jiwatarbawi | Unsorted

Telegram-канал jiwatarbawi - Jiwa Tarbawi

3824

Mendidik Jiwa Tarbawi

Subscribe to a channel

Jiwa Tarbawi

Tadabbur Diri 14


Perjalanan Ruhiyyah Seorang HAMBA


Menurut Imam Al-Ghazali, manusia akan menempuhi tujuh aqabah ( pendakian) di sepanjang jalan sebagai seorang hamba ( ‘abid ) menuju keredhaan Allah SWT :

1) Aqabah ilmu dan Makrifat
‎(عقبة العلم والمعرفة)

Untuk menjalani jalan ibadah, seorang hamba wajib ( fardhu ‘ain) berbekalkan dengan ilmu-ilmu berikut :

a. Usuluddin atau aqidah iaitu Ilmu untuk mengenal Allah dan RasulNYA.

b. Feqah iaitu Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah (taklifi) khususnya pada persoalan ibadah.

c. Tasauf iaitu Ilmu untuk mengetahui hukum-hukum Allah pada amalan batinnya yakni kelakuan di dalam hati.

2) Aqabah Taubat
‎(عقبة التوبة )

Membersihkan jiwa daripada segala dosa melalui jalan taubat. Dosa yang sering merosakkan jiwa :

a. Dosa kepada Allah, disebabkan meninggalkan yang wajib dan mengerjakan yang haram.

b. Dosa pada makhluk. Manusia sering menganiaya dan menzalimi diri mereka, harta,ahli keluarga bahkan juga agama mereka sendiri.

Rukun taubat :

a. Menyesal daripada segala perbuatan maksiat dan mungkar.

b. Berazam untuk tidak mengulanginya.

c. Menunaikan semula segala kefardhuan yang ditinggalkan seperti solat dan yang lainnya.

d. Memohon keampunan dan kemaafan kepada semua pihak yang pernah dizalimi.

3) Aqabah Penghalang Ibadah
‎(عقبة العوائق )

a. Dunia , dihadapi dengan zuhud.
b. Manusia, hendaklah beruzlah daripada manusia yang merosakkan.
c. Syaitan hendaklah diperangi.
d. Nafsu , mestilah dikekang dengan takwa kepada Allah.

4) Aqabah Perintang Ibadah
‎( عقبة العوارض )

a. Rezeki , maka hendaklah tawakal yakni tetap yakin dengan janji rezeki dari Allah.

b. Khawathir (bahaya) ertinya lintasan-lintasan hati yang di takuti atau dibimbangi, maka hendaklah hendaklah berserah kepada Allah.

c. Qadha' ketentuan Allah, hendaklah redha dengan ketentuanNya.

d. Bala' ujian Allah, maka hendaklah bersabar.

5) Aqabah Pembangkit Ibadah
‎(عقبة البواعث )

iaitu dengan khauf dan raja’.

Khauf ( takut pada Allah ) dengan mengingatkan azab seksaNYA di dalam neraka.

Raja' ( harap kepada Allah) dengan menginginkan rahmat dan nikmatNya di dalam syurga.

6) Aqabah Pencacat Ibadah
‎(عقبة القوادح )

iaitu dua yang paling utama,

Riya' dihadapi melalui beramal ikhlas semata-mata kerana Allah.

‘Ujub dihadapi dengan ingat bahawa segala nikmat dan ibadah adalah dari petunjuk Allah dan pertolongan Nya semata-mata.

7) Aqabah Puji dan Syukur
‎(عقبة الحمد والشكر)

Hendaklah memalingkan segala nikmat yang dikurniakan menjurus kepada mentaati Allah yang mengurniakannya.

( Ringkasan kitab Minhajul Abidin )

Justeru, laluilah aqabah-aqabah ini sungguh-sungguh, bermujahadah tanpa rasa jemu dan malas, dan mohonlah pertolonganNya semoga jiwa jadi tenang ( muthmainnah ) ketika bertemuNya.

‎يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

Hai jiwa yang tenang.
Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam surga-Ku.

(Al Fajr : 27-30)


Sesungguhnya menjadi seorang HAMBA yang BERSYUKUR itulah kemuncak pengabdian seorang HAMBA.





ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Dan Allah selalu memberi petunjuk orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus. (213)

(Al Baqarah: 213)

مَن يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَن يُضْلِلْ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ﴿الأعراف: ١٧٨﴾

Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk;

(Al A’raf: 178)






ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat)

(Al Insan: 29)


Justeru, basahkanlah lidah dan hatimu dengan zikrullah dan Al Quran ianya sentiasa hidup berhubung dengan Tuhanmu.





ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Tadabbur Diri 2


Ambil berat tentang dirimu sendiri.

Dari Aisyah radhiyallahu 'anha dari Nabi ‎ﷺ , Baginda bersabda:

لَا يَقُولَنَّ أَحَدُكُمْ خَبُثَتْ نَفْسِي وَلَكِنْ لِيَقُلْ لَقِسَتْ نَفْسِي

" Janganlah salah seorang dari kamu mengatakan; ‘Khabutsat nafsi’ (diriku sangat buruk), akan tetapi hendaknya ia mengatakan ‘laqisat nafsi’ (diriku ada kekurangan)."

(HR Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

Bila merasai kekurangan diri, berusahalah untuk memperbaikinya. Sebaliknya merungut dan menyalahkan diri sendiri saja akan melemahkan himmah dan keyakinan dirimu.

Percayalah, akan sentiasa ada jalan untuk perbaiki diri samaada dari sudut keilmuan, ibadah atau keperibadian.

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ﴿آل عمران: ١٣٥﴾

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui. (135)

(Ali ‘Imran: 135)

Biarlah hidupmu itu kau sibukkan untuk perelokkan dirimu sendiri.

Sabda Rasulullah ‎ﷺ ,

طوبى لمن شغله عيبه عن عيوب الناس

"Beruntunglah bagi siapa yang keburukan aibnya menyibukkannya daripada disibukkan oleh keburukan aib manusia.”

(HR Ad Dailami)

Itu jauh lebih baik dari sering merasakan diri sudah cukup baik dan sempurna atau sentiasa mencari aib dan kelemahan orang lain.

Berkata Ibnu 'Athoillah dalm Al Hikam :

الناس يمدحونك لما يظنونه فيك فكن أنت ذامّا لنفسك لما تعلمه منها

“Manusia sering memujimu, kerana apa yang mereka sangka ada pada dirimu. Maka, celalah dirimu kerana apa yang kau tahu ( aib dan kekurangan ) ada pada dirimu" 

Justeru, sibukkanlah hidup merawat nafsumu dan dirimu sendiri. Ambil beratlah tentang dirimu sendiri kerana di akhirat nanti engkau akan bertemu Tuhanmu bersendirian.



ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

عَنْ أَبِي كَبْشَةَ الْأَنَّمَارِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ثَلَاثَةٌ أُقْسِمُ عَلَيْهِنَّ وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ: قَالَ مَا نَقَصَ مَالُ عَبْدٍ مِنْ صَدَقَةٍ, وَلَا ظُلِمَ عَبْدٌ مَظْلَمَةً فَصَبَرَ عَلَيْهَا إِلَّا زَادَهُ اللَّهُ عِزًّا, وَلَا فَتَحَ عَبْدٌ بَابَ مَسْأَلَةٍ إِلَّا فَتَحَ اللَّهُ عَلَيْهِ بَابَ فَقْرٍ أَوْ كَلِمَةً نَحْوَهَا وَأُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا فَاحْفَظُوهُ: قَالَ إِنَّمَا الدُّنْيَا لِأَرْبَعَةِ نَفَرٍ: عَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَعِلْمًا فَهُوَ يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَيَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَيَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقًّا فَهَذَا بِأَفْضَلِ الْمَنَازِلِ ،وَعَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ عِلْمًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ مَالًا فَهُوَ صَادِقُ النِّيَّةِ يَقُولُ لَوْ أَنَّ لِي مَالًا لَعَمِلْتُ بِعَمَلِ فُلَانٍ فَهُوَ بِنِيَّتِهِ فَأَجْرُهُمَا سَوَاءٌ ،وَعَبْدٍ رَزَقَهُ اللَّهُ مَالًا وَلَمْ يَرْزُقْهُ عِلْمًا فَهُوَ يَخْبِطُ فِي مَالِهِ بِغَيْرِ عِلْمٍ لَا يَتَّقِي فِيهِ رَبَّهُ وَلَا يَصِلُ فِيهِ رَحِمَهُ وَلَا يَعْلَمُ لِلَّهِ فِيهِ حَقًّا فَهَذَا بِأَخْبَثِ الْمَنَازِلِ ،
وَعَبْدٍ لَمْ يَرْزُقْهُ اللَّهُ مَالًا وَلَا عِلْمًا فَهُوَ يَقُولُ لَوْ أَنَّ لِي مَالًا لَعَمِلْتُ فِيهِ بِعَمَلِ فُلَانٍ فَهُوَ بِنِيَّتِهِ فَوِزْرُهُمَا سَوَاءٌ .

Dari Abu Kabsyah al-Anmâri Radhiyallahu anhu, bahawa dia mendengar Rasûlullâh ‎ﷺ bersabda: “Tiga (perkara) aku bersumpah terhadap ketiganya, dan aku akan mengatakan satu perkataan kepada kamu, maka hafalkanlah! Baginda bersabda: “Harta seorang hamba tidak akan berkurang kerana sedekah. Tidaklah seorang hamba dizalimi dengan kezaliman, lalu dia bersabar terhadap kezaliman itu kecuali Allâh menambahkan kemuliaan kepadanya. Tidaklah seorang hamba membuka pintu meminta-minta, kecuali Allâh membukakan pintu kefakiran, atau kalimat seperti itu. Dan aku akan mengatakan satu perkataan kepada kamu, maka hafalkanlah! Baginda ‎ﷺ bersabda: “Sesungguhnya dunia itu untuk 4 orang:

1. Hamba yang Allâh berikan rezeki kepadanya berupa harta (dari jalan yang halal) dan ilmu (agama Islam), kemudian dia bertaqwa kepada Tuhannya pada rezeki itu (harta dan ilmu), dia berbuat baik kepada kerabatnya dengan rezeki, dan dia mengetahui hak bagi Allâh padanya. Maka hamba ini berada pada kedudukan yang paling utama (di sisi Allâh).

2. Hamba yang Allâh berikan rezeki kepadanya berupa ilmu, namun Dia (Allâh) tidak memberikan rezeki berupa harta, dia memiliki niat yang baik. Dia mengatakan: “Seandainya aku memiliki harta aku akan berbuat seperti perbuatan Si Fulan (orang pertama yang melakukan kebaikan itu)”. Maka dia (dibalas) dengan niatnya (yang baik), pahala keduanya (orang pertama dan kedua) sama.

3. Hamba yang Allâh berikan rezeki kepadanya berupa harta, namun Dia (Allâh) tidak memberikan rezeki kepadanya berupa ilmu, kemudian dia berbuat sembarangan dengan hartanya dengan tanpa ilmu. Dia tidak bertaqwa kepada Tuhaannya padanya, dia tidak berbuat baik kepada kerabatnya dengan hartanya, dan dia tidak mengetahui hak bagi Allâh padanya. Maka hamba ini berada pada kedudukan yang paling buruk (di sisi Allâh).

4. Hamba yang Allâh tidak memberikan rezki kepadanya berupa harta dan ilmu, kemudian dia mengatakan: “Seandainya aku memiliki harta aku akan berbuat seperti perbuatan Si Fulan (dengan orang ketiga yang melakukan keburukan itu)”. Maka dia (dibalas) dengan niatnya, dosa keduanya sama.

(HR Tirmizi, 2325; Ahmad 4/230-231, 17570; Ibnu Mâjah, 4228)

Hadis ini menunjukkan bahawa hamba yang paling utama di sisi Allâh adalah hamba yang kaya dan bersyukur. Kerana bertaqwa kepada Allâh pada nikmat yang telah Dia berikan, berbuat baik kepada kerabat, dan mengetahui hak bagi Allâh Azza wa Jalla pada nikmat adalah perwujudan rasa syukur kepada Allâh Azza wa Jalla atas segala nikmat-Nya.

Justeru, jadilah seorang HAMBA yang sentiasa bersyukur.




ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Bisikan Ruh Ramadhan 30

Untuk meneruskan kehidupan selepas Ramadhan, ada 3 hakikat hidup yang perlu diketahui, difahami, disedari dan dihayati. Ianya akan terus mencorakkan hidup yang berbaki. 3 hakikat itu ialah:

1 Kita adalah manusia yang dicipta oleh Allah ta’ala dengan satu tujuan iaitu beribadah, dalam pengertian taat dan patuh pada segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

وَمَا خَلَقتُ الجِنَّ وَالإِنسَ إلَّا لِيَعبُدُونِ

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
supaya mereka menyembahku."
(Az-Zariyat: 56)

1 Hidup dan mati dicipta Allah ta’ala untuk manusia pula sebagai ujian yang berterusan bertujuan untuk melihat amalan yang baik dihasilkan oleh manusia.

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
﴿الملك: ٢﴾

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); (2)

(Al Mulk: 2)

1 Semua manusia dalam perjalanan balik kepada Allah ta’ala untuk dihitung amalan mereka dan diberi balasan di akhirat. Kejayaan sebenar hidup ialah bila selamat di akhirat dari nerakaNya dan dapat masuk syurga dengan selamat jua.

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ﴿آل عمران: ١٨٥﴾

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (185)

(Ali ‘Imran: 185)

وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ﴿٣١﴾هَٰذَا مَا تُوعَدُونَ لِكُلِّ أَوَّابٍ حَفِيظٍ﴿٣٢﴾مَّنْ خَشِيَ الرَّحْمَٰنَ بِالْغَيْبِ وَجَاءَ بِقَلْبٍ مُّنِيبٍ﴿٣٣﴾ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ ۖذَٰلِكَ يَوْمُ الْخُلُودِ﴿٣٤﴾‏ ‎﴿ق: ٣١-٣٤﴾

Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertaqwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). (31) (Serta dikatakan kepada mereka): "Inilah yang dijanjikan kepada kamu, - kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah); (32) "(Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa ia tidak melihat azab Allah, serta ia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat". (33) (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): "Masuklah kamu ke dalam Syurga dengan selamat sejahtera; hari ini ialah hari (bermulanya) kehidupan yang kekal". (34)

(Qaaf: 31-34)

Justeru, corakkanlah hidupmu dengan Islam, Iman dan Taqwa nescaya engkau selamat.



ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Bisikan Ruh Ramadhan 28

Perasaan di awal Syawal.

Tidaklah seorang manusia itu merasai kebahagiaan melainkan Allah ta’ala yang telah membahagiakannya,

Sesungguhnya Allah lah, pada hakikatnya yang menjadikan ia tertawa dan menangis,

Dialah jua yang membahagiakannya atau mencelakakannya,

Dan Dialah yang mengkayakannya atau mempapakannya,

Sesungguhnya kebahagiaan itu tidak terletak pada pasangannya dan anak-anak, kawan-kawan mahu pun harta dan kekayaan,

Juga bukan pada wang yang melimpah, rumah yang indah, pakaian yang mewah,

Kebahagiaan, hakikatnya terletak apabila hati dapat mengenali Allah ta’ala dan dapat hidup dan sentiasa berhubung dengan Allah ‘Azza wa Jalla ,

Inilah hakikat kebahagiaan yang sebenarnya.

قال الحسن البصري (رحمه الله) :
تفقدوا الحلاوة في الصلاة والقران والذكر , فإن وجدتموها فأبشروا وأملوا وإلا فأعلموا أن الباب مغلــــق ...

Berkata Hassan Al Basri rahimahullah ta’ala,

"Ambillah rasa kemanisan dalam solat, Al Quran dan zikrullah. Maka jika kamu dapat merasainya bergembiralah dan berharaplah ( keredhaanNya ). Jika tidak, ketahuilah oleh mu bahawa pintu ( ke hadhratNya ) adalah tertutup”.


Kemuncaknya hanya akan dapat dinikmati bila rahmat dan redha Allah ta’ala melepaskanmu dari ancaman nerakaNya dan engkau selamat dimasukkan ke dalam syurgaNya.


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ﴿آل عمران: ١٨٥﴾

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (185)

(Ali ‘Imran: 185)

Justeru, didiklah dan asuhlah hatimu dengan jalan-jalan yang dapat sampai ke pintu hadrat Allah ta’ala sehingga sentiasa dapat merasai sentuhan dan hubungan jiwa yang berpanjangan dengan Tuhanmu.

اللهم اجعلنا من السعداء في الدنيا وفي الاخرة

“Ya Allah, jadikanlah kami di kalangan yang bahagia di dunia dan di akhirat.”

واجعلنا من العتقاء من النار

“Dan jadikanlah kami di kalangan hamba-hambaMu yang dibebaskan dari nerakaMu.”



ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Dari Abu Bashrah al-Ghifari Radhiyallahu anhu, dia berkata, “Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

إِنَّ اللهَ زَادَكُمْ صَلاَةً، وَهِيَ الْوِتْرُ، فَصَلُّوْهَا فِيْمَا بَيْنَ صَلاَةِ الْعِشَاءِ إِلَى صَلاَةِ الْفَجْرِ.

‘Sesungguhnya Allah telah memberi kalian tambahan solat, iaitu solat Witir, maka solat Witirlah kalian antara waktu solat ‘Isya’ hingga solat Shubuh.'”

(HR. Ahmad)

1 Ada masa bersama Al Quran.

Jadualkanlah membaca dan mentadabbur Al Quran setiap hari walaupun dapat satu muka surat sehari. Jadikanlah dirimu sahabat Al Quran.

اقرؤوا القرآن فإنه يأتي يوم القيامة شفيعا لأصحابه (رواه مسلم ،804)

" Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang pada Hari Qiyamah sebagai pemberi syafaat kepada sahabatnya (pembacanya)".

(HR Muslim, 804)

1 Bersedekah.

عَنْ أَبِـيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ ، قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللّٰـهِ صَلَّى اللّٰـهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : كُلُّ سُلَامَـى مِنَ النَّاسِ عَلَيْهِ صَدَقَةٌ كُلَّ يَوْمٍ تَطْلُعُ فِيْهِ الشَّمْسُ : تَعْدِلُ بَيْنَ اثْنَيْنِ صَدَقَةٌ ، وَتُعِيْنُ الرَّجُلَ فِـيْ دَابَّتِهِ فَتَحْمِلُهُ عَلَيْهَا ، أَوْ تَرْفَعُ لَهُ عَلَيْهَا مَتَاعَهُ صَدَقَةٌ ، وَالْكَلِمَةُ الطَّيِّبَةُ صَدَقَةٌ ، وَبِكُلِّ خُطْوَةٍ تَـمْشِيْهَا إِلَـى الصَّلاَةِ صَدَقَةٌ ، وَتُـمِيْطُ اْلأَذَىٰ عَنِ الطَّرِيْقِ صَدَقَةٌ. (رَوَاهُ الْـبُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ)

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata, “Rasulullah ‎ bersabda, “Setiap persendian manusia wajib bersedekah pada setiap hari di mana matahari terbit di dalamnya: engkau berlaku adil kepada dua orang (yang bertikai/berselisih) adalah sedekah, engkau membantu seseorang menaikannya ke atasnya haiwan tunggangannya atau engkau menaikkan barang bawaannya ke atas haiwan tunggangannya adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau jalankan menuju (ke masjid) untuk solat adalah sedekah, dan engkau menyingkirkan gangguan dari jalan adalah sedekah.’”

[HR Bukhâri dan Muslim]

1 Puasa sunat 6 hari di bulan Syawal.

Dari Abu Ayyub al-Anshari radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

“Barangsiapa yang berpuasa (di bulan) Ramadhan, kemudian dia mengikutkannya dengan (puasa sunat) enam hari di bulan Syawwal, maka (dia akan mendapatkan pahala) seperti puasa setahun penuh.”

(HR Muslim,1164)


Berkata Imam Ibn Rajab(Lathaif Al Ma’arif):


كيف لا تجرى للمؤمن على فراقه دموع وهو لا يدري هل بقي له في عمره إليه رجوع

“Bagaimana mungkin air mata seorang mukmin tidak menitik tatkala berpisah dengan Ramadhan, Sedangkan ia tidak tahu lagi apakah masih ada sisa umurnya untuk berjumpa dengan Ramadhan lagi.”


Justeru, menangis lah wahai hati! Semoga Ruh Ramadhan sentiasa membisikkan kebaikan di dalam jiwamu.



ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Bisikan Ruh Ramadhan 25

Tajuk

Muhasabah Ramadhan 1445 hijrah/ 2024 M

Matlamat Tarbiyyah Ramadhan

“SELAMAT DARI NERAKA DAN DIMASUKKAN SYURGA”

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ ﴿آل عمران: ١٨٥﴾

Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan.

(Ali ‘Imran : 185)

Misi

Mempersiapkan diri dengan amalan TAQWA

أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ خَالِدِينَ فِيهَا جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ ﴿الأحقاف: ١٤﴾

Mereka itulah penghuni-penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya; sebagai balasan atas apa yang telah mereka kerjakan.

(Al Ahqaf : 14)

Objektif utama tarbiyyah

Melahirkan HAMBA MUSLIM MUKMIN MUTTAQI yang beristiqamah sehingga menemui kematian.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ
﴿آل عمران: ١٠٢﴾

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah sebenar-benar takwa kepada-Nya; dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam.

(Ali Imran : 102)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ارْكَعُوا وَاسْجُدُوا وَاعْبُدُوا رَبَّكُمْ وَافْعَلُوا الْخَيْرَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ﴿الحج: ٧٧﴾

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). (77)

(Al Hajj: 77)

Sasaran Tarbiyyah

Pusat perubahan yang ditarbiyyah dalam diri manusia ialah JIWA :

Ruh
Hati
Aqal
Nafsu

Semuanya itu menjadi sasaran utama dalam tarbiyyah Ramadhan.

Pendekatan Ramadhan

1 Keampunan dan kaffarah dosa dan pengumpulan pahala sebagai penyembuhan penyakit HATI.
2 Pengukuhan ruh melalui ibadah khususiyyah.
3 Penyemaian sifat mulia melalui kelebihan bersadaqah.
4 Hidayah dan ilmu dari Al Quran melalui tilawah, tadabbur dan tadaarus.

يَا أَيُّهَا النَّاسُ قَدْ جَاءَتْكُم مَّوْعِظَةٌ مِّن رَّبِّكُمْ وَشِفَاءٌ لِّمَا فِي الصُّدُورِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَ ﴿يونس: ٥٧﴾

Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang beriman.

(Yunus: 57)

Kesan sentuhan Ramadhan pada diri hamba:

1 Merasai limpahan kurnia rahmat Allah ta’ala.
2 Rasa tenang dan keterujaan terhadap Al Quran kitab Allah.
3 Terbukanya jiwa untuk mendekati Allah ta’ala melalui jalan taqwa.
4 Beristiqamah dengan Islam, iman dan taqwa sehingga hembusan nafas terakhir.
5 Nafsu tenang dalam mentaati perintah dan menjauhi larangan Rabbul Jalil.


يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾ ﴿الفجر: ٢٧-٣٠﴾

Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas( redha ) lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku 

(Al-Fajr : 27-30)


Menantimu lagi Ramadhan 1446 hijrah/ 2025 M.



ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Dan Al-Qur’an pula berkata,’Saya telah menegahnya dari tidur pada malam hari, karenanya perkenankan aku untuk memberi syafaat kepadanya.’ Beliau bersabda, ‘Maka syafaat keduanya diperkenankan.’”

(HR Ahmad)


1 Engkau masih tidak berubah lagi menjadi seorang yang bertaqwa yang sentiasa taat patuh pada Tuhanmu.

Di antara tujuan berpuasa di bulan Ramadhan adalah membentuk keperibadian seorang hamba yang bertaqwa.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَيْكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,

Al Baqarah : 183



1 Engkau masih gemarkan lagi dosa dan maksiat.

Sedangkan puasa yang difardukan di bulan Ramadhan adalah merupakan perisai untuk menghalang daripada bergelumang dengan dosa dan maksiat.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ جُنَّةٌ فَلَا يَرْفُثْ وَلَا يَجْهَلْ

Daripada Abu Hurairah radliallahu 'anhu; Bahwa Rasulullah ‎ﷺ bersabda: Shaum itu benteng, maka (orang yang melaksanakannya) janganlah berbuat kotor (rafats) dan jangan pula berbuat bodoh

HR Bukhari 1761

1 Umur ibadatmu tidak bertambah seribu bulan

Allah Yang Maha Empunya Rahmah Kasih Sayang menyediakan lailatul qadar untuk ummat ini, agar mereka merebut peluang memanjangkan umur ibadat, dengan menggandakan kemuliaan malam itu.

لَيْلَةُ ٱلْقَدْرِ خَيْرٌ مِّنْ أَلْفِ شَهْرٍ ﴿٣

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.

(Al Qadr : 3)

Namun ramai di kalangan manusia yang tidak mengendahkannya.


Justeru, bermuhasabahlah , menyesal dahulu berpendapatan, menyesal kemudian tiada gunanya.



ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah ‎ﷺ bersabda: Pada malam pertama bulan Ramadlan syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintu yang terbuka dan pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satupun pintu yang tertutup, serta seorang penyeru menyeru, wahai yang mengharapkan kebaikan bersegeralah (kepada ketaatan), wahai yang mengharapkan keburukan/maksiat berhentilah, Allah memiliki hamba-hamba yang selamat dari api neraka pada setiap malam di bulan Ramadlan.

(HR Tirmizi 618)

Beruntunglah sang pencinta Allah di malam yang lebih baik daripada seribu bulan.

Justeru, bagaimana dirimu di penghujung Ramadhan..?

Taqwa

Keampunan dosa

Bebas dari neraka




ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Bisikan Ruh Ramadhan 21


Merenung waktu di bulan Ramadhan yang semakin berlalu.


Imam Ibnul Qayyim Al Jauzi rahimahullahu ta'ala menyebut dalam kitabnya, Al Fawaaid ( الفوائد ) :

وَأعظم هَذِه الإضاعات إضاعتان هما أصل كل إِضَاعَة إِضَاعَة الْقلب وإضاعة الْوَقْت فإضاعة الْقلب من إِيثَار الدُّنْيَا على الْآخِرَة وإضاعة الْوَقْت من طول الأمل فَاجْتمع الْفساد كُله فِي إتباع الْهوى وَطول الأمل وَالصَّلَاح كُله فى اتِّبَاع الهدى والاستعداد للقاء .

( الفوائد : ج ١، ص ١١٢ )

Sebesar-besar perkara yang sia-sia itu ada dua. Ianya punca kepada perkara sia-sia yang lain. ( iaitu) Mensia-siakan hati dan mensia-siakan waktu. Mensia-siakan hati adalah kesan cintakan dunia terhadap akhirat. Mensia-siakan waktu ialah disebabkan panjang angan-angan. Maka terhimpun kerosakan seluruhnya di dalam menurut hawa nafsu dan panjang angan-angan. Maka pengislahan (perbaikan ) terhadap kerosakan ini ialah dengan mengikuti petunjuk hidayah dan bersiap sedia untuk pertemuan dengan Allah ta'ala di akhirat..

Dan katanya lagi :

إِضَاعَة الْوَقْت أَشد من الْمَوْت لِأَن إِضَاعَة الْوَقْت تقطعك عَن الله وَالدَّار الْآخِرَة وَالْمَوْت يقطعك عَن الدُّنْيَا وَأَهْلهَا

( الفوائد : ج ١، ص ٣١ )

Mensia-siakan waktu lebih bersangatan dahsyat daripada kematian kerana mensia-siakan waktu memutuskan engkau daripada Allah ta'ala dan negeri akhirat, manakala kematian hanya memutuskan engkau daripada dunia dan ahlinya.

Imam Ibnu 'Athoillah As Sakandari berkata ( Tajul 'Arus ) :

والله ما عُمرك من أوّل يوم وُلدتَ بل عُمرك من أوّل يوم عرفتَ الله تعالى

" Demi Allah, Bukanlah umurmu bermula daripada awal hari kelahiranmu, bahkan ianya bermula pada hari engkau mula mengenal Allah ta'ala ".

Justeru, perhalusilah pengisiaan waktu di dalam umur hidupmu agar punya nilai yang tinggi di sisi Rabbmu di akhirat nanti.


ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Bisikan Ruh Ramadhan 20

Tiada siapa tahu pengakhiran hidupnya sendiri, tambah lagi pengakhiran hidup orang lain.


عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم وَهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ : إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْماً نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَ اللهِ الَّذِي لاَ إِلَهَ غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا
[رواه البخاري ومسلم]

Dari Abu Abdurrahman Abdullah bin Mas’ud radiallahuanhu beliau berkata : Rasulullah ‎ﷺ menyampaikan kepada kami dan Baginda adalah orang yang benar dan dibenarkan : “Sesungguhnya setiap kamu dikumpulkan penciptaannya di perut ibunya sebagai setitis mani selama empat puluh hari, kemudian berubah menjadi setitis darah selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal daging selama empat puluh hari. Kemudian diutus kepadanya seorang malaikat lalu ditiupkan padanya ruh dan dia diperintahkan untuk menetapkan empat perkara : menetapkan rizkinya, ajalnya, amalnya dan kecelakaan atau kebahagiaannya. Demi Allah yang tidak ada Ilah selain-Nya, sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan perbuatan ahli syurga hingga jarak antara dirinya dan syurga tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah dia ke dalam neraka. sesungguhnya di antara kamu ada yang melakukan perbuatan ahli neraka hingga jarak antara dirinya dan neraka tinggal sehasta akan tetapi telah ditetapkan baginya ketentuan, dia melakukan perbuatan ahli syurga maka masuklah dia ke dalam syurga.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Perhitungan hidup seseorang hamba itu akan dinilai pada pengakhiran hidupnya.

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِىِّ قَالَ نَظَرَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – إِلَى رَجُلٍ يُقَاتِلُ الْمُشْرِكِينَ ، وَكَانَ مِنْ أَعْظَمِ الْمُسْلِمِينَ غَنَاءً عَنْهُمْ فَقَالَ « مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْظُرَ إِلَى رَجُلٍ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَلْيَنْظُرْ إِلَى هَذَا » . فَتَبِعَهُ رَجُلٌ فَلَمْ يَزَلْ عَلَى ذَلِكَ حَتَّى جُرِحَ ، فَاسْتَعْجَلَ الْمَوْتَ . فَقَالَ بِذُبَابَةِ سَيْفِهِ ، فَوَضَعَهُ بَيْنَ ثَدْيَيْهِ ، فَتَحَامَلَ عَلَيْهِ ، حَتَّى خَرَجَ مِنْ بَيْنِ كَتِفَيْهِ . فَقَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – « إِنَّ الْعَبْدَ لَيَعْمَلُ فِيمَا يَرَى النَّاسُ عَمَلَ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَإِنَّهُ لَمِنْ أَهْلِ النَّارِ ، وَيَعْمَلُ فِيمَا يَرَى النَّاسُ عَمَلَ أَهْلِ النَّارِ وَهْوَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِخَوَاتِيمِهَا »

Sahl bin Sa’ad As-Sa’idi berkata bahwa Nabi ‎ﷺ pernah melihat ada yang membunuh orang-orang musyrik dan ia merupakan salah seorang pahlawan muslimin yang gagah berani. Namun anehnya Baginda malah berkata, “Siapa yang ingin melihat seorang penduduk neraka, silakan lihat orang ini.” Maka seseorang mengikutinya, dan terus ia mengikuti hingga pahlawan tadi terluka dan ia sendiri ingin segera mati (tak kuat menahan sakit, pen.). Lalu serta merta, ia ambil hujung pedangnya dan ia letakkan di dadanya, lantas ia hunjamkan hingga menembus di antara kedua lengannya.

Selanjutnya Nabi ‎ﷺ bersabda, “Sungguh ada seorang hamba yang menurut pandangan orang banyak mengamalkan amalan penghuni syurga, namun berakhir menjadi penghuni neraka. Sebaliknya ada seorang hamba yang menurut pandangan orang melakukan amalan-amalan penduduk neraka, namun berakhir dengan menjadi penghuni syurga. Sungguh amalan itu dilihat dari akhirnya.”

(HR. Bukhari, 6493)

Dalam riwayat lain disebutkan,

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

dan berlaku angkuhlah Fir'aun dan bala tentaranya di bumi (Mesir) tanpa alasan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.

Al Qasas : 39

5. Nasab dan keturunan

Sedangkan berbangga-bangga dengan keturunan itu termasuk perilaku jahiliyah.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ قَدْ أَذْهَبَ عَنْكُمْ عُبِّيَّةَ الْجَاهِلِيَّةِ وَفَخْرَهَا بِالْآبَاءِ مُؤْمِنٌ تَقِيٌّ وَفَاجِرٌ شَقِيٌّ أَنْتُمْ بَنُو آدَمَ وَآدَمُ مِنْ تُرَابٍ لَيَدَعَنَّ رِجَالٌ فَخْرَهُمْ بِأَقْوَامٍ إِنَّمَا هُمْ فَحْمٌ مِنْ فَحْمِ جَهَنَّمَ أَوْ لَيَكُونُنَّ أَهْوَنَ عَلَى اللَّهِ مِنْ الْجِعْلَانِ الَّتِي تَدْفَعُ بِأَنْفِهَا النَّتِنَ

Daripada Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menghilangkan dari kalian kesombongan ala Jahilliyah dan kebanggaan kalian dengan nenek moyang. (Yang ada adalah) orang beriman yang bertakwa dan orang yang jahat yang sengsara. Kalian adalah anak cucu Adam, dan Adam tercipta dari tanah. Maka, hendaklah orang-orang meninggalkan kebanggaan mereka terhadap kaumnya; sebab mereka hanya (akan) menjadi arang jahannam, atau di sisi Allah mereka akan menjadi lebih hina dari serangga yang mendorong kotoran dengan hidungnya."

HR Abu Daud

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا أَبَانُ بْنُ يَزِيدَ ح و حَدَّثَنِي إِسْحَقُ بْنُ مَنْصُورٍ وَاللَّفْظُ لَهُ أَخْبَرَنَا حَبَّانُ بْنُ هِلَالٍ حَدَّثَنَا أَبَانُ حَدَّثَنَا يَحْيَى أَنَّ زَيْدًا حَدَّثَهُ أَنَّ أَبَا سَلَّامٍ حَدَّثَهُ أَنَّ أَبَا مَالِكٍ الْأَشْعَرِيَّ حَدَّثَهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَرْبَعٌ فِي أُمَّتِي مِنْ أَمْرِ الْجَاهِلِيَّةِ لَا يَتْرُكُونَهُنَّ الْفَخْرُ فِي الْأَحْسَابِ وَالطَّعْنُ فِي الْأَنْسَابِ وَالْاسْتِسْقَاءُ بِالنُّجُومِ وَالنِّيَاحَةُ وَقَالَ النَّائِحَةُ إِذَا لَمْ تَتُبْ قَبْلَ مَوْتِهَا تُقَامُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَعَلَيْهَا سِرْبَالٌ مِنْ قَطِرَانٍ وَدِرْعٌ مِنْ جَرَبٍ

"Ada empat perkara yang masih ada pada umatku yang termasuk perilaku Jahiliyah yang tidak akan mereka tinggalkan, yaitu membanggakan nenek moyang, mencela kerabat, meminta hujan dengan bintang dan meratapi kematian. Dan baginda bersabda: Orang yang meratapi mayyit, jika ia belum bertaubat sebelum ajalnya tiba maka pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dengan memakai baju panjang yang berwarna hitam dan memakai perisai dari pedang yang sudah karatan.."

HR Muslim


وقال: {كَذَلِكَ يَطْبَعُ اللَّهُ عَلَى كُلِّ قَلْبِ مُتَكَبِّرٍ جَبَّارٍ} [غافر: 35]

Demikianlah Allah mengunci mati hati orang yang sombong dan sewenang-wenang.

Ghafir :35



Justeru, perhalusilah hati agar jangan ada kesombongan, keangkuhan dan takabbur dalam dirimu. Belajarlah merendahkan keegoan diri di bulan Ramadhan ini. Semoga keberkatan yang dicurah di dalam Ramadhan dapat menyulam kerendahan diri dalam dirimu.



ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Bisikan Ruh Ramadhan 17

Ada tujuh kemuliaan lailatul qadar :

1- Lailatul Qadar adalah waktu diturunkannya Al Qur’an

Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan:

“Allah menurunkan Al Qur’an secara sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Allah menurunkan Al Qur’an kepada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam- tersebut secara terpisah sesuai dengan kejadian-kejadian yang terjadi selama 23 tahun.”

(Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim )

2- Lailatul Qadar lebih baik dari 1000 bulan

Allah Ta’ala berfirman:

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ
“Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan.”

(Al Qadar: 3)

An Nakha'i mengatakan:

“Amalan di lailatul qadar lebih baik dari amalan di 1000 bulan.”

Mujahid, Qotadah dan ulama lainnya berpendapat bahwa yang dimaksud dengan lebih baik dari seribu bulan adalah salat dan amalan pada lailatul qadar lebih baik dari salat dan puasa di 1000 bulan yang tidak terdapat lailatul qadar.

3- Lailatul Qadar adalah malam yang penuh keberkatan.

Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةٍ مُبَارَكَةٍ إِنَّا كُنَّا مُنْذِرِينَ

Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan.

(Ad Dukhan : 3)

Malam penuh keberkatan ini adalah malam ‘lailatul qadar’ .

4- Malaikat dan juga Ar Ruuh -iaitu malaikat Jibril- turun pada Lailatul Qadar.

Keistimewaan Lailatul Qadar ditunjukki dengan turunnya malaikat.

Allah Ta’ala berfirman:

تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا

Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril.

(Al Qadar: 4)

Banyak malaikat yang akan turun pada Lailatul Qadar karena banyaknya keberkatan pada malam tersebut. Turunnya malaikat menandakan turunnya keberkatan dan rahmat. Sebagaimana malaikat turun ketika ada yang membacakan Al Qur’an, mereka akan mengelilingi orang-orang yang berada dalam majlis zikir iaitu majlis ilmu. Dan malaikat akan meletakkan sayap-sayap mereka pada penuntut ilmu kerana malaikat sangat mengagungkan mereka.

Malaikat Jibril disebut “Ar Ruuh” dan istimewa dalam ayat itu kerana menunjukkan kemuliaan (keutamaan) malaikat tersebut.

5- Lailatul Qadar disifati dengan ‘salaam’

Yang dimaksud ‘salaam’ dalam ayat:

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْر
Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar

(Al Qadr: 5)

iaitu malam tersebut penuh keselamatan di mana syaitan tidak dapat berbuat apa-apa di malam tersebut baik berbuat jahat atau mengganggu yang lain.

6- Lailatul Qadar adalah malam dicatatnya takdir tahunan

Allah Ta’ala berfirman:

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ

Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah

(Ad Dukhan: 4)

Ibnu Katsir dalam kitab tafsirnya menerangkan bahwa pada Lailatul Qadar akan diperincikan di Luh Mahfuz mengenai penulisan takdir dalam setahun, juga akan dicatat ajal dan rezki. Dan juga akan dicatat segala sesuatu hingga akhir dalam setahun.

7- Dosa setiap orang yang menghidupkan malam ‘Lailatul Qadar’ akan diampuni oleh Allah

Dari Abu Hurairah, dari Nabi ‎ﷺ bersabda:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Barangsiapa melaksanakan salat pada malam lailatul qadar karena iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.

(HR. Bukhari, 1901)

Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan bahwa yang dimaksud ‘إيمانا’ (kerana keimanan) adalah membenarkan janji Allah yaitu pahala yang diberikan (bagi orang yang menghidupkan malam tersebut).

Sedangkan ‘احتسابا’ bermakna mengharap pahala (dari sisi Allah), bukan kerana mengharap lainnya iaitu contohnya berbuat riya’ untuk mendapat pujian manusia.


Justeru, jadikanlah 10 malam terakhir ini adalah lailatul qadar bagimu. Nescaya, engkau akan dianugerahi oleh Allah ta’ala akan lailatul qadar.


ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Tadabbur Diri 13


Bila engkau rasa jauh dari Allah ‘Azza wa Jalla.

Sebenarnya engkaulah yang sering lupakan Allah, maka Dia melupakan kau.

Sedangkan Dia akan sentiasa ingat hambaNya yang sentiasa ingatkannya.

فَاذْكُرُونِي أَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوا لِي وَلَا تَكْفُرُونِ﴿البقرة: ١٥٢﴾

Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku. (152)

(Al Baqarah: 152)

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ﴿الحشر: ١٩﴾

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik. (19)

(Al Hasyr: 19)

Justeru, usahlah lalai dan cuai dari mengingatiNya, sehingga engkau dibiar mengurus dirimu sendiri.

اللَّهُمَّ رَحْمَتَكَ أَرْجُو، فَلاَ تَكِلْنِي إِلَى نَفْسِي طَرْفَةَ عَيْنٍ، وَأَصْلِحْ لِي شَأْنِي كُلَّهُ، لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ

Ya Allah, hanya rahmatMu yang kuharapkan! Maka janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri meski pun sekelip mata, dan perbaikilah urusanku seluruhnya. (Sungguh) tidak ada Tuhan selain Engkau.

(HR Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban).





ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Tadabbur Diri 4

Kita dipandang baik bukanlah kerana kita benar-benar baik, tetapi sebenarnya Allah ta'ala yang menutup keaiban kita.

Mungkin kalau Allah ta'ala membuka keaiban dan kecelaan kita, nescaya tidak ada lagi kebaikan pada diri kita di mata manusia lain.

Al Imam Ibn al-Jauzi menyatakan:

اعلم أن الناس إذا أعجبوا بك فإنما يعجبون بستر الله عليك

“Ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia itu berasa kagum dengan engkau (bukan kerana dirimu), tetapi mereka kagum kerana Allah telah menutup aibmu.”

Maka, usahlah merasa dirimu sudah sempurna baik.

فَلَا تُزَكُّوا أَنفُسَكُمْ ۖ هُوَ أَعْلَمُ بِمَنِ اتَّقَىٰ ﴿٣٢﴾ النجم ٣٢

maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa.(32)

(An Najm : 32)

Dari Ibnu Umar RA,Nabi ‎ﷺ bersabda:

ومن ستر مسلماً ستره الله يوم القيامة

"Dan sesiapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat".

(HR Bukhari dan Muslim)

Namun, manusia sebenarnya yang sering merasa diri baik dan sempurna. Tanpa sedar, manusia yang sering membuka dan mendedahkan keaiban dirinya sendiri.

Firman Allah ‘Azza wa Jalla,

كَلَّا إِنَّ الْإِنسَانَ لَيَطْغَىٰ﴿٦﴾أَن رَّآهُ اسْتَغْنَىٰ﴿٧﴾‏ ‎﴿العلق: ٦-٧﴾

Ketahuilah! Sesungguhnya manusia benar-benar melampaui batas, (6) karena dia melihat dirinya serba cukup. (7)

(Al ‘Alaq: 6-7)

Imam Ibnul Qayyim berkata:

إنك إن تبيت نائماً وتصبح نادماً؛ خير من أن تبيت قائماً وتصبح معجباً، فإن المعجب لا يصعد له عمل.

"Sungguh jika kamu tidur di malam hari dan berpagi hari dalam keadaan menyesal (kerana tidak qiyamul lail), itu jauh lebih baik daripada kamu bermalam lalu bangun untuk melaksanakan qiyamul lail namun berpagi hari dalam keadaan berbangga diri. Kerana sesungguhnya orang yang ujub amalnya tidak diangkat (tidak diterima) atasnya."

(Madarijus Salikin 1/177)

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

“Setiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Di antara ‘mujaharah’ itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan di waktu pagi Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam Tersebut. Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya.”

(HR Bukhari 6069)

Justeru, perhalusilah pandangan mata hatimu untuk menyuluh perilaku dan aib dirimu sendiri.

.
«اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي، وَدُنْيَايَ، وَأَهْلِي، وَمَالِي، اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي، وَآمِنْ رَوْعَاتِي، اللَّهُمَّ احْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ، وَمِنْ خَلْفِي، وَعَنْ يَمِينِي، وَعَنْ شِمَالِي، وَمِنْ فَوْقِي، وَأَعُوذُ بِعَظَمَتِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي».
(صحيح ابن حبان)
“Ya Allah, aku memohon keselamatan dunia dan akhirat padaMu. Aku memohon keampunan dan keselamatan agama, dunia, keluarga, dan hartaku. Tutupilah segala keaibanku, dan amankanlah ketakutanku, jagalah depan, belakang, kanan, kiri, dan atasku. Aku berlindung padaMu dari musibah yang tak terduga.”

(HR Ibnu Hibban)





ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Tadabbur Diri 3

Memang lupa adalah di antara kelemahan tabi’i manusia. Manusia tidak lari dari sifat pelupa. Malah ada sebuah ungkapan syair arab yang masyhur mengatakan:

وما سُمِّي الإنسان إلا لنَسْيِه

“Dan tidaklah dinamakan manusia itu melainkan kerana sifat pelupanya.”

Oleh itu, Allah ta’ala Yang Maha Pengasih dan Pengampun memaafkan hamba-hambaNya jika ia melakukan sesuatu yang terlarang tepai kerana tidak sengaja, terlupa dan dipaksa.

Dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma bahwa Rasulullah ‎ﷺ  bersabda,

إِنَّ اللهَ تَجَاوَزَ لِي عَنْ أُمَّتِي: الخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ. (رَوَاهُ ابْنُ مَاجَهْ وَالبَيْهَقِيُّ وَغَيْرُهُمَا)

Sesungguhnya Allah memaafkan umatku ketika ia tidak sengaja, lupa, dan dipaksa.” 
(HR. Ibnu Majah no. 2045, Al-Baihaqi VII/356, dan selainnya)
 

Namun, lupa dalam diri manusia tidak boleh dibiarkan tanpa kawalan dan penyembuhan. Kerana ia boleh dijadikan sebagai tunggangan oleh nafsu dan syaitan.

Nafsu boleh menjadikan manusia lalai dan cuai terhadap dirinya sendiri.

Lupa kesalahan, keburukan dan keaiban dirinya

Lupa kejahilan diri sendiri terhadap ajaran Allah

Lupa dosa dan kemungkaran yang telah dibuat oleh dirinya sendiri

Lupa kepada kelalaian dan kecuaian amalan dirinya sendiri

Lupa nasib dan keadaannya di akhirat nanti

Lupa dengan persiapan dan bekalan dirinya untuk memberatkan timbangan amalnya

Bahkan, lupa pada pertemuan yang bakal berlaku dengan Tuhannya.

Oleh itu, manusia mendapat celaan dari Allah ta’ala.

أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ أَفَلَا تَعْقِلُونَ ﴿البقرة: ٤٤﴾

Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaktian, sedang kamu melupakan diri (kewajiban)mu sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)? Maka tidaklah kamu berpikir?

(Al Baqarah : 44)

قَالَ كَذَٰلِكَ أَتَتْكَ آيَاتُنَا فَنَسِيتَهَا وَكَذَٰلِكَ الْيَوْمَ تُنسَىٰ ﴿طه: ١٢٦﴾

Allah berfirman: "Demikianlah, telah datang kepadamu ayat-ayat Kami, maka kamu melupakannya, dan begitu (pula) pada hari ini kamu pun dilupakan".

(Thahaa : 126)

فَذُوقُوا بِمَا نَسِيتُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَـٰذَا إِنَّا نَسِينَاكُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْخُلْدِ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿السجدة: ١٤﴾

Maka rasailah olehmu (siksa ini) disebabkan kamu melupakan akan pertemuan dengan harimu ini. Sesungguhnya Kami telah melupakan kamu (pula) dan rasakanlah siksa yang kekal, disebabkan apa yang selalu kamu kerjakan.

(As Sajadah : 14)

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّـهَ فَأَنسَاهُمْ أَنفُسَهُمْ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ ﴿الحشر: ١٩﴾

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.

(Al Hasyr : 19)

وَقِيلَ الْيَوْمَ نَنسَاكُمْ كَمَا نَسِيتُمْ لِقَاءَ يَوْمِكُمْ هَـٰذَا وَمَأْوَاكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُم مِّن نَّاصِرِينَ ﴿الجاثية: ٣٤﴾

Dan dikatakan (kepada mereka): "Pada hari ini Kami melupakan kamu sebagaimana kamu telah melupakan pertemuan (dengan) harimu ini dan tempat kembalimu ialah neraka dan kamu sekali-kali tidak memperoleh penolong".

(Al Jatsiyah : 34)

Di antara kawalan dan penyembuhan kepada hati agar tidak dikuasai oleh lupa ialah memperbanyakkan zikrullah. Kerana zikir bererti ‘ingat’ iaitu lawan kepada lupa.

وَاذْكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِيتَ وَقُلْ عَسَىٰ أَن يَهْدِيَنِ رَبِّي لِأَقْرَبَ مِنْ هَـٰذَا رَشَدًا ‎﴿الكهف: ٢٤﴾‏
“Dan sebutlah nama Tuhan kamu apabila kamu terlupa.”

(Al Kahf ayat 24)

Manusia juga memerlukan tazkirah dan peringatan.

فَذَكِّرْ إِن نَّفَعَتِ الذِّكْرَىٰ ‎﴿الأعلى: ٩﴾‏
Oleh itu berilah peringatan (kepada umat manusia dengan ajaran Al-Quran), kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);

(Al A’laa: 9)

Sesungguhnya tazkirah dan peringatan yang terbaik ialah yang datang dari Allah ta’ala.

إِنَّ هَـٰذِهِ تَذْكِرَةٌ فَمَن شَاءَ اتَّخَذَ إِلَىٰ رَبِّهِ سَبِيلًا ‎﴿الانسان: ٢٩﴾‏

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Tadabbur Diri 1

Bila jiwa terasa lemah,

Mungkin masih ada kesan dosa dalam hati yang masih terpalit.

Kerana dosa sering menjadikan jiwa resah gelisah.

Dosa menghilangkan cahaya ilmu dan menghalangnya masuk ke dalam hati.

Dosa sering menghalang kecenderungan untuk melakukan ketaatan.

Dosa melemahkan tubuh untuk beribadah.

Oleh itu bertaubatlah, dan sentiasalah perbaharui taubatmu. Beristighfarlah dan perbanyakkanlah istighfarmu itu. Kerana hanya keampunan Tuhanmu sahaja yang dapat menghapus dan membersihkan noda dosa dalam hatimu. Nescaya jiwamu bakal kuat dan tenang kembali.

وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ﴿آل عمران: ١٣٥﴾

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). (135)

(Ali ‘Imran: 135)

Dari Ibnu Abbas RA, bahawa ia berkata, Rasulullah bersabda,

مَنْ لَزِمَ الِاسْتِغْفَارَ جَعَلَ اللَّهُ لَهُ مِنْ كُلِّ ضِيقٍ مَخْرَجًا وَمِنْ كُلِّ هَمٍّ فَرَجًا وَرَزَقَهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ

"Barang siapa yang sentiasa melazimi beristighfar, maka Allah pasti akan selalu memberikannya jalan keluar dari setiap kesempitan dan memberikan kelapangan dari segala kerunsingan, serta Allah akan memberikan rezeki kepadanya dari arah yang tak ia sangka."

(HR Abu Daud, 1297)

Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma juga berkata :

إن للحسنة ضياء في الوجه ونوراً في القلب وسعة في الرزق وقوة في البدن ومحبة في قلوب الناس. وإن للسيئة سواداً في الوجه وظلمة في القلب ووهناً في البدن ونقصاً في الرزق وبغضاً في قلوب الناس

“Sesungguhnya kebaikan mempunyai sinar di wajah, cahaya hati, kelapangan dalam rezki, kekuatan pada tubuh, serta cinta di hati para makhluk. Sesungguhnya keburukan memiliki tanda hitam di wajah, kegelapan di hati, kelemahan di tubuh, kekurangan dalam rezki, serta kebencian di hati para makhluk.”

Justeru, bersihkanlahh kesan-kesan dosa pada jiwa mu dengan:

1. Taubat nasuha dan sentiasa memperbaharui taubat.
2. Melazimi istighfar
3. Melazimi amalan yang mengkaffarahkan dosa seperti berpuasa sunat dan bersedekah.
4. Mengiringi sesuatu amal keburukan dengan amal kebaikan.
5. Bersungguh memohon bantuan dan pertolongan Allah ‘Azza wa Jalla agar engkau kuat dan sabar untuk membersihkan jiwamu sendiri.



ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Meniti Syawal dengan hidayah.





Kemuliaan seorang HAMBA yang kaya yang bersyukur.

Nabi Muhammad ‎ bersabda:

إِنَّ الْمُكْثِرِينَ هُمُ الْمُقِلُّونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، إِلاَّ مَنْ أَعْطَاهُ اللَّهُ خَيْرًا ، فَنَفَحَ فِيهِ يَمِينَهُ وَشِمَالَهُ وَبَيْنَ يَدَيْهِ وَوَرَاءَهُ ، وَعَمِلَ فِيهِ خَيْرًا

Sesungguhnya orang-orang yang memperbanyak (harta) adalah orang-orang yang menyedikitkan (kebaikannya) pada hari Kiamat, kecuali orang yang Allâh berikan kepadanya kebaikan, lalu dia memberi kepada orang yang di sebelah kanannya, kirinya, depannya, dan belakangnya; dan dia berbuat kebaikan pada hartanya

(HR Bukhâri, 6443; Muslim, 94)

Al-Hâfizh Ibnu Hajar rahimahullah berkata,

“Yang dimaksudkan dengan ‘memperbanyak’ adalah dengan harta, dan ‘menyedikitkan’ adalah dengan pahala akhirat. Ini (terjadi) pada diri orang yang memperbanyak harta, akan tetapi dia tidak memenuhi sifat dengan yang ditunjukkan oleh pengecualian setelahnya, iaitu berinfaq”.

[Fathul Bari 18/261]

Dari hadis ini, kita mengetahui bahawa ramai orang kaya itu lupa bersyukur kepada Pemberi nikmat hakiki, iaitu Allâh Azza wa Jalla . Mereka hanya sibuk dalam urusan harta dan dunia, melalaikan urusan akhirat dan amalan yang mulia. Akibatnya, mereka terlalu sedikit yang berusaha mendapatkan kebaikan di sisi Tuhannya. Kecuali orang yang banyak berinfak untuk meraih keredhaan Allâh Azza wa Jalla dengan memberikan harta kepada orang-orang yang memerlukan di mana saja mereka berada.

Sebaik-baik harta ialah yang ada pada tangan seorang HAMBA yang saleh.

Sahabat yang mulia, ‘Amr bin al-‘Ash Radhiyallahu anhu berkata:

بَعَثَ إِلَىَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : “خُذْ عَلَيْكَ ثِيَابَكَ وَسِلاَحَكَ ثُمَّ ائْتِنِى “. فَأَتَيْتُهُ وَهُوَ يَتَوَضَّأُ فَصَعَّدَ فِىَّ النَّظَرَ ثُمَّ طَأْطَأَهُ فَقَالَ : “إِنِّى أُرِيدُ أَنْ أَبْعَثَكَ عَلَى جَيْشٍ فَيُسَلِّمَكَ اللَّهُ وَيُغْنِمَكَ وَأَرْغَبُ لَكَ مِنَ الْمَالِ رَغْبَةً صَالِحَةً “. قَالَ : قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَسْلَمْتُ مِنْ أَجْلِ الْمَالِ وَلَكِنِّى أَسْلَمْتُ رَغْبَةً فِى الإِسْلاَمِ وَأَنْ أَكُونَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ . فَقَالَ “: يَا عَمْرُو نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلْمَرْءِ الصَّالِحِ “

Rasûlullâh ‎ﷺ mengutus seseorang kepadaku, beliau memerintahkan, “Ambillah pakaianmu dan senjatamu, lalu menghadaplah kepadaku!” Aku pun mendatangi Baginda ketika Baginda sedang berwudhu’. Baginda melihat-lihat kepadaku, kemudian bersabda, “Aku akan mengutusmu memimpin satu pasukan, semoga Allâh akan menyelamatkanmu dan memberimu harta rampasan perang. Aku berharap engkau menyukai harta dengan kesukaan yang baik”. ‘Amr bin al-Ash mengatakan, “Wahai Rasûlullâh, aku tidak masuk Islam kerana harta. Tetapi aku masuk Islam kerana mencintai Islam dan agar aku bersama Rasûlullâh “. Maka Baginda ‎ﷺ bersabda, “Hai Amr, sebaik-baik harta yang baik adalah untuk orang yang saleh.”

(HR Ahmad, 18236)

Darjat manusia bertingkat-tingkat di hadapan Allâh Azza wa Jalla , dan orang yang paling mulia adalah orang yang paling bertakwa. Barangsiapa lebih banyak melakukan ketaatan dan lebih banyak meninggalkan kemaksiatan, dengan diiringi keimanan dan keikhlasan, maka dia lebih mulia di sisi Allâh Azza wa Jalla. Oleh kerana itu, Nabi ‎ﷺ memberitakan bahawa orang yang kaya dan berilmu, lalu bersyukur dengan cara bertaqwa kepada Allâh Azza wa Jalla dengan ilmu agama dan hartanya, dia adalah orang yang paling mulia di sisi-Nya. Sebagaimana di sebutkan di dalam hadis berikut:

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Bisikan Ruh Ramadhan 29

Bila masjid mula ditinggalkan.
bila solat jamaah sudah jarang dihadiri
bila solat sunat sudah berkurangan
bila al quran sudah tidak kedengaran dibaca
bila sudah banyak malam tidak solat malam
bila perut rasa senak penuh terisi
bila kegembiraan jadi kelalaian

Petanda bila Ramadhan telah ditinggalkan..


Justeru, mujahadah nafsu wajib dibangkitkan kembali..


ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Bisikan Ruh Ramadhan 27

Ramadhan telah berlalu, membawa dosa-dosa hamba yang menunaikan ibadah puasa dan yang mengejar kemuliaan bulan Ramadhan demi keampunan dari Allah ‘azza wa jalla.

Dari hadis Abu Hurairah radhiallahu ’anhu, sesungguhnya Nabi ‎ﷺ bersabda:

من صام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

“Barangsiapa yang berpuasa (di Bulan) Ramadhan (dalam keadaan) keimanan dan mengharapkan (pahala), maka dia akan diampuni dosa-dosa yang telah lalu”.

(Sahih Bukhari, no. 2014, dan sahih Muslim, no. 760)


Juga dalam riwayat Bukhari, no. 2008, dan Muslim, no. 174, Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

ومن قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

”Barangsiapa yang berdiri (menunaikan salat) di bulan Ramadan dengan iman dan mengharap (pahala), maka dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni”.


Ulama salaf mengatakan kepada sebahagian saudaranya ketika melaksanakan salat ‘eid di tanah lapang, “Hari ini suatu kaum telah kembali dalam keadaan sebagaimana ibu mereka melahirkan mereka.”

(Dibawakan oleh Ibnu Rajab Al Hambali dalam Lathaiif Al Ma’arif, hal. 373-374).


Namun terampunkah dosa-dosa manusia terhadap manusia yang lain, apabila,

menzalimi dan menganiayai saudaranya

mengumpat saudaranya sendiri bagaikan memakan daging saudaranya

berbohong dan berdusta terhadap orang lain

mengadu domba

memaki hamun

menghina dan memperendahkan

Kenapa begitu mudah seorang muslim memutuskan silaturahim dengan saudaranya sendiri. Semata-mata hanya mendengar cakap-cakap dari orang lain.

Ajaran dari Pesuruh Allah ‎ﷺ , orang yang memutuskan silaturrahim itu bakal masuk neraka Allah, tidak syak lagi.

لَا يَدْخُلُ الْجَنَّةَ قَاطِعُ رَحِمٍ (متفق عليه)

" Tidak masuk syurga seorang yang memutuskan silaturrahim "

(Muttafaqun 'alaihi)

Apakah dosa-dosa terhadap manusia lain ini akan terampun semata-mata dengan ibadah puasa dan kemuliaan Ramadhan?

Sudah pasti tidak, sehinggalah kemaafan dipohon daripada saudara-saudaranya itu!

Sabda Rasulullah ‎ﷺ ,

من كانت عنده مظلمة لأخيه من مال أو عرض فليأته فليستحلها منه قبل أن يُؤخذ وليس عنده درهم ولا دينار فإن كانت له حسنات أخذ من حسناته فأعطيها هذا والإ أُخذ من سيئات هذا فألقيت عليه .

"Barangsiapa yang mempunyai kezaliman ke atas saudaranya sama ada harta atau maruah,maka datanglah kepadanya meminta halal (maaf) darinya sebelum akan diambil padanya dan tidak memiliki dirham dan dinar. Maka sesungguhnya jika baginya kebaikan,maka akan diambil kebaikannya dan jika tiada kebaikan padanya maka kejahatan akan diberikan padanya"

(HR Bukhari dan Muslim)


Justeru, insaf dan sedarlah wahai saudaraku. Cukuplah dengan dosa yang ada. Usah engkau tambahi lagi dengan lidahmu. Jadikanlah syawal untuk kembali ke pangkal jalan ukhuwwah dan persaudaraan.




ABi




Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Bisikan Ruh Ramadhan 26


Meneruskan semangat dan ‘feeling’ Ramadhan.

Dari ’Aisyah –radhiyallahu ’anha-, beliau mengatakan bahwa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

أَحَبُّ الأَعْمَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ

”Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit.”

(HR. Muslim, 783)

Justeru, amalan-amalan yang perlu dididik agar berterusan selepas Ramadhan:

1 Solat berjamaah.

Terutamanya solat fardhu subuh, maghrib dan isya’.

عن عُثْمَان بْنِ عَفَّانَ قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
(رواه مسلم، ١٠٤٩)

Dari Usman bin Affan berkata, Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

"Barangsiapa salat isya` berjama'ah, seolah-olah ia salat malam selama separuh malam, dan barangsiapa salat subuh berjamaah, seolah-olah ia telah salat seluruh malamnya."

(HR Muslim, 1049)

1 Mendekati dan mengimarahkan masjid atau surau.

Kunjungilah masjid atau setiap hari samaada untuk solat atau menghadiri majlis-majlis ilmu.

فِيهِ رِجَالٌ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُوا وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُطَّهِّرِينَ﴿التوبة: ١٠٨﴾

Di dalam Masjid itu ada lelaki-lelaki yang suka menyucikan dirinya; dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri”.

فِي بُيُوتٍ أَذِنَ اللَّهُ أَن تُرْفَعَ وَيُذْكَرَ فِيهَا اسْمُهُ يُسَبِّحُ لَهُ فِيهَا بِالْغُدُوِّ وَالْآصَالِ﴿النور: ٣٦﴾

Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang, (36)

(An Nur:36)

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ فَعَسَىٰ أُولَـٰئِكَ أَن يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ﴿التوبة: ١٨﴾

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. (18)

(At Taubah: 18)

Diriwayatkan Abu Said al-Khudri RA bahawa Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

“Apabila kamu melihat seorang lelaki yang sentiasa berulang ke masjid, maka saksikanlah, bahawa ia benar-benar beriman”.

(HR Tirmizi)

مَنْ تَطَهَّرَ فِى بَيْتِهِ ثُمَّ مَشَى إِلَى بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ لِيَقْضِىَ فَرِيضَةً مِنْ فَرَائِضِ اللَّهِ كَانَتْ خَطْوَتَاهُ إِحْدَاهُمَا تَحُطُّ خَطِيئَةً وَالأُخْرَى تَرْفَعُ دَرَجَةً

” Sesiapa yang bersuci di rumahnya kemudian berjalan menuju ke salah satu dari rumah-rumah Allah (masjid) untuk menunaikan solat yang telah difardukan oleh Allah, maka kedua-dua langkahan kakinya itu salah satunya menghapuskan dosa dan yang lain mengangkat darjat.”

(HR Muslim, 1553)


من صلَّى لِله أربعين يومًا في جماعة يدرك التكبيرة الأولى كَتبت له بَرَاءَتَانِ بَرَاءَةٌ مِنَ النَّارِ وَبَرَاءَةٌ مِنَ النِّفَاقِ.
(رواه الترمذى)

Sesiapa yang sembahyang kerana Allah selama 40 hari dengan berjemaah dan mendapat takbir yang pertama. Ditulis bagi orang itu dua pelepasan, pelepasan daripada neraka, dan pelepasan daripada menjadi orang munafik.

(HR Tirmizi)

1 Solat tahajjud.

Lakukanlah walaupun 2 rakaat tahajjud sebelum masuk waktu subuh.

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَّكَ عَسَىٰ أَن يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَّحْمُودًا ‎﴿الإسراء: ٧٩﴾‏

Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. (79)

(Al Isra’: 79)

Dari Abu Hurairah, Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ شَهْرِ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ

“Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah –Muharram-. Sebaik-baik salat setelah salat wajib adalah salat malam.”

(HR. Muslim,1163)

1 Solat witir.

Boleh dilakukan selepas solat fardhu isya’ ataupun selepas tahajjud.

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Bisikan Ruh Ramadhan 24

Di penghujung Ramadhan di awal Syawal,

Sering yang terdetik pada nafsu,
ada rasa kegembiraan, bila dapat kembali kepada keinginan-keinginan pelbagai

Bebas makan, minum, berhibur, bermain, berbelian dan berbagai lagi

Nafsu rasa bebas kembali

Namun di dalam hati
yang ada iman,
yang ada taqwa,
yang ada makrifatullah,
yang ada kecintaan dan kerinduan dengan kehidupan akhirat
sudah pasti akan ada rasa kesedihan dan kehibaan dengan pemergian Ramadhan

rindukan kemanisan ibadat
rindukan kelazatan tadarus Al Quran
rindukan sentuhan tarawih
rindukan munajat di waktu sahur
rindukan istighfar dan tasbih yang banyak


Jiwa mahukan bekalan pahala yang banyak ketika bertemuNya
mahukan keampunan dan kemaafanNya
mahukan pembebasan daripada api nerakaNya
mahukan rahmat dan keredhaanNya
mahukan kasih dan cintaNya

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفْسَ عَنِ ٱلْهَوَىٰ ﴿٤٠ فَإِنَّ ٱلْجَنَّةَ هِىَ ٱلْمَأْوَىٰ ﴿٤١

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,(40) maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya).(41)

An Nazi'at : 40


قَدْ أَفْلَحَ مَن تَزَكَّىٰ ﴿١٤ وَذَكَرَ ٱسْمَ رَبِّهِۦ فَصَلَّىٰ ﴿١٥

Sesungguhnya beruntunglah orang yang membersihkan diri (dengan beriman),(14) dan dia ingat nama Tuhannya, lalu dia sembahyang.(15)

Al A'laa : 14-15



ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Bisikan Ruh Ramadhan 23


Bila Ramdhan berlalu nanti alangkah ruginya seandainya,

1 Dosa-dosamu tidak diampuni.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ

Daripada Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah ‎ﷺ bersabda: Celakalah seseorang, aku disebut-sebut di depannya dan ia tidak mengucapkan shalawat kepadaku. dan celakalah seseorang, Bulan Ramadhan menemuinya kemudian keluar sebelum ia mendapatkan ampunan, dan celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orangtuanya tidak dapat memasukkannya ke dalam Surga (karena kebaktiannya)

(HR Tirmizi 3468)

1 Namamu tidak tersenarai di kalangan yang dibebaskan daripada nerakaNya

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ

Daripada Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah ‎ﷺ bersabda: Pada malam pertama bulan Ramadlan syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintu yang terbuka dan pintu-pintu surga dibuka, tidak ada satupun pintu yang tertutup, serta seorang penyeru menyeru, wahai yang mengharapkan kebaikan bersegeralah (kepada ketaatan), wahai yang mengharapkan keburukan/maksiat berhentilah, Allah memiliki hamba-hamba yang selamat dari api neraka pada setiap malam di bulan Ramadlan.

(HR Tirmizi 618)


1 Amalanmu tidak meraih rahmat Tuhanmu untuk mendapat syurgaNya

Ini disebabkan buruknya nilai amalanmu. Samaada puasa, solat dan sebagainya.

عَنْ سَهْلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ بَابًا يُقَالُ لَهُ الرَّيَّانُ يَدْخُلُ مِنْهُ الصَّائِمُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ يُقَالُ أَيْنَ الصَّائِمُونَ فَيَقُومُونَ لَا يَدْخُلُ مِنْهُ أَحَدٌ غَيْرُهُمْ فَإِذَا دَخَلُوا أُغْلِقَ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ أَحَدٌ

Daripada Sahal radliallahu 'anhu dari Nabi ‎ﷺ bersabda:
Dalam surga ada satu pintu yang disebut dengan Ar-Rayyan, yang pada hari qiyamat tidak akan ada orang yang masuk ke surga melewati pintu itu kecuali para shaimun (orang-orang yang berpuasa). Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Lalu dikatakan kepada mereka; Mana para shaimun, maka para shaimun berdiri menghadap. Tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut selain mereka. Apabila mereka telah masuk semuanya, maka pintu itu ditutup dan tidak akan ada seorangpun yang masuk melewati pintu tersebut.

(HR Bukhari 1763)

1 Di padang mahsyar nanti engkau tidak mendapat syafaat daripada puasa dan bacaan Al Quranmu.

Puncanya bila tidak berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan redha Allah. Juga tidak mendekati Al Quran di bulan Ramadhan.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ


Daripada Abdullah bin 'Amru radhiyallahu 'anhu, bahawasanya Rasulullah ‎ﷺ bersabda :

Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada seorang hamba pada hari kiamat nanti. Puasa akan berkata,’Wahai Tuhanku, saya telah menahannya dari makan dan nafsu syahwat, karenanya perkenankan aku untuk memberikan syafaat kepadanya’.

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Bisikan Ruh Ramadhan 22

Satu muhasabah ketika Ramadhan mula tiba ke hujungnya.


Bagaimana ketaqwaanmu? Meningkat kah di Ramadhan ini?

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ ﴿١٨٣

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

(Al Baqarah : 183)

Taqwa bererti menjunjung yang fardhu dan sunat, dan meninggalkan yang makruh dan haram.

Allah Ta'ala berfirman ( dalam hadis qudsi ) :

وَمَا تَقَرَّبَ إِلَيَّ عَبْدِي بِشَيْءٍ أَحَبَّ إِلَيَّ مِمَّا افْتَرَضْتُ عَلَيْهِ وَمَا يَزَالُ عَبْدِي يَتَقَرَّبُ إِلَيَّ بِالنَّوَافِلِ حَتَّى أُحِبَّهُ فَإِذَا أَحْبَبْتُهُ كُنْتُ سَمْعَهُ الَّذِي يَسْمَعُ بِهِ وَبَصَرَهُ الَّذِي يُبْصِرُ بِهِ وَيَدَهُ الَّتِي يَبْطِشُ بِهَا وَرِجْلَهُ الَّتِي يَمْشِي بِهَا وَإِنْ سَأَلَنِي لَأُعْطِيَنَّهُ وَلَئِنْ اسْتَعَاذَنِي لَأُعِيذَنَّهُ...


Tidaklah hamba-Ku mendekati-Ku dengan suatu pekerjaan yang lebih Aku sukai daripada dia mengerjakan apa yang Aku telah fardhukan keatasnya. Dan sentiasalah hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan melakukan yang sunat sehingga Aku cinta kepadanya. Maka apabila Aku telah mencintainya, adalah Aku-lah yang menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya, dan penglihatannya yang ia melihat dengannya, dan tangannya yang ia tamparkan dengannya, dan kakinya yang ia berjalan dengannya; Dan sesungguhnya, jika ia meminta kepada-Ku, nescaya Aku berikan kepadanya; Dan sesunggunya, jika ia memohon perlindungan kepada-Ku nescaya Aku berikan perlindungan kepadanya."

(HR Bukhari 6021)

Taqwa yang membuahkan kecintaan Allah pada hamba-hambaNya. Juga meraih taufiqNya dalam membimbing hamba-hambaNya.


Bagaimana dosa-dosa mu?Apakah Ramadhan membawa pergi seluruh dosa-dosamu dengan taubatmu, istighfar dan segala amal yang mengkafarahkan dosa?

عن ابي هريرة : إن جبريل عليه السلام أتاني فقال من أدرك شهر رمضان فلم يغفر له فدخل النار فأبعده الله قل آمين فقلت آمين

Daripada Abu Hurairah :
“Telah datang Jibril dan dia berkata, “Wahai Muhammad, barang siapa menemui bulan Ramadhan dan kemudian mati dan tidak diampuni (dosanya), maka dia akan dimasukkan ke dalam neraka dan Allah akan mengabaikannya (jauh darinya), katakan Amin.” Maka aku berkata: “Amin.”

(HR Ibn Khuzaymah dan Ibn Hibban)

رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ

Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

Celakalah seseorang, aku disebut-sebut di depannya dan ia tidak mengucapkan salawat kepadaku. Dan celakalah seseorang, Bulan Ramadhan menemuinya kemudian keluar sebelum ia mendapatkan ampunan, dan celakalah seseorang yang kedua orang tuanya berusia lanjut namun kedua orangtuanya tidak dapat memasukkannya ke dalam Syurga (kerana kebaktiannya).

(HR Tirmizi 3468)


Apakah engkau sudah layak tersenarai di kalangan yang dibebaskan dari siksaan neraka Allah Rabbul Jalil?

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ

“Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada akhirnya.”

(HR. Bukhari, no. 6607)

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah ‎ﷺ bersabda,

لاَ عَلَيْكُمْ أَنْ لاَ تُعْجَبُوا بِأَحَدٍ حَتَّى تَنْظُرُوا بِمَ يُخْتَمُ لَهُ فَإِنَّ الْعَامِلَ يَعْمَلُ زَمَاناً مِنْ عُمْرِهِ أَوْ بُرْهَةً مِنْ دَهْرِهِ بِعَمَلٍ صَالِحٍ لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ الْجَنَّةَ ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلاً سَيِّئاً وَإِنَّ الْعَبْدَ لِيَعْمَلُ الْبُرْهَةَ مِنْ دَهْرِهِ بِعَمَلٍ سَيِّئٍ لَوْ مَاتَ عَلَيْهِ دَخَلَ النَّارَ ثُمَّ يَتَحَوَّلُ فَيَعْمَلُ عَمَلاً صَالِحاً وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْراً اسْتَعْمَلَهُ قَبْلَ مَوْتِهِ ». قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ قَالَ « يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ ثُمَّ يَقْبِضُهُ عَلَيْهِ.
(رواه أحمد )

“Janganlah kami kagum dengan amalan seseorang sampai kamu melihat amalan akhir hayatnya. Kerana mungkin saja seseorang beramal pada suatu waktu dengan amalan yang soleh, yang seandainya ia mati, maka ia akan masuk syurga. Akan tetapi, ia berubah dan mengamalkan perbuatan jelek. Mungkin saja seseorang beramal pada suatu waktu dengan suatu amalan jelek, yang seandainya ia mati, maka akan masuk neraka. Akan tetapi, ia berubah dan beramal dengan amalan soleh. Oleh kerananya, apabila Allah menginginkan satu kebaikan kepada seorang hamba, Allah akan menunjukinya sebelum ia meninggal.” Para sahabat bertanya,“Apa maksud menunjuki sebelum meninggal?” Nabi ‎ﷺ menjawab, “iaitu memberikan ia taufik untuk beramal soleh dan mati dalam keadaan seperti itu.”

(HR. Ahmad)


Justeru, usahlah menghukum hidup orang lain. Hanya Allah yang tahu pengakhiran hidupnya. Bahkan sayugianya yang lebih utama ialah merasa bimbang dengan nasib diri sendiri di akhir penghidupan nanti yang tiada siapa yang tahu melainkan Dia jua.


يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك وعلى طاعتك

Wahai Tuhan yang membolak balikkan hati! Tetapkanlah hati kami atas agamaMu dan atas ketaatan kepadaMu.




ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Bisikan Ruh Ramadhan 19


Kerana ada nafsulah, manusia berkeinginan untuk melihat dengan matanya, mendengar dengan telinganya, mencium dengan hidungnya, berbicara dengan lidahnya, memegang dan menyentuh dengan tangannya, berjalan dengan kakinya, juga merasa kesedapan makan dan minum dengan perutnya.

Kerana bernafsulah juga, hati manusia dikuasai oleh berbagai keinginan syahwat sehingga munculnya berbagai penyakit-penyakit syahwat di dalam hati seperti angkuh takabbur, hasad dengki, riya', 'ujub, bakhil, gilakan dunia, pangkat kedudukan, harta, malas, lemah, rendah himmah, lalai ghaflah, cuai taqsir, ghurur tertipu dengan dunia, kendur futur jiwa, ...

Kebanyakan dosa dan maksiat juga berpunca daripada menurut kehendak dan keinginan nafsu. Bahkan manusia sering kembali tercebur kepada dosa dan maksiat juga adalah kerana angkara nafsu, biar pun sering melafazkan " sudah bertaubat".

Nafsu tidak akan pernah berhenti, daripada cenderung kepada kejahatan kecuali yang mendapat rahmat kasih sayang Allah ta’ala.

وَمَا أُبَرِّئُ نَفْسِي ۚ إِنَّ النَّفْسَ لَأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلَّا مَا رَحِمَ رَبِّي ۚإِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٥٣﴾

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.

(Yusuf : 53)

Alangkah beruntungnya hamba yang dapat menahan, menundukkan dan mengasuh nafsunya.

وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَىٰ ﴿٤٠﴾ فَإِنَّ الْجَنَّةَ هِيَ الْمَأْوَىٰ ﴿٤١﴾

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya,(40) maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya).(41)

(An Nazi'at : 40-41)

Sehinggalah tatkala ia dipanggil oleh Allah 'azza wa jalla sebagai nafsu yang tenang tenteram.

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ﴿٣٠﴾

Hei jiwa yang tenang(27) Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas ridha lagi diridhai-Nya.(28) Maka masuklah ke dalam jama'ah hamba-hamba-Ku,(29) masuklah ke dalam surga-Ku.(30)

(Al Fajr : 27-30)


Justeru, teruskanlah mujahadah dengan gigih di bulan Ramadhan ini, kerana biarpun syaitan dibelenggu, namun nafsu yang merupakan rakan syubhat dan tunggangannya masih berkuasa dalam diri kita. Mohonlah sungguh-sungguh padaNya agar Ia bersihkan hati dari karat dosa dan kotoran syahwat.




ABi

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Bisikan Ruh Ramadhan 18

Manusia jadi sombong, angkuh, takabbur banyak sebabnya,
di antaranya ialah:

1. Rupa kejadian ( kecantikan, ketampanan, imej dan keterampilan ) . Ini akibat mewarisi sikap dan perangai Iblis laknatullah 'alaih...

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلَّا تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ ۖ قَالَ أَنَا خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ ﴿١٢﴾

Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".

Al A'raaf : 12

2. Ilmu dan pengetahuan

Sebagaimana pernyataan sombong Qarun yang dirakam Allah dalam Al Quran,

قَالَ إِنَّمَا أُوتِيتُهُ عَلَىٰ عِلْمٍ عِندِي ۚ(٧٨)

Qarun berkata: "Sesungguhnya aku hanya diberi harta itu, karena ilmu yang ada padaku".

Al Qasas : 78

قال ابن القيم رحمه الله :
"التفاخر بالعلم أسوأ حالاً عند الله من التفاخر بالمال والجاه ...!!"
[عدة الصابرين : (صـ197)]

Berkata Ibnu Qoyyim rahimahulloh ta'aala:
" Berbangga- bangga dengan ilmu adalah keadaan yang paling jelek disisi Alloh dari pada berbangga- bangga dengan harta dan kedudukan...!!

('Iddatush Shobirin : 197 )

Al Imam Adz Dzahabi rahimahullah berkata, “Kesombongan yang paling buruk adalah orang yang menyombongkan diri di hadapan manusia dengan ilmunya, merasa dirinya besar dengan kemuliaan yang dia miliki. Bagi orang tersebut tidak bermanfaat ilmunya untuk dirinya. Barangsiapa yang menuntut ilmu demi akhirat maka ilmunya itu akan menimbulkan hati yang khusyuk serta jiwa yang tenang. Dia akan terus mengawasi dirinya dan tidak bosan untuk terus memperhatikannya, bahkan setiap saat dia selalu bermuhasabah dan meluruskannya. Apabila dia lalai dari hal itu, dia akan menyimpang dari jalan yang lurus dan akan binasa. Barangsiapa yang menuntut ilmu untuk membanggakan diri dan meraih kedudukan, memandang remeh kaum muslimin yang lainnya serta membodoh-bodohkan dan merendahkan mereka, maka hal ini merupakan kesombongan yang paling besar. Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun hanya sebesar zarrah (biji sawi). Laa haula wa laa quwwata illaa billah.”

(Al Kabaa’ir ma’a Syarh li Ibni al ‘Utsaimin hal. 75-76, cet. Daarul Kutub ‘Ilmiyah.)

3. Ibadat dan amalan

قال ابن عطاء الله السكندري (رحمه الله)
رب معصية اورثت ذلاً وانكساراً خير من طاعة اورثت عزاً واستكباراً.

Ibnu Athaillah Al Iskandari Rahimahullahu ta'ala berkata :

“ Kadangkala perbuatan dosa yang melahirkan perasaan hina dan kerendahan hati itu lebih baik ( kesannya pada individu - pent ), dari ketaatan yang melahirkan rasa mulia dan kesombongan.”

( Kitab Al Hikam )

وقال الإمام ابن القيم:

إنك إن تبيت نائماً وتصبح نادماً؛ خير من أن تبيت قائماً وتصبح معجباً، فإن المعجب لا يصعد له عمل.

Ibnul Qayyim berkata:

"Sungguh jika kamu tidur di malam hari dan berpagi hari dalam keadaan menyesal (kerana tidak qiyamul lail), itu jauh lebih baik daripada kamu bermalam lalu bangun untuk melaksanakan qiyamul lail namun berpagi hari dalam keadaan berbangga diri. Kerana sesungguhnya orang yang ujub amalnya tidak diangkat (tidak diterima) atasnya."

(Madarijus Salikin 1/177)

4. Harta dan pengikut

Allah ta’ala banyak memberi contoh dalam Al Quran individu dan kaum yang sombong supaya dijadikan sempadan,

وَكَانَ لَهُ ثَمَرٌ فَقَالَ لِصَاحِبِهِ وَهُوَ يُحَاوِرُهُ أَنَا أَكْثَرُ مِنكَ مَالًا وَأَعَزُّ نَفَرًا ﴿٣٤﴾

dan dia mempunyai kekayaan besar, maka ia berkata kepada kawannya (yang mukmin) ketika bercakap-cakap dengan dia: "Hartaku lebih banyak dari pada hartamu dan pengikut-pengikutku lebih kuat"

Al Kahfi : 34

فَأَمَّا عَادٌ فَاسْتَكْبَرُوا فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَقَالُوا مَنْ أَشَدُّ مِنَّا قُوَّةً ۖ (١٥)

Adapun kaum 'Aad maka mereka menyombongkan diri di muka bumi tanpa alasan yang benar dan berkata: "Siapakah yang lebih besar kekuatannya dari kami?"

Fussilat :15

4. Pangkat, kedudukan dan kekuasaan

وَاسْتَكْبَرَ هُوَ وَجُنُودُهُ فِي الْأَرْضِ بِغَيْرِ الْحَقِّ وَظَنُّوا أَنَّهُمْ إِلَيْنَا لَا يُرْجَعُونَ ﴿٣٩﴾

Читать полностью…

Jiwa Tarbawi

Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang".

(Al Hasyr : 10)


Justeru, ambillah peluang Ramadhan ini untuk mengejar syurga itu. Semoga kita termasuk di dalam senarai golongan yang dibebaskan dari neraka Allah di bulan Ramadhan ini, dan menghirup haruman bau hembusan bayu syurga.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِ رَمَضَانَ صُفِّدَتْ الشَّيَاطِينُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ وَفُتِّحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ وَيُنَادِي مُنَادٍ يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنْ النَّارِ وَذَلكَ كُلُّ لَيْلَةٍ

Dari Abu Hurairah dia berkata, Rasulullah ‎ﷺ bersabda:

" Pada malam pertama bulan Ramadhan syaitan-syaitan dan jin-jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satupun pintu yang terbuka dan pintu-pintu syurga dibuka, tidak ada satupun pintu yang tertutup, serta seorang penyeru menyeru, wahai yang mengharapkan kebaikan bersegeralah (kepada ketaatan), wahai yang mengharapkan keburukan/maksiat berhentilah, Allah memiliki hamba-hamba yang bebas selamat dari api neraka pada setiap malam di bulan Ramadlan. "

(HR Tirmizi 618)

Munajat kami hambaMu Ya Allah!

اللهم إنا نسألك رضاك والجنةونعوذبك من سخطك والنار

Ya Allah! Kami memohon keredhaanMu dan syurgaMu dan kami berlindung dengan rahmat kash sayangMu dari kemurkaan dan nerakaMu.

اللهم إنا نسألك الجنة وما يُقرّبُنا إليها
من قول وعمل ونية وإعتقاد ونعوذبك من النار وما يُقرّبُنا إليها من قول وعمل ونية وإعتقاد.

Ya Allah! kami pohon syurga dan segala apa yang mendekatkan kami kepadanya daripada perkataan, amalan, niat dan pegangan hati. Dan kami berlindung dengan rahmat kasih sayangMu dar neraka dan segala apa yang mendekatkan kami kepadanya daripada perkataan, amalan, niat dan pegangan hati.

Amin Ya Rabb!




ABi

Читать полностью…
Subscribe to a channel