Assalamualaikum semua.
Baru dapat info.
Ada rakan kita yang sedang berjuang lawan Covid-19.
Minta doa semua untuk rakan kita tersebut.
Moga dipermudahkan urusan beliau dan diberikan kesembuhan.
Amin
@kisahtaubat
Dikongsi dengan izin penulis di Google Form.
Tarikh: 18 January 2020
Masa: 11. 01AM
.............................
HIJRAH KU 2021
- Labuhkan tudung
- stokin
- handsock
- baju longgar
- buang orang yang tidak baik
- block
- jaga ikhtilat
- jaga mulut
- jaga mata
- jaga hati bersangka baik
- maafkan semua orang
- banyakkan zikir/selawat
- tak boleh jumpa lelaki bukan mahram berduaan
- jaga tingkahlaku
- Tak perlu msg lelaki jika tidak perlu
- padam gambar tidak tutup aurat d MS
- bercakap yang baik2
- fikir yang baik2
- banyakkan solat taubat
- istighfar
- habiskan hafal surah almulk
- kemudianboleh hafal surah yassin
- banyakkan doa pada Allah semoga istiqamah
- mulakan dengan bismillah setiap kerja/perbuatan
- tinggalkan dosa2 besar
- tinggalkan maksiat
- tinggalkan dosa2 kecil
- tingkatkan amalan
- bismillah setiap perbuatan
- 3 qul selepas solat
- ayatul kursi selepas solat/ keluar rumah
- selawat pagi petang
- banyakkan dgr zikir
- mengaji quran setiap hari / tadabbur setiap hari
- berguru mengaji quran
😢Allah.. kenapa susah Ya Allah. Bantu HambaMu ini Ya Allah
.....................
Semoga dipermudahkan urusan penulis dan rakan-rakan semua.
@kisahtaubat
Baru rasa mengantuk.
Sejak 16 Januari 2021 1pm lagi bangun.(lebih 24 jam tak tidur)
Doakan boleh tidur lena
@kisahtaubat
Assalamualaikum. Korang semua sihat?
Aku masih bertahan.
Aku harap korang pun sama-sama kuat tau.
Keep lawan rasa tu.
Allah bersama kita.
@kisahtaubat
Aku masih tak boleh tidur.
Tak tahu kenapa.
Mungkin insomia datang balik.
Aku masih ada depression yang sangat teruk.
@kisahtaubat
Moga dapat membantu kita semua yang masih mencari jalan taubat
@kisahtaubat
https://youtu.be/KlrX1YDuDcM
Alhamdulillah.
Sejujurnya, semalam saat paling mencabar bagiku.
Alhamdulillah, berjaya harungi malam tadi dengan jayanya.
Tak tewas.
Aku gembira kerana Allah bersama aku.
Korang pun boleh.
@kisahtaubat
Rasa tu datang lagi.
Aku masih belum tewas.
Masih berjuang.
Korang pun boleh.
Yakinlah..
Allah sentiasa bersama kita.
@kisahtaubat
Alhamdulillah. Masih lagi bertahan.
Last memang tewas 17 December 2020.
Ni dah masuk Januari 2021.
Aku harap aku berhenti terus dosa ni.
Aku doakan korang pun kuat k.
Teruskan berjuang kerana Allah itu ada.
@kisahtaubat
Moga kita sentiasa cari masa untuk Allah.
Takut Allah bagi istijdraj je nanti
@kisahtaubat
Kalau aku hidup sekadar hidup just fikir masalah aku je,
Maka aku takkan wujudkan channel ni.
Aku sedar untuk aku berubah, aku perlu ajak rakan-rakan semua bersama untuk berubah.
Kerana aku sedar, telinga aku lebih dekat dengan mulut aku yang berbicara.
Jadi seharusnya aku dahulu yang akan mendengar seruan sendiri.
@kisahtaubat
Seseorang mengadu kepada Buya Hamka bahawa “Pelacur di negara Arab itu memakai niqab dan hijab”
Tanpa disangka Buya Hamka memberi respons, “Oh ya? Saya baru saja balik dari Los Angeles dan New York. Masya Allah, di sana saya tak terjumpa pulak dengan pelacur.” jawab Buya.
“Ah tak kan lah begitu Buya, di Mekah pun ada. Apatah lagi di Amerika, dah tentunya lebih ramai,” kata orang tadi.
Maka jawab Buya Hamka,
“Sesungguhnya kita ni memang hanya akan ditemukan dengan apa-apa yang kita cari”
"Meskipun kita ke Mekkah, tetapi jika yang diburu oleh hati adalah hal-hal yang tak elok, maka Syaitan yang tergolong dalam kumpulan jin dan manusia itu akan berusaha membantu kita untuk mendapatkannya."
"Tetapi sebaliknya, walau jauh perjalanan kita hingga sampai ke New York, Los Angeles sana, bila yang kita cari adalah kebaikan, maka segala keburukan akan menjauh dan bersembunyi...
Hati kalau sudah rosak, maka akan sering ditemukan dengan hal-hal yang rosak juga, walaupun kita sedang berada di tempat yang baik. Sebaliknya dengan niat dan hati yang baik, insya Allah akan temukan dengan perkara yang baik-baik, meskipun kita berada di tempat yang kotor dan tidak elok.
*Maka berhati-hatilah menjaga hati.
Seumpama mata lebah dan mata lalat.
Lalat walau berada di taman bunga yang indah dan wangi tetap saja yang diburu dan dicarinya adalah taik, dan benda busuk. Manakala lebah pula biarpun berada di tempat yang busuk dan kotor tetap sahaja ia hinggap hanya pada bunga dan kuntuman yang wangi dan indah.
Maka berusahalah untuk 'menjadi' mata lebah.
Fb: Ustaz Zamri
nya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau hamba-hamba yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."
✔ banyak maksiat bermula dgn pandangan.
✔ if ber'couple': saling simpan & telek gambar.
✔ melihat ajnabi sesaje tanpa hajat atau darurat itu tak boleh.
2. Surah Al-Isra', 17: 32
وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلًا
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk."
✔ ber'couple' ni terbukti mendekati zina.
✔ "Alhamdulillah, aku masih jaga batas."
✔ Jangan tipu diri sendiri.
✔ Sampai bila kita nak ikut nafsu?
3. Sabda Rasulullah:
لأَنْ يُطْعِنَ فِي رَأْسِ رَجُلٍ بِمِخْيَطِ مِنْ حَدِيْدٍ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنَْ يَمُسَّ امْرَأَةً لاَ تَحِلُّ لَهُ
"Seseorang ditusuk kepalanya dengan jarum besi lebih baik daripada menyentuh wanita yang tidak halal baginya."
(HR Thabrani)
✔ hampir semua 'couple' tu akan bersentuhan dan pegang tangan.
✔ 'couple' yg self-claimed islamik sbb tak pegang tangan pun tak halal.
4. Surah Al-Ahzab, 33: 32
يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلا مَعْرُوفًا
"Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik."
✔ melunakkan suara boleh menimbulkan keinginan/mengundang syahwat lelaki.
✔ jika ada urusan yg perlu bercakap dgn lelaki, cakap dgn sopan tapi tegas.
✔ if ber'couple': bercakap manja, mesej ber'emoticon'/sticker blh merosakkan hati lelaki.
5. Sabda Rasulullah:
أَلاَ لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ باِمْرَأَةٍ إِلاَّكاَنَ ثَالِثَهُمَا الشَّيْطَانُ
"Ingatlah, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan wanita kecuali yang ketiganya adalah syaitan."
(HR Ahmad)
✔ Bukan berdua-duaan fizikal je,
✔ yg chating maya/khalwat cyber kena sedar ia salah.
6. Sabda Rasulullah:
لاَ يَخْلُوَنَّ رَجُلٌ بِامْرَأَةٍ إِلاَّوَمَعَهاَذُو مَحْرَمٍ
“Janganlah seorang laki-laki itu berkhalwat (menyendiri) dengan seorang wanita kecuali ada mahram yang menyertai wanita tersebut.”
(HR. Bukhari & Muslim)
✔ Berapa ramai couple yg dating bawa mak ayah?
✔ Couple biasa nak privasi dan tempat sunyi utk berdua-duaan.
7. Surah Al-Ahzab, 33: 33
وَقَرنَ في بُيوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجنَ تَبَرُّجَ الجٰهِلِيَّةِ الأولىٰ ۖ وَأَقِمنَ الصَّلَوٰةَ وَءآتينَ الزَّكَوٰةَ وَأَطِعنَ اللهَ وَرَسولَهُ ۚ إِنَّما يُريدُ اللهُ لِيُذهِبَ عَنكُمُ الرِّجسَ أَهلَ البَيتِ وَيُطَهِّرَكُم تَطهيرًا
"Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang Jahiliah yang dahulu dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, hai ahlul bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya."
✔ Bila nak keluar jumpa 'couple' akan pakai dan berhias sehabis lawa, sehabis wangi.
8. Sabda Rasulullah:
عن عقبة بن عامر أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال إياكم والدخول على النساء فقال رجل من الأنصار يا رسول الله أفرأيت الحمو قال الحمو الموت
“Dari ‘Uqbah bin ‘Amir bahwasanya Rasulullah saw bersabda, ‘Waspadailah diri kalian dari masuk (menemui) para wanita!’, lalu berkatalah seseorang dari kaum Anshor, ‘Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu dengan Al-Hamwu?’, Rasulullah saw berkata, ‘Al-Ham
Kisah Taubat.
Kisah perjalanan hidup kita mencari redha Allah kerana kita semua rindukan syurga Allah.
Perjalanan masih jauh untuk menjadi sempurna.
Tapi jangan putus asa dengan Allah kerana Allah telah gerakkan hati kita untuk terus berada atas jalan ini.
Terus melangkah.
@kisahtaubat
Assalamualaikum semua. Maaf lama menghilangkan diri. Aku seorang failure. Aku nak dapatkan kekuatan aku balik supaya aku boleh sihat balik macam biasa
@kisahtaubat
Allah ada bersama kita.
Akikat 2 ujian DASS aku teruk.
Jumaat petang( kelmarin),
Aku pergi serah diri dapatkan rawatan di Klinik Kesihatan.
Alhamdulillah. Dapat book jumpa kaunselor by Isnin ni, 18 Januari 2021, 2pm.
Langkah pertama nak mental kuat balik dah mula.
@kisahtaubat
Aku pernah share dengan korang pasal Daud Kim ni.
Ni video terbaru dia pasal kes tuduhan dia tu.
Dia cakap dia difitnah.
Teringat kisah Nabi Yusof kena fitnah dengan Zulaikha tu.
@kisahtaubat
https://www.facebook.com/kjh9192/videos/224952769189095/
Korang macam mana hari ni?
Aku masih berjuang.
Terus melawan walau gunung berapi bakal meletus.
@kisahtaubat
Layan lagu ni saat teringat dosa-dosa lalu.
Dengan mengingati dosa lalu adalah kekuatan untuk melangkah ke depan untuk terus duduk dalam taubat ini.
Teruskan melangkah
@kisahtaubat
https://youtu.be/zVhO5Gm-4hQ
Assalamualaikum.
Dah lama korang tak pm aku dekat Google Form.
By the way aku doakan korang berjaya lawan cabaran korang tu.
Take care
@kisahtaubat
Allah itu Maha Adil.
Percayalah kalau kita lawan nafsu kita ni,
Allah akan beri ganjaran pahala yang setimpal dengan usaha kita.
Allah je tahu niat hati kita.
Jadi Allah Maha Mengetahui apa yang struggle kita lalui tu.
Barmaksud. Pahala yang aku dapat tak sama dengan pahala yang korang dapat.
Sebab lagi payah jalan yang korang lalui untuk jaga diri korang.
Makin besar pahala Allah bagi.
@kisahtaubat
Seandainya hidup sekadar hidup,
Babi di hutan juga hidup.
Kalau hidup sekadar membiak (baca: fikir pasal sxxx je) beruk atas pokok pun membiak.
Ada sebab Allah jadikan kita manusia.
Teruskan berjuang rakan-rakan.
Tanam azam baru sempena tahun Baru 2021.
Salam perjuangan
@kisahtaubat
Alhamdulillah.
Last tewas 17 December 2020.
Jadi baru 9 hari tanpa tewas.
The struggle is real.
Tapi aku sedar, if aku berjaya lawan rasa ni, korang pun akan ikut termotivasi untuk lawan nafsu korang sendiri.
Teruskan rakan-rakan.
Allah pasti bersama kita.
@kisahtaubat
milih jodoh ini, sekiranya aku memilih _ sebagai pasangan hidupku itu tidak baik bagiku, tidak baik bagi agamaku, tidak baik untuk penghidupanku, dan juga tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripadanya.
Takdirkanlah aku dengan kebaikan di mana sahaja aku berada kemudian jadikanlah aku orang yang redha atas anugerah Mu.”
💠 Soalan 12: Macamana pula jika ibubapa yg galakkan anaknya mencari jodoh dan ber'couple' supaya boleh berkahwin?
▪ Jangan ikut jika dalam perkara yg mengajak kpd berbuat maksiat:
وَإِن جَاهَدَاكَ عَلى أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفاً وَاتَّبِعْ سَبِيلَ مَنْ أَنَابَ إِلَيَّ ثُمَّ إِلَيَّ مَرْجِعُكُمْ فَأُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
“Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mentaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada-Ku, kemudian hanya kepada-Kulah kembalimu, maka Kuberitakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.“
(Surah Luqman : 15)
▪Sekiranya ibu ayah menyuruh seorang anak melakukan kemaksiatan, seorang anak tak wajib taat sebagaimana sabda Rasulullah:
إِنَّهُ لاَ طَاعَةَ لِمَخْلُوْقٍ فِي مَعْصِيَةِ الْخَالِقِ
“Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam bermaksiat kepada Khaliq.”
(HR Ahmad)
----------------------------------------------------------------
Ini merupakan catatan nota dari program dakwah remaja, 'Sembang Santai: Salahkah Cintaku' anjuran Kelab Remaja Ikatan Muslimin Malaysia (KRIM) Cawangan Pasir Puteh pada 19 Dis lalu.
🙂
#hargaidirijauhizina
#KelabRemajaISMA
#sebarkan
SALAHKAH CINTA
oleh Ustaz Adnin Roslan
💠 Soalan 1: Bilakah CINTA jadi salah?
▪ Rasa cinta itu tak salah.
▪ ia sesuatu yang harus.
▪ kerana rasa cinta itu fitrah.
▪ TAPI, fitrah itu perlu DIURUS dengan baik.
▪ jika tidak, ia boleh mengundang dosa dan fitnah.
▪ Terjatuh cinta tak salah.
▪ yang jadi salah adalah tindakan selepas itu.
💠 Soalan 2: Apa nak buat bila dah terjatuh cinta?
▪ Ada TIGA PILIHAN SAHAJA:
1. Bersegera berkahwin kalau dah mampu.
🔺 Sabda Rasulullah:
'Wahai para pemuda, barangsiapa di antara kalian yang mampu menikah, maka menikahlah. Karena menikah lebih dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia berpuasa; karena puasa dapat menekan syahwatnya."
(HR Bukhari)
🔺Sabda Rasulullah:
يَا عَلِيُّ ، ثَلاَثٌ لاَ تُؤَخِّرْهَا : الصَّلاَةُ إِذَا آنَتْ ، وَالجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ وَالأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا
Maksudnya :”Wahai Ali tiga perkara jangan engkau lewatkan. Solat jika ia telah masuk. Pengurusan jenazah jika telah datang kematian dan mengahwinkan seorang anak perempuan jika jumpa yang sekufu.”
(HR Tirmidzi)
▪ selagi belum boleh berkahwin, wajib menjaga ikhtilat (pergaulan).
▪ Bernikah adalah cara terbaik.
▪ Jangan pilih sebaliknya seperti ber'couple', dating atau muqadimah zina yg lain apatah lagi berzina.
2. Sekiranya tiada hasrat untuk berkahwin atau memang mustahil untuk berkahwin:
▪ wajib berusaha sedaya upaya untuk melupakan dan meninggalkan orang tu.
▪ sebab sekadar nak puaskan nafsu dan tak fikir tentang tanggungjawab.
3. Sekiranya ada niat untuk berkahwin, tapi masih belum mampu atas faktor umur atau kewangan:
▪ wajib menahan diri daripada melakukan maksiat
▪ menahan nafsu itu ada pahalanya
▪ namun, jika sebaliknya, akan berdosa.
💠 Soalan 3: Kenapa pulak ber'couple' jadi haram?
▪ Budaya 'couple' ni salah satu maksiat yg semakin hari semakin dianggap normal.
▪ Dah dianggap macam satu kemestian.
▪ "Kalau tak 'couple', macamana nak kahwin?"
▪ Persoalannya, "Siapa yg ajar kalau nak kahwin, kena 'couple' dulu?"
▪ kahwin ni benda halal, 'couple' tu benda haram.
▪ Kenapa perlu melalui jalan haram untuk menuju perkara yg halal?
▪ 'Couple' ni dianggap normal, seolah-olah kahwin tanpa ber'couple' tak logik.
▪ Sedangkan boleh shj dan ramai je yg berkahwin tanpa ber'couple' dahulu.
🔴 Hidup kita ni kena ikut wahyu (Al-Quran dan As-sunnah), bukan ikut nafsu.
▪ Kena tanya Allah bagi tak?
❗Ada ke dalil yg menghalalkan ber'couple'?
Jumpa ke dalilnya??
▪ Tak ada! Maksudnya ber'couple' tu ikut nafsu shj, bukan wahyu.
▪ Bertaubatlah! Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
▪ Kalau dalil larang ber'couple' banyak.
🔴 DALIL COUPLE TU HARAM:
1. Surah An-Nur, 24:
ayat 30;
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menundukkan pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."
ayat ke-31;
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الإرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari pada
Alhamdulillah. Masih boleh bertahan.
Moga Allah istiqomah kan aku atas jalan Taubat ni.
Korang pun boleh 💪💪💪.
Amin
@kisahtaubat