BAHAYA DEDAHKAN DOSA SENDIRI
1. RASULULLAH mencela mereka yang suka mendedahkan dosa mereka sendiri sedangkan Allah sudah menyembunyikan keaiban maksiat yang mereka lakukan. Sabda Rasulullah:
كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ
"Setiap umatku akan diampunkan dosa mereka melainkan golongan mujahirin (iaitu mereka yang mendedahkan dosa mereka sendiri). Yang dimaksudkan dengan mujaharah itu ialah seorang lelaki yang melakukan satu perbuatan (maksiat) pada waktu malam sedangkan di waktu pagi Allah telah menutup apa yang dilakukannya pada malam tersebut.
Lalu dia berkata: Wahai fulan, semalam aku telah melakukan perbuatan (dosa) ini dan perbuatan (dosa) itu. Sesungguhnya dia tidur dalam keadaan Allah menutup aib yang telah dia lakukan namun dia bangun pada waktu pagi lalu mendedahkan sendiri apa yang Allah telah sembunyikan aibnya.”
2. Hari ini umat ditimpa penyakit. Mereka merasa bangga dengan dosa. Bahkan mereka menayangkan pula gambar-gambar tidak menutup aurat, atau merakamkan pula pengakuan maksiat yang dilakukan di media sosial. Sedangkan seorang mukmin itu sepatutnya tidak merasa selesa dengan dosanya. Sabda Rasulullah:
"إِذَا سَرَّتكَ حَسَنَتُكَ وَسَاءَتكَ سَيِّئَتُكَ فَأَنتَ مُؤمِنٌ"
"Sekiranya engkau merasa tenang dengan amal kebaikan dan merasa tidak selesa dengan kejahatan yang engkau lakukan, maka engkau adalah orang yang beriman.” (HR Ahmad)
3. Bahkan seorang mukmin itu amat malu dan takut dengan dosanya. Mukmin menganggap dosa mereka seperti gunung yang akan menimpanya. Sabda Rasulullah:
إِنَّ المُؤمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَن يَقَعَ عَلَيهِ، وَإِنَّ الفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنفِهِ
○"Sesungguhnya seorang mukmin itu melihat dosanya seperti dia sedang duduk di bawah bukit dan bimbang bukit (dosa) itu itu akan menimpanya sedangkan orang yang fajir (fasiq) itu melihat dosanya hanya seperti lalat di atas hidungnya." (HR al-Bukhari).
4. Hadi sangat jelas menunjukkan bahawa seorang mukmin itu sepatutnya sangat malu untuk menayangkan perlakuan dosa mereka. Sabda Rasulullah:
والإثم ما حاك في نفسك وكرهت أن يطلع عليه الناس
"Dosa itu adalah apa yang tidak enak dihatimu dan engkau benci untuk menayangkannya di hadapan manusia." (HR Muslim).
5. Hari ini sifat itu telah semakin pupus. Sehinggakan seorang muslim itu sudah tidak merasa malu lagi untuk berkongsi perlakuan dosa, malah menjadikannya tujuan atas kepentingan yang sukar difahami.
Moga Allah membimbing kita.
Dr Ahmad Sanusi Azmi
Timbalan Pengerusi Muafakat Ilmuan Islam (MUIS)
Dosa ni semua orang mampu lakukan.
Tapi taubat nasuha tak semua yang mampu lakukan.
Teruskan berjuang semua.
Biar Allah nilai usaha kita bukan sekadar hasil.
@kisahtaubat
Assalamualaikum semua.
Sedar dah masuk 1 Mei 2024. Tapi aku sendiri masih tak berubah.
Apa pun, aku cuma harap korang pun tak putus asa.
@kisahtaubat
Assalamualaikum semua.
Kenapa yang bertanya kenapa aku dah tak buat Google Form adalah sebab link lama dah tak leh buka dan aku dah lupa password email lama tu.
Jadi ni link Google Form baru kot ada yang nak kongsi kisah korang.
https://rb.gy/o236bf
@kisahtaubat
Baru dapat reply email yang dihantar.
Terima kasih.
Teruskan berjuang tau.
Kita sama. Hanyalah, insan biasa yang hendak mencari redha Allah.
@kisahtaubat
Semoga kita semua terus kuat berjuang.
Aku kena kuat gak. Ramai yang nak tengok aku berjaya rupanya.
Aku pun nak tengok korang berjaya.
@kisahtaubat
Terima kasih kerana hantar email dan ambil berat.
Moga terus berjuang jugak.
Memang rasa down. Rasa jijik.
Hanya Allah yang boleh ampunkan dosa kita.
@kisahtaubat
Aku cuma nak ucapkan terima kasih kongsikan link tu.
Aku cuba baca saranan kau demi nak sibukkan diri.
@kisahtaubat
Entah la. Tadi puasa sunat 6 syawal.
Bangun sahur. Cuma ada lebihan nasi goreng. Sikit je dalam 2 senduk.
Terpaksa batalkan puasa takut membazir/nasi goreng basi.
Sekarang dah kenyang, cuma rasa nak sangat tu makin kuat pulak..
Nak tidur jap. Nanti zohor nak bangun nak gi Jumaat pulak.
Harap sangat dapat kawal rasa ni.
@kisahtaubat
Alhamdulillah. Masih berjuang.
Korang pun teruskan berjuang tau.
Kita sama-sama kuat.
Oh ye, email tu, aku dah balas.
@kisahtaubat
Kita dan Allah je tahu maksiat yang kita lakukan.
Kita kena cepat-cepat bertaubat kerana kita tidak tahu, bila kita akan pergi.
@kisahtaubat
𝗣𝗘𝗡𝗖𝗘𝗥𝗢𝗕𝗢𝗛𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗙𝗔𝗛 𝗕𝗘𝗥𝗠𝗨𝗟𝗔
Rejim pengganas Zionis sedang menceroboh dan melakukan pembunuhan beramai-ramai di Rafah.
Mohon sebar-sebarkan saluran telegram ini kepada kenalan kita agar mereka mengetahui pembunuhan yang sedang berlaku di Gaza. Jangan berhenti bersuara untuk perjuangan Palestin.
𝗗𝘂𝗻𝗶𝗮 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻 🇵🇸
t.me/duniapalestin
Alhamdulillah.
Masih bertahan dan berjuang.
Kalau aku boleh, korang pun pasti boleh.
@kisahtaubat
Terima kasih kerana hantar email.
Aku faham, aku tak keseorangan sama seperti korang jugak.
Teruskan berjuang tau
@kisahtaubat
Alhamdulillah.
Masih bertahan.
Tadi keluar gi Jumaat rasa tenang sikit.
Paling penting kena sibukkan diri.
Teruskan berjuang tau semua.
@kisahtaubat
Alhamdulillah.
Masih bertahan dan berjuang.
Tadi baru balas email.
Terima kasih kepada yang tak putus-putus hantar email.
Bagi semangat yang sangat-sangat diperlukan.
Teruskan berjuang semua.
@kisahtaubat
Assalamualaikum semua.
Esok dah 3 march.
Tapi belum ada rasa hati lagi nak teruskan niat tu.
Benda jahat, Allah jauhkan kot.
Alhamdulillah
Teruskan berjuang semua.
@kisahtaubat