infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

Gambar menunjukkan Perhentian Bas Muar era 1970an — juga dikenali sebagai Tangga Batu kerana wujudnya tangga batu bot penambang milik Syarikat Penambang Muar. Kelihatan bas milik Syarikat Lian Hoe Omnibus Sdn.Bhd dan bas lainnya perkhidmatan beca roda tiga yang dipanggil teksi serta perhentian teksi dan kereta sewa.

Kredit gambar kepada pemiliknya.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

INFO KEMALANGAN (E2 : LEBUHRAYA UTARA-SELATAN)

5.08pm🔸LUS@E2: Awas ⚠ terdapat kemalangan di KM 204.4 arah Utara dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat. Tiada lorong terhalang. Trafik lancar.

Cuaca hujan. Sila fokus pada pemanduan. Nyalakan lampu dan kurangkan kelajuan !

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

siapa kat sini selalu movie baru je terus tgk dkt wayang?tapi nak jimat tiket murah GSC?
jom sini sy share kat shopee dah ada tiket panggung wayang GSC dengan murah🤩jimat sehingga 25%,best kan?kalau beli tiket ramai2 lagi best sebab lagi banyak diskaun akan dapat😎proses semuanya di shopee sangat mudah & dipercayai.Semua tempat mall GSC pun ada mana2.
saya nak buat giveaway sedikit bagi siapa org pertama click link kat bawah ni👇sy bagi free 1 tiket.*untuk seorang sahaja ya & giveaway ini tamat pada harini jam 12am.Selepas click link terus ws saya ya.


link giveaway:https://osini.co/giveawaytiketgsc

link ws:https://wa.me/message/44F5J32EEPH4J1

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Remaja maut, teman lelaki cedera motosikal terbabas rempuh kereta

KLUANG – Seorang remaja perempuan maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas dan merempuh sebuah kereta di Kilometer (KM) 68.3 Jalan Johor Bahru – Ayer Hitam di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, kemalangan kira-kira jam 10 malam itu berlaku semasa mangsa berusia 19 tahun bersama teman lelakinya yang membonceng motosikal jenis Nouvo LC dalam perjalanan dari Simpang Renggam menghala ke Layang-Layang.

Bagaimanapun menurutnya, ketika pasangan tersebut tiba ke lokasi, motosikal dinaiki mereka hilang kawalan hingga memasuki laluan bertentangan dan melanggar kereta jenis Proton Saga di laluan berkenaan.

“Akibatnya, wanita itu mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Teman lelakinya yang berusia 20 tahun mengalami kecederaan ringan pada bahagian tangan, kaki dan belakang badan sementara pemandu Proton Saga berusia 19 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

"Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom untuk mendapat rawatan lanjut sebagai pesakit luar," katanya.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 412(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

SHAHRIZAL AHMAD ZAINI
11 Disember 2024 04:07pm

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

hii assalamualaikum , korang tau tak? sekarang ada apps yg nak bagi duit percuma. apps ni 100% selamat dan collab bersama MYEG malaysia ya✅🇲🇾


hanya perlu download apps dan register sahaja✅

tidak perlu mengeluarkan modal✅

tidak memerlukan sebarang data peribadi anda, 100% selamat✅

bukan bisnes online❌
bukan skim cepat kaya❌
bukan MLM❌

yang berminat untuk tahu lebih lanjut boleh pm https://www.wasap.my/+601123834452/sayanakduitfree

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pj ujan. Sekian inpo 💤

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Macam tu je die kutip tangan die..

Video luar negara

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

2 lelaki Myanmar didakwa bunuh lelaki Bangladesh

Gua Musang: Dua lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Bangladesh pada 27 November lalu.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, San Htike dan Khin Maung Win selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mencapai niat bersama melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Md Jahanggir Alom.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di kawasan kebun sayur di Kampung Kuala Tahu, Lojing antara 10.30 malam 27 November hingga 9 malam 28 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sharil Ramli, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim menetapkan 27 Februari tahun hadapan untuk sebutan semula kes bagi laporan kimia.

Disiarkan pada: Disember 11, 2024 @ 11:51am
Paya Linda Yahya
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

💋 𝗣𝗘𝗥𝗙𝗨𝗠𝗘 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧
𝐾ℎ𝑎𝑠 𝑢𝑛𝑡𝑢𝑘 𝗣𝗮𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗨𝗔𝗠𝗜 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 dan org yg nak tambah aura seri wajah..

• Long Lasting 12 - 20 hours
• Tahan 1 ke 3 bulan (35ml) penggunaan
• Ramuan Khas Pati Perfume Asli
dan Pati Bidara Extract ‼️

💋 𝗦𝗜𝗔𝗣𝗔 𝗪𝗔𝗝𝗜𝗕 𝗕𝗘𝗟𝗜..??? 👇
- Suami yang kurang minat untuk BERSAMA
- Isteri / Suami kurang nafsu
- Suami / Isteri yg mula HILANG LOVE SPARK
- Pasangan yang gagal fokus ketika Bersama
- Pasangan yang Hilang Nafsu
- Isteri yg TAWAR HATI dengan layanan SUAMI
- Pasangan yg jarang dapat, sering menolak.
- Tiada Mood / Perasaan pd Pasangan
- Hilang Kemanisan Perkahwinan
- Pasangan yg Sering Bergaduh

🤫 𝗞𝗘𝗛𝗘𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗙𝗨𝗠𝗘 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧👇
- Kembalikan Aura Cinta
- Kembalikan Love Sparks
- Hubungan Lebih Mesra
- Pasangan Lebih Merindui
- Harmonikan Hubungan yg Hambar
- Kembalikan Nafsu Halal pada Pasangan
- Hubungan Intim LEBIH MESRA dan DASYAT
- Semakin Kerap Ingin Bersama
- Pasangan Mula Merindui Each Other
- Cegah Sihir Pemisah
- Singkirkan semua AURA NEGATIF dari tubuh

⚘️ Abg / Kakak blh share suami isteri, beli skrg kt sini 👇👇
https://wasap.my/601171607627/Perfume_malam_jumaat

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jalan 200 meter ke klinik selepas parah ditikam leher dan dada

Oleh Farwizah Samsudin -December 10, 2024

SEORANG pemilik bengkel berjalan kira-kira 200 meter bagi mendapatkan rawatan selepas parah ditikam pelanggan di kedai miliknya dekat Subang Perdana, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, dalam kejadian 5.20 petang itu, mangsa seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun mengalami kecederaan di leher dan dada akibat ditikam.

Beliau berkata, kejadian berlaku apabila suspek seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun datang ke kedai mangsa untuk membaiki kenderaan kerana mempunyai masalah sistem brek.

“Setelah kerosakan dibaiki, suspek telah membuat bayaran dan beredar dari bengkel.

“Dua jam kemudian suspek datang kembali ke bengkel dan berlakunya pertengkaran.

“Suspek telah menyerang mangsa dengan menggunakan senjata tajam dan melarikan diri dengan menaiki kereta Perodua Alza,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, mangsa yang mengalami kecederaan telah berjalan kaki ke klinik swasta berhampiran bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, mangsa telah jatuh pengsan di koridor pejalan kaki klinik tersebut dan kini dalam keadaan stabil.

Mangsa telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan lanjut dan motif kejadian masih dalam siasatan.

Tambahnya, suspek telah dikenalpasti dan usaha mengesan dan menangkap sedang giat dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan.

#UtusanTV
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tahan, beku jenazah bayi disifatkan penganiayaan, menyalahi hukum syarak

Shah Alam: Tindakan sebuah hospital swasta yang didakwa 'menahan' jenazah bayi selama dua minggu disifatkan sebagai suatu penganiayaan yang menyalahi hukum syarak.

Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), Universiti Teknologi MARA (UiTM), Dr Mohd Hapiz Mahaiyadin berkata, menyimpan jenazah di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu adalah tidak wajar kerana ia menyebabkan kelewatan pengebumian jenazah yang sepatutnya disegerakan jika tiada sebarang keuzuran.

"Tindakan penahanan disebabkan menunggu si bapa untuk menyelesaikan kos bersalin ibunya bukanlah suatu keuzuran syarie (seperti kes pembunuhan, kemalangan dan sebagainya yang perlu dibedah siasat) kerana tuntutan kos itu boleh diselesaikan dengan cara lain.

"Dalam hal ini, ia menjadi satu penganiayaan fizikal yang menyalahi syarak yang tidak wajar dibiarkan berulang sekali lagi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, terdapat beberapa perkara berkaitan hukum syarak yang perlu dipertegaskan berhubung perbuatan menahan jenazah bayi berkenaan.

Menurutnya, jika bayi yang dilahirkan sudah berusia enam bulan dan ke atas, maka jenazahnya wajib dilakukan seperti jenazah orang dewasa iaitu dimandikan dan dikafankan, solat jenazah dan dikebumikan.

"Jenazah bayi berkenaan sudah melebihi usia enam bulan, jadi wajib disegerakan melainkan terdapat keuzuran seperti menunggu kedatangan wali (bapa, ibu atau penjaga yang sah) dalam jarak masa singkat yang mana dipercayai badan jenayah masih elok dan tidak berlaku perubahan (membusuk dan seumpamanya)," katanya.

Bagaimanapun katanya, ia boleh ditangguhkan jika terdapat keperluan (maslahah) yang kritikal seperti wujudnya keraguan tentang punca kematian atau tujuan bedah siasat dalam kes tertentu seperti pembunuhan, kemalangan dan sebagainya.

Sementara itu, berhubung dakwaan menghina fizikal bayi itu katanya, seorang Muslim perlu berakhlak Islam dengan menjaga lidah dan tangan daripada menyakiti orang lain.

"Tindakan menghina seseorang dalam semua keadaan adalah suatu yang menyalahi akhlak Islam.

"Kita seharusnya menjauhi daripada memaki, mencela, dan berkata tidak elok pada orang lain atau mengenai diri mereka," katanya.

Disiarkan pada: Disember 11, 2024 @ 1:22pm
Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tak lepas daki bukit, lori tiba-tiba mengundur
ROSILAWATI ROSEDIROSILAWATI ROSEDI
11 Disember 2024 09:56am

TEMERLOH - Detik cemas buat seorang lelaki apabila lori yang dipandu mengundur selepas tidak dapat mendaki bukit di Jalan Bukit Damar-Lakum di sini pada Selasa.

Sebelum itu, rakaman kamera papan pemuka kenderaan (dashcam) berdurasi 57 saat tular di laman sosial memaparkan lori terbabit mengundur dan terbabas jatuh ke tepi cerun bahu jalan di tempat kejadian.

Kejadian itu juga mendapat pujian netizen kerana kecekapan pemandu terbabit yang berjaya mengelak daripada terlanggar kenderaan lain.

Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, pihak polis menerima makluman mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.45 pagi.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah lori yang membawa muatan amang.

"Ketika tiba di tempat kejadian, lori tersebut telah terbabas jatuh ke tepi cerun bahu jalan.

Siasatan mendapati lori itu telah mengundur setelah tidak dapat mendaki bukit di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Artikel Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

HIBAH GERENTI LULUS
Zurich Takaful ada Hibah Takaful untuk yang dah ada penyakit atau obesiti etc, boleh cover hingga umur 80 tahun.

Rebate sebulan untuk pembayaran yang Bagus dan Rebate 2 bulan untuk bayaran Tahunan

SEMUA boleh apply untuk coverage dari RM 50,000 ~ RM 300,000 termasuk :
✅ Yang diuji dgn critical illness (kanser, strok, jantung, kidney, dialysis etc)
✅ Yang dah ada kecacatan fizikal/mental dan OKU
(Major Depression, Celebral Palsy etc)
✅ Yang penyakit berangkai (darah tinggi, kencing manis, gout etc)
✅ Yang badan obes BMI lebih 35 dan ke atas
✅ Yang sudah Total Disabled (TPD) or bed ridden
✅ Yang wujud keadaan sejak lahir (Autisme, ADHD, Sindrom Down etc)
✅ Yang ada HIV, AIDS atau pengunaan dadah
✅ Yang kerja bahaya (bomba, ambulan, polis etc)

Coverage Kemalangan .
Terus cover dan 200% coverge dari perlindungan Asas.

TEMPOH MENUNGGU hanya 2 tahun sahaja bagi yang mempunyai penyakit kritikal.

*OKU boleh ambil*

*Bukan Medical Card ,Medical tak akan cover sakit sedia ada*

*Peluang Terakhir untuk ada plan Hibah yang coverage Tinggi*


Mempunyai pilihan plan Hibah + Saving jika sudah sakit.

Kalau sihat plan lain ya.

Sapa-sapa yang perlu atau kenal sapa-sapa yang sakit dan perlu HIBAH, better GRAB PELUANG ni...
At least ada SESUATU boleh kita bantu usahakan.

Norlia
www.wasap.my/601151517719/Alsham

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Wanita Singapura maut motosikal berkuasa tinggi terbabas

10 Disember 2024, 6:48pm

KULAI: Seorang pembonceng motosikal berkuasa tinggi warga Singapura maut manakala penunggangnya cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 49.5, Lebuh Raya Utara Selatan (arah selatan), hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.15 pagi itu, wanita berusia 21 tahun disahkan meninggal di lokasi kemalangan akibat parah.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata kemalangan membabitkan sebuah motosikal jenis Kawasaki Ninja ZX-10 ditunggang lelaki warga Singapura berusia 23 tahun.

“Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila motosikal dari arah utara ke selatan itu hilang kawalan dan terbabas melanggar besi pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan itu, pembonceng motosikal parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim (HTSMTI) di sini, untuk bedah siasat.

“Penunggang motosikal cedera di bahagian kaki dan menerima rawatan di hospital sama,” katanya menerusi satu kenyataan media, di sini, hari ini.

Seng Lee berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987

Artikel Buletin Tv3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝐍𝐞𝐯𝐞𝐫 𝐓𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐀𝐥𝐨𝐧𝐞

𝐉𝐨𝐦 𝐭𝐫𝐚𝐝𝐞 𝐬𝐚𝐦𝐚-𝐬𝐚𝐦𝐚

Jom trade berjemaah. Live trade 10-12 pagi & 10-12 malam.

Masuk channel untuk trade bersama kami.

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan motor dengan lori jalan mengkibol kluang.

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan lori trelar jalan batu pahat ke pontian dekat tanjung labuh..hati hati gais

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 11/12/2024.

Kemalangan melibatkan motosikal dan lori di persimpangan lampu isyarat Taman Muhibbah, Kluang.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan lori treler di Bukit Tambun sebelum Tol Juru, Pulau Pinang katanya.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TARIKH: 11HB DISEMBER 2024 (RABU)

KENYATAAN MEDIA KEMALANGAN MAUT MELIBATKAN (02) BUAH KENDERAAN DI DAERAH KOTA KINABALU

Pada 11/12/2024 jam lebih kurang 0545 pagi, terima makluman dari KAA bertugas L/Kpl. Shahrilazmin memaklumkan berlaku satu kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan berhampiran Maimunah Cybercity, Jalan Lintas, Kota Kinabalu.

Siasatan awal di lokasi mendapati kemalangan melibatkan dua (02) buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan jenis Toyota Camry dan sebuah kenderaan jenis Produa MYVI. Kemalangan melibatkan kes terbabas dan masuk ke arah laluan bertentangan dan berlaku perlanggaran.

Siasatan lanjut mendapati sebuah kenderaan Perodua MYVI yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 20-an yang datang dari arah Kobusak menuju ke Putatan. Apabila sampai berhampiran Speed Car Wash, Cybercity Jalan Lintas, pemandu Produa MYVI yang cuba untuk membuat pusingan-U dengan secara tiba-tiba kenderaan Perodua MYVI tersebut telah hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan di hadapannnya dan melambung ke sebelah jalan arah laluan yang bertentangan. Di dalam masa yang sama datang sebuah kenderaan Toyota Camry yang dipandu oleh seorang perempuan yang berumur 40an daripada arah jalan lurus iaitu daripada arah KKIA menghala ke arah Lido dan menyebabkan telah berlaku berlaku perlanggaran.

Akibat daripada kemalangan tersebut pemandu kenderaan Toyota Camry telah mengalami kecederaan parah dan telah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

Hasil siasatan mendapati kecuaian adalah disebabkan oleh pemandu kenderaan Perodua MYVI tersebut yang cuai di dalam pemanduannya sehingga hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke arah laluan bertentangan dan merempuh pemandu kenderaan Toyota Camry tersebut.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memandu dalam keadaan berhati- hati dan patuh kepada peraturan lalulintas.

Sekian, terima kasih.

ACP KASIM BIN MUDA,

KETUA POLIS DAERAH KOTA KINABALU,

KOTA KINABALU, SABAН.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

OFFICIAL STATEMENT : To address all the allegations made in social media recently

Kredit ➡️ Hospital Bersalin Razif

* Isu berkaitan simpan jenazah bayi dalam peti sejuk beku 16 hari.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Salam & selamat sejahtera❤️Saya Alina dari KOPERASI menawarkan pembiayaan peribadi🙂


✅Untuk kakitangan kerajaan,badan berkanun,kerajaan negeri dan GLC yg terpilih.
✅Komitmen luar payslip TIDAK diambil kira.
✅Senarai hitam,AKPK,CTOS,CCRIS,tunggakan SAA layak mohon.
✅Tiada bayaran pendahuluan❌❌
✅Penjamin tidak diperlukan.
✅Dilindungi takaful.
✅Fresh loan/Overlapping/penyatuan hutang.
✅Boleh menaikan peratus di payslip semula.


Kalau Cik/Puan/Encik/Tuan berminat atau nak tahu lebih lanjut boleh WhatsApp ni ye.

Utk semakan adalah percuma,kiraan kelayakkan boleh send saya payslip gaji terkini anda🙂

Alina
📲 http://www.wasap.my/60166026705

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

'Saya menyesal atas perbuatan tidak disengajakan'

Muar: "Saya mohon maaf dan menyesal atas perbuatan tidak disengajakan," demikian kata seorang pekerja kedai makan sebelum Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan ke atasnya.

Ia atas pertuduhan melakukan amang seksual serta menunjukkan isyarat lucah terhadap pelajar perempuan yang juga yatim piatu, Mei lalu.

Hakim Sayani Mohd Nor menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Hamdan Mohamad, 45, mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 15 (a) (i) akta sama.

Bapa dua anak itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa berusia 15 tahun di sebuah kedai makan di Batu Pahat pada 6.30 petang, 28 Jun lalu

Selain itu, tertuduh juga didakwa menunjukkan isyarat lucah terhadap mangsa yang bekerja sambilan ke premis itu pada 5 petang, 22 Mei lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Disiarkan pada: Disember 11, 2024 @ 12:43pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Rogol remaja atas padang, pelatih mengaku salah

Muar: Pelatih sebuah institut perladangan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja perempuan di atas padang rumput di Segamat, bulan lalu.

Tertuduh, Mohamad Azfar Asmawi, 18, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibaca oleh jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, remaja terbabit didakwa merogol mangsa berusia 14 tahun di atas padang taman permainan di Jementah, Segamat kira-kira 9.30 malam pada 15 November lalu.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Berdasarkan laporan dibuat bapa mangsa, dia berjumpa guru kaunseling di ke sekolah selepas diberitahu anaknya melakukan perbuatan itu pada 19 November lalu.

Mangsa ditemani bapanya kemudian membuat laporan kejadian di Balai Polis Jementah sebelum tertuduh ditahan pada 8 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon satu tarikh bagi membolehkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan laporan sosial berkaitan tertuduh.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan selain tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.

Kes akan disebut semula pada 14 Januari ini.

Disiarkan pada: Disember 11, 2024 @ 1:02pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kerajaan Selangor kecam tindakan hospital swasta 'tahan' jasad bayi

Shah Alam: Kerajaan negeri Selangor mengecam tindakan sebuah hospital swasta, yang menahan jenazah bayi lelaki selama dua minggu, hanya disebabkan ibu bapa arwah gagal menjelaskan bil hospital, lebih awal.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Anfaal Saari, berkata beliau akan berhubung dengan pihak berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung kes terbabit.

"Saya akan mendapatkan maklumat lanjut dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terlebih dahulu.

"Keperluan lanjutan akan diberi bantuan (kepada keluarga bayi) selepas dikenal pasti (perincian kes). Saya akan menziarahi keluarga bayi berkenaan.

"Kita (kerajaan negeri) mengecam tindakan tidak berperikemanusiaan itu dan akur dengan tindakan undang-undang jika disabit kesalahan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam media melaporkan, perkongsian Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) di Facebook sejak Isnin, mengenai pengurusan jenazah bayi lelaki yang dilahirkan tidak sempurna, tular dan mengundang pelbagai reaksi masyarakat.

Pengasasnya berkongsi di FB Mr Wan Cai Official, memaklumkan pihaknya terpaksa menggunakan air panas bercampur air paip untuk memandikan jenazah bayi lelaki yang dinamakan Adham apabila mayatnya disimpan di peti sejuk mayat sebuah hospital swasta selama dua minggu.

Menurut hantaran itu, bayi berkenaan dilahirkan pada 24 November lalu dalam keadaan tidak sempurna iaitu tanpa sebelah mata dan hidung serta tiada lubang dubur, malah meninggal dunia beberapa minit selepas dilahirkan.

Wan Cai menyifatkan tindakan menyimpan bayi itu oleh pihak hospital swasta di Klang dan melarang jenazah disemadikan lebih awal sebagai tidak berperikemanusiaan.

Seolah tiada perikemanusiaan, 'tahan' jasad bayi selagi bil hospital tidak dijelaskan

Disiarkan pada: Disember 11, 2024 @ 11:37am
Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

“ 𝑷𝑹𝑶𝑻𝑶𝑵 𝑴𝑼𝑫𝑨𝑯 𝑳𝑼𝑳𝑼𝑺 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑭𝑨𝒀𝒀𝑨𝑫𝑯 , 𝑹𝑬𝑨𝑫𝒀𝑺𝑻𝑶𝑪𝑲 𝑫𝑨𝑵 𝑼𝑹𝑼𝑺𝑨𝑵 𝑻𝑹𝑨𝑵𝑺𝑷𝑨𝑹𝑬𝑵𝑻 “ 🔥

Bulan December ini bulan terakhir untuk anda yang inginkan pembiayaan “Full Loan” sebelum E Invois bermula. Pada yang masih mencari penasihat jualan sah dan layanan VVIP boleh semak kelayakan bersama Fayyadh 💫

http://wasap.my/60169599596/semakkelayakankeretaInfoSemasaDec

Sementara stock kereta “Readystock” , sementara kadar faedah masih cantik tiada kenaikan , sementara segala urusan kelayakan bank mudah untuk lulus , manfaatkan masa ini untuk anda semak kelayakan sekarang. ✨

Proton Saga - Rebate RM500.00 ✅
Proton Persona - Rebate RM500.00 ✅
Proton Iriz - Rebate RM500.00 ✅
Proton X90 - Rebate RM3000.00 ✅
Proton X50 - Rebate RM7000.00 ✅
Proton X70 - Rebate RM7000.00 ✅

Inilah masa terbaik untuk anda submit dokumen dan biar saya uruskan selebihnya. Segalanya dihujung jari anda.

𝑭𝑹𝑬𝑬 𝑫𝑬𝑳𝑰𝑽𝑬𝑹𝒀 𝑺𝑬𝑳𝑼𝑹𝑼𝑯 𝑴𝑨𝑳𝑨𝒀𝑺𝑰𝑨 🇲🇾
𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓 , 𝐋𝐎𝐀𝐍 𝐀𝐏𝐏𝐑𝐎𝐕𝐄 2𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐒𝐀𝐇𝐀𝐉𝐀 📲

http://wasap.my/60169599596/semakkelayakankeretaInfoSemasaDec
http://wasap.my/60169599596/semakkelayakankeretaInfoSemasaDec

📱: 016-959-9596 (Fayyadh)
🤳 Follow IG ( ffayyadh_proton ) untuk lebih lanjut .

“𝘉𝘪𝘢𝘳 𝘴𝘢𝘺𝘢 𝘶𝘳𝘶𝘴𝘬𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘨𝘢𝘭𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘥𝘪𝘩𝘶𝘫𝘶𝘯𝘨 𝘫𝘢𝘳𝘪. 𝘒𝘪𝘵𝘢 𝘫𝘶𝘮𝘱𝘢 𝘥𝘪𝘴𝘦𝘴𝘪 𝘥𝘦𝘭𝘪𝘷𝘦𝘳𝘺” 😍

𝐀𝐔𝐓𝐇𝐎𝐑𝐈𝐒𝐄𝐃 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐄𝐒 𝐀𝐃𝐕𝐈𝐒𝐎𝐑

#proton #protonmalaysia

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

jom claim cash ‼️Rm250-500‼️
di my MyEg terdekat anda

sesuai terdekat dgn MyEg

selangor, penang, perak, N9 , melaka, johor

jom jgn lepaskan peluang claim sebelum pendaftaran di tutup hujung bulan ni

untuk info lanjut klik link di bawah cara claim

/channel/claimRm200hingga500

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Baru berlaku..
Kemalangan maut jalan valdor - Tasek cempedak, Simpang Ampat SPS..

Hati-hati pabila mealui jalan ini yang semakin sibuk la ni..

#penangKini
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Old Station Bus, Kota Kinabalu year 1980s; located either at Jalan Tugu or Jalan Dua Puluh, Kota Kinabalu;

Use a picture; It’s worth a thousand words; KODAK Lens Malaysia

Kredit owner

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEDAH 11/12/2024.

Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Mengkuang Masjid, Baling sekitar jam 5 pagi tadi.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ INFO KEMALANGAN DI BALING

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Subscribe to a channel