infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

📌*Laporan Bencana*

Status Laporan: *Kemaskini*

Jenis Kejadian : *Banjir*
Tarikh Kejadian : *10/12/2024*

Tarikh Kemaskini : *10/12/2024*
Masa Kejadian: *10.40 AM*

Daerah : *GUA MUSANG*
No. Laluan : *D241*
KM : *KM 1.9 - KM 2.0*

➡️Nama Jalan : *Jalan Kampung Pulai / kuala tuang*

📍Lokasi / _Landmark_: *Tapak Semaian Sawit*
Koordinat : *4.817612, 101.953669*

Panjang Terlibat : *100M*
Kedalaman Paras Air : *0.8m*

❌Status Laluan : *Jalan Ditutup Kepada Semua Kenderaan*

Jalan Alternatif : Tiada

Catatan :
1.*air melimpah*
2.*Arus deras*

*_Updated by JKR Gua Musang dan Euro Saga Sdn. Bhd._*

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

jom claim cash ‼️Rm250-500‼️
di my MyEg terdekat anda

sesuai terdekat dgn MyEg

selangor, penang, perak, N9 , melaka, johor

jom jgn lepaskan peluang claim sebelum pendaftaran di tutup hujung bulan ni

untuk info lanjut klik link di bawah cara claim

/channel/claimRm200hingga500

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🥵mudah semudah AbC pasang peminat onepice hadir
https://s.shopee.com.my/6KnsyhWcQ5
vauchers https://s.shopee.com.my/3AqrCw3WuW

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki tenggelam ketika pukat ikan di Sungai Tajar ditemui lemas
09 Disember 2024, 5:13pm

ALOR SETAR: Pekerja kilang, Mohamad Fauzi Omar, 33, yang hilang selepas tenggelam di Sungai Tajar, Kampung Gelam, Jalan Datuk Kumbar, di sini semalam, ditemui lemas hari ini .

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 2.50 petang tadi selepas melakukan pencarian di permukaan air menggunakan bot.

Menurutnya, mangsa ditemui separa terapung kira-kira 100 meter dari lokasi dilaporkan tenggelam, semalam.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis pada jam 3.05 petang untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Naufal berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra dan Sungai Petani yang melakukan selaman di lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Beliau berkata, selain itu, operasi turut disertai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar.

Sementara itu, rakan mangsa, Wan Saifulnizam Wan Ahmad Shukri, 36, berkata, dia bersyukur kerana mayat rakan baiknya itu akhirnya ditemui.

“Memang saya sedih sebab hilang rakan baik kerana kami akrab sejak kecil.

“Saya tidak tahu nak beritahu bagaimana sebab terlalu sedih apabila nampak jasadnya dibawa naik ke tebing,” katanya ketika dihubungi hari ini

Menurutnya, Allahyarham hanya sempat menangkap tiga ikan lampam sebelum kejadian berlaku.

Tambahnya lagi, jenazah kini dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat dijangka akan dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Tualang, Pokok Sena.

Wan Saifulnizam berkata Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang turut berada sepanjang operasi dilakukan di sungai berkenaan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang memukat ikan bersama dua rakannya di Sungai Tajar, Kampung Gelam, Jalan Datuk Kumbar, di sini, jam 5 petang semalam.

Artikel Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

INFO BANJIR PAHANG

Jerantut Kampung Bantal 10 Dis 2024 9:50am Sungai Tembeling melimpahi Dataran Kampung Bantal. Siren waspada berbunyi pada jam 1.50am dan siren amaran berbunyi pada jam 2:22am. Bacaan pada jam 9:50am ialah 107.50 meter melepasi paras bahaya. Trend menaik.

Bacaan Paras Sungai Tembeling di Stesen Kampung Bantal Seberang:
1. Normal - 102 meter
2. Waspada - 104 meter
3. Amaran - 105 meter
4. Bahaya - 106 meter

Kredit: Bantalku Channel

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝙋𝘼𝙉𝙂𝙂𝙄𝙇𝘼𝙉 𝙆𝙃𝙄𝘿𝙈𝘼𝙏 𝙆𝙃𝘼𝙎 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙇𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙅𝘼𝙇𝘼𝙉 𝙍𝘼𝙔𝘼


┏🚒👩🏻‍🚒🔥━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━┓
‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ

Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Malaysia, Pulau Pinang
Berprestasi Tinggi
Cepat Dan Mesra.

𝘽𝘼𝙇𝘼𝙄 𝘽𝙊𝙈𝘽𝘼
𝘿𝘼𝙉
𝙋𝙀𝙉𝙔𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝘽𝘼𝙉𝘿𝘼𝙍 𝙋𝙀𝙍𝘿𝘼
┗━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━🚒👩🏻‍🚒🔥┛

𝖫𝖠𝖯𝖮𝖱𝖠𝖭 𝖨𝖭𝖲𝖨𝖣𝖤𝖭 :
Jenis Insiden: KEMALANGAN JALAN RAYA
Tarikh/Masa Panggilan: 09 DISEMBER 2024 / 14:00:13
Alamat: ROUNDABOUT BERHAMPIRAN HOSPITAL KPJ BM
Pasukan Bertugas: Pasukan BRAVO
(KO)Komander Operasi: PBK I ZULKIFLI IBRAHIM

𝖳𝖨𝖭𝖣𝖠𝖪𝖠𝖭 𝖮𝖯𝖤𝖱𝖠𝖲𝖨 :
KO melakukan pemantauan bersama anggota yang lengkap dengan pemakaian PPE. Apabila dilokasi, didapati benar didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan mangsa seorang kanak-kanak 11 tahun tersepit kaki dibahagian rantai. Anggota pasukan penyelamat diarahkan mengeluarkan dengan cermat dan selamat. Seterusnya kanak-kanak tersebut diserahkan kepada pihak Hospital Seberang Jaya untuk tindakan selanjutnya. Seterusnya KO mengarahkan anggota untuk memastikan tiada sebarang tanda-tanda kemerbahayaan dan akhirnya kawasan disahkan selamat, operasi ditamatkan sepenuhnya.

𝖯𝖲𝖯𝖨 :
Orang awam dinasihatkan berhati-hati dan tidak leka serta mematuhi peraturan- peraturan semasa berada di mana-mana kawasan. Laporkan kepada pihak berkuasa jika ternampak atau berlaku sebarang kecemasan.


Sekian, terima kasih.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
#BombaBandarPerda
#BandarPerda
#Perda
#SiapSediaSetiapMasa
#Bomba
#bbpbandarperda

Bomba Zon 3 Perai SPS SPT
Bahagian Operasi JBPM Penang
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang

#BBP BANDAR PERDA
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Terengganu kembali dilanda gelombang banjir seterusnya dengan beberapa kawasan di Kemaman mula ditenggelami air pada lewat malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini, seramai 739 mangsa daripada 189 keluarga terpaksa dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah tersebut.

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

[BANTUAN AWAL KEMALANGAN]

Johor - 9 Disember 2024 - Anggota JPJ Negeri Johor telah memberi bantuan awal kemalangan di km52.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara yang melibatkan sebuah lori jenis Luton box melanggar penghadang jalan sebelah kiri .

Anggota bertindak mengambil inisiatif dengan menghubungi pihak PLUS serta membantu pemandu yang tersekat di dalam kenderaan untuk dikeluarkan. Pihak PLUS telah mengambil tindakan seterusnya. Tiada kecederaan parah yang berlaku dalam kemalangan ini.

Sentiasalah mengamalkan pemanduan yang berhemah dan menjadi pengguna yang bijak semasa berada di atas jalan raya

Terus ikuti laman sosial rasmi JPJ Johor untuk mengetahui informasi terkini.
#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJ #JPJMalaysia #JPJJohor #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Awas bg yg suka sngt buat tiktok utk dptkn like komen folower ramai dgn mengambil video at buat live bila sesuatu kejadian kemalangan ngeri terjadi..
Kisah ini dialami oleh anak tok mami sendiri , kejadian berlaku dijln sejauh 15 kilometre arah ke Kuala Pilah , Negeri Sembilan pada mlm 7/12 baru2 ini.Kemalangan diantara kereta anak menantu tok mami dgn sebuah saga dipandu oleh seorg wanita yg hilang kawalan berpusing2 memasuki laluan kereta ank menantu tok mami..
Dlm kejadian tu anak tok mami mengalami kecederaan dikepala dan lutut serta retak dibahu.Selepas kejadian tersebut ramai la yang datang kebanyakan bkn utk menolong tapi utk membuat content tiktok .Bayangkan ketika darah memancut2 akibat kecederaan yg terjadi pada anak tok mami Mahirah Lop ada yg sanggup mengambil video dan buat live sehinggakn tiada seorg pun yg menelefon ambulance.Ank tok mami yg cedera menjerit minta call ambulnce tapi seorg pun x call.Kereta mereka hampir nk jatuh gaung kut, tapi sanggup memegang phone demi tiktok .Manakala para tonto2 sibuk menghulur bisnes kad pada menantu tok mami. Tak ke gila macmtu, org tgh menghadapi saat2 yg genting hampa duk kira dgn bisnes hampa, duk kira tiktok hampa..
Bagaimana agaknya jika kejadian yg sama berlaku kpd hampa cuba fikir2kan..
Apapun tok mami dan keluarga ingin mengucapkan jazakallahu khairan kpd insan2 termasuk polis dan staf hosp Kuala Pilih yg telah membantu anak d menantu serta cucu 2 tok mami.Serta buat anak saudara tok mami suami isteri yang banyak menolong..

Kredit ➡️ Kak Nor

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‎*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
‎*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ &

Salam Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra

Komander Operasi : PBK II Suhaimi

Jenis Kecemasan: Khidmat Khas Ular

Lokasi : Jalan E5/4, Taman Ehsan Kepong.

Pasukan : B
Tarikh : 09/12/2024
Hari : Isnin
Masa : 08:07:00 AM

#Bbp Bandar Selayang Baru
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*TAWARAN PINJAMAN KWSP*
-Anda berumur 53/54/55/59/60tahun.
-Dah tak bekerja atau masih bekerja
-Mempunyai simpanan dalam akaun *KWSP* anda.
-Ade masalah dengan 𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 pastu ade sangkut 𝑨𝑲𝑷𝑲 dialukan.
-Menetap die Semenanjung Malaysia.

*TAHNIAH ANDA YG KAMI CARI*
Untuk mohon *pinjaman kwsp*
Yang berkonsepkan *pinjam hari ini bayar masa umur 55@60 tahun nanti* 😍

*Jangan Risau*
Bukan cagar KWSP anda ya!
💯 Selamat.
*Bayaran tanggungjawab sendiri*

Bagaimana untuk mohon anda hanya perlu klick link dibawah

http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🙂layan jela malam2 ni, kucing hangpa guaner
https://s.shopee.com.my/Vq56w514M

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Bayi enam bulan maut, lemas dalam selimut

MELAKA - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan terlentang dipercayai akibat lemas dalam selimut ketika berada dalam jagaan pengasuhnya, di Merlimau, Jasin di sini, pada pagi Isnin.

Dalam kejadian lebih kurang jam 11.30 itu, pengasuh wanita berusia 27 tahun mendapati muka bayi berkenaan, Harraz Noah Nazrul Nizam, telah ditutupi selimut.

Bapa bayi, Nazrul Nizam Mohd Tahar, 29, berkata, dia mengetahui kejadian yang menimpa anak sulungnya itu ketika dihubungi isteri Ainol Izzah Raslan 25, kira-kira jam 11.40 pagi.

Menurutnya, ketika itu isterinya yang bekerja sebagai kerani di syarikat yang sama menangis teresak-esak dan memaklumkan pengasuh memberitahu anak mereka yang mesra dipanggil Harraz tidak sedarkan diri.

"Saya terus hubungi ibu dan ibu bergegas ke rumah pengasuh kira-kira 20 minit kemudian mendapat bibir Harraz kebiruan.

"Pengasuh mendakwa muka anak saya telah tertutup dengan selimut ketika dia sedang sibuk melakukan tugas lain," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Melaka di sini, pada Isnin.

Nazrul Nizam yang bekerja sebagai mekanik berkata, ibunya terus membawa anaknya ke Klinik Kesihatan Merlimau sebelum dirujuk ke Hospital Melaka.

"Namun bila tiba di hospital doktor memaklumkan anak saya sudah tiada.

"Siapa yang tak sedih namun kami suami isteri reda dan tidak menyalahkan sesiapa," katanya lagi.

Jelasnya, mula mengenali pengasuh yang merupakan ibu kepada dua orang anak itu menerusi media sosial, Facebook sebelum membuat keputusan untuk menghantar anaknya itu kepada wanita terbabit sejak tahun ini.

Sementara itu, Ainol Izzah berkata, hasrat untuk membawa anaknya pulang ke kampungnya di Manjung, Perak pada minggu ini tidak kesampaian.

Katanya, selama ini dia dan suami berpuas hati dengan layanan pengasuh terhadap anaknya dan menganggap kematian anaknya itu sebagai asbab.

"ALLAH lebih sayangkan anak saya, biarpun sedih namun saya harap terus kuat lebih-lebih lagi ini anak sulung kami," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jasin. Deputi Superintenden Ahmad Jamil Radzi berkata, kes tersebut masih dalam siasatan oleh pegawai penyiasat dan hasil siasatan akan dimaklumkan kemudian.

Difahamkan jenazah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Merlimau selepas selesai proses bedah siasat.

NOR FARHANA YAACOB
09 Disember 2024 08:14pm

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

HARGA EMAS MELAMBUNG, UNTUNG RM40,000 DALAM MASA 6 BULAN!!

Untung kan bila ada emas?

Biasanya purata kenaikan harga emas sekitar 10% setahun tapi rezeki tahun ini, naik lebih 20%.

Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.

Tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..

RM100 pun da boleh beli emas.

Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :

📌 Simpanan emas patuh syariah.

📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.

📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.

📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.

Mudah kan?

Sekarang, tak kisah kerja apa, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!

Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa

Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/

Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pejalan kaki maut selepas dipercayai dilanggar lari

KUCHING: Pejalan kaki maut selepas dipercayai dilanggar lari di Jalan Setia Raja, di sini, awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu lebih kurang jam 4.30 pagi melibatkan seorang mangsa pejalan kaki dipercayai dilanggar oleh sebuah kenderaan tidak diketahui jenis dan nombor pendaftaran.

"Mangsa seorang lelaki yang tidak diketahui butiran peribadi, berumur dalam lingkungan 30-an.

"Akibat daripada kemalangan tersebut, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Umum Sarawak (HUS) di tempat kejadian pada jam 4.45 pagi hari sama (9 Disember 2024)," katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Mohd Farhan berkata kes disiasat di bawah Sekyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Jika disabitkan, boleh dikenakan hukuman penjara bagi tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun berserta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000, tambahnya.

"Pihak polis menyeru orang awam yang melihat kejadian kemalangan ini, tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan dan mana-mana yang kehilangan ahli keluarga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Charlie Aloysius di talian 014-8682068/082-259900.

"Atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran," ujarnya.

Oleh Patricia Gari
Disember 9, 2024, Isnin - 7:46pm

Kredit ➡️ Utusan Borneo Online

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TERKiNi banjir gelombang kedua bermula pagi tadi, menyebabkan penduduk di beberapa perkampungan di Gua Musang terputus hubungan. Antara kawasan yang terbabit adalah Felda Chiku 7, Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Kampung Pulai, RKT Paloh 3, serta laluan masuk ke Felda Aring.

Sumber tv3

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

rasanya sebab apa kena sama ea

sumber tiktok
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

wahh untungnye dapat upgraded😅

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

😌💝💝siyes min gelar tablet ni paling perfect & termurah wifi gen7+5G+120Hz
💝https://s.shopee.com.my/7KgQ3Gln2T
kedai https://s.shopee.com.my/5fYC4FZfTA

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞

𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚

Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.

Masuk channel untuk trade bersama kami.

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

2 polis cedera, kenderaan forensik terbabas di selekoh
09 Disember 2024, 11:25pm

AMPANG JAYA: Sebuah kenderaan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dinaiki lima orang terdiri pegawai dan anggota terbabit dalam kemalangan di Kilometer 14 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kemalangan berlaku pada 9 pagi membabitkan Toyota Hilux milik PDRM yang dipandu dari arah Maktab PDRM Cheras menuju ke Sabak Bernam bagi memberi bantuan siasatan.

“Kenderaan itu hilang kawalan semasa sedang melalui jalan berselekoh dalam keadaan cuaca hujan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan seterusnya melanggar penghadang kiri jalan.

“Akibat pelanggaran, kenderaan itu terbalik dan telah menghalang laluan di lorong kiri jalan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Azam berkata, seramai lima mangsa lelaki terdiri pegawai dan anggota Polis berusia dalam lingkungan 30 hingga 50an.

“Hasil pemeriksaan di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang hanya dua daripada lima orang mangsa mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Zon Kuning sebelum dibenarkan pulang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Buletin Tv3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mayat tanpa identiti di susur keluar Rawang Bypass

Rawang: Mayat tidak dapat dikenal pasti identiti ditemui di laluan susur keluar Rawang Bypass, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan itu pada 10.09 pagi.

Menurutnya, seramai 10 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang ke lokasi kejadian dan tiba 17 minit kemudian bagi bantuan mengangkat mayat.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan penemuan mayat terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Kenyataan media akan dikeluarkan berhubung penemuan mayat itu nanti," katanya.

Disiarkan pada: Disember 9, 2024 @ 9:57pm
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Remaja mati lemas jatuh loji air ketika menjala
Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
9 Disember 2024, 11:34 pm

JOHOR BAHRU – Keseronokan empat remaja menjala ikan di loji air berhampiran Yoyo Rakit, Jalan Utama, Felda Cahaya Baru, Masai di sini bertukar tragedi apabila salah seorang mereka ditemui mati lemas.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ramli A Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.17 petang tadi.

Menurutnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapat maklumat mangsa dikenali Mohamad Saril Masrabi berusia 14 tahun terjatuh ke dalam loji ketika menjala ikan di pintu air bersama rakan-rakannya.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarkan menggunakan peralatan seperti grappling iron dan tali sepanjang 50 kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ramli berkata, mangsa berjaya ditemui pada pukul 5.25 petang, kira-kira 10 kaki dari lokasi tempatnya terjatuh.

Ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya.

KOSMO! ONLINE.
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 09/12/2024.

Lelaki ditemui meninggal dunia dalam bilik air di sebuah rumah kedai di Pekan Panchor, Muar malam tadi.

Individu tersebut dipercayai telah meninggal dunia beberapa hari yang lalu.

Sumber ➡️ Hanafi Md Taib

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‎*بِسْــــــــــــــــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ*
‎*السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ &

Salam Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat & Mesra

Komander Operasi : PBK II KUP Khairul

Jenis Kecemasan: Kebakaran Kereta

Lokasi : Jalan PS 7, Taman Prima Selayang

Pasukan : C
Tarikh : 09/12/2024
Hari : Isnin
Masa : 20:45:00 PM

#Bbp Bandar Baru Selayang
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kejadian kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan mangsa seorang kanak-kanak 11 tahun tersepit kaki dibahagian rantai di bulatan berhampiran Hospital KPJ Bandar PERDA, BM

Terima kasih Anggota pasukan Bomba yang segera tampil mengeluarkan dengan cermat dan selamat. Seterusnya kanak-kanak tersebut diserahkan kepada pihak Hospital Seberang Jaya untuk tindakan selanjutnya.

📸 Balai Bomba & Penyelamat Bandar Perda

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

📢 TAWARAN HEBAT UNTUK PEMINAT NETFLIX! 🎉

Hi semua ahli Info Semasa! 🌟 Saya bawakan tawaran TERBAIK untuk anda – Netflix Private Profile yang 100% sah, halal, dan original! Bukan akaun hack atau crack, ini akaun rasmi dengan harga mampu milik!

✨ Hanya RM10/Profile! Ya, RM10 je untuk pengalaman Netflix Premium tanpa gangguan!

Apa yang anda akan dapat?👇

✅ 1 Profile untuk 1 User – Eksklusif untuk anda, privasi terjamin!
✅ Private Profile + PIN Sendiri 📌 – Boleh tetapkan PIN untuk profil anda.
✅ Akses Semua Peranti – TV, Telefon, PC, PS, iPhone, Android – semuanya boleh guna!
✅ Plan Premium 4K UltraHD – Nikmati tontonan berkualiti tinggi, seperti di panggung wayang.
✅ 10,000++ Filem & 1,000++ Drama – Pilihan hiburan tanpa had! 🎬
✅ 1 Akaun, 2 Login – Boleh login di 2 peranti, tapi tonton hanya di 1 peranti pada satu masa.
✅ No Screen Limit Issue – Bebas tonton tanpa sekatan skrin.
✅ Fast Setup 💨 – Akaun disiapkan dalam masa singkat, ready to go!
✅ Sangat Stabil – Akaun original, tiada masalah, hanya keseronokan menonton.
✅ Full Warranty 💯 – Jaminan penuh untuk kepuasan hati anda.

💥 Kenapa bayar lebih kalau boleh dapat dengan harga hanya RM10?
👉🏻 Akaun sah & original.
👉🏻 Tonton dengan tenang tanpa sekatan atau masalah.

🏠 Ada Masalah dengan Netflix Household? Tak Perlu Risau!
Jika anda mengalami masalah dengan Netflix Household, anda boleh akses kod secara terus di website kami 24 jam. Tak perlu tunggu, sistem automatik kami berfungsi sepanjang masa!

🌟 Jadi Reseller Juga! 🌟
Jika anda berminat untuk menjadi reseller, boleh join dengan harga serendah RM10 dan dapatkan panduannya sepenuhnya! Semua yang anda perlukan untuk mulakan bisnes, saya akan guide dari A to Z.

📩 PM SEKARANG untuk lock tawaran ni dan dapatkan panduan reseller. Jangan tunggu lama-lama, tawaran terhad! 🚀

📌 Hanya RM10/Profile – PROMOSI TERHAD! Jangan lepaskan peluang ini!

Hubungi Kami Sekarang!
📱 WhatsApp: https://shorturl.at/nWv8s
📱 Telegram: @vexorcorner

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾

Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej  terlajak murah mampu milik😇

👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌

‼️ADA BERITA BAIK ABG‼️

Customer dari ‘infosemasa’ kita nak bagi Free Amazon Prime apabila langgan pakej netflix murah ni, stock Free Prime adalah terhad kepada yg terawal shj, guna coupon ‘infosemasa’

Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan Netflix Murah
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos

Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7

Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Penghuni pusat jagaan mangsa rogol diselamatkan, suspek turut disiasat kerana dera

Johor Bahru: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor menyelamatkan remaja 17 tahun, dipercayai menjadi mangsa rogol pemilik sebuah pusat jagaan anak yatim swasta di Kulai.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Khairin Nisa Ismail berkata, tindakan diambil menerusi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Kulai dan siasatan sudah dijalankan sejak 5 Disember lalu.

Katanya, pihak polis juga sudah menahan suspek berkenaan untuk siasatan lanjut.

"Kesemua penghuni di pusat jagaan kini berada dalam keadaan selamat dan JKM sedang membuat pemantauan terhadap pusat jagaan ini.

"Kerajaan negeri akan sentiasa memastikan kesemua pusat jagaan di Johor, khususnya pusat jagaan kanak-kanak berada di bawah pemantauan JKM dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee dilapor berkata, suspek lelaki berusia 59 tahun ditahan susulan laporan diterima pihaknya pada 29 November lalu.

Pusat jagaan sama turut tular di media sosial apabila rakaman menunjukkan seorang lelaki dipercayai suspek, memukul kanak-kanak perempuan dengan pembaris kayu panjang.

Mengenai kes disyaki dera itu, Tan mengesahkan menerima laporan pada 10.29 malam semalam dan siasatan awal mendapati ia berlaku di pusat jagaan swasta di Taman Mas, Kulai, membabitkan mangsa iaitu penghuni berusia 10 tahun.

"Mangsa telah dipukul oleh lelaki tempatan berusia 59 tahun yang juga penjaga rumah anak yatim tersebut pada Oktober lalu.

"Suspek sebelum ini telah ditahan pada 30 November lalu bersabit kes rogol dan masih dalam tahanan reman sehingga esok.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya.

Disiarkan pada: Disember 9, 2024 @ 6:53pm
Omar Ahmad
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SERVICE NAIKKAN FOLLOWERS , VIEW & LIKE DI TIKTOK 🫶🏻

3k view + 300 like
— rm 10 sahaja

20k view + 500 like
— rm 15 sahaja

50k view + 1k like
— rm 20 sahaja

80k view + 2k like
— rm 35 sahaja

250k view + 5k like
— rm 100 sahaja

800k view + 8k like
— rm 150 sahaja

FOLLOWERS 👇🏻
500 followers rm 25
1000 followers rm 30
2000 followers rm 55
3000 followers rm 80
5000 followers rm 100
10k followers rm 200

feedback @boostsocmedmurah
feedback @boostsocmedmurah

https://wa.me/60182242808?text=nakbeliservicetiktok

Читать полностью…
Subscribe to a channel