kelashadis | Unsorted

Telegram-канал kelashadis - # Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

2795

Kelas Hadis Ustaz Huzaifah - Belajar hadis setiap minggu.

Subscribe to a channel

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Semua sibuk membincangkan tentang satu acara tertentu kerana ia mengandungi unsur #####.

Tapi, cuba bayangkan kalau acara itu hanya mengandungi unsur ajaran New Age yang lain, adakah ia akan tular juga?

Hakikatnya, kepercayaan seperti b###l, 'manifestasi', 'healing', dan 'self-energy' turut berpunca daripada pengaruh ajaran New Age, satu bentuk ajaran moden yang telah lama menyusup masuk ke dalam dunia pembangunan diri dan motivasi.

2. Penyusupan Ajaran New Age Secara Halus

Ajaran ini telah dibongkar oleh para ilmuwan Islam sejak sekian lama, tetapi ia tetap mendapat tempat, bahkan semakin diterima secara terbuka dalam bentuk kursus motivasi, program team building, dan latihan korporat.

Buku-buku tokoh terkenal seperti Anthony Robbins, Robin Sharma, dan Rhonda Byrne (pengarang The Secret) telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu dan diletakkan di rak-rak buku motivasi, pembangunan diri, dan “healing”.

Malangnya, ramai tidak sedar bahawa inti ajaran mereka berasal dari falsafah New Age, yang menolak ketuhanan Islam dan menggantikannya dengan ‘kuasa minda’, ‘getaran positif’, dan ‘alam semesta sebagai penentu takdir’.

3. Sokongan Pasaran dan Normalisasi Ajaran

Buku The Secret, walaupun telah banyak dikritik oleh ulama dan penulis Islam, masih jauh lebih laris berbanding buku-buku sanggahan seperti “Khurafaat as-Sirr” oleh Syeikh Abdullah bin Soleh al-Ujairi dan lain-lain.

Kenapa?

Kerana ajaran ini dipakejkan secara eksklusif. Ia menyasarkan golongan profesional, syarikat besar, dan kelas menengah atas. Ia dilabel sebagai “team building”, “HRDC-claimable”, dan “executive training” walaupun mengandungi ajaran batil.

Program-program ini dijalankan di hotel-hotel mewah, resort eksklusif, dan dijual dengan harga premium, menjadikannya kelihatan “berprestij” walaupun secara rohaninya ia berbahaya.

4. Ancaman kepada Akidah dan Jalan Penyelesaian

Berbeza dengan ajaran Islam yang tulen, yang mendidik jiwa tanpa pakej eksklusif, ajaran New Age semakin membarah kerana tiada penyaringan, tiada kesedaran, dan tiada pemahaman akidah yang benar.

Jika benar ingin membanteras ajaran New Age, ia tidak cukup sekadar mengecam acara tertentu yang melampau. Perlu ada pembersihan total, bermula dari akar: fahaman, tokoh, buku, program, dan institusi yang menyokong ideologi ini.

Dan penyelesaian yang paling asas dan ampuh iaitu mengembalikan umat Islam kepada kefahaman akidah berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Tanpa akar yang kukuh, umat akan terus hanyut dengan ‘healing’ dan ‘getaran positif’ versi barat.

Kesimpulannya:

Kita tidak boleh selesa dengan hanya mengecam di permukaan. Perlu dibina satu generasi yang celik akidah, kritis terhadap pemikiran asing, dan bijak menilai antara kebenaran dan kosmetik spiritual yang menipu.

"Akar yang sihat akan menghasilkan buah yang sihat. Tapi jika akar pun sudah busuk, jangan hairan kalau buahnya membawa racun."

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Ia termasuk dalam bulan-bulan haram."
-----
------

Sebab itulah para ulama ahli sunnah membantah sungguh-sungguh amalan-amalan yang berteraskan kepada hadith daripada golongan Syiah. Ini kerana kita tidak mengiktiraf hadith-hadith daripada golongan Syiah.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

vii. Bersedekah pada bulun Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pereka hadis iaitu Aban bin Abi 'Iyash.

HARAM MENYEBAR HADIS PALSU

Al-Mughirah bin Syu'bah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya pembohongan yang dilakukan ke atasku adalah tidak sama dengan pembohongan yang dilakukan ke atas orang lain. Sesiapa yang membuat pembohongan terhadapku dengan sengaja, maka bersedialah dia dengan tempat duduknya di dalam api neraka." (Hadis sahih direkod oleh Imam al-Bukhari).

Syeikh Abu Asma' Ibrahim bin Ismail Ali 'Asr menjelaskan dalam pendahuluannya kepada suntingan karya Imam Ibn Hajar al-'Asqalani yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab', ramai dalam kalangan pendakwah, penceramah, guru agama, khatib yang tidak sensitif terhadap hadis maudhuk, sehingga mereka menyampaikannya kepada masyarakat tanpa berusaha mengenalpasti status sesuatu hadis. Perkara merbahaya ini boleh menceburkan mereka dan anggota masyarakat yang menyebarkan hadis palsu dalam ancaman Nabi, "Sesiapa yang berdusta terhadapku, maka bersedialah tempatnya di dalam api neraka". Walaupun mereka tidak berniat untuk melakukan pendustaan terhadap Rasulullah, tetapi dengan tindakan mereka menyebarkan hadis palsu sedangkan mereka sudah dijelaskan kepalsuan hadis itu, mereka telah terjebak dalam melakukan pendustaan terhadap Rasulullah saw.

Abu Hurairah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Cukuplah seseorang itu sudah dianggap berdosa dengan dia menyebarkan segala berita yang didengar tanpa disiasat terlebih dahulu." (Hadis sahih direkod oleh Imam Muslim).

Umat Islam tidak perlu disajikan dengan pahala dan fadhilat untuk melakukan amalan khusus hanya di bulan Rejab sahaja, sedangkan ia bersumberkan laporan/hadis palsu yang merupakan pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw. Adalah amat baik kita dapat melazimi diri dengan melaksanakan amal ibadah secara berterusan yang bersumberkan dalil yang benar daripada al-Quran dan hadis sahih; tentang kelebihan menghidupkan malam dengan solat sunat seperti tahajud dan witir, puasa sunat isnin khamis, puasa sunat hari ke 13, 14, dan 15 setiap bulan, puasa sunat selang sehari seperti cara puasa Nabi Daud.

Marilah sama-sama kita memelihara kemuliaan bulan haram seperti bulan Rejab ini daripada dicemari dengan hadis palsu.

Wallahu a'lam.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

BULAN REJAB: KEMULIAAN DICEMARI KEPALSUAN

Oleh:
Dr.Arieff Salleh bin Rosman,
Felo Fatwa

Bulan Rejab merupakan salah satu daripada 'al-Ashur al-Hurum' (bulan-bulan haram) selain bulan Muharram, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bulan-bulan haram merupakan bulan mulia sebagaimana firman Allah SWT dalam surah al-Taubah ayat 36, yang bermaksud, "Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi. Antaranya empat bulan haram (yang dihormati). Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya)...." Abu Bakrah melaporkan, Nabi Muhammad saw bersabda, "Sesungguhnya masa itu beredar sebagaimana hari Allah mencipta langit dan bumi iaitu setahun itu ada dua belas bulan. Antaranya ada empat bulan haram (yang dihormati) iaitu tiga bulan berturut-turut: Zulkaedah, Zulhijjah, dan Muharram. Seterusnya Rejab iaitu antara bulan Jamadilakhir dan Sya'ban." (Hadis sahih direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).

Imam Ibnu Rajab al-Hanbali menjelaskan, maksud Rejab ialah agung (Lata'if al-ma'arif, hlm. 117). Oleh sebab itu, bulan Rejab adalah bulan yang agung dan mulia. Antara keistimewaan bulan Rejab ialah berlakunya peristiwa Isra' dan Mikraj yang menurut majoriti ulama' ia berlaku pada 27 Rejab.

Namun isu yang timbul ialah kemuliaan bulan Rejab sebagai salah satu bulan haram telah dicemari dengan pengagungan yang bersumberkan kepada laporan/hadis palsu yang direka-reka yang diistilahkan dalam ilmu hadis sebagai hadis maudhuk.

Mengagungkan bulan Rejab bukanlah satu persoalan yang baru. Ia telah pun wujud pada zaman Jahiliyyah; sebelum kedatangan Islam. Masyarakat Arab Jahiliyah begitu mengagungkan bulan Rejab sehingga mereka menjadikannya sebagai perayaan. Antara amalan popular yang dilakukan oleh sebahagian orang Islam di Malaysia apabila datangnya bulan Rejab ialah mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan puasa sunat Rejab dan menghidupkan malam dengan sembahyang sunat Rejab.

Umat Islam di Malaysia khususnya dan dunia umumnya; kini dan dahulu, telah disajikan dengan pelbagai janji manis jika melakukan sesuatu amalan khusus di bulan Rejab. Satu kebenaran yang perlu dijelaskan kepada umat Islam ialah tiada amalan khusus dalam bulan Rejab yang dilaporkan daripada Rasulullah SAW dari hadis sahih. Amalan tertentu seperti solat sunat Rejab, puasa Rejab dan umrah di bulan Rejab adalah sebahagian kecilnya bersandarkan kepada hadis lemah (daif) dan kebanyakkannya adalah hadis palsu (maudhuk).

Isu mencemarkan bulan Rejab dengan janji-janji daripada sumber yang palsu ini sudahpun wujud sekian lama. Antara ulama terdahulu yang membongkar usaha golongan pemalsu hadis yang membuat pembohongan terhadap Nabi Muhammad saw berkaitan kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya, antaranya ialah Imam ahli hadis Abu al-Khattab 'Umar bin Hasan ibn Dihyah (w. 633H) yang mengarang buku yang bertajuk 'Ada' ma wajab min bayan wad' al-wadda'in fi Rajab (Melaksanakan apa yang wajib dengan menerangkan pemalsuan yang dilakukan oleh pembohong berkaitan Rejab)' dan Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani (w. 852H) yang mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab (Menjelaskan perkara yang pelik berkaitan dengan apa yang disampaikan tentang kelebihan Rejab)'.

'Ata; seorang ulama tabi'in menjelaskan, Nabi Muhammad saw melarang daripada berpuasa penuh sebulan bulan Rejab agar ia tidak dijadikan sebagai perayaan sebagaimana yang dilakukan oleh orang Arab Jahiliyyah (Ibnu Rajab, Lata'if al-ma'arif, hlm. 11). Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan, "Larangan daripada berpuasa sebulan penuh pada bulan Rejab adalah berkaitan dengan individu yang melakukannya kerana terpengaruh dengan amalan orang Arab jahiliyyah yang begitu mengagungkan bulan Rejab.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

2 - خمس ليال لا ترد فيهن الدعوة : أول ليلة من رجب، و ليلة النصف من شعبان و ليلة الجمعة، و ليلة الفطر، و ليلة النحر

Hadith

Lima Malam yang tidak ditolak padanya doa : Malam pertama bulan Rejab, malam pertengahan Syaaban, malam Jumaat, malam Hari Raya Idul Fitri dan malam Hari Raya Idul Adha.

Status hadith

Imam as-Suyuti mengatakan ianya lemah.
Al-Albani mengatakan ianya palsu.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Ketiga-tiganya mencipta inflasi aset apabila harga mereka meningkat secara mendadak akibat permintaan tiruan, bukan peningkatan nilai ekonomi.

3. Risiko Gelembung:

Sama seperti startup teknologi, apabila gelembung pecah (contohnya, kejatuhan harga kripto atau runtuhnya ETF tertentu), ia boleh menyebabkan kerugian besar dan ketidaktentuan ekonomi.

---

Perbezaan dengan Sistem Kewangan Islam Tradisional

Dalam ekonomi Islam yang ideal:

Pelaburan harus disandarkan kepada aktiviti produktif (contohnya, perdagangan atau pembangunan infrastruktur).

Spekulasi melampau dianggap haram kerana ia mencipta ketidakseimbangan ekonomi.

Wang hanya boleh dicipta berdasarkan aset nyata, bukan melalui "wang daripada hutang" seperti dalam perdagangan option atau kripto.

---

Kesimpulan

ETF, option, dan kripto, seperti startup teknologi, boleh menyumbang kepada inflasi aset apabila ia diperdagangkan untuk spekulasi semata-mata tanpa mencerminkan nilai sebenar.

Walaupun ia menawarkan peluang keuntungan besar, ketiga-tiganya juga membawa risiko ketidakseimbangan ekonomi dan kejatuhan pasaran apabila gelembung pecah.

Untuk ekonomi yang stabil, pelaburan perlu lebih fokus kepada nilai sebenar dan pengeluaran ekonomi produktif, seperti yang ditekankan dalam prinsip kewangan Islam tradisional.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Contoh: Sistem kewangan Islam mengutamakan pemilikan fizikal emas dan perak dalam transaksi.

3. Menggalakkan Pelaburan Produktif:

Mendorong pelabur untuk menggunakan kekayaan mereka dalam sektor produktif, seperti perniagaan, pertanian, atau pembangunan, berbanding menyimpan dalam bentuk emas semata-mata.

4. Pendekatan Islamik:

Dalam ekonomi Islam, emas dan perak adalah aset asas yang mesti digunakan dengan cara yang melindungi keseimbangan ekonomi.

Spekulasi melampau dianggap haram kerana ia mencipta ketidakseimbangan dan ketidakadilan dalam masyarakat.

---

Kesimpulan

Walaupun emas dan perak secara tradisional dianggap selamat daripada inflasi, peningkatan perdagangan spekulatif telah mengubah fungsi asalnya.

Kini, harga emas dan perak sering dipengaruhi oleh pasaran derivatif, pelabur institusi, dan krisis global, menyebabkan turun naik yang tidak mencerminkan nilai sebenar.

Untuk memastikan emas dan perak kekal relevan sebagai aset pelindung nilai, pendekatan yang lebih seimbang diperlukan, termasuk mempromosikan pemilikan fizikal dan mengurangkan spekulasi melalui regulasi dan prinsip ekonomi Islam.
-----

Keyword utama disini ialah : SPEKULASI

PENYELESAIANNYA: Balik kepada sistem ekonomi Islam yang asal.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

BERAPAKAH JARAK IMAM AS-SYAFIE DIGIRING BERJALAN KAKI DENGAN BERANTAI DARIPADA KOTA SAN'AA KE BAGHDAD IRAQ?

Perjalanan Imam al-Syafi'i dari Yaman ke Baghdad adalah salah satu perjalanan panjang yang mencabar. Beliau dipaksa untuk berjalan dengan rantai di kaki oleh pihak yang berkuasa pada masa itu, untuk menghadapi pengadilan. Untuk menghitung nisbah perjalanan beliau, kita perlu mengetahui lebih dahulu jarak antara kedua-dua tempat tersebut.

Anggaran Jarak:

Yaman (terutama dari ibu kota Sana'a) ke Baghdad, menurut kajian jarak antara kedua-dua tempat, dianggarkan sekitar 1,500 km hingga 2,000 km bergantung kepada laluan yang diambil.

Imam al-Syafi'i mungkin tidak berjalan langsung, kerana dia dipaksa berantai dan perjalanan mungkin melalui beberapa tempat dan halangan. Namun, jarak kira-kira 1,500 km (jalan darat) adalah anggaran yang sesuai untuk perjalanan panjang itu.

Nisbah Perjalanan Imam al-Syafi'i Yang Digiring Secara Berantai:

Mari kita bandingkan perjalanan beliau dengan jarak perjalanan moden atau tempat yang lebih dekat. Sebagai contoh, kita ambil jarak antara Kuala Lumpur dan Jakarta:

Kuala Lumpur ke Jakarta adalah sekitar 1,300 km. Jika kita bandingkan perjalanan Imam al-Syafi'i (dengan anggaran 1,500 km hingga 2,000 km), perjalanan beliau adalah lebih panjang daripada perjalanan antara Kuala Lumpur dan Jakarta, hampir sekali ganda lebih jauh.

Namun, ini adalah perkiraan kasar berdasarkan jarak darat, dan perjalanan beliau mungkin jauh lebih sukar disebabkan oleh keadaan jalan yang buruk, perlindungan yang kurang, dan pengawasan dari pihak berkuasa. Ia adalah perjalanan yang sangat berat, apatah lagi beliau dipaksa berjalan dengan rantai di kaki.

Jadi, nisbah jarak perjalanan Imam al-Syafi'i jika dibandingkan dengan jarak yang lebih biasa (contohnya Kuala Lumpur-Jakarta) adalah kira-kira 1.5 hingga 2 kali lebih jauh.

Kesimpulan:

Jarak perjalanan Imam al-Syafi'i dari Yaman ke Baghdad sekitar 1,500 km hingga 2,000 km.

Nisbah jarak dengan jarak antara Kuala Lumpur dan Jakarta: sekitar 1.5 hingga 2 kali lebih jauh.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Kita biasa mendengar kisah tentang khalifah al- Ma'mun memenjarakan Imam Ahmad bin Hanbal Rahimahullah.

Tetapi, ramai yang tidak menyedari betapa besarnya keluasan empayar dibawah beliau tatkala itu.

Hakikatnya:

Berikut adalah nisbah keluasan wilayah Kekhalifahan Abbasiyah di bawah pemerintahan Khalifah al-Ma'mun (11 juta km²) berbanding dengan negara-negara berikut:

1. Soviet Union (22.4 juta km²): Wilayah Abbasiyah adalah sekitar 49.1% daripada keluasan Soviet Union.

2. United States (9.83 juta km²): Wilayah Abbasiyah adalah sekitar 111.9%, iaitu lebih besar sedikit daripada Amerika Syarikat.

3. China (9.6 juta km²): Wilayah Abbasiyah adalah sekitar 114.6%, iaitu lebih besar sedikit daripada China.

Ini menunjukkan bahawa pada puncaknya, Kekhalifahan Abbasiyah hampir setanding atau lebih besar daripada kebanyakan negara besar moden kecuali Soviet Union.

Bukan sekecil Malaysia ataupun Arab Saudi, tetapi lebih besar berbanding United States dan juga China.

11 juta km persegi.

Sebab itu tidaklah hairan kalau sewaktu zaman fitnah Khalq Al-Quran dibawah Muktazilah ketika itu, ramai para ulama' bersembunyi.

Bayangkan dalam ribuan para alim ulama' , beliau antara salah satu tokoh yang sanggup dikenakan hukuman penjara dan sebatan demi mempertahankan akidah umat Islam ketika itu.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Alhamdulillah, Syria telah bebas, bila melihat takbir di masjid-masjid Halab, teringat tentang hadith akhir zaman berkenaan kedatangan Dajjal dan pembebasan kota Konstantinopel.

Ya Allah, makin hampir rasanya....

Allahul mustaan....

Dengan Saudi berubah ke arah modernisasi dan liberal, Syria pula telah bebas daripada cengkaman Basyar Assad, LGBT pula sudah mula dinormalisasikan bahkan dijadikan sebagai akta dan undang-undang, iklan-iklan menonjolkan wanita dan para wanita semakin hilang sifat malunya....

Allahul mustaan...

Semoga Allah SWT tidak mempertemukan kita dengan Dajjal.

-------

Hadith Tentang Pembebasan Kota Konstantinopel

سمعتم بمدينة جانب منها في البر وجانب منها في البحر، قالوا: نعم يا رسول الله، قال: لا تقوم الساعة حتى يغزوها سبعون ألفا من بني إسحاق فإذا جاؤوها نزولوا فلم يقاتلوا بسلاح ولم يرموا بسهم، قالوا لا إله إلا الله والله أكبر فيسقط أحد جانبيها -قال ثور وهو أحد رواة الحديث -لا أعلمه إلا قال: الذي في البحر، ثم يقولوا الثانية: لا إله إلا الله والله أكبر فيسقط جانبها الآخر، ثم يقولوا: لا إله إلا الله والله أكبر فيفرج لهم فيدخلوها فيغنموا، فبينما يقتسمون الغنائم إذ جاءهم الصريخ فقال: إن الدجال قد خرج، فيتركون كل شيء ويرجعون. والله أعلم.

Kamu mendengar tentang sebuah kota yang sebahagiannya berada di daratan dan sebahagiannya di laut?"

Mereka menjawab, "Ya, wahai Rasulullah."

Rasulullah SAW bersabda, "Tidak akan datang hari kiamat sehingga tujuh puluh ribu dari keturunan Bani Ishaq (yakni orang-orang dari keturunan Nabi Ishaq AS) akan menyerbu kota tersebut.

Apabila mereka sampai, mereka akan turun dan tidak akan bertempur dengan senjata dan tidak akan melemparkan anak panah, mereka akan mengucapkan:

'Laa ilaaha illallah, Allahu Akbar!' Kemudian salah satu bahagian kota tersebut akan jatuh

- Thaur (salah seorang perawi hadis ini) mengatakan:

"Saya tidak ingat kecuali ia adalah yang di laut."

Kemudian mereka mengucapkan lagi: 'Laa ilaaha illallah, Allahu Akbar!'

Maka bahagian lainnya akan jatuh.

Lalu mereka mengucapkan sekali lagi:

'Laa ilaaha illallah, Allahu Akbar!'

Kemudian pintu kota akan terbuka bagi mereka dan mereka akan memasukinya dan meraih kemenangan.

Ketika mereka sedang membahagikan harta rampasan perang, tiba-tiba datanglah suara yang memberitakan bahawa Dajjal telah muncul.

Lalu mereka meninggalkan segala sesuatu dan kembali."
— (Riwayat Muslim, Ahmad, dan Ibnu Majah)

-----

Ini antara hadith-hadith akhir zaman yang masih belum berlaku. Ia akan berlaku bila mana waktu dijanjikan oleh Allah SWT.

Mungkin kita pelik, kerana sekarang Istanbul dibawah Turki. Tetapi oleh kerana ia hadith akhir zaman yang menceritakan tentang kedatangan Dajjal, maka apa yang pastinya kelak, Istanbul akan dikuasai kembali oleh golongan kuffar dan kemudian akan dimenangi semula.

Sama seperti hadith bumi Arab akan kembali subur dengan sungai-sungai dan perpohonan hijau. Ia masih tidak berlaku kini, tetapi apa yang pastinya ia akan berlaku bila mana ditetapkan oleh Allah SWT.

Adapun hadith tentang pengembala kambing, berkaki ayam berlumba-lumba membina pencakar langit, ia memang berlaku waktu sekarang.

Kita boleh lihat kabilah-kabilah Arab yang dulunya terlalu fakir dan miskin, kini terlalu kaya hingga boleh berlumba-lumba untuk membina pencakar-pencakar langit.

Ada hadith-hadith akhir zaman yang kita boleh saksikan sendiri, dan ada yang masih belum kita saksikan.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

TEKNIK 7 HARI - KHATAM AL-QURAN.

Kredit kepada al-Fadhil Ust Awwab Bakri hafizahullah

Ramai tertanya-tanya macamana nak susun murajaah supaya boleh khatam seminggu.

Tips ni saya dapat ketika mendengar kalam taujihat Quran daripada al-Fadhil Dr. Khairul Anuar Mohamad, Pensyarah Quran, USIM.

Pecahan murajaah ni mengikut kluster surah dan setiap kluster mewakili 1 hari.

Rumusnya ada 7 maka lengkap 7 hari.

(فمي بشوق)

1. Fa: al-Fatihah hingga al-Nisa’
2. M: al-Maidah hingga al-Taubah
3. I: Yunus hingga al-Nahl
4. Bi: al-Isra (bani Israil) hingga al-Furqan
5. Sha: al-Shuara’ hingga Ya Sin
6. W: al-Saffat (wassaffat) hingga al-Hujurat
7. Qi: Qaf hingga al-Nas

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Maaf saya cakap, setakat yang saya perasan, kalau keturunan Rasulullah lain, tak ada benda ini.

Tapi kalau geng habib ni datang, secara automatik, tiba-tiba tempat tersebut yang dulunya tak pernah langsung didengari adanya Rasulullah datang, tiba-tiba bila geng habib ni datang, terus mendakwa Rasulullah datang tempat tersebut.

Sebab itulah tak hairan, mereka boleh claim di Tarim, anjing-anjing mereka pun wali dan Rasulullah selalu datang tempat tersebut, lebih-lebih lagi waktu dibacakan maulid.

Tapi keturunan Rasulullah yang lain, hatta Al- Hasani mahupun al-Husaini, tak pernah pun mendakwa sedemikian.

Sebab ramai masyaikh kami di Madinah dan juga rakan-rakan kami disana, mereka ada yang berketurunan Rasulullah, ada juga yang berketurunan Ansar.

Tapi tak pernah pula mendakwa sepertimana para habib-habib ini.

Cuba fikirkan sejenak secara waras, Rasulullah tak pernah muncul sekalipun didalam peperangan Jamal dan Siffin, sedangkan peperangan ini melibatkan para sahabat dan juga ahli bait nabi.

Tetapi, dalam masa yang sama, boleh pula Rasulullah ada masa untuk berjalan-jalan dalam majlis maulid geng-geng habib ini.

Logik tak?

Satu, melibatkan peperangan yang berlakunya pertumpahan darah. Bahkan hingga kini ianya menjadi catatan sejarah, tapi, boleh pula Rasulullah tak datang untuk selesaikan isu tersebut.

Bukankah kalau Rasulullah datang, confirm isu tersebut selesai dan para sahabat tak perlu sampai berperang?

Satu lagi cuma melibatkan hanya majlis memuji Rasulullah, tapi tak memberi apa-apa impak yang besar kepada umat, boleh pula Rasulullah datang majlis-majlis mereka ini.

Bukan isu mustahil atau tidak, tetapi isu logik atau tidak, Rasulullah boleh menghabiskan masa jumpa mereka ini semata-mata dibacakan maulid tetapi Rasulullah tak boleh jumpa isteri baginda, sahabat baginda untuk selesaikan isu perang yang melibatkan umat Islam.

Jujurnya, bagi saya ianya tak logik. Bahkan seolah-olah menganggap Rasulullah itu hamba suruhan mereka yang boleh disuruh datang sesuka hati mereka.

Allahul mustaan...

Rasulullah levelnya bukan selekeh dan sehina itu!

Sekalipun mereka lapikkan atas nama penghormatan, tetapi tidak logik hanya jikalau geng habib sahaja datang, dibacakan kitab Maulid, terus Rasulullah datang kepada mereka.

Sekarang, baru kita dengar yang Rasulullah datang ke Surabaya, Jakarta semata-mata kerana geng-geng habib ini ada disana. Bahkan sudah ada yang mendakwa Rasulullah datang ke Malaysia ini sendiri daripada geng-geng habib tersebut.

Tetapi, kalau keturunan Rasulullah lain, tak pernah dengar dakwaan sebegini sedangkan antara masyaikh kami ini bukan sekadar keturunan Hasan dan Husain tetapi keturunan keduanya, tetapi tidak pernah mendengar walau satu kali pun dakwaan sebegini.

Isunya: siapa mereka nak dakwa sedemikian?

Kedua: Adakah ada double standard antara keturunan habib dengan keturunan Rasulullah yang lain?

Fikir-fikirkanlah...

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Sebenarnya isu amalan tahlil, talqin, kenduri arwah, wirid lepas solat, qunut subuh, baca yasin malam Jumaat, amalan sambutan Maulidur rasul, berselawat ramai-ramai jikalau ianya menjadikan asbab untuk ke arah sunnah, ianya memang tidak mencukupi dan boleh menjadi berpatah balik semula.

Ini kerana sekadar membuang amalan yang tidak bertepatan dengan sunnah tetapi dalam masa yang sama tidak mengaji, tidak mencari ilmu, tidak mengetahui apakah amalan-amalan yang bertepatan dengan sunnah, maka ia akan menjadi jiwa itu kosong.

Bahkan adakalanya lebih teruk lagi. Ini kerana masa tersebut mungkin diisi dengan amalan mencari-cari salah, mengumpat, mengadu domba, bermain handfone dsb.

Ia bukan salah pada aliran sunnah. Ia salah pada individu itu sendiri. Hakikatnya para asatizah sunnah mengajak masyarakat kepada amalan-amalan yang berteraskan sunnah berdasarkan ilmu.

Bukan semata-mata sentimen dan emosi ataupun bencikan adat masyarakat dan gelaran tradisional.

Sepatutnya pada permulaan untuk mengenal sunnah dan manhaj salaf, ialah mengenal manhaj salaf itu sendiri.

Bagaimana akidah para salafussoleh?

Bagaimana amalan para salafussoleh?

Bagaimana ilmu para salafussoleh?

Bagaimana kegigihan mencari ilmu dikalangan para salafussoleh?

Bagaimana akhlak dan adab para salafussoleh?

Itu keyword utamanya.

Insyallah, jikalau mengenali aliran sunnah dan manhaj salaf daripada akar umbinya, tiada masalah sekiranya amalan-amalan tradisi masyarakat kita tidak lakukan.

Kenapa?

Kerana kekosongan yang ditinggalkan oleh amalan tradisi, amalan-amalan sunnah yang ditinggalkan oleh Rasulullah lebih daripada mencukupi.

Tetapi haruslah dengan ilmu. Bukan dengan emosi dan sentimen.

Amalan solat berjemaah, amalan mengaji, amalan menuntut ilmu, amalan membaca Al-Quran dsb.

Para salafussoleh berlumba-lumba mengkhatamkan Al-Quran, paling kurang 40 hari.

Mereka biasa membaca hingga ke seminggu untuk sekali khatam.

Kita pula bagaimana?

Adakah kalau kita terlalu sibuk untuk mempelajari ilmu Al-Quran, sibuk mengulang dan menghafal Al-Quran, kita ada masa untuk berkata-kata tentang orang lain, mencari-cari salah orang lain dsb.

Itu tak masuk lagi kegigihan mereka didalam menuntut ilmu. Semata-mata satu hadith, mereka sanggup berkelana berbulan-bulan demi mencari hadith tersebut daripada sumber perawinya yang asal.

Belum lagi daripada sudut adab dan akhlak.
Dengan membaca kisah-kisah para salafussoleh, kita akan merasakan betapa kerdilnya kita didalam bab adab dan akhlak.

Insyallah, jiwa kita yang dulunya kosong dengan ilmu, akan penuh terisi dengan ilmu dan tiada masa untuk membuat perkara-perkara yang pelik-pelik, insyallah.

Ilmu tazkiyatun nafs ( penyucian jiwa) akan menggantikan ilmu tasawuf. Hakikatnya kedua ilmu ini sama sahaja, cuma ilmu tasawuf sudah banyak dimasuki dengan unsur-unsur batiniyah berbanding ilmu tazkiyatun nafs (penyucian jiwa) yang mana masih berteraskan kepada dalil-dalil daripada Al-Quran dan As-Sunnah.

Insyallah, jikalau sibuk dengan ilmu-ilmu sebegini, peluang untuk berpatah balik kepada aliran tradisional mungkin agak tipis.

Apapun ianya bergantung pada taufiq dan hidayah daripada Allah SWT.

Akhirnya, kita perlu sentiasa berdoa agar Allah SWT tetapkan kita diatas manhaj salafussoleh yang mulia ini hingga ke akhirnya.

Ini kerana Allah SWT sahaja yang memegang hati kita. Dialah sahaja yang boleh membolak balikkan hati kita.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

HATERS DAN MANFAATNYA

Hakikatnya haters ataupun musuh ataupun pembenci ini, mereka hadir hakikatnya membawa manfaat, bukan mudarat semata-mata.

Antara manfaat utama yang boleh didapati daripada golongan haters ataupun musuh ini ialah:

1. Ladang pahala.

Bagi seseorang yang menerima haters kerana menyampaikan dakwah dengan cara yang baik dan berakhlak, hakikatnya haters memberikan ladang pahala buatnya. Ini kerana tujuan utama dakwahnya semata-mata kerana Allah SWT.

Ini berbeza jikalau sengaja mengundang musuh dengan kata-kata yang teruk, negatif, buruk dsb.

Tidak boleh bagi kita semata-mata untuk mendapatkan pahala, kita berkata nista, mengumpat, mengadu domba atas alasan nanti boleh dapat pahala daripada haters yang datang.

2. Muhasabah diri.

Dengan adanya haters, kadangkala ia memberikan teguran buat diri sendiri, adakah niat kita berdakwah, membuat posting dsb semata-mata kerana Allah SWT ataupun bagaimana.

Ini kerana haters menyedarkan kita perkara yang mungkin rakan kita tidak mampu untuk sedarkan diri kita sendiri.

3. Belajar mengikuti akhlak nabi bukan ikut emosi

Dengan adanya haters, kita boleh nilai dan uji diri kita sejauh mana kemampuan kita didalam mendepani para haters.

Adakah perilaku kita sama seperti mereka ataupun lebih teruk daripada mereka ataupun lebih baik daripada mereka menerusi jawapan balas kita.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

ZIARAH KUBUR ( DESTINASI DICINTAI ATAU DESTINASI DIBENCI)

Nabi hanya membenarkan untuk menziarahi kubur bertujuan untuk mengingati mati. Mengingati hari akhirat. Mengingati tempat yang akan kita kembali kelak.

Tempat yang mana, segala harta yang kita ada kini, waimma cincin yang tersarung di jari kita pun kesemuanya akan ditanggalkan. Apatah lagi kediaman selesa yang kita miliki, kereta-kereta mewah yang kini kita kenderai kesemuanya pasti menjadi waris kita ketika itu.

Apa yang kita ada, bukanlah baju yg kita pakai, hatta baju yang kita pakai telah menjadi milik waris kita. Kita cuma diberikan pakaian yang tidak lengkap, sekadar kain kafan yang cukup membungkus jasad kita.

Sekalipun kita dianggap paling cantik, paling maskulin, kulit terindah dan apa sahaja anugerah kecantikan yang kita ada, hakikatnya ketika itu, kita tidak lebih daripada kulit yang membungkusi tulang belulang, tunggu masa untuk dimakan ulat sahaja.

Itulah tempat yang paling ngeri untuk kita jikalau kita tidak bersedia. Tatkala itu sedekah seringgit di masjid pada hari Jumaat lebih didambakan oleh kita berbanding segala harta benda yang kita ada didunia ini.

Waktu itu, segala gelaran yang kita ada, gelaran Tok Syeikh, Tuan Guru, Sohibul Fadhilah, Sohibus Samahah, Prof, Dr, Dato', Datin, Tan Sri, Yang Berhormat, Tuan Haji, Mak Hajah, Ust, Ustazah dsb sudah tiada gunanya lagi. Tinggal kesemua itu menjadi kenangan buat waris kita.

Sijil-sijil yang dulunya kita sanjungi dan banggakan, kesemuanya milik waris kita kesemuanya.

Kita, keseorangan di alam sana. Peneman kita, hanyalah amalan-amalan yang telah kita amalkan dan sampaikan kepada umat.

Itulah jua tempat yang menjadi dambaan buat hamba-hamba Allah SWT yang soleh. Mereka telah siap siaga untuk bertemu dengan Allah SWT pada bila-bila masa.

Mereka mendambai kematian, kerana kematian menjadi mereka menemui kekasihNya yang dicintai. Mereka tidak membenci akan kematian kerana tiada apa didunia yang mereka cintai melainkan bertemu denganNya.

Firman Allah SWT:

{ قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۠ بَشَرٞ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَيَّ أَنَّمَآ إِلَٰهُكُمۡ إِلَٰهٞ وَٰحِدٞۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلٗا صَٰلِحٗا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦٓ أَحَدَۢا }
[Surah Al-Kahf: 110]

Abdullah Muhammad Basmeih:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

[ 🎉 *Malaysia Teacher Prize 2025 (MTP) kembali untuk tahun keempat!* 🏆

Kami teruja untuk mengumumkan bahawa ruang permohonan MTP 2025 telah dilancarkan secara rasmi! Anugerah ini merupakan sebuah inisiatif untuk meraikan guru-guru luar biasa di Malaysia dengan menonjolkan dedikasi, inovasi, dan impak guru dalam dunia pendidikan.

📢 *Ruang Permohonan kini dibuka!*

Mohon sekarang atau cadangkan guru yang memberi impak yang besar dalam anak murid mereka di https://malaysia-teacher-prize.awardsplatform.com/.

Untuk maklumat lanjut, sila layari malaysiateacherprize.org atau ikuti media sosial kami.

🏆 Jangan lepaskan peluang ini untuk memenangi wang tunai sebanyak *RM50,000!* ✨
Terima kasih atas dedikasi cikgu dalam mendidik anak bangsa! 💙
Sesiapa yang berminat untuk dapatkan RM50K, boleh hantar permohonan. Mana tahu dapatkan😊

Boleh juga calonkan rakan-rakan guru yang lain ataupun calonkan diri sendiri

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

HADITH KELEBIHAN REJAB ANTARA AHLI SUNNAH VS SYIAH

Hadith berkenaan nabi berpuasa pada bulan Rejab ada, sama seperti hadith baginda berpuasa pada bulan Syaaban.

Ini antara hadith yang menunjukkan nabi berpuasa pada bulan Rejab:

سَأَلْتُ سَعِيدَ بْنَ جُبَيْرٍ عَنْ صَوْمِ رَجَبٍ وَنَحْنُ يَوْمَئِذٍ فِي رَجَبٍ فَقَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصُومُ حَتَّى نَقُولَ لَا يُفْطِرُ وَيُفْطِرُ حَتَّى نَقُولَ لَا يَصُومُ

Maksudnya: Aku bertanya kepada Said bin Jubair tentang puasa bulan Rejab, sedangkan pada waktu itu kami berada dalam bulan Rejab. Maka beliau berkata: Aku mendengar Ibn Abbas r.a. berkata: "Rasulullah SAW berpuasa sehingga kami mengatakan bahawa baginda tidak akan berbuka (terus berpuasa), dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan bahawa baginda tidak akan berpuasa (langsung)." ( HR MUSLIM)

Hadith ini tidak menyatakan tentang kelebihan khusus bagi berpuasa pada bulan Rejab.

Ia hanya menyatakan bahawa Rasulullah berpuasa pada bulan Rejab dan juga adakalanya Rasulullah tidak berpuasa.

Sebenarnya tidak dilarang untuk kita berpuasa pada bulan Rejab. Apa yang diingkari oleh para ulama ialah kekhususan atau fadhilat puasa pada bulan Rejab.

Hakikatnya hadith tentang fadhilat puasa dan amalan-amalan khusus yang dilakukan pada bulan Rejab, tidak terdapat didalam hadith-hadith sahih.
---------
---------

SYIAH

Ia terdapat didalam hadith-hadith syiah.

Ya, memang didalam hadith-hadith syiah, ada amalan-amalan khusus yang akan dilakukan pada bulan Rejab. Termasuklah puasa, solat, umrah dsb.

Kitab Man La Yahdhuruhu al-Faqih (2/454)

باب * (العمرة في شهر رمضان ورجب وغيرهما) * 2949 - روى معاوية بن عمار عن أبي عبد الله عليه السلام أنه " سئل أي العمرةأفضل: عمرة في رجب أو عمرة في شهر رمضان؟ فقال: لا بل عمرة في شهر رجب أفضل "

Bab: Umrah pada bulan Ramadan, bulan Rejab, dan selainnya

2949 - Diriwayatkan daripada Mu'awiyah bin Ammar, daripada Abu Abdullah (Imam Ja'far al-Sadiq a.s.), bahawa beliau ditanya:
"Manakah yang lebih utama, umrah pada bulan Rejab atau umrah pada bulan Ramadan?"
Beliau menjawab:
"Bukan begitu, tetapi umrah pada bulan Rejab adalah lebih utama."

2. Kitab Tahzib al-Ahkam(2/306)

Diriwayatkan daripada Imam Musa al-Kazim (a.s.):
"Rejab adalah sebuah sungai di syurga yang lebih putih daripada susu dan lebih manis daripada madu. Sesiapa yang berpuasa satu hari di bulan Rejab, Allah akan memberinya minum dari sungai itu."
Rujukan:

Tahzib al-Ahkam oleh Syeikh al-Tusi, jilid 2, halaman 306.

3. Kitab Wasail al-Shi'ah (7/266)

إسماعيل بن أبي زياد، عن أبي عبد الله عليه السلام قال: قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم: رجب شهر الاستغفار لامتي أكثروا فيه من الاستغفار فإنه غفور رحيم، وشعبان شهري، استكثروا في رجب من قول:
" استغفر الله " وسلوا الله الإقالة والتوبة فيما مضى، والعصمة فيما بقي من آجالكم، وأكثروا في شعبان من الصلوات على نبيكم - إلى أن قال: - وإنما سمي شعبان شهر الشفاعة لان رسولكم يشفع لكل من يصلي عليه فيه، وسمي شهر رجب الأصب، لان الرحمة تصب على أمتي فيه صبا، ويقال: الأصم لأنه نهي فيه عن قتال المشركين، وهو من الشهور الحرم.

Daripada Isma'il bin Abi Ziyad, daripada Abu Abdullah (Imam Ja'far al-Sadiq a.s.), beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda:

"Rejab adalah bulan istighfar bagi umatku. Maka, perbanyakkanlah istighfar di dalamnya, kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Sya'ban adalah bulanku. Perbanyakkanlah di bulan Rejab untuk mengucapkan: 'Astaghfirullah' dan mintalah kepada Allah penghapusan dosa serta taubat atas kesalahan yang lalu, dan mintalah perlindungan untuk masa yang akan datang daripada ajal kalian. Perbanyakkanlah di bulan Sya'ban selawat ke atas nabi kamu.

(Baginda menyambung:) "Bulan Sya'ban dinamakan sebagai bulan syafaat kerana Rasul kamu (Muhammad SAW) memberi syafaat kepada setiap orang yang berselawat ke atasnya dalam bulan itu. Bulan Rejab pula dinamakan sebagai 'al-Asabb' kerana rahmat Allah dicurahkan ke atas umatku pada bulan itu dengan deras. Dan bulan itu juga dinamakan 'al-Asamm' kerana peperangan dengan kaum musyrik dilarang di dalamnya.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Tetapi jika seseorang itu berpuasa sunat sama seperti bulan lain tanpa menganggap puasa bulan Rejab adalah lebih utama daripada bulan lain, tidak mengkhususkan puasa hari tertentu bulan Rejab bagi mendapat ganjaran tertentu, maka amalan itu tidak menjadi kesalahan. Begitu juga dengan individu yang menghidupkan malam bulan Rejab dengan beribadah sebagaimana dia beribadah pada malam bulan lain. Tetapi jika seseorang beribadah sunat hanya pada bulan Rejab sahaja dengan anggapan ia khusus untuk bulan Rejab, maka ia adalah amalan yang dilarang." (Tabyin al-'ajab, hlm. 49).

Imam Ibnu Hajar al-'Asqalani menjelaskan tujuan beliau mengarang risalah yang bertajuk 'Tabyin al-'ajab bi ma warada fi fadhl Rajab' : "Telah berulang-ulang soalan yang dikemukakan tentang kelebihan bulan Rejab, tentang berpuasa dan solat sunat padanya. Serta untuk menjelaskan yang mana hadis yang sahih dan yang palsu." Kesimpulan daripada analisa yang dilakukan oleh Imam Ibnu Hajar ialah, "Langsung tidak terdapat hadis sahih yang boleh dijadikan hujah tentang kelebihan bulan Rejab, puasa sunat khusus Rejab, juga solat sunat qiyamullail khusus Rejab...namun begitu terdapat sebahagian ulama yang membenarkan menerima hadis yang menjelaskan tentang kelebihan bulan Rejab walaupun hadis itu daif, tetapi tidak boleh diterima jika ia hadis mauduk."

Antara kelebihan bulan Rejab dan amalan khusus padanya yang bersumberkan laporan/hadis PALSU ialah:

i. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

ii. Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Syaaban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu Bakar Muhammad bin Hasan al-Naqqash. Dalam rantaian pelapor hadis ini juga terdapat individu yang tidak dikenali seperti al-Kassa'i.

iii. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan seperti kelebihan Quran atas segala zikir. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Abu al-Barakat Hibatullah ibn al-Mubarak al-Saqati.

iv. Sesiapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya pahala berpuasa sebulan. Sesiapa yang berpuasa tujuh hari ditutup baginya tujuh pintu neraka. Sesiapa berpuasa lapan hari, Allah membuka baginya lapan pintu syurga. Sesiapa berpuasa setengah bulan Rejab, Allah menuliskan untuknya memperoleh keredaanNya, sesiapa yang ditulis baginya keredaanNya, orang itu tidak akan diazab. Sesiapa yang berpuasa sebulan Rejab, Allah akan menghisab orang itu di padang Mahsyar dengan hisab yang mudah. Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu Aban bin Abi 'Iyash. Laporan-laporan lain yang menjelaskan kelebihan berpuasa mengikut bilangan hari di bulan Rejab juga laporan palsu, antaranya direka oleh Uthman bin Matar, Harun bin 'Antarah, dan Farrat bin al-Sa'ib.

v. Sesiapa sembahyang maghrib pada hari pertama bulan Rejab, kemudian selepas itu dia bersembahyang sunat 20 rakaat dengan sepuluh kali salam, setiap rakaat dibaca surah al-Fatihah dan selepas itu membaca surah al-Ikhlas sekali, adakah kamu tahu pahalanya? Laporan ini palsu kerana ia direka oleh seorang pelapor hadis yang dilabel oleh ulama hadis sebagai seorang pembohong iaitu al-Husayn bin Ibrahim. Terdapat laporan palsu lain yang direka menjelaskan kelebihan tertentu jika bersembahyang sunat dengan bilangan rakaat tertentu dengan bacaan tertentu pada bulan Rejab. Antara individu lain yang bertanggungjawab membuat laporan palsu tersebut ialah Ali bin Abdullah bin Jahdam, Aban bin Abi 'Iyash. Sembahyang tersebut juga diistilahkan sebagai sembahyang sunat Ragha'ib.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Al-Hafiz Ibnu Hajar (852H) rahimahullah berkata: " Tiada suatu hadis shahih pun yang berkaitan dengan kelebihan bulan Rejab, kelebihan berpuasa pada bulan Rejab, berpuasa hari tertentu pada bulan Rejab atau kelebihan qiyamullail pada malam tertentu daripada bulan Rejab..." Tabyiin Al-Ajab ms 11

Syarat untuk menyebarkan hadith palsu ialah dengan memberitahu status kepalsuan sesuatu hadith tersebut dan mengajak manusia supaya menjauhi amalan-amalan dalam hadith tersebut.

Antara golongan yang terlibat membuat hadith- hadith palsu ialah:
1: Qussos- istilah zaman sekarang ( penceramah dan pemotivasi) bagi menguntungkan lagi ceramah-ceramahnya.

2: Fanatik Mazhab- bagi menyokong mazhab- mazhab dan imam-imam mereka.

3:Ubbad: golongan yang kuat beribadah namun lalai dalam menimba ilmu- supaya manusia insaf dan sedar dan berlumba- lumba beramal.

4: Ulama' sulton: agamawan yang cenderung kepada pemerintah- supaya pemerintah suka kepada mereka.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Kenapa Pinjaman Peribadi Islamik Menyumbang kepada Inflasi?

Isu ni memang besar, walaupun nama "Islamik" bunyinya macam patuh syariah, hakikatnya banyak pinjaman Islamik hari ni masih ikut cara bank konvensional. Sebab tu ia boleh bagi kesan pada inflasi. Jom kita sembang pasal kenapa benda ni berlaku.

---

1. Wang Fiat yang Tak Bersandar

Bank sekarang guna duit fiat, iaitu duit yang tak bersandar pada emas atau perak. Bila bank Islam bagi pinjaman, sebenarnya mereka cipta duit baru (macam magic), melalui sistem "Fractional Reserve Banking". Masalahnya, bila banyak duit cipta tapi tak ada nilai sebenar, harga barang jadi naik. Itulah inflasi.

---

2. Tawarruq: Macam Halal, Tapi...

Ramai ambil pinjaman Islamik guna konsep Tawarruq. Contohnya, bank jual komoditi (macam logam) kepada pelanggan, lepas tu pelanggan jual balik untuk dapat duit. Sah, memang halal ikut syariah, tapi benda ni tak hasilkan apa-apa nilai ekonomi. Hutang je yang bertambah, dan ini buat harga barang naik sebab kuasa beli palsu meningkat.

---

3. Tak Ada Aset Nyata

Dulu zaman Khilafah, pinjaman mesti bersandar pada aset atau aktiviti yang produktif, contohnya berniaga. Tapi sekarang, ramai ambil pinjaman untuk beli barang mewah, yang tak hasilkan nilai ekonomi. Bila ramai buat macam ni, permintaan naik, tapi bekalan barang tak cukup. Akibatnya, harga melambung.

---

4. Kejar Untung, Bukan Keadilan

Bank Islam pun sekarang macam bank biasa, fokus nak buat untung. Mereka kenakan margin tinggi untuk pinjaman, jadi orang terpksa berhutang lagi. Hutang ni pula cipta lebih banyak "duit" dalam ekonomi, dan sekali lagi, inflasi berlaku.

---

Kenapa Bank Islam Macam Ni?

1. Ikut Sistem Global

Sistem kewangan dunia sekarang semuanya ikut model wang fiat dan hutang. Bank Islam nak survive, jadi terpaksa adaptasi walaupun tak sesuai dengan nilai Islam sebenar.

2. Tiada Sandaran Emas atau Perak

Dulu, duit kita adalah dinar emas dan dirham perak. Ini memang kawal inflasi sebab tak boleh cetak sesuka hati. Tapi bila guna wang fiat, duit boleh dicipta tanpa had. Inflasi pun tak terkawal.

3. Kurang Fokus pada Ekonomi Nyata

Sistem Islam dulu fokus kepada benda produktif macam bercucuk tanam, perdagangan, dan pelaburan aset. Tapi bank Islam sekarang banyak offer produk yang tak hasilkan nilai ekonomi, macam pinjaman peribadi untuk belanja suka-suka.

---

Apa Solusinya?

1. Kembali ke Mata Wang Berasaskan Aset

Kalau boleh, kita kena ada sistem mata wang yang disandarkan kepada emas, perak, atau aset nyata. Ini boleh halang ciptaan wang berlebihan yang menyebabkan inflasi.

2. Elak Tawarruq yang Tak Produktif

Bank Islam patut lebih fokus pada skim yang menyokong ekonomi sebenar, macam:

Mudharabah: Bank labur dalam bisnes, untung sama-sama.

Musharakah: Kerjasama untuk beli aset, bukan cipta hutang kosong.

3. Pendidikan Ekonomi Islam

Orang Islam kena faham beza antara kewangan Islam sejati dan kewangan Islam moden yang "semacam Islamik". Fokusnya kena lebih kepada ekonomi yang hasilkan nilai, bukan tambah hutang.

4. Reformasi Bank Islam

Bank Islam kena lebih bebas dari sistem kewangan konvensional. Mereka perlu mula kurangkan guna duit fiat dan cipta produk yang betul-betul ikut syariah.

---

Kesimpulan

Pinjaman Islamik hari ni menyumbang kepada inflasi sebab masih ikut sistem konvensional yang penuh dengan hutang dan spekulasi.

Kalau kita nak ekonomi lebih adil, kena balik kepada sistem kewangan Islam yang sebenar: bebas riba, bersandar pada aset nyata, dan fokus kepada aktiviti produktif.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

ADAKAH ETF, OPTION DAN KRIPTO MENYUMBANG KEPADA INFLASI

Dapatan daripada chatgpt:

Ya, ETF (Exchange-Traded Funds), option trading, dan mata wang kripto (crypto) juga berfungsi dalam cara yang serupa dengan startup teknologi apabila ia menyebabkan inflasi aset dan ketidakseimbangan ekonomi.

Walaupun ketiga-tiganya menawarkan peluang pelaburan dan keuntungan kepada pelabur, penggunaannya secara meluas untuk spekulasi dan bukan untuk sokongan ekonomi sebenar boleh membawa kesan yang serupa dengan gelembung ekonomi.

Berikut adalah analisis bagaimana ketiga-tiga instrumen ini menyumbang kepada inflasi dan ketidakseimbangan:

---

1. ETF (Exchange-Traded Funds):

Bagaimana Ia Berfungsi:

ETF adalah dana pelaburan yang diperdagangkan di bursa saham, dan ia melabur dalam pelbagai aset seperti saham, bon, atau komoditi.

Populariti ETF meningkat kerana ia menawarkan cara mudah untuk melabur dalam pelbagai aset tanpa membeli setiap aset secara langsung.

Sumbangan kepada Inflasi Aset:

Spekulasi Berlebihan: Pelabur sering membeli ETF hanya kerana kenaikan harganya, bukan berdasarkan nilai sebenar aset yang dipegang. Ini mencipta permintaan tiruan terhadap saham atau komoditi tertentu, yang meningkatkan harga mereka tanpa sokongan nilai ekonomi sebenar.

Kesan Pasaran Keseluruhan: Apabila ETF besar melabur dalam syarikat tertentu, harga saham syarikat tersebut meningkat hanya kerana mereka sebahagian daripada ETF, walaupun prestasi sebenar syarikat itu lemah.

Kesannya:

Peningkatan harga saham mencipta ilusi kekayaan, tetapi tidak meningkatkan nilai sebenar dalam ekonomi. Apabila pelabur menarik dana, nilai saham boleh jatuh mendadak, mencetuskan ketidaktentuan ekonomi.

---

2. Option Trading:

Bagaimana Ia Berfungsi:

Option adalah kontrak yang memberi pelabur hak (tetapi bukan kewajipan) untuk membeli atau menjual aset pada harga tertentu pada masa depan.

Ia sering digunakan untuk spekulasi jangka pendek, di mana pelabur bertaruh pada pergerakan harga aset.

Sumbangan kepada Inflasi Aset:

Spekulasi Tinggi:

Kebanyakan perdagangan option tidak berkait dengan niat untuk benar-benar memiliki aset, tetapi sekadar bertaruh pada kenaikan atau penurunan harga. Ini mencipta turun naik harga buatan (artificial price volatility).

Ketidakseimbangan Risiko:

Perdagangan option memperkenalkan risiko tambahan kepada pasaran kewangan, yang boleh menyebabkan pelabur besar "menggelembungkan" harga aset tertentu untuk keuntungan.

Kesannya:

Walaupun option memberikan peluang besar untuk keuntungan, ia juga boleh menyebabkan aset menjadi terlalu mahal atau terlalu murah, mencipta risiko gelembung ekonomi.

---

3. Mata Wang Kripto (Crypto):

Bagaimana Ia Berfungsi:

Mata wang kripto seperti Bitcoin dan Ethereum pada asalnya direka sebagai alternatif kepada mata wang fiat, tetapi kini ia lebih sering digunakan untuk pelaburan spekulatif.

Harga kripto sering dipacu oleh sentimen pasaran dan bukan nilai sebenar yang disokong oleh ekonomi.

Sumbangan kepada Inflasi Aset:

Spekulasi Melampau:

Harga kripto boleh meningkat atau menurun secara drastik dalam masa singkat, sering kali tanpa sebab ekonomi yang kukuh. Ini mencipta gelembung harga yang memberi kesan kepada pelabur kecil.

Wang Baharu dari Kripto:

Apabila pelabur besar menjual kripto pada harga tinggi, wang baharu mengalir ke ekonomi tetapi tidak disokong oleh pertumbuhan nilai sebenar. Ini boleh mencetuskan inflasi kerana wang tersebut meningkatkan kuasa beli tanpa peningkatan dalam pengeluaran.

Kesannya:

Ketidakstabilan harga kripto menyebabkan ia menjadi aset spekulatif dan bukannya alat transaksi ekonomi yang stabil. Sementara itu, pelaburan besar dalam kripto mengalihkan wang daripada sektor produktif.

---

Persamaan Antara ETF, Option, dan Kripto dengan Startup Teknologi

1. Fokus pada Spekulasi:

Seperti startup teknologi, ETF, option, dan kripto sering diperdagangkan untuk keuntungan jangka pendek tanpa mencerminkan nilai sebenar aset.

2. Penciptaan Inflasi Aset:

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

BENARKAH EMAS DAN PERAK KALIS INFLASI DI MASA KINI?

Dapatan daripada chatgpt, mungkin boleh diperbincangkan.

Status agak panjang.

Benar, walaupun emas dan perak secara tradisional dianggap sebagai aset pelindung nilai (safe-haven assets), kedua-duanya kini juga tidak terlepas daripada kesan spekulasi dalam pasaran moden.

Ini terjadi kerana perubahan dalam struktur pasaran kewangan, kemunculan produk kewangan seperti kontrak hadapan (futures), dan peningkatan permintaan buatan yang tidak berkait dengan nilai intrinsik mereka.

Berikut adalah bagaimana spekulasi mempengaruhi emas dan perak:

---

Bagaimana Emas dan Perak Terlibat dalam Spekulasi?

1. Pasaran Hadapan dan Derivatif:

Perdagangan emas dan perak tidak lagi terhad kepada pembelian fizikal.

Kini, pelabur boleh memperdagangkannya melalui kontrak hadapan, opsyen, dan ETF komoditi.

Contoh: Dalam pasaran hadapan, pelabur membuat spekulasi mengenai harga masa depan emas atau perak tanpa niat untuk memiliki aset fizikal.

Ini menyebabkan turun naik harga yang tidak mencerminkan permintaan atau penawaran sebenar dalam ekonomi.

2. Spekulasi Berlebihan oleh Pelabur Institusi:

Bank-bank besar, dana lindung nilai (hedge funds), dan pelabur institusi lain sering memainkan peranan dominan dalam pasaran emas dan perak.

Mereka membeli dalam jumlah besar untuk keuntungan jangka pendek, yang boleh mencetuskan kenaikan harga buatan (artificial price spikes).

Apabila mereka menjual aset tersebut dalam jumlah besar, ia mencetuskan kejatuhan harga drastik, meninggalkan pelabur kecil terdedah kepada kerugian.

3. Kesan Pasaran Global:

Kestabilan harga emas dan perak juga bergantung pada faktor global seperti:Krisis ekonomi:

Pelabur beralih kepada emas semasa ketidaktentuan ekonomi, menyebabkan kenaikan harga sementara.

Dasar monetari:

Kadar faedah rendah mendorong pelabur menyimpan kekayaan dalam emas, sementara kadar faedah tinggi mengurangkan daya tarikan emas.

4. Manipulasi Pasaran:

Dalam beberapa kes, terdapat tuduhan manipulasi harga oleh pihak tertentu, seperti bank besar yang didapati memperdagangkan emas secara tidak adil untuk memanipulasi harga. Ini mencipta pasaran yang tidak mencerminkan keseimbangan semula jadi.

5. Kripto sebagai Alternatif:

Kemunculan mata wang kripto seperti Bitcoin, yang sering dipanggil "emas digital," juga menyebabkan pelabur institusi beralih sebahagiannya daripada emas fizikal kepada kripto, yang menjejaskan kestabilan permintaan emas.

---

Adakah Ini Menyebabkan Risiko Inflasi?

Ya, spekulasi terhadap emas dan perak menyumbang kepada inflasi aset secara tidak langsung:

Harga Tidak Stabil:

Apabila harga emas atau perak meningkat secara melampau akibat spekulasi, nilai wang yang diukur berdasarkan logam berharga ini juga terganggu.

Ketidakseimbangan Ekonomi:

Spekulasi mendorong wang mengalir ke aset tidak produktif (seperti emas simpanan), bukannya digunakan untuk aktiviti ekonomi yang sebenar seperti pelaburan dalam perniagaan atau pembangunan infrastruktur.

---

Bagaimana Ini Berbeza dengan Fungsi Asal Emas dan Perak dalam Ekonomi?

1. Emas dan Perak Sebagai Mata Wang Tradisional:

Dalam sistem kewangan tradisional, emas dan perak digunakan sebagai mata wang kerana:

Nilai intrinsik mereka (logam bernilai secara semula jadi).

Bekalan yang terhad, yang membantu mengawal inflasi.

Namun, dalam ekonomi moden, emas dan perak lebih sering digunakan sebagai aset pelaburan berbanding mata wang.

2. Spekulasi Mengganggu Fungsi Asal:

Spekulasi menyebabkan emas dan perak kehilangan fungsi asal mereka sebagai penyimpan nilai stabil, kerana harga mereka kini sering dipengaruhi oleh permintaan tiruan dan sentimen pasaran.

---

Adakah Penyelesaian untuk Masalah Ini?

1. Peningkatan Ketelusan Pasaran:

Regulasi yang lebih ketat terhadap perdagangan derivatif dan kontrak hadapan emas dan perak boleh mengurangkan manipulasi harga.

2. Kembali kepada Emas dan Perak Sebagai Aset Fizikal:

Memiliki emas dan perak dalam bentuk fizikal (bukan kertas atau digital) mengurangkan risiko spekulasi.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

BERAPAKAH KELUASAN WILAYAH JAJAHAN SULTAN AL NASIR IBNU QALAWUN YANG MEMENJARAKAN SYAIKHUL ISLAM IBNU TAIMIYAH RAHIMAHULLAH?

Diambil daripada chatgpt:

Berikut adalah nisbah keluasan Empayar Mamluk di bawah Sultan al-Nasir (2 juta km²) berbanding dengan keluasan negara-negara moden yang pernah berada di bawah kekuasaannya:

1. Nisbah kepada jumlah keluasan negara moden (Mesir, Syria, Arab Saudi, Palestin): Empayar Mamluk adalah sekitar 59.8% daripada keluasan gabungan negara-negara tersebut.

2. Nisbah kepada Mesir (1,002,450 km²): Empayar Mamluk adalah sekitar 199.5% daripada keluasan Mesir moden.

3. Nisbah kepada Syria (185,180 km²): Empayar Mamluk adalah sekitar 1,080% daripada keluasan Syria moden.

4. Nisbah kepada Arab Saudi (2,149,690 km²): Empayar Mamluk adalah sekitar 93.0% daripada keluasan Arab Saudi moden.

5. Nisbah kepada Palestin (6,020 km²): Empayar Mamluk adalah sekitar 33,225% daripada keluasan Palestin moden.

Ini menunjukkan bahawa Empayar Mamluk pada zaman Sultan al-Nasir adalah lebih besar berbanding beberapa negara moden, terutamanya Syria dan Palestin.

-----

Sebenarnya, Empayar Mamluk di bawah Sultan al-Nasir memerintah lebih daripada 2 juta km², yang merangkumi Mesir, Syria, Palestin, dan Hijaz (termasuk Arab Saudi moden).

Namun, apabila kita membandingkan Empayar Mamluk dengan Arab Saudi hari ini, kita harus ingat bahawa Arab Saudi moden merangkumi kawasan yang sangat luas, lebih besar daripada sebahagian besar wilayah yang dikuasai oleh Mamluk, walaupun Empayar Mamluk pernah menguasai Hijaz (termasuk Makkah dan Madinah).

Mari kita lihat perbandingan:

1. Arab Saudi moden mempunyai keluasan sekitar 2,149,690 km².

2. Empayar Mamluk di bawah Sultan al-Nasir, walaupun luas dan berkuasa, dianggarkan sekitar 2 juta km², tetapi ini merangkumi Mesir, Syria, Palestin, dan Hijaz.

Jadi, mengapa nisbahnya kelihatan hampir sama?

Penjelasan:

Arab Saudi moden meliputi wilayah besar seperti negeri-negeri yang lebih luas di Semenanjung Arab, termasuk kawasan gurun yang besar dan kawasan yang kurang padat dengan penduduk, seperti Rub' al Khali (Gurun Empty Quarter).

Empayar Mamluk memang menguasai beberapa wilayah strategik utama, tetapi tidak merangkumi seluruh Semenanjung Arab. Walaupun Mamluk menguasai Mesir dan Syria, wilayah Arab Saudi moden hari ini lebih besar jika dibandingkan dengan kawasan yang dikuasai oleh Empayar Mamluk, terutamanya kerana Arab Saudi moden meliputi kawasan gurun yang sangat luas dan tidak sangat berpenduduk.

Oleh itu, walaupun Empayar Mamluk menguasai kawasan yang lebih padat dan strategik (seperti Mesir dan Syria), Arab Saudi moden mempunyai keluasan geografi yang lebih besar, walaupun empayar Mamluk itu lebih berkuasa dari segi politik, perdagangan, dan budaya pada zamannya.

------

Maksud disini, jelas menunjukkan betapa besarnya kuasa yang dimiliki oleh Sultan yang memenjarakan Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah Rahimahullah.

Bukan kecil anak punya kekuasaan mereka ketika itu.

Sebelum kita nak kecam Sultan al- Nasir Ibnu Qalawun, kita kena ingat bahawa Sultan al- Nasir pun turut serta didalam peperangan Salib.

Tetapi, tetaplah pemerintah dibawah khalifah al- Ma'mun, khalifah yang memenjarakan Imam Ahmad bin Hanbal lebih besar lagi kekuasaannya iaitu 11 juta persegi keluasannya.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

*MESEJ SUMBANGAN VAN TFK*

Bismillah...

Alhamdulillah 'ala kulli hal...

Pihak Team Fardhu Kifayah (TFK) sedang mencari sumbangan bagi membayar kos baikpulih van jenazah TFK.

Kos yang diperlukan membaik pulih van jenazah Starex dan lain-lain urusan adalah sebanyak *RM5,000*.

Semoga sumbangan ikhwah diganjarkan pahala dari ALLAH ﷻ.

Bagi mereka yang berhasrat untuk menyumbang dalam urusan ini, boleh berbuat demikian melalui akaun TFK di bawah:

*PERTUBUHAN KEBAJIKAN TEAM FARDHU KIFAYAH*
*8604 7168 66*
*CIMB*

Semoga usaha diberkati Allah ﷻ serta dipermudahkanNya.

Jazakumullahu khaira

Setiausaha TFK
Abu Ukasyah @ Thalhah

✓ SASARAN SUMBANGAN = RM5,000
✓ JUMLAH TERKUMPUL =
*BAKI =*

Hantarkan resit sumbangan melalui WhatsApp ke nombor *https://wa.me/601128209625?text=vanjenazah* untuk tujuan rekod.

Barakallahufikum

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Teknik 10 hari - khatam Al-Quran, kredit kepada al-Fadhil Ust محمد فريد عفيفي hafizahullah.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Sebenarnya ada ramai para masyaikh beraliran salaf yang mana merangkap keturunan Rasulullah. Ada juga yang keturunan para sahabat nabi.

Tetapi, kamu tidak akan pernah mendengar daripada mulut-mulut mereka dakwaan sepertimana golongan habib ini dakwakan.

Bahkan mereka menutup rapat bab keturunan Rasulullah ini serapat-rapatnya supaya orang tidak tahu bahawa mereka keturunan si fulan.

Biasanya, orang akan tahu salasilah keturunan mereka bukan daripada mulut mereka, tetapi daripada para masyaikh yang lain.

Mereka inginkan seruan dakwah mereka diterima bukan kerana mereka ini keturunan somebody. Tetapi kerana ia bertepatan dengan Al-Quran dan As-Sunnah.

Jikalau keturunan pun mereka cuba tutup salasilahnya, apatah lagi cerita-cerita mimpi bertemu Rasulullah.

Bahkan didalam hadith menyatakan :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ ﷺ: "وَمَنْ بَطَّأَ بِهِ عَمَلُهُ، لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ".

Maksudnya:

“Barang siapa yang amalannya memperlambatkannya (untuk meraih kedudukan di sisi Allah), maka nasabnya tidak akan mempercepatkannya.”
(Hadis riwayat Muslim, No. 2699)

Hadis ini menjadi peringatan supaya kita tidak bergantung kepada keturunan atau hubungan keluarga, tetapi fokus kepada usaha dan amal soleh untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Maksudnya sekalipun ia keturunan Rasulullah, tetapi tidak bermakna amalnya jikalau tidak mengikuti petunjuk sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam.

Bahkan keluarga Rasulullah sendiri iaitu Abu Lahab, kita dapat pahala apabila kita baca surah al-Masad, setiap kali bacaan, sekalipun isinya ialah mencerca Abu Lahab dan isterinya.

Ini kerana mereka musuh utama kepada dakwah Rasulullah sekalipun mereka ini adalah bapa saudara Rasulullah itu sendiri!

Ini sama sekali bercanggah dengan dakwaan sebahagian golongan sufi yang mengatakan bahawa kita tidak disunatkan untuk membaca surah al-Masad kerana ia mencela keluarga nabi!

Begitu juga kalau kita lihat, Firaun yang merupakan bapa angkat kepada nabi Musa pun turut dicela didalam Al-Quran sedangkan dia merupakan bapa angkatnya.

Kenapa?

Adakah itu petanda kita tidak menyayangi nabi Musa dan keluarganya?

Tidak, tetapi itu petanda sesiapapun hatta daripada famili sendiri, jikalau menentang dakwah yang dilakukan oleh para rasul, akan tercela dan dilaknat.

Nasab keturunan mereka, hubungan kekeluargaan mereka tidak menjamin untuk mereka mendapatkan syafaat daripada para nabi waima mereka ini anak nabi, isteri nabi mahupun kaum kerabat nabi itu sendiri.

Boleh kita lihat sejarah anak nabi Nuh yang mati akibat banjir kerana tidak mengikuti dakwah nabi Nuh, isteri nabi Lut diazab kerana mengikuti kaumnya , dan tidak mengikuti dakwah nabi Luth bahkan menentangnya dan menjadi gunting dalam lipatan.

Bapa nabi Ibrahim yang kekal dalam neraka Allah kerana tidak mengikuti dakwah nabi Ibrahim.

Begitulah juga bapa saudara Rasulullah iaitu Abu Talib yang kekal dalam neraka Allah semata-mata inginkan mati diatas agama nenek moyang.

Ini kesemuanya merupakan family nabi tetapi al-Quran dan As-Sunnah merakamkan kisah-kisah mereka.

Kenapa?

Kerana Allah SWT ingin memberitahu kepada kita bahawa nasab keturunan, hubungan kekeluargaan yang jikalau didalam bidang duniawi ia memberikan kesan, tetapi sebaliknya didalam bidang ukhrawi.

Ya, dalam keduniaan, kedudukan seseorang, hubungan kekeluargaan seseorang boleh memberikan kesan untuk diterima ataupun ditolak permohonan sesuatu perkara.

Oleh kerana dia anak somebody, maka aduannya dipanjangkan dan dipandang serius.

Oleh kerana dia merupakan keluarga somebody maka mudah untuk permohonan projeknya diluluskan, oleh kerana dia merupakan anak somebody, mudah untuknya mendapatkan peluang pekerjaan tersebut.

Tetapi ini semua no way bagi hari akhirat. Somebody kamu itu daripada keturunan rasul dan nabi sekalipun, jikalau kamu tidak mengikuti seruan dakwah para rasul dan ulama' Rabbani sesudahnya, tiada nilainya barang sedikitpun.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

PELAN PERSARAAN

Dewasa ini begitu ramai yang risau dengan pelan persaraan. Ada yang mengira-ngira berapa simpanan KWSP yang diperlukan untuk hidup selesa semasa dihari tua kelak agar tidak menyusahkan hidup anak dan cucu nanti.

Disana sepatutnya ada pelan persaraan yang sepatutnya lebih kita risaukan.

Ia dinamakan pelan persaraan alam akhirat.

Pelan persaraan ini perlu diambil, ditubuhkan sewaktu kita masih hidup didunia lagi.

Hanya 3 sahaja pelan persaraan yang masih berfungsi tatkala jiwa kita sudah dipanggil ke sana kelak.

1) Sedekah jariah
2) Ilmu yang bermanfaat
3) Anak-anak yang soleh yang mendoakan kita kelak.

Selain daripada itu, ia adalah bekalan seberapa besar nilai pelaburan amalan kita yang telah kita laburkan didunia ini.

Sejauh mana keikhlasan kita didalam beramal, dan sejauh mana amalan kita turut mempengaruhi betapa besarnya hasil pelaburan kita disana kelak.

Kita biasanya inginkan pelaburan berimpak tinggi, profit yang besar, begitulah jua ada amalan yang berimpak tinggi dan profit yang tebal.

Para sahabat, para salafussoleh, mereka lebih risaukan pelaburan dan pelan persaraan di hari sana kelak.

Mereka takutkan amalan mereka yg mereka usahakan didunia ini dengan bersungguh-sungguh menjadi ibarat debu-debu yang berterbangan disana kelak.

Ada dikalangan mereka mengharapkan untuk menjadi ibarat daun yang akhirnya dimakan ulat, ibarat rumput yang akhirnya dimakan haiwan ternakan lantaran takutnya mereka terhadap alam yang disana.

Sekalipun ada dikalangan mereka namanya telah disebut sebagai ahli syurga semenjak mereka masih hidup didunia lagi!

Itu mereka?

Bagaimanakah pula kita?

Sejauh mana readynya kita terhadap pelan persaraan disana?

Adakah kita yakin boleh melepasi segala rintangan disana dengan bekalan pelaburan dan nilai pelaburan yang kita laburkan masa kini?

Sejauh mana pelaburan kita memberikan impak berganda untuk melepasi segala rintangan disana bagi akhirnya mendapat syurga Allah SWT?

Berapakah KWSP amalan kita untuk kita bertemu denganNya?


{ فَأَمَّا مَن طَغَىٰ }
[Surah An-Nāziʿāt: 37]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Maka adapun orang yang melampau (perbuatan derhakanya), -


{ وَءَاثَرَ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا }
[Surah An-Nāziʿāt: 38]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Serta ia mengutamakan kehidupan dunia semata-mata, -

{ فَإِنَّ ٱلۡجَحِيمَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ }
[Surah An-Nāziʿāt: 39]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Maka sesungguhnya neraka Jahanamlah tempat kediamannya.

{ وَأَمَّا مَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ }
[Surah An-Nāziʿāt: 40]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu, -

{ فَإِنَّ ٱلۡجَنَّةَ هِيَ ٱلۡمَأۡوَىٰ }
[Surah An-Nāziʿāt: 41]

Abdullah Muhammad Basmeih:
Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.

Semoga Allah SWT memasukkan kita semua ke dalam syurgaNya dan menjauhi kita semua daripada menjadi bahan bakaran api nerakaNya

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Alangkah baiknya, tatkala ini kita semua lupakan sebentar isu perbezaan aliran dan sama-sama saling membantu dan mendoakan sahabat-sahabat kita, jiran tetangga yang ditimpa musibah banjir.

اللهم حوالينا ولا علينا، اللهم على الآكام والظراب وبطون الأودية ومنابت الشجر

( Allahumma Hawa Laina Wala Alaina, Allahumma Alal Akam, Wadh Dhirab, Wa Butunil Awdiyah Wa Manabitis Syajar)

Ya Allah curahkanlah hujan disekitar kami, bukan pada tempat kami, ya Allah, curahkanlah hujan ke atas bukit-bukit, gunung ganang, lembah-lembah dan perpohonan.

Bagi mereka yang ditimpa musibah banjir , boleh kita doakan untuk mereka dengan doa :

اللهم اجرك في مصيبتك واخلف لك خيرا منه

(Allahumma' jurka fi Musibatik, Wakhlif Laka Khayram Minh)

Ya Allah, berikanlah ganjaran pada musibah yang menimpa dirimu dan gantikanlah bagimu yang lebih baik daripadanya.

Bagi mereka yang ditimpa musibah ,boleh doa dengan tukarkan lafaz ك ( ( ka) kepada ني (ni) dan (Tik )kepada (ti), (Laka) kepada ( li)

اللهم اجرني في مصيبتي واخلف لي خيرا منه

( Allahumma' jurni fi musibati, Wakhlif li Khayram Minh)

Ya Allah berikanlah ganjaran padaku atas musibah yang menimpa diriku dan gantikanlah untukku yang lebih baik daripadanya.

Begitu juga doa ditimpa musibah :

إنا لله وإنا إليه راجعون

Sesungguhnya kami ini milik Allah dan kepadaNya kami dikembalikan.

Ini berdasarkan hadith nabi :

عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ رضي الله عنها قَالَتْ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ ﷺ يَقُولُ:

مَا مِنْ عَبْدٍ تُصِيبُهُ مُصِيبَةٌ فَيَقُولُ: إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَاخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا، إِلَّا أَجَرَهُ اللَّهُ فِي مُصِيبَتِهِ، وَأَخْلَفَ لَهُ خَيْرًا مِنْهَا.

Terjemahan Hadis

Dari Ummu Salamah r.a. berkata: Aku mendengar Rasulullah ﷺ bersabda:
"Tidaklah seorang hamba ditimpa musibah, lalu dia mengucapkan: ‘Sesungguhnya kami milik Allah, dan kepada-Nyalah kami kembali. Ya Allah, berikanlah pahala kepadaku dalam musibahku ini, dan gantikanlah untukku sesuatu yang lebih baik daripadanya’, kecuali Allah akan memberinya pahala dalam musibahnya dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik daripadanya."

Rujukan Hadis

Sunan Abi Dawud (No. 3119)

Sahih Muslim (No. 918)

Selain daripada itu, bagi kita yang berkemampuan, bolehlah menyumbang bagi mangsa-mangsa banjir yang terlibat bagi meringankan beban mereka.

Hindarkanlah daripada perbalahan, persengketaan, apatah lagi menambah api kebencian, mencucuh api permusuhan.

Bagi yang berkelapangan, bolehlah turun membantu mangsa-mangsa yang ditimpa musibah banjir ini.

Berdasarkan hadith nabi :

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رضي الله عنه، عَنِ النَّبِيِّ ﷺ قَالَ:
مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا نَفَّسَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللَّهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ، وَاللَّهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ،

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi ﷺ bersabda:

"Barang siapa meringankan kesusahan seorang mukmin dari salah satu kesusahan dunia, Allah akan meringankan kesusahannya dari kesusahan pada hari kiamat.

Barang siapa memudahkan orang yang dalam kesulitan, Allah akan memudahkannya di dunia dan akhirat.

Barang siapa menutupi (aib) seorang Muslim, Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan akhirat. Allah akan selalu menolong seorang hamba, selama hamba itu menolong saudaranya ( HR Muslim)

Tinggalkanlah sebentar perbalahan daripada sudut aliran, kepartian dsb. Janganlah berbalah samada banjir yang datang itu musibah ataupun kifarah. Ia merugikan tenaga kita semua.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

Kalau kita nak berdakwah sunnah sekalipun, tetapi guna poster yang ada hak intelek, kita wajib tunaikan hak intelek tersebut.

Dakwah tidak menghalalkan cara. Kalau sampai kita kena crop dan tak ambil kredit kepada pencipta harta intelek, itu sudah menzalimi hak pencipta harta intelek.

Sekalipun harta intelek itu berupa hanya design poster. Apatah lagi kalau harta intelek itu berupa buku, jurnal, artikel dan sebagainya, maka wajib untuk kita amanah.

Sebab dikatakan jenayah ilmiah antaranya ialah tidak jujur terhadap pendapat pengarang buku/jurnal tersebut. Pengarang kitab kata lain, tetapi oleh kerana kita nak menangkan pendapat kita, maka kita kata lain.

Begitu juga harta intelek didalam bentuk design, poster dsb. Wajar kita amanah dengan harta tersebut.

Kalau tidak tahu sebelum ini, tidak mengapa, tetapi jikalau sudah tahu, maka perlulah kembalikan hak harta intelek tersebut kepada pihak tuannya.

Wallahualam.

Читать полностью…

# Kelas Hadis Ustaz Huzaifah

- Imam Bukhari (256H) rahimahullah telah menulis Sahih Bukhari.

- Ada sedikit hadis dalam Sahih Bukhari yang dikritik oleh para huffaz. Antara huffaz yang mengkritiknya adalah Abu Hatim Ar-Razi (277H), Ad-Daraqutni (385H) dan lain-lain.

- Ibnu Hajar (852H) telah mengumpulkan SEMUA hadis Sahih Bukhari yang telah dikritik.

- Ibnu Hajar telah mengumpulkan hadis-hadis yang dikritik oleh Ad-Daraqutni rahimahullah

- Ibnu Hajar juga telah mengumpulkan hadis-hadis yang dikritik oleh para penilai hadis selain daripada Ad-Daraqutni.

Ibnu Hajar rahimahullah berkata dalam Muqaddimah Fathul Bari Syarah Sahih Bukhari yang dikenali Hadyus Sari telah menyebutkan satu fasal.

Beliau berkata:

الفصل الثامن في سياق الأحاديث التي انتقدها عليه حافظ عصره أبو الحسن الدارقطني وغيره من النقاد، وإيرادها حديثا حديثا على سياق الكتاب وسياق ما حضر من الجواب عن ذلك. اهـ.

"(Fasal Kelapan) dalam menyebutkan hadis-hadis yang dikritik oleh pakar hadis pada zamannya, Abul Hasan Ad-Daraqutni dan selain beliau, penyebutannya hadis demi hadis dengan turutan sebutan dalam kitab (Sahih Bukhari), serta jawapan bagi kritik padanya."

Kemudian Ibnu Hajar rahimahullah berkata:

وعدة ما اجتمع لنا من ذلك مما في كتاب البخاري وإن شاركه مسلم في بعضه مائة وعشرة أحاديث، منها ما وافقه مسلم على تخريجه وهو اثنان وثلاثون حديثا، ومنها ما انفرد بتخريجه وهو ثمانية وسبعون حديثا. اهـ.

"Bilangan yang terkumpul bagi kami daripada hadis yang dikritik itu dalam kitab Sahih Bukhari - walaupun ada yang sama dengan Sahih Muslim pada sebahagiannya- adalah 110 hadis. Antaranya ada yang Muslim sepakat dengan Bukhari dalam meriwayatkannya, iaitu 32 hadis. Antaranya, hadis yang Bukhari bersendiri meriwayatkannya adah 78 hadis."

Di akhir fasal tersebut, Ibnu Hajar rahimahullah berkata

هذا جميع ما تعقبه الحفاظ النقاد العارفون بعلل الأسانيد المطلعون على خفايا الطرق وليست كلها من أفراد البخاري بل شاركه مسلم في كثير منها.. وليست كلها قادحة بل أكثرها الجواب عنه ظاهر والقدح فيه مندفع، وبعضها الجواب عنه محتمل، واليسير منه في الجواب عنه تعسف، كما شرحته مجملا في أول الفصل وأوضحته مبينا أثر كل حديث منها، فإذا تأمل المنصف ما حررته من ذلك عظم مقدار هذا المصنف في نفسه وجل تصنيفه في عينه وعذر الأئمة من أهل العلم في تلقيه بالقبول والتسليم وتقديمهم له على كل مصنف في الحديث والقديم. اهـ.

"Ini adalah SEMUA hadis yang diberikan komentar kepada Imam Bukhari oleh para HUFFAZ penilai hadis yang pakar dalam ilal sanad (kecacatan sanad hadis), yang meneliti jalur-jalur yang tersembunyi..."

-Antara tempoh wafat Imam Bukhari dan Ibnu Hajar adalah 596 tahun.

- Dalam tempoh tersebut, hadis tersebut tidak termasuk dalam hadis yang dikritik oleh mana-mana penilai hadis.

- Sepanjang tempoh itu, hadis
itu kekal sebagi hadis yang diterima oleh umat secara ijmak bahawa ia adalah hadis yang sahih.

Al-Qastallani (923H) berkata:

وقد علم أن الإجماع واقع على تلقي كتابيهما بالقبول والتسليم، إلا ما انتقد عليهما فيه.

"Sesungguhnya telah diketahui bahawa IJMAK BERLAKU terhadap kedua-dua kitab ini (Sahih Al-Bukhari dan Muslim) dengan penerimaan KECUALI APA YANG DIKRITIK. (Irshad al-Sari 1/21)

- Selepas lebih kurang daripada 1 abad (1000 tahun) hadis ini kekal sebagai hadis yang sahih secara ijmak, muncul Al-Gumari (1327-1412H) yang mengkritik hadis ini.


----------
Tulisan daripada seorang penulis yang tidak ingin dikenali.

Jangan nilai daripada sudut ke"majhul"an penulis, tetapi nilailah daripada sudut intipatinya.

Читать полностью…
Subscribe to a channel