Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.
SKN ekspres....beroperasi pertengahan 90an....bas plet NAG pernah bekhidmat dari b.pahat-seremban.....sedap masa tu bas baru lagi....muncul pn x lama sekitar 2-3tahun rasanya
#negerisemblian
#seremban
#Zalfie's Plat's
#infosemasa
𝐏𝐎𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐈𝐑𝐀𝐉𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐊𝐎𝐍𝐓𝐈𝐍𝐉𝐄𝐍 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐌𝐁𝐔𝐀𝐓 𝐋𝐄𝐋𝐎𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐓𝐀 𝐋𝐔𝐂𝐔𝐓𝐇𝐀𝐊 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐀𝐒𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐉𝐄𝐍𝐀𝐘𝐀𝐇 𝐍𝐀𝐑𝐊𝐎𝐓𝐈𝐊 𝐉𝐎𝐇𝐎𝐑
Tarikh Lihat Aset : 15 Disember 2024 sehingga 16 Disember 2024 (Ahad-Isnin) bertempat di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Tarikh Lelongan : 17 Disember 2024 (Selasa) jam 10.00 pagi bertempat di Perkarangan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik , Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.
Kredit ➡️ Polis Johor
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kejadian kemalangan di highway Arau menghala Kuala Perlis berdekatan susur keluar jalan ke Titi Chai. Semoga dipermudahkan urusan mangsa yang terlibat.
#PerlisAktif
#infosemasa
🥹hadiah ni kepada orang umah ujung tahun pon bulih
https://s.shopee.com.my/AA0l414kXX
Mangsa yang cedera akibat pesawat perang Israel mengebom rumah di Bandar Gaza, semalam.
Sumber: Quds News Network
#infosemasa
Dron tentera pengganas Israel menyasarkan sekitar Hospital Kamal Adwan di Beit Lahiya, utara Gaza.
Sumber: Quds News Network
#infosemasa
Sekitar jam 3 pagi tadi (waktu Malaysia), penduduk Palestin dibakar hidup-hidup akibat serangan udara rejim Zionis yang menyasarkan Sekolah Ahmad bin Abdul Aziz di Khan Younis, selatan Gaza. Seramai 25 orang dibunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera parah.
Ini adalah sekolah kedua yang dibom dalam masa kurang 24 jam di Semenanjung Gaza.
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
Isteri Adun Kijal terbabit kemalangan, kini dalam keadaan stabil
Kuala Terengganu: Isteri Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Razali Idris terbabit kemalangan di perkarangan sebuah stesen minyak di Kijal, jam 10.30 pagi hari ini.
Razali yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri berkata isterinya, Nor Aziam Abu Bakar kini dalam keadaan stabil namun perlu menjalani pembedahan di bahagian kepala pagi esok.
Menurutnya, pembedahan perlu dilakukan bagi mengeluarkan darah beku.
"Sepatutnya pembedahan dilakukan siang tadi tetapi terpaksa ditangguhkan pagi esok kerana masih terdapat pendarahan di bahagian kanan kepala," katanya ketika ditemui di perkarangan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, malam ini.
Razali berkata isterinya mahu mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang terdapat stesen minyak berkenaan.
Katanya lagi, sebaik tiba di stesen minyak, isteri meletakkan kereta di kawasan tempat letak kereta sebelum keluar menuju ke ATM.
"Sebaik keluar, sebuah kereta secara tiba-tiba dalam keadaan berundur melanggar isteri yang ketika itu berada di belakang bahagian tepi kanan kereta.
"Saya difahamkan ketika kejadian kereta terbabit dipercayai sedang melakukan 'jump start' dengam gear berada dalam kedudukan undur.
"Apabila enjin hidup kereta berkenaan terus bergerak ke belakang dengan laju dan merempuh beberapa kenderaan lain sebelum melanggar isteri" katanya.
Razali berkata akibat kemalangan itu, isteri mengalami patah tulang pipi kiri, cedera dahi kanan dan kepala.
Disiarkan pada: Disember 16, 2024 @ 1:49am
Zaid Salim
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
*JANGAN SAMPAI JATUH MISKIN DENGAN TRADING FOREX!*
Di TP Hunter, kami sudah lama menahan rasa kecewa melihat industri forex yang semakin rosak, terutamanya dengan kemunculan IB yang tumbuh dengan cepat, seperti cendawan selepas hujan. Baru sebulan dua trading, tapi sudah berani klaim pengalaman 4-5 tahun. Lebih lagi yang suka gunakan Full Margin tanpa berfikir panjang. Apa sebenarnya tujuan mereka?
Jika anda benar-benar berani, sertai LIVETRADE bersama TP Hunter setiap siang dan malam. Kami bukan sahaja menyediakan platform untuk trade, tetapi juga pendidikan yang lengkap tentang analisis fundamental dan teknikal. Kami bukan jenis yang hanya bersembang kosong tentang trading, hari ini profit, esok beli Lamborghini!
Di bawah ini, kami sediakan link untuk sertai LIVETRADE, dan jika anda ingin belajar lebih banyak, boleh join setiap malam secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini!
Masuk channel untuk trade bersama kami.Sesi live trade kami seperti di bawah:
*Setiap Hari jam 10-12 pagi & 10-12 malam*
*Isnin-Jumaat*
Sila follow TIKTOK kami di TP Hunter by MFM untuk maklumat lanjut
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia
2 UTC di stesyen bas Butterworth, Penang.
Kedua2 syarikat bas ini yg beroperasi di Butterworth memakai jenama UTC tapi punyai nama penuh yg berlainan.
UTC Penang nama panjang dia adalah THE UNITED TRACTION CO. juga dipanggil bas hijau.
UTC Kedah pula nama panjangnya adalah THE UNITED TRANSPORT CO. atau bas merah.
Menariknya kedua2 UTC menjalankan perkhidmatan bas ekspres dari Butterworth ke Alor Star.
Foto dari era 70an.
#SukaTengokBas
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pemandu, kelindan lori parah dalam kemalangan
15 Disember 2024, 4:58pm
Oleh: Kumaran Rajamoney
IPOH: Pemandu dan kelindan sebuah lori treler dilaporkan cedera parah dalam satu kemalangan di kilometer 320.4, Lebuhraya PLUS Arah Utara dekat Tapah pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira jam 6.54 pagi.
” Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dan Bidor yang dikejarkan ke lokasi mendapati sebuah lori treler membawa muatan besi telah terbabas ke bahu jalan dan terbalik.
Kedua mangsa masing-masing berusia 26 dan 28 tahun didapati tersepit dalam kenderaan itu,” menurut kenyataan itu.
Mangsa pertama dikeluarkan pada jam 8.56 pagi, manakala seorang lagi mangsa dibawa keluar jam 10.55 pagi.
Operasi menyelamat turut dibantu sebuah kren.
Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut.
Artikel Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Penunggang motosikal maut dilanggar lari
IPOH - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan dipercayai kereta dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Taman Klebang Jaya di sini pada Ahad.
Kejadian sekitar jam 3.30 pagi itu mengorbankan mangsa berusia 33 tahun akibat kecederaan parah di kepala dan leher.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan terlibat dipercayai hilang kawalan.
"Kenderaan tersebut telah memasuki laluan bertentangan lalu merempuh mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125 ZR dari arah Klebang menuju bandar Ipoh.
"Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Edwin Tang di talian 016-5506863 atau hadir ke balai polis berhampiran.
NOOR AINON MOHAMED
15 Disember 2024 03:38pm
- Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ
ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA SERTA SALAM MALAYSIA MADANI
JENIS INSIDEN: KEMALANGAN JALAN RAYA
TARIKH/MASA PANGGILAN: 15.12.2024
JAM 20:03:00
ALAMAT: JLN MERSING KOTA TINGGI, BERHAMPIRAN SIMPANG MASUK LADANG ARAMI JAYA
JARAK KE TEMPAT KEJADIAN (KM): 52 KM
MASA OPERASI TAMAT : 21:45:00
MANGSA: 5 ORANG
KEANGGOTAAN: BBP MERSING
KOMANDER OPERASI: PBK II ZAINUDDIN BIN AHMAD
CATATAN:
SETIBANYA PASUKAN KELUARAN OPERASI (PKO) DI TEMPAT KEJADIAN DIDAPATI BENAR BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN 2 BUAH KENDERAAN IAITU SEBUAH KERETA JENIS TOYOTA VIOS DAN SEBUAH KERETA JENIS PROTON PERSONA. SEORANG MANGSA PEMANDU KERETA JENIS TOYOTA VIOS MENGALAMI KECEDERAAN TELAH DIKELUARKAN OLEH ORANG AWAM DAN DIBAWA KE HOSPITAL DENGAN MENAIKI AMBULANS KKM. TERDAPAT 2 ORANG MANGSA CEDERA DI DALAM KERETA JENIS PROTON PERSONA DIKELUARKAN OLEH ORANG AWAM DAN DIBAWA KE HOSPITAL MENAIKI AMBULAN KKM SEBELUM PKO TIBA MANAKALA 2 MANGSA DISAHKAN TELAH MENINGGAL DUNIA DI TEMPAT KEJADIAN OLEH PIHAK KKM DAN SERAHKAN KEPADA PIHAK POLIS UNTUK TINDAKAN SELANJUTNYA. PKO BERTINDAK MEMBERSIHKAN KESAN KEMALANGAN DENGAN MENGGUNAKAN 1 ALIRAN SALUR BANTU MULA DAN AIR TANGKI PAM JENTERA, SETERUNSYA JENTERA BERSAMA ANGGOTA LAPOR BERTOLAK BALIK KE BALAI.
MAKLUMAT MANGSA:
PROTON PERSONA
- 1 WARGA EMAS LELAKI - MENINGGAL DUNIA
- 1 WARGA EMAS PEREMPUAN - MENINGGAL DUNIA
- 1 LELAKI DEWASA - CEDERA
- 1 KANAK KANAK PEREMPUAN - CEDERA
TOYOTA VIOS
-1 LELAKI DEWASA- CEDERA
MAKLUMAT KEANGGOTAAN DAN LOGISTIK
JUMLAH ANGGOTA: 12 ANGGOTA
JENTERA: FRT-1, NAVARA-1
SEKIAN, TERIMA KASIH
Kredit ➡️ BBP MERSING
#infosemasa
@infosemasaofficial
Netflix Murah By Moksin Store 🔥
Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅
Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Boleh cuba pakej yang tuan / puan minat di moksin store . Semua account original bukan account generate ataupun hack account , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang tuan / pun berminat . Account FULL warranty sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device .
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE MUSIC 🔥
✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM35 FREE PRIME VIDEO 🔥
✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM45 FREE PRIME VIDEO 🔥
PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM28 ✅
✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥
SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥
Waktu bekerja :
Jam : 8 pagi - 12 malam
Isnin sampai ahad kecuali hari jumaat cuti
Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 20 orang yang terawal sahaja dapat set combo !
Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951
JOHOR 15/12/2024
Kemalangan melibatkan 2 buah kereta di Jalan Sungai Ara ke Tenggaroh, Mersing malam ini.
Menurut sumber awam, 3 maut dalam kejadian tersebut.
Sumber ➡️ KHI
#infosemasa
@infosemasaofficial
Halo gais semua !!!
Bawa 30 orang masuk group TNG telegram Baru percuma RM10
Jom bawa kawan masuk Group😘
Link telegram TNG
/channel/FreeShareTNG
Kemalangan melibatkan motosikal langgar kon di Checkpoint Woodlands, Singapura.
Sumber ➡️ Singapore roads accident.com新加坡公路意外网页
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pemandu Mercedes langgar lari motosikal di SPE direman
Oleh AZMI NORDIN
16 Disember 2024, 11:16 am
KUALA LUMPUR – Polis menahan pemandu kereta jenis Mercedes-Benz yang disyaki terbabit dalam kes langgar lari melibatkan seorang penunggang motosikal di Kilometer (KM) 18, Lebuh Raya Sungai Besi-Ulu Kelang Elevated Expressway (SPE) berhampiran Plaza Tol Chan Sow Lin, di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa berkata, nahas pada pukul 12.35 tengah hari itu menimpa lelaki berusia 34 tahun yang menunggang motosikal jenis Honda Vario 160 berwarna perak.
“Siasatan awal mendapati motosikal itu yang berada di lorong kiri dilanggar kereta Mercedes GLE450 AMG Coupe yang dipandu lelaki tempatan berusia 34 tahun.
“Pemandu itu tidak berhenti selepas kemalangan sebaliknya meneruskan pemanduan ke arah Wangsa Maju sebelum kenderaannya terbakar di KM 18.1 berhampiran Plaza Tol Wangsa Maju,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jelas beliau, ekoran kejadian itu, penunggang motosikal tercampak ke atas jalan dan cedera di bahagian kepala, muka, dan perut. Pemandu kereta pula tidak cedera.
“Permohonan reman ke atas pemandu kereta akan dibuat hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Beliau menasihatkan pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memandu secara berhemah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini sehingga boleh membahayakan pengguna lain.
“Sekiranya terlibat dalam kemalangan, pengguna jalan raya bertanggungjawab untuk membuat laporan polis dengan segera seperti peruntukan di bawah Seksyen 52(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Semalam, Kosmo! melaporkan sebuah kereta jenis Mercedes-Benz 450 musnah dalam kebakaran di Kilometer 18, SPE sebelum Plaza Tol Wangsa Maju.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 1.38 tengah hari. Kebakaran menyebabkan kenderaan itu musnah sepenuhnya pada bahagian enjin. – KOSMO! ONLINE.
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kenapa ANDA Harus Sertai Kami
EZ EMPIRE - Hong Leong MSIG Takaful
BEST TAKAFUL OPERATOR 2023
BEST FAMILY TAKAFUL 2024
Tak Perlu Simpan TBE anda di dalam laci . Beri pada kami.. Anda join part Time anda dapat Gaji dan komisyen.
1. Ada skim gaji business partner RM1,000 - RM7,500 - Unlimited Quota.
-Skim Gaji selama 18 bulan untuk Business Partner
2. Ada skim gaji leader RM6,000-RM20,000 sama juga unlimited Quota
- Overriding Leader 15% Yang Tertinggi.
Kalau anda leader tapi, income tak naik rancanglah sesuatu dengan kami
3. Ada produk power
- Hibah
- Medical Card Semua As Charge
- Saving & retirement
- Produk orang sakit boleh ambil polisi
- Education plan
-Macam2 ada lagi
4. Global Halal Excellence Awards (GHEA) 2021 & 2022
5. Lepas tu kan - Satu2 company Takaful & Insuran ada hospital sendiri (Colombia Asia hospital & Sime Darby Hospital)
6. Sistem Training Secara Zoom & Fizikal.
7. Bonus Bulanan & Quarterly
8. Ukhuwah Yang Terbaik di EZ Empire tanpa mengira leader.
9. Staff disediakan bagi yang join team Kami.🫢 Focus Sales je.
10. Hanya perlu mahu belajar anda akan mendapat income 5 angka
Bagi yang belum ada TBE , selepas lulus .dan submit kes . Exam fees akan dipulangkan ..
TBE: Takaful basic Exam
Kemasukan di seluruh negara.
5 leader di perlukan direct appoitment dengan pengalaman.
Di Lembah Klang, JB , Alor Setar , Perak Utara, dan Kota Bharu
Projeck besar tersedia bagi menaikan income agent dan leader , kami kekurangan man power .
APA TUNGGU LAGI !!!!!
wasap.my/60123755932/HLMEZemlire
#ezempirealc
#wegrowtogether
#wesucceedtogether
#changeforbetterment
#hebatluarbiasamemangterbaik
#FaridSiraj
#KamiMakinKuat
Mahmoud Bassal, Jurucakap Pertahanan Awam di Gaza, melaporkan:
🔴 Lebih 40 orang awam terbunuh dalam pembunuhan beramai-ramai Israel terhadap penduduk Palestin yang dipindahkan, yang dilakukan di Sekolah Khalil Owaida di Beit Hanoun.
🔴 Mayat mangsa dibakar sepenuhnya di Sekolah Khalil Owaida di Beit Hanoun.
🔴 Kami sedang menghadapi dasar Israel yang bertindak untuk menghapuskan kawasan Beit Hanoun di utara Gaza dan memindahkan penduduknya.
Sumber: Quds News Network
#infosemasa
Jenazah Sheikh Mohd Ali selamat dikebumikan
Kota Bharu: Seramai 20 anggota bomba dengan bantuan penduduk kampung membantu pengebumian lelaki 420 kilogram, malam ini.
Jenazah Sheikh Mohd Ali Omar, 44 selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Jaya, Pasir Hor jam 11.20 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kelantan, Mohd Wildan Azhari berkata, bomba menggunakan lori lima tan untuk mengangkat arwah daripada rumahnya di Kampung Pasir Hor untuk ke tanah perkuburan.
Katanya, mereka bersyukur kerana urusan pengebumian dipermudahkan dengan seratus peratus tenaga manusia digunakan untuk menurunkan arwah ke liang lahad.
"Syukur Alhamdulillah, kita juga banyak dapat sokongan warga mukim di sini, di pihak penghulu juga memudahkan urusan pengebumian.
"Dari segi aspek pengurusan jenazah ke liang lahad, kita guna tenaga kita semua tadi, keseluruhan 20 orang dan guna troli buatan sendiri," katanya.
Jenazah Sheikh Ali selamat dikebumikan bermula 10.30 malam tadi disaksikan hampir 100 penduduk kampung yang hadir memberikan penghormatan terakhir.
Sebelum ini, media melaporkan kebuntuan keluarga Allahyarham Sheikh Ali untuk menguruskan jenazah beliau kerana ketiadaan surat pengesahan kesihatan selain keadaan arwah yang berat 420 kilogram.
Disiarkan pada: Disember 16, 2024 @ 12:02am
Nor Amalina Alias
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Adegan ngeri berlaku akibat serangan udara rejim Zionis yang menyasarkan Sekolah Ahmad bin Abdul Aziz berhampiran Hospital Nasser di Khan Yunis, selatan Semenanjung Gaza dan membunuh sekurang-kurangnya 10 orang awam.
Sumber: Quds News Network
Terj: Cinta Gaza Malaysia
#IsraelBacul #TaufanalAqsa
#infosemasa
5 anggota 'Bali Nine' pulang selepas 19 tahun
Sydney: Lima anggota kumpulan dadah 'Bali Nine' warga Australia berkongsi kelegaan dan rasa gembira atas kepulangan mereka ke tanah air, selepas 19 tahun dipenjarakan di Indonesia.
Kumpulan itu yang terakhir dipenjara dalam kalangan sembilan penyeludup Australia yang dihukum pihak berkuasa Indonesia pada 2005, diterbangkan ke Darwin semalam, di bawah perjanjian rahsia antara kedua-dua negara.
"Kelima-lima lelaki ini lega dan gembira dapat kembali ke Australia. Mereka berharap, pada masa berikutnya dapat berinteraksi semula dan menyumbang kepada masyarakat," menurut kenyataan yang dikeluarkan bagi pihak banduan terbabit, keluarga dan peguam mereka, hari ini.
Lelaki yang dibebaskan, Matthew Norman, Scott Rush, Martin Stephens, Si Yi Chen, dan Michael Czugaj berkata, mereka sangat berterima kasih kepada Presiden Indonesia, Prabowo Subianto kerana membenarkan pembebasan itu hingga mereka pulang ke negara asal.
Australia bagaimanapun tidak mengeluarkan butiran mengenai perjanjian dengan Indonesia yang membenarkan pembebasan banduan berkenaan.
Stesen penyiar Australia ABC berkata, semua banduan itu tidak perlu menjalani hukuman penjara lanjutan tetapi telah bersetuju secara sukarela untuk meneruskan pemulihan mereka.
Perdana Menteri Anthony Albanese semalam dilapor mengucapkan terima kasih kepada presiden Indonesia atas 'ihsan' yang membenarkan semua pesalah pulang.
"Warga Australia ini menghabiskan lebih 19 tahun di penjara Indonesia. Sudah tiba masanya untuk mereka pulang," katanya.
Polis Indonesia menahan sembilan warga Australia itu pada 2005, mensabitkan mereka kerana cuba menyeludup lebih lapan kilogram heroin dari pulau percutian Bali.
Kes itu menarik perhatian global terhadap undang-undang dadah Indonesia yang tegas, dengan dua anggota kumpulan dihukum mati secara tembak, manakala yang lain menjalani hukuman penjara.
Indonesia yang majoritinya beragama Islam mempunyai beberapa undang-undang dadah yang paling tegas di dunia, termasuk hukuman mati bagi pengedar.
Tertuduh yang juga ketua kumpulan 'Bali Nine', Andrew Chan dan Myuran Sukumaran telah dihukum bunuh oleh skuad penembak pada 2015, manakala Tan Duc Thanh Nguyen meninggal dunia akibat kanser pada 2018, beberapa bulan sebelum Renae Lawrence dibebaskan selepas hukumannya diringankan.
Disiarkan pada: Disember 16, 2024 @ 8:49am
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Dua maut, tiga cedera Persona bertembung Vios
Oleh MASTURAH SURADI
16 Disember 2024, 8:57 am
MERSING – Dua maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan tragis melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Mersing-Kota Tinggi berhampiran simpang masuk Ladang Arami Jaya di sini malam tadi.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat (BBP) Mersing, Pegawai Bomba Kanan II Zainuddin Ahmad berkata, kejadian pada pukul 8.03 malam itu melibatkan sebuah kereta Toyota Vios dan Proton Persona.
Menurutnya, pemandu Toyota Vios yang mengalami kecederaan telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum dibawa ke hospital dengan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Di dalam kereta Proton Persona pula terdapat dua penumpang yang cedera iaitu seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan yang turut dikeluarkan oleh orang awam dan dibawa ke hospital sebelum ketibaan pasukan bomba.
“Malangnya, dua penumpang Proton Persona, seorang warga emas lelaki dan seorang wanita disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, mangsa maut telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 9.45 malam. – KOSMO! ONLINE
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
Pemandu diselamatkan orang awam, kereta terjunam Sungai Durian
15 Disember 2024, 9:38pm
KUALA KRAI: Seorang lelaki diselamatkan orang awam selepas kereta dipandunya terjunam ke dalam Sungai Durian, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kejadian itu jam 6.23 petang.
Kejadian berlaku ketika mangsa, 28, memandu Proton Exora dari arah Kota Bharu menuju Kuala Krai, sebelum kenderaan itu terbabas lalu terjunam ke sungai.
“Mangsa berjaya dikeluarkan penduduk setempat dan tidak mengalami sebarang kecederaan dan dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) di sini untuk pemeriksaan lanjut,” katanya.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Durian, Pegawai Bomba Kanan II Juniman Junoh, berkata lapan anggota bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan.
“Sebaik tiba, mangsa sudah dikeluarkan orang awam,” katanya.
Artikel Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Suspek samun bersenjata ditahan tak sampai 4 jam laporan dibuat
Oleh LUQMAN RIDHWAN MOHAMED NOR
15 Disember 2024, 6:57 pm
Antara barangan suspek yang dirampas pihak polis di Taiping, semalam. - Foto IHSAN POLIS DIRAJA MALAYSIA
TAIPING – Seorang lelaki berusia 20 tahun yang disyaki menyamun menggunakan senjata sebuah farmasi di sini, semalam ditahan pihak berkuasa tidak sampai empat jam selepas polis menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohamad Nasir Ismail berkata, pada pukul 10.27 malam, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang perempuan mengenai kejadian samun tersebut yang bersenjatakan pisau.
“Mangsa dalam kes ini merupakan seorang perempuan Melayu berumur 28 tahun yang bekerja sebagai pembantu farmasi semasa kejadian. Dia telah diacu pisau dan dipaksa mengeluarkan wang tunai di dalam mesin kaunter.
“Akibat ketakutan dan bimbang keselamatan diri, mangsa telah menyerahkan sejumlah wang tunai kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, bertindak atas maklumat, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping telah menjalankan risikan dan mendapat maklumat terhadap suspek.
“Hasil tindakan pantas, suspek seorang lelaki India berumur 20 tahun telah berjaya ditangkap dalam tempoh kurang empat jam selepas laporan polis diterima bersama sebilah pisau dan wang tunai hasil samun yang masih belum sempat digunakan.
“Semakan rekod ke atas suspek mendapati, dia mempunyai dua rekod jenayah samun lampau. Kes disiasat di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan yang mana boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan juga denda atau sebar,” katanya.
Mohamad Nasir berkata, suspek diarah menjalani perintah penahanan reman selama enam hari bermula hari ini sehingga 20 Disember depan oleh Majistret Taiping. – KOSMO! ONLINE
#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial
NEGERI SEMBILAN 16/12/2024.
Kemalangan di Bukit Putus pagi ini.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ N9RADAR
#infosemasa
@infosemasaofficial
Assalam,
Tengahari tadi adik ipar saya dilanggar lari oleh kereta Mercs berplat nombor AMG 1936 di SPE Highway dan sekarang adik ipar saya di kecemasan HKL.
Kami dapat makluman yang kereta Merc AMG 1936 ni terbakar di Tol Wangsa Maju selepas hit and run adik ipar saya. served him right mafaka!
Kalau ada sesiapa info owner AMG 1936 mohon DM atau PM saya ya. Laporan polis juga telah dibuat. Saja nak kenal siapa owner yang pussy hit and run ni.
https://www.facebook.com/share/p/1AuXuSzxnF/?mibextid=oFDknk
#infosemasa
@infosemasaofficial
Penunggang motosikal maut dilanggar lari
IPOH - Seorang lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar sebuah kenderaan dipercayai kereta dalam kejadian di Jalan Kuala Kangsar berhampiran Taman Klebang Jaya di sini pada Ahad.
Kejadian sekitar jam 3.30 pagi itu mengorbankan mangsa berusia 33 tahun akibat kecederaan parah di kepala dan leher.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila kenderaan terlibat dipercayai hilang kawalan.
"Kenderaan tersebut telah memasuki laluan bertentangan lalu merempuh mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 125 ZR dari arah Klebang menuju bandar Ipoh.
"Akibat kemalangan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.
Polis meminta orang ramai yang menyaksikan kemalangan itu diminta tampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Edwin Tang di talian 016-5506863 atau hadir ke balai polis berhampiran.
NOOR AINON MOHAMED
15 Disember 2024 03:38pm
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan kereta terbabas ke dalam sungai di Jambatan Sungai Durian, Kuala Krai.
Artikel berkaitan ⬇️
/channel/infosemasaofficial/250311?single
#infosemasa
@infosemasaofficial