)
5.24pm🔸PLUS@E2: Awas ⚠ Terdapat kemalangan di KM 260.2 arah Utara dari Port Dickson (U) ke Seremban. Lorong kiri dan lorong tengah terhalang. Trafik sesak 12km.
Sila fokus pada pemanduan. Awasi jarak selamat kenderaan anda. Utamakan keselamatan dan nyawa anda !
Kemalangan membabitkan dua buah kereta di IOI Bandar Putra Kulai, Johor Sebentar tadi (1/12/2024)
P/s : Tarikh dashcam tidak disetting
Kredit : Orang Kulai
LUNDU, 1 Dis: Dua individu cedera selepas pacuan empat roda yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas ke dalam parit di Simpang Bau Palm Oil Mill (BAPOM) petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu sekitar jam 2 petang.
Kedua-dua mangsa yang masing-masing berusia 21 dan 22 tahun dikeluarkan dari kenderaan itu dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Kredit ➡️ Bilik Berita CATS - BBcats
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lelaki mabuk diberkas pecah cermin kereta milik warga emas
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tindakan individu dalam keadaan mabuk memecahkan cermin kereta milik seorang lelaki warga emas di Jalan Seri Petaling di sini mengundang padah apabila diberkas pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, mangsa lelaki berumur 68 tahun sebelum itu meletakkan kereta Honda City miliknya kira-kira jam 2 petang di tepi jalan di lokasi kejadian.
"Kira-kira jam 5 petang, mangsa mendapati seluruh cermin kereta miliknya telah pecah.
"Siasatan mendapati saksi awam di lokasi kejadian telah melihat suspek sebelum itu membaling batu ke arah cermin kereta mangsa dan terus melarikan diri," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Katanya, bertindak atas maklumat suspek terlibat berjaya dikesan dan ditahan di sekitar kawasan berkenaan.
"Suspek merupakan lelaki tempatan berumur 36 tahun serta gelandangan selain dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol serta pengambilan gam.
"Suspek direman empat hari untuk siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.
Menurutnya, polis memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat tentang sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang.
"Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
01 Disember 2024 01:51pm.
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
𝐍𝐀𝐊 𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐂𝐈𝐃𝐁 𝐆𝟏 𝐓𝐀𝐏𝐈 𝐓𝐈𝐀𝐃𝐀 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐓𝐄𝐊𝐍𝐈𝐊𝐀𝐋❓
𝐉𝐎𝐌 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔😁
DENGAN SETIAP PENDAFTARAN CIDB G1 COMPLETE STB ( TARAF BUMI) ‼️
Percuma Sijil Teknikal✔️
Percuma Bidang CIDB✔️
Percuma Taraf Bumi✔️
......................................................
SIJIL ORIGINAL DAN DIIKTIRAF SEBAGAI SIJIL TEKNIKAL OLEH PIHAK CIDB.
🛑Dijamin harga TERMURAH DIPASARAN
📌 Lesen CIDB G1 ~ G7
📌 Pendaftaran Lesen MOF
📌 Renew MOF
📌 Renew CIDB G1 ~ G7
📌 Renew SSM
Anda nak tahu lebih lanjut.. Tekan link di bawah👇👇
📲 https://wa.link/tr5duh
Lelaki maut dikelar, rakan ditikam parah
KINABATANGAN - Seorang lelaki maut dikelar di bahagian leher manakala seorang lagi parah ditikam di bahagian dada dalam kejadian di kawasan perumahan pekerja ladang di sini pada malam Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa yang maut Christian Andi, 30-an manakala seorang lagi mangsa yang parah Bernadus Bagalewok, 24, kini sedang dirawat di Hospital Beluran.
Pemangku Ketua Polis Daerah Beluran, Asisten Superintenden Mohd Zulfikar Abd Salam berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada pihak hospital pada jam 2.06 pagi Jumaat.
Katanya, lokasi kejadian terletak kira-kira tiga jam perjalanan dari Balai Polis Telupid dan sepasukan polis terpaksa melalui jalan tidak berturap dan tanah merah berserta lumpur selain tiada jaringan talian komunikasi.
"Hasil siasatan mendapati, pada hari kejadian terdapat satu sambutan hari jadi salah seorang pekerja ladang sekitar jam 6.30 petang hingga 9 malam.
"Pada jam 11 malam, berlaku kekecohan sehingga terjadi pergaduhan melibatkan suspek dengan mangsa yang maut di mana suspek telah menyerang mangsa sehingga mendapat kecederaan di bahagian leher," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Katanya lagi, seorang lagi mangsa yang tinggal berhadapan dengan rumah suspek terdengar kekecohan di luar rumah telah bertindak keluar dari rumahnya.
"Mangsa kemudian melihat suspek keluar dari dalam rumah sambil memegang pisau dan terus meluru ke arahnya lalu terkena tikaman di bahagian tengah dada.
"Mangsa sempat menendang suspek selepas ditikam menyebabkan suspek terjatuh, mangsa kemudian menjerit meminta tolong dan suspek terus melarikan diri bersama pisau yang digunakan," katanya.
Mohd Zulfikar berkata, mangsa yang maut sempat melarikan diri ke arah rumah pekerja di blok berhampiran dengan jarak kira-kira 30 meter dari tempat kejadian untuk meminta bantuan.
"Namun mangsa telah rebah di kerusi depan rumah tersebut dan dipercayai telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat pendarahan di bahagian leher akibat dikelar.
"Sementara itu, mangsa yang cedera di dada pula dibawa ke hospital dan kini dirawat di Hospital Duckess of Kent, Sandakan serta dalam keadaan stabil," katanya.
Tambah Mohd Zulfikar lagi, kes masih dalam siasatan di bawah Seksyen 302 dan 326 Kanun Keseksaan.
"Siasatan juga mendapati suspek dan mangsa dipercayai mabuk selepas minum minuman beralkohol. Pihak polis sedang giat memburu suspek berusia 40-an yang juga merupakan pekerja ladang di kawasan tersebut.
ASYIKIN ASMIN
01 Disember 2024 02:55pm
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Trak ATM tergelincir semasa redah banjir, tidak libatkan calon SPM
PASIR MAS - Trak tujuh tan milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang tergelincir semasa Op Murni tidak melibatkan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang terkesan dengan banjir di Rantau Panjang.
Menurut Markas 2 Divisyen Infantri dalam satu kenyataan berkata, trak terbabit dalam perjalanan ke Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi mengambil calon SPM yang terkesan untuk dipindahkan ke Pasir Mas.
"Namun ekoran arus deras di Kalbot Lima menyebabkan ia tergelincir.
"Trak tersebut hanya dinaiki oleh anggota sahaja tidak melibatkan calon SPM," katanya.
Kenyataan terbabit berkata, operasi khas ini telah berjaya dilaksanakan dengan jaya tanpa berlakunya sebarang kemalangan yang tidak diingini.
Sinar Harian Online melaporkan arus deras dan paras air yang cepat naik antara cabaran perlu dilalui oleh anggota ATM semasa melakukan Op Murni bagi memindahkan 189 calon SPM yang terkesan banjir di sini ke Pasir Mas.
Operasi tersebut bermula jam 6 pagi dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ke Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tinggi dengan menurunkan 11 buah trak dan 12 bot tempur.
HAZELEN LIANA KAMARUDIN
01 Disember 2024 04:20pm
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
'Akhirnya jasad adik ditemui' - Abang
Besut: "Ibu sudah pasrah apabila adik tidak berjaya ditemui selepas membuat pencarian sekitar kampung ketika hari pertama dia keluar rumah pada Khamis lalu," Muhammad Aizuddin Azman, 31.
Aizuddin abang kepada lelaki autisme, Muhammad Helmi, 26, yang ditemukan lemas di anak sungai Keluang Kecil di Kampung Raja, di sini, kira-kira 11.45 pagi semalam.
Menurutnya, ibunya Senah Othman, 64, dan seorang ahli keluarga mencari adiknya sekitar Kampung Limbongan serta Bukit Keluang termasuk kawasan berhampiran.
"Selalunya apabila dia (Helmi) keluar dalam tempoh beberapa jam akan ditemui semula penduduk kampung, tetapi kali ini (hilang) ebih 24 jam.
"Adik suka dengan air, mungkin disebabkan itu dia ambil kunci yang disimpan ibu dan keluar pada awal pagi tanpa disedari oleh sesiapa," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Katanya, mereka turut membuat hebahan kehilangan adiknya melalui media sosial untuk menjejakinya, namun tidak berjaya ditemui.
"Pada semalam, kami dimaklumkan tentang penemuan satu mayat di kawasan berkenaan oleh orang awam yang memancing di sungai itu.
"Ahli keluarga kami kemudian dipanggil untuk membuat pengecaman dan mengesahkan mayat adik.
"Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Raja kira-kira 11 malam tadi," katanya.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Md Sani Md Saleh berkata, orang awam ternampak satu mayat tersangkut di dahan pokok di anak sungai Keluang Kecil lalu menghubungi polis.
Disiarkan pada: Disember 1, 2024 @ 1:38pm
Nurul Fatihah Sulaini
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kes bunuh berlaku di satu Condo, Kuching. Mangsa lelaki dari Miri berumur 22 tahun maut.
#Sarawak viral
#infosemasa
Taman Fairpark di Ipoh Perak juga dilaporkan dinaiki air banjir. Difahamkan, kejadian tersebut belum pernah berlaku di kawasan tersebut. Berdasarkan visual yang dikongsi oleh warga taman itu, situasi terkini menunjukkan keadaan air banjir termenung. Beberapa anggota bomba dan polis turut dilaporkan sedang memeriksa kawasan dan warga di sekitar taman berkenaan.
#Banjir2024 #AWANInews
#infosemasa
Baju kurung adira cantik dan murah je..ada 10 colour dan ada size daripada xs hingga 3xl..ada offer 15% off awal bulan 12 ni untuk 50 terawal sahaja!! 😍😍👇👇
https://s.shopee.com.my/1B5X2rq5a5
Rakaman video 4x4 menyeberangi jalan runtuh di laluan Kenyir-Aring 8 yang tular pagi ini mencemaskan.
Terkini, sisa tebing jalan akhirnya runtuh secara total.
#terengganuvoice
#infosemasa
@infosemasaofficial
Ahad.
01 Disember 2024.
Kemalangan Jalan Raya Kendiri di Simpang BAPOM.
Panggilan kecemasan : 14:13:51 petang.
Jarak kecemasan : 42km.
Laporan Komander Operasi :
Setiba di tempat kejadian, di dapati panggilan kecemasan yang di terima adalah benar. Di dapati kemalangan kendiri melibatkan kereta jenis Pick-Up Toyota Hilux berwarna kelabu. Terdapat 2 orang mangsa di dalam kenderaan tersebut. Seorang mangsa lelaki dewasa berada di bahagian pemandu dan seorang mangsa perempuan dewasa berada di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.
Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa yang berada di dalam kenderaan tersebut. Tiada mangsa tersepit seperti yang di lapor. Anggota EMRS membuat rawatan awal dengan memasang Cervical Collar pada kedua-dua mangsa. Mangsa pertama lelaki berjaya di keluarkan dan di bawa ke Hospital Lundu dengan menggunakan Ambulans Bomba. Mangsa ke-2 berjaya di keluarkan dan mengadu sakit pada paha sebelah kanan. Setelah ambulans Hospital Lundu sampai di lokasi, mangsa telah di serahkan untuk tindakan selanjutnya. Setelah mendapati keadaan sekeliling selamat dan terkawal, Pasukan Bomba bertolak balik ke balai.
Sekian.
Kredit ➡️ BBP LUNDU
#infosemasa
@infosemasaofficial
Banjir terburuk di bandar Batu Gajah sejak 30 tahun lalu – Penduduk
Oleh LIYANA RAMLI
1 Disember 2024, 5:11 pm
BATU GAJAH – Penduduk di sekitar Batu Gajah menyifatkan banjir di pusat bandar terutamanya di Jalan Bandar Baharu Batu Gajah 1 sebagai banjir yang terburuk sejak 30 tahun lalu.
Seorang penduduk Batu Gajah, Roslin Khariri, 51, berkata, dia yang telah berpuluh tahun berniaga di sana tidak pernah berhadapan dengan tahap banjir direkodkan di sana hari ini.
“Peniaga di sekitar Jalan Bandar Baharu Batu Gajah 1 juga terjejas akibat dilanda banjir kilat disebabkan hujan lebat pagi tadi.
“Sebuah pasar raya di sini juga terpaksa tutup akibat paras air sudah melebihi paras lutut kira-kira pada pukul 1 petang tadi,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.
Sementara itu, seorang peniaga sebuah restoran di sini, Juliana Mohd. Hanifah, 45, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan premis miliknya sudah dinaiki air pada pukul 10 pagi.
“Selama tiga tahun beroperasi di sini, ini kali pertama kejadian banjir yang teruk sehingga melepasi paras pinggang. Saya harap banjir ini akan cepat surut agar kami boleh kembali beroperasi,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah, Aizal Imri berkata, seramai 20 orang termasuk pekerja di premis-premis di sini berjaya dikeluarkan.- KOSMO! ONLINE
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
30 NOVEMBER 2024 2013HRS BBP RAUB Pasukan Cekap bergegas ke Kes Khidmat Khas Kemalangan Jalanraya bertempat di berhampiran Persimpangan Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama di Batu 3 Raub dan mengalami kebakaran kecil dan telah dipadamkan oleh orang awam.
Setibanya di lokasi didapati terdapat sebuah kereta telah terbabas dan melanggar tiang elektrik di tengah jalan dan terdapat seorang mangsa lelaki dewasa tidak tersepit telah dikeluarkan oleh anggota bomba di lokasi dan seterusnya dibawa ke Hospital Raub dengan menggunakan jentera EMRS.
Pasukan Cekap seterusnya melaksanakan pemutusan bekalan kuasa dan melaksanakan pemeriksaan persekitaran bagi memastikan keadaan selamat.
#infosemasa
INFO KEMALANGAN (E2 : LEBUHRAYA UTARA-SELATAN)
5.24pm🔸PLUS@E2: Awas ⚠ Terdapat kemalangan di KM 260.2 arah Utara dari Port Dickson (U) ke Seremban. Lorong kiri dan lorong tengah terhalang. Trafik sesak 5km.
Sila fokus pada pemanduan. Awasi jarak selamat kenderaan anda. Utamakan keselamatan dan nyawa anda !
Kredit ➡️ LLM
#infosemasa
@infosemasaofficial
TERENGGANU 01/12/2024.
Kemalangan di Exit Bukit Payung, Kampung Batu 9.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ Marang Kiter Official
#infosemasa
@infosemasaofficial
Warga emas tinggal seorang diri ditemui mati dengan kesan tikaman
KULAI - Seorang warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman di ruang tamu rumah di Taman Bahagia, Senai pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, lelaki warga tempatan berusia 67 tahun itu dipercayai tinggal berseorangan di rumah tersebut.
"Maklumat berhubung kejadian diterima daripada seorang lelaki tempatan yang menelefon polis sekitar jam 11.42 pagi, Sabtu.
"Pengadu memberitahu telah menjumpai seorang lelaki dalam keadaan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumahnya," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Menurut Seng Lee, hasil pemeriksaan ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan tikaman dipercayai menggunakan objek tajam.
"Siasatan di lokasi mendapati tiada barang mangsa yang hilang dan punca kejadian masih dalam siasatan.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Pihak polis menggesa orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Komisioner Nur Aniyah Ismail di talian 013-9792526 atau IPD Kulai 07-6632222," katanya.
NOR AZURA MD AMIN
01 Disember 2024 10:05am
Artikel ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 01/12/2024
Kemalangan di Lebuhraya Plus, Km 84.0 arah Utara dari Ayer Hitam ke Yong Peng (U) sekitar jam 4 petang tadi.
Sumber ➡️ PLUS
#infosemasa
@infosemasaofficial
Dugaan Buat Pengusaha Bot Nelayan Kg Telaga Papan, Setiu, Terengganu . Tali Bot Putus & Hanyut Dibawa Air Terus Ke Pantai Semoga Dipermudahkan Segala Urusan .
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 01/12/2024.
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan 2 buah kereta di IOI Bandar Putera, Kulai.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial