Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
*TAWARAN PINJAMAN KWSP*
-Anda berumur 53/54/55/59/60tahun.
-Dah tak bekerja atau masih bekerja
-Mempunyai simpanan dalam akaun *KWSP* anda.
-Ade masalah dengan 𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 pastu ade sangkut 𝑨𝑲𝑷𝑲 dialukan.
-Menetap die Semenanjung Malaysia.
*TAHNIAH ANDA YG KAMI CARI*
Untuk mohon *pinjaman kwsp*
Yang berkonsepkan *pinjam hari ini bayar masa umur 55@60 tahun nanti* 😍
*Jangan Risau*
Bukan cagar KWSP anda ya!
💯 Selamat.
*Bayaran tanggungjawab sendiri*
Bagaimana untuk mohon anda hanya perlu klick link dibawah
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
JOHOR 15/12/2024
Kemalangan di Sungai Ara ke simpang Tenggaroh, Mersing malam ini.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kejadian rompakan dikatakan dengan bersenjatakan lastik di Kota Belud, Sabah.
Sumber ➡️ The Brotherhood of Sabah Sarawak
#infosemasa
@infosemasaofficial
Syria dan hadis berkaitan akhir zaman
Ramai tidak menyangka rejim keluarga Assad yang berkuasa selama lebih kurang 53 tahun (1971-2024) akhirnya tumbang pada 8 Disember 2024 lalu. Namun, penulis tidak akan mengupas siapa di belakang siapa dan kekompleksan percaturan politik yang berlaku di Timur Tengah. Ini kerana perbincangan mengenainya pasti akan sampai ke titik kabur kerana masing-masing ingin dilihat bijak mengatur strategi dan bermain persepsi. Yang pasti tidak kabur ialah khabar yang diberitakan oleh Rasulullah SAW kepada umat Islam. Musuh boleh merancang dan menyusun langkah, yang menentukan hanyalah Allah SWT jua.
Barangkali sebelum ini ada yang melihat sebahagian hadis eskatologi kelihatan seolah-olah tidak menepati realiti yang berlaku. Namun, yakinlah bahawa apa yang dikhabarkan pasti akan tiba juga saatnya satu persatu, sama ada cepat atau lambat. Siapa menduga, pada hari ini kita melihat Dimasyq (sebutan Melayu: Damsyik) melaung takbir bebas daripada cengkaman sebuah rejim zalim. Laungan kebebasan yang mungkin tidak pernah didengarnya sejak lebih lima dekad lampau. Namun, itu bukanlah penamatnya. Episod perjuangan umat Islam di wilayah bergolak ini kelihatan masih panjang dan berliku.
Semoga pengalaman pahit dan getir yang dilalui mengajar mereka untuk menjadi lebih bijak, kuat dan berhemah tinggi. Ini kerana terdapat hadis yang mengisyaratkan mengenai kehebatan daya tempur mereka. Daripada Abu Hurairah RA katanya, "Rasulullah SAW bersabda: Jika berlaku peperangan-peperangan yang besar, maka Allah akan membangkitkan satu kumpulan daripada golongan al-mawali (golongan yang berjanji taat setia), mereka adalah orang Arab yang paling baik kudanya dan yang paling bagus senjatanya. Dengan merekalah Allah akan mengukuhkan agama ini." Dalam riwayat lain disebut: "…golongan al-mawali (golongan yang berjanji taat setia) itu dari Dimasyq." (Riwayat Ibnu Majah, Nu'aym bin Hammad dan al-Hakim, katanya: Sahih mengikut syarat al-Bukhari)
Selain Dimasyq, ada beberapa tempat lagi di Syria yang disebutkan oleh Nabi SAW dalam berbagai hadis eskatologi. Beberapa tempat ini bakal menjadi pentas penting bagi peristiwa akhir zaman. Antaranya ialah Ghutah yang akan menjadi kubu kuat umat Islam. Daripada Abu Darda' RA katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya pangkalan (kubu) kaum muslimin saat terjadinya peperangan besar (al-malhamah) berada di Ghutah, suatu tempat berhampiran sebuah kota yang dipanggil Dimasyq, antara kota terbaik wilayah Syam." Dalam riwayat lain disebut: "…tempat tinggal terbaik kaum muslimin pada masa itu." (Riwayat Abu Dawud, Ahmad, at-Tabarani dan al-Hakim, katanya: Sahih sanadnya)
Diriwayatkan daripada Jubair bin Nufair katanya, "Seorang lelaki daripada sahabat Nabi Muhammad SAW menceritakan kepada kami, bahwa Rasulullah SAW bersabda: "Syam akan dibukakan untuk kamu sekalian, maka jika kamu diberi kebebasan untuk memilih tempat tinggal di dalamnya, maka hendaklah kamu pilih sebuah kota yang dipanggil Dimasyq. Sesungguhnya ia adalah benteng kaum muslimin daripada peperangan- peperangan yang dahsyat, dan pangkalannya pula terletak di suatu tempat yang dipanggil al-Ghutah." (Riwayat Ahmad dengan sanad daif)
Antara kota lain Syria yang disebut dalam hadis ialah A'maq atau Dabiq, iaitu nama dua buah tempat berdekatan Aleppo. Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan terjadi hari kiamat sehinggalah bangsa Rom akan turun berhimpun di A'maq atau Dabiq. Lalu, keluar menghadapi mereka sekelompok tentera dari Madinah, antara sebaik-baik penduduk bumi ketika itu. Maka tatkala mereka berhadapan, bangsa Rom berkata: 'Biarkanlah kami memerangi orang-orang yang mengambil tawanan daripada kami!' Namun, kaum muslimin menjawab: 'Tidak, demi Allah, kami tak akan membiarkan kalian memerangi saudara-saudara kami.' Maka, terjadilah peperangan antara mereka. Lalu ada sepertiga yang kalah namun Allah tidak akan mengampuni dosa mereka untuk selamanya, dan sepertiga lagi terbunuh sebagai sebaik-baik para syuhada' di sisi Allah, serta sepertiga lagi akan memperolehi kemenangan.
Wanita penghantar barang ditahan curi 'parcel'
Iskandar Puteri: Polis menahan seorang wanita penghantar barang kerana disyaki mencuri parcel (bungkusan) penduduk di sebuah apartmen di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, laporan diterima daripada lelaki berusia 42 tahun pada 12.08 tengah malam, sebelum suspek wanita berusia 38 tahun itu ditahan di lokasi kejadian.
"Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, dan ujian saringan awal air kencing menunjukkan negatif dadah.
"Polis turut merampas beberapa barang dipercayai hasil curi, termasuk dua botol micellar cleansing water, satu kotak tisu basah dan dua kotak losyen," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, suspek sudah direman lima hari bermula Khamis lalu hingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan.
Disiarkan pada: Disember 15, 2024 @ 7:51pm
Omar Ahmad
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Kuala Lumpur: Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, pihaknya sudah mengenal pasti anggota berkenaan yang kini bertugas di dalam kawasan di ibu negara.
"Siasatan dimulakan walaupun polis tidak menerima laporan berhubung perkara itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Terdahulu, tular satu hantaran menerusi media sosial Instagram oleh seorang wanita yang mendakwa seorang anggota polis menunjukkan isyarat lucah kepadanya, ketika wanita itu sedang mengambil gambar dalam satu protes mengenai hak asasi manusia di sini.
Wanita berkenaan turut mendakwa isyarat yang ditujukan kepadanya itu diulang beberapa kali oleh anggota polis terbabit bagi memastikan ia dapat dilihat.
Disiarkan pada: Disember 15, 2024 @ 7:56pm
Artikel ➡️ BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza
Laporan statistik harian berkenaan jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel ke atas semenanjung Gaza, hari ke-446.
▪️ Rejim Zionis melancarkan lima operasi pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk di semenanjung Gaza. Serangan hari ini telah mengakibatkan 46 penduduk syahid manakala 135 mangsa cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.
▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan bergelimpangan di jalanan. Tekanan semakin meningkat apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. Mereka tidak dapat sampai ke hospital sehingga kini.
▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 44, 976 syuhada dan 106,759 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.
15 Disember 2024
#infosemasa
Sementara seluruh dunia menikmati kehangatan, penduduk khemah di Gaza hidup dalam keadaan sejuk, beku, dan hujan yang menenggelamkan khemah dan harta benda mereka.
Sumber: Quds News Network
#infosemasa
SERVICE NAIKKAN FOLLOWERS , VIEW & LIKE DI TIKTOK 🫶🏻
3k view + 300 like
— rm 10 sahaja
20k view + 500 like
— rm 15 sahaja
50k view + 1k like
— rm 20 sahaja
80k view + 2k like
— rm 35 sahaja
250k view + 5k like
— rm 100 sahaja
800k view + 8k like
— rm 150 sahaja
FOLLOWERS 👇🏻
500 followers rm 25
1000 followers rm 30
2000 followers rm 55
3000 followers rm 80
5000 followers rm 100
10k followers rm 200
feedback @boostsocmedmurah
feedback @boostsocmedmurah
https://wa.me/60182242808?text=nakbeliservicetiktok
Seorang gadis Palestin meraung atas kehilangan bapa dan abangnya akibat pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh tentera rejim Zionis yang menyasarkan Sekolah Majda Wesila, yang menempatkan penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal di barat Kota Gaza.
Sumber: Eye On Palestine
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
Seramai 8 orang rakyat Palestin dilaporkan cedera parah akibat serangan udara rejim Zionis yang menyasarkan khemah orang awam di bandar Deir al-Balah, tengah Semenanjung Gaza.
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁
Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!
Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅
100% selamat dan mudah! 💯
Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗
Password? Tak perlu! 🔒
Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀
👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com
#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe
KELANTAN 15/12/2024.
Insiden kereta jatuh sungai di Jambatan Sungai Durian, Kuala Krai petang tadi.
Menurut sumber awam, mangsa selamat dalam kejadian tersebut.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Beli 1 percuma 1..mana nak cari geng harga murah lampu solar ni..tak payah fikir pasal bill elektrik dah..automatik bila malam menyala..shipping dalam masa 24 jam..2 hari sampai rumah jangan risau!! 😍😍👇👇
https://s.shopee.com.my/9pNsBLaZ2h
KEBAKARAN MOTOSIKAL.
Tarikh : 15/12/2024
Masa : 09:46:00
ALAMAT : LORONG PASAK 6,TAMAN PASAK INDAH,KOTA TINGGI
Komander Operasi : PBK II KUP MOHD SHAHRULNIZAM BIN JOHARI
Keanggotaan:
BBP Kota Tinggi: 5 ORG
Logistik :
FRT J1-50
Maklumat Kejadian :
SETIBANYA PASUKAN KELUARAN OPERASI DI TEMPAT KEJADIAN BENAR BERLAKU KEBAKARAN MOTOSIKAL JENIS YAMAHA EGO DIPERCAYAI TELAH DIBAKAR OLEH SEORANG LELAKI DEWASA. KEBAKARAN 90% DARI KESELURUHAN KENDERAAN TERSEBUT. API KETIKA ITU TELAH DIPADAMKAN OLEH ORANG AWAM.
TINDAKAN OPERASI:
KETUA OPERASI MEMBUAT SIZE UP DENGAN KONSEP RECEO DAN MENGARAHKAN ANGGOTA MEMADAMKAN SISA KEBAKARAN DENGAN MENGGUNAKAN 1 ALIRAN SALUR BANTU MULA AIR DARI TANGKI JENTERA. SETELAH KEADAAN SELAMAT DAN KES DISERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS .PKO LAPOR OPERASI TAMAT DAN BALIK KE BALAI.
SEKIAN HARAP MAKLUM.
#bombakotatinggi
#bombajohor
#bombamalaysia
#BombaTheBest
#infosemasa
Rakaman kamera litar tertutup kemalangan basikal.
Video ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
📢 TAWARAN HEBAT UNTUK PEMINAT NETFLIX! 🎉
Hi semua ahli Info Semasa! 🌟 Saya bawakan tawaran TERBAIK untuk anda – Netflix Private Profile yang 100% sah, halal, dan original! Bukan akaun hack atau crack, ini akaun rasmi dengan harga mampu milik!
✨ Hanya RM10/Profile! Ya, RM10 je untuk pengalaman Netflix Premium tanpa gangguan!
Apa yang anda akan dapat?👇
✅ 1 Profile untuk 1 User – Eksklusif untuk anda, privasi terjamin!
✅ Private Profile + PIN Sendiri 📌 – Boleh tetapkan PIN untuk profil anda.
✅ Akses Semua Peranti – TV, Telefon, PC, PS, iPhone, Android – semuanya boleh guna!
✅ Plan Premium 4K UltraHD – Nikmati tontonan berkualiti tinggi, seperti di panggung wayang.
✅ 10,000++ Filem & 1,000++ Drama – Pilihan hiburan tanpa had! 🎬
✅ 1 Akaun, 2 Login – Boleh login di 2 peranti, tapi tonton hanya di 1 peranti pada satu masa.
✅ No Screen Limit Issue – Bebas tonton tanpa sekatan skrin.
✅ Fast Setup 💨 – Akaun disiapkan dalam masa singkat, ready to go!
✅ Sangat Stabil – Akaun original, tiada masalah, hanya keseronokan menonton.
✅ Full Warranty 💯 – Jaminan penuh untuk kepuasan hati anda.
💥 Kenapa bayar lebih kalau boleh dapat dengan harga hanya RM10?
👉🏻 Akaun sah & original.
👉🏻 Tonton dengan tenang tanpa sekatan atau masalah.
🏠 Ada Masalah dengan Netflix Household? Tak Perlu Risau!
Jika anda mengalami masalah dengan Netflix Household, anda boleh akses kod secara terus di website kami 24 jam. Tak perlu tunggu, sistem automatik kami berfungsi sepanjang masa!
🌟 Jadi Reseller Juga! 🌟
Jika anda berminat untuk menjadi reseller, boleh join dengan harga serendah RM10 dan dapatkan panduannya sepenuhnya! Semua yang anda perlukan untuk mulakan bisnes, saya akan guide dari A to Z.
📩 PM SEKARANG untuk lock tawaran ni dan dapatkan panduan reseller. Jangan tunggu lama-lama, tawaran terhad! 🚀
📌 Hanya RM10/Profile – PROMOSI TERHAD! Jangan lepaskan peluang ini!
Hubungi Kami Sekarang!
📱 WhatsApp: https://shorturl.at/nWv8s
📱 Telegram: @vexorcorner
Mereka tidak akan ditimpa sebarang fitnah selamanya, lantas mereka akan menakluki Konstantinopel." (Riwayat Muslim)
Hadis ini jelas menyatakan A'maq atau Dabiq merupakan tempat pertempuran besar (al-malhamah al-kubra) antara tentera Islam dengan tentera kafir. Dalam sebuah riwayat sahih menyebutkan, golongan kafir tersebut akan mengerahkan 80 pasukan tentera yang setiap satu pasukan terdiri daripada 10,000 perajurit, sebagaimana disebut dalam riwayat Ahmad. Manakala dalam riwayat al-Bukhari disebut 12,000 perajurit. Ini bererti jumlah kekuatan mereka cukup besar antara 800,000 hingga 960,000 orang! Semoga Allah SWT memberikan kekuatan buat umat Islam bagi menghadapi segala bala dan fitnah akhir zaman yang begitu dahsyat.
Penulis Ketua Unit Hadis di Institut Kajian Hadis & Akidah (Inhad), Universiti Islam Selangor (UIS)
Dr Mohd Khafidz Soroni
Disiarkan pada: Disember 15, 2024 @ 7:00am
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasaofficial
@infosemasaofficial
Pemandu terselamat, kereta terbakar di lebuhraya SPE
15 Disember 2024, 7:21pm
KUALA LUMPUR: Serang pemandu terselamat apabila kereta Mercedes Benz 450 yan dipandu terbakar di Kilometer 18 Lebuhraya Setiawangsa-Pantai (SPE) dekat Plaza Tol Wangsa Maju di sini, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan kejadian 1.38 tengah hari.
Komander Operasi Nor Saiful Ibrahim berkata, sebuah jentera dengan kekuatan tujuh pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan.
“Setibanya pasukan di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan sebuah kereta.
“Kebakaran berlaku di bahagian enjin dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya 2.15 petang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kereta berkenaan musnah 100 peratus namun tiada mangsa terbabit.
Punca kebakaran masih dalam siasatan.
Artikel Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Detik cemas kereta terjunam sungai, lelaki diselamatkan orang awam
Kuala Krai: Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki yang diselamatkan orang awam selepas kereta yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Durian, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan insiden itu pada jam 6.23 petang.
Katanya, ketika kejadian itu berlaku, difahamkan mangsa yang berusia 28 tahun memandu kereta Proton Exora dari arah Kota Bharu ke Kuala Krai.
"Setibanya di lokasi, kenderaan yang dipandu mangsa hilang kawalan sebelum terbabas lalu terjunam ke dalam sungai.
"Bagaimanapun, mangsa berjaya dikeluarkan penduduk setempat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. Mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk pemeriksaan lanjut," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Juniman Junoh berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu pada jam 6.17 petang.
Disiarkan pada: Disember 15, 2024 @ 8:58pm
Hazira Ahmad Zaidi
am@hmetro.com.my
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
SIAPA NAK KAHWIN, TAG PASANGAN!!
Untung kan jadikan emas sebagai mas kahwin?
Makin lama simpan, makin tinggi nilai emas kita. Bila jual, berganda ganda untungnya.
Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.
Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..
RM100 pun da boleh beli emas.
Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :
📌 Simpanan emas patuh syariah.
📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.
📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.
📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.
Mudah kan?
Sekarang, siapa nak kahwin, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!
Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa
Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/
Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas
Lebih daripada 30 rakyat Palestin termasuk wanita dan kanak-kanak terkorban dalam serangan udara Israel ke atas sebuah blok kediaman di kem pelarian Nuseirat.
Israel mendakwa serangan tersebut menyasarkan seorang anggota kanan Jihad Islam dan menuduh kumpulan itu menggunakan perisai manusia.
Sumber: Al Jazeera
#infosemasa
"Syuhada' yang sedang tidur"
Pembantaian rejim Zionis Israel mengakibatkan sejumlah wanita dan kanak-kanak turut menjadi mangsa pengeboman beberapa buah rumah di bandar Gaza dalam beberapa jam terakhir ini, membunuh lebih daripada 13 orang yang syahid.
Sumber: Shehab Agency
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
Briged Al-Qassam, memuat naik video yang mendokumentasikan detik pejuangnya menyerang trak tentera musuh yang membawa sejumlah tentera Israel di barat kem pelarian Jabaliya di utara Semenanjung Gaza pada 9 Disember.
Briged Al-Qassam berkata dalam video itu bahawa mereka telah menyasarkan trak dan jentera tentera yang dipenuhi dengan tentera Israel berhampiran persimpangan komunikasi di barat Jabaliya.
Sumber: The Palestine Chronicles
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
Dua gadis Gaza kehilangan nyawa mereka dalam serangan udara rejim Zionis yang menyasarkan sebuah rumah di Jalan Al-Nafaq di Bandar Gaza.
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
Jabalia sebelum dan selepas.
Kawasan ini pernah menjadi kem pelarian Jabalia terbesar di Gaza yang ditubuhkan oleh PBB pada tahun 1948 untuk rakyat Palestin yang telah dihalau berpindah dari rumah mereka sewaktu peristiwa Nakbah.
Ini bukan peperangan tetapi ini adalah pembunuhan beramai-ramai.
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
15/12/2024 | 17:35 PM
.
Kebakaran Kereta Jenis Honda Jazz Hybrid di Alamat Jalan Langkap Kampar berdekatan Simpang Kilang Tian Siang Oil Mill, Air Kuning. Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan peratusan kebakaran dianggarkan 80%.
Kredit ➡️ BBP TAPAH
#infosemasa
@infosemasaofficial
Jenazah lelaki 420kg: Bomba, NGO tawar bantuan
KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan sedia membantu keluarga menguruskan jenazah lelaki dengan berat 420 kilogram (kg) yang meninggal dunia di Pasir Hor, di sini.
Penolong Pengarah Operasi Negeri, Mohd Wildan Azhari, berkata bomba bersedia memberikan bantuan daripada segi pengangkutan untuk membawa jenazah ke hospital atau pengebumian, selain bantuan mengangkat jenazah.
Katanya, khidmat khas itu biasa disediakan bomba bagi pengurusan jenazah obesiti.
"Kita ada lori lima tan dengan jengkaut hidraulik untuk usung jenazah.
"Mungkin dengan berat arwah, tak dapat usung guna peralatan dan kita kena kekuatan anggota... jadi bomba bersedia bantu seramai mana anggota diperlukan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam pada itu, Mohd Wildan berkata pihaknya terus ke rumah arwah Sheikh Mohd Ali Omar, 44, untuk berbincang lebih lanjut dengan keluarga.
"Bomba sedia untuk hantar jenazah ke hospital untuk urusan bedah siasat dan pengebumian namun semuanya bergantung kepada keputusan keluarga," katanya.
Selain bantuan bomba, kakak arwah, Hanoraziah Hassan, 60 turut memaklumkan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) turut tampil mahu membantu urusan memandikan dan pengebumian arwah.
"Alhamdulillah, urusan surat mati arwah juga sudah selesai, kami dah dapat pengesahan polis dan kini dalam proses nak urus pengebumian pula dengan bantuan penduduk kampung dan NGO yang ada hubungi kami untuk membantu," katanya.
Terdahulu, media melaporkan kebuntuan Hanoraziah untuk menguruskan jenazah adiknya yang seberat 420kg yang meninggal dunia jam 12 tengah hari tadi.
Sebelum meninggal, arwah sempat mendapatkan khidmat bomba selepas terperangkap di dalam tandas.
Oleh Nor Amalina Alias
Disember 15, 2024 @ 6:57pm
bhnews@bh.com.my
Kredit ➡️ Berita Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
JENAZAH WANITA DITAHAN HAMPIR 24Jam. Suami Status OKU/ASNAF/MUALAF. Ada Rm300 Sahaja. 🥹 Sungguh Kejam Kau MatDin🤬‼️
Segala Penceritaan Adalah Dari Mulut Waris Beserta Rakaman Video Percakapan dan Suara Bersama Ahli Keluarga.
13/12/2024 Pagi- Haji Azizan Ali Telah Dihubungi Oleh Ustaz Najib Penyelia Tanah Perkuburan Islam Raudatul Sakinah (JAWI).
Meminta Bantuan Untuk Ambil Jenazah Dalam Sebuah Masjid dimana Jenazah tersebut telah diurus Mandi kafan lengkap seperti dalam Gambar.
Katanya ada masalah. cuma Ustaz Najib tak Jelaskan dengan Terperinci. Kenalan Arwah Dan Suami ada Hadir ke Tanah Perkuburan menangis menceritakan Apa yg berlaku.
Tanpa Berlengah Terus Sukarelawan Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih Sentuhan Setia Kasih En Suhaizie ditemani Abg Mail Bersama Haji Azizan.
Terus ke lokasi masjid tersebut. Dan membawa keluar Jenazah Wanita Berstatus Asnaf Tiada Kemampuan.
Jenazah dibawa ke Masjid IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur.. Disolatkan Oleh Imam Masjid iaitu Sahabat Kami IMAM IZUAN.
Selesai sahaja solat Jenazah terus dibawa ke Tanah Perkuburan Islam, Taman Raudatul Sakinah Kl-Karak Untuk DIKebumikan.
Bantuan Selesai Jam 4ptg. Kos Kubur Ditaja Oleh Masyarakat yg prihatin. Terima Kasih Hamba Allah.
😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢😢
Penceritaan Kisah Yang Berlaku 12/12/2024👇🏼
Wanita Tersebut meninggal Di Unit kecemasan Hosp Swasta Di Ampang.
Jenazah bersama suami menaiki teksi, Pemandu teksi takut lalu tinggalkan Arwah di Hosp Swasta berhampiran.
Kerana Kritikal dan tak sempat sampai Ke Hosp Kerajaan. juga takut dipersalahkan jika meninggal dalam kenderaan Beliau.
Sedang menerima Rawatan di unit kecemasan Allah lebih menyayangi Allahyarhamah Lalu meninggal dunia di Hosp Swasta Tersebut.
Charge untuk Bill Berharga Rm5500 Yg dimaklumkan oleh staff hosp . tetapi boleh bayar kemudian katanya. sempurnakan jenazah Dahulu.
Jam 2ptg 12/12/2024 Tiba2 ada 2 Orang Jibaok Datang untuk menuntut jenazah. Katanya ada Staff hospital hubungi mereka.
Van sudah siap dibawa. Harga urus jenazah yg ditawarkan Rm500 mulanya. suami arwah Setuju.
Lalu Jenazah Dibawa Ke Masjid Balai islam Di Bulatan Pahang. Setelah selesai mandi kafan semalam Jam 4Ptg. Tiba2 Harga Telah berubah dan Naik Anggaran Rm2000. 🤬
Waris Dimanipulasi.
Jibaok Cakap! Kalau takda Duit.
Jenazah Tinggal dulu. Kena cari juga Duit. Detail Kos ialah
Rm500 Van Jenazah
Rm400 Kos Mandi Kafan Jenazah
Rm1000 Kos Tanah Kubur.
Dari Jam 2ptg semalam Sehinggalah Jam 2 Petang hari iini. Jenazah Di Sidai Tanpa Peri Kemanusian. Sunguh Binatang kamu lebih dari benatang Perangai Kamu-Kamu Disana.
Masha Allah. Pendekkan cerita. Ada Rakaman Suara dan beberapa bukti yang saya simpan. Untuk dimajukan ke pihak Atasan.
Mohon Jasa Baik Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan - JAWI. Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Buat siasatan dilokasi tersebut,
Siapakah mereka disana yang MenJadikan Rumah Allah Disana Seperti Markas Ulat Syarikat Pengurusan Jenazah Secara kasarnya. (KARTEL JENAZAH). Oleh Beberapa Org Individu Disana.
Tidak lah mahu terpalit nama Ajk2 disana.
Tetapi jika Ajk-Ajk Disana Yg terlibat. Pihak Atasan Majlis agama Kena Buat tindakan.
Wallahhualam.
Dilampirkan Kepada.
SPRM Putrajaya
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur
Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )
@highlight
#pertubuhansentuhansetiakasih
@pertubuhasentuhansetiakasih
Bilik Pengurusan Jenazah Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih.
#infosemasa
@infosemasaofficial
Lagi kes jenazah ‘ditahan’ sebab tak cukup duit
Oleh KOSMO!
15 Disember 2024, 3:26 pm
PETALING JAYA – Belum reda kisah kematian seorang bayi lelaki disimpan sehingga beku, semalam muncul pula pendedahan baharu mengenai jenazah wanita dikatakan ditahan hampir 24 jam gara-gara suaminya tidak cukup wang.
Menerusi perkongsian di Facebook Mr Wan Cai Official, pihaknya mendedahkan terdapat kartel jenazah yang mengambil kesempatan mengenakan caj pengurusan terlalu tinggi kepada lelaki tersebut sehingga proses pengebumian jenazah isterinya tergantung.
Katanya, pasangan tersebut merupakan mualaf dan berstatus asnaf serta si suami adalah kategori orang kelainan upaya (OKU).
“Kisah berlaku pada 12 November lalu apabila seorang wanita disahkan meninggal dunia di unit kecemasan sebuah hospital swasta di Ampang dan bil hospital RM5,500.
“Bagaimanapun, pihak hospital memaklumkan boleh bayar kemudian dan meminta waris menguruskan jenazah wanita tersebut terlebih dahulu,” katanya.
Bercerita lanjut, pengendali Facebook tersebut berkata, beberapa jam kemudian, secara tiba-tiba muncul dua individu yang mendakwa mereka dihubungi pihak hospital untuk menawarkan khidmat pengurusan jenazah.
“Van sudah siap dibawa. Harga urus jenazah yg ditawarkan RM500 mulanya, suami arwah setuju dan jenazah dibawa ke masjid dan selepas selesai mandi, kafan sekitar 4 petang, tiba-tiba harga berubah dan naik anggaran RM2,000.
“Sehinggalah pukul 2 petang 13 Disember, jenazah tersebut ‘ditahan’ tanpa perikemanusiaan,” jelasnya.
Bagaimanapun, pengendali itu memaklumkan, jenazah wanita itu kemudiannya dibantu oleh pasukan sukarelawan Pertubuhan Sentuhan Setia Kasih dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Raudatul Sakinah Kuala Lumpur – Karak pada Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE
Sumber Kosmo Online
#infosemasa
@infosemasaofficial