infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

691250

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

‎بِسْــــــــــــــــــــــم ِاللّه ِالرَّحْمَن ِالرَّحِيْمِ

ASSALAMUALAIKUM DAN SELAMAT SEJAHTERA SALAM JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA SERTA SALAM MALAYSIA MADANI

JENIS INSIDEN: KEMALANGAN JALAN RAYA

TARIKH/MASA PANGGILAN: 21.12.2024
JAM 12:25:35
ALAMAT: PERSIMPANGAN TENGGAROH 4 BERHAMPIRAN KILANG KELAPA SAWIT
JARAK KE TEMPAT KEJADIAN (KM): 53 KM
MASA OPERASI TAMAT: 13:50:00
MANGSA: 4 MANGSA
KEANGGOTAAN: BBP MERSING

KOMANDER OPERASI: PBK II ANUAR BIN HUSSINE

CATATAN:
SETIBANYA PASUKAN KELUARAN OPERASI (PKO) DI TEMPAT KEJADIAN DIDAPATI BENAR BERLAKU KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN SEBUAH KERETA JENIS PROTON WIRA DAN LORI JENIS FORD . TERDAPAT 1 MANGSA TERSEPIT MANAKALA 2 MANGSA CEDERA DAN 1 MANGSA SELAMAT. TINDAKAN OPERASI MENGELUARKAN MANGSA YANG TERSEPIT MENGGUNAKAN PERALATAN KHAS DAN MENYERAHKAN MANGSA KEPADA PIHAK AMBULANS KKM UNTUK TINDAKAN LANJUT.

MAKLUMAT MANGSA

LORI FORD
- 1 DEWASA(L) - 23 TAHUN - SELAMAT

PROTON WIRA
- 1 DEWASA (L) - 38 TAHUN - CEDERA - TERSEPIT
- 1 REMAJA (L) - 15 TAHUN - CEDERA
- 1 DEWASA (P) - 41 TAHUN - CEDERA

MAKLUMAT KEANGGOTAAN DAN LOGISTIK
JUMLAH ANGGOTA: 10 ANGGOTA
JENTERA: FRT-1, UTILITI-1

SEKIAN, TERIMA KASIH.

#JBPM❤️💙
#MesmerisingMersing
#BalaiBombaTahun1968
#SiapSediaSetiapMasa👩🏻‍🚒
#MersingDaerahPelanconganLestari
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Johor

Sumber Bbp Mersing

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hi para traders dan juga newbie yang nak cuba untuk EA AI ni,ni adalah EA AI yang profitable yang aku dh run lebih dr 5 bulan,so far sgt senang untuk dapatkam return 20-100% per month drpd modal,so ni result performance EA saya

https://www.mql5.com/en/signals/2274695

Kelebihan menggunakan EA AI ni bukan sahaja ianya mudah untuk profit,tapi korang x perlu buat apa2 semua nya auto dr A sampai Z,keja korang hanya monitor sahaja,
Jom dapatkak dgn serandah 100 usd lifetime untuk konsisten jana income every month,sgt2 recomended untuk siapa2 yang nk buat copytrade dan juga income tambahan,

Contact sy di sini https://wa.link/7eukg8

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kenyataan Media - Polis Bantuan Ambil Tindakan Leraikan Pergaduhan Antara Penyokong Bola Sepak Di Stesen LRT Bandar Tasik Selatan

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jom makan di Kafe RumahKita di Bukit Kapar , klang.

📍Alamat/ Waze : Kafe RumahKita

🕐 Waktu operasi : 5Ptg - 12malam
Kecuali Isnin (Tutup)

Pelbagai Menu kami sediakan!

🫓 Lempeng
🦑 Set Nasi Putih (Kambing/Sotong Bakar XL)
🥓 Nasi Lemak (Kambing /Sotong Bakar XL)
🍗 Chicken Chop / Grill
🍟 Buttermilk Chicken/ Popcorn Chicken
🍔 Burger Crispy
🍢 Snacks : Fries / Wedges/ Sate / Meatball Skrewer

☕️Coffee / 🍵Matcha & 🍋Refresher Lineup!

Whatsapp 0146648432 untuk tempahan meja.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

'Keluarga tak mampu bayar RM1 juta' - Penyanyi dikir barat ditahan di Narathiwat

Narathiwat: Penyanyi dikir barat Malaysia yang ditangkap bersama lima lagi rakyat Malaysia kerana disyaki memiliki 6,000 pil pada 1 November, mendakwa dua peguam Thai menawarkan khidmat mereka untuk mengambil kesnya dengan bayaran 10 juta baht (lebih RM1 juta) setiap seorang.

Artis itu berkata dia ditawarkan oleh kedua-dua peguam itu pada bulan lalu.

Namun, katanya, keluarganya menolak tawaran berkenaan.

"Saya dimaklumkan oleh keluarga dua peguam dari sini (Thailand) menawarkan khidmat mereka untuk mengambil kes saya, tetapi setiap seorang meminta saya membayar 10 juta baht (lebih RM1 juta).

"Keluarga saya tidak mampu untuk membayar yuran itu dan menolak tawaran mereka dengan baik.

"Saya sedar ramai yang cuba mengambil kesempatan atas keadaan saya, tetapi keluarga saya tidak mampu untuk membayarnya," katanya semasa lawatan media Malaysia di penjara daerah Narathiwat semalam.

Wanita berusia 29 tahun yang berasal dari Kelantan itu berkata keluarganya kini sedang mempertimbangkan untuk mengupah peguam lain, juga dari Thailand.

"Keluarga saya kini sedang mengumpulkan wang untuk membayar peguam," kata ibu kepada dua orang anak itu.

Ditanya mengenai kunjungan terakhir yang diterima, dia berkata keluarganya dari Kelantan melawatnya Khamis lalu.

"Keluarga saya dibenarkan melawat seminggu selepas saya dihantar ke penjara ini pada 4 November apabila Mahkamah Narathiwat melanjutkan perintah tahanan selama 84 hari.

"Sejak itu, mereka datang melawat setiap Khamis untuk melihat keadaan saya," katanya.

Dia berkata dia dan dua rakannya menerima layanan yang baik semasa berada di penjara.

"Saya ingin katakan berita mengenai penjara Narathiwat yang tular di media sosial tidak benar.

"Banduan Malaysia di sini dilayan sama seperti banduan lain.

"Saya dan rakan-rakan saya berada dalam keadaan baik di sini. Sebagai umat Islam, kami bebas untuk melaksanakan kewajipan kami.

"Selain melakukan solat harian, kami juga dibenarkan melakukan solat khas setiap hari," katanya.

Dia berharap peminatnya tidak mempercayai semua berita buruk yang tular mengenai dirinya dan berharap mereka akan menerima dirinya kembali dalam industri hiburan.

"Saya berharap akan ada keajaiban yang berlaku kepada saya," katanya.

Semasa lawatan selama 20 minit itu, dia ditemani oleh dua rakannya yang ditangkap bersamanya bersama tiga lelaki Malaysia lain, termasuk suaminya.

Sementara itu, rakan-rakannya berharap ahli keluarga dan rakan-rakan mereka akan terus berdoa untuk keselamatan mereka.

"Kami berharap ahli keluarga kami akan terus berdoa untuk kami supaya Allah melindungi kami," katanya.

Mereka turut mendakwa ditawarkan bayaran yang sama seperti penyanyi itu tetapi mereka juga menolaknya.

Mereka bersetuju untuk menerima perkhidmatan guaman percuma yang ditawarkan oleh kerajaan Thailand.

Pada 1 November, artis Malaysia dan lima rakyat Malaysia yang lain ditangkap kerana disyaki memiliki 6,000 pil di sebuah hotel di bandar Sungai Golok.

Susulan penangkapan mereka, mahkamah Narathiwat memberikan polis perintah tahanan lanjut selama 84 hari terhadap enam individu itu.

Penyanyi itu dikenali ramai kerana lagu hit popularnya 'Cinta Setandan Pisang' atau 'Bea Soba Bea'.

Disiarkan pada: Disember 21, 2024 @ 9:10am
Sharifah Mahsinah Abdullah
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

ABG TAK BOLEH PERFORM KETIKA BERSAMA ISTERI??

ISTERI ASYIK KOMPLEM MEMANJANG??

JGN RISAU CORTEL OIL KAN ADA DAH WANGI PULAK TU BAU STRAWBERRY 🍓

🔥🔥RM30 SAHAJA BLH GUNA UTK 3MGGU🔥🔥🔥

KHUSUS UTK ABG2 YG LEMAH YG

👉🏻🍌 LEMBIK SUSAH NAK BANGUN
👉🏻🍌NAK SIZE YG LEBIH MANTAP
👉🏻🍌BAGI EFFECT KEMBANG BILA PERTEMPUR
👉🏻MERAWAT 🍌 ABANG KEMBALI MUDA DAN HIDUP APABILA MEMERLUKAN
👉🏻TAHAN LAMA KETIKA BERTEMPUR PUN BOLEH

BAHAN²

👉🏻EXTRACT GAMBIR
👉🏻MINYAK BELACAK
👉🏻MINYAK LINTAH
👉🏻TONGKAT ALI
👉🏻MINERAL OIL
👉🏻EXTRACT BUNGA CENGKIH
👉🏻MINYAK KEPALA
👉🏻EXTRACT BIJI BUNGA MATAHARI

💯ORIGINAL HQ BAU STRAWBERRY 🍓

👉🏻MINYAK NE TAK BERMINYAK SPERTI MINYAK MASAK.
DIA RINGAN SAHAJA CEPAT MERESAP
👉🏻TAK KEBAS
👉🏻TAK MELEKIT
👉🏻TAK PANAS
👉🏻 SELAMAT UTK DIGUNAKAN
👉🏻TIADA PANTANG LARANG DAN KESAN SAMPINGAN

Berminat boleh terus beli di kedai Kita feedback pun dah byk abg2.. Kita da jual lebih 100,000 botol dalam masa 8bulan Alhamdulillah

SHOPEE

👉🏻https://my.shp.ee/4fRvfsH

Tiktok
👉🏻https://vt.tiktok.com/ZS6NYdMTD/

WhatsApp
www.wasap.my/60108896874


Pesanan: HATI² NK BELI SEBAB DAH ADA YG TIRUAN DEKAT LUAR SANA. LINK YG KITA HANTAR TU ADALAH DARIPADA HQ SO JGN RISAU OK ORDER SAHAJA SITU.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Enam lelaki ditahan kes rusuhan, polis giat kesan suspek lain

KUALA LUMPUR – Seramai enam lelaki tempatan berusia antara 25 hingga 35 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam insiden rusuhan di kawasan Jenjarom, Kuala Langat, Selangor awal pagi ini.

Dalam kejadian itu, seorang lelaki cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Kuala Langat, Superintendan Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya telamenerima laporan daripada seorang doktor daripada Hospital Banting jam 10.50 malam, semalam.

“Doktor itu telah menerima seorang lelaki tempatan yang mengalami kecederaan serius di bahagian kepala dan kini sedang dirawat dalam zon merah.

“Kesemua suspek kini ditahan reman selama tiga hari di Balai Polis Banting untuk siasatan lanjut.

“Walaubagaimanapun, kami juga sedang giat mengesan suspek lain yang dipercayai terlibat dalam rusuhan itu,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Akmalrizal memberitahu, satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

“Jika disabitkan kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum selama lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya sekali,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai untuk tidak mencetuskan sebarang spekulasi berkaitan insiden itu yang boleh menganggu siasatan pihak berkuasa.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Kuala Langat di talian 03-31872222 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Artikel ➡️ Malaysia Gazette

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pemandu, kelindan lori maut rempuh treler
20 Disember 2024 12:10pm

MIRI - Seorang pemandu dan kelindan maut di tempat kejadian apabila lori kargo yang mereka naiki merempuh treler yang diparkir di bahu Jalan Pan Borneo-Miri berhampiran Ladang Tiga, Suai, kira-kira 80 kilometer dari sini awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pemandu dikenali sebagai Bonaventure Jimmat, 31, manakala kelindan Keeshen Marks Donald Bujang Nasil, 26, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi.

Beliau berkata, panggilan kecemasan diterima pada 2.37 pagi sebelum pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah dengan kekuatan lima anggota dan jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya 28 kilometer.

"Kemalangan melibatkan lori kargo yang merempuh bahagian belakang treler diparkir di bahu jalan mengakibatkan dua mangsa lelaki tersepit pada bahagian hadapan lori kargo tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. - Bernama

#SinarHarian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Influencer’ tawar susu badan kepada rakan sekerja

CANBERRA – Seorang pesohor media sosial di Australia mengundang kecaman orang ramai kerana menawarkan susu badannya kepada rakan sekerja semasa bercuti, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.

Rakaman dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @sarahs_day menunjukkan wanita itu mengepam susu badannya di atas sebuah bot yang bergerak laju.

Dia kemudian memberikan susu tersebut kepada rakan-rakannya untuk dinikmati.

Lebih mengejutkan, perbuatan itu dilakukan demi kandungan laman sosial.

“Mencuba susu badan saya,” demikian menurut keterangan video itu.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.4 juta tontonan dan mengundang pelbagai komen netizen.

“Saya telah bersalin sebanyak tiga kali tetapi saya tidak ingin minum susu badan saya sendiri,” sindir seorang netizen.

“Tolong padam video ini, saya hampir muntah!” marah netizen lain. – AGENSI

Oleh KOSMO
20 Disember 2024, 9:00 pm

Kredit ➡️ Kosmo

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Along Cham 'naik angin' petugas media ambil gambar

SEPANG - Along Cham meluahkan rasa amarah dengan tindakan petugas media yang berhimpit-himpit mengambil gambarnya ketika dibawa ke Mahkamah Majistret dan Sesyen bagi menghadapi dua pertuduhan kes memiliki dadah jenis ganja dengan anggaran berat lebih 60 gram.

Insiden itu bermula apabila, jurugambar meminta pihak polis berjalan dengan perlahan ketika membawa pelakon filem dan drama itu, yang menutup mukanya dengan baju berwarna kelabu.

Anggota polis kemudiannya meminta mereka memberi laluan namun selepas ditegur pelakon berkenaan, petugas media menjelaskan mereka hanya menjalankan tugas.

Tidak setuju dengan penjelasan itu, pelakon filem 'Bro, Nampak Motor Gua?' berkenaan meninggikan suara dengan berkata "kepala otaklah kerja, ko tunggu".

Pada Jumaat, bapa kepada empat anak berusia empat, lima, tujuh dan 13 tahun, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan memiliki dadah jenis kanabis.

NOOR AZLIDA ALIMIN
20 Disember 2024 04:34pm

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 20/12/2024.

Kemalangan kereta terbalik dari Jalan Daya 1 ke Bulatan Masjid Taman Daya, Johor Bahru.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hot Daddy, dua rakan wanita diburu

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan keberadaan lelaki dikenali Hot Daddy dan dua rakan wanitanya selepas dilepas tanpa dibebaskan mahkamah, di sini ekoran waran tangkap gagal disempurnakan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, semakan sedang dilakukan termasuk dakwaan pergerakan individu tersebut ke luar negara.

“Tindakan pengesanan dibuat termasuk pengesahan pergerakan mereka keluar negara,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen di sini melepas tanpa membebaskan lelaki dikenali ‘Hot Daddy’ dan dua rakan wanitanya yang menghadapi pertuduhan membuat iklan persundalan, menjual rakaman video lucah dan memiliki bahan lucah awal tahun lalu.

Ketiga-tiga tertuduh ialah Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32, Norshazrina Md. Zamri, 27 dan Norhidayah Mahadi, 24.

Hakim Siti Shakirah Mohtaruddin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan memaklumkan waran tangkap yang dikeluarkan sebelum ini tidak dapat disempurnakan.

“Berdasarkan laporan siasatan yang dikemukakan, mahkamah mendapati waran tangkap telah dikeluarkan sebanyak tiga kali namun masih tidak dapat disempurnakan walaupun pendakwaan telah menjalankan usaha untuk mengesan kesemua tertuduh.

“Direkodkan juga penjamin-penjamin juga gagal hadir dan gagal memberi sebarang penjelasan ketidakhadiran tertuduh sehingga tarikh hari ini,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Nidzuwan Abdul Latip memohon kepada mahkamah untuk melanjutkan tempoh waran tangkap bagi mengesan kesemua tertuduh bagi membolehkan pihak polis memastikan sama ada mereka masih berada di dalam negara atau di luar negara.

“Waran tangkap tidak dapat disempurnakan dan notis kepada penjamin juga telah diserahkan kepada penjamin-penjamin namun tidak pernah penjamin hadir memberi penjelasan ketidakhadiran tertuduh-tertuduh,” katanya.

Peguam bela, Razif Toha yang mewakili kesemua tertuduh tidak membuat sebarang bantahan terhadap permohonan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, Hasli Ikhwan, Norshazrina dan Norhidayah didakwa membuat pengiklanan khidmat persundalan mengunakan aplikasi X NOTYOURDADDYY (@HOTDADDYYXX), yang menyebabkan orang yang munasabah akan memahaminya sebagai khidmat persundalan.

Perbuatan didakwa dilakukan di pejabat D7 (Bahagian Pencegahan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap) Bukit Aman pada pukul 10.10 pagi, pada 16 Januari lalu.

Perbuatan itu didakwa mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara hingga 15 tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan. – KOSMO! ONLINE

Oleh AZMI NORDIN
20 Disember 2024, 4:23 pm

Kredit ➡️ Kosmo

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Netflix Murah By MOKSIN STORE 🔥

ARAHAN : SEBELUM BELI BACA IKLAN SAMPAI HABIS DAHULU


Netflix 4K HDR ✅
DISNEY HOTSTAR 4K ✅
PRIME VIDEO 4K✅
YOUTUBE PREMIUM ✅
SOOKATV 1080 FULLHD ✅

Anda peminat movie ?
Anda peminat sukan ?
Anda ingin jimat dan murah ?
Boleh cuba pakej yang TUAN/ PUAN minat di MOKSIN STORE . Semua account original bukan account generate ataupun hack account . Semua pakej menggunakan original APP yang ada playstore atau appstore TV HANDFONE PC / LAPTOP , setiap pembelian dapat percuma 1 pakej mengikut pakej yang TUAN /PUAN berminat . Account FULL WARRANTY sekiranya berlaku masalah Ganti account baru ataupun Refund separuh harga mengikut perjanjian . Boleh pakai di handfone / tv / pc dan console syaratnya wajib pakai 1 device tidak boleh pakai double device untuk mengelakkan issue limitscreen .

Netflix Murah By Moksin Store 🔥


✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 1 BULAN RM28 YOUTUBE PREMIUM 🔥

✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR :
NETFLIX PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥

✅PAKEJ NETFLIX 4K HDR : COMBO 5 BULAN RM60 NETFLIX , DISNEY HOTSTAR DAN FREE PRIME VIDEO + YOUTUBE VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC🔥

✅PAKEJ DISNEY HOSTAR 4K :

✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥

✅DISNEY HOTSTAR PRIVATE 5 BULAN RM50 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC🔥

PRIME VIDEO PAKEJ :
PRIME VIDEO 5 BULAN RM30 FREE YOUTUBE MUSIC✅

✅SOOKA TV PREMIUM 1080HD
SOOKA TV 3 BULAN RM40 FREE PRIME VIDEO 🔥

SOOKA TV 5 BULAN RM60 FREE PRIME VIDEO DAN YOUTUBE MUSIC 🔥

✅YOUTUBE VIDEO FREE YT MUSIC PREMIUM PAKEJ

YOUTUBE VIDEO PREMIUM 3 BULAN RM30 FREE YOUTUBE MUSIC

YOUTUBE VIDEO PREMIUM 5 BULAN RM45 FREE YOUTUBE MUSIC


Waktu bekerja :

Jam : 10 PAGI - 12 MALAM
Isnin sampai ahad kecuali hari JUMAAT cuti

Semua original account dan tiada trial jikalau berminat boleh tekan link whatsap di bawah ... 30 orang yang terawal sahaja dapat set combo !

KALAU ADA LAMBAT REPLY MOHON JANGAN SPAM CHAT ATAU CALL

Whatsapp 🔥
https://wa.me/601160974951

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki terlibat kemalangan ditahan positif dadah

KEMAMAN - Polis menahan seorang pemandu kereta Proton Wira susulan tindakannya melanggar belakang sebuah kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 141 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, hasil ujian urin terhadap lelaki berusia 37 tahun itu didapati positif dadah jenis morfin.

Beliau berkata, susulan itu suspek ditahan dan permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Kemaman pada Sabtu.

"Kita telah menerima laporan berhubung kemalangan melibatkan dua kenderaan kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati kereta Proton Persona yang dipandu oleh seorang wanita berumur 30 tahun dari arah Chukai menghala ke Kerteh telah dilanggar dari arah belakang oleh kereta Proton Wira yang dipandu oleh lelaki yang didapati positif dadah jenis morfin itu.

"Pelanggaran tersebut menyebabkan kereta dipandu wanita itu terbabas ke kiri jalan dan kemudian melanggar penghadang besi lalu masuk ke dalam kawasan semak," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Akibat kemalangan itu, Wan Muhamad berkata, pemandu wanita tersebut mengalami sakit di bahagian dada dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut manakala suspek hanya mengalami luka kecil di dahi dan bibir.

Wan Muhamad berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu semasa berada dibawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.

Katanya, kes ini juga disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta untuk menyalurkan maklumat terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah kemaman di talian 09-8592222," ujarnya.

NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
20 Disember 2024 07:09pm

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*TAWARAN PINJAMAN KWSP*
-Anda berumur 53/54/55/59/60tahun.
-Dah tak bekerja atau masih bekerja
-Mempunyai simpanan dalam akaun *KWSP* anda.
-Ade masalah dengan 𝑩𝑳𝑨𝑪𝑲𝑳𝑰𝑺𝑻 pastu ade sangkut 𝑨𝑲𝑷𝑲 dialukan.
-Menetap die Semenanjung Malaysia.

*TAHNIAH ANDA YG KAMI CARI*
Untuk mohon *pinjaman kwsp*
Yang berkonsepkan *pinjam hari ini bayar masa umur 55@60 tahun nanti* 😍

*Jangan Risau*
Bukan cagar KWSP anda ya!
💯 Selamat.
*Bayaran tanggungjawab sendiri*

Bagaimana untuk mohon anda hanya perlu klick link dibawah

http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP
http://wasap.my/60166099363/SKIMKWSP

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TALENTED VOICE INDIAN GIRL VINOTHINI Sing Malay Song Siti Nurhaliza Cindai

Kredit ➡️ Cili Padi Is My Buddy

** Sedap suara dia. Min tiba2 je teringat zaman budak2 dulu lagu ni tahun 1997 kalau x silap min darjah 5 ke 6 mcm tu lah. Seronok bila ingat zaman tu.. tak terbeban dengan ujian hidup. Hanya bersuka ria main bola main sekuntet main lastik main biji getah main itu ini petang2.. tapi tu semua kenangan....

Sekian luahan admin ...

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

📸 ‘SPOT’ MENARIK MUAR JADI TUMPUAN

Muar menjadi daerah pertama di Negeri Johor yang mempromosikan sektor pelancongan menerusi Program Jelajah Muo 1.0 yang telah diadakan selama dua hari.

Program yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Muar dengan kerjasama Tourism Johor memfokuskan kepada pembangunan infrastrukstur sekitar daerah bagi menarik lebih ramai pelancong dari dalam dan luar negara berkunjung ke Muar yang lebih dikenali sebagai Bandar Maharani.

Jelajah Muo 1.0 lebih tertumpu kepada jemputan rakan media seluruh Johor bagi mempromosikan ‘spot’ menarik yang wajib dilawati menjelang Tahun Melawat Johor 2026.

Kredit:
Media Digital Johor
#Muar
#jickongsiinfoanda #JOHORInfoChannelJIC
#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kejadian berlaku tengah malam tadi di stesen transit aliran ringan (LRT) Bukit Jalil menghala ke Sentul Timur ketika tren tiba di platform terbabit.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan memaklumkan terdapat sekumpulan penyokong bola sepak telah keluar daripada tren dan berlakunya pertengkaran di antara penyokong kumpulan lain menyebabkan pergaduhan berlaku.

Mengikut maklumat awal, dua kumpulan penyokong bola sepak dianggarkan seramai 20 hingga 30 orang bertindak agresif bertumbuk antara satu sama lain, membaling tong sampah, penghadang pintu lif ke arah tren serta menendang pintu tren.

Insiden menyebabkan kerosakan di bahagian pintu cermin tren dan menyebabkan tren terhenti lebih kurang lapan minit.

Bagaimanapun anggota bertugas bertindak meleraikan pergaduhan yang berlaku antara dua kumpulan terbabit dan keadaan menjadi terkawal setelah pintu tren tutup dan tren terus beredar dari tempat kejadian.

Setakat ini belum ada tangkapan dilakukan.

Kes disiasat mengikut seksyen 147/427 Kanun Keseksaan.

Artikel Buletin Tv3

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Berkenalan di pusat pemindahan, remaja perempuan kena rogol di stor PPS

KOTA BHARU: Tujuh kes jenayah termasuk satu kejadian rogol di pusat pemindahan sementara (PPS) direkodkan sepanjang banjir gelombang pertama baru-baru ini, kata Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Beliau berkata, enam kes jenayah lain adalah membabitkan kes pecah rumah (empat kes), curi kenderaan motosikal dan cabul masing-masing satu kes.

Kejadian rogol itu membabitkan mangsa berusia 15 tahun manakala suspek adalah 23 tahun yang juga seorang buruh binaan.

"Kejadian jam 12.30 tengah malam pada 2 Disember lalu di sebuah stor di PPS terbabit dan dikatakan mangsa serta suspek berkenalan di sana.

"Kejadian itu diketahui abang mangsa dan mereka mengaku melakukan perbuatan terkutuk itu selepas disoal siasat oleh keluarga.

"Laporan polis dibuat sebelum suspek ditahan pada 6 Disember dan direman selama tujuh hari," katanya di sini, semalam.

Mohd Yusoff berkata, pertuduhan dibuat di Mahkamah Syariah Kota Bharu pada 12 Disember lalu, namun suspek tidak mengaku bersalah dan tiada sebarang jaminan ditawarkan.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (KK) dan hakim menetapkan sebutan semula kes berkenaan pada 14 Januari depan.

"Kita anggap kes rogol yang berlaku di PPS ini adalah jenayah terpencil namun perlu dipandang serius kerana membabitkan mangsa bawah umur," katanya

Siti Rohana Idris
Disember 21, 2024 @ 8:46am
bhnews@bh.com.my

Kredit ➡️ Berita Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝙈𝙚𝙙𝙞𝙘𝙖𝙡 𝘾𝙖𝙧𝙙 + 𝙃𝙞𝙗𝙖𝙝 𝙮𝙖𝙣𝙜 𝙏𝙚𝙧𝙗𝙖𝙞𝙠 𝙪𝙣𝙩𝙪𝙠 𝘼𝙣𝙖𝙠 𝙏𝙚𝙧𝙨𝙖𝙮𝙖𝙣𝙜 ❤️

Lindungi bayi anda dengan Kad Perubatan yang menawarkan perlindungan menyeluruh. Pelan ini direka khas untuk memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa. Antara manfaat yang diperoleh:

✔️ 𝐏𝐞𝐫𝐥𝐢𝐧𝐝𝐮𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐇𝐨𝐬𝐩𝐢𝐭𝐚𝐥 dengan kadar bilik dari RM 150 hingga RM 500 sehari
✔️ Elaun Wad Harian untuk hospital kerajaan & swasta
✔️ Tiada Caj 𝐃𝐞𝐝𝐮𝐜𝐭𝐢𝐛𝐥𝐞 & 𝐊𝐨-𝐓𝐚𝐤𝐚𝐟𝐮𝐥
✔️ 𝐑𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐊𝐞𝐜𝐞𝐦𝐚𝐬𝐚𝐧 & 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐥𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 selepas 24 jam polisi aktif
✔️ 𝐇𝐚𝐝 𝐓𝐚𝐡𝐮𝐧𝐚𝐧 sehingga RM 2 Juta
✔️ Lebih 90 Panel Hospital Etiqa di seluruh Malaysia
✔️ Pemantauan Polisi melalui aplikasi Etiqa+
✔️ Manfaat Hilang Upaya Kekal dan Kematian termasuk akibat kemalangan

Jangan tunggu lagi!

Hubungi kami untuk maklumat lanjut atau dapatkan QUOTATION harga secara percuma sekarang!

👉 www.wasap.my/601123094822/PelanBaby

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

*JANGAN SAMPAI JATUH MISKIN DENGAN TRADING FOREX!*

Di TP Hunter, kami sudah lama menahan rasa kecewa melihat industri forex yang semakin rosak, terutamanya dengan kemunculan IB yang tumbuh dengan cepat, seperti cendawan selepas hujan. Baru sebulan dua trading, tapi sudah berani klaim pengalaman 4-5 tahun. Lebih lagi yang suka gunakan Full Margin tanpa berfikir panjang. Apa sebenarnya tujuan mereka?

Jika anda benar-benar berani, sertai LIVETRADE bersama TP Hunter setiap siang dan malam. Kami bukan sahaja menyediakan platform untuk trade, tetapi juga pendidikan yang lengkap tentang analisis fundamental dan teknikal. Kami bukan jenis yang hanya bersembang kosong tentang trading, hari ini profit, esok beli Lamborghini!

Di bawah ini, kami sediakan link untuk sertai LIVETRADE, dan jika anda ingin belajar lebih banyak, boleh join setiap malam secara percuma. Jangan lepaskan peluang ini!


Masuk channel untuk trade bersama kami.Sesi live trade kami seperti di bawah:
*Setiap Hari jam 10-12 pagi & 10-12 malam*
*Isnin-Jumaat*

Sila follow TIKTOK kami di TP Hunter by MFM untuk maklumat lanjut

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

/channel/TPHunter_byMFM

#NeverTradeAlone
#ForexMalaysia
#TraderMalaysia

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lelaki terlibat kemalangan ditahan positif dadah

KEMAMAN - Polis menahan seorang pemandu kereta Proton Wira susulan tindakannya melanggar belakang sebuah kenderaan sehingga menyebabkan kemalangan di Kilometer 141 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini pada Jumaat.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintenden Wan Muhamad Wan Ja’afar berkata, hasil ujian urin terhadap lelaki berusia 37 tahun itu didapati positif dadah jenis morfin.

Beliau berkata, susulan itu suspek ditahan dan permohonan reman akan dilakukan di Mahkamah Kemaman pada Sabtu.

"Kita telah menerima laporan berhubung kemalangan melibatkan dua kenderaan kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

"Siasatan awal mendapati kereta Proton Persona yang dipandu oleh seorang wanita berumur 30 tahun dari arah Chukai menghala ke Kerteh telah dilanggar dari arah belakang oleh kereta Proton Wira yang dipandu oleh lelaki yang didapati positif dadah jenis morfin itu.

"Pelanggaran tersebut menyebabkan kereta dipandu wanita itu terbabas ke kiri jalan dan kemudian melanggar penghadang besi lalu masuk ke dalam kawasan semak," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.

Akibat kemalangan itu, Wan Muhamad berkata, pemandu wanita tersebut mengalami sakit di bahagian dada dan dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut manakala suspek hanya mengalami luka kecil di dahi dan bibir.

Wan Muhamad berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 44 (1a) Akta Pengangkutan Jalan 1987 atas kesalahan memandu semasa berada dibawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah.

Katanya, kes ini juga disiasat dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kemalangan ini diminta untuk menyalurkan maklumat terus kepada Ibu Pejabat Polis Daerah kemaman di talian 09-8592222," ujarnya.

NURFARDLINA IZZATI MOKTAR
20 Disember 2024 07:09pm

Artikel ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Hirup sup keting lembu pakej bulu

PETALING JAYA – Seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila hidangan sup yang diterimanya disertakan dengan keting lembu yang masih berbulu.

Menerusi perkongsian di TikTok oleh Aiynaania, kelihatan keting lembu dalam hidangan tersebut masih terdapat bulu pada bahagian tertentu.

“Bila tanya peniaga, peniaga jawab keting memang datang berbulu seperti itu,” tulisnya dalam video berkenaan.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna media sosial, dengan ada yang turut berkongsi pengalaman serupa.

“Saya hari itu pernah beli urat keting masa bulan puasa. RM15 sebungkus. Tapi bila balik nak makan, setongkol keting itu penuh dengan bulu macam tidak cuci. Berbuka air jagung sahaja la saya hari itu,” ujar Kay.

“Keting memang berbulu, tapi yang mak saya jual, dia beli dan bersihkan dulu sebelum rebus dan buat sup. Kalau macam ini, nak makan pun tiada selera,” tulis Syuhada0.

“Keting kalau beli yang sejuk beku memang melekat bulu, sebab saya pernah beli yang sejuk beku. Peniaga tidak bersihkan betul-betul itu,” kata Neddyara90. -KOSMO! ONLINE

Oleh NORISMA NAJWA CHE ISMAIL
20 Disember 2024, 5:45 pm

Kredit ➡️ Kosmo

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Remaja parah langgar kereta peronda polis elak anjing

Siti Rohana Idris
am@hmetro.com.my

Jeli: Seorang remaja cedera parah dalam kemalangan dengan kereta peronda polis di Kilometer 10, Jalan Jeli-Dabong di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.20 malam ketika kereta peronda dari arah Kuala Balah ke Jeli mengelak anjing tiba-tiba melintas.

"Pada masa yang sama, remaja lelaki berusia 17 tahun itu yang menunggang motosikal Honda EX5 dari arah belakang terus melanggar sisi kanan kereta peronda terbabit.

"Mangsa cedera parah di badan dan dihantar ke Hospital Tanah Merah untuk rawatan lanjut," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli di talian 099440222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Aina'syazwana Alias di talian 011-14382131.

Disiarkan pada: Disember 20, 2024 @ 2:46pm

#HarianMetro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pelajar warga Maghribi mengaku cabul penumpang wanita dalam pesawat

Sepang: Seorang pelajar lelaki dari Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencabul penumpang wanita dalam pesawat dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur, kelmarin.

Remaja berusia 16 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 19 Februari depan untuk jatuh hukum dan laporan akhlak berikutan tertuduh adalah pesalah bawah umur.

Mengikut pertuduhan, remaja itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita warga tempatan berusia 26 tahun dengan maksud untuk mencabul kehormatannya.

Perbuatan itu dilakukan dalam pesawat EY418 penerbangan Etihad Airways dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur pada jam 12 tengah malam, 18 Disember lalu.

Oleh itu, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara 10 tahun, atau denda atau sebat atau dua daripada hukuman itu.

Mengikut fakta kes, semasa dalam penerbangan Etihad Airways dari Abu Dhabi ke Kuala Lumpur, mangsa duduk di kerusi bersebelahan dengan tertuduh.

Selepas kejadian itu berlaku, mangsa memanggil pramugari yang bertugas untuk memaklumkan perkara itu dan disarankan untuk membuat laporan polis untuk diambil tindakan selepas mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1.

Tertuduh kemudian ditangkap di pekarangan Bahagian Siasatan Jenayah KLIA pada hari ini sebelum didakwa.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nur 'Ain Madihah Zulkifli menawarkan jaminan RM5,000 sementara menunggu laporan akhlak dan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Ahmad Zahidi Afiq Mohd Zaid yang mewakili tertuduh memohon anak guamnya diberikan jaminan rendah sekitar RM1,000.

"Anak guam berasal dari Morocco (Maghribi), datang melancong dan melawat bapa saudara yang tinggal di Malaysia.

"Bapa saudara berusia 43 tahun sudi menjadi penjamin dan bekerja sebagai pelayan restoran di Bukit Bintang," katanya.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Muhammad Bukhori membenarkan jaminan RM1,500 dan dua penjamin tempatan serta syarat tambahan pasport diserahkan kepada mahkamah, lapor diri di balai polis berdekatan rumah dan tidak mengganggu mangsa serta saksi pendakwaan.

Disiarkan pada: Disember 20, 2024 @ 8:32pm
Suraya Roslan
surayaroslan@mediaprima.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

JOHOR 20/12/2024.

Kemalangan di Parit Bilal, Batu Pahat.

Tiada butiran lanjut mengenai kejadian.

Sumber ➡️ media sosial

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Penemuan tiga buah "Keranda" yang mengandungi dua rangka mayat lelaki dan satu rangka mayat wanita dipercayai berasal daripada keluarga Borum Eshøj di Denmark.

Berdasarkan kajian ,keranda ini dibuat daripada bahagian pokok balak ditebang pada tahun 1350 Sebelum Masehi.

Disamping penemuan rangka mayat ini terdapat beberapa barangan peribadi miliknya yang dikebumikan bersama.

Kini mayat-mayat Borum Eshøj
Dipamerkan didalam Muzium Moesgaard, Denmark.

Kredit ➡️ Shafiq Ramly

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jenayah di Kelantan meningkat termasuk rogol

KOTA BHARU - Kes jenayah di Kelantan mencatatkan peningkatan kepada 2,212 kes sepanjang Januari hingga November lalu berbanding 1,921 kes tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, peningkatan sebanyak 291 kes itu membabitkan tujuh kategori jenayah iaitu paling tinggi ialah kes pecah rumah dengan jumlah peningkatan sebanyak 270 kes diikuti curi 247 kes dan rogol 27 kes.

Menurutnya, lain-lain kes ialah samun berkumpulan tanpa senjata api yang meningkat sebanyak 12 kes, mendatangkan cedera (11 kes), curi van, lori, jentera berat (3 kes) dan samun bersenjata api (1 kes).

“Jenayah seksual dalam kalangan remaja bawah umur berada di tahap serius dengan 148 kes dilaporkan dari Januari hingga November.

“Jumlah kes ini membabitkan mangsa berusia 16 tahun ke bawah iaitu sebanyak 131 kes manakala mangsa 17 tahun ke atas pula 17 kes,” katanya pada Program Imarah Masjid bersama Komuniti di Masjid Raudhatul Muttaqin, Kemumin, di sini, pada Jumaat.

Menurut beliau, kes-kes rogol kebanyakan berlaku atas dasar suka sama suka dan punca utama disebabkan penggunaan telefon pintar tanpa kawalan.

“Mereka menggunakan telefon pada usia masih kecil dan mengakses bahan-bahan lucah yang akhirnya membawa kesan ketagihan.

“Apabila berlaku rogol, ibu bapa dan guru tampil membuat laporan kepada pihak polis,” katanya.

Justeru, beliau mengingatkan para ibu bapa supaya memeriksa telefon anak masing-masing bagi mengelak terjebak atau menjadi mangsa dengan jenayah rogol.

Mengulas lanjut, Mohd Yusoff berkata, kes penipuan dalam talian atau scammer turut meningkat tahun ini dengan jumlah 987 kes dilaporkan membabitkan kerugian RM25 juta.

Katanya, modus operandi sindiket phone scam adalah membuat panggilan secara rambang dengan mendakwa mewakili mana-mana institusi kewangan dan agensi kerajaan seperti polis.

“Sindiket penipuan ini ada yang membabitkan pelajar sekolah yang dijadikan keldai akaun untuk memasukkan wang hasil penipuan.

“Orang ramai diharap tidak melayan panggilan-panggilan tidak dikenali bagi mengelak kerugian akibat ditipu,” katanya.

ADILA SHARINNI WAHID
20 Disember 2024 05:38pm

Kredit ➡️ Sinar Harian

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pekerja ladang jumpa bangkai gajah di Felcra Danum

Lahad Datu: Seekor gajah jantan dewasa ditemui mati di kawasan Ladang Felcra Danum, Jalan Silam, di sini semalam.

Bangkai gajah itu ditemui oleh pekerja ladang kira-kira jam 1 tengah hari sebelum melaporkan kepada penolong pengurus ladang berkenaan.

Pegawai Hidupan Liar Lahad Datu, Hairulnizam Hasnan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 5.54 petang.

Katanya, Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah dimaklumkan dan sedang menyiasat punca kematian gajah berkenaan.

"Sebaik menerima maklumat itu, kami menghantar pasukan ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan awal.

"Pemeriksaan akan dilakukan bagi mengenal pasti sama ada kematian berpunca daripada sebab semula jadi atau ada elemen lain yang terbabit," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kejadian ini menimbulkan kebimbangan terhadap ancaman yang dihadapi oleh populasi gajah Borneo.

"Spesis gajah yang semakin terancam di Sabah. Pihak berkuasa meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini untuk tampil membantu siasatan," katanya.

Disiarkan pada: Disember 20, 2024 @ 4:17pm
Juwan Riduan
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Jurulatih silambam didakwa cabul dua anak tiri

Melaka: Seorang jurulatih silambam didakwa di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini, tadi, atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak perempuan tirinya, sejak November lalu.

Lelaki berusia 34 tahun itu didakwa di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman dan mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun dengan cara meraba mangsa di sebuah rumah di Taman Perkota, di sini, pada awal November lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap adik mangsa berusia 13 tahun pada 17 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 dan boleh dihukum berpandukan seksyen sama dibaca bersama Seksyen 16(1) AKSTK 2017.

Sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan selain penjara maksimum lima tahun dan tidak kurang dua sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhamad Ali Hussain tidak menawarkan jaminan tetapi mencadangkan RM10,000 bagi kedua-dua pertuduhan dengan seorang penjamin jika mahkamah mahu menggunakan budi bicara membenarkannya.

Beliau juga memohon syarat tambahan ditetapkan iaitu tidak mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan serta melapor diri kepada pegawai penyiasat sebulan sekali sehingga kes selesai.

Peguam R Reena Nair merayu jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan alasan anak guamnya tiada pendapatan dan hanya bergantung kepada yuran bulanan sebagai jurulatih selain mempunyai tiga anak kecil.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin bagi semua pertuduhan berserta syarat dipohon pendakwaan dan menetapkan 28 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes.

Disiarkan pada: Disember 20, 2024 @ 5:59pm
Meor Riduwan Meor Ahmad
am@hmetro.com.my

Kredit ➡️ Harian Metro

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…
Subscribe to a channel