infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

NAK SUAMI HADIAHKAN EMAS? TAG SUAMI!!

Untung kan bila ada emas?

Beli harga RM13,000. Kalau jual sekarang, nilainya dah hampir RM38,000.

Tak perlu buat apa apa, cuma peram sahaja tiba tiba untung RM25,000!

Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.

Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..

RM100 pun da boleh beli emas.

Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :

📌 Simpanan emas patuh syariah.

📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.

📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.

📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.

Mudah kan?

Sekarang, tak kisah kerja apa, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!

Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa

Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/

Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Seekor Ular sawa Albino yang unik sepanjang 4.26 meter (14ft) diksesan di kawasan sibuk di persimpangan lampu isyarat Jalan Macalister sekitar jam 8 pagi tadi.

Terima Kasih para anggota Angkatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang segera tampil ke Lokasi dan berjaya menangkap ular tersebut dengan selamat

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

8 Disember 2024 - Telah berlangsung pelepasan sebanyak 12 buah trak kontena yang membawa satu set Jambatan Keluli Bermodular (Bailey Bridge) untuk dihantar ke Bekenu Depot Jabatan Kerja Raya (JKR), Miri, Sarawak. 12 unit kontena ini dijangka tiba di Sarawak pada Januari 2025.

Ini merupakan antara persediaan awal NADMA dalam menghadapi gelombang kedua Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 dengan menghantar Jambatan Bailey ke Sabah dan Sarawak. Inisiatif ini diambil untuk meningkatkan kesiapsiagaan logistik bencana, sejajar jangkaan keperluan serta kejayaan penggunaan Jambatan Bailey terdahulu dalam memulihkan gangguan jaringan jalan perhubungan yang terjejas akibat kerosakan jambatan.

#taatsetia
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁

Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!

Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅

100% selamat dan mudah! 💯

Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗

Password? Tak perlu! 🔒

Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀

👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com

#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

30 Fakta Tersembunyi Disebalik Filem Rock Oo! Yang Cuba Disampaikan Mamat Khalid

1. Watak Jijo dalam filem pertama trilogi “Rock” (2005) " Rock Ooo" (2013) dan "Rock Bro" (2016) diilhamkan pengarahnya Mamat Khalid berdasarkan kisah pemain gitar kumpulan Drop Out.

2. Mamat sendiri menganggotai kumpulan Drop Out bersama Jijo yang ditubuhkan pada 1980, sebagai pemain keyboard.

3. Jijo Alfonso Pareira Abdullah ( sebelum ini penganut kristian ) memeluk islam selepas berkecimpung dalam dunia rock jika di perhatikan lirik lagu rock Melayu lebih berunsurkan ketuhanan dan mengenal diri.

4. Jijo Alfonso Pareira Abdullah di lahirkan pada 1963 dan meninggal dunia pada 1994.

5. Watak budak hingusan yang bermesra dengan Ella adalah merujuk kepada Yusri KRU.

6. Babak kumpulan Rap 4URU merujuk kepada kumpulan 4U2C.

7. Watak Zul Kapan dengan gaya rap merujuk kepada AC Mizal.

8. Watak Ramlah Ram (Jehan Muse) merujuk kepada Ramlah Ram pada AJL 1988.

9. Babak menggunakan pemuzik undangan dalam merakamkan album di studio tanpa menggunakan pemuzik sendiri ( semasa Jijo merajuk dengan Hattan ) adalah merujuk kepada Kumpulan Blackrose (artis majalah). Lihat live lagu Penantian dalam AJL 1991 adalah berbeza dengan kaset.

10. TV3 adalah pentas dunia mainstream bagi kumpulan rock ketika itu kerana RTM mengharamkan muzik rock.

11. Watak Zul Kapan yang lembut itu merujuk kepada Azwan Ali dan Mama Juwie kerana mereka berdua bayak terlibat dalam dunia rock seperti penulis lirik dan pencipta lagu, wartawan dan pengacaraan walaupun mereka bukan rockers.

12. Babak pelajar UITM bertemu dengan Zack ( Esma Daniel ) untuk mengkaji sejarah rock adalah merujuk kepada Promoter Rock terkenal Ali Bakar ( bekas suami Sharifah Aini ) yang pernah di temuramah oleh pelajar Universiti pada awal 2000 an.

13. Babak Zul Kapan menyertai kumpulan ajaran sesat adalah merujuk kepada Lee Space iaitu pemain drum XPDC dan DEF GAB C.

14. Babak Jijo memarahi kerajaan semasa di dalam van adalah merujuk kepada syarat ketat kerajaan ketika itu terhadap artis rock yang ingin berambut pendek , menukar nama kumpulan yang lebih kemelayuan dan mengurangkan lagu heavy dalam album.

15. Muzik Rap lah yang menjatuhkan irama rock.

16. Babak kemalangan sambil berlatarkan lagu Pusara Di Lebuhraya - Ekamatra adalah merujuk kepada kisah tragik popular kemalangan ngeri melibatkan konvoi trak Polis FRU di lebuh raya Karak pada 28 Feb. 1990 yang mana pada ketika itu lagu Pusara Di Lebuh Raya sedang popular dan di kaitkan dengan tragedi itu sehingga sekarang akan di kaitkan pula dengan kemalangan pada hari cuti perayaan.

17. Watak Slash yang kecewa dengan dunia rock di kaitkan dengan pemain gitar kumpulan The Boys ( Ella dan Shima ) iaitu Lord.

18. Ella lambat berkahwin adalah berpunca daripada kekecewaan cinta yang tidak kesampaian.
19. Lagu tema filem ini ' Sekelip Mata Kau Berubah - Lestari ' popular pada tahun 1993 menunjukkan penamat pada muzik 'rock kangkang' sebelum memasuki era pop balada ( Slam dan Ukays ).

20. Man Kidal Lefthanded adalah pemuzik yang paling bayak cover lagu - lagu rock termasuk la lagu kumpulan Cromok.

21. Lagu - lagu rock melayu yang poular hingga kini adalah ada antaranya di ciplak dari lagu - lagu barat.

22. Lagu - lagu rock pada ketika itu menapat tempat di negara Indonesia , Singapura dan Brunei serta sesetengah negara barat.

23. Lagu Isabella - Search adalah di cipta oleh M. Nasir tetapi di ubah kepada Search ( pencipta ) untuk melayakkan lagu itu ke pertandingan Juara Lagu 1989 kerana M. Nasir pada ketika itu masih lagi rakyat Singapura dan tidak layak lagunya untuk di pertandingan kerana beliau bukan komposer tempatan.

24. Pertandingan Battle Of The Bands 1986 adalah bermulanya era rock kangkang di Malaysia yang lebih ke arah heavy metal berbanding Sweet Charity lebih kepada rock classic 70an.

25. Perkataan 'bro' yang merujuk kepada ' brother' atau ' brader' telah wujud pada awal 90an lagi tetapi kerap di gunakan oleh budak - budak Rap (rujuk novel Budak Rap dan filem Litar kasih 1996).

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Permas Jaya - Lori langgar 6 Anggota Imigresen termasuk pegawai yang dalam perjalanan pulang tugas ke Kuala Lumpur.

Sumber komuniti benut

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🥰fangshen kipas ni dapat sangkut kat mana2
https://s.shopee.com.my/5VEmJDYq7c

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mayat disumbat dalam bagasi

Kajang: Bau busuk membongkarkan penemuan mayat disumbat dalam sebuah bagasi yang ditemui dalam longkang di sekitar Taman Cheras Perdana, di sini.

Difahamkan, bagasi berwarna biru berkenaan ditemukan dalam keadaan berkunci dan diikat menggunakan tali merah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, maklumat lanjut akan dikongsikan menerusi kenyataan rasmi oleh Ketua Polis Daerah Kajang dalam masa terdekat.

Berita lanjut menyusul.

Disiarkan pada: Disember 10, 2024 @ 2:07pm

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 10/12/2024.

Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Parit Samijan, Parit Raja Batu Pahat pagi tadi.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KAK NAB JUTAWAN PENERAM

Baru-baru ini Xklusif Bersama Syahril turun ke Bagan Serai, Perak untuk bertemu seorang usahawan wanita yang pernah terpilih sebagai Peladangnita Terbaik Pameran Pertanian, Hortikultur Dan Agropelancongan Malaysia (MAHA).

Siapa sangka bermula dengan menjual kuih peneram di pasar malam, Nor Azizah Amri atau lebih mesra dengan panggilan Kak Nab kini muncul salah seorang usahawan wanita yang cukup disegani di Perak hingga dikenali sebagai 'jutawan peneram'.

Jom tengok cerita penuh di Vortecx! Untuk yang dah ada Vortecx, boleh terus buka. Untuk yang belum download Vortecx, boleh tekan link kat bawah ni atau download di Google Playstore.

Enjoy guys! 😁

https://play.google.com/store/apps/details?id=com.vortecx.portal&hl=en_IE&gl=US

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🥹Puas hati guna air fryer ni 🥰Saiz besar setakat masak ayam seekor memang takde hal 👍

Harga promosi kat sini 👉
https://s.shopee.com.my/2LHkPEMZl2
vouchers
https://s.shopee.com.my/9f4L8nAa60

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pemandu Myvi maut dalam kemalangan dua kenderaan
Aida Aziz

10/12/2024 08:00 MYT

MANJUNG: Seorang lelaki maut dan seorang lagi cedera dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Jalan Besar, Kampung Cina, Seri Manjung di sini lewat malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11.53 malam.
Katanya, kemalangan itu melibatkan sebuah pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton dan Perodua Myvi.

Terdapat dua orang mangsa lelaki terlibat. Mangsa yang cedera dari Mitsubishi Triton telah dikeluarkan oleh orang awam.

"Manakala seorang lagi yang memandu kereta Produa Myvi disahkan meninggal oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum pihak bomba tiba," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Manjung menggunakan peralatan hidraulik bagi mengeluarkan mangsa yang maut dan tersepit.

Setelah itu, mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya.
Operasi membabitkan 10 orang anggota bomba itu tamat jam 1.08 pagi.

Artikel Astro Awani

#infosemasa
@Infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

“ 𝑷𝑹𝑶𝑻𝑶𝑵 𝑴𝑼𝑫𝑨𝑯 𝑳𝑼𝑳𝑼𝑺 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑭𝑨𝒀𝒀𝑨𝑫𝑯 , 𝑹𝑬𝑨𝑫𝒀𝑺𝑻𝑶𝑪𝑲 𝑫𝑨𝑵 𝑼𝑹𝑼𝑺𝑨𝑵 𝑻𝑹𝑨𝑵𝑺𝑷𝑨𝑹𝑬𝑵𝑻 “ 🔥

Bulan December ini bulan terakhir untuk anda yang inginkan pembiayaan “Full Loan” sebelum E Invois bermula. Pada yang masih mencari penasihat jualan sah dan layanan VVIP boleh semak kelayakan bersama Fayyadh 💫

http://wasap.my/60169599596/semakkelayakankeretaInfoSemasaDec

Sementara stock kereta “Readystock” , sementara kadar faedah masih cantik tiada kenaikan , sementara segala urusan kelayakan bank mudah untuk lulus , manfaatkan masa ini untuk anda semak kelayakan sekarang. ✨

Proton Saga - Rebate RM500.00 ✅
Proton Persona - Rebate RM500.00 ✅
Proton Iriz - Rebate RM500.00 ✅
Proton X90 - Rebate RM3000.00 ✅
Proton X50 - Rebate RM7000.00 ✅
Proton X70 - Rebate RM7000.00 ✅

Inilah masa terbaik untuk anda submit dokumen dan biar saya uruskan selebihnya. Segalanya dihujung jari anda.

𝑭𝑹𝑬𝑬 𝑫𝑬𝑳𝑰𝑽𝑬𝑹𝒀 𝑺𝑬𝑳𝑼𝑹𝑼𝑯 𝑴𝑨𝑳𝑨𝒀𝑺𝑰𝑨 🇲🇾
𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 , 𝐋𝐎𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐏𝐑𝐎𝐕𝐄 2𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀 📲

http://wasap.my/60169599596/semakkelayakankeretaInfoSemasaDec
http://wasap.my/60169599596/semakkelayakankeretaInfoSemasaDec

📱: 016-959-9596 (Fayyadh)
🤳 Follow IG ( ffayyadh_proton ) untuk lebih lanjut .

“𝘉𝘪𝘢𝘳 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘶𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘪𝘩𝘶𝘫𝘶𝘯𝘨 𝘫𝘢𝘳𝘪. 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘴𝘪 𝘥𝘦𝘭𝘪𝘷𝘦𝘳𝘺” 😍

𝐀𝐔𝐓𝐇𝐎𝐑𝐈𝐒𝐄𝐃 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐄𝐒 𝐀𝐃𝐕𝐈𝐒𝐎𝐑

#proton #protonmalaysia

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemahiran juruterbang Malaysia Airlines mendaratkan pesawat ketika ribut Darragh dipuji

LONDON: Kemahiran juruterbang pesawat penumpang Malaysia Airlines melaksanakan teknik pendaratan 'crabbing' bagi membawa penumpang dengan selamat ke Lapangan Terbang Heathrow menerima pujian meluas atas kemahirannya.

Dalam video dramatik yang merakam pendaratan itu, juruterbang dilihat menggunakan teknik 'crabbing' bagi mengekalkan kawalan pesawat, walaupun menghadapi tiupan angin kencang akibat ribut Darragh.

Teknik crabbing ialah apabila sebuah pesawat diarahkan ke satu arah tetapi bergerak ke arah yang lain sebagai salah satu cara untuk membetulkan keadaan angin melintang semasa pendaratan. Ia menggunakan pedal ekor dan 'aileron' untuk membengkokkan hidung pesawat ke arah angin sambil memastikan sayap kekal rata.

Ribut itu membawa angin berkelajuan sehingga 155 kilometer sejam (km/j) ke selatan England pada Sabtu, termasuk di Heathrow, lapangan terbang paling sibuk di United kingdom (UK), yang memaksa banyak pesawat mencuba beberapa kali sebelum berjaya mendarat.

Bagi sesetengah penumpang, ia menjadi pengalaman mendebarkan, dengan satu penerbangan British Airways membuat tiga cubaan pendaratan gagal sebelum akhirnya terpaksa berpatah ke Frankfurt, Jerman.

Namun, kebanyakan penerbangan berjaya mendarat, walaupun penumpang mengalami debaran ketika pendaratan.

Dalam detik-detik akhir pendaratan Malaysia Airlines di Heathrow pada Sabtu, hidung pesawat kelihatan membelok tajam ke sisi ketika juruterbang berusaha mengawal pesawat daripada tiupan angin, dengan membuatkan peminat penerbangan di darat kagum dengan kemahirannya.

Pesawat itu mendarat dengan kedua-dua roda belakang menyentuh landasan terlebih dahulu, manakala hidung pesawat berada pada sudut hampir 45 darjah sebelum melantun sedikit dan kemudian diluruskan dengan sempurna.

Bagi sesetengah pemerhati, sudut pendaratan itu membuatkan ia 'seolah-olah barisan ke 40 di Kelas Ekonomi yang mendarat dahulu'. Ramai memuji kemahiran juruterbang Malaysia Airlines atas kejayaan mencipta sudut 'crab' yang sangat mengagumkan.

Sementara itu, netizen memuji juruterbang kerana berjaya melaksanakan pendaratan yang sukar itu.

Salih Jamil berkata: "Angin lintang yang sangat kuat...MAS mempunyai ramai juruterbang handal...Mereka boleh melakukannya."

"Penerbangan yang menakjubkan oleh kapten. Sungguh hebat crabbingnya!!! Syabas dan tahniah kepada kapten MAS," kata Wai Ling Mok.

Vijay Nowuram turut memuji juruterbang tersebut, menggelar mereka sebagai wira: "MH: Malaysian Hospitality; dalam kes ini... Wira Malaysia," katanya. - AGENSI.

Disember 10, 2024 @ 9:46am

Artikel ➡️ Berita Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

NETFLIX PREMIUM ACCOUNT MURAH ❤‍🔥

SHARING : 1 PROFILE 2 USER 🔽
1 month - rm 10
2 month - rm 18
3 month - rm 25
5 month - rm 50

✅ full warranty
✅ UltraHD 4K
✅ login 1 device only
✅ support all device

feedback @netflixmurahabby
feedback @netflixmurahabby

purchase netflix dengan harga murah sekarang! 🫶🏻
https://wa.me/60182242808?text=NAKBELINETFLIX

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA, SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA.

*BBP SHAH ALAM*

Tarikh : *10/12/2024*
Hari : *SELASA*
Masa : *0900*
KEBAKARAN SAMPAH

PEGAWAI OPERASI :
PBK I JAAFAR BIN ABDULLAH

Penyelia : *PBK I (KUP) MOHD SUPI
anggota: 21
MBSA (PANTAS)
keanggotaan : 24 Orang

Kebakaran sambah buangangan keluasan
12.1 ekar
-Keluasan terbakar 200x100

Pemadaman -menggunakan 1aliran 500 kaki 3 pancutan Pili Bomba

1 aliran 600 kaki 2 pancutan air terbuka

Lokasi : *LOT 161675 GRN 334354 MUKIM KLANG,DAERAH KLANG TANAH PERTANIAN
SEKSYEN 33 SHAH ALAM, SELANGOR.

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN YS TUAN DAN TUAN.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

PAHANG 10/12/2024.

Insiden lori treler masuk gaung di Jalan Lakum - Mempaga, siang tadi.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

26. Asal usul perkataan rock kapak adalah dari ucapan rockers semasa bermula konsert iaitu " lu orang mau rock ka, pa?? " bermaksud " kamu semua mahu rock ke, apa?" Lama kelamaan menjadi 'rock ka pa' dan seterusnya ROCK KAPAK.

27. Zaman dulu tak panggil rock kapak tetapi rock kangkang kerana artisnya terkangkang sambil bermain gitar , menyayi dan possing majalah.

28. Negeri Perak banyak menghasilkan kumpulan rock yang lebih heavy dan negeri Johor banyak menghasilkan kumpulan rock yang lebih polular.

29. Pengambaran di jalankan di sekitar Bandaraya Ipoh dan Taiping.

30. Dalam trilogi filem rock, filem rock yang pertama ialah sentuhan terbaik Mamat Khalid.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

OPERASI PENYELAMATAN ANGSA BANJIR

10.12.2024 - bertempat di Sekolah Kebangsaan Padang Kubu, kemaman, Operasi menyelamat mangsa banjir telah dilakukan oleh Balai Bomba Dan Penyelamat Cheneh, setelah kawasan sekolah itu dinaiki air banjir.

PPgB Mohd Hafiezul bin Mohamad selaku Komander Operasi memaklumkan penyelamatan melibatkan 14 orang Guru dan 29 pelajar.

#Seeratserasasehatisejiwa #sediamenyelamat #MalaysiaMadani #jbpmnegeriterengganu
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Dashcam rahmah rm70 je full hd siap camera depan belakang lagi..dah 16k sold tu padu teruk..link bawah!! 👇👇👇

https://s.shopee.com.my/2qCK56lG6Y

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

ada yg dekat sini cari topup murah2?
jom click link yg ada di bawah ini untuk dapatkan topup yang murah SERENDAH RM3 untuk topup bernilai RM5,dah jimat RM2 kan?😎beli lagi banyak lagi banyak diskaun✅jangan risau pembelian ini melalui shopee & trusted prosesnya semuanya mudah.Semua jenis topup boleh ya✔️5 orang terawal click link ja cukup saya bagi giveaway topup untuk anda🤩untuk claim topup daripada sy boleh ws sy ya
https://wa.me/message/44F5J32EEPH4J1

link shopee seller topup termurah👇
https://osini.co/topupmurah

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kereta terbabas, kejadian malam td di klang..

📹 : Kamalizaman

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Gagal bayar pinjaman Mara hampir RM1 juta, kediaman Che Ta diserbu

Majlis Amanah Raya (Mara) bertindak menyerbu kediaman aktres Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta di Kota Damansara, pagi ini.

Menurut sumber, tindakan itu dilakukan bagi membolehkan pihak Mara menilai barangan dalam rumah terbabit bagi tujuan penyitaan selepas selebriti 51 tahun itu gagal menjelaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

last assignment ke ni haha simple noh

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Laporan trafik semasa (10/12/2024 | 2.23PM)

#jbtu LEBUHRAYA PLUS: Trafik terhenti dari Simpang Renggam ke Sedenak disebabkan kemalangan melibatkan beberapa buah kereta dan lori di KM53.5 yang menghalang kesemua lorong.

Gunakan laluan alternatif dengan keluar di Plaza Tol Simpang Renggam dan masuk di Jalan Besar.

🎥 Orang Awam

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mayat reput ditemukan di Rawang Bypass lengkap berpakaian, pakai helmet

GOMBAK - Polis mengesahkan mayat reput yang ditemukan di laluan susur keluar Rawang Bypass, di sini merupakan seorang lelaki warga tempatan berusia 48 tahun.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan mayat tersebut di kawasan hutan di bawah Jalan Rawang Bypass jam 9.30 pagi pada Isnin.

Beliau berkata, mayat tersebut dijumpai dalam keadaan terbaring, lengkap berpakaian serta memakai topi keledar.

"Pihak polis juga menemui barangan peribadi milik si mati seperti dompet yang mengandungi kad pengenalan diri dan jam tangan.

"Mayat telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut dan proses bedah siasat akan dijalankan pada hari ini (Selasa)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kata beliau, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Tambahnya, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil membantu siasatan.

"Orang ramai boleh berhubung dengan Ketua Polis Balai Rawang, Inspektor Zharif Zakaria di talian 013-2969222 atau menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," ujarnya.

Artikel⚡Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Beberapa kawasan rendah di Kuala Krai, Kelantan mula dinaiki air berikutan hujan lebat semalam.

Antara kampung yang terjejas setakat ini adalah Kampung Kuala Pertang dan Kampung Chenulang.

Sementara itu, hampir 100 penduduk di Kampung Chegar Bongor Batu 5 di Gua Musang hari ini terputus hubungan apabila jalan utama yang digunakan mereka ditenggelami air akibat hujan lebat sejak semalam.

📸 Orang awam

#BernamaNews #banjir
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Bagasi misteri berbau busuk ditemui, polis berada di lokasi

CHERAS: Penduduk di Taman Cheras Perdana melaporkan penemuan sebuah bagasi yang mencurigakan di sebelah longkang besar pagi tadi.

Bagasi itu mencurigakan penduduk setempat kerana mengeluarkan bau busuk dengan lalat dan ulat kecil disekitar.

Bagasi berwarna biru itu turut dikunci dan diikat tali merah.

Pihak polis telah dimaklumkan dan berada di lokasi untuk memeriksa bagasi itu sebentar lagi.

Laporan lanjut menyusul.

10 Disember 2024, 12:14pm

Artikel ➡️ Buletin TV3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki tenggelam ketika pukat ikan di Sungai Tajar ditemui lemas

09 Disember 2024, 5:13pm

ALOR SETAR: Pekerja kilang, Mohamad Fauzi Omar, 33, yang hilang selepas tenggelam di Sungai Tajar, Kampung Gelam, Jalan Datuk Kumbar, di sini semalam, ditemui lemas hari ini .

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, mayat mangsa ditemui pada jam 2.50 petang tadi selepas melakukan pencarian di permukaan air menggunakan bot.

Menurutnya, mangsa ditemui separa terapung kira-kira 100 meter dari lokasi dilaporkan tenggelam, semalam.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis pada jam 3.05 petang untuk tindakan lanjut,” katanya di sini hari ini.

Ahmad Naufal berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa turut disertai Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari BBP Jitra dan Sungai Petani yang melakukan selaman di lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Beliau berkata, selain itu, operasi turut disertai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kota Setar.

Sementara itu, rakan mangsa, Wan Saifulnizam Wan Ahmad Shukri, 36, berkata, dia bersyukur kerana mayat rakan baiknya itu akhirnya ditemui.

“Memang saya sedih sebab hilang rakan baik kerana kami akrab sejak kecil.

“Saya tidak tahu nak beritahu bagaimana sebab terlalu sedih apabila nampak jasadnya dibawa naik ke tebing,” katanya ketika dihubungi hari ini

Menurutnya, Allahyarham hanya sempat menangkap tiga ikan lampam sebelum kejadian berlaku.

Tambahnya lagi, jenazah kini dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat dijangka akan dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Tualang, Pokok Sena.

Wan Saifulnizam berkata Allahyarham meninggalkan seorang isteri yang turut berada sepanjang operasi dilakukan di sungai berkenaan, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang lelaki dikhuatiri lemas ketika sedang memukat ikan bersama dua rakannya di Sungai Tajar, Kampung Gelam, Jalan Datuk Kumbar, di sini, jam 5 petang semalam.

#BuletinTV3
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Subscribe to a channel