infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

𝗞𝗔𝗣𝗔𝗟 𝗞𝗔𝗥𝗚𝗢 𝗧𝗘𝗥𝗕𝗔𝗞𝗔𝗥, 𝟭𝟵 𝗞𝗥𝗨 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧

.
𝗕𝗔𝗧𝗨 𝗣𝗔𝗛𝗔𝗧, 𝟯 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 - Sebuah kapal Kargo MALAYSIA STAR telah mengalami kebakaran di kedudukan lebih kurang 9.1 batu nautika Tanjung Laboh, Batu Pahat Johor, semalam.

Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal memaklumkan, pihaknya telah menerima aduan dari Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) lebih kurang 8.40 pagi, semalam.

Sebaik menerima maklumat, dua buah bot peronda Maritim Malaysia bersama sebuah bot Pasukan Polis Marin (PPM) telah digerakkan ke lokasi kejadian bagi melaksanakan operasi menyelamat dan membuat kawalan keselamatan.

Terdahulu, kapal terbabit dilaporkan sedang menuju ke Kota Kinabalu dengan membawa 19 orang kru iaitu seorang warga tempatan dan 18 warga Filipina.

Kesemua mangsa dilaporkan selamat tanpa sebarang kecederaan dan telah dipindahkan ke bot peronda Maritim Malaysia untuk dibawa ke Jeti Zon Maritim Batu Pahat untuk tindakan selanjutnya.

Kerja-kerja pemadaman api masih giat dilakukan memandangkan tangki minyak berada di bawah tempat kebakaran.

Setakat ini tiada tumpahan minyak dilaporkan dan Maritim Malaysia akan membuat pemantauan berterusan.

.
#MalaysiaCoastGuard #MaritimeNation #MaritimMalaysia #MMEA #APMM #MCG #CoastGuard Kementerian Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama #MaritimPerkasaMelestarikanMadani

#APMM

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁

Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!

Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅

100% selamat dan mudah! 💯

Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗

Password? Tak perlu! 🔒

Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀

👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com

#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mengantok ke mabuk ni..

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mdm Chong: “20 Julai 2024 menjadi titik hitam dalam hidup saya. Takdir malang menimpa apabila saya dilanggar sebuah lori ketika melintasi jalan di kawasan Pasar Tamu Lawas. Lori tersebut memandu secara melulu dan memotong garisan berkembar sehingga memasuki laluan bertentangan.

Dalam sekelip mata, segalanya berubah. Kaki kanan saya tidak dapat diselamatkan dan terpaksa dipotong sehingga atas paras lutut.

Bukan hanya anggota tubuh yang terkorban, tetapi juga semangat dan keyakinan saya terhadap sistem keadilan.

Setelah pulih dari pembedahan, dengan tekad yang tersisa, pada 30 September 2024 saya ke Balai Polis Lawas untuk membuat laporan.

Namun segala harapan saya musnah, pada November 2024 saya dimaklumkan bahawa kes ini telah diklasifikasikan sebagai NFA (No Further Action). Lebih menyakitkan apabila pihak trafik menyatakan bahawa berdasarkan siasatan mereka seorang pejalan kaki iaitu saya yang bersalah dalam kemalangan ini.

Kecewa? Tidak, ia lebih dari itu.
Hati saya luluh. Bagaimana mungkin keadilan begitu murah hingga pemandu lori yang melanggar peraturan dibiarkan bebas, manakala saya yang kehilangan anggota tubuh pula dianggap bersalah?

Realiti yang perlu kita lihat:
1. Saya hanya seorang pejalan kaki, melintas jalan di kawasan yang tidak mempunyai lintasan zebra atau jejantas.
2. Lori tersebut memotong di garisan berkembar, satu tindakan jelas melanggar undang-undang, dan melanggar saya di laluan bertentangan.
3. Pemandu lori yang nyata melanggar undang-undang tidak disabitkan dengan apa-apa kesalahan.
4. Sejak awal, pihak trafik seolah-olah enggan mempertimbangkan fakta bahawa saya adalah mangsa.

Saya ingin bertanya kepada semua yang membaca ini:
• Sejak bila undang-undang membenarkan memotong di garisan berkembar?
• Berapa banyakkah lintasan penjalan kaki di Lawas? Setahu saya, hanya ada satu lintasan saja iaitu di hadapan KFC yang agak jauh dari tempat kejadian.

Saya anggap siasatan pihak berkuasa sangat lemah kerana:
- Adakah mereka benar-benar turun ke lokasi kemalangan untuk memahami apa yang berlaku
- ⁠Mengapa rajah kasar yang dibuat tidak begitu tepat? Dalam rajah itu, garisan berkembar digambarkan sebagai putus-putus.
- malah lokasi sebenar saya dilanggar juga tidak tepat.

Adakah ini yang kita panggil keadilan?

Adakah saya sebagai mangsa perlu menanggung dua kali penderitaan? Sudahlah kehilangan kaki, kemudian terpaksa dianggap bersalah atas kecuaian orang lain?

Dengan hati yang berat, saya menyeru kepada sesiapa yang menyaksikan kejadian ini untuk tampil membantu memberikan maklumat.

Saya juga menyeru pihak berkuasa untuk menyiasat semula kes ini dengan adil dan telus.

Apakah nyawa dan maruah seorang manusia kini tidak lagi bernilai? Jangan biarkan kezaliman ini terus berlaku tanpa pembelaan. Suara saya mungkin kecil, tetapi saya berharap ia cukup lantang untuk mengetuk hati pihak yang berkuasa.”

Tujuan viralkan ingin mendapatkan pendapatan kepakaran dari penguam-penguam , adakah lori tersebut yang bersalah dan harap pihak berkuasa ambil perhatian tentang kes tersebut.

Sumber Sarawak Viral

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

AMARAN RIBUT PETIR. ⛈⛈⛈

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak) • Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Hulu Selangor) • Sarawak: Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang sehingga 6:00 petang; Rabu, 4 Disember 2024.

⚡️⚡️⚡️Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ATAU dijangka berlaku melebihi sejam. Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Dikeluarkan pada: 3:35 petang, 4 Disember 2024

#ributpetirmetmalaysia
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMadani
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*JENIS INSIDEN*: KHIDMATKHAS MENGANGKAT MANGSA LANJUT USIA

*TARIKH/MASA TERIMA PANGGILAN* :
03.12.2024 /
1916

*SAMPAI LOKASI*: 1925


*ALAMAT*: ARMANI CONDOMINIUM BLOK B
*BALAI TERLIBAT*:
BBP SUNGAI BULOH

1XHIACE

*KEANGGOTAAN*:
TPgB II- 0
PBK I - 0
PBK II - 1
PBK II KUP -1
PB – 3
Pk - 2
PBB-0

*KOMANDER OPERASI*:
PBK II 13097 SHAHRUL AZLAN BIN ERAHIM

*KOMANDER OPERASI KANAN*:

*LAPORAN AWAL* :
SETIBANYA DI LOKASI DAN SETELAH MEMBUAT SIZE UP DIDAPATI BENAR SEORANG MANGSA YANG LANJUT USIA TERBARING DI BAWAH LANTAI DAN TIDAK MENGALAMI KECEDERAAN DAN MEMOHON BANTUAN ANGGOTA MENGANGKAT MANGSA KE ATAS SOFA DAN PENYELIA BERTUGAS TELAH MEMAKLUMKAN KEPADA PIHAK PENGAWAL UNTUK MEMANTAU MANGSA .OPERASI SELESAI JENTERA BERSAMA ANGGOTA BERTOLAK BALIK KE BALAI.

*BBP SUNGAI BULOH*

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Sejarah yang disembunyikan..

Dulu selepas perang dunia kedua tamat di mana tentera Jepun menyerah kalah, ketika itu negara kita dlm keadaan 'failed state' tiada pemerintahan, tiada gov, tiada polis, tiada tentera & duit kertas x laku (duit daun pisang) serta ditengah2 huru hara & kekejaman komunis membunuh orang2 melayu maka bangkitlah tentera yg x pernah kalah dipimpin oleh Panglima Kiyai Salleh di Johor.

Komunis bertempiaran lari x cukup tanah biarpun persiapan mereka jauh lebih hebat dgn kubu bawah tanah, stok makanan dlm hutan, persiapan senjata api & grenade yg byk serta bilangan tentera komunis jauh lebih byk berkaliganda berbanding tentera selempang merah yg amat sedikit bilangannya.

Sejarah bangsa hebat kita ini perlu direnung kembali.. kerana tentera tak pernah kalah ini akan muncul di akhir zaman.. insyaAllah..

Inilah salah satu contoh yg kita boleh pelajari... next byk rahsia bangsa selebihnya dalam group eksklusif

👉🏼 ghuraba2026.com

Jumpa nnt... 🔥

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

4/12/2024. MELAKA. Seorang calon SPM maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas selepas mengelak sebuah kereta masuk simpang dalam kejadian di Jalan Kilang Berapi, Merlimau, di sini, pagi tadi.

Innalillahiwainnailaihirojiun dan takziah kpd waris mangsa

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

hi :-

harga new for netflix 1 month only 🤎

1 MONTH : RM25 SAHAJA

✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
✅ SRS BUYER ONLY

berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremiumm

feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tak suka kucing pun, jgn buat benda kejam camni, kerat kaki. geram pun ada dgn manusia gini.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KHAS UNTUK YANG NAK KURUS & HILANGKAN BUNCIT ‼️


Saya cuma minum air padu ni sehari sekali je..

Hari 1-3 : selera makan mula berkurang
Hari 4-6 : Perut mula rasa kempis
Hari 7-15 : Berat mula turun dan nampak bentuk
Hari 16-25 : nampak mcm dh bersenam 3 bln


klik sini untuk sy share air bakar lemak👇

www.wasap.my/60172766370/nakairkurus.ISO4.12

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞

𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚

Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.

Masuk channel untuk trade bersama kami.

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Laporan trafik semasa (04/12/24 | 9.50am)

#jbtu LEBUHRAYA PLUS: Jangkakan sedikit kelewatan dari Simpang Renggam ke Sedenak disebabkan kemalangan di lorong kanan KM46.4.

📷 Renjer Sahrifah

#AstroRadioTraffic
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Johor
0723hrs - jalan pekeliling hala johor port lorong kiri ada pothole hati2.
0725hrs - jalan pekeliling hala mmhe lorong kiri ada pothole hati2.
0726hrs - jalan pekeliling hala mmhe lorong kanan ada air bertakung hati2.
0746hrs - edl susur ke lingkaran dalam apa yang kon tu kepung dah lama dibiarkan begitu?
Pandu cermat jiwa selamat.
Pandu laju kepala hang lumat.

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SALAM TAKZIAH..

Jenazah LKpl Mohd Afandi bin Jahwin, anggota dari 21 Komando yang meninggal dunia dibawa arus dalam insiden Kepala Air ketika tugas operasi di Banding, Perak, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan kampung Jamerong, Sarawak malam tadi.

Ketibaan jenazah disambut dengan penuh penghormatan oleh anggota keluarga, rakan-rakan seperjuangan, serta pegawai dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM). Jenazah kemudiannya diterbangkan dengan pesawat EC 725 TUDM ke Kampung Jamerong, tempat asal Allahyarham untuk proses pengebumian.

Upacara pengebumian tersebut berlangsung dengan penuh ketenangan dan kesedihan, di mana masyarakat setempat serta ahli keluarga turut hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada Tentera Darat, keluarga dan pasukan 21 Komando. Jasa dan pengorbanan beliau akan tetap dikenang oleh perkhidmatan dan semua yang mengenali beliau.

Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya di kalangan orang-orang yang beriman.

AL-FATIHAH..

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

4 DISEMBER 2024 | RABU

Notis Pemberitahuan Terkini

JKR Terengganu Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Earphone macam airpod bawah rm10 mana nak cari guys..ringan je boleh support android dan ios jangan risau..50k dah sold padu teruk !! 😍😍👇👇

https://s.shopee.com.my/6AUGvdvOGv

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Fenomena air laut terbelah dua berlaku di Kelantan

Oleh KOSMO!
4 Disember 2024, 5:37 pm

PETALING JAYA – Fenomena air laut terbelah atau terbahagi dua seperti yang berlaku di beberapa tempat terutamanya di Langkawi baru-baru ini kini berlaku pula di Kota Bharu, Kelantan.

Kejadian yang berjaya ditangkap oleh juruvideo Shah Saleh menunjukkan kejadian tersebut berlaku apabila air dari Sungai Kelantan bertemu air Laut China Selatan di Kuala Besar, Kota Bharu.

Klip video yang diambil menggunakan dron itu menunjukkan keajaiban alam turut berlaku selepas negeri itu dilanda bencana banjir besar sejak hujung minggu lalu.

“Air Sungai Kelantan bertemu air Laut China Selatan di Kuala Besar. Di situlah pengakhiran air Sungai Kelantan dan akan bertemu air laut.

“Ini sudah tertulis dalam al-Quran di mana Allah telah jadikan air laut terbelah dua yang satunya masin dan satu lagi air tawar dan Allah ciptakan juga di bawah lautan yang besar dan luas terdapat air sungai,” tulisnya.

Katanya lagi, air tawar di bawah lautan besar itu diciptakan tidak sama sekali akan bercampur dengan air masin dari laut.

“Sungguh besar ciptaan Allah di atas muka bumi ini, Subhanallah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pernah terfikir tak kalau Ai bantu korang untuk trade dan dapat profit mcm ni every month??

Haa mudah kan teknologi skrg,dgn adanya robot AI x perlu lg fikir bila waktu utk trade,Ai dah bantu kita daripada segi entry n close order,jadi apa yg perlu korang buat?x perlu buat apa just set n forget,

Sistem ni kami dh RND selama 5 bulan dan semua setup yg profit kami dh develop didalam program ni,
Jd jom dapatkan AI robot ni dengan harga harga 100 usd lifetime untuk jana income lebih

https://wa.link/7eukg8

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KHIDMAT KHAS MELEPASKAN SEPITAN
(Seekor kucing 'oyen' berada dalam enjin kereta dan pengadu bertindak memandu sendiri ke balai bomba Balai Bomba Dan Penyelamat Sik bagi tujuan penyelamatan. Kucing tersebut berjaya dikeluarkan dan diserahkan kepada pemilik)

𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐣𝐚𝐝𝐢𝐚𝐧 :
Tarikh : 03.12.2024 I SELASA (1100)
Lokasi : BBP SIK
Kom. Operasi : PBK II Soffuan b. Sabry
Bil. Anggota : 7 Anggota
Pasukan: B (Balai Bomba Dan Penyelamat Sik)

𝐏𝐞𝐬𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐊𝐡𝐢𝐝𝐦𝐚𝐭 𝐍𝐚𝐬𝐢𝐡𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐛𝐨𝐦𝐛𝐚𝐚𝐧:
Pastikan haiwan kesayangan disediakan kandang khusus. Sama adanya ianya haiwan ternakan seperti kambing, lembu mahupun haiwan peliharaan kucing dan lain-lain ianya tidak seharusnya dibiarkan berkeliaran kerana mewujudkan pelbagai risiko kepada awam ataupun terhadap haiwan itu sendiri. Hubungi talian 999 untuk sebarang bantuan penyelamatan dan kecemasan memerlukan. Kami sentiasa membantu anda.

#CepatdanMesra
#SediaMenyelamat
#SiapSediaSetiapMasa
#BombaTonggakPenyelamatanNegara

𝗦𝗜𝗞 - 𝗦𝗞𝗜𝗟𝗟𝗦 𝗜𝗠𝗣𝗥𝗘𝗦𝗦𝗜𝗩𝗘 𝗞𝗡𝗢𝗪𝗟𝗘𝗗𝗚𝗘𝗔𝗕𝗟𝗘

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‼️ *DISEMBER SALES HARGA TAK MASUK AKAL*‼️

Salam cik, maaf ganggu☺️

Izinkan sy untuk sharekan *PROMO HUJUNG TAHUN* harga yang tak masuk akal untuk cik miliki 😍

1) Penapis Air *3in1* ~RM109~ *RM30*
2) Penapis Udara ~RM105~*RM29*
3) Outdoor Filter ~RM100~ *RM30*
4) Premium Mattress ~RM159~ *RM49*
5) Massage Chair ~RM145~ *RM125*
6) Aircond Coway *RM100*

Nak *TRADE IN* Penapis Air lama yang dah tamat contract (Coway/Brand lain) pun boleh bulan ni…Dapat harga lagi murah dari biasa 🤩

✅ *Claim RM200*
✅ *FREE Guna 1 Bulan*
✅ *FREE Hantar & FREE Pasang*
✅ *Pasang OCTOBER bayar FEBRUARY 2025*😱

Reply *”NAK”* utk dapatkan special Offer ni 🤩

www.wasap.my/60129264260/Promodisember

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

#Kelantan Enam sekeluarga berdepan risiko apabila tanah di sekitar kediaman merka mula terhakis berikutan tanah runtuh kerana hujan di Simpang Jerek, Gua Musang hari ini.

📸 Siti Maisarah Ahmad / BERNAMA

#BernamaNews
#monsuntimurlaut

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Giliran Temerloh, Bera dilanda banjir

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN
4 Disember 2024, 11:39 am

TEMERLOH – Selepas tiga daerah iaitu Raub, Lipis dan Jerantut pulih daripada banjir semalam daerah Temerloh dan Bera pula mula berhadapan dengan banjir.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Che Adam A. Rahman berkata, pada masa ini seramai 50 mangsa daripada 10 keluarga di dua daerah berkenaan dipindahkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Seramai 12 mangsa daripada dua keluarga dipindahkan di dua PPS di Temerloh manakala seramai 38 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan di dua PPS di Bera.

“Kita terus melakukan pemantauan berterusan dan kejadian banjir ini adalah berikutan penurunan air daripada kawasan hulu sungai Jelai ke Sungai Lipis, Jerantut dan Temerloh serta Bera,”katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu katanya, pada masa ini Sungai Pahang di Temerloh dan Jerantut serta di Maran berada pada paras amaran.

Katanya, trend air Sungai Pahang di Lipis dan Maran menunjukkan trend peningkatan setakat ini. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🫠mudah senang steamm ciken tanpa minyak hehe
https://s.shopee.com.my/1qLK6r5n9h

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mohd Yusuf ditemukan lemas

Chukai: Pelajar yang hilang ketika mandi bersama 10 rakan di Sungai Neram, dekat sini, petang semalam, dijumpai lemas pagi ini.

Mayat Mohd Yusuf Adnan, 16, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Neram ditemui pasukan penyelamat jam 8.10 pagi.

Komander Operasi Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (STORM) Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Mohd Zailani Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui kira-kira 400 meter dari lokasi terakhir dilaporkan hilang.

Menurutnya, pasukan penyelamat melakukan pencarian di kawasan tebing sungai bermula malam tadi.

"Mayat ditemukan tersangkut pada ranting dan dahan kayu yang berada di dalam sungai.

"Mangsa ditemui lengkap dengan pakaian sebelum dibawa naik ke darat," katanya.

Mohd Zailani berkata, mayat diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun.

Media semalam melaporkan seorang pelajar dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di sungai terbabit, kira-kira jam 4 petang.

Mangsa yang dihanyutkan arus terkapai-kapai meminta tolong namun beberapa rakan yang cuba membantu gagal selepas dia tenggelam ke dasar sungai.

Disiarkan pada: Disember 4, 2024 @ 11:55am
Rosli Ilham
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

✅Pelbagai jam Tag Heuer / Audimers Piguet dan Bell&Ross dengan harga mampu milik 😍

♻️Setiap 1 pembelian keatas ada dapat discount 😱 Rugi kalau tak beli.

♻️Mana2 yang ada pasangan tu wajib belikan untuk pakwe, Makwe korang . Belikan untuk anak ii dirumah ❤️

🔰 Nak Order PM @mirxrul

www.wasap.my/60183606671/SayaNak

JOIN GROUP JAM👇
telegram.me/supergshock

FEEDBACK ?👇🏻
/channel/Feedbackbysupergshock

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

⚠️ MAKLUMAT PENUTUPAN JALAN ⚠️

Jalan Pintasan Rawang/Rawang Bypass akan ditutup kepada lalu lintas pada Sabtu, 7 Disember 2024 mulai 12.01 pagi hingga 12.00 tengah hari bagi penganjuran satu acara larian. Rancang perjalanan anda.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jalan segamat ke bukit kepong hati hati gais..

9.20 pagi

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Data MyKad 17 juta rakyat Malaysia didakwa bocor

SHAH ALAM - Data kad pengenalan atau MyKad seramai 17 juta rakyat Malaysia didakwa bocor dan dijual di laman web gelap.

Pengguna laman X, Fusion Intelligence Center @ StealthMole mendakwa, sampel MyKad Malaysia telah dikongsi secara terbuka di laman web gelap berkenaan.

“Didakwa bahawa data 17 juta MyKad warga Malaysia telah dibocorkan dan sedang dijual di web gelap.

“Sebagai bukti, mereka telah berkongsi secara terbuka sampel kad pengenalan Malaysia di web gelap.

“Pelanggaran data besar-besaran ini menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh membawa kepada jenayah serius seperti kecurian identiti dan penipuan kewangan,” katanya pada Selasa.

Pada 2022, pentadbir laman Facebook Pendakwah Teknologi mendedahkan hampir 13 juta maklumat pengguna dari Maybank, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Astro telah bocor.

Mengikut hantaran di Forum Breach di bawah sub tajuk 13 juta pengguna bank bocor pada 25 Disember 2022 dikatakan kira-kira 3.5 juta maklumat pengguna Astro bocor disusuli dengan 1.8 juta maklumat Maybank dan 7.2 juta maklumat SPR.

Antara maklumat yang bocor itu melibatkan nama pengguna, nama dan nama bapa, tarikh lahir, alamat dan nombor kad pengenalan.

QURRATUL AINA QUDDUS
04 Disember 2024 07:03am

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Subscribe to a channel