infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

Mayat disumbat dalam bagasi

Kajang: Bau busuk membongkarkan penemuan mayat disumbat dalam sebuah bagasi yang ditemui dalam longkang di sekitar Taman Cheras Perdana, di sini.

Difahamkan, bagasi berwarna biru berkenaan ditemukan dalam keadaan berkunci dan diikat menggunakan tali merah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi kenyataan rasmi oleh Ketua Polis Daerah Kajang dalam masa terdekat.

Berita lanjut menyusul.

Disiarkan pada: Disember 10, 2024 @ 2:07pm

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 10/12/2024.

Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Parit Samijan, Parit Raja Batu Pahat pagi tadi.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KAK NAB JUTAWAN PENERAM

Baru-baru ini Xklusif Bersama Syahril turun ke Bagan Serai, Perak untuk bertemu seorang usahawan wanita yang pernah terpilih sebagai Peladangnita Terbaik Pameran Pertanian, Hortikultur Dan Agropelancongan Malaysia (MAHA).

Siapa sangka bermula dengan menjual kuih peneram di pasar malam, Nor Azizah Amri atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nab kini muncul salah seorang usahawan wanita yang cukup disegani di Perak hingga dikenali sebagai 'jutawan peneram'.

Jom tengok cerita penuh di Vortecx! Untuk yang dah ada Vortecx, boleh terus buka. Untuk yang belum download Vortecx, boleh tekan link kat bawah ni atau download di Google Playstore.

Enjoy guys! 😁

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.vortecx.portal&hl=en_IE&gl=US

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🥹Puas hati guna air fryer ni 🥰Saiz besar setakat masak ayam seekor memang takde hal 👍

Harga promosi kat sini 👉
https://s.shopee.com.my/2LHkPEMZl2
vouchers
https://s.shopee.com.my/9f4L8nAa60

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pemandu Myvi maut dalam kemalangan dua kenderaan
Aida Aziz

10/12/2024 08:00 MYT

MANJUNG: Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Besar, Kampung Cina, Seri Manjung di sini lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11.53 malam.
Katanya, kemalangan itu melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan Perodua Myvi.

Terdapat dua orang mangsa lelaki terlibat. Mangsa yang cedera dari Mitsubishi Triton telah dikeluarkan oleh orang awam.

"Manakala seorang lagi yang memandu kereta Produa Myvi disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjung menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang maut dan tersepit.

Setelah itu, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
Operasi membabitkan 10 orang anggota bomba itu tamat jam 1.08 pagi.

Artikel Astro Awani

#infosemasa
@Infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

“ 𝑷𝑹𝑶𝑻𝑶𝑵 𝑴𝑼𝑫𝑨𝑯 𝑳𝑼𝑳𝑼𝑺 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑭𝑨𝒀𝒀𝑨𝑫𝑯 , 𝑹𝑬𝑨𝑫𝒀𝑺𝑻𝑶𝑪𝑲 𝑫𝑨𝑵 𝑼𝑹𝑼𝑺𝑨𝑵 𝑻𝑹𝑨𝑵𝑺𝑷𝑨𝑹𝑬𝑵𝑻 “ 🔥

Bulan December ini bulan terakhir untuk anda yang inginkan pembiayaan “Full Loan” sebelum E Invois bermula. Pada yang masih mencari penasihat jualan sah dan layanan VVIP boleh semak kelayakan bersama Fayyadh 💫

http://wasap.my/60169599596/semakkelayakankeretaInfoSemasaDec

Sementara stock kereta “Readystock” , sementara kadar faedah masih cantik tiada kenaikan , sementara segala urusan kelayakan bank mudah untuk lulus , manfaatkan masa ini untuk anda semak kelayakan sekarang. ✨

Proton Saga - Rebate RM500.00 ✅
Proton Persona - Rebate RM500.00 ✅
Proton Iriz - Rebate RM500.00 ✅
Proton X90 - Rebate RM3000.00 ✅
Proton X50 - Rebate RM7000.00 ✅
Proton X70 - Rebate RM7000.00 ✅

Inilah masa terbaik untuk anda submit dokumen dan biar saya uruskan selebihnya. Segalanya dihujung jari anda.

𝑭𝑹𝑬𝑬 𝑫𝑬𝑳𝑰𝑽𝑬𝑹𝒀 𝑺𝑬𝑳𝑼𝑹𝑼𝑯 𝑴𝑨𝑳𝑨𝒀𝑺𝑰𝑨 🇲🇾
𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 , 𝐋𝐎𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐏𝐑𝐎𝐕𝐄 2𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀 📲

http://wasap.my/60169599596/semakkelayakankeretaInfoSemasaDec
http://wasap.my/60169599596/semakkelayakankeretaInfoSemasaDec

📱: 016-959-9596 (Fayyadh)
🤳 Follow IG ( ffayyadh_proton ) untuk lebih lanjut .

“𝘉𝘪𝘢𝘳 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘶𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘪𝘩𝘶𝘫𝘶𝘯𝘨 𝘫𝘢𝘳𝘪. 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘴𝘪 𝘥𝘦𝘭𝘪𝘷𝘦𝘳𝘺” 😍

𝐀𝐔𝐓𝐇𝐎𝐑𝐈𝐒𝐄𝐃 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐄𝐒 𝐀𝐃𝐕𝐈𝐒𝐎𝐑

#proton #protonmalaysia

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemahiran juruterbang Malaysia Airlines mendaratkan pesawat ketika ribut Darragh dipuji

LONDON: Kemahiran juruterbang pesawat penumpang Malaysia Airlines melaksanakan teknik pendaratan 'crabbing' bagi membawa penumpang dengan selamat ke Lapangan Terbang Heathrow menerima pujian meluas atas kemahirannya.

Dalam video dramatik yang merakam pendaratan itu, juruterbang dilihat menggunakan teknik 'crabbing' bagi mengekalkan kawalan pesawat, walaupun menghadapi tiupan angin kencang akibat ribut Darragh.

Teknik crabbing ialah apabila sebuah pesawat diarahkan ke satu arah tetapi bergerak ke arah yang lain sebagai salah satu cara untuk membetulkan keadaan angin melintang semasa pendaratan. Ia menggunakan pedal ekor dan 'aileron' untuk membengkokkan hidung pesawat ke arah angin sambil memastikan sayap kekal rata.

Ribut itu membawa angin berkelajuan sehingga 155 kilometer sejam (km/j) ke selatan England pada Sabtu, termasuk di Heathrow, lapangan terbang paling sibuk di United kingdom (UK), yang memaksa banyak pesawat mencuba beberapa kali sebelum berjaya mendarat.

Bagi sesetengah penumpang, ia menjadi pengalaman mendebarkan, dengan satu penerbangan British Airways membuat tiga cubaan pendaratan gagal sebelum akhirnya terpaksa berpatah ke Frankfurt, Jerman.

Namun, kebanyakan penerbangan berjaya mendarat, walaupun penumpang mengalami debaran ketika pendaratan.

Dalam detik-detik akhir pendaratan Malaysia Airlines di Heathrow pada Sabtu, hidung pesawat kelihatan membelok tajam ke sisi ketika juruterbang berusaha mengawal pesawat daripada tiupan angin, dengan membuatkan peminat penerbangan di darat kagum dengan kemahirannya.

Pesawat itu mendarat dengan kedua-dua roda belakang menyentuh landasan terlebih dahulu, manakala hidung pesawat berada pada sudut hampir 45 darjah sebelum melantun sedikit dan kemudian diluruskan dengan sempurna.

Bagi sesetengah pemerhati, sudut pendaratan itu membuatkan ia 'seolah-olah barisan ke 40 di Kelas Ekonomi yang mendarat dahulu'. Ramai memuji kemahiran juruterbang Malaysia Airlines atas kejayaan mencipta sudut 'crab' yang sangat mengagumkan.

Sementara itu, netizen memuji juruterbang kerana berjaya melaksanakan pendaratan yang sukar itu.

Salih Jamil berkata: "Angin lintang yang sangat kuat...MAS mempunyai ramai juruterbang handal...Mereka boleh melakukannya."

"Penerbangan yang menakjubkan oleh kapten. Sungguh hebat crabbingnya!!! Syabas dan tahniah kepada kapten MAS," kata Wai Ling Mok.

Vijay Nowuram turut memuji juruterbang tersebut, menggelar mereka sebagai wira: "MH: Malaysian Hospitality; dalam kes ini... Wira Malaysia," katanya. - AGENSI.

Disember 10, 2024 @ 9:46am

Artikel ➡️ Berita Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

📌*Laporan Bencana*

Status Laporan: *Kemaskini*

Jenis Kejadian : *Banjir*
Tarikh Kejadian : *10/12/2024*

Tarikh Kemaskini : *10/12/2024*
Masa Kejadian: *10.40 AM*

Daerah : *GUA MUSANG*
No. Laluan : *D241*
KM : *KM 1.9 - KM 2.0*

➡️Nama Jalan : *Jalan Kampung Pulai / kuala tuang*

📍Lokasi / _Landmark_: *Tapak Semaian Sawit*
Koordinat : *4.817612, 101.953669*

Panjang Terlibat : *100M*
Kedalaman Paras Air : *0.8m*

❌Status Laluan : *Jalan Ditutup Kepada Semua Kenderaan*

Jalan Alternatif : Tiada

Catatan :
1.*air melimpah*
2.*Arus deras*

*_Updated by JKR Gua Musang dan Euro Saga Sdn. Bhd._*

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

jom claim cash ‼️Rm250-500‼️
di my MyEg terdekat anda

sesuai terdekat dgn MyEg

selangor, penang, perak, N9 , melaka, johor

jom jgn lepaskan peluang claim sebelum pendaftaran di tutup hujung bulan ni

untuk info lanjut klik link di bawah cara claim

/channel/claimRm200hingga500

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🥵mudah semudah AbC pasang peminat onepice hadir
https://s.shopee.com.my/6KnsyhWcQ5
vauchers https://s.shopee.com.my/3AqrCw3WuW

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki tenggelam ketika pukat ikan di Sungai Tajar ditemui lemas
09 Disember 2024, 5:13pm

ALOR SETAR: Pekerja kilang, Mohamad Fauzi Omar, 33, yang hilang selepas tenggelam di Sungai Tajar, Kampung Gelam, Jalan Datuk Kumbar, di sini semalam, ditemui lemas hari ini .

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 2.50 petang tadi selepas melakukan pencarian di permukaan air menggunakan bot.

Menurutnya, mangsa ditemui separa terapung kira-kira 100 meter dari lokasi dilaporkan tenggelam, semalam.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis pada jam 3.05 petang untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Naufal berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra dan Sungai Petani yang melakukan selaman di lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Beliau berkata, selain itu, operasi turut disertai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar.

Sementara itu, rakan mangsa, Wan Saifulnizam Wan Ahmad Shukri, 36, berkata, dia bersyukur kerana mayat rakan baiknya itu akhirnya ditemui.

“Memang saya sedih sebab hilang rakan baik kerana kami akrab sejak kecil.

“Saya tidak tahu nak beritahu bagaimana sebab terlalu sedih apabila nampak jasadnya dibawa naik ke tebing,” katanya ketika dihubungi hari ini

Menurutnya, Allahyarham hanya sempat menangkap tiga ikan lampam sebelum kejadian berlaku.

Tambahnya lagi, jenazah kini dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat dijangka akan dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Tualang, Pokok Sena.

Wan Saifulnizam berkata Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang turut berada sepanjang operasi dilakukan di sungai berkenaan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang memukat ikan bersama dua rakannya di Sungai Tajar, Kampung Gelam, Jalan Datuk Kumbar, di sini, jam 5 petang semalam.

Artikel Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

INFO BANJIR PAHANG

Jerantut Kampung Bantal 10 Dis 2024 9:50am Sungai Tembeling melimpahi Dataran Kampung Bantal. Siren waspada berbunyi pada jam 1.50am dan siren amaran berbunyi pada jam 2:22am. Bacaan pada jam 9:50am ialah 107.50 meter melepasi paras bahaya. Trend menaik.

Bacaan Paras Sungai Tembeling di Stesen Kampung Bantal Seberang:
1. Normal - 102 meter
2. Waspada - 104 meter
3. Amaran - 105 meter
4. Bahaya - 106 meter

Kredit: Bantalku Channel

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝙋𝘼𝙉𝙂𝙂𝙄𝙇𝘼𝙉 𝙆𝙃𝙄𝘿𝙈𝘼𝙏 𝙆𝙃𝘼𝙎 𝙆𝙀𝙈𝘼𝙇𝘼𝙉𝙂𝘼𝙉 𝙅𝘼𝙇𝘼𝙉 𝙍𝘼𝙔𝘼


┏🚒👩🏻‍🚒🔥━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━┓
‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ

Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat
Malaysia, Pulau Pinang
Berprestasi Tinggi
Cepat Dan Mesra.

𝘽𝘼𝙇𝘼𝙄 𝘽𝙊𝙈𝘽𝘼
𝘿𝘼𝙉
𝙋𝙀𝙉𝙔𝙀𝙇𝘼𝙈𝘼𝙏 𝘽𝘼𝙉𝘿𝘼𝙍 𝙋𝙀𝙍𝘿𝘼
┗━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━━🚒👩🏻‍🚒🔥┛

𝖫𝖠𝖯𝖮𝖱𝖠𝖭 𝖨𝖭𝖲𝖨𝖣𝖤𝖭 :
Jenis Insiden: KEMALANGAN JALAN RAYA
Tarikh/Masa Panggilan: 09 DISEMBER 2024 / 14:00:13
Alamat: ROUNDABOUT BERHAMPIRAN HOSPITAL KPJ BM
Pasukan Bertugas: Pasukan BRAVO
(KO)Komander Operasi: PBK I ZULKIFLI IBRAHIM

𝖳𝖨𝖭𝖣𝖠𝖪𝖠𝖭 𝖮𝖯𝖤𝖱𝖠𝖲𝖨 :
KO melakukan pemantauan bersama anggota yang lengkap dengan pemakaian PPE. Apabila dilokasi, didapati benar didapati kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan mangsa seorang kanak-kanak 11 tahun tersepit kaki dibahagian rantai. Anggota pasukan penyelamat diarahkan mengeluarkan dengan cermat dan selamat. Seterusnya kanak-kanak tersebut diserahkan kepada pihak Hospital Seberang Jaya untuk tindakan selanjutnya. Seterusnya KO mengarahkan anggota untuk memastikan tiada sebarang tanda-tanda kemerbahayaan dan akhirnya kawasan disahkan selamat, operasi ditamatkan sepenuhnya.

𝖯𝖲𝖯𝖨 :
Orang awam dinasihatkan berhati-hati dan tidak leka serta mematuhi peraturan- peraturan semasa berada di mana-mana kawasan. Laporkan kepada pihak berkuasa jika ternampak atau berlaku sebarang kecemasan.


Sekian, terima kasih.

➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖➖
#BombaBandarPerda
#BandarPerda
#Perda
#SiapSediaSetiapMasa
#Bomba
#bbpbandarperda

Bomba Zon 3 Perai SPS SPT
Bahagian Operasi JBPM Penang
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pulau Pinang

#BBP BANDAR PERDA
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Terengganu kembali dilanda gelombang banjir seterusnya dengan beberapa kawasan di Kemaman mula ditenggelami air pada lewat malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, setakat ini, seramai 739 mangsa daripada 189 keluarga terpaksa dipindahkan ke lapan pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah tersebut.

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

[BANTUAN AWAL KEMALANGAN]

Johor - 9 Disember 2024 - Anggota JPJ Negeri Johor telah memberi bantuan awal kemalangan di km52.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara yang melibatkan sebuah lori jenis Luton box melanggar penghadang jalan sebelah kiri .

Anggota bertindak mengambil inisiatif dengan menghubungi pihak PLUS serta membantu pemandu yang tersekat di dalam kenderaan untuk dikeluarkan. Pihak PLUS telah mengambil tindakan seterusnya. Tiada kecederaan parah yang berlaku dalam kemalangan ini.

Sentiasalah mengamalkan pemanduan yang berhemah dan menjadi pengguna yang bijak semasa berada di atas jalan raya

Terus ikuti laman sosial rasmi JPJ Johor untuk mengetahui informasi terkini.
#MOTMalaysia #jpj2024 #DigitalisasiMemacuProfesionalismeJPJ #JPJ #JPJMalaysia #JPJJohor #infoJPJ #aduanJPJ #soalanJPJ #viralJPJ #PanduCermatSampaiSelamat
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Gagal bayar pinjaman Mara hampir RM1 juta, kediaman Che Ta diserbu

Majlis Amanah Raya (Mara) bertindak menyerbu kediaman aktres Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta di Kota Damansara, pagi ini.

Menurut sumber, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barangan dalam rumah terbabit bagi tujuan penyitaan selepas selebriti 51 tahun itu gagal menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

last assignment ke ni haha simple noh

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Laporan trafik semasa (10/12/2024 | 2.23PM)

#jbtu LEBUHRAYA PLUS: Trafik terhenti dari Simpang Renggam ke Sedenak disebabkan kemalangan melibatkan beberapa buah kereta dan lori di KM53.5 yang menghalang kesemua lorong.

Gunakan laluan alternatif dengan keluar di Plaza Tol Simpang Renggam dan masuk di Jalan Besar.

🎥 Orang Awam

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mayat reput ditemukan di Rawang Bypass lengkap berpakaian, pakai helmet

GOMBAK - Polis mengesahkan mayat reput yang ditemukan di laluan susur keluar Rawang Bypass, di sini merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat tersebut di kawasan hutan di bawah Jalan Rawang Bypass jam 9.30 pagi pada Isnin.

Beliau berkata, mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.

"Pihak polis juga menemui barangan peribadi milik si mati seperti dompet yang mengandungi kad pengenalan diri dan jam tangan.

"Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat akan dijalankan pada hari ini (Selasa)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kata beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tambahnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

"Orang ramai boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Rawang, Inspektor Zharif Zakaria di talian 013-2969222 atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," ujarnya.

Artikel⚡Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Beberapa kawasan rendah di Kuala Krai, Kelantan mula dinaiki air berikutan hujan lebat semalam.

Antara kampung yang terjejas setakat ini adalah Kampung Kuala Pertang dan Kampung Chenulang.

Sementara itu, hampir 100 penduduk di Kampung Chegar Bongor Batu 5 di Gua Musang hari ini terputus hubungan apabila jalan utama yang digunakan mereka ditenggelami air akibat hujan lebat sejak semalam.

📸 Orang awam

#BernamaNews #banjir
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Bagasi misteri berbau busuk ditemui, polis berada di lokasi

CHERAS: Penduduk di Taman Cheras Perdana melaporkan penemuan sebuah bagasi yang mencurigakan di sebelah longkang besar pagi tadi.

Bagasi itu mencurigakan penduduk setempat kerana mengeluarkan bau busuk dengan lalat dan ulat kecil disekitar.

Bagasi berwarna biru itu turut dikunci dan diikat tali merah.

Pihak polis telah dimaklumkan dan berada di lokasi untuk memeriksa bagasi itu sebentar lagi.

Laporan lanjut menyusul.

10 Disember 2024, 12:14pm

Artikel ➡️ Buletin TV3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki tenggelam ketika pukat ikan di Sungai Tajar ditemui lemas

09 Disember 2024, 5:13pm

ALOR SETAR: Pekerja kilang, Mohamad Fauzi Omar, 33, yang hilang selepas tenggelam di Sungai Tajar, Kampung Gelam, Jalan Datuk Kumbar, di sini semalam, ditemui lemas hari ini .

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 2.50 petang tadi selepas melakukan pencarian di permukaan air menggunakan bot.

Menurutnya, mangsa ditemui separa terapung kira-kira 100 meter dari lokasi dilaporkan tenggelam, semalam.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis pada jam 3.05 petang untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Naufal berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra dan Sungai Petani yang melakukan selaman di lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Beliau berkata, selain itu, operasi turut disertai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar.

Sementara itu, rakan mangsa, Wan Saifulnizam Wan Ahmad Shukri, 36, berkata, dia bersyukur kerana mayat rakan baiknya itu akhirnya ditemui.

“Memang saya sedih sebab hilang rakan baik kerana kami akrab sejak kecil.

“Saya tidak tahu nak beritahu bagaimana sebab terlalu sedih apabila nampak jasadnya dibawa naik ke tebing,” katanya ketika dihubungi hari ini

Menurutnya, Allahyarham hanya sempat menangkap tiga ikan lampam sebelum kejadian berlaku.

Tambahnya lagi, jenazah kini dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat dijangka akan dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Tualang, Pokok Sena.

Wan Saifulnizam berkata Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang turut berada sepanjang operasi dilakukan di sungai berkenaan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang memukat ikan bersama dua rakannya di Sungai Tajar, Kampung Gelam, Jalan Datuk Kumbar, di sini, jam 5 petang semalam.

#BuletinTV3
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TERKiNi banjir gelombang kedua bermula pagi tadi, menyebabkan penduduk di beberapa perkampungan di Gua Musang terputus hubungan. Antara kawasan yang terbabit adalah Felda Chiku 7, Kampung Pasir Linggi, Pos Lebir, Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) KESEDAR Chalil, Kampung Pulai, RKT Paloh 3, serta laluan masuk ke Felda Aring.

Sumber tv3

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

rasanya sebab apa kena sama ea

sumber tiktok
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

wahh untungnye dapat upgraded😅

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

😌💝💝siyes min gelar tablet ni paling perfect & termurah wifi gen7+5G+120Hz
💝https://s.shopee.com.my/7KgQ3Gln2T
kedai https://s.shopee.com.my/5fYC4FZfTA

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞

𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚

Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.

Masuk channel untuk trade bersama kami.

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

2 polis cedera, kenderaan forensik terbabas di selekoh
09 Disember 2024, 11:25pm

AMPANG JAYA: Sebuah kenderaan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dinaiki lima orang terdiri pegawai dan anggota terbabit dalam kemalangan di Kilometer 14 Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE), di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, kemalangan berlaku pada 9 pagi membabitkan Toyota Hilux milik PDRM yang dipandu dari arah Maktab PDRM Cheras menuju ke Sabak Bernam bagi memberi bantuan siasatan.

“Kenderaan itu hilang kawalan semasa sedang melalui jalan berselekoh dalam keadaan cuaca hujan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan seterusnya melanggar penghadang kiri jalan.

“Akibat pelanggaran, kenderaan itu terbalik dan telah menghalang laluan di lorong kiri jalan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Azam berkata, seramai lima mangsa lelaki terdiri pegawai dan anggota Polis berusia dalam lingkungan 30 hingga 50an.

“Hasil pemeriksaan di Jabatan Kecemasan Hospital Ampang hanya dua daripada lima orang mangsa mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di Zon Kuning sebelum dibenarkan pulang.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Artikel Buletin Tv3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mayat tanpa identiti di susur keluar Rawang Bypass

Rawang: Mayat tidak dapat dikenal pasti identiti ditemui di laluan susur keluar Rawang Bypass, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan itu pada 10.09 pagi.

Menurutnya, seramai 10 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Rawang ke lokasi kejadian dan tiba 17 minit kemudian bagi bantuan mengangkat mayat.

"Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir mengesahkan penemuan mayat terbabit dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Kenyataan media akan dikeluarkan berhubung penemuan mayat itu nanti," katanya.

Disiarkan pada: Disember 9, 2024 @ 9:57pm
Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@mediaprima.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Remaja mati lemas jatuh loji air ketika menjala
Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
9 Disember 2024, 11:34 pm

JOHOR BAHRU – Keseronokan empat remaja menjala ikan di loji air berhampiran Yoyo Rakit, Jalan Utama, Felda Cahaya Baru, Masai di sini bertukar tragedi apabila salah seorang mereka ditemui mati lemas.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Ramli A Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.17 petang tadi.

Menurutnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Gudang dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Apabila Pasukan Keluar Operasi (PKO) tiba di lokasi kejadian, pihak kami mendapat maklumat mangsa dikenali Mohamad Saril Masrabi berusia 14 tahun terjatuh ke dalam loji ketika menjala ikan di pintu air bersama rakan-rakannya.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) segera dilancarkan menggunakan peralatan seperti grappling iron dan tali sepanjang 50 kaki,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ramli berkata, mangsa berjaya ditemui pada pukul 5.25 petang, kira-kira 10 kaki dari lokasi tempatnya terjatuh.

Ujarnya, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya.

KOSMO! ONLINE.
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Subscribe to a channel