ismaweb | Unsorted

Telegram-канал ismaweb - Ismaweb.my

7534

Subscribe to a channel

Ismaweb.my

Ahli Parlimen MCA meminta kerajaan meneliti semula pengenalan garis panduan khusus berkaitan pembabitan orang Islam dalam majlis sambutan perayaan, upacara kematian, kunjungan dan penganjuran majlis di rumah ibadat selain Islam.

Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (BN-Ayer Itam) yang juga Presiden MCA mempersoal garis panduan berkenaan yang disifatkan boleh mengundang situasi bercampur baur khususnya bagi orang Islam yang mempunyai ahli keluarga selain daripada agama selain Islam.

Justeru, beliau berharap kandungan panduan sebelum diterbitkan nanti lebih jelas selain menjamin dan menjaga keharmonian antara kaum.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Penduduk Gaza yang terpaksa berpindah akibat perang dan kini kembali ke utara wilayah itu memberitahu mereka tidak akan sesekali bersetuju menyerahkan tanah air mereka, seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump.

Trump, dalam sidang akhbar di Rumah Putih pada Selasa bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mencadangkan 'pemilikan jangka panjang' Gaza oleh Amerika Syarikat, beberapa hari selepas mencetuskan kejutan dengan cadangan supaya penduduk wilayah itu dipindahkan ke Jordan atau Mesir.

"Kami hanya ada satu pilihan: untuk hidup atau mati di sini," kata Ahmed Halasa, seorang penduduk Gaza City berusia 41 tahun, sambil berdiri di sisi runtuhan bangunan yang musnah.

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Sebuah helikopter terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong, seorang petugas lapangan maut - JBPM Pahang

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Jabatan Imigresen menahan 58 pendatang tanpa izin disyaki melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen dalam serbuan di medan selera di pusat bandar Puchong, Selangor, semalam.

Ketua Pengarahnya Datuk Zakaria Shaaban berkata penahanan dilakukan hasil pemeriksaan terhadap 102 individu dan antara kesalahan dikesan ialah tinggal lebih masa, menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara (PLKS) serta menjalankan perniagaan secara haram.

Beliau berkata kesemua yang ditahan terdiri daripada 31 lelaki dan 10 wanita warganegara Myanmar, dua lelaki dan seorang wanita Indonesia, sembilan lelaki Bangladesh, empat lelaki India dan seorang lelaki Vietnam.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
https://www.tiktok.com/

Читать полностью…

Ismaweb.my

Mesir dan Palestin mengadakan perbincangan pada Rabu untuk membincangkan rancangan pemulihan bagi Semenanjung Gaza yang musnah akibat serangan Israel tanpa perlu memindahkan rakyat Palestin, lapor Agensi Anadolu (AA).

Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.

Satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mesyuarat itu menegaskan sokongan Mesir terhadap kerajaan Palestin serta rancangan reformasinya.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
https://www.tiktok.com/

Читать полностью…

Ismaweb.my

Malaysia perlu melaksanakan pembaharuan cukai termasuk memperkenalkan semula cukai barangan dan perkhidmatan (GST) atau cukai nilai tambah (VAT), demikian menurut Bank Dunia.

Bank Dunia menerusi Laporan Mengurangkan Ketidaksamaan dan Memperkukuh Mobiliti di Malaysia berkata, langkah itu dapat memastikan sistem percukaian negara lebih cekap serta berupaya mengurangkan ketidaksamaan ekonomi dalam kalangan rakyat.

Katanya, langkah itu juga dijangka meningkatkan hasil jangka panjang dengan ketara melalui percukaian langsung dan tidak langsung.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Jurucakap Hamas, Hazem Qassem:

Gerakan Perjuangan Islam Palestin menentang keras kenyataan Presiden AS, Donald Trump mengenai pemindahan penduduk Palestin di Gaza.

Kenyataan Trump bersifat perkauman dan mencerminkan ketiadaan standard moral serta kemanusiaan.

Читать полностью…

Ismaweb.my

https://www.ismaweb.my/2025/02/05/pbb-lebih-565000-orang-pindah-dari-selatan-ke-utara-gaza-dalam-seminggu/

Читать полностью…

Ismaweb.my

Remaja perempuan maut selepas terjatuh dari motosikal lalu digilis sebuah bas di Jalan Kemajuan di sini malam tadi.

Dalam nahas 8.20 malam itu, mangsa Nur Damia Umairah Amir Aswadi, 18, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketika kejadian, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha NVX dari arah bandar ini menghala ke rumahnya di Manir manakala bas dipandu lelaki berusia 70 tahun itu pula menghala pulang ke Kuala Berang.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang berada di lorong kiri dikatakan memasuki laluan bas yang sedang bergerak terus di lorong tengah.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mengemukakan cadangan luar biasa untuk AS 'mengambil alih' Semenanjung Gaza, tatkala beliau menyambut kedatangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bagi rundingan penting berhubung perjanjian gencatan senjata dengan Hamas.

Malah, Trump menggandakan desakannya supaya rakyat Palestin berpindah keluar dari Gaza ke negara Asia Barat seperti Mesir dan Jordan, meskipun rakyat Palestin serta kedua-dua negara itu telah menolak mentah-mentah gesaan berkenaan.

"AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza dan kami juga akan melakukan sesuatu dengannya. Kami akan memilikinya," kata Trump pada satu sidang media bersama Netanyahu.

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengambil laluan berbeza ketika melakukan perjalanan ke Amerika Syarikat (AS) semata-mata mahu mengelakkan ruang udara negara yang menguatkuasakan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ke atasnya pada November 2024.

Perkara itu didedahkan akhbar Maariv pada akhir minggu lalu selepas pesawat rasmi, Wing of Zion yang membawa Netanyahu mengelak negara Eropah ketika menyeberangi Lautan Atlantik.

“Destinasi penerbangan itu turut 'disembunyikan' daripada radar. Laluan biasa sepatutnya merentasi Laut Mediterranean dan menuju ke barat melintasi Greece atau Turkiye sebelum memasuki ruang udara negara Eropah,” jelas laporan itu lagi.

Sumber: Agensi

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Kementerian Pendidikan (KPM) mendedahkan peningkatan dalam trend penggunaan rokok elektronik atau vape membabitkan murid sekolah dengan 20,000 golongan itu terjebak kegiatan terbabit tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Wong Kah Woh berkata angka itu diperoleh berdasarkan statistik yang direkodkan dalam Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM).

Berdasarkan data itu, beliau mendapati trend penggunaan rokok elektronik atau vape dalam kalangan murid sekolah di bawah KPM menunjukkan peningkatan.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menolak penyelewengan menjadi antara faktor yang menjejaskan produktiviti pengeluaran padi dan beras negara.

Bagaimanapun, beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan terhadap isu berkenaan.

"Saya tidak mahu nafikan berlaku penyelewengan. Biar badan penguat kuasa siasat. Saya juga teliti kenyataan Menteri Besar (Kedah) kalau ada bukti maklumkan kepada kita untuk diambil tindakan.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Pasukan Polis Marin (PPM) menumpaskan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi apabila menahan enam lelaki dan merampas 102,300 liter diesel subsidi di stor penyimpanan minyak di, Inanam, di sini.

Serbuan kira-kira jam 12 tengah hari oleh Unit Gempur Marin (UNGERIN) PPM Wilayah Empat Sabah, semalam turut merampas beberapa kenderaan termasuk lori tangki dengan anggaran nilai keseluruhan rampasan kira-kira RM1,239,545.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, serbuan itu dijalankan menerusi Op Taring Landai.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Ancaman ekonomi oleh Amerika Syarikat (AS), cadangan mengkaji semula dasar berkaitan penghasilan beras serta Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia menjadi antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman sesawang Parlimen, Lim Guan Eng (DAP-Bagan) bertanya kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan dunia susulan pelaksanaan tarif oleh Presiden AS, Donald Trump, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

Beliau juga ingin mengetahui sama ada Malaysia akan bekerjasama dengan China, Kanada dan Mexico serta langkah kewangan dan fiskal yang akan diambil untuk melindungi ekonomi serta rakyat Malaysia daripada kesan tarif tersebut.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Ratusan khemah di kem pemindahan di pelbagai kawasan di Rafah dan Mawasi Khan Yunis di Semenanjung Gaza mengalami banjir akibat hujan lebat, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Penduduk yang terpaksa berpindah berkata, khemah mereka diterbangkan angin kencang, menyebabkan mereka menghadapi kesejukan tanpa perlindungan.

Hujan lebat yang melanda seluruh wilayah Gaza menambah penderitaan puluhan ribu penduduk tempatan yang rumah mereka terjejas teruk akibat pengeboman intensif.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).

Berdasarkan pemantauan KKM, kadar konsultasi penyakit seperti influenza (ILI) di klinik kesihatan pada Minggu Epidemiologi (ME) 4/2025 adalah 4.67 peratus, menurun sebanyak 0.14 peratus berbanding 5.81 peratus pada ME 3/2025.

"Pada tempoh yang sama, kadar kemasukan kes jangkitan pernafasan akut yang teruk atau severe acute respiratory infection (SARI) di hospital adalah 7.26 peratus, iaitu menurun 0.16 peratus berbanding 7.52 peratus pada ME 03/2025,” menurut KKM dalam kenyataan pada Khamis.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi lima produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual dan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.

KKM dalam kenyataan hari ini, memaklumkan produk itu ialah Molly Care Night Cream dan Karisma Brightening Day Cream yang masing-masing mengandungi merkuri selain produk Ufora Advance Repair Solution kerana mengandungi hidrokuinon.

Turut disenarai ialah Pinkkiss Beauty Care Herbal Cream yang mengandungi merkuri dan betamethasone 17-valerate manakala Pinkkiss Beauty Care Treatment Cream dikesan mengandungi hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Seorang pegawai Palestin mengumumkan 60 tahanan Palestin yang dibebaskan oleh Israel sebagai sebahagian daripada perjanjian gencatan senjata, kini berada di Mesir akan dihantar ke Türkiye, Qatar, Malaysia, dan Pakistan.

Ketua Kelab Tahanan Palestin, Abdullah Zaghari, ketua berkata setiap negara akan menerima 15 tahanan Palestin.

Beliau menambah terdapat 70 tahanan Palestin yang kini ditempatkan di sebuah hotel di ibu kota pentadbiran baharu Mesir sementara menunggu proses penghantaran ke negara yang berkenaan.

Sumber: Agensi

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
https://www.tiktok.com/

Читать полностью…

Ismaweb.my

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu optimis Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan membantu Israel mencapai semua matlamat perang mereka.

"Seperti yang kita bincangkan, Tuan Presiden, untuk memastikan masa depan kita dan membawa keamanan kepada rantau kita, kita perlu menyelesaikan tugas ini," kata Netanyahu semasa sidang media bersama Trump di White House, pada Selasa.

Netanyahu mengulang kembali objektif Israel untuk membawa pulang baki tebusan yang masih ditahan di Gaza, memusnahkan keupayaan Hamas dan memastikan Gaza tidak menjadi ancaman kepada Israel.

Sumber: Agensi

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Arab Saudi hari ini menegaskan pendirian bahawa normalisasi hubungan dengan Israel tidak akan berlaku tanpa penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka, sekali gus menolak dakwaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, kononnya Riyadh telah menggugurkan tuntutan itu.

Kementerian Luar Arab Saudi menekankan bahawa pendirian kerajaan itu kekal 'teguh dan tidak berubah', berikutan kenyataan Trump pada pertemuannya dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, di Rumah Putih, semalam.

"Putera Mahkota Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al Saud dengan jelas dan tanpa ragu-ragu telah mengulangi pendirian ini dalam titah ucapan baginda pada pembukaan sesi pertama penggal kesembilan Majlis Syura pada 18 September 2024," kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Bagi Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, lawatan ke Amerika Syarikat (AS) memberi lonjakan kepada beliau di pentas dunia selepas Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas dakwaan jenayah perang.

Memandangkan Washington tidak mengiktiraf mahkamah tersebut, bermakna AS tidak mempunyai kewajipan untuk menahan Netanyahu - dan telah mengecam keras tindakan ICC itu.

Waran tangkap turut dikeluarkan terhadap bekas Menteri Luar Israel, Yoav Gallant.

Sumber: Awani

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menumpaskan aktiviti penyeludupan minuman keras dan rokok bernilai RM1.3 Juta dalam tiga serbuan berasingan Pelabuhan Sepanggar, Tawau dan Semporna.

Serbuan bermula pada 17 dan 18 Januari lalu oleh pegawai dan anggota penguatkuasa Kastam Zon Sabah, turut menahan lima individu yang dipercayai terbabit dalam kegiatan berkenaan.

Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Siti Mang berkata, kejayaan serbuan ini hasil daripada kolaborasi JKDM Sabah dalam menangani sebarang aktiviti yang membabitkan penyeludupan barang larangan atau barang tak berkastam.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

https://www.ismaweb.my/2025/02/05/arab-saudi-tegaskan-tiada-normalisasi-dengan-israel-tanpa-penubuhan-negara-palestin/

Читать полностью…

Ismaweb.my

Kumpulan Palestin Hamas pada Selasa mengesahkan bahawa rundingan bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza dan pertukaran tahanan telah bermula, lapor Agensi Anadolu.

"Rundingan dan hubungan bagi fasa kedua telah bermula, dan tumpuan kami adalah kepada perlindungan, bantuan serta usaha membangunkan semula kehidupan rakyat kami di Gaza," kata jurucakap kumpulan itu, Abdel Latif al-Qanoua, dalam satu kenyataan.

Beliau menuduh Israel sengaja "melewatkan pelaksanaan protokol kemanusiaan dalam perjanjian gencatan senjata serta melengahkan pelaksanaannya."

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Seramai 39 pesakit dan 55 pengiring telah keluar melalui pintu sempadan Rafah untuk mendapatkan rawatan.

Sumber: TV Al-Aqsa

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

75% penduduk Tulkarm dipaksa berpindah oleh penjajah Zionis.

Sumber: TV Al-Aqsa

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri tahun lalu akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam, Amer Hamzah Arshad yang mewakili Muhyiddin, 78, berkata permohonan itu akan dibuat kerana mendakwa ada ‘kesukaran luar biasa’ yang timbul dalam akta itu.

“Kita juga mahu mencabar kesahihan peruntukan tertentu dalam akta itu,” katanya kepada pemberita selepas sebutan kes hasutan itu di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Sumber: Awani

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Penderma dan kumpulan bantuan diminta mengutamakan penghantaran khemah serta tempat perlindungan sementara bagi membantu menempatkan penduduk Gaza yang kehilangan rumah akibat serangan Israel.

Pejabat Media Kerajaan Gaza berkata, ketika ini beribu-ribu keluarga Palestin di seluruh Semenanjung Gaza sedang tidur di tempat terbuka pada suhu yang sejuk.

“Menyediakan tempat perlindungan menjadi keperluan bantuan kemanusiaan yang tidak boleh ditangguhkan. Ia adalah keperluan paling mendesak pada masa ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Dituduh mencuri wang tunai lebih RM40,000 serta barang kemas, seorang lelaki etnik Rohingya dipercayai dipukul sehingga mati sebelum mayatnya diletakkan di dalam kolah dan ditimbus dengan tanah.

Mangsa yang berusia lewat 20-an itu dipercayai bekerja sebagai tukang rumah di daerah ini dan menetap bersama majikannya di sebuah kawasan perumahan, Jalan Kampung Sungai Baru, di sini sejak empat bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda menerima panggilan pada jam 10.30 malam pada 28 Januari lalu, daripada seorang wanita memaklumkan suaminya ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah di kawasan perumahan, Jalan Kampung Sungai Baru.

Sumber: Harian Metro

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…
Subscribe to a channel