infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

Pengetua sekolah didakwa amang seksual pelajar perempuan

MARANG – Seorang pengetua sebuah sekolah menengah terkenal di daerah ini dihadapkan atas dua pertuduhan berkomunikasi secara lucah dan amang seksual bukan fizikal terhadap seorang pelajar perempuannya pada lima bulan lalu di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Mohd. Tajudin Mokhtar, 59, membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zur Azureen Zainalkefli.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa berkomunikasi secara seksual terhadap seorang remaja perempuan berusia 16 tahun lima bulan.

Mohd. Tajudin didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun.

Bagi pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa menunjukkan gambar-gambar perempuan seksi melalui telefon bimbit kepada mangsa tersebut di lokasi, masa dan tarikh sama.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15 (e) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan Mohd. Tajudin dibenarkan bebas dengan jaminan RM10,000 dengan dua penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maisarah Abd. Razak manakala Mohd. Tajudin pula diwakili Abdul Haiyyi Salim. –

SUMBER KOSMO! ONLINE

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hi para traders dan juga newbie yang nak cuba untuk EA AI ni,ni adalah EA AI yang profitable yang aku dh run lebih dr 5 bulan,so far sgt senang untuk dapatkam return 20-100% per month drpd modal,so ni result performance EA saya

https://www.mql5.com/en/signals/2274695

Kelebihan menggunakan EA AI ni bukan sahaja ianya mudah untuk profit,tapi korang x perlu buat apa2 semua nya auto dr A sampai Z,keja korang hanya monitor sahaja,
Jom dapatkak dgn serandah 100 usd lifetime untuk konsisten jana income every month,sgt2 recomended untuk siapa2 yang nk buat copytrade dan juga income tambahan,

Contact sy di sini https://wa.link/7eukg8

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Dengan aku sekali diam tidak bergerak’

PETALING JAYA – Kehadiran lebih 10 ekor gajah liar di Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan laluan Gerik ke Jeli baru-baru ini mengejutkan pengguna jalan raya ketika melalui kawasan tersebut.

Kemunculan kumpulan gajah dewasa bersama anak-anaknya itu sempat dirakam oleh beberapa pengguna dan turut dikongsikan di TikTok @dauss1997.

Mujur selamat, alhamdulillah,” tulisnya di ruang kapsyen video tersebut.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, gelagat beberapa individu di dalam kenderaan terbabit turut mendapat perhatian ramai apabila kedengaran suara seorang wanita berulang kali meminta keluarganya duduk diam serta tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

“Duduk diam, diam…diam..diam. Jangan bergerak,” ulang wanita itu.

Dalam masa sama, dapat didengar suara seorang lelaki membaca doa bagi memastikan keadaan mereka selamat ketika sekumpulan gajah tersebut berada betul-betul di sebelah kereta.

Detik cemas tersebut bukan sahaja dirasai oleh keluarga terbabit, malah pengguna media sosial lain yang menonton rakaman itu turut tidak senang duduk .

“Dengan aku sekali diam. Jantung berdebar,” kata Ayu_Emas.

“Aku sekali diam dan tahan nafas tak bergerak,” ujar Almira Marzuki

Betul lah, aku yang tonton video pun terikut-ikut bila kakak tu kata diam, jangan bergerak. Cemas tu aku pun rasa, padahal tengok video sahaja pun, seram bila nampak gajah besar-besar lalu sebelah,” komen Syazie.

Sementara itu, ada juga pengguna yang bertanyakan apakah kesan sekiranya individu di dalam kenderaan terbabit bising atau mengeluarkan suara ketika gajah tersebut melintasi mereka.

“Kalau bising atau kita cakap seperti biasa dalam kereta apa kesannya? Serius nak tahu? Kalau kereta dah tutup tingkap, gajah-gajah itu masih boleh dengar ya? Adakah akan beri ancaman kepada haiwan tersebut?,” soal beberapa pengguna di ruangan komen.

Sebelum ini, pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam kenyataan menasihati pemandu serta pengguna yang melalui laluan ‘hotspot’ gajah liar melintas untuk tidak membuat provokasi sewaktu bertemu dengan haiwan tersebut.

Menurut Perhilitan, pengguna jalan raya juga diingatkan untuk tidak membunyikan hon kerana tindakan tersebut boleh mengundang risiko. – KOSMO! ONLINE

Oleh KOSMO!
19 Disember 2024, 10:56 am

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

AIR KOPI PADU KIKIS LEMAK DEGIL SEMASA TIDO JER‼️🔥🔥


Bagus diambil jika
↘️ Perut Buncit
↘️ Berat Badan Berlebihan
↘️ Susah Kawal Selera Makan
↘️ Kolestrol Tinggi
↘️ Ada Masalah Sembelit

Sehari minum 1x sahaja. boleh buat sejuk @ panas.

❌ Tak perlu makan pil pelik-pelik
❌ Tak buat cirit birit & tak memulas
❌ Takde pantang pelik-pleik

Nak tau details ttg air padu ni klik link dibawah

www.wasap.my/60172766370/AirBkarLmak.ISO19.12

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

hi :-

harga new for netflix 1 month only 🤎

1 MONTH : RM25 SAHAJA

✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ APP PREMIUM ( DISNEY / PRIME AVAILABLE )
✅ SRS BUYER ONLY

berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremiumm

feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

pilot darat
dashcam ddpai: https://s.shopee.com.my/AUdgE3ZhCL

sumber tiktok
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*JANGAN SAMPAI JATUH MISKIN DENGAN TRADING FOREX!*

Di TP Hunter, kami sudah lama menahan rasa kecewa melihat industri forex yang semakin rosak, terutamanya dengan kemunculan IB yang tumbuh dengan cepat, seperti cendawan selepas hujan. Baru sebulan dua trading, tapi sudah berani klaim pengalaman 4-5 tahun. Lebih lagi yang suka gunakan Full Margin tanpa berfikir panjang. Apa sebenarnya tujuan mereka?

Jika anda benar-benar berani, sertai LIVETRADE bersama TP Hunter setiap siang dan malam. Kami bukan sahaja menyediakan platform untuk trade, tetapi juga pendidikan yang lengkap tentang analisis fundamental dan teknikal. Kami bukan jenis yang hanya bersembang kosong tentang trading, hari ini profit, esok beli Lamborghini!

Di bawah ini, kami sediakan link untuk sertai LIVETRADE, dan jika anda ingin belajar lebih banyak, boleh join setiap malam secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini!


Masuk channel untuk trade bersama kami.Sesi live trade kami seperti di bawah:
*Setiap Hari jam 10-12 pagi & 10-12 malam*
*Isnin-Jumaat*

Sila follow TIKTOK kami di TP Hunter by MFM untuk maklumat lanjut

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hati hati....kemalangan motor di hadapan FAMA batu 6....arah ke kuantan.... baru berlaku

#infokuantan
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki cuba rakam bawah kain wanita ditangkap

Shah Alam: Polis menangkap seorang lelaki disyaki berkelakuan tidak sopan cuba merakam dari bawah kain seorang wanita dalam kejadian di sebuah pasar raya di Jenjarom, Kuala Langat, minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, siasatan mendapati suspek adalah seorang lelaki tempatan yang berusia 30-an itu tidak bekerja.

"Siasatan awal mendapati, suspek mengaku dia adalah individu terbabit sebagaimana dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Semakan mendapati, suspek yang tidak mempunyai rekod lampau juga mengakui pertama kali melakukan perbuatan itu.

"Suspek yang ditangkap di Banting, ditahan reman selama dua hari sehingga esok" katanya kepada media.

Media sebelum ini melaporkan, polis menerima laporan daripada mangsa, seorang wanita pada jam 10.36 pagi, 9 Disember lalu.

Mohd Akmalrizal berkata, wanita berkenaan melaporkan dia dirakam seorang lelaki tempatan ketika membeli belah di sebuah pasar raya di Jenjarom.

Disiarkan pada: Disember 19, 2024 @ 12:04am
Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Murid tahun 6 maut disyaki akibat renjatan elektrik di sekolah

Serdang: Murid lelaki tahun enam maut dipercayai akibat renjatan elektrik di sebuah sekolah di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner AA Anbalagan berkata, laporan berkaitan kejadian diterima pihaknya kira-kira jam 6.30 petang.

"Seorang wanita tempatan berusia 36 tahun membuat laporan polis berkaitan pihaknya menerima pesakit iaitu seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri.

"Mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik di sebuah sekolah di kawasan Serdang sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.50 petang," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, siasatan berkaitan kejadian masih dijalankan.

"Polis masih menunggu laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa bagi mengenal pasti punca kejadian

"Kes ini diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),"katanya.

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi serta mengeluarkan sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan.

Disiarkan pada: Disember 19, 2024 @ 2:14am
Hafidzul Hilmi Mohd

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pelakon Lan Zailan meninggal dunia
19 Disember 2024, 7:21am

Oleh: Izzatie Rizan

KUALA LUMPUR: Pelakon veteran Lan Zailan dilaporkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) disini pada jam 4.24 pagi Khamis.

Berita pemergian Allahyarham disahkan isterinya Ruby Sara Omar yang memaklumkan beliau meninggal dunia akibat kanser pankreas tahap empat.

“Benar suami saya menghembuskan nafas terakhir jam 4.24 pagi tadi. Semua Ahli keluarga ada disisinya ketika itu,” katanya dengan sebak ketika dihubungi Buletin TV3.

Menurut Ruby, Jenazah akan disolatkan di Masjid As-Salam Puchong Perdana sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22.

Terdahulu, Allahyarham atau nama sebenarnya Zailan Kamaruddin 66, menerima rawatan di PPUM sejak Ahad lalu selepas kesihatannya merosot.

Beliau didiagnos kanser sejak 27 November lalu.

Aktif mewarnai dunia seni sejak 1980-an, pelakon ini telah membintangi pelbagai filem dan drama.

#BuletinTv3
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki bertopeng, bersenjata pecah masuk rumah di Muar

Oleh MOHD SHARKAWI LONDING
18 Disember 2024, 10:33 pm

MUAR – Tular di Facebook beberapa video kejadian dua lelaki bertopeng melakukan pecah masuk rumah dan samun bersenjata dipercayai berlaku di sebuah rumah di Taman Sri Treh, di sini.

Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan masa dan tarikh kejadian berlaku pada pukul 5.21 petang semalam.

Dalam video pertama, salah seorang suspek memegang senjata tajam menyorok di sebalik tembok pintu pagar, sementara sebuah kereta Perodua Myvi memasuki garaj rumah terbabit dipercayai dipandu rakan sepenjenayah terbabit.

Kedua-dua suspek dilihat memakai sarung tangan dan membawa senjata seperti parang dan besi kuku kambing berjalan memasuki rumah mangsa.

Dalam video berikutnya salah seorang suspek yang memakai baju hitam, bertopi serta memakai pelitup muka memasuki ruang tamu dan pada masa sama kelihatan penghuni iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak sedang tidur di atas sofa.

Seorang lagi suspek memasuki salah satu bilik rumah terbabit menyelongkar mencari barang berharga.

Tidak lama kemudian, dua lelaki dipercayai ahli keluarga rumah berkenaan tiba dan cuba memeriksa kereta Perodua Myvi sebelum mangsa diserang kedua-dua suspek menggunakan senjata parang.

Suspek menghidupkan enjin kereta Perodua Myvi dan merempuh kenderaan utiliti sukan (SUV) dan motosikal yang diparkir di hadapan rumah.

Suspek kemudiannya berjaya melarikan diri dengan Perodua Myvi berwarna putih.

Difahamkan, salah seorang mangsa cedera terkena libasan parang ketika bergelut dengan suspek.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, polis menemui kereta Perodua Myvi ditinggalkan di dalam garaj sebuah rumah di Jasin, Melaka kira-kira pukul 11.30 pagi hari ini dipercayai digunakan suspek dalam kejadian samun berkenaan.

“Polis sedang giat mengesan suspek. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian samun itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor P. Seventhi di talian 011-16251909 atau talian hotline IPD Muar 06-9526001.-KOSMO! ONLINE.

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Netflix Murah By MOKSIN STORE 🔥

ARAHAN : SEBELUM BELI BACA IKLAN SAMPAI HABIS DAHULU


Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅

Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Anda ingin jimat dan murah ?
Boleh cuba pakej yang TUAN/ PUAN minat di MOKSIN STORE . Semua account original bukan account generate ataupun hack account . Semua pakej menggunakan original APP yang ada playstore atau appstore TV HANDFONE PC / LAPTOP , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang TUAN /PUAN berminat . Account FULL WARRANTY sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device untuk mengelakkan issue limitscreen .

Netflix Murah By Moksin Store 🔥


✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 1 BULAN RM28 YOUTUBE PREMIUM 🔥

✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥

✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC🔥

✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :

✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥

✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM50 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC🔥

PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM30 FREE YOUTUBE MUSIC✅

✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥

SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥

✅YOUTUBE VIDEO FREE YT MUSIC PREMIUM PAKEJ

YOUTUBE VIDEO PREMIUM 3 BULAN RM30 FREE YOUTUBE MUSIC

YOUTUBE VIDEO PREMIUM 5 BULAN RM45 FREE YOUTUBE MUSIC


Waktu bekerja :

Jam : 10 PAGI - 12 MALAM
Isnin sampai ahad kecuali hari JUMAAT cuti

Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 30 orang yang terawal sahaja dapat set combo !

KALAU ADA LAMBAT REPLY MOHON JANGAN SPAM CHAT ATAU CALL

Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

2 penuntut UiTM parah kemalangan

Shah Alam: Dua penuntut universiti awam (UA) parah apabila motosikal yang ditunggangi bertembung dengan sebuah kenderaan di simpang tiga Persiaran Permai - Jalan Plumbum 7/98, Seksyen 7, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, siasatan mendapati kemalangan yang berlaku jam 10.25 pagi membabitkan sebuah motosikal Modenas RS200 dan Proton Saga.

"Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila kereta dipandu oleh seorang lelaki berusia 53 tahun datang dari arah Persiaran Permai ingin ke Jalan Plumbum 7/98.

"Kemudian datang motosikal yang bergerak lurus di Persiaran Permai terlanggar di bahagian hadapan kereta itu.

"Penunggang dan pembonceng motosikal yang masing-masing berusia 22 tahun adalah penuntut Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam parah di kepala dan patah kaki, kini sedang menerima rawatan di Hospital Shah Alam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

"Mana-mana saksi bebas atau orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuassssaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Muhammad Najib Abdul Rahman di talian 019-7757354," katanya.

Disiarkan pada: Disember 18, 2024 @ 9:37pm
Ruwaida Md Zain
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Mayat reput sah Nurul Asikin

Kuching : Polis mengesahkan identiti mayat reput yang ditemukan di dalam longkang di Tabuan Jaya, Ahad lalu adalah Nurul Asikin Lan, 26.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata berkata, pengesahan itu dibuat selepas pihaknya menerima keputusan 'asid deoksiribonukleik' (DNA) petang ini.

"Identiti mayat yang dijumpai di Jalan Setia Raja telah dikenalpasti dan disahkan adalah mangsa Nurul Asikin," katanya ringkas menerusi Whatsapp, hari ini.

Allahyarham Nurul Asikin dilaporkan hilang pada 5 Disember lalu selepas keluar bersama seorang lelaki yang baru dikenalinya.

Pada Ahad lalu, mayat wanita yang sudah reput ditemui di dalam longkang berdekatan tempat pembuangan sampah di Jalan Setia Raja, Tabuan Jaya.

Mancha dilapor berkata, lelaki berusia 20-an iaitu suspek utama yang ditahan pada Sabtu membawa polis ke lokasi itu dan menunjukkan tempat mayat mangsa dibuang.

Menurut Mancha, suspek turut membuat pengakuan dia membunuh wanita itu.

Sementara itu, tinjauan di media sosial mendapati seorang wanita dipercayai ahli keluarga mangsa memaklumkan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Samariang, esok.

Beliau turut meminta orang ramai agar tidak menghubungi keluarga mangsa ketika ini kerana tidak mahu mengganggu emosi mereka.

"Sapa maok datang nangga, boleh direct (terus) ke kubur Samariang esok hari. Minta tolong jangan call family kazen kamek masa tuk, hanya perlu datang ke kubur Samariang terus (Sesiapa mahu datang melihat, bokeh terus ke Tanah Perkuburan Samariang esok hari. Minta tolong jangan hubungi keluarga sepupu saya buat masa ini)," katanya.

Disiarkan pada: Disember 18, 2024 @ 8:09pm
Mohd Roji Kawi
mdroji@bh.com.my.

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Puas hati guna air fryer ni 🥰 Saiz besar setakat masak ayam seekor memang takde hal 👍 Mana lagi nak dapat saiz mega harga bawah 100 🥹

Harga promo kat sini
👉https://s.shopee.com.my/50IjxR9ePJ

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

‘Dia masuk bilik air saya, saya pula disalahkan’

KLUANG, JOHOR – “Saya minta kurangkan wang jaminan kerana masih mentah dan mata kanan lebam kerana ditumbuk oleh wanita itu. Dia yang masuk bilik air saya, saya pula yang disalahkan.”

Demikian luahan balas Mohamad Sopor Nasir, 34, apabila ditanya Hakim Mujib Saroji ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kluang hari ini.

Mengikut Pertuduhan, Mohamad Sopor didakwa telah menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul seorang wanita di dalam tandas awam wanita di Laman Kreatif Kampung Melayu, di sini pada pukul 5.20 petang 17 Disember 2024.

Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Suniza Nan Yan yang mengendalikan pendakwaan kemudiannya menawarkan wang jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin dan memohon 12 Januari 2025 sebagai tarikh sebutan semula kes.

Mahkamah kemudiannya menetapkan wang jaminan dikekalkan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan 2 Januari sebagai tarikh sebutan semula kes.

Selasa lalu, Kosmo! melaporkan seorang lelaki ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada pihak polis selepas dipercayai mencabul seorang wanita didalam tandas awam wanita di Laman Kreatif Kampung Melayu, Kluang pada pukul 5.20 petang.

Sumber: KOSMO! ONLINE
Oleh: ADNAN IBRAHIM
19 Disember 2024

#Kosmo
#everyone
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kementerian Kesihatan Palestin di Gaza

Laporan statistik harian berkenaan jumlah penduduk yang syahid dan cedera akibat serangan berterusan Israel ke atas semenanjung Gaza, hari ke-439.

▪️ Rejim Zionis melancarkan tiga operasi pembunuhan beramai-ramai ke atas penduduk di semenanjung Gaza. Serangan hari ini telah mengakibatkan 38 penduduk syahid manakala 203 mangsa cedera dirawat di hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu.

▪️ Sebilangan mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan bergelimpangan di jalanan. Tekanan semakin meningkat apabila ambulans dan anggota pertahanan awam tidak dapat sampai kepada mangsa. Mereka tidak dapat sampai ke hospital sehingga kini.

▪️Angka mangsa serangan Israel telah meningkat kepada 45,097 syuhada dan 107,244 mangsa yang cedera sejak 7 Oktober lalu.

18 Disember 2024
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEMALANGAN JALAN RAYA
18/12/2024
JAM: 08. 26PM

KEMALANGAN MELIBAT
MOTOR TERBABAS

LOKASI: CHAROK BEMBAN

RESPON: AMBULANCE Apm Daerah Baling
MEMBER INFO KEMALANGAN
PDRM

Info.
#volunteerteam
#infokemalangandibaling
#bantuselagimampu
#ppksBalingKupang

Sumber Info kemalangan di baling

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Assalamualaikum

Kami mencari lepasan SPM atau belia berumur 18 hingga 35 tahun yang berminat untuk mengikuti latihan kemahiran (TVET) bagi Program Sijil Teknologi Binaan Bangunan di Institut Kemahiran Baitulmal MAIWP.

Bagi yang berminat, klik link di bawah dan isi maklumat yang dikehendaki dan pilih program Teknologi Binaan Bangunan.
https://forms.gle/quF4ShFZZkeY7eVq6

atau hubungi kami;
Tel : 0392830198

atau boleh wasap;

www.wasap.my/60107022559
www.wasap.my/60132241975

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

13 maut, bot laju tentera laut India rempuh feri penumpang

Mumbai: Sebuah bot laju tentera laut India yang menjalani ujian di laut di luar ibu kota kewangan Mumbai, hilang kawalan dan merempuh sebuah feri, mengorbankan 13 orang, kata tentera laut dan kerajaan, semalam.

Video yang disiarkan oleh akhbar India - nampaknya dirakam oleh beberapa penumpang di atas feri yang sesak itu - menunjukkan bot laju itu meredah perairan sebelum ia membelok tajam dan merempuh feri.

Gambar kemudian menunjukkan feri itu terbalik.

"Doktor mengisytiharkan 13 orang mati," kata Ketua Menteri negeri Maharashtra, Devendra Fadnavis kepada pemberita, sambil menambah lebih 100 orang diselamatkan.

"Saya memberikan penghormatan yang tulus kepada mereka yang maut dalam kemalangan ini," kata Fadnavis sambil menambah bahawa "kami berkongsi kesedihan keluarga mereka."

Feri itu membawa penumpang dari Gateway of India - monumen era kolonial di tepi pantai yang menjadi mercu tanda Mumbai - ke tempat pelancongan popular di Pulau Elephanta, yang terkenal dengan ukiran batunya.

"Sebuah kapal Tentera Laut yang menjalani ujian enjin hilang kawalan dan bertembung dengan sebuah feri penumpang," kata tentera laut India dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa ia kesal dengan "kehilangan tragis" nyawa.

Tentera laut berkata terdapat "kerosakan enjin".

Tiga belas orang maut termasuk seorang anggota tentera laut dan dua wakil pengeluar peralatan yang mengambil bahagian dalam ujian itu, kata tentera laut.

Dua orang yang parah dibawa ke hospital tentera laut.

"Usaha mencari dan menyelamat segera dilancarkan," kata tentera laut, dengan empat helikopter tentera laut dikerahkan, manakala 11 kapal tentera laut dan empat bot pengawal pantai atau polis turut membantu operasi berkenaan.

Disiarkan pada: Disember 19, 2024 @ 8:11am

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Dapat tggkap buaya kat pantai klebang melaka

#melakainfo
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Polis buru 2 lelaki bersenjata parang rompak rumah

Muar: Polis memburu dua lelaki yang disyaki merompak sebuah rumah dengan bersenjatakan parang di Taman Sri Treh, Bakri, di sini, semalam.

Suspek, dua lelaki memakai pelitup muka, turut melarikan sebuah kereta Perodua Myvi milik mangsa sebelum kenderaan itu ditemui di Jasin, Melaka, 11.30 pagi semalam.

Perbuatan kedua-dua suspek dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di rumah terbabit hingga tular.

Melalui video terbabit, dua suspek lelaki memasuki rumah ketika pemiliknya sedang berehat dan mengambil barangan berharga.

Sebelum itu, suspek dilihat bersembunyi di sebalik tembok pagar sebaik menyedari mangsa pulang ke rumah.

Tidak lama kemudian, dua suspek keluar dari rumah dengan keluarga mangsa cuba menghalang namun gagal.

Suspek kemudian masuk dalam kereta dan melarikan kenderaan itu walaupun ada cubaan daripada ahli keluarga mangsa untuk menghalang tindakan suspek.

Difahamkan, salah seorang ahli keluarga mangsa cedera selepas dipukul suspek ketika pergelutan di luar rumah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, ketika ini usaha mengesan suspek giat dijalankan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana rompakan berkumpulan menggunakan senjata.

"Orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Seventhi Panner di talian 011-1625 1909.

"Mereka juga boleh menghubungi Hotline Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di talian 06-9526001 bagi membantu siasatan polis," katanya dalam kenyataan.

Disiarkan pada: Disember 18, 2024 @ 11:59pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

INFO KEMALANGAN (E2 - LEBUHRAYA PLUS)

7.22am🔸: ⚠Susulan kemalangan di KM 221.0 arah Utara dari Simpang Ampat ke Pedas Linggi. Lorong kiri dan lorong tengah ditutup bagi kerja-kerja pembersihan. Trafik perlahan.

Awasi sebarang halangan di hadapan. Berhati-hati memandu.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEDAH 19/12/2024.

Rakaman kamera papan pemuka kemalangan melibatkan motosikal dan lori dekat lampu isyarat Mydin Sungai Petani, petang semalam.

Mangsa motosikal cedera dalam kejadian tersebut.

Sumber ➡️ Penduduk Sungai Petani (PSP)

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra

18/12/2024 (Rabu) BBP Bukit Jalil, Pasukan A diketuai PBK II (KUP) Mohamad Hanapi Bin Abdul Sani bersama anggota bertugas terima panggilan kecemasan kemalangan jalan raya di alamat Plaza Tol Awan Besar, Lebuhraya Kesas, Shah Alam menghala Kuala Lumpur. Setibanya dilokasi kejadian didapati benar kemalangan melibatkan sebuah kereta dan terdapat seorang mangsa tersepit. Anggota telah berjaya mengeluarkan mangsa seterusnya dihantar ke HKL untuk tindakan selanjutnya. Terima kasih diucapkan kepada semua anggota yang terlibat.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tapir jantan jatuh dalam tali air berjaya diselamatkan
18 Disember 2024, 9:07pm

SETIU: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menyelamatkan seekor tapir jantan seberat 220 kilogram yang terjatuh ke dalam tali air di Kampung Jelapang, di sini, hari ini.

Pengarahnya Loo Kean Seong berkata, sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itukira-kira jam 8.10 pagi.

Katanya, tapir itu ditangkap menggunakan tembakan pelali.

“Haiwan berkenaan kemudiannya dimasukkan ke dalam perangkap sebelum dipindahkan.

Selepas itu kita lepaskan kembali ke habitat asal pada hari yang sama bagi kelangsungan hidup,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Seorang penduduk Wan ZahharWan Zakaria, 26, berkata ini kali pertama dia terjumpa haiwan berkenaan di kawasan itu.

“Ketika itu saya dalam perjalanan ke rumah mertua di kampung yang sama dengan menggunakan laluan ini.

“Saya tiba-tiba nampak seekor tapir tersesat dan terperangkap tidak boleh keluar selepas terjatuh dalam tali air.

“Bila tengok keadaannya yang sedemikian saya cuba halau agar ia dapat keluar tetapi gagal sebelum saya meminta rakan sekampung hubungi pihak Perhilitan,” katanya.

#BuletinTv3
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*TAWARAN PINJAMAN KWSP*
-Anda berumur 53/54/55/59/60tahun.
-Dah tak bekerja atau masih bekerja
-Mempunyai simpanan dalam akaun *KWSP* anda.
-Ade masalah dengan 𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 pastu ade sangkut 𝑨𝑲𝑷𝑲 dialukan.
-Menetap die Semenanjung Malaysia.

*TAHNIAH ANDA YG KAMI CARI*
Untuk mohon *pinjaman kwsp*
Yang berkonsepkan *pinjam hari ini bayar masa umur 55@60 tahun nanti* 😍

*Jangan Risau*
Bukan cagar KWSP anda ya!
💯 Selamat.
*Bayaran tanggungjawab sendiri*

Bagaimana untuk mohon anda hanya perlu klick link dibawah

http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Penyerahan 2 tahanan Guantanamo: 'Semua berhak dapat peluang kedua' - KPN

Kuala Lumpur: Dua rakyat Malaysia yang diserahkan Amerika Syarikat (AS) selepas ditahan di Kem Guantanamo, di Cuba sejak 18 tahun lalu diarahkan menjalani proses penilaian.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima dua warganegara Malaysia, Mohammed Farik Amin dan Mohammed Nazir Lep hari ini.

"Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengarahkan supaya mereka menjalani proses penilaian dan seterusnya memasuki fasa pemulihan secara komprehensif sebelum diintegrasikan ke dalam masyarakat.

"Kedua-dua individu ini diterima dalam keadaan baik dan sihat. Mereka sangat bersyukur dapat kembali ke tanah air dan dapat kembali ke pangkuan keluarga masing-masing," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Razarudin berkata, kedua-dua mereka mempamerkan sikap yang positif dan terbuka untuk dinilai dan dipulihkan serta menyatakan komitmen yang tinggi untuk kembali menjadi ahli masyarakat yang progresif.

"Semua orang berhak mempunyai peluang kedua dan PDRM akan memastikan mereka berjaya mencapai peluang berkenaan," katanya.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, AS menyerahkan dua rakyat Malaysia yang ditahan di Kem Guantanamo, di Cuba sejak 18 tahun lalu.

Beliau berkata, keputusan menerima dua individu berkenaan iaitu Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin dibuat atas prinsip hak asasi manusia dan dokongan keadilan sejagat.

Katanya, kedua-dua tahanan itu ditahan sejak 2006.

Sebelum ini, media melaporkan dua rakyat Malaysia itu adalah Mohammed Nazir dan Mohammed Farik yang berdepan lapan tuduhan di Mahkamah Tentera Amerika Syarikat, termasuk tujuh berkaitan pengeboman berkembar, mengorbankan 202 orang di Bali pada Oktober 2002 dan pengeboman di Hotel JW Marriott di Jakarta, pada Ogos 2003.

Mereka ditahan di Thailand pada 2003 dan dimasukkan ke dalam kurungan bersendirian di lokasi rahsia yang dikendalikan Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat sebelum dipindahkan ke kem tahanan itu pada 2006.

Disiarkan pada: Disember 18, 2024 @ 10:00pm
Hafidzul Hilmi Mohd Noor
hafidzul@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

📢 TAWARAN HEBAT UNTUK PEMINAT NETFLIX! 🎉

Hi semua ahli Info Semasa! 🌟 Saya bawakan tawaran TERBAIK untuk anda – Netflix Private Profile yang 100% sah, halal, dan original! Bukan akaun hack atau crack, ini akaun rasmi dengan harga mampu milik!

✨ Hanya RM10/Profile! Ya, RM10 je untuk pengalaman Netflix Premium tanpa gangguan!

Apa yang anda akan dapat?👇

✅ 1 Profile untuk 1 User – Eksklusif untuk anda, privasi terjamin!
✅ Private Profile + PIN Sendiri 📌 – Boleh tetapkan PIN untuk profil anda.
✅ Akses Semua Peranti – TV, Telefon, PC, PS, iPhone, Android – semuanya boleh guna!
✅ Plan Premium 4K UltraHD – Nikmati tontonan berkualiti tinggi, seperti di panggung wayang.
✅ 10,000++ Filem & 1,000++ Drama – Pilihan hiburan tanpa had! 🎬
✅ 1 Akaun, 2 Login – Boleh login di 2 peranti, tapi tonton hanya di 1 peranti pada satu masa.
✅ No Screen Limit Issue – Bebas tonton tanpa sekatan skrin.
✅ Fast Setup 💨 – Akaun disiapkan dalam masa singkat, ready to go!
✅ Sangat Stabil – Akaun original, tiada masalah, hanya keseronokan menonton.
✅ Full Warranty 💯 – Jaminan penuh untuk kepuasan hati anda.

💥 Kenapa bayar lebih kalau boleh dapat dengan harga hanya RM10?
👉🏻 Akaun sah & original.
👉🏻 Tonton dengan tenang tanpa sekatan atau masalah.

🏠 Ada Masalah dengan Netflix Household? Tak Perlu Risau!
Jika anda mengalami masalah dengan Netflix Household, anda boleh akses kod secara terus di website kami 24 jam. Tak perlu tunggu, sistem automatik kami berfungsi sepanjang masa!

🌟 Jadi Reseller Juga! 🌟
Jika anda berminat untuk menjadi reseller, boleh join dengan harga serendah RM10 dan dapatkan panduannya sepenuhnya! Semua yang anda perlukan untuk mulakan bisnes, saya akan guide dari A to Z.

📩 PM SEKARANG untuk lock tawaran ni dan dapatkan panduan reseller. Jangan tunggu lama-lama, tawaran terhad! 🚀

📌 Hanya RM10/Profile – PROMOSI TERHAD! Jangan lepaskan peluang ini!

Hubungi Kami Sekarang!
📱 WhatsApp: https://shorturl.at/nWv8s
📱 Telegram: @vexorcorner

Читать полностью…
Subscribe to a channel