infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

'Biy... bertahanlah' - Isteri Along Cham

Sepang: Isteri pelakon dan pelawak, Along Cham iaitu Afreena Suhaimi mengakui berdepan masalah 'anxiety' (keresahan) mengenang nasib suami yang kini ditahan susulan dua pertuduhan memiliki ganja.

Afreena bagaimanapun mahu terus kuat dan melawan kepenatan yang dirasai demi memperjuangkan nasib suaminya itu.

"Saya 'anxiety' sekarang ini. Isteri mana yang tidak susah hati apabila suami dalam situasi macam ini.

"Sudah tentu saya akan penat dengan situasi yang berlaku ketika ini, tetapi, saya perlu kuat untuk anak-anak.

"Apa yang jadi sekali pun, saya perlu hadapi situasi ini," katanya ditemui di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

Afreena, 32, berjanji akan sentiasa berada di sisi suami untuk memberikan semangat.

"Untuk kes ini, saya cuma mahu semua orang tahu, Along Cham atau Muhammad Nizamudin Ahmad tetap suami saya. Saya akan sentiasa dengannya dalam apa juga keadaan.

"Saya akan berjuang dengan dia. Saya akan mempertahankan hak dia. Tiada isteri yang hendak lihat suami jatuh dan dalam kesakitan.

"Biy (Along), saya tahu perasaan kamu saat berada di dalam. Bertahanlah, saya berjanji awak akan keluar dan kita akan hidup bahagia bersama," katanya yang bersedih atas apa yang berlaku.

Sementara itu, peguam mewakili Along iaitu Mohd Fadly Hashim menyifatkan anak guam sebagai individu yang kuat dan akan membantu mengendalikan kes berkenaan.

"Dia (Along) seorang yang kuat dan saya akan cuba sedaya upaya untuk bantu dia kendalikan kes ini," katanya.

Pagi tadi, Along atau nama sebenar, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, didakwa dengan dua pertuduhan miliki ganja di dua mahkamah berasingan di sini, masing-masing membabitkan ganja seberat 58.23 gram dan 2.07 gram.

Bagaimanapun, Along mengaku tidak bersalah bagi setiap pertuduhan.

Di Mahkamah Sesyen, Along didakwa memiliki ganja seberat 58.23 gram.

Mengikut pertuduhan pertama, selebriti itu didakwa memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah di Cyber 9, Cyberjaya, dekat sini pada jam 3.10 petang, 14 Disember lalu.

Berikutan itu, Along didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan sebat maksimum 10 sebatan.

Di Mahkamah Majistret, Along didakwa memiliki ganja seberat 2.07 gram mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Bagaimanapun, tertuduh membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Muhamad Bukhori Ruslan.

Along Cham didakwa miliki dadah, rayu jaminan sebab anak mula sekolah

Disiarkan pada: Disember 20, 2024 @ 3:50pm
Affan Rostam
affan.rostam@bh.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Video tular pergaduhan melibatkan beberapa individu.

Lokasi kejadian tidak dinyatakan.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

ASBAB SIMPAN EMAS, JIMAT RM7,000 NAK KAHWIN!!

Untung kan bila ada emas?

Beli RM28000, jual dapat RM35000.

Tak perlu buat apa apa, cuma peram sahaja tiba tiba untung RM7000 atau 25% dalam masa setahun je.

Kalau simpan ASB atau Tabung Haji pun, setahun baru 5%.

Tapi ramai takut nak simpan emas sebab rasa emas mahal.

Tahu tak, dengan akaun GAP Public Gold, tak perlu ada ribu ribu baru boleh beli emas..

RM100 pun da boleh beli emas.

Kelebihan kalau simpan emas melalui akaun GAP ni :

📌 Simpanan emas patuh syariah.

📌 Tiada komitmen bulanan, beli bila bila kita nak.

📌 Bila simpanan gram emas kita cukup, boleh keluarkan emas fizikal dari 1gram sampai 1kg bila bila masa.

📌 Kalau takut emas hilang, Public Gold akan simpankan secara percuma, takde upah atau caj simpanan.

Mudah kan?

Sekarang, tak kisah kerja apa, yang dah bertahun kerja takde simpanan atau siapa yang nak gandakan simpanan, semua dah boleh menabung emas!

Nak mulakan simpanan emas?
Boleh whatsapp Puan Ciwa
http://www.wasap.my/60179034036/infosemasa

Kalau nak faham lebih jelas, baca story highlight dekat IG dia
https://www.instagram.com/ciwa_mua/

Ataupun follow telegram dia /channel/elmuemas

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pelajar maut, 9 rakan cedera kemalangan babit 10 motosikal

Adie Sufian Zulkefli
20/12/2024 18:22 MYT

SUNGAI PETANI: Seorang pelajar maut manakala sembilan rakannya cedera dalam kemalangan melibatkan sepuluh motosikal di Kilometer 79.2 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini, tengah malam tadi.

Mangsa Muhammad Amirul Ahmad, 20, yang juga pelajar sebuah institut pengajian di Alor Setar meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, dalam kejadian jam 12.10 tengah malam itu, kumpulan remaja berusia 17 hingga 20 tahun itu sedang bergerak dari Gurun menghala ke Alor Setar.

Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kumpulan pertama terdiri lima motosikal sedang bergerak menghala ke Alor Setar.

"Sampai di tempat kejadian motosikal keenam yang datang dari arah belakang telah masuk di tengah antara kelompok lima motosikal tadi sebelum begesel dengan motosikal lain lalu terjatuh.

“Akibat dari pergeselan itu enam buah motosikal itu terbabas di lorong kiri jalan sebelum empat lagi motosikal kelompok kedua dari arah belakang tidak sempat mengelak dan berlanggar lalu terjatuh di atas jalan raya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Azharuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani untuk bedah siasat.

Sembilan lagi penunggang yang cedera dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Pendang dan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk rawatan lanjut.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

#AstroAwani
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Ada kematian shell pandan. JB
Belum ada info lagi

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Follow up dia abang & akak memang padu saya dah follow dari tahun 2019 sampai sekarang very recommended👍🏻👇🏻‼️

/channel/AIZZATxSIGNAL

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝗕𝗔𝗡𝗧𝗨𝗔𝗡 𝗠𝗘𝗗𝗘𝗩𝗔𝗖 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗪𝗔𝗧 𝗔𝗪 𝟭𝟯𝟵 𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗣𝗘𝗦𝗔𝗞𝗜𝗧 𝗗𝗔𝗥𝗜 𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗧𝗜𝗢𝗠𝗔𝗡 𝗞𝗘 𝗛𝗢𝗦𝗣𝗜𝗧𝗔𝗟 𝗧𝗘𝗡𝗚𝗞𝗨 𝗔𝗠𝗣𝗨𝗔𝗡 𝗔𝗙𝗭𝗔𝗡

.
𝗞𝗨𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡, 𝟮𝟬 𝗗𝗶𝘀𝗲𝗺𝗯𝗲𝗿 - Seorang pesakit wanita yang mengalami sawan dan memerlukan bantuan imbasan kepala dengan kadar segera di Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan, Pahang dengan bantuan aset udara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada petang semalam.

Misi bantuan Medical Evacuation (MEDEVAC) telah dilaksanakan aset AW 139 setelah menerima panggilan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan mendapat panggilan daripada doktor Klinik Kesihatan Tekek sekitar pukul 10.16 pagi semalam.

Pesawat AW 139 telah berlepas dari Stesen Udara Subang pada pukul 3.52 petang dan tiba di Lapangan Terbang Pulau Tioman pada pukul 5.07 petang.

Pesakit, Emaerdawati binti Othman, 47 tahun diiringi oleh anak lelaki beliau dan empat orang staf kesihatan tiba di Padang Kemunting Majlis Perbandaran Kuantan 4 (MPK 4) pada pukul 6.07 petang, seterusnya dipindahkan ke ambulans pada pukul 6.20 petang untuk mendapatkan rawatan kecemasan di HTAA.

Sebarang aduan, maklumat atau insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh melaporkan ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang di talian 09-5717345 atau melalui talian kecemasan 999.

.
#MalaysiaCoastGuard #MaritimeNation #MaritimMalaysia #MMEA #APMM #MCG #CoastGuard #MDNCoastGuard Kementerian Dalam Negeri (KDN) Saifuddin Nasution Ismail #MalaysiaMadani #KeselamatanTanggungjawabBersama #MaritimPerkasaMelestarikanMadani
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

#KotaBharu : Seorang individu cedera parah selepas motosikal ditanggangnya merempuh sebuah kereta peronda polis yang cuba mengelak anjing melintas di kilometer 10, Jalan Jeli-Dabong, semalam.

Ketua Polis Daerah Jeli Supt Saari Yaacob berkata kejadian berlaku pada 9.30 malam apabila kereta peronda polis dari arah Kuala Balah ke Jeli cuba mengelak anjing yang secara tiba-tiba melintas dari kiri jalan, dirempuh sebuah motosikal di bahagian sisi kanan belakang kereta.

Berita penuh : https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2375621

📸 IPK Kelantan

#BernamaNews
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

hi :-

harga new for netflix 1 month only 🤎

1 MONTH : RM25 SAHAJA

✅ USE YOUR OWN PROFILE
✅ CAN PIN PROFILE
✅ NO LIMIT SCREEN
✅ NO VPN
✅ FULL WARRANTY
✅ CAN ACCESS HOUSEHOLD SENDIRI
✅ SRS BUYER ONLY

berminat 👇🏻
www.wasap.my/601137585140/netflixpremium

feedback channel : /channel/+bS3vmoQH_OtlNGRl

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

The Singapore-flagged ship, owned by Mitsui OSK Lines (MOL), was transporting 4,800 vehicles, including 4,700 Mazda cars (Mazda3, CX-7, MX-5, RX-8) and over 100 Isuzu trucks, valued at $117 million, from Japan to Vancouver, Canada. On July 23, 2006, the vessel lost stability during a ballast water exchange south of the Aleutian Islands, developing a 60-degree list to port. The ship was salvaged and towed to Dutch Harbor, Unalaska, Alaska, where it was righted and returned to its owner. Despite salvaging the vessel, all the cars onboard were scrapped by Mazda.

#DaveH
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lori terbalik di jalan yong peng - muar dekat pekan parit yaani. Pemandu hanya mengalami kecederaan ringan.

#Batupahat
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Along Cham berdepan jel seumur hidup kes miliki ganja

SEPANG - Pelakon dan pelawak, Along Cham mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran berat lebih 60gram, Sabtu minggu lalu.

Along Cham atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Hakim, Ahmad Fuad Othman dan Majistret, Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Mengikut satu pertuduhan di Mahkamah Sesyen, dia didakwa ada dalam milikannya, bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya di sini, pada jam 3.10 petang, 14 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39A (2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.
Dalam prosiding ini, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin sementara tertuduh diwakili peguam, Mohd Fadly Hashim.

Hakim tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan.

Sementara di Mahkamah Majistret, dia didakwa atas satu pertuduhan, ada dalam milikannya, bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 2.07 gram, di lokasi sama, masa dan tarikh serupa.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6 ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur 'Ain Madihah Zulkifli.

Majistret membenarkan pelakon filem 'Bro, Nampak Motor Gua?' itu diikat jamin sebanyak RM2,500 dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 28 Februari tahun depan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan artis tersebut ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes memiliki dadah jenis ganja di rumahnya di Cyberjaya, Sabtu minggu lalu.

Dalam serbuan berkenaan, polis turut menemukan dua peket plastik berisi daun kering disyaki ganja seberat 60.3 gram dan selebriti itu juga disahkan positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).

Menurut Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, lelaki itu berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Turut hadir di mahkamah ialah isteri selebriti itu, Afreena Suhaimi, 32, yang memberitahu akan terus berjuang demi menuntut keadilan buat suaminya.

NOOR AZLIDA ALIMIN
20 Disember 2024 11:28am

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hi para traders dan juga newbie yang nak cuba untuk EA AI ni,ni adalah EA AI yang profitable yang aku dh run lebih dr 5 bulan,so far sgt senang untuk dapatkam return 20-100% per month drpd modal,so ni result performance EA saya

https://www.mql5.com/en/signals/2274695

Kelebihan menggunakan EA AI ni bukan sahaja ianya mudah untuk profit,tapi korang x perlu buat apa2 semua nya auto dr A sampai Z,keja korang hanya monitor sahaja,
Jom dapatkak dgn serandah 100 usd lifetime untuk konsisten jana income every month,sgt2 recomended untuk siapa2 yang nk buat copytrade dan juga income tambahan,

Contact sy di sini https://wa.link/7eukg8

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Halang ambulans sebab takut terlepas penerbangan’
20 Disember 2024, 12:58pm

SHAH ALAM: Mengejar masa kerana bimbang terlepas penerbangan ke luar negara, menjadi alasan pemandu kereta yang dipercayai menghalang laluan ambulans membawa pesakit ke Hospital Banting, malam kelmarin,

Klip video kejadian daripada rakaman ambulans berkenaan sepanjang 58 saat turut dimuat naik di akaun Facebook pemandu ambulans itu.

Rakaman itu memaparkan pergerakan ambulans dihalang Toyota Corolla Cross di Jalan Klang-Banting dari arah Jenjarom menghala Banting yang mana pemandunya kekal di lorong kanan walaupun pemandu ambulans membunyikan hon dan menggunakan pembesar suara meminta diberi laluan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi, berkata susulan video berkenaan, polis memanggil pemilik akaun Facebook yang juga pemandu ambulans, seorang lelaki tempatan yang berusia 30-an untuk memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati, kejadian pada jam 9.45 malam 18 Disember lalu yang mana ambulans dipandu dari arah Klinik Kesihatan Jenjarom menghala Hospital Banting.

“Menurut laporan pemandu, ambulans berkenaan memasang lampu mentarah (beacon light) dan siren untuk penugasan kecemasan membawa pesakit ke Hospital Banting.

“Bagaimanapun, pemandu Toyota Corolla Cross yang bergerak di hadapan ambulans tidak memberi laluan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Akmalrizal berkata, pemandu dan pemilik Toyota Corolla Cross itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut.

“Pemilik adalah bapa pemandu berusia 20-an dan bapa pemandu itu ditahan jam 11.30 malam tadi.

“Siasatan awal mendapati, pemandu Toyota Corolla Cross berkenaan dikatakan mengejar masa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana bimbang terlepas penerbangan ke China.

“Siasatan juga mendapati, pemandu Toyota Corolla Cross yang berumur 20an kini berada di luar negara,” katanya.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat kejadian ini diminta menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor S Taneswaran (Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat di talian 012-6708561 atau 03-31872222.

Artikel BuletinTv3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lori terbalik jalan yong peng dekat petronas parit yaani.

#johor
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

MH370: Waris harap usaha pencarian baharu Ocean Infinity berjaya

Kuala Lumpur: Ahli keluarga penumpang dan kru pesawat Malaysia Airlines MH370 berharap usaha pencarian baharu oleh Ocean Infinity di kawasan seluas 15,000 kilometer (km) persegi di selatan Lautan Hindi akan menemukan bangkai pesawat itu yang hilang sejak 10 tahun lepas.

Wakil waris mangsa tragedi MH370 Grace Subathirai Nathan, 37, berkata beliau dan ahli keluarga penumpang dan kru pesawat itu yang lain berterima kasih atas keputusan Kabinet meluluskan usaha pencarian baharu syarikat berkenaan, meskipun percubaan awal pada 2018 tidak berhasil.

"Kami bersyukur atas peluang memulakan kembali pencarian selepas pencarian terakhir ditamatkan pada 2018, kami telah lama menunggu untuk pencarian baharu. Sebagai waris, kami sangat berharap pencarian ini akan menjadi yang terakhir, kami sangat berharap MH370 akan dijumpai kali ini,

"Terima kasih kerana mempertimbangkan cadangan (daripada Ocean Infinity) dan terima kasih kerana tidak berputus asa dengan MH370 dan meneruskan pencarian," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Terdahulu media melaporkan Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata Kabinet pada mesyuarat 13 Disember lalu, secara prinsip bersetuju menerima tawaran syarikat robotik marin Ocean Infinity untuk meneruskan pencarian bangkai pesawat MH370.

Beliau berkata operasi pencarian dasar laut tersebut akan tertumpu di satu lokasi baharu dianggarkan berkeluasan 15,000 km persegi di selatan Lautan Hindi yang disarankan syarikat tersebut berdasarkan maklumat terkini dan analisis data oleh pakar dan penyelidik.

Seorang lagi waris mangsa MH370 Subramaniam Gurusamy, 70, menzahirkan harapan pencarian Ocean Infinity akan menemukan bangkai pesawat berkenaan sekali gus mengakhiri penantian serta memberi ketenangan kepada beliau dan isterinya, susulan tragedi yang memberi kesan mendalam kepada keluarga mereka.

"Anak saya yang menaiki MH370 10 tahun lepas iaitu S. Puspanathan ialah satu-satunya anak lelaki kami. Jika MH370 dapat ditemui, ia akan memberi jawapan kepada tragedi yang banyak mengubah keluarga kami.

"Kami sangat berharap ia ditemui dalam pencarian kali ini dan saya rasa semua waris lain akan fikir perkara yang sama," katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China pada 8 Mac 2014.

Pada Januari 2018, Malaysia menandatangani perjanjian dengan syarikat teknologi berpangkalan di Amerika Syarikat berkepakaran dalam mengumpul data dasar laut beresolusi tinggi, Ocean Infinity, untuk memulakan pencarian baharu MH370 di selatan Lautan Hindi.

Pada 29 Mei, 2018, syarikat itu mengesahkan menamatkan pencariannya selepas mengumpul data meliputi lebih 112,000 km persegi dasar laut.

Disiarkan pada: Disember 20, 2024 @ 9:55pm

Kredit ➡️ BERNAMA

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Nihao and Hello! Korang pernah terfikir nak belajar Mandarin? Saya open class 2 jam FREE untuk korang belajar basic MANDARIN conversation sempena 11th’s Anniversary our centre 🤩 Nak join? Jom saya bantu 😚 SLOT TERHAD YA! ➡️ https://wa.link/69wj3x

✅ Online class (Zoom Meeting)
✅ Free Notes
✅ Free E-certificates

Open for Indonesian, Singaporean and Bruneian as well! Secure your slot now! 🤗

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

SERVICE NAIKKAN FOLLOWERS , VIEW & LIKE DI TIKTOK 🫶🏻

3k view + 300 like
— rm 10 sahaja

20k view + 500 like
— rm 15 sahaja

50k view + 1k like
— rm 20 sahaja

80k view + 2k like
— rm 35 sahaja

250k view + 5k like
— rm 100 sahaja

800k view + 8k like
— rm 150 sahaja

FOLLOWERS 👇🏻
500 followers rm 25
1000 followers rm 30
2000 followers rm 55
3000 followers rm 80
5000 followers rm 100
10k followers rm 200

feedback @boostsocmedmurah
feedback @boostsocmedmurah

https://wa.me/60182242808?text=nakbeliservicetiktok

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🎁 Dapat Follower TikTok PERCUMA! 🎁

Jom Sign In ke website kami untuk cuba FREE TRIAL!

Tak perlu risau kena hack atau kena banned! ✅

100% selamat dan mudah! 💯

Cuma perlu letak username TikTok je! 🔗

Password? Tak perlu! 🔒

Cuba sekarang dan tengok sendiri! 🚀

👉 Klik link ni: https://supplierfollower.socpanel.com

#TikTok #FollowersPercuma #MudahJe

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🚨Langgar Lari di Puchong

Pentingnya ada dashcam kat jentera korang https://s.shopee.com.my/5VF2LoF2CK
https://s.shopee.com.my/4ffvMMGFvM

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

'Tolonglah! Saya merayu, saya ada anak' - Along Cham

SEPANG - "Tolonglah, saya merayu dilepaskan dengan jaminan, saya ada anak nak sekolah".

Demikian rayuan pelakon, Along Cham selepas Hakim, Ahmad Fuad Othman tidak membenarkan tertuduh diikat jamin, pada Jumaat.

Semasa prosiding di Mahkamah Sesyen di sini, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamudin Ahmad, 41, mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan, memiliki dadah jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya di sini, pada jam 3.10 petang, 14 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39A (2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin tidak mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin.

Terkejut dengan perkara itu, pengacara dan penyampai radio berkenaan merayu agar dilepaskan dengan jaminan memandangkan keluarganya, telah melantik peguam untuk mewakilinya.

Muhammad Nizamudin: Saya sepatutnya direman selama empat hari, tapi saya hanya dimaklumkan akan didakwa hari ini, jadi agak kelam kabut.

Hakim: Di mana peguam kamu?

Muhammad Nizamudin: Keluarga sudah hubungi dan beritahu telah melantik peguam.

Hakim: Peruntukan undang-undang telah nyatakan, kes ini tidak boleh dijamin.

Muhammad Nizamudin: Saya merayu, saya janji, sumpah akan beri kerjasama.

Hakim: Kes ini tidak boleh dijamin, jika peruntukan undang-undang menyatakan boleh dijamin, bolehlah saya pertimbangkan.

Sementara itu, peguam, Mohd Fadly Hashim memperkenalkan diri dan memohon maaf kerana lewat memasuki mahkamah.

Mahkamah kemudiannya mengekalkan tertuduh tidak diberi ikat jamin dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 27 Januari tahun depan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa ada dalam milikannya, bahan disyaki dadah berbahaya jenis kanabis anggaran berat 58.23 gram, di sebuah rumah di Cyberjaya di sini, pada jam 3.10 petang, 14 Disember lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum bawah Seksyen 39A (2) akta sama, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau tidak kurang lima tahun, dan sebatan tidak kurang 10 kali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, dia mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, atas satu pertuduhan memiliki bahan disyaki dadah berbahaya jenis Kanabis anggaran berat 2.07 gram, di lokasi sama, masa dan tarikh serupa.

Dia dituduh mengikut Seksyen 6 ADB 1952 yang membawa hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam kes ini, Majistret, Muhammad Bukhori Md Ruslan membenarkan pelakon filem 'Bro, Nampak Motor Gua?' itu dibenarkan untuk diikat jamin sebanyak RM2,500 dan menetapkan prosiding serahan laporan kimia pada 28 Februari tahun depan.

NOOR AZLIDA ALIMIN
20 Disember 2024 12:27pm

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hati2 penguna lebuhraya timur barat (grik)...
Sy kene berdekatan kawasan Tugu Peringatan Jalanraya Timur-Barat....kalau boleh elak bergerak waktu malam...bukan sekor 2 ..

Kredit Faizal Peja
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Restoran Cina Taman Intan, kluang johor Terbakar.

#kluang
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Puteri Wafaaumairah selamat pulang selepas 10 hari

20 Disember 2024, 4:23pm

MUAR: Remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah sejak 10 hari lalu selamat kembali ke pangkuan keluarganya, semalam.

Pelajar tingkatan satu itu dilaporkan pulang ke rumahnya di Kampung Semaseh Panchor, Pagoh selepas dihantar oleh rakan perempuannya pada jam 3 pagi.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kepulangan Puteri Wafaaumairah Roslan, 13, menoktahkan pencarian polis selepas laporan dibuat pada 11 Disember lalu.

“Adik Puteri Wafaaumairah pulang dalam keadaan selamat dan polis menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua warga maya yang terbabit mencari remaja itu.

“Pada masa sama, polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan andaian kerana siasatan lanjut masa dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Minggu lalu, ibu remaja terbabit membuat laporan di Balai Polis Panchor selepas anaknya tidak pulang ke rumah.

Laporan itu dibuat susulan pelbagai usaha dilakukan bagi mengesan pelajar sebuah sekolah menengah di Bukit Gambir menemui kegagalan.

Difahamkan, pelajar terbabit dilaporkan hilang selepas berselisih faham dengan ibunya yang menegur supaya tidak keluar rumah

#BuletinTv3
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

#Gerik Sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kampus Bachok yang dalam perjalanan ke Gurun untuk menghadiri program silat terlibat dalam kemalangan. Insiden berlaku kira-kira 5 kilometer sebelum Tasik Banding, arah utara.

Mangsa berada dalam sebuah kereta dan dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

📷 Wong Ridzuan
#PerakPress
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kebakaran lori selepas susur keluar lebuhraya plus menghala ke pasir gudang tengah hari tadi.

#jbtrafficReport
#infosemasa
@Infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

auto layan netflix jah lepas ada bende ni
https://s.shopee.com.my/7ANG7z5vvA

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Samseng 'jari lucah' diburu polis
Raja Noraina Raja Rahim
rnoraina@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Pemandu kereta dan penunggang p-hailing yang dipercayai terbabit pergaduhan di Jalan PJS 8/5 Sunway Mentari di sini, dikehendaki polis.

Rakaman video kejadian yang tular di media sosial memperlihatkan penghantar makanan itu menunjukkan isyarat lucah dan memarahi pemandu kereta berkenaan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar berkata, pihaknya terkesan rakaman berdurasi 29 saat di media sosial Facebook, jam 8 pagi tadi.

"Rakaman video berkenaan memaparkan seorang penunggang motosikal bertindak menunjukkan isyarat lucah dan memarahi pemandu kereta semasa berada di susur masuk jalan.

"Satu laporan dibuat pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya berhubung insiden berkenaan," katanya.

Justeru, beliau berkata, polis menggesa mangsa dalam kejadian itu untuk tampil membantu siasatan.

Katanya, usaha mengesan dan menangkap pelaku juga sedang giat dijalankan.

Beliau meminta saksi yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Disiarkan pada: Disember 20, 2024 @ 2:40pm

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Bapa disyaki belasah, ugut bunuh teman lelaki anak

Tawau: Seorang lelaki menempuh detik hitam selepas dikurung dan dipukul di dalam bilik rumah keluarga teman wanitanya di Kampung Simpang Tiga, Merotai Besar, dekat sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, mangsa bukan sahaja dibelasah malah turut mendakwa diugut bunuh oleh bapa teman wanitanya yang mengeluarkan kata-kata ancaman "Kalau kau lari kepala mu yang putus duluan," sambil memegang sebilah pedang samurai.

Lebih malang lagi, lelaki berumur 27 tahun itu turut disiksa menggunakan seterika panas oleh teman wanitanya sehingga menyebabkan lengan tangan sebelah kiri mangsa melecur.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin bin Hussin berkata, mangsa bagaimanapun mangsa berjaya meloloskan diri dengan memecahkan tingkap bilik dan berlari ke jalan utama untuk mendapatkan bantuan sebelum tampil membuat laporan polis.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati, sebelum kejadian mangsa dikatakan bersama keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah mereka kira-kira jam 6 petang telah menerima pesanan WhatsApp daripada teman wanitanya yang memaklumkan bahawa dia sedang mengandung.

Menurutnya, mangsa sekali lagi pada kira-kira jam 7 pagi Rabu menerima pesanan ringkas dari teman wanitanya yang meminta mangsa untuk datang ke rumahnya.

"Sejurus tiba di rumah suspek 3 jam kemudian, mangsa diarah masuk ke dalam bilik dan mendakwa dia telah dikurung oleh bapa wanita tersebut.

"Situasi bertambah tegang apabila dia dipukul dengan kepala tali pinggang serta ditumbuk di bahagian kepala oleh abang kepada teman wanitanya dan mangsa juga turut diancam dengan sebilah pedang samurai," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jasmin berkata bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Bombalai berjaya memberkas dua lelaki masing-masing berusia 30 dan 64 tahun serta seorang wanita berusia 25 tahun, kira-kira jam 10.30 malam kerana disyaki terlibat dengan kes yang disiasat.

Katanya, dalam serbuan itu kesemua suspek bertindak cuba melarikan diri namun berjaya ditangkap selepas berlaku pergelutan.

"Semua suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan jenayah," katanya.

Disiarkan pada: Disember 20, 2024 @ 12:55pm
Abdul Rahemang Taiming
am@hmetro.com.my.

Artikel ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lori terbakar plus turun highway pasir gudang.

#jbtrafficreport
#infosemasa

Читать полностью…
Subscribe to a channel