infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki bersenjata lastik diberkas pecah masuk 'premis tanpa nama'

Juwan Riduan
am@hmetro.com.my

Kota Belud: Polis menahan seorang lelaki hari ini, bagi membantu siasatan berkaitan video yang memaparkan dua lelaki memecah masuk sebuah kedai runcit di daerah ini, dengan menggunakan senjata lastik.

Suspek warga tempatan berusia 34 tahun ditahan polis di rumahnya di Kampung Kuala Abai, di sini pada 4.47 petang susulan video itu tular di media sosial sejak pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya mengesan video tular berdurasi 59 saat memaparkan tindakan dua lelaki memecah masuk kedai runcit dikongsikan melalui laman sosial Facebook.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati kejadian berlaku 4 pagi, pada 11 Disember lalu di premis tanpa nama di pekan daerah ini.

"Dua lelaki itu mengambil sejumlah wang di dalam laci premis berkenaan dan berlaku pergelutan antara kedua-dua lelaki terbabit bersama mangsa, namun tiada kecederaan serius terhadap mangsa dilaporkan.

"Bertindak atas maklumat, seorang lelaki ditahan petang tadi bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Shahrudin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Katanya, mana-mana saksi awam yang melihat kejadian diminta untuk tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Belud bagi membantu siasatan.

"Orang ramai juga boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Inspektor Izhafizan Haron di talian 014-6318003," katanya.

Disiarkan pada: Disember 16, 2024 @ 7:46pm
#harianmetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

ASBAB SIMPAN EMAS, JIMAT RM7,000 NAK KAHWIN!!

Untung kan bila ada emas?

Beli RM28000, jual dapat RM35000.

Tak perlu buat apa apa, cuma peram sahaja tiba tiba untung RM7000 atau 25% dalam masa setahun je.

Kalau simpan ASB atau Tabung Haji pun, setahun baru 5%.

Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.

Tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..

RM100 pun da boleh beli emas.

Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :

📌 Simpanan emas patuh syariah.

📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.

📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.

📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.

Mudah kan?

Sekarang, tak kisah kerja apa, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!

Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa

Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/

Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SERVICE NAIKKAN FOLLOWERS , VIEW & LIKE DI TIKTOK 🫶🏻

3k view + 300 like
— rm 10 sahaja

20k view + 500 like
— rm 15 sahaja

50k view + 1k like
— rm 20 sahaja

80k view + 2k like
— rm 35 sahaja

250k view + 5k like
— rm 100 sahaja

800k view + 8k like
— rm 150 sahaja

FOLLOWERS 👇🏻
500 followers rm 25
1000 followers rm 30
2000 followers rm 55
3000 followers rm 80
5000 followers rm 100
10k followers rm 200

feedback @boostsocmedmurah
feedback @boostsocmedmurah

https://wa.me/60182242808?text=nakbeliservicetiktok

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

'Saya tak nak dipenjara' - OKU simpan video lucah OKU perempuan

Muar: "Saya tak nak dipenjara, saya nak denda," demikian rayuan lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas pertuduhan menunjukkan kemaluan dan menyimpan video lucah remaja perempuan yang juga OKU, minggu lalu.

Sayyid Muhammad Nazrul Mohd Najib, 21, didakwa bersama rakannya yang juga OKU fizikal dan pembelajaran, Abdul Warith Tuhanizam, 22, masing-masing bekerja katering, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Mengikut pertuduhan, Sayyid Muhammad Nazrul berhadapan dua pertuduhan iaitu melakukan aktiviti bersifat seksual dan menunjukkan video lucah mangsa yang juga OKU intelektual berusia 16 tahun di Pagoh, antara 10.03 malam dan 12.35 tengah hari, 6 dan 8 Disember lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 15 (e) dan 15 (a) (ii) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15 akta sama, penjara sehingga 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-duanya.

Abdul Warith pula didakwa memiliki video pornografi kanak-kanak iaitu mangsa di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar, 9.30 malam, 11 Disember lalu.

Berikutan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 10 AKKSTKK yang memperuntukkan penjara sehingga lima tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, pada jam 9.02 malam, laporan polis dibuat oleh penjaga mangsa memandangkan ibunya sudah meninggal dunia selepas dimaklumkan guru sekolah mengenai perkara itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir dan Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menjatuhi hukuman denda RM8,000 terhadap semua pertuduhan dihadapi Sayyid Muhammad Nazrul manakala Abdul Warith, RM3,000.

Pada masa sama, mahkamah memerintahkan Sayyid Muhammad Nazrul dipenjara lapan bulan dan tiga bulan untuk Abdul Warith jika mereka gagal membayar denda.

Disiarkan pada: Disember 16, 2024 @ 2:55pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan di taman yayasan segamat petang tadi.

#segamat
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki didakwa rogol, amang seksual anak saudara 11 tahun

Butterworth: Lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lima pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudara perempuannya berusia 11 tahun, bulan lalu.

Tertuduh berusia 43 tahun mohon kesnya dibicarakan ketika kesemua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama hingga ketiga, tertuduh didakwa merogol mangsa seorang kanak-kanak di ruang tamu dan bilik tingkat atas sebuah rumah di daerah Seberang Perai Selatan.

Kesalahan terbabit didakwa dilakukan antara jam 5 hingga 6 petang dan 8 hingga 12 malam pada awal bulan, pertengahan dan 29 November lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan keempat dan kelima, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di rumah sama pada awal bulan dan 29 November lalu.

Kesalahan berkenaan didakwa dilakukan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang sabit kesalahan tertuduh bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Sementara itu, di kamar berasingan, tertuduh dan isterinya berusia 45 tahun turut berdepan pertuduhan melakukan penganiayaan terhadap mangsa di lokasi sama, pada bulan lalu.

Bagaimanapun, suami isteri itu mengaku tidak bersalah ketika kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nor Azah Kasran.

Mereka berdua didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak dan Nurul Nadiah Jamal manakala tertuduh diwakili peguam Y Anbananthan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh lelaki diikat jamin berjumlah RM27,000 bagi semua pertuduhan dihadapinya dan isterinya pula dibenar diikat jamin RM7,000.

Dalam pada itu, tertuduh diperintahkan untuk mengikuti syarat tambahan ditetapkan yang mana tertuduh tidak boleh mengganggu mangsa dan perlu melapor diri di balai polis terdekat pada setiap bulan sehingga kes selesai.

Kes akan disebut semula pada 16 Januari depan.

Disiarkan pada: Disember 16, 2024 @ 4:24pm
Nur Izzati Mohamad
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Din Lela meninggal dunia

Kuala Lumpur: Jenazah pemain gitar kumpulan rock Lela, Mohamad Salehuddin Omar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Kemang, Kampung Limbongan, Melaka selepas solat Zohor hari ini.

Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia Negeri Melaka yang juga Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Tertinggi Karyawan Malaysia, Datuk Zainal Abu Bakar berkata, Salehuddin, 54, atau sinonim dengan panggilan Din Lela meninggal dunia jam 2.25 pagi ini di Hospital Melaka akibat semput.

"Menurut anaknya, arwah mengalami sesak nafas di rumah dan dikejarkan ke hospital dan menghembuskan nafas terakhir di Unit Kecemasan Hospital Melaka.

"Jenazah kemudian dibawa balik ke kediamannya di Kampung Kolam dan dimandi dan dikapan di Masjid Al Ehsan Kampung Limbongan.

"Solat jenazah diimamkan oleh anak bongsu yang juga anak lelaki tunggal arwah iaitu Muhamad Naufal Syadanish, 18," katanya kepada Harian Metro.

Salehuddin turut meninggalkan seorang balu dan lima anak perempuan. Zainal berkata, selain menziarahi jenazah, kehadirannya juga mewakili Karyawan bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga Salehuddin.

Arwah memulakan kerjaya pemuzik sebagai pemain gitar dan kemudian mengetuai kumpulan Lela yang bernaung di bawah syarikat rakaman NSR.

Lagu-lagu popular mereka antaranya ialah Bidadari dan Sampai Bila.

Selain Lela, Salehuddin juga pernah menjadi komposer untuk Datuk Nash, Putra dan banyak lagi.

Disiarkan pada: Disember 16, 2024 @ 6:16pm
Ridzuan Abdul Rahman
mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hukuman sebat pesalah khalwat depan khalayak di masjid 27 Disember

KUALA TERENGGANU - Pelaksanaan hukuman sebatan ke atas seorang pesalah khalwat akan dilaksanakan pada 27 Disember ini di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang di sini.

Exco Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, keputusan berkenaan dibuat sebulat suara oleh Panel Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu berikutan penangguhan hukuman tersebut pada 6 Disember lalu.

"Rentetan penggantungan hukuman sebatan luar penjara terhadap pesalah khalwat itu, Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu telah bersidang pada 11 Disember lalu.

"Mahkamah Rayuan Syariah Terengganu memutuskan bahawa permohonan semakan yang dibuat adalah teratur dan selaras dengan Seksyen 18 Enakmen Mahkamah Syariah (Terengganu) 2001.

"Hasil persidangan itu, mahkamah turut memutuskan bahawa hukuman enam kali sebatan dan denda RM4,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal bayar, sebagaimana keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu pada 20 November 2024 adalah dikekalkan.

"Jadi hukuman sebatan ke atas pesalah khalwat berulang juga kekal dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Ladang, Kuala Terengganu sebagaimana keputusan terdahulu," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Muhammad Khalil berkata, hukuman sebatan tersebut akan dilaksanakan pada 27 Disember ini selepas solat Jumaat.

Beliau berkata, maklumat lanjut berhubung prosedur operasi standard (SOP) pelaksanaan hukuman akan dikeluarkan oleh pihak berkuasa sebelum hukuman dilaksanakan kelak.

"Di kesempatan ini, saya ingin menegaskan bahawa hukuman sebatan yang dikenakan terhadap pesalah jenayah takzir ini adalah sebagai pengajaran agar individu lain tidak melakukan dan mengulangi kesalahan yang sama.

"Pelaksanaan hukuman sebatan takzir ini juga bertujuan untuk menunjukkan perbezaan antara sebatan sivil dan syariah.

"Kerajaan negeri ingin mengajak orang ramai untuk mendoakan agar proses pelaksanaan hukuman jenayah syariah (takzir) ini berjalan dengan lancar," jelas beliau.

Pada 20 November lalu, Sinar Harian melaporkan seorang duda menjadi individu pertama di Terengganu dikenakan enam hukuman sebatan di khalayak ramai di sebuah masjid seperti ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu kerana kesalahan khalwat berulang.

Tertuduh, Mohd Affendi Awang, 42, turut menjadi pesalah khalwat pertama dikenakan empat sebatan secara tertutup di dalam penjara dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu mengikut enakmen berkenaan pada 19 Februari lalu.

Sebelum itu, dia pernah didenda RM2,700 atau tiga bulan penjara selepas mengaku bersalah bagi pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kemaman pada 11 Julai 2023.

Berdasarkan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022, kesalahan khalwat bagi kali kedua dan seterusnya boleh dikenakan hukuman sebatan sehingga enam kali, denda sehingga RM5,000 atau tiga tahun penjara yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

Pada 4 Disember lalu, Muhammad Khalil memaklumkan pelaksanaan hukuman sebatan ke atas seorang pesalah khalwat di sebuah masjid pada Jumaat ini ditangguhkan sementara menunggu perintah selanjutnya daripada Mahkamah Rayuan Syariah.

Muhammad Khalil berkata, ia berikutan satu permohonan semakan telah difailkan kepada mahkamah berkenaan pada 3 Disember.

NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
16 Disember 2024 02:31pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SELANGOR 16/12/2024.

Kemalangan melibatkan kereta terbabas di Pekan Banting menghala ke IPD.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ Banting Kini

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

⛵️🌊 AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA ⛵️🌊

🚨🚨🚨 AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA KATEGORI KETIGA 🚨🚨🚨

SEKSYEN A: UNTUK PERAIRAN MALAYSIA [DALAM LINGKUNGAN 24 BATU NAUTIKA]

1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan Johor Timur • Pahang • Terengganu • Kelantan dalam tempoh Khamis, 19 Disember 2024 sehingga Isnin, 23 Disember 2024.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

SEKSYEN B: UNTUK PERKAPALAN

1) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KETIGA)

Angin kencang timur laut melebihi 60 kmsj dengan ombak setinggi melebihi 4.5 meter dijangka di kawasan perairan utara Condore • barat laut Reef North sehingga Isnin, 23 Disember 2024.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.

2) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI KEDUA)

Angin kencang timur laut berkelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan timur Samui • selatan Condore • Reef North • Layang-Layang • barat Palawan sehingga Isnin, 23 Disember 2024.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

3) AMARAN ANGIN KENCANG DAN LAUT BERGELORA (KATEGORI PERTAMA)

Angin kencang timur laut berkelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka di kawasan perairan barat Samui • Tioman • utara Bunguran • Reef South • Labuan • timur Palawan • Sulu sehingga Isnin, 23 Disember 2024.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Dikeluarkan pada: 1:00 tengah hari, 16 Disember 2024

#amaranlautmetmalaysia
#metmalaysia
#NRES
#MalaysiaMADANI
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

#KotaBharu : Keadaan kawasan runtuhan tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah pangsapuri dan pusat penginapan ketika tinjauan fotoBernama hari ini.

📸 Mustaqim Khairuddin | BERNAMA

#BernamaImages #BernamaNews #Kelantan #TanahRuntuh #SungaiKelantan
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‘Mana nenek, kata nak belanja makan’

KOTA TINGGI, JOHOR – Seorang kanak-kanak bergelar yatim piatu selepas terselamat dalam kemalangan yang meragut nyawa tiga ahli keluarga lain dalam kejadian di Kilometer 45, Jalan Kota Tinggi – Mersing berhampiran simpang masuk Ladang Arami Jaya, semalam.

Dalam kejadian itu, bapa Athiyyah Nur Sofia, 5 iaitu Muhamad Izuddin Md. Yusuf, 36, m@ut bersama datuk dan neneknya, Md. Yusuf Mukhtar, 71 serta Rosnah Salleh, 65.

Lebih menyedihkan, kanak-kanak itu yang merupakan anak tunggal dalam keluarga juga baru sahaja kehilangan ibunya dua tahun lepas akibat sakit.

Bapa saudara mangsa, Mohd Nazim Md. Yusuf, 42 berkata, ketika kejadian anak buahnya itu dalam keadaan sedar manakala kedua orang tuanya sudah meninggal dunia sementara adiknya juga masih sedar.

“Dia sempat bertanya mana nenek kata nak belanja makan sedangkan ketika itu nenek dan datuknya sudah pun meninggal dunia.

“Athiyyah Nur Sofia dia memang sangat rapat dan manja dengan datuk dan nenek kerana dia tinggal di rumah datuknya sejak usia setahun lagi.

“Saya difahamkan ketika kejadian dia bersama bapanya dan mak ayah dalam perjalanan hendak keluar makan malam di Felda Tenggaroh, ” katanya ketika ditemui pemberita di Felcra Sungai Ara di sini hari ini.

Anak sulung dari enam beradik itu berkata, dia sempat memangku Muhamad Izuddin sebaik sahaja sampai di lokasi kemalangan.

Katanya, dia sempat mengajar adiknya itu mengucap kalimah syahadah sebelum pihak ambulans membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

“Sebelum isyak, ada orang kampung yang datang memaklumkan kepada saya tentang kemalangan itu lalu saya segera ke sana.

“Adik memang berulang alik dari Johor Bahru ke Felcra Sungai Ara setiap cuti hujung minggu Sabtu Ahad untuk meluangkan masa bersama anaknya. Dia bekerja sebagai juruteknik di kilang penghawa dingin.

“Sejak isterinya meninggal dunia, dia memang agak pendiam orangnya.
Mak selalu juga menyuruhnya berkahwin baharu tetapi nanti dia akan merajuk bila ditanya soalan itu dan terus keluar ke kubur isterinya. Memang terkejut dan sedih dengan apa berlaku namun kami reda dengan pemergian mereka semua,” katanya lagi.

Tambahnya, ketiga-tiga jenazah dikebumikan di dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara.

Sumber: KOSMO! ONLINE
Oleh: MASTURAH SURADI
16 Disember 2024

#Kosmo
#everyone
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝓕𝓵𝓪𝓼𝓱 𝓢𝓪𝓵𝓮𝓼 🥳
♥️ 𝓑𝓾𝔂 1 𝓕𝓻𝓮𝓮 1

🌷 𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 𝓟𝓻𝓲𝓿𝓪𝓽𝓮
🌷𝓝𝓮𝓽𝓯𝓵𝓲𝔁 𝓟𝓻𝓮𝓶𝓲𝓾𝓶
🌷𝓓𝓲𝓼𝓷𝓮𝔂+ 𝓗𝓸𝓽𝓼𝓽𝓪𝓻
🌷𝓟𝓻𝓲𝓶𝓮 𝓐𝓶𝓪𝔃𝓸𝓷
🌷𝓛𝓸𝓴𝓵𝓸𝓴 𝓥𝓲𝓹
🌷𝓘𝓺𝓲𝔂𝓲 𝓟𝓻𝓮𝓶𝓲𝓾𝓶
🌷𝓥𝓲𝓾 𝓥𝓲𝓹
* Every purchase will get 1 month legal prime amazon as freegift
Feel free to claim ;)

Hit me up if you're interested
https://wa.link/u33ydm
Thank you ~ ♥️

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti individu terbabit dalam kejadian rompakan kedai runcit menggunakan lastik batu, di Kota Belud, pada 11 Disember lalu.

Kejadian yang tular di media sosial sejak awal pagi itu menyaksikan dua lelaki memakai topi keledar bertindak memecah masuk kedai runcit berkenaan.

Sumber video : The Brotherhood of Sabah Sarawak

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Rakaman kamera litar tertutup kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.

Mangsa cedera parah dalam kejadian tersebut.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Peniaga kedai runcit disamun guna pistol

KOTA BHARU - Seorang peniaga kedai runcit berdepan detik cemas selepas disamun menggunakan pistol dalam kejadian di Kampung Permatang Pusu, Melor di sini pada 9 Disember lalu.

Kejadian terbabit berlaku pada jam 10 malam semasa lelaki berusia lingkungan awal 50-an itu sedang berniaga.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, hasil siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa berada di kaunter kedai runcit miliknya telah didatangi seorang lelaki sambil mengacukan satu objek menyerupai pistol.

"Suspek telah meminta peniaga kedai runcit itu menyerahkan wang.

"Berdasarkan loghat pertuturan yang digunakan, suspek dipercayai merupakan seorang lelaki berumur dalam lingkungan awal 40-an, berbadan kurus dan mempunyai ketinggian lebih kurang 1.5 meter," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, kes tersebut disiasat bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan dan masih lagi dalam siasatan.

Mohd Rosdi memberitahu, sebelum itu pada 11 Disember pihaknya terkesan dengan satu video yang dimuat naik di laman media sosial memaparkan satu kejadian samun di dalam sebuah kedai runcit.

Ujarnya, pada 10 Disember jam lebih kurang 12 tengah malam, pihak Polis Daerah Kota Bharu telah menerima satu laporan daripada pengadu berhubung kejadian tersebut.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian dan saksi diminta tampil membantu siasatan atau boleh menghubungi talian 017-8772106 atau 09-7752200," katanya.

HAZELEN LIANA KAMARUDIN
16 Disember 2024 03:56pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁

Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!

Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅

100% selamat dan mudah! 💯

Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗

Password? Tak perlu! 🔒

Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀

👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com

#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Penjaga stor menangis ketika dituduh cabul kanak-kanak lelaki usia 4 tahun

Johor Bahru: Seorang pemuda menangis ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas dua tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun, Oktober lalu.

Tertuduh, Muaz Saifullah, 23, dilihat beberapa kali mengesat air matanya sepanjang prosiding di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Penjaga stor itu pada mulanya mengaku bersalah sambil menangis selepas pertuduhan pertama dibacakan jurubahasa, namun kemudian ditenangkan peguam, Mohammad Muzammil Mohammad Hairiri yang mewakilinya sebelum menukar pengakuan kepada tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Tertuduh turut membuat pengakuan tidak bersalah bagi pertuduhan kedua.

Dua perbuatan itu didakwa dilakukan dalam bilik tidur rumah keluarga tertuduh di Taman Sri Stulang, di sini, antara 7.30 pagi hingga 6.30 petang, 30 Oktober lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Farah Wahida Shahudin memaklumkan kepada mahkamah bahawa pertuduhan dihadapi tertuduh adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin, namun mencadangkan jumlah jaminan RM20,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin, sekiranya mahkamah ingin membenarkan tertuduh diikat jamin.

Sebelum membuat keputusan berkaitan isu jaminan, Siti Noraida bertanyakan mengenai hubungan tertuduh dengan mangsa memandangkan alamat tertuduh sama dengan alamat tempat kejadian, dan berdekatan dengan alamat rumah mangsa.

Pendakwaan memberitahu bahawa tertuduh adalah anak kepada pengasuh yang mengasuh mangsa di rumah tertuduh tinggal.

Difahamkan, mereka tinggal di blok yang sama di perumahan berkenaan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan syarat tidak boleh mengganggu atau menghampiri mangsa dan saksi pendakwaan pada jarak enam kilometer serta perlu melapor diri di balai polis berhampiran sebulan sekali.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 28 Januari depan untuk serahan dokumen.

Disiarkan pada: Disember 16, 2024 @ 1:33pm
Izz Laily Hussein
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pelawak ditahan miliki ganja sudah lapan tahun menagih

SEPANG – Seorang pelawak yang ditahan selepas disyaki memiliki ganja di Cyberjaya di sini baru-baru ini dikatakan sudah lapan tahun menagih dadah.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, maklumat itu diperoleh selepas pihaknya menjalankan siasatan ke atas lelaki berusia 41 tahun tersebut.

“Polis sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

“Suspek direman selama lima hari bermula semalam untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Norhizam turut mengesahkan bahawa rumah teres yang diserbu pihaknya di Cyberjaya milik selebriti tersebut.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang selebriti ditahan bersama ganja seberat 60.3 gram.

Ujian saringan awal air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis tetra hydrocannibol (THC), namun dia tidak mempunyai rekod lampau. – KOSMO! ONLINE

Oleh MOHD. HUSNI MOHD. NOOR
16 Disember 2024, 5:40 pm

Artikel ➡️ Kosmo

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok

Kuala Terengganu: Terengganu dijangka dilanda banjir gelombang ketiga esok berikutan fenomena air pasang besar dan hujan lebat berterusan yang diramal sehingga Khamis ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti dan Pembangunan Luar Bandar Terengganu Hanafiah Mat berkata, susulan itu, 44 kampung di empat daerah iaitu Kemaman, Besut, Setiu dan Hulu Terengganu dijangka berisiko dinaiki bah.

Beliau berkata, di Besut lokasi berisiko ialah Kampung Pok Sik, Kampung Belaoh, Felcra Keruak, Kampung La, Chegar Batang, Pasir Akar, Jerubun, Bukit Payung dan Batu 13.

"Di daerah Kemaman, kawasan berisiko terjejas ialah Padang Kubu, Pelantoh, Kampung Tebak, Batu 16 Tebak dan Kampung Sungai Mas.

"Sementara itu, di Setiu pula kampung terlibat ialah Kampung Langkap, Kampung Chalok Kedai, Batu 29, Gong Terap, Lubuk Panjang dan Felda Kampung Rahmat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanafiah berkata. di daerah Hulu Terengganu pula kampung berisiko termasuk Kampung Sekayu, Kampung Pelandan, Kampung Cheting, Kampung Menjing, Kampung Durian Bador, Kampung Padang Setar, Kampung Pengkalan Ajal, Kampung Paya Besar, Kampung Menerong, Kampung Kua, Kampung Peneh, Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong, Kampung Lenjang dan Kampung Betong. Selain itu, kawasan lain di Hulu Terengganu yang dijangka terbabit ialah Kampung Paloh Nyior, Kampung Bukit Tadok, Kampung Matang, Kampung Kepah, Kampung Pasir Dula, Kampung Tengkawang, Kampung Kuala Ping, Kampung Tok Lawit, Kampung Nibong dan Kampung Kuala Telemong.

Sehubungan itu, beliau meminta penduduk di kawasan tersebut supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

Disiarkan pada: Disember 16, 2024 @ 6:45pm

Kredit ➡️ BERNAMA

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Smart watch multi function

Boleh check bp✅
Boleh check step✅
Boleh check gula dalam darah ✅
Jawab call ✅

Jom beli 1 !! 👇👇

https://s.shopee.com.my/5KvUORHJIt

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Isu tular, pempengaruh Kim Seri akan keluar kenyataan rasmi
Redzuan Muharam
redzuan.muharam@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pempengaruh dan usahawan, Kim Seri akan memberi kenyataan rasmi di akaun laman sosialnya nanti berhubung isu tular yang mengaitkan dirinya.

Kim Seri, 39, atau nama sebenarnya Seri Azlina memaklumkan perkara itu menerusi ruangan Insta Story (IG Story) dekat akaun Instagramnya (IG), hari ini.

"Saya akan mengeluarkan kenyataan rasmi di IG dan TikTok berkenaan isu yang sedang tular kemudian. Terima Kasih," tulisnya ringkas.

Sejak semalam, tular di TikTok video luahan seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa penipuan Kim Seri.

Menerusi video itu, wanita berkenaan mendakwa dia bersama rombongan tersadai di lapangan terbang kerana tiada tiket penerbangan pulang ke tanah air seperti dijanjikan Kim Seri.

Wanita itu mendakwa sudah membuat semakan di kaunter tiket namun namanya bersama rombongan tiada dalam rekod.

Bagi mendapat kepastian, wanita itu cuba menghubungi Kim Seri namun diminta menunggu sebelum diberitahu terdapat masalah teknikal untuk membuat tempahan.

Di akhir video, wanita itu menuntut Kim Seri bertanggungjawab kerana terkilan dengan apa yang berlaku selepas membuat pembayaran penuh awal seperti diminta pempengaruh berkenaan.

Perkongsian wanita itu mengundang pelbagai reaksi dengan rata-rata bersimpati dan meminta mangsa membuat laporan polis.

Harian Metro cuba menghubungi Kim Seri untuk mendapatkan kenyataannya namun panggilan dibuat tidak dijawab.

Sebelum ini, Kim Seri pernah dikritik lantaran syarikat ejen pelancongan miliknya didakwa memberikan perkhidmatan yang teruk.

la susulan rungutan beberapa pelancong yang pernah mengambil pakej pelancongan ke Korea Selatan di bawah syarikatnya.

Menyedari kritikan warganet, Kim Seri tampil membuat permohonan maaf dan mengakui apa yang berlaku adalah disebabkan kelemahan daripada pihak pengurusan syarikatnya.

Dalam masa yang sama, pempengaruh itu mohon diberikan ruang dan masa untuk memperbaiki kelemahan di pihaknya.

Menurut rekod, Kim Seri mula dikenali selepas banyak berkongsi pengalamannya menyambung pelajaran di Korea Selatan menerusi pelbagai video di TikTok.

Kerja kerasnya menampakkan hasil apabila berjaya membuka sebuah restoran terletak di Myeondong, Seoul sejak September tahun lalu.

Disiarkan pada: Disember 16, 2024 @ 5:09pm

Artikel Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝐊𝐄𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐓..!!!

𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓:𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈

𝐁𝐀𝐋𝐀𝐈 𝐁𝐎𝐌𝐁𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐘𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐄𝐑𝐈𝐌𝐀 𝐏𝐀𝐍𝐆𝐆𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐂𝐄𝐌𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐌𝐄𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 𝐏𝐑𝐎𝐓𝐎𝐍 𝐖𝐈𝐑𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐁𝐔𝐀𝐇 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐑𝐒𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐎𝐃𝐄𝐍𝐀𝐒 𝐌𝐄𝐋𝐀𝐋𝐔𝐈 𝐌𝐄𝐑𝐒𝟗𝟗𝟗.𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐋𝐏𝐇𝐀 𝐃𝐈𝐊𝐄𝐓𝐔𝐀𝐈 𝐏𝐁𝐊 𝐈𝐈 𝐈𝐁𝐑𝐀𝐇𝐈𝐌 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝟖 𝐎𝐑𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐆𝐄𝐆𝐀𝐒 𝐊𝐄 𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐃𝐈𝐀𝐍.𝐓𝐈𝐆𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓 𝐒𝐀𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐀𝐓𝐔 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐌𝐏𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 𝐓𝐄𝐑𝐂𝐄𝐃𝐄𝐑𝐀 𝐃𝐈𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔 𝐀𝐍𝐆𝐆𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐎𝐌𝐁𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐊𝐊𝐌 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐌𝐀𝐍𝐀𝐊𝐀𝐋𝐀 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐎𝐍𝐂𝐄𝐍𝐆 𝐌𝐎𝐓𝐎𝐑𝐒𝐈𝐊𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐈𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋 𝐃𝐔𝐍𝐈𝐀 𝐃𝐈𝐓𝐄𝐌𝐏𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐉𝐀𝐃𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐒𝐀𝐇𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐈𝐇𝐀𝐊 𝐊𝐊𝐌 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈.

𝐏/𝐒 𝐓𝐀𝐊𝐙𝐈𝐀𝐇 𝐃𝐈𝐔𝐂𝐀𝐏𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐌𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐄𝐑𝐋𝐈𝐁𝐀𝐓,𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐓𝐈-𝐇𝐀𝐓𝐈 𝐃𝐈 𝐉𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐓𝐈𝐍𝐆𝐊𝐀𝐓𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐃𝐈𝐑𝐈 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐔𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐈𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐌𝐏𝐔 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐁𝐀𝐇𝐍𝐘𝐀.

Kredit ➡️ BBP KOTA TINGGI

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝗠𝗔𝗥𝗜𝗧𝗜𝗠 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗣𝗘𝗥𝗔𝗞 𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨 𝗔𝗣𝗠 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗨 𝗞𝗘𝗛𝗔𝗗𝗜𝗥𝗔𝗡 ‘𝗦𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗗𝗔𝗟’ 𝗗𝗜 𝗧𝗘𝗟𝗨𝗞 𝗕𝗔𝗧𝗜𝗞

.
𝗟𝗨𝗠𝗨𝗧, 𝟭𝟲 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Perak menghulurkan bantuan kepada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Perak bagi memantau rapi kehadiran seekor buaya yang ditemui di perairan Teluk Batik.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri bin Khotob, memaklumkan bahawa penemuan reptilia tersebut pada Khamis lalu telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pengunjung, terutama mereka yang gemar beriadah bersama keluarga di pantai Teluk Batik.

Susulan penemuan tersebut, Maritim Negeri Perak melakukan rondaan bagi memastikan keselamatan pengunjung di kawasan sekitar.

Buaya yang dipercayai jenis buaya tembaga (buaya air tawar) itu dikatakan tersesat dari habitat asalnya dan berkemungkinan besar akan kembali ke habitat semula dalam tempoh tertentu.

Maritim Malaysia turut mengingatkan komuniti maritim dan orang ramai agar sentiasa mengutamakan keselamatan semasa berada di laut, lebih-lebih lagi dalam keadaan cuaca yang tidak menentu.

Mohamad Shukri dalam pada itu turut menasihatkan agar orang ramai sentiasa peka dengan ramalan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dan memastikan pemakaian jaket keselamatan ketika menjalankan aktiviti di laut.

Sebarang laporan atau kejadian kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Perak di talian 05-6838737 atau talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.

.
#MalaysiaCoastGuard #MaritimeNation #MaritimMalaysia #MMEA #APMM #MCG #CoastGuard Kementerian Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail #MalaysiaMadani #KDN_TogetherWeAreOne #KeselamatanTanggungjawabBersama #MaritimPerkasaMelestarikanMadani
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Stesyen bas Sum Kajang ,foto sekitar tahun 1986 .

#kajang
#selangor
#kualalumpur
#Zalfie'sPlat's
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki warga Pakistan maut, kereta langgar pokok sawit

BATU GAJAH: Seorang lelaki warga Pakistan maut setelah kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya dipercayai terbabas lalu melanggar sebatang pokok sawit di Jalan Kampung Bali, di sini hari ini.

Difahamkan mangsa dikenali sebagai Abdul Hameed Abdul Majeed.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad, akibat daripada pelanggaran itu, kenderaan dinaiki mangsa berusia dalam lingkungan 54 tahun itu telah berpusing.

Katanya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.58 pagi, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seri Iskandar ke lokasi.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang hadir di lokasi kejadian.

"Ketua operasi menggunakan 'hydraulic cutter' bagi membuka pintu kereta yang terkunci.

"Anggota bomba mengeluarkan mangsa dengan menggunakan pengusung dan menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya pada Isnin.

Foto: JBPM Perak

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

hi :-

harga new for netflix 1 month only 🤎

1 MONTH : RM25 SAHAJA

✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
✅ SRS BUYER ONLY

berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremiumm

feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Gempa bumi lemah telah berlaku di Ranau, Sabah pada jam 2:56 petang, 16 Disember 2024

Koordinat : 5.97° Utara dan 116.57° Timur
Magnitud : 2.8
Jarak : 15km Barat Ranau, Sabah
Kedalaman : 10 km

Gegaran dirasai di sekitar Ranau, Sabah. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini.

Mohon tuan/puan yang merasai gegaran akibat gempa bumi ini dapat mengisi borang soal selidik di pautan ini

https://forms.gle/Hz8HpgTRtioo4q5T9

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.MET Malaysia.

#gempabumiMETMalaysia
#mygempa.met.gov.my

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*LAPORAN* *MANGSA TERJUN SUNGAI*
*
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra
Salam Malaysia Madani
Tuan,

Jenis Insiden: Mangsa Terjun Sungai
Tarikh/Masa Panggilan: 16.12.2024 jam 14:57:13
Alamat: Lotus-Kg Sireh, Kota Bharu, Kelantan
Masa Jentera Sampai: 15:10:53
Jarak ke tempat kejadian (KM): 1.5 KM
Masa operasi terkawal:
Masa operasi tamat :
Mangsa: 1 Perempuan Warga Emas (Bangsa-Cina)
Keanggotaan: BBP Kota Darulnaim
Komander Operasi: (PBK II Ramli Bin Abdullah /)
Komander Operasi Kanan: -

Catatan: Terima panggilan pemanggil dari sistem MERS 999, menyatakan didapati 1 orang mangsa terjun ke dalam sungai. PGO mengarahkan BBP Kota Darulnaim ke lokasi untuk tindakan.

Sampai di lokasi komander operasi lapor, benar seorang perempuan warga emas berbangsa cina berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba.

MAKLUMAT PEMANGGIL :
- NAMA : Mr Ong Rong Wei
- NO TELEFON :


Maklumat Keanggotaan dan logistik
Jumlah Anggota: 7 anggota (1 PBK II, 4 PB, 2 PBB)
Jentera: FRT-1

Sekian, terima kasih.

"CEPAT DAN MESRA"

Pegawai bertugas
Pusat Gerakan Operasi
JBPM Negeri KELANTAN

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Subscribe to a channel