infosemasaofficial | Unsorted

Telegram-канал infosemasaofficial - INFO SEMASA OFFICIAL

789922

Memaparkan maklumat awal dan kemaskini terkini berkaitan kemalangan, bencana, jenayah dan isu-isu semasa dalam dan luar negara setiap hari.

Subscribe to a channel

INFO SEMASA OFFICIAL

Remaja Maut Dalam Kemalangan Motosikal di Jalan Johor Bahru – Air Hitam

JOHOR BAHRU, 6 Jun 2025 – Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dalam satu kemalangan awal pagi Semalam.

Menurut kenyataan pihak polis, kejadian berlaku sekitar jam 6.01 pagi di Kilometer 9, Jalan Johor Bahru - Air Hitam arah menghala ke Skudai, apabila motosikal jenis Yamaha Y135LC yang ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu kiri jalan.

Akibat kemalangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menyebabkan kematian akibat pemanduan secara melulu atau berbahaya.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh a/l Mahindar Singh, menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Hafiz bin Aminuddin di talian 011-35807871.

Artikel : infosemasa
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Lori terbalik laluan skudai ke arah bandaraya johor bahru dekat taman tun aminah. Trafik perlahan dilokasi hati hati memandu..

06/06/2025
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Selamat pagi..
Dah sarapan ke belom..
Tanya ke..

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kejadian jalan mendap dilaporkan berlaku di Jalan Utama berhampiran Jambatan Batu Kawan sekitar jam 2:15 petang tadi.

Pemeriksaan awal mendapati berlaku pergerakan tanah serta keretakan pada pembahagi jalan konkrit. Pasukan bomba yang tiba di lokasi mengambil tindakan awal dengan meletakkan kon keselamatan di laluan terjejas.

Update : Projek ini dibawah Penang development Corporation (PDC) mohon ambil tindakan segera.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

#PENYELAMATPANTAI
#RESPONKES

📅 TARIKH: 5 Jun 2025
⏰ MASA: 1657
📍 LOKASI: Menara Baywatch, Teluk Nipah

Anggota kami telah menerima 1 kes kemalangan jalan raya (KJR) melibatkan seorang wanita dewasa.berumur 15 tahun.
Rawatan awal telah diberikan oleh anggota bertugas di lokasi kejadian sementara menunggu ketibaan ambulans.
Kes kemudiannya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan lanjut.

Zahid Hamidi
Aminurrahim Mohamed
Jabatan Perdana Menteri
APM Negeri Perak

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2024
#TaatSetia
#Malaysia
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐈𝐁𝐀𝐃𝐈 𝐊𝐖𝐒𝐏
“𝐒𝐊𝐈𝐌 𝐏𝐈𝐍𝐉𝐀𝐌 𝐃𝐔𝐋𝐔 𝐁𝐀𝐘𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐌𝐔𝐃𝐈𝐀𝐍”
Sila Hubungi : 016-6099363

PENING KEPALA ADOIIII❗️❗️❗️
Nak keluar EPF lagi Setahun Dua.😰😰😰 TAPI PERLUKAN CASH KAT TANGAN DH 10k-100k.
Ad Simpanan KWSP Terus Blh Apply Pinjaman .

𝗞𝗔𝗠𝗜 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗢𝗦𝗢𝗡𝗚
Apa yang kami katakan akn kami kotakan
pinjam hari ni bayar masa dapat KWSP nanti
Pinjaman yang sangat mudah dan tidak memerlukan anda kesana kemari untuk kelulusan.
Hanya dengan mengunakan "PENYATA KWSP" loan akan lulus dalam masa 1 jam sahaja.

𝐊𝐞𝐥𝐞𝐛𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐊𝐖𝐒𝐏👇
✅𝐏𝐢𝐧𝐣𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐚𝐲𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 2𝟎% 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝐚𝐤𝐚𝐮𝐧 𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠-𝐦𝐚𝐬𝐢𝐧𝐠.
✅𝐁𝐮𝐥𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐭𝐚𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐥𝐮 𝐛𝐚𝐲𝐚𝐫.
✅𝐀𝐩𝐩𝐥𝐲 𝐠𝐮𝐧𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐚𝐭𝐚 𝐤𝐰𝐬𝐩 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚.
✅𝒑𝒊𝒏𝒋𝒂𝒎𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒏𝒖𝒉 𝒕𝒊𝒂𝒅𝒂 𝒑𝒆𝒏𝒐𝒍𝒂𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒑2.
*𝐂𝐨𝐯𝐞𝐫 𝐬𝐞𝐥𝐮𝐫𝐮𝐡 𝐬𝐞𝐦𝐞𝐧𝐚𝐧𝐣𝐮𝐧𝐠 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚.

UNTUK LEBIH DETAIL👇
www.wasap.my/60166099363/SkimPinjamanKwsp😊

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Rakyat Malaysia maut kemalangan di Narathiwat
BERNAMA

Narathiwat: Seorang warga emas rakyat Malaysia meninggal dunia selepas kenderaan yang dipandunya terbabas ke dalam parit dalam satu kemalangan di Lebuh Raya Narathiwat-Pattani berhampiran Daerah Yi Ngo di wilayah Selatan Thailand, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Yi Ngo, Naravi Binwaearong berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan tersebut pada 3 petang waktu tempatan.

"Anggota polis yang tiba di lokasi mendapati mangsa telah dihantar ke Hospital Yi Ngo dan disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas kemalangan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada tayar pecah pada kenderaan pacuan empat roda yang dipandu mangsa.

"Polis telah menghubungi pihak Konsulat Malaysia mengenai insiden itu, dan mayat mangsa masih berada di Hospital Yi Ngo," katanya.

Disiarkan pada: Jun 5, 2025 @ 10:23pm

Artikel : Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan Maut Libatkan Motokar dan Motosikal di Penampang

PENAMPANG, 5 Jun 2025 – Seorang lelaki tempatan berusia 24 tahun maut dalam satu kemalangan jalan raya yang melibatkan sebuah motokar dan sebuah motosikal di Kilometer 10, Jalan Papar – Kota Kinabalu, berhampiran pusingan-U Taman Bersatu, Putatan malam semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Erwansyah bin Abdul Basir, kejadian dilaporkan berlaku pada 4 Jun 2025 sekitar jam 11.15 malam. Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang menerima maklumat awam mengenai insiden tersebut sebelum menghantar pasukan ke lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati sebuah motokar yang dipandu seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun dari arah Kota Kinabalu menuju ke Petagas dipercayai membuat pusingan-U ke arah Taman Bersatu, sebelum berlanggar dengan sebuah motosikal yang datang dari arah Ketiau, Putatan menghala ke Kota Kinabalu.

Akibat perlanggaran itu, penunggang motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan yang hadir. Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik, Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, pemandu motokar tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa ke IPD Penampang untuk siasatan lanjut.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Polis menyeru mana-mana saksi kejadian untuk tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Insp. Saparia Ladoni di talian 019-8095133.

Pihak polis turut menasihatkan orang awam agar sentiasa berwaspada ketika memandu di jalan raya serta tidak menyebarkan sebarang imej atau video kejadian di media sosial bagi menghormati sensitiviti keluarga mangsa.

Oleh Info Semasa
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Sepang: "Walaupun semua kos ditanggung sepenuhnya, namun saya tetap berasa sedih dan kecewa kerana perancangan menunaikan ibadah haji lebur begitu saja apabila 'tawaran' diberikan tiada sehingga kini," kata penyanyi legenda tanah air, Amir UK's.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

'Walaupun kos ditanggung sepenuhnya, saya tetap sedih dan kecewa' - Amir UK's

Sepang: "Walaupun semua kos ditanggung sepenuhnya, namun saya tetap berasa sedih dan kecewa kerana perancangan menunaikan ibadah haji lebur begitu saja apabila 'tawaran' diberikan tiada sehingga kini," kata penyanyi legenda tanah air, Amir UK's.

Amir, 56, antara 82 bakal jemaah haji yang terpaksa melupakan hasrat mengerjakan ibadah haji di Makkah apabila didakwa ditipu pihak tidak bertanggungjawab dan terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini, semalam.

Amir berkata, dia dan isteri, Sarimah Ahmad, 51, mendapat tawaran itu daripada rakan sekerja isterinya yang mendakwa semua kos akan ditaja sepenuhnya oleh pihak berkenaan yang didakwa sebagai hartawan yang enggan dikenali, pada 9 April lalu.

Menurutnya, semua urusan berkaitan perkara itu diuruskan oleh rakan isterinya yang turut menjadi mangsa dan bukan ejen pihak berkenaan. Mereka juga dimasukkan dalam satu kumpulan WhatsApp 'Tetamu Allah Haji Akbar 2025'.

"Kami teruja dan setuju terima tawaran sebab ia peluang sukar diperoleh. Segala maklumat kami terima melalui satu kumpulan WhatsApp itu, namun pihak agensi pelancongan terkenal yang didakwa menguruskan perkara itu tiada dalam kumpulan berkenaan.

"Kami menjalani kursus haji di Ampang pada 24 Mei lalu dan surat tawaran yang mempunyai kepala surat agensi itu diterima atas nama kami pada 27 Mei. Kami juga dijanjikan visa mujamalah.

"Kami dijadualkan berlepas ke Tanah Suci pada 5 petang, Ahad lalu (1 Jun), malah semua urusan termasuk mengambil suntikan (vaksin) dan perkara lain yang menelan kos hampir RM4,000 dibayar sendiri kerana pihak berkenaan mendakwa akan dibayar semula. Malah, duit belanja juga akan diberikan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah KLIA, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, mereka tidak menyedari pengumuman yang dibuat dalam kumpulan WhatsApp berkenaan yang memberitahu penerbangan mereka tiada pada Ahad lalu.

"Ketika itu, saya dan isteri sudah berada di KLIA dan selepas tahu penerbangan tiada, kami bermalam di hotel di Sepang. Keesokannya, kami dimaklumkan penerbangan akan berlepas pada 5 pagi, semalam, menjadikan saya yakin kami akan berlepas juga ke Tanah Suci.

"Pada kejadian, saya lihat semua jemaah berada di KLIA, tetapi kami tunggu, tiada siapa yang datang membawa visa dan pasport sebelum rakan yang menguruskan perkara itu beritahu pihak berkenaan dalam perjalanan ke lapangan terbang dan kami akan berlepas di Kompleks Bunga Raya dengan pesawat sewa khas," katanya.

Penyanyi lagu Di Sana Menanti Di Sini Menunggu itu berkata, biarpun sudah menunggu lama sejak malam, namun sehingga hampir waktu penerbangan dijadualkan berlepas, pihak berkenaan yang mahu membawa visa dan pasport masih belum tiba.

Katanya, ketika itu berasa tidak sedap hati sebelum menyedari mereka mungkin menjadi mangsa penipuan biarpun rakan yang menguruskan perkara itu tetap meyakinkan mereka akan berlepas ke Tanah Suci.

"Saya percaya tawaran itu kerana mempunyai surat daripada pihak agensi pelancongan itu dan sebagai orang yang ditaja, saya percaya dengan semua urusan diuruskan pihak berkenaan sebab semua itu adalah percuma.

"Saya juga tidak tahu mengenai agensi itu dan siapa dalangnya. Saya sudah membuat laporan polis dan selepas itu pihak terbabit memberitahu pasport kami sudah boleh diambil di sebuah rumah di Setia Alam," katanya yang berharap orang ramai akan lebih berhati-hati terhadap sebarang tawaran selepas ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizme Affendy Sulaiman mengesahkan pihaknya menerima tujuh laporan berhubung kes berkenaan yang dibuat oleh beberapa jemaah haji yang terkandas.

"Saya sahkan ada menerima laporan berkenaan dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420/511 Kanun Keseksaan," katanya.

Semalam media melaporkan, kira-kira 80 bakal jemaah haji yang dijadualkan berlepas ke Tanah Suci terpaksa membatalkan niat murni itu apabila mereka dilaporkan ditahan di KLIA.

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Khidmat Khas Pokok Tumbang

Assalamualaikum & Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat Dan Mesra

Kangar, 4 Jun 2025- Khidmat khas pokok tumbang di hadapan Telekom Kangar. Setibanya di lokasi kejadian didapati sebatang pokok telah tumbang dan menghempap kereta jenis perodua Viva. Tindakan anggota membuat pemotongan dahan dan mengalihkan ke bahu jalan dalam keadaan selamat. Operasi tidak melibatkan mangsa serta anggota membuat kerja kerja mengalihkan dahan pokok sehingga Selesai operasi

Kredit ➡️ BBP KANGAR
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Majlis Perbandaran Manjung Sita Aktiviti Sewaan Tanpa Kebenaran Di Pantai Teluk Senangin

Majlis Perbandaran Manjung (MPM) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung telah melancarkan operasi penguatkuasaan di Pantai Teluk Senangin berikutan aduan awam mengenai aktiviti penyewaan kerusi pelampung yang dijalankan tanpa kebenaran.

Walaupun aktiviti penyewaan kerusi pelampung dibenarkan di kawasan tersebut, pengusaha wajib mematuhi Syarat Pelesenan MPM yang sedang berkuat kuasa. Antara syarat utama termasuk menyimpan peralatan selepas tempoh sewaan tamat dan tidak meletakkan kelengkapan sebelum sewaan dibuat. Selain itu, pengusaha dilarang mengutip bayaran untuk sewaan peralatan lain atau penggunaan tapak yang tidak berkaitan dengan aktiviti tersebut.

Menurut MPM, setakat ini, sebanyak 10 permit telah dikeluarkan kepada pengusaha yang memenuhi syarat. Namun, hanya tiga pengusaha masih aktif beroperasi, manakala tujuh lagi tidak menunjukkan sebarang aktiviti.

Tindakan Tegas ke Atas Pengusaha Haram

Dalam operasi terkini, pihak berkuasa telah menyita pelbagai peralatan termasuk kerusi, meja, khemah, dan pelampung yang digunakan oleh pengusaha tanpa lesen atau kebenaran sah daripada Yang Dipertua MPM. Sebanyak enam sitaan telah dilaksanakan di sepanjang Pantai Teluk Senangin, melibatkan:

- 220 kerusi
- 19 meja kayu
- 1 meja besi
- 1 payung
- 25 pelampung
- 3 khemah

Tindakan ini diambil berdasarkan Seksyen 46(1)(d), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang melarang sebarang bentuk halangan di kawasan awam. Semua peralatan yang disita telah dibawa ke Depoh Simpanan Sementara MPM untuk proses pengurusan selanjutnya mengikut prosedur undang-undang.

Komitmen MPM Pasti Kesejahteraan Pelancongan

MPM menegaskan komitmennya dalam memastikan keharmonian kawasan pelancongan dengan hanya membenarkan pengusaha berdaftar dan mematuhi peraturan untuk beroperasi. Operasi penguatkuasaan secara berkala akan diteruskan bagi memantau serta mengambil tindakan susulan terhadap sebarang pelanggaran.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau aduan berkaitan aktiviti tidak sah dialu-alukan untuk membuat laporan kepada MPM bagi memastikan kawasan pantai terus terpelihara dan selesa untuk semua pengunjung.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🔥 BONUS AIDILADHA 50% – MASA TERHAD! 🔥
Raya korban dah dekat, tapi korang masih korban peluang buat duit ke?

🎯 Sekarang masa terbaik untuk mula trading dengan BONUS 50% hingga USD200 khas untuk akaun Booster!

Apa yang korang akan DAPAT bila join kami:
✅ Signal PERCUMA setiap hari – tak perlu pening
✅ Setup GOLD confirm jadi – terbukti hit TP
✅ Bukti TP LIVE – tengok sendiri dalam channel
✅ Support padu dari team trader berpengalaman
✅ Profit harian walaupun mula dengan modal kecil

❌ Jangan tunggu esok!
❌ Jangan biar peluang ni berlalu!
✅ DAFTAR & MULA PROFIT HARI NI!

📲 Join Channel PERCUMA Sekarang:
/channel/NekadChart

📝 Daftar Akaun + Autolink Ke Team Power Kami:
https://ma.valetaxintl.com/partner/IB8218735

⚠️ Bonus 50% ni tak kekal lama. Siapa cepat, dia dapat!

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tragedi Ngeri: Bas Ekspres Terjun Ke Pembahagi Jalan, 2 Maut & Ramai Cedera di Prachuap Khiri Khan

Prachuap Khiri Khan, Thailand | 4 Jun 2025 - 04.30 pagi
Pusat Komunikasi dan Kecemasan Sawang Rescue 40 menerima laporan kemalangan ngeri melibatkan sebuah bas ekspres yang terbabas dan terjun ke pembahagi jalan berhampiran Kem Polis Sempadan Phra Mongkut, di Jalan Phetkasem, arah selatan, kawasan Tambon Huai Sai, Daerah Mueang, Wilayah Prachuap Khiri Khan.

Bas terlibat merupakan bas ekspres berwarna kuning dari Mukdahan ke Rayong dengan nombor pendaftaran 10-5855 Chonburi dan nombor operasi 815-32. Ia dilaporkan melanggar pengadang besi dan tiang elektrik di kawasan U-turn hadapan kem polis sebelum terbabas ke pembahagi jalan.

Keadaan Mangsa:

Pasukan penyelamat yang tiba di lokasi mengesahkan terdapat ramai mangsa dengan tahap kecederaan berbeza:

🔴 Cedera parah (zon merah): 5 orang

🟡 Cedera sederhana (zon kuning): 8 orang

🟢 Cedera ringan (zon hijau): 10 orang

⚫ Meninggal dunia di tempat kejadian: 2 orang

Semua mangsa telah diberikan rawatan awal di lokasi sebelum dihantar ke Hospital Prachuap Khiri Khan secara berperingkat.

Bantuan Kecemasan Digerakkan:

Beberapa pasukan perubatan dan penyelamat telah digerakkan ke lokasi, antaranya:

Unit Ambulans OBT Huai Sai – 2 buah

Pasukan Penyelamat Sawang Prachuap – 3 buah ambulans

Unit Perubatan Hospital Prachuap – 2 buah

Hospital Thap Sakae – 1 buah

Hospital Kui Buri – 1 buah

Penyelamat Sawang Rung Rueang – 1 buah ambulans

OBT Ao Noi – 1 buah

OBT Huai Yang – 1 buah

Maklumat Mangsa:

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai identiti dan keadaan mangsa, orang awam boleh menghubungi: 📞 Hospital Prachuap Khiri Khan di 032-601060-4

Teks : Infosemasa
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Pemancing ditemui lemas selepas 2 hari hilang di Sungai Lemai

04 Jun 2025, 5:47pm

Oleh: Kadir Edison

SELANGAU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak dua hari lalu selepas keluar memancing di Sungai Lemai, di sini, ditemui lemas dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau.

Mangsa, Lembat Antas, 47, ditemui terapung kira-kira satu kilometer dari lokasi perahunya ditinggalkan, sekitar jam 2.30 petang semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.59 tengah hari Isnin (2 Jun) mengenai kehilangan mangsa yang tidak pulang selepas memancing berhampiran Rumah Juki, Kuala Lemah Bukut, Selangau.

Pasukan bomba yang bergegas ke lokasi sejauh 37 kilometer dari balai tiba pada jam 3.13 petang dan segera memulakan pencarian.

“Operasi SAR hari kedua dimulakan pada jam 8.15 pagi dengan tiga anggota melakukan pencarian di permukaan air menggunakan sebuah perahu dalam radius tiga kilometer dari lokasi perahu mangsa ditinggalkan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala operasi SAR ditamatkan sepenuhnya pada jam 3.35 petang.

Seramai tujuh anggota bomba terlibat dalam operasi yang diketuai oleh PBK I Muhd Nur Faiz Abdullah.

Siasatan awal mendapati mangsa keluar dari rumah sekitar jam 9 pagi pada Isnin lalu, untuk memancing dan memaklumkan kepada ahli keluarganya.

Namun, mangsa tidak pulang sehingga laporan kehilangan dibuat.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Mukah untuk proses bedah siasat.

Artikel : Buletin Tv3
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Ingat dah samseng..
Ada lg samseng..
Ambik habuan..
😁😁😁😁

#infosemasa

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan lori durian jalan perwira jaya - selancar Jalan Redong Selancar dekat selancar 2 pagi tadi.

Laluan terhalang dan hati hati memandu.

06/06/2025
#Malaysia
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

INFAQ JUMAAT RM10

Amjad Quran Centre membuka peluang bagi siapa sahaja yg ingin membuat sumbangan seikhlas hati.

Sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk memenuhi keperluan dalam AQC bg kemudahan pelajar & pengajar.

Dalam masa yg sama dapat kami manfaatkan sumbangan tersebut untuk mengembangkan AQC supaya ramai lagi masyarakat (kanak²-warga emas) berpeluang mempelajari ilmu Al-Quran..

📖 Rasulullah ﷺ bersabda:
"Sesungguhnya sedekah itu memadamkan murka Allah dan menghindarkan dari su'ul khatimah (akhir hidup yang buruk)." (HR. Tirmidzi)

Sumbangan boleh disalurkan di sini:

Maybank
555069128470
Amjad Quran Centre

Ref : Infaq AQC

Jazakumullah kheir 💐

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

#khidmatmasyarakat

PUPA KUNDASANG

5 JUN 2025 / KHAMIS

SIAP SIAGA KECEMASAN ACARA REMEMBERING 5615

Pupa Kundasang telah menerima satu (1) kes kemalangan Jalan Raya ( KJR).

Mangsa telah datang ke Pupa Kundasang untuk mendapatkan rawatan awal selepas terlibat dalam kemalangan semasa menyertai acara larian sempena memperingati kejadian gempa bumi 5.6.2015.

Mangsa telah dilanggar semasa acara larian tersebut dan dibawa ke Pupa Kundasang untuk pemeriksaan lanjut. Pemeriksaan awal oleh anggota bertugas mendapati mangsa mengalami kecederaan ringan pada buku lali kaki kiri. Tiada kecederaan serius lain dikesan pada tubuh mangsa.

Anggota bertugas telah memberikan rawatan awal kecemasan di Pupa Kundasang. Mangsa dinasihatkan untuk berehat dan dirujuk untuk rawatan susulan sekiranya keadaan berlanjutan atau bertambah serius.

Disediakan oleh
Pusat Kawalan Operasi Unit (PKOU)
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kundasang

@jabatanperdanamenteri

#APMsanasini
#APM
#SediaPantasBerintegriti
#KerajaanMadani
#PekaAmaran
#KesiapsiagaanBencanaTanggungjawabBersama
#MonsunBaratDaya2025
#Taatsetia
#MADANIbekerja
#DekadPlatinumAPM
#DekadPlatinum221
#Malaysia
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kanak-kanak maut jatuh dari tingkat 30 pangsapuri

Oleh Nor Azizah Mokhtar
Jun 5, 2025 @ 10:47pm

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 30 sebuah unit kediaman pangsapuri di Bukit Jalil, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Aidil Bolhassan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS 999 pada jam 11.17 pagi daripada seorang lelaki yang memaklumkan kejadian itu.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai jatuh dari balkoni kediaman terletak di tingkat 30 salah sebuah blok di pangsapuri terbabit.

"Mayat mangsa kini berada di Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) dan bedah siasat dijadual dilakukan esok," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Artikel : Berita Harian
#Malaysia
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

👉อุบัติเหตุ วันที่ 05/06/68 เวลาประมาณ 15:00 น. กว่าๆ เกิดอุบัติเหตุรถกระบะ ยางแตกเสียหลักไปชนเสาไฟฟ้า ทำให้ คนขับ เสียชีวิต ที่โรงพยาบาล คนมาเลเซีย อุบัติเหตุเกิดที่ หน้า เกษตรยี่งอ บ้านทุ่งคา อำเภอยี่งอ จังหวัดนราธิวาส
(อินนาลิลละห์ฮีวาอินนาอีลัยฮีรอยีอุน) ได้กลับสู่ความเมตตาของอัลเลาะห์แล้ว

#อุบัติเหตุ
#Malaysia

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

TQ ☺️!! Customer atas feedback langganan movie 🍿Netflix Murah Malaysia 🇲🇾

Tak perlu pening kepala bayar mahal abg‼️, admin ( @netflixbos ) sediakan pakej terlajak murah mampu milik😇

👉🏻 ID boleh login All device Tv/phone/Pc/Ps
✅ FULL warranty 💯
✅ Netflix Official (Original)
✅ Plan Premium 4k UltraHD
✅ 10000 ++ Movie + 1000 ++ Drama 🎭 🎥
✅ Fast Service 💨
✅ Account Very Stable And No Issue
✅Not a Hack acct
✅No screen limit issue 📺
✅private profile, have pin📌

‼️disney, prime dan iptv juga ada

Cepat 💨contact admin jgn tunggu lagi jom langgan
👇👇👇
@netflixbos
@netflixbos
@netflixbos

Join telegram group 👇🏻
/channel/netflixmurahmalaysiaRm7

Join telegram update movie 15k follower👇🏻
/channel/previewmovienetflix

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

KEBAKARAN KENDERAAN DI JALAN KUALA TUTONG

Tutong, Khamis, 05 Jun 2025 – Jabatan Bomba dan Penyelamat telah menerima panggilan Kebakaran Kenderaan pada jam 12.31 pagi. Sebuah jentera Bomba dari Balai Bomba Tutong bersama tujuh orang anggota yang diketuai oleh Timbalan Pegawai Balai Rinald dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan tersebut.

Apabila sampai di tempat kejadian didapati sebuah kenderaan jenis SUV telah terbakar keseluruhan. Anggota Bomba segera bertindak memadamkan kebakaran kereta menggunakan satu jet hos.

Pemandu telahpun keluar dengan selamat sebelum ketibaan Bomba serta tidak ada kecederaan dilaporkan semasa kejadian.

AB 1240 Mohd Noor Hazlami bin Mahmud

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Terdahulu, Amir meluahkan rasa syukur selepas penantiannya untuk menunaikan ibadah haji menjadi kenyataan dan lebih menggembirakan penyanyi itu akan berangkat ke Tanah Suci bersama isterinya.

Disiarkan pada: Jun 4, 2025 @ 6:56pm
Noor Hidayah Tanzizi dan Nur Alif Hazmi Suffian
am@hmetro.com.my
Kredit ➡️ Harian Metro
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Tular sejak pagi tadi, hebahan serta gambar seorang tahanan polis didakwa telah melarikan diri ketika menerima rawatan di Hospital Pasir Mas, Kelantan malam tadi.

Op Tutup telah dilancarkan di lokasi berhampiran dan usaha mengesan OKT terbabit sedang giat dilakukan.

Orang ramai juga diminta berhati-hati dan segera menghubungi pihak Polis jika mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut.

Setakat ini, belum ada lagi sebarang berita atau kenyataan rasmi dikeluarkan.

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🎉 𝐆𝐢𝐯𝐞𝐚𝐰𝐚𝐲 𝐒𝐩𝐞c𝐢𝐚𝐥 𝐔𝐒𝐃𝟔𝟎 𝐝𝐚𝐫𝐢 𝐓𝐞𝐚𝐦 𝐍𝐮𝐬𝐚𝐧𝐭𝐚𝐫𝐚! 🎉

Rebut peluang untuk menang! 🎁 Giveaway ini TERHAD – siapa cepat, dia dapat! 🚀

📩 Hubungi kami sekarang sebelum terlambat! ⏳🔥
https://freeusd.wasap.my/

Oh ya! Jangan lupa juga claim NDB USD111, TnC applied. Wasap admin di bawah Kalau nak tau ya!

https://Headway.wasap.my

FREE USD30 di MTrading
https://mtradingnur.wasap.my

FREE USD30 di FXGT
https://Fxgt.wasap.my

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

17:36hrs Lokasi tepat kemalangan di Km 197.8 arah Utara dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat. Lorong kanan kedua - dua arah ditutup. Trafik arah Utara perlahan 4km manakala arah Selatan perlahan 2.5km. Pandu berhati - hati. Harap maklum. @llmtrafik

#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Kemalangan Dua Motosikal di Jalan Lama Rattaphum–Hat Yai, Dua Cedera

Hat Yai, Songkhla | 4 Jun 2025, 11:05 pagi
Satu kemalangan melibatkan dua buah motosikal telah berlaku di Jalan Phetkasem, Kampung 1, Tambon Chalung, Daerah Hat Yai, Wilayah Songkhla.

Insiden ini dilaporkan kepada Balai Polis Chalung, yang segera ke lokasi kejadian untuk menjalankan siasatan.

Kemalangan melibatkan dua buah motosikal yang bertembung, menyebabkan dua orang mangsa mengalami kecederaan.

Pasukan perubatan dan kecemasan dari Unit Penyelamat Chalung telah memberikan rawatan awal di tempat kejadian sebelum membawa kedua-dua mangsa ke Hospital Hat Yai untuk rawatan lanjut.

Artikel : Infosemasa
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

Imigresen Johor tahan 236 PATI di dua pusat hiburan Stulang Laut

Oleh Azizi Majid
Jun 4, 2025 @ 1:47pm

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen, Johor menahan 236 pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam serbuan di dua pusat hiburan di Stulang Laut, di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Jafri Embok Taha berkata operasi jam 11.50 malam hingga 2.15 pagi itu dilaksanakan berdasarkan maklumat awam dan risikan selama tiga minggu.

Seramai 473 individu diperiksa dalam Op Kutip membabitkan 196 warga tempatan dan 277 warga asing.

Hadir sama ialah Pengarah Imigresen Negeri Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus.

Semua PATI berusia antara 17 hingga 40 tahun yang ditahan terdiri daripada 111 wanita dan tiga lelaki warga Thailand, 43 wanita dan 13 lelaki warga Vietnam, 23 lelaki warga Bangladesh dan 14 lelaki warga India.

Turut ditahan 10 lelaki warga Pakistan, tujuh lelaki warga Nepal, empat lelaki dan seorang wanita warga China, empat wanita warga Laos dan tiga lelaki warga Indonesia.

Semua warga asing berkenaan ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) kerana tidak memiliki pas atau permit yang sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa di negara ini.

Semua yang ditahan dibawa ke depoh tahanan imigresen di Kompleks Dalam Negeri Setia Tropika.

Artikel : Berita Harian
#infosemasa
@infosemasaofficial

Читать полностью…

INFO SEMASA OFFICIAL

🔹 *"Masalah kewangan? Jangan risau!"*
Kami tawarkan:
✔️ Pinjaman wang berlesen
✔️ Proses cepat & selamat
✔️ Sesuai untuk pelbagai keperluan
✔️ Cover Seluruh Area Semenanjung
✔️ Prose 30 Minit
✔️ Tanpa Deposit & Penjamin
📲 Klik link di bio untuk mohon sekarang!
http://wasap.my/601128595992/NAKAPPLYLOANTG

Читать полностью…
Subscribe to a channel