kisahtaubat | Unsorted

Telegram-канал kisahtaubat - Kisah Taubat

34

Mengumpulkan kisah benar pergolakan taubat seorang hamba untuk meraih redha Allah demi mencari syurga

Subscribe to a channel

Kisah Taubat

Terima kasih rakan kerana stay dalam chancel aku ni.

Aku hargai sangat.

Semoga aku dan korang terus berjuang melawan hawa nafsu ini.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Jangan pernah putus asa bertaubat kepada Allah.

Kerana Allah tak pernah putus asa beri kita peluang hidup untuk terus bertaubat.

Teruskan kuat wahai hati.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Lebih 50 ribu kes anak tidak sah taraf dilahirkan di Malaysia setiap tahun.

ZINA - DI MANAKAH SILAPNYA? | PERWANIS EKSKLUSIF

https://youtu.be/jpmwNs1zmBI

Apakah Solusi Terbaik Dan Bagaimanakah Kita Cuba Mencegahnya?

#KitaJagaKita #tvpertiwi #DenyutJantungUmmah

Ikut kami juga di platform lain:
Telegram : /channel/tvpertiw
iInstagram : https://www.instagram.com/tvpertiwi/

Читать полностью…

Kisah Taubat

😭😭😭😭

17 December 2020.

Hanya Allah yang tahu.

Aku dah tak kuat

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Sekali lagi gagal bangun tahajud.

😭😭😭

Mungkin ada dosa aku yang Allah belum ampunkan.

Tidak akan bangun seorang hambaNya sekiranya dia melakukan dosa tanpa izin Allah.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Huhuhu.

Semalam tak dapat tahajud.. Bangun jam 5.48am dah Subuh dah.

Apa pun mujur dapat jemaah Subuh.

Alhamdulillah.

Teruskan positif 💪💪💪

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Alhamdulillah. Semalam masuk tidur jam 10pm terbangun jam 4am lebih. Alhamdulillah dapat tahajud.

Moga Allah istiqomah kan aku untuk bangun malam.

Rasa sedikit tenang sebab dapat "gayut" lebih lama dengan Allah berbanding sebelum-sebelum ni.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah hirabbil a'lamin.

Wasso tu wassalam wa a'la alihi wasobbihi ajmaa'in.

( boleh tambah lagi sendiri, ayat puji-pujian untuk Allah. Boleh selit asma ulhusna.)

Ya Allah yang Tuhan kami.

Tuhan yang Maha Pengampun Maha Penyayang.

Ampunkanlah dosa kami.
Ampunkanlah dosa kedua ibu bapa kami.
Ampunkanlah dosa guru-guru kami.
Ampunkanlah dosa rakan-rakan kami.
Ampunkanlah dosa (sebut nama rakan kita nak doakan tu)
Ampunkanlah dosa seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau pun yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Yang Maha Pemberi Rezeki.

Kau berkatilah hidup rakan kami (sebut nama rakan)
Kau permudahkanlah hidup dan urusan rakan kami (sebut nama rakan) sama ada di dunia mahupun di akhirat.

Ya Allah, aku mohon kau perkuatkanlah iman kami. Kau perteguhkan hati kami hanya kepadaMu.

Janganlah Kau lemahkan kami dengan dosa yang kami sendiri sudah tidak tertanggung banyak ini.

Ya Allah, kami mohon sangat-sangat hanya kepadaMu, Kau bukanlah pintu TaubatMu seluas-luasnya untuk kami.

Kerana kami teringin nak bertaubat hanya kepadaMu. Kembalikan kami ke Jalan yang Engkau redhai. Jalan orang-orang yang layak untuk masuk ke syurgaMu.

Ya Allah, Kau tutuplah aib kami ini dalam pergunakan oleh mereka yang dengki dengan kami.

Rabbana atina fiddunniya hasanah wafil akhirati hasanah wakina azabbanar.

(boleh tambah panjang lagi doa penutup sendiri kalau nak)

Walhamdulillah hirabbil a'lamin.

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum rakan.

Maaf aku baru baca Google Form.

Ni mesej buat kau.

Ye kau.

Pertamanya aku nak cakap terima kasih sebab sudi baca journal perjalanan hidup aku bertaubat ke Jalan yang Allah redhai.

Aku harap sangat dalam setiap tulisan aku dekat sini bermanfaat untuk kau dan korang semua.

Ye betul. Tahun 2020 ni adalah tahun yang kurang aku manfaatkan sepenuhnya.

Banyak gak dosa yang aku dah buat 2020 ni.

Dan aku juga harap tahun 2021 nanti aku stop semua ni.

Tu azam aku.

Aku just nak minta tolong dekat kau. Kalau boleh, mujahadah sungguh-sungguh-sungguh.

Lawan perasaan cinta kau pada dia tu. Sebab cinta tu adalah hiasan dari syaitan yang buatkan kau hanyut.

Maaf kalau kata-kata aku ni kasar. Sebab aku tegur kau sebab aku sayang.

Aku sayang semua rakan-rakan aku kerana Allah.

Walapun kita tak pernah jumpa tapi aku selalu doakan korang untuk terus istiqomah bertaubat.

Dan aku juga mohon doa korang juga untuk aku terus kuat bertaubat atas jalan ini.

Buat kau,
Cuba kau fikir.

Dulu kau cakap kau selalu berzikir ingat Allah. Aku harap kau terus amalkan zikir.

Cuma dulu tu, kau ada dia tak? Kau dah kenal dia ke?

Point aku dekat sini, kau kena lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu.

Masa kau ada Allah dulu, dan aku yakin kau tak de dia serta kau senang nak dekatkan diri dengan Allah.

Cuma sekarang kau ada dia dan kau makin jauh dari Allah.

Allah takkan tolong hambaNya yang terus terikat dengan dosa. Satu tangan nak Allah satu lagi tangan masih pegang bara api neraka tu.

Pilihan di tangan aku dan kau.

Untuk kau kembali ke jalan Allah, lepaskan dia. Kalau dia betul jodoh kau, Allah akan pertemukan korang kembali.

Cuma aku harap sangat kau tak putus asa untuk berubah. Aku tetap akan beri kau sokongan dan tolong kau kalau kau nak Insya-Allah.

Cuma, aku sangat berharap satu je. Andai diri kita selemah mana pun solat jangan tinggal.

Kalau tewas dengan pasangan kau macam mana pun, mandi wajib. Solat la depan pasangan kau tu. Sebab kau sedar diri kau tak baik dan kau nak sama-sama ajak dia berubah secara tindakan kau. Contohnya kalau dia gelakkan kau, maka sedarlah itu "red flag" menandakan dia tak serius nak bawa kau ke syurga. Kalau boleh sama-sama tewas, kenapa tidak sama-sama berubah kan?

Aku mohon sangat-sangat-sangat:

Jangan pernah tinggal solat.
Jangan pernah tinggal solat.
Jangan pernah tinggal solat.

Kalau kau nak aku mesej kau secara peribadi, boleh tulis aku Id kau dekat Google Form tu.

Kalau kau nak kekal macam ni, berahsia pun aku OK yang penting kau jangan putus asa untuk terus berubah.

Moga Allah sentiasa bersama kita.

Selamat berjuang menempuhi 2021.

Teruskan rakan.

Kita mesti menang bukan hanya dalam menentang covid-19 ni tetapi juga melawan nafsu kita sendiri yang tiada berkesudahan.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Aku hanyalah manusia yang lemah.

Allah kuatkanlah aku.

Aku dah tak larat nak lawan semua ni.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Jangan pernah putus asa.

Kerana putus asa dengan Allah itu adalah dari syaitan.

Ye. Aku pun tengah berjuang ni.

Ingat rakan. Korang ada aku dan aku ada korang.

Yakinlah Allah bersama kita.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Kisah Taubat:

Dikongsi dengan izin penulis.

..........................
Assalamualaikum,

Admin..

Kenapa kita susah nak tinggalkan dosa kita.

Kenapa Allah hadirkan orang yang nk berubah sama2 dengan kita.

Tapi sama2 lemah. Sama2 jatuh ke lembah hina berulang kali.

Pada pandangan aku. Allah mmg nak aku elakkan diri berhubungan dengan mana2 lelaki. Adakah itu satu pengorbanan yang aku patut ambil dalam hidup aku sebelum aku bersedia menahan diri dari membenarkan/biarkan mana2 lelaki hadir dlm hidup aku. Sebab aku tahu. Aku sendiri suka buka ruang2 maksiat/zina.

Kenapa kita manusia menangis selepas melakukan maksiat/zina. Tapi kenapa tak kuat nak menidakkan masa peluang buat dosa datang. Kenapa. Kenapa kita nak rasa nikmat tu.. Kenapa dgn diri kita ni. Hidup untuk buat dosa. Nak rasa nikmat buat dosa.. Kenapa iman kita tak kuat... Susahnyaa........ susah sgt.. untuk aku.... Aku hari2 doa minta Allah tolong........ kenapa aku tak kuatttt ;'( Ada masa aku sengaja tinggalkan solat lepas buat maksiat/zina. sebab rasa hina sangat n malu..... tapi dlm ms yg sama aku nak solat. tapi aku tahan diri aku....... Ya Allah kenapa smpai aku jadi mcm tu.......... ;'(

Admin,

Aku akan jadi layu/xbermaya/hilang semangat/lemah selepas buat dosa.
aku bagaikan kalah dimedan perang. xbermaya. xberdaya. kosong.

aku cuma mampu berdoa je supaya Allah jangan tarik nyawa aku sebelum aku bertaubat.

Aku rasa nak hilangkan diri. tapi dalam masa yang sama aku tak nak sakitkan hati si dia sbb dia akan fikir aku perempuan yang just main2kan perasaan diaa. Tp dlm masa yg sama aku tak nak hilang dia. Aku xtahu kenapa aku nak hidup dengan dia. Wlupun dia tak ada apa2. Aku nak dia halalkan aku.

Satu je silap aku. Aku buka ruang untuk kami buat maksiat/zina.

Aku rasa lelaki2 yang hadir dlm hidup aku tak pernah salah. Aku sentiasa doakan mereka2 ni diampunkan dosa, Allah buka hati untuk berubah n terima hidayah dr Allah.

AKU.

yang salah.

:'(

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Waikumusalam. Menarik soalan rakan kita ni. Nanti aku share keseluruhan tulis ni sebab penulis dah beri izin untuk share. @kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Berhentilah buat dosa.

Sebelum Allah buka aib kita

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Tewas lagi.

Apa nak jadi dengan aku ni.

😭😭😭

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Bertaubatlah dan kembalilah kepadaNya dalam segala urusan

1. Setiap hari, manusia akan berhadapan dengan musuhnya yang nyata iaitu nafsunya dan pertarungan jihad ini akan berlaku pada setiap saat dalam kehidupan. Ada ketika manusia akan kalah ,dan ada ketika manusia meraih kemenangan dalam pertarungan nafsu ini. Setiap manusia ini juga diuji dengan tingkat yang berbeza.

2. Setiap tahapan ini memerlukan kesabaran dan pengorbanan yang besar. Kalah dalam pertarungan dengan nafsu bukanlah beerti kita telahpun gagal selamanya dan kemudiannya berputus asa.

3. Belajar daripada kesilapan dengan melakukan introsepksi yang mendalam supaya akhirnya kita dapat melihat ekstrak yang jelas setiap satu kesalahan dilakukan. Masa yang dianugerahkan kepada kita bukanlah suatu pemberian daripada Allah untuk kita melakukan kemungkaran.

4. Selagi mana hayat dikandung badan, tebarkan kebaikan, jauhkan diri daripada perbuatan yang merosakkan diri dan sentiasalah kembali kepada Allah. Jangan sesekali berputus asa daripada Allah.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang mukmin yang bersama dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Rabb kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu"

(Surah At-Tahrim ayat 8)

Bertaubatlah dan kembalilah kepadaNya dalam segala urusan.

t.me/irdinahakimah

Читать полностью…

Kisah Taubat

Aku bukan lah yang terbaik di kalangan kalian.

Tapi aku lah manusia yang sedar kelemahan diri ini dan ingin kembali pada Allah.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Sesiapa sahaja berisiko untuk terjerumus melakukan zina atau maksiat kerana taktik atau godaan itu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara

https://bit.ly/3r6Eaww

Читать полностью…

Kisah Taubat

Last aku tewas

12/12/2020.

Dah 4 hari tanpa relapse.

Aku harap aku balik petang ni, aku terus kuat.

Aku nak betul-betul pulih jadi normal.

Doakan aku korang.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Dikongsi dengan izin penulis.
15 December 2020
2323
....................

Hai,

Saja nak borak2.

Moga hidup kau sentiasa dipermudahkan.
Moga kau tak akan pernah hilang pedoman,
Moga kau berjaya kejar cinta abadi,
Moga kau peroleh bergunung pahala asbab kau cipta group telegram ni.

Biar jiwa kau semakin pulih,
Biar jiwa kau satu-satunya untuk yang Satu,
Biar kebaikkan kau terserlah pada orang sekeliling,
Biar nilai dalam diri engkau semurni-murninya seperti yang kau harap.

Yang pasti,

Bawa engkau jumpa teman hidup,
Bawa engkau dikelilingi kebaikkan,
Bawa engkau berjaya dunia akhirat.

Читать полностью…

Kisah Taubat

Malam ni kena Overtime pulak tapi tak de dapat extra pun.

Pun begitu aku lebih takut penat n tak bangun tahajud esok.

Rindunya nak sujud esok pagi.

Harap boleh bangun awal

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Sejak beberapa hari lepas aku tidur 2 jam je sehari.

Yes. Aku rasa aku ada insomnia.

Tapi semalam aku cuba baring awal. Matikan phone.

Alhamdulillah dapat tidur 5jam lebih.

Moga malam ni, Allah izinkan aku rehat lagi.

Tidur dulu.
Esok bangun awal tahajud.

Jom korang. Esok aku bangun aku cuba tengok Google Form dulu.

If ada doa khusus yang korang nak aku doakan untuk korang tulis dekat Google Form tu tau.

Aku akan cuba doakan sebab Allah adalah Tuhan kita semua.

Moga aku makin sembuh.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Kau minta doa dari aku.

Nanti aku kongsi doa tu dekat sini untuk sama-sama dibaca oleh rakan-rakan yang lain.

Moga jadi asbab untuk kita semua berubah.

Aku tak reti tulis jawi/Arab pakai telegram ni.

Jadi nanti aku tulis dalam Bahasa Melayu je la

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Bangun la di tengah malam.

Apabila manusia lain lena dibuai mimpi, kita bangun mencari kekuatan dengan hanya sujud kepadaNYA.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Jemput layan

@kisahtaubat

https://youtu.be/np_MbZJ01VE

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum rakan-rakan semua.

Akan aku jawab satu per satu persoalan di atas.

Moga bahasa hati ini sampai pada hati rakan-rakan yang masih mencari kekuatan untuk bertaubat seperti diri aku sendiri.

Rakan. Ketahuilah Allah hadirkan orang dalam hidup kita sebagai ujian pada kita untuk lihat bahawa kita ini Ikhlas atau tidak bertaubat kerana Allah.

Ye. Sama-sama lemah sebab dua-dua manusia yang punya nafsu.

Allah nak ajar kita simpan diri kita hanya untuk pasangan yang halal. Aku yakin dan percaya ada pasangan aku di luar sana juga turut menjaga diri dia seperti aku.

Kenapa kita menangis selepas melakukan maksiat?
Sebab aku yakin dan percaya kita masih ada iman. Masih punya rasa malu dengan Allah. Masih ingin kembali pada kebaikan di sisiNya.

Ye. Nikmat tu. Kita dah rasa. Kita ketagih bukan sekadar waktu "bersama" tu. Tetapi cara dilayan dengan lemah lembut. Suka pujuk rayu. Suka digoda. Rasa "bersama" itu adalah kebahagian sedangkan kebahagian sebenar adalah dengan redha Allah.

Teruskan minta doa dengan Allah. Allah suka hambaNya yang hanya meminta kepada DIA sahaja.

Walaupun dah tewas macam mana sekali pun. Mandi wajib. Solat la. Itulah pintu kita untuk kembali kuat kepada Allah. Jangan pernah tinggalkan solat. Jangan tahan diri kita dari melakukan kebaikan.

Betul. Lepas tewas kita akan rasa down sangat-sangat-sangat. Yakin lah Allah nak kita kembali kepadaNYA. Rasa putus asa dengan rahmat Allah adalah dari syaitan.

Percayalah. Tiada pasangan yang rasa dipermainkan seandainya kita betul-betul jaga diri kita. Contoh tak nak jumpa si A sebab nak jaga diri dari dosa. Tapi jumpa B buat dosa dengan B pula. Inilah mempermainkan perasaan pasangan kita.

Kita belajar dari kesilapan kita. Jangan pernah berhenti belajar untuk mematangkan diri kita.

Ye "nikmat" itu sangatlah best. Tapi yakin la rakan. Lagi best kalau kita yang dapat kawal "nikmat" tu bila nak lepas kepada pasangan halal kita. Bila nak tahan diri kita kerana Allah.

AKU.

Yang masih berdosa dan takkan putus asa memohon Taubat.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Waikumusalam.

Kenapa kita susah nak tinggalkan dosa kita?

Sebab apa-apa dosa ni best. Nanti masuk syurga nak minum arak ke, nak "bersama" dengan bidadari syurga ke, nak buat apa semua boleh.

Cuma kat dunia ni je, Allah minta kita bersabar dan ikut syariat Allah tetapkan. Nak "bersama" kena nikah.

Nikmat best semua tu kita hanya bebas dapat di syurga.

Aku akui yang kadang-kadang ketika rasa tu datang aku lupa diri.

Macam kau juga, lepas aku tewas tu, menangis, rasa bersalah tu tetap ada. Kerana Allah masih beri kita rasa iman. Rasa nak kembali hanya kepada DIA.

Teruskan berjuang rakan. Allah menilai usaha kita bukan sekadar hasil.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum semua.
Terima kasih kepada rakan yang tulis di Google Form.

Nanti aku kongsi pendapat aku dengan korang semua.

Sekarang on the way pergi kerja. Tak sempat nak tulis panjang-panjang.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Tanda dosa kita di ampun kan oleh Allah.

Allah berikan kepada kita kefahaman dari sudut agama

Di buka kepada kita akan pintu kebaikan iaitu kebaikan kita mula bertambah setelah kita bertaubat

Dikurniakan kemanisan didalam berbuat ibadah sehinggakan kita mula menjadi Istiqomah dalam beramal.

Ingat lah wahai diri

Dosa menghalang dari menerima Rahmat Allah
Dosa mengundang istidraj didalam nikmat
Dosa yang bertambah akan menghilang rasa untuk berbuat kebaikan.

Yang paling kita takuti apabila dosa masih tidak terampun di takuti ruh kita akan dicabut didalam keadaan su ul khotimah.

Pesan pada diri, pasangan, ahli keluarga dan kenalan rapat kita.

InsyaAllah.
____
Jemput join  > /channel/seronokkawin
Disini Anda akan dapat ilmu Rahsia Perkahwinan secara PERCUMA. Pelajaran kitab-kitab lama yang menjadi amalan melayu dahulu, yang kian hilang dimamah zaman. Channel ini InsyaAllah Boleh menjadi panduan dan rujukan kepada bakal pengantin atau yang telah berumahtangga dalam melayari Bahtera berumahtangga dengan ilmu yang tidak bercanggah dengan Agama Islam.

Semoga Anda menjadi pasangan saling berkasih sayang kerana Allah SWT, bahagia Dunia dan Akhirat.

Terima kasih sudi bersama Rahsia Perkahwinan ... @seronokkawin 😊

Читать полностью…

Kisah Taubat

Dunia hanyalah tempat kita bermusafir.

Dunia adalah tempat fatamogana yang indah tetapi palsu.

Jadi ingatkan tempat abadi kita di syurga Allah.

Jaga amalan kita.

Tinggalkan dosa.

Istiqomah lah kita semua.

@kisahtaubat

Читать полностью…
Subscribe to a channel