Maaf sgt2, hari ni kurang sihat, insyallah jikalau sempat akan buat qadha kuliah nanti
Читать полностью…Mohon maaf sekali lagi, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kelas minggu ini tertangguh lg
Читать полностью…ANTARA HARAP & ANGAN-ANGAN
Dalam bab duniawi, kita sedia maklum adalah tidak logik bagi seorang pekerja yang mengingkari perintah dan arahan majikan, cuai didalam melaksanakan tanggungjawab sebagai pekerja untuk menerima upah dan gaji.
Bahkan majoriti bersetuju bahawa pekerja sedemikian layak untuk diberhentikan dan dibuang kerja.
Tetapi amat pelik ada dikalangan kita yang boleh berangan-angan memperolehi pahala dan ganjaran syurga sedangkan seringkali melanggar perintah Allah SWT, cuai dan lalai didalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah dengan alasan Allah SWT amat menyayangi hambaNya.
Ada pula yang berkata, nantilah : "tua-tua baru bertaubat" sedangkan umur masih tidak diketahui sampai bila.
Inilah yang dikatakan beza antara harap dan angan-angan.
Sedangkan Allah berfirman didalam surah al- Kahfi ayat 110:
فَمَن كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا (110)
Maka sesiapa yang mengharapkan untuk bertemu Tuhannya, maka hendaklah dia beramal dengan amalan soleh dan jangan mensyirikkan sesiapa pun dengan Allah didalam ibadahNya (al-Kahfi-110)
Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa syarat untuk mengharap ialah melaksanakan tugas dengan membuat amalan soleh serta tidak mensyirikkan Allah didalam beribadah.
Bukan berangan-angan masuk syurga Allah SWT dalam masa yang sama ingkar sebagai hambaNya dengan melakukan pelbagai maksiat dan kemungkaran dengan harapan Allah SWT akan mengampuninya kelak.
Itulah beza antara mengharap dan berangan-angan.
Persoalannya : Adakah kita tergolong di dalam golongan yang mengharap atau berangan-angan?
Renung-renungkanlah.
Tahun 66 yang dimaksudkan ialah pada tahun 500h, begitu juga tahun 70 disitu juga.
Читать полностью…Begitu juga bab arak ini boleh dikiaskan dengan semua jenis perkara yg haram dgn zatnya seperti riba, rasuah, judi, rokok dan seterusnya.
Читать полностью…Assalamualaikum, maaf sudah terlalu lama kelas tidak dapat dijalankan, ini kerana saya terlibat dlm DPLI baru-baru ini, dan agak sibuk sedikit.
Insyallah, jikalau diizinkan akan bersambung kembali kelas tidak formal kita dalam masa terdekat.
Perjalanan ke Baghdad
Beliau pergi ke Baghdad sebanyak 2 kali. Kali pertama pada tahun 561 hijrah. Manakala ke Mesir pula sebanyak 2 kali juga.
Tatkala beliau menuntut ilmu di Damsyik, ketika itu usia beliau masih kecil lagi iaitu pada tahun 551 hijrah. Tatkala itu beliau sempat berguru dengan Abu Hilal, Salman bin Ali ar-Rohabi, Abu Abdullah Muhammad bin Hamzah al-Qurasyi dan lain-lain.
Kemudian setelah selesai, barulah beliau rehlah memulakan perjalanan menuntut ilmu ke Baghdad bersama anak saudaranya iaitu Ibnu Qudamah. Disana beliau menetap selama 4 tahun.
Tatkala itu, Ibnu Qudamah sudah mulai cenderung kepada bidang fiqh, manakala beliau sendiri cenderung kepada bidang hadith.
Mereka mula menuntut ilmu dengan Syeikh Abd Qadir al-Jailani yang mana Syeikh sangat mengalu-alukan kedatangan beliau berdua dan melayani mereka berdua dengan baik. Lalu mereka membacakan ilmu yang berkait dengan fiqh dan hadith kepada Syeikh.
Ibnu Qudamah menceritakan :
“ kami sempat menuntut ilmu selama 40 hari dengan Syeikh sebelum beliau meninggal dunia”.
Mereka menuntut dua pelajaran setiap hari daripada bidang fiqh dengan Syeikh. Al-Hafiz Abd Ghaniy membacakan mukhtasar al- Harqi daripada hafalannya manakala Ibnu Qudamah membacakan daripada kitab Al-Hidayah.
Mukhtasar al-Harqi merupakan kitab induk mazhab Hanbali manakala Al-Hidayah pula merupakan kitab induk mazhab Hanafi.
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
*عَيْدٌ مُبَارَكٌ .. عَلَيْنَا وَعَليْكُمْ*
_Hari Raya yang diberkati .. ke atas kami dan ke atas kalian_ 🤲🏻
••••••••••••••••••••••••••••••••••
*وَكُلُّ عَامٍ وَأَنْتُمْ بِخَيْرٍ وَصِحَّةٍ وَعَافِيَةٍ*
_Semoga sepanjang tahun kalian dalam kebaikan, kesihatan dan keafiatan_ 🤲🏻
••••••••••••••••••••••••••••••••••
*تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ صَالِحَ الْأَعْمَالِ*
_Semoga Allah menerima dari kami dan dari kalian amal-amal kebaikan_ 🤲🏻
••••••••••••••••••••••••••••••••••
*مِنَ الْعَائِدِيْنَ وَالْفَائِزِيْنَ*
_Semoga [kita] tergolong dari orang-orang yang kembali [kepada Allah] dan berjaya [dengan Syurga]_ 🤲🏻
••••••••••••••••••••••••••••••••••
Ikhlas dari:
*Huzaifah Hadis & sekeluarga*
🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺🌺
Maaf kerana kelas masih tertangguh😭
Isi-isi penting daripada hadith Orang Yang Menzalimi Tanah Orang Lain (Bab 2)
1) Harta galian:
Disisi mazhab Syafie dan Hanbali bukanlah termasuk harta karun tetapi harta yang asalnya daripada bumi.
Seperti bauksit, petrol, mineral, garam, gas, dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
Manakala harta karun ialah harta yang ditanam di zaman jahiliyyah ataupun harta yang ditanam untuk diberikan kepada kepada pewaris tetapi dengan sebab-sebab tertentu, menyebabkan harta tersebut tidak dapat diberikan ataupun dikeluarkan.
Harta galian yang timbul: Iaitu harta galian yang tidak perlu diusahakan dengan bersungguh-sungguh bagi memperolehi hasilnya.
Harta galian yang tertanam : Iaitu harta yang diperlukan usaha yang gigih bagi mendapatkannya. Sepertimana perlukan penggalian, gerudi, pengasingan dsb.
Harta galian yang timbul merupakan milik negara, bukan milik pemilik tanah.
Cuma isu yang berlaku ialah adakah harta yang dikatakan milik baitul Mal yang perlu diagihkan kepada seluruh rakyatnya ataupun harta tersebut hanya boleh diakses oleh pemimpin-pemimpin tertentu sahaja?
Bila mana harta tersebut dilonggokkan didalam baitul Mal dan tidak diagihkan kepada rakyat, maka disana muncullah perasaan tidak puas hati.
Perasaan ini muncul lebih-lebih lagi sekiranya hanya pemimpin tertentu dan para kroninya sahaja yang dapat mengeluarkan harta tersebut dan membelanjakan semahu-mahunya sedangkan rakyat sekitarnya hanya boleh melihat dan memandang sahaja.
Apatah lagi sekiranya rakyat sekitar itu masih lagi kelaparan, miskin, tidak cukup makan, tidak berpendidikan lantaran isu kewangan yang menimpa, sedangkan di sana para pemimpin negara sewenang-wenangnya menggunakan harta negara atas nama baitul Mal dengan semahu-mahunya ibarat harta milik sendiri.
Maka, tidak hairanlah ketika itu rakyat merasa marah, tidak puas hati dan memberontak lantaran kezaliman dan ketidak adilan berlaku.
Jikalau harta tersebut dilunaskan dengan cara yang betul, diserah secara adil dan saksama, tiada kronisme, nepotisme, politisme dsb.
Nescaya rakyat merasa gembira kerana masing-masing dapat memberikan manfaat buat orang lain.
Doakan agar saya diberi kekuatan untuk menghasilkan buku demi buku lagi untuk manfaat umat terutamanya untuk rakyat Malaysia.
Читать полностью…Mohon maaf sekali lagi, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, kelas minggu ini tertangguh lg
Читать полностью…Sepertimana didalam kaedah fiqh : الأمور بمقاصدها
Iaitu sesuatu perkara itu bergantung kepada niat pelakunya.
Ini sejajar dengan hadith nabi : Hanyasanya amalan itu bergantung kepada niat dan setiap orang mendapat balasan atas apa yang diniatkan. ( HR Bukhari & Muslim)
Ada seorang sahabat bertanya : Apa hukum jikalau kita beli sesuatu atas niat yang haram kemudian ada bakinya/ lebihannya, adakah baki tersebut itu haram juga?
Soalan ini amat baik dan saya rasa ianya amat bermanfaat untuk dikongsikan.
Hukum membeli sesuatu yang harus pada zat, sekalipun atas tujuan yang maksiat /haram, hukumnya jatuh haram tetapi jikalau ada lebihannya, dan lebihan itu dibuat atau digunakan untuk kebaikan, hukumnya berubah kepada amalan yg baik.
Contohnya, seseorang tambah kredit topup untuk buat maksiat, telefon girlfriend dsb, maka hukumnya tetap haram kerana maksiat tersebut, tetapi jikalau ada lebihan topup itu digunakan untuk menelefon ibu bapanya, maka hukum lebihan topup itu berubah kepada halal.
Ini kerana asal hukum menambah kredit telefon ( topup) itu harus pada asalnya.
Tetapi berbeza sekiranya seseorang itu membeli arak di 7 eleven contohnya, setelah dia minum arak tersebut, ini perbuatan haram, ada lebihan lagi air arak tersebut, jadi apa hukum lebihan air arak tersebut?
Hukumnya tetap haram sekalipun dia tidak meminumnya kerana arak itu haram dengan zat arak tersebut. Bukan haram dengan tujuan, sebab pengharaman arak ini memang termaktub dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Ok..cukup setakat ini kuliah kita pada hari ini. Insyallah kita akan sambung lagi pada masa akan datang.
Wallahua'lam.
Wassalam alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Maaf kerana lama tidak menulis, insyallah pada kali ini, kita membentangkan tajuk Biografi Imam al-Hafiz Abd Ghaniy al- Maqdisi Rahimahullah.
Beliau diberikan nama sebagai al-Imam Al-Hafiz Taqiyuddin Abu Muhammad Abd Ghaniy bin Abdul Wahid bin Ali bin Sudut bin Rafi’ bin Hasan bin Jaafar al- Jammaaili ad-Dimasyqi as- Solihi al- Hanbali al-Maqdisi Rahimahullah.
Dilahirkan di kota Nablus Palestin pada tahun 541 hijrah. Dinisbahkan nama beliau kepada Baitul Maqdis kerana bandar Jammail berhampiran dengannya. Begitu juga kota Nablus juga selalu dinisbahkan kepada Baitul Maqdis. Sesudah itu, beliau dan keluarganya telah berpindah ke kawasan Masjid Abu Soleh yang terletak di timur Damsyik dan berpindah pada kali kedua ke bukit Qasiyun.
Kemudian mereka membina rumah disana yang digelar Dar Hanabilah kerana ramainya para ulama Hanbali dikawasan ini.
Kemudian, lantas mereka mendirikan sekolah disana yang dikenali dengan nama Madrasah Al-Umariyah. Beliau membesar dan dikelilingi dengan ahli keluarga yang terkenal dengan kealiman dan kesolehannya.
Antara yang terkenal didalam keluarga beliau ialah anak saudaranya sendiri iaitu Muwaffaq ad-Din Ibnu Qudamah al-Maqdisi Rahimahullah yang merupakan pengarang kepada kitab al-Mughni yang masyhur dengan nama Mughni Ibnu Qudamah.
Bagi sesiapa yang mempelajari mazhab dan aliran fiqh, pasti tidak akan terlepas kitab Mughni ini yang merupakan kitab induk didalam mazhab Hanbali seperti kitab Majmuk an- Nawawi didalam fiqh mazhab Syafie .
Sebuah kitab yang menghimpunkan pendapat mazhab Hanbali beserta dalil-dalilnya daripada Al-Quran dan hadith serta pendapat para ulama fiqh mereka. Mempunyai sebanyak 10 jilid.
Permulaan hidupnya
Beliau membesar didalam keluarga yang alim, bertaqwa lagi Soleh.
Pada peringkat awal, beliau berguru dengan pakciknya iaitu bapa Ibnu Qudamah yang bernama Syeikh Muhammad bin Ahmad al-Maqdisi. Kemudian setelah selesai, beliau meneruskan pengajian dengan berguru kepada para ulama dan para masyaikh Damsyik didalam bidang fiqh dan cabang-cabang ilmu yang lain.
Antara Syeikh beliau ialah Abu al-Makarim bin Hilal.
Rehlah ilmu
Kemudian setelah selesai pengajiannya di Damsyik, beliau tidak terhenti setakat itu,bahkan beliau melakukan rehlah ilmiah ( perjalanan menuntut ilmu) ke beberapa negara yang lain.
Antaranya ialah Iskandariah di Mesir, Baitul Maqdis di Palestin, Mesir itu sendiri, Baghdad di Iraq, Harran di Turki, Mausul di Iraq, Isfahan dan Hamadan di Iran serta lain-lain lagi.
Tahniah kepada 10 pemenang terpantas yang menjawab dengan betul.
Insyallah, bagi sahabat-sahabat yang lain, peluang masih ada lagi untuk next time.
Maaf ya yang dipadam tadi, ni kuiz yg betul, yang tadi tak dapat nak tengok dan semak, saya baru belajar setup kuiz di telegram ni.
Читать полностью…Harta galian yang tertanam adalah menjadi milik kepada pemilik tanah disisi mazhab Syafie.
Manakala harta karun, ia milik pihak kerajaan juga. Perlu diserahkan kepada baitul Mal.
2) Kezaliman adalah haram dan rampasan tanah adalah haram dan boleh dihukum dengan hukuman yang berat dan setimpal.
3) Boleh berlaku rampasan tanah. Ini merupakan pandangan majoriti para ulama termasuk mazhab Syafie.
Disana ada pandangan daripada mazhab Hanafi yang menyatakan bahawa tanah tidak mungkin boleh dirampas dengan alasan bahawa tanah tidak boleh dipindahkan.
Secara realiti, kita boleh lihat tanah juga boleh dirampas dengan pelbagai cara sepertimana pemindahan geran, pengalihan batu sempadan dsb. Ini sejajar dengan pandangan majoriti para ulama.
4) Balasan maksiat dan kemungkaran ditambah berdasarkan berapa besarnya maksiat atau berapa besar implikasi dosa tersebut.
5) Rampasan tanah di tanah anak yatim, wakaf, atau tanah suci berbeza dosanya dengan rampasan tanah biasa. Dosa dan hukuman itu dinilai berdasarkan tempat dan keadaan.
Lebih tinggi nilai tanah itu, seperti tanah wakaf, tanah asnaf, tanah anak yatim, tanah yang berada di tanah suci, maka lebih berat dosa dan hukumannya.
6) Hukuman dan dosa tersebut tertakluk kepada ketiadaan taubat oleh pihak yang merampas, begitu juga tidak mengembalikan hak tanah tersebut kepada pihak yang sepatutnya.
7) Pemilik tanah yang berhak ke atas apa-apa benda yang berada di atas tanah seperti laluan angin, udara dan sebagainya.
Isi-isi penting daripada hadith Orang Yang Menzalimi Tanah Orang Lain.
1) Zalim : adalah meletakkan sesuatu pada bukan tempatnya.
Contohnya kopiah yang tempatnya diatas kepala, maka diletakkan di kaki.
2) perkataan seerti : قيد dan قاس : maknanya sama iaitu kadar.
3) طوق : dikalungkan
Kalung yang dilingkari.
Pandangan pertama : Tengkuk yang dikalungkan dengan tanah daripada tujuh petala bumi.
Pandangan kedua: Dilingkarkan dengan dosa seberat itu.
Pandangan ketiga : Ditanggungkan dengan tanah seumpamanya itu.
Sepertimana hadis berkaitan orang kafir yang dibesarkan gigi geraham mereka umpama gunung Uhud besarnya, begitu juga kulit mereka ditebalkan yang mana ketebalannya 3 hari perjalanan sepertimana yang dinyatakan di dalam hadith Muslim.
Jikalau orang kafir sebegitu, maka tidak mustahil, tanah setebal tujuh petala bumi dikalungkan pada leher mereka.
Pandangan keempat : Ditenggelamkan didalam tujuh petala bumi.
Pandangan ini dikuatkan dengan hadith lain daripada riwayat al-Bukhari.
Pandangan ke-5 : Dihimpun kesemua azab dan seksaan tersebut.
Di sana ada hadith yang lebih jelas tetapi sanad perawinya bermasalah.
Rasanya masih belum terlambat lagi untuk memperkenalkan buku ini. Buku ini merupakan hasil karya pertama saya berkenaan tentang ilmu hadis.
Boleh dapatkan di mana-mana kedai yang menjual buku agama ataupun di shopee.
Semoga ianya bermanfaat buat penulis dan juga pembacanya.