Along Cham berdepan jel seumur hidup kes miliki ganja
SEPANG - Pelakon dan pelawak, Along Cham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran berat lebih 60gram, Sabtu minggu lalu.
Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Hakim, Ahmad Fuad Othman dan Majistret, Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Mengikut satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen, dia didakwa ada dalam milikannya, bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya di sini, pada jam 3.10 petang, 14 Disember lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39A (2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin sementara tertuduh diwakili peguam, Mohd Fadly Hashim.
Hakim tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan.
Sementara di Mahkamah Majistret, dia didakwa atas satu pertuduhan, ada dalam milikannya, bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 2.07 gram, di lokasi sama, masa dan tarikh serupa.
Dia dituduh mengikut Seksyen 6 ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur 'Ain Madihah Zulkifli.
Majistret membenarkan pelakon filem 'Bro, Nampak Motor Gua?' itu diikat jamin sebanyak RM2,500 dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 28 Februari tahun depan.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan artis tersebut ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya, Sabtu minggu lalu.
Dalam serbuan berkenaan, polis turut menemukan dua peket plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram dan selebriti itu juga disahkan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, lelaki itu berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Turut hadir di mahkamah ialah isteri selebriti itu, Afreena Suhaimi, 32, yang memberitahu akan terus berjuang demi menuntut keadilan buat suaminya.
NOOR AZLIDA ALIMIN
20 Disember 2024 11:28am
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Hi para traders dan juga newbie yang nak cuba untuk EA AI ni,ni adalah EA AI yang profitable yang aku dh run lebih dr 5 bulan,so far sgt senang untuk dapatkam return 20-100% per month drpd modal,so ni result performance EA saya
https://www.mql5.com/en/signals/2274695
Kelebihan menggunakan EA AI ni bukan sahaja ianya mudah untuk profit,tapi korang x perlu buat apa2 semua nya auto dr A sampai Z,keja korang hanya monitor sahaja,
Jom dapatkak dgn serandah 100 usd lifetime untuk konsisten jana income every month,sgt2 recomended untuk siapa2 yang nk buat copytrade dan juga income tambahan,
Contact sy di sini https://wa.link/7eukg8
Halang ambulans sebab takut terlepas penerbangan’
20 Disember 2024, 12:58pm
SHAH ALAM: Mengejar masa kerana bimbang terlepas penerbangan ke luar negara, menjadi alasan pemandu kereta yang dipercayai menghalang laluan ambulans membawa pesakit ke Hospital Banting, malam kelmarin,
Klip video kejadian daripada rakaman ambulans berkenaan sepanjang 58 saat turut dimuat naik di akaun Facebook pemandu ambulans itu.
Rakaman itu memaparkan pergerakan ambulans dihalang Toyota Corolla Cross di Jalan Klang-Banting dari arah Jenjarom menghala Banting yang mana pemandunya kekal di lorong kanan walaupun pemandu ambulans membunyikan hon dan menggunakan pembesar suara meminta diberi laluan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata susulan video berkenaan, polis memanggil pemilik akaun Facebook yang juga pemandu ambulans, seorang lelaki tempatan yang berusia 30-an untuk memberi keterangan.
“Siasatan awal mendapati, kejadian pada jam 9.45 malam 18 Disember lalu yang mana ambulans dipandu dari arah Klinik Kesihatan Jenjarom menghala Hospital Banting.
“Menurut laporan pemandu, ambulans berkenaan memasang lampu mentarah (beacon light) dan siren untuk penugasan kecemasan membawa pesakit ke Hospital Banting.
“Bagaimanapun, pemandu Toyota Corolla Cross yang bergerak di hadapan ambulans tidak memberi laluan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mohd Akmalrizal berkata, pemandu dan pemilik Toyota Corolla Cross itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut.
“Pemilik adalah bapa pemandu berusia 20-an dan bapa pemandu itu ditahan jam 11.30 malam tadi.
“Siasatan awal mendapati, pemandu Toyota Corolla Cross berkenaan dikatakan mengejar masa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana bimbang terlepas penerbangan ke China.
“Siasatan juga mendapati, pemandu Toyota Corolla Cross yang berumur 20an kini berada di luar negara,” katanya.
“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor S Taneswaran (Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 012-6708561 atau 03-31872222.
Artikel BuletinTv3
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kejadian kemalangan maut pagi tadi. Menurut sumber, seorang lelaki India berumur lingkungan 20an meninggal di lokasi kejadian akibat kemalangan dengan sebuah lori di persimpangan jalan berhampiran Bukit Jerneh.
Salam takziah buat keluarga mangsa. Semoga tabah atas ujian ini.
Sumber Perlis Aktif
#infosemasa
@infosemasaofficial
Reka bentuk tren EMU untuk projek ECRL diperlihatkan, lengkap dengan corak batik yang sinonim dengan negeri Pantai Timur.
Ada kemudahan untuk golongan OKU, ruang solat, tempat wudu' khas.
ECRL bakal beroperasi tahun 2027.
#engearTV
#infosemasa
@infosemasaofficial
*ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA* :
*RESPONSE KEMALANGAN OLEH PH617 KE LOKASI KEMALANGAN MELIBATKAN 1 M/SIKAL DI LORONG 1/9 TAMAN BARU SG KARANG KUANTAN PAHANG*
Tarikh : 19.12.2024
Masa : 1640HRS - 1914 HRS
Lokasi : LORONG 1/9 TAMAN BARU SG KARANG KUANTAN PAHANG
Kemalangan melibatkan sebuah motosikal terbabas sendiri. Mangsa 1 Lelaki mengalami Kecederaan di kepala, hidung dan tangan.
#PolisKuantan.
#infosemasa
@infosemasaofficial
Kemalangan melibatkan beberapa motosikal di kawasan RNR Gurun, Kedah kira-kira jam 2 lebih pagi tadi, 20/12/2024.
Tidak pasti samaada melibatkan kenderaan lain atau tidak.
Tiada info berkaitan status mangsa.
#infosemasa
@infosemasaofficial
Rakaman CCTV: Lori Sampah terangkat akibat tidak dikunci dengan betul.
Kesian driver, mesti terkejut trauma. Nasib baik dia selamat.
Menurut pemilik video, kejadian ni berlaku di Bagan Serai.
Kepala lori pun dah siap lock.
📹 sabri_nsc042
#infosemasa
@infosemasaofficial
*JANGAN SAMPAI JATUH MISKIN DENGAN TRADING FOREX!*
Di TP Hunter, kami sudah lama menahan rasa kecewa melihat industri forex yang semakin rosak, terutamanya dengan kemunculan IB yang tumbuh dengan cepat, seperti cendawan selepas hujan. Baru sebulan dua trading, tapi sudah berani klaim pengalaman 4-5 tahun. Lebih lagi yang suka gunakan Full Margin tanpa berfikir panjang. Apa sebenarnya tujuan mereka?
Jika anda benar-benar berani, sertai LIVETRADE bersama TP Hunter setiap siang dan malam. Kami bukan sahaja menyediakan platform untuk trade, tetapi juga pendidikan yang lengkap tentang analisis fundamental dan teknikal. Kami bukan jenis yang hanya bersembang kosong tentang trading, hari ini profit, esok beli Lamborghini!
Di bawah ini, kami sediakan link untuk sertai LIVETRADE, dan jika anda ingin belajar lebih banyak, boleh join setiap malam secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini!
Masuk channel untuk trade bersama kami.Sesi live trade kami seperti di bawah:
*Setiap Hari jam 10-12 pagi & 10-12 malam*
*Isnin-Jumaat*
Sila follow TIKTOK kami di TP Hunter by MFM untuk maklumat lanjut
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
/channel/TPHunter_byMFM
#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia
Kebakaran kenderaan di laluan Sri Damansara muka sg buloh
#SgBuloh
#infosemasa
@infosemasaofficial
2:40 pagi depan shell taman perling, kereta langgar bontot lori baru je berlaku
#jbinfo
#infosemasa
Samseng 'jari lucah' diburu polis
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my
Petaling Jaya: Pemandu kereta dan penunggang p-hailing yang dipercayai terbabit pergaduhan di Jalan PJS 8/5 Sunway Mentari di sini, dikehendaki polis.
Rakaman video kejadian yang tular di media sosial memperlihatkan penghantar makanan itu menunjukkan isyarat lucah dan memarahi pemandu kereta berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya terkesan rakaman berdurasi 29 saat di media sosial Facebook, jam 8 pagi tadi.
"Rakaman video berkenaan memaparkan seorang penunggang motosikal bertindak menunjukkan isyarat lucah dan memarahi pemandu kereta semasa berada di susur masuk jalan.
"Satu laporan dibuat pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berhubung insiden berkenaan," katanya.
Justeru, beliau berkata, polis menggesa mangsa dalam kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.
Katanya, usaha mengesan dan menangkap pelaku juga sedang giat dijalankan.
Beliau meminta saksi yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Disiarkan pada: Disember 20, 2024 @ 2:40pm
#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial
Bapa disyaki belasah, ugut bunuh teman lelaki anak
Tawau: Seorang lelaki menempuh detik hitam selepas dikurung dan dipukul di dalam bilik rumah keluarga teman wanitanya di Kampung Simpang Tiga, Merotai Besar, dekat sini, kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa bukan sahaja dibelasah malah turut mendakwa diugut bunuh oleh bapa teman wanitanya yang mengeluarkan kata-kata ancaman "Kalau kau lari kepala mu yang putus duluan," sambil memegang sebilah pedang samurai.
Lebih malang lagi, lelaki berumur 27 tahun itu turut disiksa menggunakan seterika panas oleh teman wanitanya sehingga menyebabkan lengan tangan sebelah kiri mangsa melecur.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin bin Hussin berkata, mangsa bagaimanapun mangsa berjaya meloloskan diri dengan memecahkan tingkap bilik dan berlari ke jalan utama untuk mendapatkan bantuan sebelum tampil membuat laporan polis.
Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, sebelum kejadian mangsa dikatakan bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka kira-kira jam 6 petang telah menerima pesanan WhatsApp daripada teman wanitanya yang memaklumkan bahawa dia sedang mengandung.
Menurutnya, mangsa sekali lagi pada kira-kira jam 7 pagi Rabu menerima pesanan ringkas dari teman wanitanya yang meminta mangsa untuk datang ke rumahnya.
"Sejurus tiba di rumah suspek 3 jam kemudian, mangsa diarah masuk ke dalam bilik dan mendakwa dia telah dikurung oleh bapa wanita tersebut.
"Situasi bertambah tegang apabila dia dipukul dengan kepala tali pinggang serta ditumbuk di bahagian kepala oleh abang kepada teman wanitanya dan mangsa juga turut diancam dengan sebilah pedang samurai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Jasmin berkata bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai berjaya memberkas dua lelaki masing-masing berusia 30 dan 64 tahun serta seorang wanita berusia 25 tahun, kira-kira jam 10.30 malam kerana disyaki terlibat dengan kes yang disiasat.
Katanya, dalam serbuan itu kesemua suspek bertindak cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan.
"Semua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan jenayah," katanya.
Disiarkan pada: Disember 20, 2024 @ 12:55pm
Abdul Rahemang Taiming
am@hmetro.com.my.
Artikel ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial
📢 PROMOSI CUTI SEKOLAH
TIKET WATERPARK THEMEPARK MURAH‼️ JOM BELI SINI SEKARANG, PELBAGAI PAKEJ YG KT ADA 😍
BOOK SEKARANG ‼️ KENAPA NAK BELI YG MAHAL KALAU SINI MURAH 😋
💯 TRUSTED SELLER...
⭐ VIEW KATALOG
📲 Follow this link to view our catalogue on WhatsApp: https://wa.me/c/601125600656
Jika Bercadang Nak Spend Time Dengan Family Dan Gembirakan Hati Anak-anak, Jomlah Bawa Ke Tempat-Tempat Menarik Seperti Theme Park, Water Park dan Zoo..
Banyak Aktiviti Menarik Boleh Di Buat Di Sini..
𝗞𝗘𝗟𝗘𝗕𝗜𝗛𝗔𝗡 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗜 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗚𝗘𝗡𝗧
✔️𝘗𝘳𝘰𝘴𝘦𝘴 𝘗𝘢𝘯𝘵𝘢𝘴
✔️𝘏𝘢𝘳𝘨𝘢 𝘓𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘔𝘶𝘳𝘢𝘩
✔️𝘚𝘢𝘮𝘱𝘢𝘪 𝘒𝘢𝘶𝘯𝘵𝘦𝘳, 𝘏𝘢𝘯𝘺𝘢 𝘛𝘦𝘣𝘶𝘴 𝘛𝘪𝘬𝘦𝘵 𝘚𝘢𝘩𝘢𝘫𝘢
𝘑𝘰𝘮 𝘛𝘦𝘯𝘨𝘰𝘬 𝘚𝘦𝘯𝘢𝘳𝘢𝘪 𝘛𝘪𝘬𝘦𝘵 𝘠𝘢𝘯𝘨 𝘈𝘷𝘢𝘪𝘭𝘢𝘣𝘭𝘦 :
🎡SPLASH MANIA GAMUDA COVE
🎡IMMERSIVE WINTERLAND I-CITY
🎡ALL DAY HAPPYNESS I-CITY
🎡WATERWORLD I-CITY
🎡SNOWALK I-CITY
🎡BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT
🎡BERJAYA TIMES SQUARE THEME PARK
🎡LOST WORLD OF TAMBUN DAYPARK
🎡LOST WORLD OF TAMBUN NIGHTPARK
🎡SUNWAY LAGOON NIGHT PARK
🎡SUNWAY LAGOON THEME PARK
🎡A FAMOSA SAFARI WONDERLAND & WATERWORLD
🎡LEGOLAND (WATERPARK , THEMEPARK , SEALIFE)
🎡ADVENTURE WATERPARK DESARU COAST
🎡CROCODILE ADVENTURELAND LANGKAWI
🎡UNDERWATER WORLD LANGKAWI
🎡BERTAM SOUK WATERPARK
🎡ESCAPE PENANG
🎡GENTING SKYWORLDS
🎡WET WORLD SHAH ALAM
🎡KL OBSERVATION DECK
🎡FARM IN THE CITY
🎡AQUARIA KLCC
🎡ZOO NEGARA
🎡ZOO MELAKA
🎡KIDZANIA
🎡UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
Dan banyak lagi... 😍
FOLLOW INSTAGRAM 👇🏻
[themeparkMalaysia]
✅https://www.instagram.com/themeparkmalaysia/profilecard/?igsh=Ym5yYzdqeTRvemln
FOLLOW TIKTOK 👇🏻
✅ceo_travelagency?_t=ZS-8sLkggcqmDi&_r=1" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ceo_travelagency?_t=ZS-8sLkggcqmDi&_r=1
FOLLOW IG CHANNEL 👇🏻
✅https://ig.me/j/AbZpBWPX6rUgwCYd/
#trustedagent #themeparkmalaysia #tikettamantemamurah #eticket #tiketmurahonline #trustedseller #followmenow #booknow
Kubu tinggalan Perang Dunia Kedua ditemui di runtuhan tebing Sungai Kelantan
Disember 20, 2024 @ 10:15am
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Kelantan Datuk Kamarudin Md Noor hari ini meninjau sebuah kubu tinggalan perang zaman British-Jepun yang ditemukan selepas runtuhan tanah di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama, Isnin lepas.
KOTA BHARU: Sebuah kubu dipercayai berusia lebih 80 tahun dan dibina ketika Perang Dunia Kedua ditemukan di tebing Sungai Kelantan di sini, selepas sebatang pokok besar tumbang susulan runtuhan tanah berhampiran sebuah kondominium di Jalan Post Office Lama, Isnin lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md Nor yang mengesahkan perkara itu berkata, kerajaan negeri bercadang menjadikan kubu itu sebagai tarikan pelancongan.
Beliau berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai maklumat mengenai kubu bersejarah itu sebelum ini sehinggalah tebing sungai di lokasi berkenaan runtuh baru-baru ini yang telah membawa kepada penemuan berkenaan.
Jika dilihat, struktur kubu ini masih tidak terjejas walaupun terkesan dengan banjir-banjir sebelum ini, cuma ada sampah yang masuk ke dalamnya apabila banjir besar," katanya.
Beliau berkata pihaknya akan mendapatkan kerjasama Perbadanan Muzium Kelantan bagi menjalankan tinjauan lanjut selain meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memasukkan kubu itu dalam perancangan mengindahkan landskap tebing Sungai Kelantan.
"Saya agak kesal kerana tiada penceritaan tentang kubu ini walhal ia mempunyai nilai sejarah yang tinggi dan kita akan usahakan supaya muzium negeri mahupun Jabatan Muzium Malaysia mengambil minat terhadap penjagaan kubu ini untuk dijadikan produk pelancongan," katanya.
Penduduk, Hasbullah Deraman, 39, tidak menyangka terdapat kubu perang di kawasan berkenaan kerana lokasi itu merupakan tempat rekreasi orang awam.
"Saya agak terkejut apabila dimaklumkan terdapat sebuah kubu telah dijumpai selepas runtuhan tebing Sungai Kelantan. Kebiasaannya saya berjoging pada waktu petang, tidak pernah terlintas ada kubu perang di kawasan ini," katanya.
Peniaga Ahmad Abu Hassan, 44, berkata dia juga tidak mengetahui adanya kubu di kawasan itu yang dilitupi pokok besar dan semak-samun.
"Tinggalan perang ini tersembunyi di sebalik pokok besar sehinggalan pokok itu tumbang akibat runtuhan tebing," katanya. - BERNAMA
#infosemasa
@infosemasaofficial
JOHOR 20/12/2024.
Kemalangan di Jalan Kurniawan, Kampung Kurniawan Johor Bahru.
Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.
Sumber ➡️ media sosial
#infosemasa
@infosemasaofficial
Laporan trafik semasa (20/12/24 | 9.50am)
#jbtu LEBUHRAYA PLUS: Jangkakan kelewatan 40 minit dari Kulai ke Simpang Renggam disebabkan ada kenderaan terbakar di lorong kecemasan KM43.
📹 Renjer Joe
Selebriti lelaki miliki ganja dibawa ke mahkamah
SEPANG - Seorang pelakon dan pelawak dibawa ke Mahkamah Sepang di sini pada jam 9.10 pagi Jumaat, dipercayai bagi menghadapi dua pertuduhan kes dadah.
Menyedari kehadiran media, pelakon berusia 41 tahun yang memakai baju berwarna ungu bertindak menutup muka dengan menggunakan kain kelabu.
Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan artis tersebut ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya, Sabtu lalu.
Dalam serbuan berkenaan, polis turut menemukan dua peket plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram dan selebriti itu juga disahkan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).
Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, lelaki itu berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.
Turut hadir di mahkamah ialah isteri selebriti itu, bersama peguam, Mohd Fadly Hashim
Pada Khamis, wanita memberitahu akan terus berjuang demi menuntut keadilan buat suaminya.
NOOR AZLIDA ALIMIN
20 Disember 2024 09:35am
Kredit ➡️ Sinar Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial
Laporan trafik semasa (20/12/24 | 9.50am)
#jbtu LEBUHRAYA PLUS: Jangkakan kelewatan 40 minit dari Kulai ke Simpang Renggam disebabkan ada kenderaan terbakar di lorong kecemasan KM43.
📹 Renjer Joe
𝗗𝗨𝗔 𝗠𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔 𝗛𝗜𝗟𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗧𝗜𝗞𝗔 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗡𝗖𝗜𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗔𝗜𝗞𝗜 𝗝𝗘𝗧𝗦𝗞𝗜 𝗗𝗜𝗧𝗘𝗠𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧
.
𝗣𝗘𝗟𝗔𝗕𝗨𝗛𝗔𝗡 𝗞𝗟𝗔𝗡𝗚, 𝟭𝟵 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 – Dua lelaki warga tempatan yang keluar memancing menaiki jetski berdepan detik-detik cemas apabila mereka didapati hilang di kedudukan 14 batu nautika barat Pulau Pintu Gedong pada Selasa, 17 Disember lalu.
Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Salleh berkata, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor telah menerima aduan daripada anak salah seorang mangsa yang memaklumkan insiden kehilangan bapa beliau, Shahrul Hisham bin Mohd Tahir, 50 tahun bersama Micheal Januarius, 68 tahun ketika keluar memancing dengan menaiki jetski pada Selasa.
Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada jam 2.00 pagi semalam dan Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) telah ditubuhkan di jeti Royal Youth Club Selangor yang turut melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Polis Marin (PPM).
Pada sekitar jam 3.45 petang semalam, Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor menerima maklumat daripada Jabatan Laut Wilayah Tengah (JLWT) memaklumkan, sebuah kapal tanker (Aurora Tankers) telah menemukan dua mangsa tersebut bersama sebuah
jetski dalam keadaan terbalik pada kedudukan 19.8 batu nautika dari barat Pulau Pintu Gedong dan telah menyelamat kedua-dua mangsa tersebut.
Kedua-dua mangsa telah dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah dengan bot Polis Marin (PA 49) dan telah selamat tiba pada jam 8.35 malam semalam.
Salah seorang mangsa memaklumkan kepada anggota penyelamat, insiden tersebut berlaku apabila jetski yang dinaiki mereka mengalami kerosakan enjin akibat tali sauh yang tersangkut di bahagian 'impeller'.
Maritim Malaysia menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa berhati-hati ketika berada di laut dengan mengambil langkah-langkah keselamatan.
Sebarang maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera.
.
#MalaysiaCoastGuard #MaritimeNation #MaritimMalaysia #MMEA #APMM #MCG #CoastGuard #MDNCoastGuard Kementerian Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail #MalaysiaMadani #KeselamatanTanggungjawabBersama #MaritimPerkasaMelestarikanMadani
#infosemasa
KEMALANGAN DEPAN GEM PERAI SAPA KENAI MOTO NI HUBUNGI WARIS DIA
#penangKiniGroup
#infosemasa
5:46hrs Status terkini, lorong kiri masih terhalang. Trafik masih perlahan @llmtrafik
4:12hrs Awas! Kemalangan Km 52.1 arah Selatan dari Simpang Renggam ke Sedenak. Lorong kiri terhalang. Trafik perlahan. Pandu berhati-hati. Harap maklum.
#llmtrafik
#infosemasa
@infosemasaofficial