kisahtaubat | Unsorted

Telegram-канал kisahtaubat - Kisah Taubat

34

Mengumpulkan kisah benar pergolakan taubat seorang hamba untuk meraih redha Allah demi mencari syurga

Subscribe to a channel

Kisah Taubat

Assalamualaikum semua,

Jalan🏃...

Jangan biar langkah terhenti dan jatuh..

Kerana hidup ini adalah pemusafiran mencari syurga Allah

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum.

Kepada rakan yang nak tahu apa yang 3 march nanti.

Aku tak leh tulis kat sini.

Terlalu private.

Kalau nak tahu, aku prefer pm

Sorry.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum.

Aku just nak share kalau tak leh tidur.

1) petang jangan tidur. Buat bersenam/ aktiviti sampai badan penat.
2) tidur terus lepas maghrib. Kalau kau baring dengar azan Isyak atau dah masuk waktu isya cepat-cepat solat isya dan sambung tidur balik.
3) bangun jam 4am terus solat tahajud. Doa sungguh-sungguh untuk berubah.

Aku doakan korang terus berjuang seperti aku juga.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum rakan-rakan.

Teruskan berjuang.

InsyaAllah kita akan jadi lebih kuat.

Moga Allah redha

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum semua rakan-rakan.

Apa khabar hari ni?

Moga terus berjuang.

Kita boleh menang.

Insya-Allah, aku yakin Allah beri kita sakit macam ni sebab dia tahu kita mampu tanggung.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum rakan. Terima kasih.

Aku hampir give up.

Aku rasa aku sorang je.

Thank you tau.

Aku hargai sangat doa korang semua..

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum semua.

Walau apa pun terjadi.

Ketahuilah.

Allah bersama kita.

Aku doakan korang juga kuat.

Aku masih kuat.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum rakan-rakan.

Aku sedar ada yang dah left.

Aku sedar ada yang dah delete account,

Walau apa pun korang buat aku doakan korang happy dengan apa yang korang buat.

Teruskan berjuang.

Aku akan terus berjuang.

Kita sama-sama berjuang kerana Allah bersama kita semua.

Kita tidak sempurna tetapi yakin la kita adalah sebaik-baik kejadian.

Maaf kalau ada salah silap sepanjang aku menulis di channel ni.

Korang semua rakan-rakan yang aku hargai sangat-sangat.

Terima kasih kerana support aku.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Sibukkan diri.

Sibukkan diri.

Ayuh. Kita boleh berjuang.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Pergelutan antara iman dan nafsu memang sentiasa berlaku.

Kita bukan malaikat. Malah kita adalah sebaik-baik kejadian.

Apa yang kita kena buat adalah teruskan berjuang.

Jangan putus asa.

Yakin lah.. Kita boleh menang.

Syurga pasti menanti kita.

Sejujurnya aku sedang berjuang.

Aku dah tak kuat nak lawan.

Tapi aku tahu, aku kena menang lawan diri aku sendiri sekarang ni.

Tak boleh tewas.

Kerana Allah bersama kita semua.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum rakan-rakan semua.

Kita boleh lawan rasa ni.

Biar kita yang kawal rasa ni dan lepaskan bila perlu.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum. Kenapa rakan yang tulis di Google Form pagi tadi.

Aku cuba cari id kau tapi tak jumpa. Maaf.

Macam mana aku nak chat dengan kau ye?

Aku betul-betul nak tolong kau ni.

Tolong kenalkan diri tau.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Sejak aku tahu masalah nafsu aku selama ni ada kaitan dengan sakit depression yang aku dah lama alami.

Aku jadikan sxx sebagai tempat aku lepas masalah aku.

Bila difikirkan balik betul.

Ada je stress kat tempat kerja. Aku cari kepuasan.

Ada je masalah dengan suasana PKP pun aku cari kepuasan.

Sekarang aku dah sedar yang aku jadi bernafsu ni sebab sakit.

Sejak balik semenanjung 11 Feb 2021 lepas aku jadi hilang dah nafsu ni.

Moga Allah istiqomahkan kita atas jalan ni.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Seandainya manusia tahu aib kita.

Pasti kita takkan keluar.

Tapi Allah masih melindungi aib kita tersebut.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Perit buat dosa.

Aku jadi depression antara faktor adalah dosa yang aku lakukan ni.

Aku nak mati muda sebab tak nak dah hidup sampai tua dalam dosa ni.

Allah.. Matikanlah aku dalam husnulkhotimah

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Hai hati dan iman,

Kuatlah..

Aku nak perlukan Engkau ya Allah.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum semua.

Aku masih berjuang menunggu 3 march.

Aku harap sangat aku boleh sembuh.

Nak sembuh macam dulu.

Doakan aku ye.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum.

Aku baru baca tulisan rakan kita kat Google Form.

Aku faham apa yang kau rasa.

Aku pun pernah lalui pasal tak boleh tidur malam tu.

Sekarang aku dah boleh tidur. Ada cara dia.

Cuma aku pun masih berjuang lagi. Belum pulih 100%.

Kalau aku boleh chat dengan kau. Tolong kongsi id kau.

Nanti aku chat.

Kalau tak nak, aku boleh share general guidelines je la kat sini.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum semua rakan-rakan.

Teruskan berjuang kerana lemah itu adalah memang kita sebagai manusia.

Jadi kepada siapa lagi kita nak berharap?

Diri kita yang sentiasa lemah?

Atau

Kerana Rabb?

Allah yang SATU.

Teruskan berjuang tau.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

"Menjauhi dosa itu lebih ringin dari menahan rasa sakit penyesalan"

Deep kata-kata ni.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum semua.

Pagi yang indah untuk terus berjuang.

Jangan putus asa.

Kita kena kuat.

Sebab Allah uji kita macam ni.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum.

Kepada rakan yang tulis di Google Form.

Please contact me back.

Aku perlu nak cakap sesuatu.

Just tunggu 3 March je ni.

Please contact me back.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Alhamdulillah.

Bukti aku berjaya lawan pertempuran hari ni.

I win the battle no the war.

Perjalanan masih jauh

Aku sibukkan diri buat tempat basuh kaki DIY pakai bata ni,

Sampai aku rasa seronok seimbangkan kiri kanan. Ratakan pasir.

Tetiba keinginan tu hilang.

Alhamdulillah.

Aku yakin kita semua boleh sembuh juga.

Teruskan berjuang.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Mengigil.

Aku sedang mengigil sekarang ni.

Aku dah penat lawan.

Aku kena buat sesuatu.

Aku nak istigfar 1000x jap.

Nanti aku update lagi.

Doakan aku kuat balik.

Aku doakan korang pun kuat.

"Ya, Allah kuatkanlah kami.

Kami hambaMu yang lemah, hanya kepadaMu kami berserah diri."

Amin

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum semua.

Salam jumaat.

Selamat berjuang.

Kita boleh memang lawan diri kita sendiri.

Musuh kita adalah nafsu dalam diri kita.

Syaitan tak akan beri kesan sekiranya kita kuat melawan diri kita.

Apa pun teruskan berjuang.

Kerana kemenangan itu pasti milik kita cuma bila sahaja persoalannya sekarang.

Jom berusaha.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum korang.

Alhamdulillah.

Tadi dah dapat contact kawan kita yang tulis di Google Form tu.

Alhamdulillah. Dia masih berjuang seperti kita semua.

Memang ada kaunselor yang boleh ubati sakit kita ni.

Cuma kita kena bersedia ikut cakap kaunselor tersebut.

Apa pun teruskan berjuang.

Kita boleh memang.

Syurga menanti pejuang seperti kita.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Kepada rakan yang tulis di Google Form.

"Jiwa aku mati
Aku fedup"

Ketahuilah kau tak sorang tau.

Aku pun dah fedup sampai aku hilang kerja aku di offshore tu.

Aku dah tak boleh kerja kat laut lagi sebab bos takut aku terjun laut ke apa ke.

Jadi bos izinkan aku resign.

Entah lah aku rasa tak happy walau kerja macam tu.

Sebab aku tahu happy ni perasaan Allah bagi dan tidal boleh dibeli dengan Wang Ringgit.

Aku cuba untuk cari Allah agar Allah beri balik aku happy.

Teruskan berjuang tau.

Kalau nak pm boleh. Beritahu id kau kat Google Form.

Apa pun keputusan kau. Ingat aku dan semua rakan-rakan yang lain still akan support kau.

Kita mesti menang

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum.

Pejuangan ini memang tak mudah.

Aku dah berhenti kerja sebab kerja aku sebelum ni buatkan aku mudah "breakdown".

Istilah sesuai mungkin "burnout syndrome".

Pun begitu, aku kena kuat berjuang melawan semua ni kerana aku tahu aku adalah the chosen one untuk rasa sakit macam ni.

Buat rakan-rakan semua, teruskan berjuang.

Kita sama-sama masuk syurga Allah nanti kerana telah berjaya lalui ujian ni.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Assalamualaikum korang.

Aku baru je habis chat dengan sorang rakan kita.

Dia pun sama macam aku juga.

Tapi dia memang dapatkan rawatan professional dari doktor pakar.

Sebab rupanya ada antara kita ketagih ni bukan semata-mata sebab lemah iman.

Sebab sakit.

Rasa kesunyian, rasa kosong menjadikan kita cari keseronokan tu.

Bila dah lama-lama jadi habits.

Bila dah habits jadi ketagih.

Point penting dia share tadi, jangan takut dapatkan rawatan, cerita depan doktor hal "dalam kain" kita.

Semoga ada harapan untuk kita semua sembuh.

Teruskan berjuang.

Kerana syurga itu untuk perindu seperti kita.

@kisahtaubat

Читать полностью…

Kisah Taubat

Dengar lagu ini.

Best sangat. Aku duk ulang-ulang je ni.

@kisahtaubat

https://youtu.be/XtVysRDebE0

Читать полностью…
Subscribe to a channel