Terpengaruh dengan kenalan media sosial yang berkongsi maklumat pelaburan keuntungan tinggi, guru tuisyen rugi RM886,000 dijerat sindiket pelaburan tidak wujud.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian Deputi Superintendan Abd Hamid Abdul Rahaman berkata, mangsa iaitu wanita berusia 43 tahun berkenalan dengan suspek tahun lalu dan ditawar menyertai satu pelaburan melalui aplikasi berkait wang kripto pada 21 September lalu.
"Suspek menjanjikan keuntungan yang tinggi dan berkali ganda terhadap jumlah wang yang dilaburkan.
Sumber: Harian Metro
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
"Gaza bukanlah hartanah yang boleh dijual dan dibeli, ia adalah sebahagian daripada tanah Palestin kami yang diduduki."
Izzat Al-Rishq
Ahli Biro Politik Hamas
Sumber: HAMAS
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Seorang Ahli Parlimen mencadangkan supaya kaedah pemberian subsidi ke atas minyak masak paket ditukar kepada pemindahan tunai menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (SARA) setiap bulan.
Lee Chean Chung (PH-Petaling Jaya) berkata, pendekatan sedemikian lebih berkesan dalam membendung ketirisan yang dilaporkan masih dan terus berlaku, biarpun pelbagai pemantauan dan tindakan sudah diambil penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
"Kerajaan wajar mengkaji pemberian subsidi minyak masak dan memberikan bayaran bersasar menerusi bentuk tunai. Ini cara lebih baik dengan penjimatan.
Sumber: Berita Harian
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Puasa Hari Putih adalah amalan sunnah yang dilakukan setiap 13, 14, dan 15 haribulan Hijrah.
𝗡𝗶𝗮𝘁 𝗣𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗣𝘂𝘁𝗶𝗵:
نَوَيْتُ صَوْمَ أَيَّامِ الْبِيْضِ سُنَّةً لِلَّهِ تَعَالَى
Nawaitu shauma ayyaamil baidhi sunnatan lillaahi ta'aalaa.
“Sahaja aku puasa sunat hari putih kerana Allah Taala.”
Semoga kita semua mendapat keampunan daripada Allah S.W.T dan semoga amalan serta doa kita diperkenankan Allah S.W.T pada malam yang penuh kemuliaan ini.
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Kerajaan Arab Saudi mengumumkan peraturan baharu bagi musim haji 2025 dengan kanak-kanak tidak dibenarkan untuk menyertai jemaah haji ke Tanah Suci.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menyatakan bahawa langkah itu bertujuan untuk melindungi kanak-kanak daripada risiko berbahaya akibat kesesakan yang luar biasa setiap tahun semasa musim haji.
"Kami mengambil langkah ini untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak serta mengurangkan sebarang bahaya yang mungkin berlaku semasa perjalanan haji," menurut kementerian itu dalam kenyataannya baru-baru ini.
Sumber: Agensi
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Tanggal 28 Februari bersamaan 29 Syaaban 1446H ditetapkan sebagai tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi mengisytiharkan tarikh permulaan puasa umat Islam di negara ini.
Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohd Naim, berkata tarikh permulaan puasa dijangka 1 atau 2 Mac, bergantung kepada penampakan anak bulan berkenaan.
"Di Pahang, pencerapan anak bulan akan dilakukan di tiga tempat iaitu Menara 188 Kuantan, Nenasi dan Cameron Highlands.
Sumber: Berita Harian
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) pada tahun 2024 meningkat kepada 70.4 peratus berbanding 70 peratus pada tahun sebelumnya, menurut Statistik Tenaga Buruh, Malaysia, Disember dan Suku Tahun Keempat 2024.
Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, dalam tempoh yang sama kadar pengangguran turun kepada 3.3 peratus pada 2024, berbanding 3.4 peratus yang direkodkan pada tahun sebelumnya.
"Ekonomi Malaysia dilihat kekal pada trajektori pertumbuhan positif pada tahun 2024, didorong oleh prestasi ekonomi yang kukuh meskipun berdepan dengan ketidaktentuan luaran yang berterusan.
Sumber: Sinar Harian
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan bahawa keadaan keselamatan negara terkawal dan sebarang ancaman akan ditangani dengan tegas.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya komited dalam memastikan keselamatan rakyat berada pada tahap tertinggi, seiring dengan cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
Katanya, keselamatan awam dan ketenteraman negara kekal menjadi keutamaan KDN dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada dalam keadaan kesiapsiagaan terbaik bagi menangani ancaman jenayah.
Sumber: Awani
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka menerima dividen melebihi 5.8 peratus bagi simpanan konvensional tahun lalu, menjadikannya kadar tertinggi dalam tempoh tiga tahun.
Ia meningkat sedikit berbanding 5.5 peratus yang diumumkan pada 2023, menurut portal berita itu memetik laporan sumber.
Kadar bagi simpanan syariah pula dianggarkan antara 5.4 peratus hingga 5.6 peratus, menurut sumber yang mengetahui perkara itu.
Sumber: Harian Metro
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
"Kami mengecam kenyataan Trump mengenai membeli dan memiliki Gaza. Ia merupakan kenyataan tidak bermakna dan mencerminkan kejahilan mendalam tentang Palestin dan kawasan ini."
Sumber: Hamas
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, membatalkan akses keselamatan bekas Setiausaha Negara, Antony Blinken, serta beberapa lagi pemimpin Demokrat lain, menurut Xinhua yang memetik laporan beberapa media AS, semalam.
Akhbar New York Post memetik kenyataan Trump dalam satu temu bual eksklusif bahawa beliau membuat keputusan untuk menarik balik akses keselamatan Blinken.
Sehubungan itu, Blinken tidak lagi boleh mengakses maklumat sulit atau memasuki kemudahan kerajaan persekutuan.
Sumber: Bernama
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Setiap dasar yang dirangka berhubung cadangan pelaksanaan garis panduan bagi majlis melibatkan umat Islam di rumah ibadat bukan Islam perlu mengambil kira aspek perpaduan nasional serta mendapatkan kelulusan Kabinet terlebih dahulu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam kenyataan bersama berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
"Perkara ini berbangkit susulan beberapa pertanyaan daripada umat Islam tentang jemputan ke majlis anjuran masyarakat bukan Islam yang mungkin melibatkan unsur-unsur keagamaan.
Sumber: Bernama
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Khamis memberi amaran bahawa hujan lebat dan angin kencang di Gaza mengancam ratusan ribu penduduk Palestin dengan cuaca sejuk yang teruk.
Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), ancaman ini timbul selepas rumah mereka musnah akibat serangan Israel selama 15 bulan.
Dalam satu hantaran di platform X, UNRWA menyatakan ramai keluarga Palestin masih tinggal di tempat perlindungan sementara akibat kemusnahan besar di seluruh Gaza, dengan cuaca buruk baru-baru ini, termasuk hujan lebat dan angin kencang, memburukkan lagi keadaan.
Sumber: Bernama
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Jurucakap Hamas, Hazem Qassem, pada Khamis memberi amaran bahawa rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengambil alih Gaza dan mengusir penduduknya adalah satu 'pengisytiharan hasrat untuk menduduki' wilayah Palestin itu.
Kumpulan pejuang Palestin itu juga menyeru supaya diadakan sidang kemuncak Arab segera bagi menangani pemindahan rakyat Palestin dari Gaza, kata Qassem dalam satu kenyataan.
Sementara itu, Trump bertegas dengan pelan mengejutkan yang pertama kali diumumkannya pada Selasa, termasuk cadangannya untuk menempatkan semula dua juta rakyat Palestin di tempat lain di Timur Tengah.
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Rancangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk menempatkan semula rakyat Palestin dari Gaza ke Jordan adalah satu 'resipi radikalisme' yang boleh mencetuskan kekacauan di Timur Tengah, menggugat perjanjian damai Jordan dengan Israel, bahkan mengancam kelangsungan negara itu sendiri.
Amaran keras ini akan disampaikan oleh Raja Jordan, Raja Abdullah II kepada Trump dalam pertemuan mereka di Washington pada 11 Februari, sebagai sebahagian daripada usaha diplomatik menentang sebarang rancangan pemindahan, menurut tiga pegawai kanan Jordan yang enggan dikenali.
"Ini adalah isu kewujudan. Penolakan rakyat sangat kuat, dan ini bukan sesuatu yang boleh dipertimbangkan oleh Jordan. Ini bukan soal ekonomi atau keselamatan bagi Jordan, tetapi soal identiti," kata Marwan Muasher, bekas Menteri Luar Jordan yang membantu merundingkan perjanjian damai Jordan-Israel pada 1994.
Sumber: Reuters
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Tentera Israel membakar beberapa rumah dan sebuah ladang di selatan Lubnan pada Rabu, dalam insiden terbaru pelanggaran perjanjian gencatan senjata, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.
Menurut Agensi Berita Lubnan, beberapa rumah dibakar oleh tentera Israel di bandar Al-Aadaissah.
Tentera Israel juga melepaskan tembakan ke arah pinggir bandar Bint Jbeil dan meletupkan sebuah ladang di kawasan sempadan Aita al-Shaab, menurut laporan penyiar itu.
Sumber: Bernama
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Kumpulan pejuang Houthi yang berpangkalan di Iran bersedia untuk melancarkan serangan ke atas Israel sekiranya negara itu melancarkan semula perang ke atas Gaza dan tidak mematuhi perjanjian gencatan senjata, kata pemimpin mereka, Abdulmalik Al-Houthi, pada Selasa.
Houthi sebelum ini telah menyerang kapal Israel dan kapal lain di Laut Merah, mengganggu laluan perkapalan global, yang mereka nyatakan sebagai tindakan solidariti dengan rakyat Palestin di Gaza semasa perang Israel dengan Hamas.
“Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika mereka kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza,” kata Al-Houthi dalam satu ucapan yang disiarkan di televisyen.
Sumber: Agensi
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Rakyat Israel berhimpun di Tel Aviv selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengancam untuk menyambung serangan di Gaza jika Hamas tidak membebaskan tebusan Israel.
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
Beliau juga menyatakan tentera Israel akan meneruskan serangan sehingga Hamas dikalahkan sepenuhnya.
Sumber: Awani
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, dekat sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.53 malam.
Beliau berkata 13 anggota beserta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn digegaskan ke lokasi kejadian.
Sumber: Bernama
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Kumpulan Hamas mengingatkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bahawa satu-satunya cara untuk membawa pulang tahanan Israel adalah dengan menghormati gencatan senjata antara di Israel dan Hamas.
Pegawai kanan Hamas, Sami Abu Zuhri berkata, Trump perlu ingat terdapat perjanjian yang perlu dihormati oleh kedua-dua pihak, dan ia adalah satu-satunya cara untuk membawa pulang tahanan.
"Ancaman tidak mempunyai nilai dan hanya merumitkan keadaan," katanya.
Sumber: Reuters
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, komited untuk 'membeli' dan memiliki Gaza, namun tidak menolak kemungkinan membenarkan beberapa bahagian wilayah itu dibangunkan semula oleh negara lain di Asia Barat.
Trump berkata, beliau juga terbuka terhadap kemungkinan membenarkan sebahagian pelarian Palestin memasuki AS tetapi akan mempertimbangkan permohonan berdasarkan kes.
"Saya komited untuk membeli dan memiliki Gaza. Mengenai usaha membangunkannya semula, kami mungkin menyerahkannya kepada negara lain di Asia Barat untuk membina bahagian tertentu, atau pihak lain boleh melakukannya di bawah pengawasan kami.
Sumber: Reuters
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Penduduk di beberapa kawasan sekitar Kota Marudu merasai gegaran akibat gempa bumi lemah yang dilaporkan berlaku di daerah itu pada 10.39 pagi hari ini.
Antara kampung yang merasai gegaran bermagnitud 3.8 pada skala Richter itu adalah Gana, Talantang dan sekitarnya termasuk kawasan pekan.
Seorang penduduk Kampung Gana berkongsi gegaran yang berlaku di kampungnya melalui media sosial mendakwa secara tiba-tiba dia merasa pening apabila rumah bergoyang.
Sumber: Harian Metro
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Syarikat yang lorinya terbabit kemalangan hingga meragut tujuh nyawa di KM204 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, Disember lalu akan dituduh di mahkamah.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka, Muhammad Firdaus Shariff berkata, pihaknya sudah menerima arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya untuk menuduh pemilik syarikat itu.
Katanya, sebelum ini pihaknya juga menyerahkan saman kepada pemilik pada 7 Februari lalu dan wakilnya diminta hadir ke mahkamah untuk pertuduhan membawa lebih muatan mengikut Seksyen 57(1)(b) (vi) Akta Pengangkutan Awam Darat (APAD) 2010.
Sumber: Harian Metro
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menekankan peranan Malaysia sebagai rakan strategik utama menjelang lawatan rasminya, sekali gus menegaskan komitmen Turkiye dalam mempererat hubungan dua hala dan kerjasama dalam isu global, khususnya perjuangan Palestin.
"Kami memulakan lawatan empat hari ini bagi memenuhi jemputan Malaysia, Indonesia dan Pakistan," kata Erdogan dalam satu hantaran di akaun rasmi X sebelum berlepas.
Hantaran itu, yang asalnya dalam bahasa Turki, menggariskan harapan beliau terhadap lawatan berkenaan serta kepentingan jelajah ke tiga negara itu.
Sumber: Bernama
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Kementerian Kesihatan (KKM) menghentikan penjualan satu jenama kosmetik popular dari China kerana disyaki melanggar undang-undang dalam kempen pemasarannya.
Tindakan kementerian diambil selepas syarikat berkenaan, dalam siri iklan di media sosial, mendakwa produk mereka boleh dimakan.
Kementerian sudah memulakan proses untuk mengeluarkan produk syarikat terbabit dari pasaran.
Sumber: Berita Harian
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Dunia Arab dan negara-negara Islam senada mengecam cadangan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, supaya Arab Saudi menjadi lokasi baharu penubuhan negara Palestin.
Mereka menyifatkan cadangan berkenaan sebagai pencabulan terhadap kedaulatan kerajaan terbabit dan undang-undang antarabangsa dengan memaksa rakyat Palestin meninggalkan tanah air sendiri.
Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan menegaskan bahawa cadangan Netanyahu itu bersifat perkauman serta antiperdamaian, termasuk pencabulan kedaulatan dan kestabilan Arab Saudi.
Sumber: Agensi
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Siasatan di lokasi insiden helikopter yang terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Batu 9, Jalan Lama Bentong-Kuala Lumpur oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan, dijangka siap hari ini.
Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar ketika dihubungi berkata, buat masa ini, BSKU masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan bangkai helikopter itu akan dibawa keluar selepas siasatan selesai dijalankan.
Semalam, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan, BSKU akan melakukan siasatan lanjut mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016.
Sumber: Bernama
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Sebanyak tujuh premis yang dikendalikan warga asing diarah tutup serta-merta kerana didapati menjalankan perniagaan tanpa lesen sah.
Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, tangkapan tersebut dilakukan susulan tinjauan mengejut yang dilakukannya beberapa hari lalu.
“Susulan terjahan saya ke kawasan perniagaan haram warga asing tempoh hari, Majlis Perbandaran Kulai (MPKu) menjalankan satu Operasi Bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) Negeri Johor.
Sumber: Sinar Harian
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berangkat ke luar negara bagi menjalani rawatan.
Mengiringi bersama Seri Paduka Baginda, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim.
Istana Negara dalam kenyataan yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini memaklumkan perkara itu telah disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan Kerajaan Persekutuan.
Sumber: Bernama
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my
Pasukan perubatan dan penyelamat Palestin menemukan 28 lagi mayat daripada runtuhan di Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat perang pembunuhan beramai-ramai Israel sejak Oktober 2023 kepada 47,583, lapor Agensi Anadolu (AA), memetik Kementerian Kesihatan Palestin pada Khamis.
Satu kenyataan kementerian mengatakan bahawa jumlah korban termasuk seorang yang meninggal dunia akibat kecederaan dan dua lagi ditembak mati oleh tentera Israel.
Menurut kementerian itu, empat orang yang cedera juga dimasukkan ke hospital dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah yang cedera kepada 111,633 dalam serangan Israel.
Sumber: Bernama
https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my