infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

Pasangan suami isteri mati bersama

INDONESIA 19 Disember - Pasangan suami isteri berusia 44 tahun dan 43 tahun ditemui mati tergantung dalam di dapur rumah sewa di Kabupaten Merangin, Jambi pada hari Rabu kelmarin.

Kejadian tersebut disedari jiran selepas terlihat kedua mereka tergantung sebelum menghubungi polis sekitar jam 5 petang, waktu Indonesia Barat.

Polis Polres Merangin berkata, pasukan polis yang tiba di tempat kejadian menemui surat yang dipercayai ditulis oleh si mati meminta mereka dikebumikan dalam satu liang lahad.

Surat tersebut ditemui di atas meja rumah mereka, katanya.

"Permohonan maaf kami untuk ibu ayah, kami ingin dikebumikan dalam satu liang lahad yang sama sebagai permintaan terakhir". Itulah ayat yang ditulis pada surat tersebut.

Siasatan polis pada mayat tidak menemui sebarang unsur jenayah, katanya.

Semakan terhadap mayat lelaki tidak menemui kesan kecederaan akibat kekerasan. Didapati terdapat najis pada dubur, lidah terjulur dan kesan lilitan bekas tali di leher.

Semakan terhadap mayat wanita juga tidak menemui sebarang kesan kecederaan akibat kekerasan melainkan kesan lilitan tali pada leher dan pecah pembuluh darah di kaki. - Info semasa

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di Taman Tuanku Jaafar, Seremban katanya.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

PULAU PINANG 19/12/2024

Kemalangan maut melibatkan motosikal di Jambatan P. Pinang KM 7.3 arah Barat dari Perai ke Pulau, pagi tadi.

Sumber ➡️ PLUS

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 19/12/2024

Rumah terbakar di Kampung Selulun, Parit Jalil, Batu Pahat malam ini.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Polis selesai ambil keterangan Abdul Hadi - KPN

KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan telah merakam keterangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini bagi membantu siasatan berhubung kenyataan beliau bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' pada 20 Februari lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan Ahli Parlimen Marang itu akan diselesaikan dalam kadar segera.

"Kemudian kertas siasatan kami akan lengkapkan dan esok kami akan hantar ke Pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC)," katanya secara ringkas melalui nota suara ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp pada Khamis.

Terdahulu, dua pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman hadir bagi merakam keterangan Abdul Hadi pada 2.19 petang di ibu pejabat parti berkenaan.

Tinjauan Bernama mendapati kedua-dua pegawai dilihat meninggalkan bangunan pada 3.18 petang setelah selesai merakam percakapan Ahli Parlimen Marang itu.

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung Pas, Mohd Syahir Che Sulaiman berkata Abdul Hadi telah mengutuskan sebuah Warkah Menjunjung Kasih kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, semalam.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai kandungan warkah itu, katanya ketika ditemui media selepas pihak polis selesai merakam keterangan Abdul Hadi, di sini hari ini. - Bernama

19 Disember 2024 08:59pm

Kredit ➡️ BERNAMA

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lebih 20 nelayan sertai operasi mencari dua lelaki hilang di laut

BALIK PULAU - Lebih 20 nelayan berganding bahu bagi mencari dua lelaki yang dilaporkan hilang ketika keluar memukat ikan di perairan Keracut, Kuala Sungai Pinang di sini sejak Selasa lalu.

Mangsa, Nor Hasrul Abdullah, 25, dari Paya Kongsi dan rakannya, Muhamad Ikmal Hakimi Ismail, 22, dari Titi Teras dilaporkan hilang pada jam 7 malam selepas bot yang dinaiki mereka dikatakan mengalami kerosakan enjin.

Salah seorang nelayan, Bidin Rosli, 34, berkata, dia dan lebih 20 nelayan akan turut serta dalam operasi mencari kedua-dua lelaki berkenaan.

Menurutnya, kebiasaannya kedua-dua rakan baik itu akan turun ke laut bersama nelayan lain dan tidak pernah pergi berdua.

"Petang ini, saya dan lebih 20 nelayan akan turut sama menyertai operasi dengan menggunakan empat buah bot.

"Kami yakin, kedua-duanya masih selamat dan mereka hanya hanyut kerana bot mengalami masalah enjin," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sebelum ini, dua lelaki dilaporkan hilang selepas bot yang dinaiki mereka hanyut di perairan Keracut, Kuala Sungai Pinang di sini pada malam Selasa.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, kedua-dua mangsa didapati menaiki sebuah bot berwarna biru dan merah yang tidak mempunyai nombor pendaftaran.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat telah digerakkan serta masih diteruskan sehingga kini dengan bantuan pelbagai agensi penyelamat.

Sazalee menambah, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut diminta menghubungi Bilik Gerakan Polis Barat Daya di talian 04-8664122 atau melaporkan di mana-mana balai polis berhampiran.

SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI
19 Disember 2024 05:30pm

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEMALANGAN JALAN RAYA
19/12/2024
JAM: 06. 25PM

KEMALANGAN MELIBAT
KERETA SAMA KERETA

LOKASI: JLN KUALA KETIL SPG3 BATU 7

RESPON:

PDRM

Info.
#volunteerteam
#infokemalangandibaling
#bantuselagimampu
#ppksBalingKupang
#infosemasa

Sumber info kemalangan di baling

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalanga jalan segamat labis..baru jadi.

#segamat
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

'Tak dapat rayalah lepas ni' - Tertuduh curi motosikal

Batu Pahat: "Tak dapat rayalah lepas ni," itu reaksi remaja lelaki apabila Mahkamah Majistret, di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah memiliki motosikal curi, Isnin lalu.

Mohamad Aqmal Helizam, 19, yang sedang menjalani perintah bon berkelakuan baik dengan cagaran RM2,000 selama dua tahun bermula awal bulan lalu, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Suhaila Shafi'uddin.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan curangnya menyimpan harta curi berupa motosikal Yamaha LC135 milik lelaki berusia 24 tahun di Taman Pantai, di sini, 2.30 pagi, 16 Disember lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, polis menerima laporan daripada pengadu pada 15 Disember berkenaan motosikal miliknya hilang.

Bertindak atas laporan, polis menemui motosikal itu bersama tertuduh di hadapan sebuah dewan serbaguna lalu menahan remaja itu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahidah Mohd Sharip, manakala tertuduh diwakili peguam Kamarulariffin Nordin dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan.

Mahkamah sama sebelum ini memerintahkan tertuduh menjalani perintah bon berkelakukan baik selepas mengaku bersalah memiliki motosikal curi milik lelaki warga emas.

Disiarkan pada: Disember 19, 2024 @ 4:19pm
Alias Abd Rani
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki dibaham buaya di Kampung Sampun Tebun

ASAJAYA-- Seorang lelaki maut dibaham buaya di kawasan sawit di Kampung Sampun Tebun di sini petang tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa dikenali sebagai Gindik Julau berusia dalam lingkungan 40-an.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 4.42 petang dan mengerahkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya ke lokasi.

"Komander operasi melaporkan sampai di lokasi kejadian terdapat seorang lelaki dewasa yang dilaporkan telah dibaham buaya.

"Mangsa dikatakan telah dijumpai oleh ahli keluarga pada jam 4.30 petang tadi dan pasukan masih menunggu pihak polis untuk tindakan seterusnya," katanya dalam kenyataan hari ini

tamat

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

hii assalamualaikum , ada tak yang dekat dalam ni nak dapat duit percuma 🤩? mudah sahaja steps nya

Hanya terbuka untuk 18 tahun keatas sahaja✅

hanya perlu download apps dan register✅

tidak perlu mengeluarkan modal✅

tidak memerlukan sebarang data peribadi anda, 100% selamat✅

bukan bisnes online❌
bukan skim cepat kaya❌
bukan MLM❌

yang berminat untuk tahu lebih lanjut boleh pm https://www.wasap.my/+601123834452/sayanaktaulebihlanjut

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

📍Pulau Mawar, Mersing, Johor

Pulau Mawar ni salah satu tarikan yang ada di Mersing. Dulu Pulau Mawar ni pantai yang open sahaja. Sekarang dah jadi pantai persendirian dan ada bayaran masuk dikenakan.

Yang bestnya, sejak jadi pantai persendirian ni, kawasan pantai ni lebih terjaga dan cantik. Ada banyak binaan-binaan menarik sekitar pantai yang boleh dijadikan port untuk OOTD.

Tarikan utama dekat sini adalah 'Heaven Gate' atau Gerbang Pulau Mawar. Nak kesini kau orang kena hiking sedikit. Treknya agak santai. Cuma di bahagian hujung sebelum sampai ke gerbang tu laluannya sedikit mencabar. Kalau ada anak dibawah usia 2 tahun tidak berapa sesuai untuk kesini.

Di Pulau Mawar ini, kalau untuk berkelah bayaran masuknya RM5 untuk 12 tahun ke atas. Kanak-kanak bawah 12 tahun masuk PERCUMA. Kalau nak camping pula, bayaran RM25 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak.

Antara fasiliti yang ada ialah tandas, bilik mandi, sinki di kiri kanan tandas dan juga surau. Jadi untuk berkhemah tu memang dah ok sangat dah. Kat sini tiada plug point disediakan. Tapi kalau kau orang nak cas phone boleh cas di kaunter dengan bayaran RM3.

#JDtourism #JDJalanJalan #JalanJalanJohor #Mersing #PulauMawar #GerbangPulauMawar #porthealing
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

ANTARA ILMU HUTAN YANG PERLU DIKETAHUI

1. Lumut taik kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dengan air terjun atau sungai (macam kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda bercahaya warna hijau ala² benda yang pendarcahaya. Benda yang bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa², bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dengan sedikit bantuan cahaya dari bulan bintang. Yang bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat, ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dengan ular masa dalam hutan, jangan buat gerakan mengejut stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah² bagi ular tu kembang penuh dengan ranting kayu dan berundur perlahan-lahan. - belajar dari orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dengan sebatang ranting kayu, in fact dia lebih lincah dari gerakan ranting kita. Untuk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang dan hayunkan kat kera tu baru dia lari (rasionalnya, ranting + daun yang kembang tu nampak lagi besar dari sebatang ranting) - belajar dari askar.

4. Harimau. kalau memancing dalam hutan, sedangkan dalam hutan tu bunyi penuh dengan unggas serangga, tiba² hutan tu jadi sunyi sepi, biasanya ada haiwan sedang mengendap terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dengan bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dari orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yang kecil tu, sekerat pinggang dengan dada warna jingga), kalau terserempak, kita yang perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. -belajar dari orang asli.

6. Kepala air. Kalau berkhemah di tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian / kawasan yang pokoknya besar. Tandakan satu batu yang besar, kalau tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu. - belajar dengan kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalau hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dari dalam perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda² lain yang kita perlu tengok ialah kehadiran buih² putih kat tempat tak berbuih (kalau kat tempat air jatuh for sure ada buih) maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dari arus atas. Lepas itu, akan ada daun hanyut, barulah ada perubahan warna air, dari jernih ke warna keruh. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air) sama kes kat Dam Chamang, Bentong. Saya dah kena. Tambahan lagi, kalau kepala air datang, bunyi air lebih kuat daripada biasa, dari kejauhan dah dengar.

8. Nak masak air. Jangan ambil air kat tepi sungai, ambil kat tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, ambil yang tengah². - belajar dengan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dari jauh dengar bunyi kera buat bising tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dengan orang asli.

10. Makan makanan yang dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah untuk datang bertandang. - ni belajar dengan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dalam pukul 5 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dari pengalaman.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan maut di Jambatan Pulau Pinang pagi tadi..
Kemalangan membabitkan dua buah motosikal. Seorang lelaki cina warga emas meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang lelaki melayu cedera agak parah.
Trafik sesak teruk di jambatan PP Perai hala ke Pulau..

#PenangKini
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

BAS RIDA.

RIDA adalah singkatan dari RURAL & INDUSTRIAL DEVELOPMENT AUTHORITY. Agensi kerajaan ini ditubuhkan olih Pemerintah British pada tahun 1953 iaitu sebelum negara mencapai kemerdekaan. Tujuan agensi ini adalah untuk memajukan industri kampung dalam kawasan2 pekan dan desa terpencil seluruh negara.

Selepas Merdeka agensi ini juga menyediakan perkhidmatan bas dikawasan2 kampong yg tiada kemudahan bas biasa.

Bila kerajaan melaksanakan tanah rancangan seperti Felda, RIDA juga turut serta menyediakan perkhidmatan bas ini di kawasan rancangan yg tiada perkhidmatan bas.

Bila RIDA ditukar nama pada MARA (Majlis Amanah Rakyat) pada tahun 1966 bas RIDA pun bertukar nama menjadi bas MARA.

Kebanyakan bas RIDA atau MARA bersaiz kecil sesuai dengan keperluan masa itu kerana penggunanya tidaklah ramai sangat.

Model popular yg digunakan ketika itu adalah jenis SEDDON, MERCEDES BENZ dan LEYLAND dan warna bas (livery) kebanyakan berwarna merah dan sejumlah kecil dalam warna biru.

Foto dibawah dgn plet TA 2076 adalah Kenderaan Bas RIDA Kuala Terengganu.

#SukaTengokBas

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

NEGERI SEMBILAN 19/12/2024.

Kemalangan melibatkan penunggang motosikal di Oakland Seremban siang tadi.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*TAWARAN PINJAMAN KWSP*
-Anda berumur 53/54/55/59/60tahun.
-Dah tak bekerja atau masih bekerja
-Mempunyai simpanan dalam akaun *KWSP* anda.
-Ade masalah dengan 𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 pastu ade sangkut 𝑨𝑲𝑷𝑲 dialukan.
-Menetap die Semenanjung Malaysia.

*TAHNIAH ANDA YG KAMI CARI*
Untuk mohon *pinjaman kwsp*
Yang berkonsepkan *pinjam hari ini bayar masa umur 55@60 tahun nanti* 😍

*Jangan Risau*
Bukan cagar KWSP anda ya!
💯 Selamat.
*Bayaran tanggungjawab sendiri*

Bagaimana untuk mohon anda hanya perlu klick link dibawah

http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Duk lane tu mcm apak dia punya tak tau
tgk order ke tekan phone. VJQ1676

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Selasa, 17 Dis 2024
11:23 AM MYT

Kejadian di Taiwan
Padah leka 'berselfie' di tepi landasan, wanita Taiwan patah kaki dirempuh kereta api.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SIAPA NAK KAHWIN, TAG PASANGAN!!

Untung kan jadikan emas sebagai mas kahwin?

Makin lama simpan, makin tinggi nilai emas kita. Bila jual, berganda ganda untungnya.

Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.

Tapi tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..

RM100 pun da boleh beli emas.

Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :

📌 Simpanan emas patuh syariah.

📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.

📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.

📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.

Mudah kan?

Sekarang, siapa nak kahwin, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!

Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa

Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/

Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

NETFLIX PREMIUM ACCOUNT MURAH ❤‍🔥

SHARING : 1 PROFILE 2 USER 🔽
1 month - rm 10
2 month - rm 18
3 month - rm 25
5 month - rm 50

✅ full warranty
✅ UltraHD 4K
✅ login 1 device only
✅ support all device

feedback @netflixmurahabby
feedback @netflixmurahabby

purchase netflix dengan harga murah sekarang! 🫶🏻
https://wa.me/60182242808?text=NAKBELINETFLIX

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁

Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!

Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅

100% selamat dan mudah! 💯

Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗

Password? Tak perlu! 🔒

Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀

👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com

#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Peniaga melopong modal main saham RM544,200 ‘hangus’

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM
19 Disember 2024, 6:49 pm

KULAI – Gara-gara gelap mata bagi meraih keuntungan sehingga 120 peratus dalam masa tiga hari sahaja, seorang peniaga rugi RM544,200 akibat pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kulai, Asisten Komisioner Tan Seng Lee berkata, mangsa yang merupakan seorang wanita berusia 45 tahun mula terjerat apabila tertarik melihat iklan pelaburan di sebuah akaun Facebook.

Katanya, mangsa tersebut dihubungi seorang wanita untuk masuk dalam satu kumpulan WhatsApp saham pelaburan sebelum diminta memuat turun satu aplikasi.

Tambahnya, suspek mendakwa wang keuntungan akan dimasukkan ke dalam akaun milik mangsa yang didaftarkan menerusi aplikasi berkenaan

“Mangsa kemudian berminat untuk menyertai pelaburan saham tersebut yang menjanjikan keuntungan sehingga 120 peratus dalam tempoh tiga hari.

“Tertarik dengan keuntungan yang dijanjikan, mangsa membuat tujuh transaksi pembayaran berjumlah RM544,200 ke dalam empat akaun bank tempatan bermula 25 November hingga 12 Disember lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seng Lee berkata, mangsa telah membuat semakan menerusi akaun miliknya dalam aplikasi tersebut dan mendapati keuntungan yang diperoleh berjumlah RM9,396,194.

bagaimanapun, katanya, apabila wanita tersebut cuba membuat pengeluaran wang dalam aplikasi itu, akaun miliknya itu sudah disekat. – KOSMO! ONLINE

#Kosmo
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Sebutir peluru dikeluarkan daripada bahagian belakang badan seorang kanak-kanak berumur 7 tahun dan menyebabkan kanak-kanak itu menderita Paraplegia, lumpuh separuh badan. Peluru itu adalah daripada tembakan daripada dron Isr4el.

Sumber: Quds News Network
Aman Palestin

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Waktu pengoperasian pejabat pengeluar pasport Jabatan Imigresen (JIM) di seluruh negara dilanjutkan selama tiga jam hingga 8 malam sempena cuti persekolahan bermula Sabtu ini hingga 28 Dis.

JIM dalam hantaran menerusi laman Facebook rasmi memaklumkan waktu pengoperasian di semua negeri kecuali Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu adalah bermula 8 pagi hingga 8 malam pada 23 hingga 26 Dis.

Berita penuh di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2375268

#BernamaNews
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

12. Hutan yang bising dengan bunyi unggas lebih baik di waktu malam daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada sesuatu yang tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan buka khemah (Rule dan sistemnya la, bukan amalan yang spritual).

1. Cari kanopi yang masih hijau. Bila dah tentukan nak pacak khemah, dongak ke atas cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yang masih hijau jadi, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dari paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yang lapang nak dipasang khemah, tentukan ketinggian khemah sekurang-kurangnya 4 kaki dari aras air sungai, kalau landai jangan buat khemah disitu, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok² rendah dan renek maca. pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yang pokoknya besar².

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan untuk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain juga. Kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun dan pokok² renek (potong je pokok² kecik ni, nanti dia tumbuh balik). Pakai je ranting² pokok, sapu sampai nampak tanah dan tiada daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang sikit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid warna kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T-shape, pasang khemah secara menghadap / berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dalam nyalaan unggun api tu, standby beberapa batang kayu panjang. Sebolehnya, sesuai dengan jumlah orang yang pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi capai la kayu yang ada api ni sebagai senjata, parang dan pisau binatang tak takut. Api? confirm depa lari.

8. Kalau ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau juga kot² ada binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami suka buat pagar dengan tali tangsi disambung dengan loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi.

Kredit: Segamat Outdoor World

#NegerisembilanKiNi
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

💝mur mur muroh time musim sales
https://s.shopee.com.my/1LPRfeRbNI

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

LAPORAN TERKINI KEJADIAN BENCANA DI SELURUH NEGARA

(pada jam 4:00 PM, 19 Disember 2024)

Sumber: NDCC, NADMA

Untuk maklumat lanjut, layari https://portalbencana.nadma.gov.my/ms/laporan

#PekaAmaran
#PatuhArahan
#taatsetia
#MalaysiaMADANI
#MalaysiaMadaniSiagaBencana
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🔥SEPASANG RM50.00🔥

✅Siap Kotak
✅Siap Freegift
✅Copy Gred 5A
✅Boleh Bayar Time Cod

Join Group Telegram Saya👇

/channel/KasutRM60JB

NAK TENGOK FEEDBACK ? 👇

/channel/+shisrKwAQwNkZDNl

Читать полностью…
Subscribe to a channel