ismaweb | Unsorted

Telegram-канал ismaweb - Ismaweb.my

7534

Subscribe to a channel

Ismaweb.my

Kementerian Luar Emiriah Arab Bersatu melaporkan;

Menteri Luar, Abdullah bin Zayed telah bertemu dengan Menteri Luar Israel, Gideon Saar, untuk membincangkan hubungan dua hala dan perkembangan semasa di rantau ini.

Читать полностью…

Ismaweb.my

Seorang wartawan dibakar hidup-hidup di dalam khemahnya di luar Hospital Perubatan Nasser.

Tragedi berlaku selepas khemah tersebut disasarkan secara sengaja oleh serangan udara Israel.

Читать полностью…

Ismaweb.my

Bekalan tenaga di Semenanjung Malaysia tidak terjejas setakat ini berikutan kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, Selangor semalam - TPM Fadillah

Читать полностью…

Ismaweb.my

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilftri esok, 31 Mac 2025.

Pengumuman tarikh Aidilfitri diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Читать полностью…

Ismaweb.my

Kerajaan umum potongan tol 50 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri selama dua hari mulai 28 Mac - Alexander Nanta Linggi

Читать полностью…

Ismaweb.my

Lebih 270 kanak-kanak terbunuh dalam tempoh seminggu sejak Israel menyambung semula serangan ganas ke atas Gaza, menurut Save the Children.

Dalam satu kenyataan, organisasi kemanusiaan itu menyifatkan tempoh tersebut sebagai 'hari paling berdarah bagi kanak-kanak sejak perang bermula'.

Читать полностью…

Ismaweb.my

Salam Ramadan Al Mubarak

Semoga Ramadan tahun ini menjadi kesempatan bagi kita untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah, memperbaiki diri, dan mendapatkan keampunan-Nya.

Читать полностью…

Ismaweb.my

Umat Islam di Malaysia mula berpuasa pada Ahad 2 Mac.

Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Beliau berkata, tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Читать полностью…

Ismaweb.my

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru sahaja selesai merakam keterangan lima saksi termasuk seorang ahli politik dari Sabah berhubung siasatan dakwaan skandal rasuah melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di negeri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata lima individu itu dipanggil susulan isu baharu mengenai siasatan berkenaan yang ditimbulkan di sebuah portal dan SPRM Sabah sedang meneliti rakaman keterangan itu.

Katanya, siasatan dakwaan skandal rasuah itu dibuat berdasarkan video dikeluarkan sebuah portal serta di media sosial.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Penggubalan Akta Pendanaan Politik perlu disegerakan dengan memfokus kepada pendanaan ketika kempen pilihan raya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, berkata cadangan itu sudah diutarakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

"Pada pendapat saya, undang-undang ini sangat ideal ketika ini memandangkan beberapa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Kemuliaan Malam Nisfu Syaaban.

Malam Nifsu Syaaban adalah malam istimewa kerana doa dimakbulkan. Marilah kita perbanyakkan doa, memohon keampunan, keberkahan, dan kemudahan dalam setiap urusan.

Semoga Allah SWT mengabulkan segala hajat yang baik, melapangkan hati, serta memberikan kita kekuatan untuk terus istiqamah di jalan-Nya.

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

#nisfusyaaban #malamnisfusyaaban #kemuliaanmalamnisfusyaaban

Читать полностью…

Ismaweb.my

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Presidennya, Datuk Dr Adnan Mat berkata, keputusan kerajaan untuk tidak menyambung perkhidmatan golongan tersebut dan tidak mengambil kira pengalaman selama enam tahun dalam perkhidmatan kontrak adalah langkah yang tidak adil.

Beliau turut menyifatkan tindakan tersebut adalah langkah membebankan mereka yang sekian lama berkhidmat dalam sektor awam.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Seramai 8,076 calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2024 dilaporkan tidak hadir bagi semua kertas peperiksaan bertulis setakat 6 Februari lepas, kata Kementerian Pendidikan (KPM).

Kementerian berkenaan dalam jawapan bertulis disiarkan di laman rasmi Parlimen memaklumkan daripada jumlah itu, 6,231 ialah calon sekolah KPM.

"Berdasarkan kepada analisis daripada Aplikasi Pengurusan Ketidakhadiran ke Sekolah Semasa Peperiksaan, antara sebab utama ketidakhadiran calon ketika peperiksaan SPM Tahun 2024 termasuk bekerja, masalah keluarga, masalah kesihatan, meninggal dunia dan berpindah ke luar negara,” kata KPM.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mahasiswa yang terbabit dalam Himpunan Rakyat Bebas Rasuah pada 25 Januari lalu dihentikan serta-merta.

Menurut Perdana Menteri, tindakan sama juga diambil terhadap himpunan oleh ahli keluarga tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), berlangsung di hadapan Kompleks Penjara Sungai Buloh beberapa hari lalu.

"Tindakan (polis) sebelum ini iaitu siasatan terhadap semua mahasiswa yang terbabit dalam himpunan bebas rasuah, siasatan dihentikan dan tidak ada tindakan akan diambil. Juga mogok lapar, tunjuk perasaan mengenai SOSMA juga tidak akan diambil tindakan," katanya di Dewan Rakyat, di sini, pada Khamis.

Sumber: Awani

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Kerajaan bercadang menyediakan beberapa lagi bantuan sosial kepada pelarian yang berdaftar dengan kerajaan dan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) termasuk kebenaran bekerja secara sah di Malaysia.

Bagaimanapun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa, berkata perincian kepada kebenaran ini sedang diperhalusi mengambil kira syarat dan keperluan tenaga kerja mengikut sektor yang bersesuaian.

Katanya, kebenaran ini juga hanya akan dimuktamadkan selepas kesemua pelarian dan pemohon suaka yang berada di Malaysia sudah berdaftar dengan kerajaan.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Proses pemindahan mangsa terus dijalankan susulan pengeboman Israel ke atas sebuah bangunan kediaman di Khan Younis, selatan Gaza.

Читать полностью…

Ismaweb.my

Sebanyak 219 rumah didapati terjejas dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya manakala 220 kediaman disahkan selamat dan tidak terkesan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ia hasil penilaian akhir fizikal oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, syarikat utiliti dan pihak berkuasa tempatan terhadap 439 rumah dalam radius 325 meter dari pusat letupan.

Daripada jumlah itu, 87 rumah mengalami kerosakan besar melebihi 20 peratus manakala 132 lagi mengalami kerosakan kecil kurang 20 peratus, katanya seperti dilapor Bernama.

Читать полностью…

Ismaweb.my

Kebakaran saluran gas;

⚫ 13 mangsa dirawat di zon merah, zon kuning 55 dan zon hijau 43 orang.

⚫ Hanya penduduk di kawasan kurang terjejas dibenar masuk ke kediaman ambil barang keperluan, dokumen penting.

⚫ Seramai 529 mangsa ditempatkan di PPS Dewan Masjid Putra Heights dan Dewan Serbaguna MBSJ (Camelia).

- Ketua Polis Subang Jaya

Читать полностью…

Ismaweb.my

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay mencadangkan supaya Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952 dipinda bagi tujuan pengemaskinian senarai bahan kimia berkaitan dadah pada jadual di bawah akta itu.

Memetik Bernama, beliau berkata, langkah itu perlu bagi melancarkan proses pertuduhan membabitkan kes penyalahgunaan dadah di mahkamah.

Читать полностью…

Ismaweb.my

Seramai 208 wartawan syahid dalam peperangan genosid oleh rejim penjajah Israel.

Читать полностью…

Ismaweb.my

⚫ Kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya dua hari sebelum dan dua hari selepas Aidilfitri.

⚫ JPJ laksana Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri 2025 bermula 24 Mac hingga 8 April seluruh negara.

- Menteri Pengangkutan, Anthony Loke

Читать полностью…

Ismaweb.my

Produk yang mendapat pengesahan halal oleh tiga badan pensijilan halal luar negara yang pengktirafan halal mereka telah ditarik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), tidak dibenarkan dibawa masuk ke negara ini bermula dari tarikh penarikan itu.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, larangan itu berkuat kuasa hingga ketiga-tiga badan pensijilan itu membuat penambahbaikan dan pembetulan terhadap kesilapan mereka seperti dikehendaki JAKIM. - Bernama

Читать полностью…

Ismaweb.my

Beras Putih Tempatan (BPT) bersubsidi berharga RM26 bagi pek 10 kilogram (kg) akan dijual di pasaran bermula 1 Mac ini.

Ketua Pengarah Kawal Selia Padi dan Beras, Datuk Badrul Hisham Mohd berkata, penjualan disasarkan kepada 400,000 ketua isi rumah (KIR) miskin, termasuk 77,000 KIR miskin tegar.

Setiap KIR dihadkan untuk membeli dua pek bagi setiap pembelian, katanya.

Читать полностью…

Ismaweb.my

Jabatan Kimia telah mengesahkan bahawa tiada unsur asid deoksiribonukleik (DNA) khinzir dalam semua sampel setiap perisa sandwic yang didapati menyalah guna logo halal.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd Ali berkata, perkara itu disahkan oleh Jabatan Kimia sebagai pihak yang berautoriti berkaitan isu berkenaan.

"Ada pihak yang bertanya tentang isu DNA Porcine dan sebagainya, laporan daripada Jabatan Kimia pihak yang berwibawa dan berautoriti.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Kumpulan Pejuang Palestin Hamas berkata pada Khamis bahawa ia sedia untuk menyambung semula pembebasan tawanan seterusnya pada Sabtu jika Israel mematuhi syarat perjanjian gencatan senjata Gaza, lapor Anadolu Ajansi.

"Israel melanggar perjanjian itu berkali-kali, sama ada dengan menghalang kepulangan orang yang dipindahkan atau menyekat kemasukan bantuan kemanusiaan,” kata jurucakap Hamas, Abdul Latif al-Qanoua.

"Jika Israel tidak mematuhi syarat perjanjian, proses pertukaran tawanan tidak akan berlaku," katanya.

Sumber: Bernama

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Salam Nisfu Syaaban 1446 Hijrah

Selamat menunaikan ibadah & menghidupkan Malam Nisfu Syaaban kepada semua umat islam.

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

#nisfusyaaban #malamnisfusyaaban #kemuliaanmalamnisfusyaaban

Читать полностью…

Ismaweb.my

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan, rundingan untuk menamatkan perang antara Rusia dan Ukraine akan bermula "serta-merta" selepas mengadakan panggilan telefon yang "panjang dan sangat produktif" dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, pada Rabu.

Panggilan itu, yang merupakan perbualan pertama yang diketahui antara kedua-dua pemimpin sejak Trump kembali memegang jawatan Presiden AS bulan lalu, berlaku ketika Trump dengan jelas menyatakan kepada penasihatnya bahawa beliau mahu menamatkan konflik Ukraine dengan segera.

Pegawai pentadbiran Trump berkata, mereka berharap pertukaran tahanan pada Selasa dapat menjadi petanda kepada usaha baharu untuk menamatkan perang yang bakal memasuki tahun keempat.

Sumber: Agensi

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Kerajaan bersetuju menyelaraskan harga belian lantai padi kepada RM1,500 setiap tan metrik berbanding RM1,300 berkuakuasa Ahad ini.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu turut mengumumkan, kerajaan akan mengekalkan Beras Putih Tempatan pada harga RM2.60 sekilogram dengan menyerap sebahagian kos pengeluaran sekitar RM150 juta untuk tempoh enam bulan.

Menurutnya, penetapan harga berkenaan mengambil kira kenaikan kos upah dan kos input pertanian seperti baja, racun dan lain-lain serta impak kepada kos pengeluaran beras dan seterusnya memberi kesan kepada harga beras di pasaran.

Sumber: Sinar Harian

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Israel mengancam untuk melancarkan perang ‘baharu’ ke atas Hamas dan melaksanakan rancangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk memindahkan penduduk Palestin dari Semenanjung Gaza yang musnah jika tidak membebaskan tahanan hujung minggu ini.

Kenyataan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz dibuat sejurus selepas Hamas menegaskan tidak akan tunduk kepada ancaman AS dan Israel berhubung pembebasan tahanan di bawah perjanjian gencatan senjata yang rapuh.

Gencatan senjata itu sebahagian besarnya telah menghentikan pertempuran selama lebih 15 bulan dan menyaksikan tahanan Israel dibebaskan dalam kumpulan kecil sebagai pertukaran untuk rakyat Palestin yang ditahan Israel.

Sumber: Agensi

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…

Ismaweb.my

Lima beranak termasuk empat kanak-kanak rentung selepas kediaman mereka di Jalan Bakti, Kampung Berangan 6, Umbai di sini, musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Sufian Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 1.40 pagi.

Dua jentera bersama 12 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau dan Padang Temu dikejarkan ke lokasi dan tiba jam 1.51 pagi.

Sumber: Berita Harian

https://www.ismaweb.my/
/channel/ismaweb
ismaweb.my" rel="nofollow">https://www.tiktok.com/@ismaweb.my

Читать полностью…
Subscribe to a channel