kitabyzatyeyy | Unsorted

Telegram-канал kitabyzatyeyy - kita ✨ by @zatyeyy

-

'cukuplah Allah bagiku' by : @zatyeyy (on ig)

Subscribe to a channel

kita ✨ by @zatyeyy

Hakikatnya takdir kehidupan itu kadangkala menyakitkan, tetapi ketahuilah, walau ribut petir dan hujan berterusan, suatu saat ia pasti akan berhenti jua.

Maka, jika awan tahu bila perlu berhenti menjatuhkan airnya ke daratan, kamu juga perlu tahu bila perlu berhenti mengenang kisah lalu dan teruskan saja kehidupan.

Tidak ada yang kekal selamanya, begitu juga perasaanmu, ok ?

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

New video : Larangan membunuh diri

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Jika kita terlalu mengejar kesempurnaan, kita akan kehilangan yang terbaik

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

https://open.spotify.com/episode/4MwBte41SN3Q4zKePfAyGZ?si=qmBn76GqS8abkMBmg8Smzw&utm_source=native-share-menu

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Islamic podcast for today. 4 minit ja gais

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

45 : Bahkan kami biasa berbincang (untuk tujuan yang batil) bersama mereka yg membincangkannya

46 : Dan kami mendustakan hari pembalasan

47 : sehingga datang kepada kami kematian

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

ingat, ilmu angkasa yang kita boleh percayai hanyalah ilmu astronomi. Bahkan ilmu astronomi ini juga digunakan untuk menentukan waktu solat, tarikh hari raya, tarikh puasa Ramadhan dan sebagainya.

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Cinta Itu Buta.

Benci juga buta.

Cinta membutakan kita daripada keburukan seseorang, namun benci membutakan kita daripada kebaikan seseorang.

Betapa tidak adilnya kehidupan.

Perasaan peribadi menjadi ketua dalam diri.

@kitabyzatyeyy

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

https://youtu.be/GoV-vGH8HS0

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Fatwa yang benar

- Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya sendiri bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan seluruh anggota keluarga menyetujui rencana perkahwinan itu, namun Nabi Yahya menentangnya dan mengeluarkan fatwa bahawa perkahwinan itu tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seseorang mengahwini anak saudaranya sendiri.

- Berita rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang melarangnya tersiar di seluruh pelusuk kota dan menjadi pembicaraan orang di segala tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri, yang telah membawa reaksi dan pendapat di kalangan masyarakat yang luas. Dia khuatir bahawa bapa saudaranya, calon suaminya, Herodus, dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan diidam-idamkan, bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta perkahwinan yang telah disepakati itu.

- Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Ia berusaha dengan bersenjatakan kecantikan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi bapa saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan. Dengan merias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara. Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya yang nampak lebih cantik daripada biasa : "Hai manisku, apakah yang dapat aku berbuat untukmu?. Katakanlah. Aku akan patuhi segala permintaanmu. Kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan keinginanmu."

- Herodia menjawab: "Jika Tuanku berkenan, maka aku hanya mempunyai satu permintaan yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita dan mencemarkan nama baik Tuanku dan namaku sekeluarga di segala tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku memperkenankan permintaanku ini".

- Herodus yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh kecantikan dan keelokan Herodia tidak berkutik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan menghalangi rencana perkahwinannya telah disingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya.

- Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam ayat 2 sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 sehingga ayat 41 dan surah Al-Anbiya' ayat 89 sehingga ayat 90.

- Wikipedia

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Nabi Zakaria Ayah Nabi Yahya

- Nabi Zakaria, ayah kepada Nabi Yahya sedar dan mengetahui bahawa anggota-anggota keluarga, saudara-saudara, sepupu-sepupu, dan anak-anak saudara baginda, adalah orang-orang jahat Bani Israel yang tidak segan melanggar hukum-hukum agama dan berbuat maksiat, disebabkan iman dan rasa keagamaan mereka belum meresap betul didalam hati mereka, sehingga dengan mudah mereka tergoda dan terjerumus ke dalam lembah kemungkaran dan kemaksiatan.

- baginda khuatir bila ajal baginda tiba dan meninggalkan mereka tanpa seorang waris yang dapat melanjutkan pimpinannya atas kaumnya, mereka akan makin rosak dan makin berani melakukan kejahatan dan kemaksiatan bahkan ada kemungkinan mereka mengadakan perubahan-perubahan di dalam kitab suci Taurat dan menyalah-gunakan hukum-hukum agama.

- Kekhuatiran itu selalu mengganggu fikiran Zakaria disamping rasa sedih hatinya bahawa ia sejak kahwin hingga mencapai usia sembilan puluh tahun, Tuhan belum mengurniakannya dengan seorang anak yang diidam-idamkan untuk menjadi penggantinya memimpin dan mengimami Bani Israel.

- Baginda agak terhibur dari rasa sedih dan kekhuatirannya semasa baginda bertugas memelihara dan mengawasi Maryam yang dapat dianggap sebagai anak kandungnya sendiri. Akan tetapi rasa sedihnya dan keinginanya yang kuat untuk memperolehi keturunan tergugah kembali ketika ia menyaksikan mukjizat hidangan makanan dimihrabnya Maryam. Ia berfikir didalam hatinya bahawa tiada sesuatu yang mustahil di dalam kekuasaan Allah. Allah yang telah memberi rezeki kepada Maryam dalam keadaan seorang diri tidak berdaya dan berusaha, Dia pula berkuasa memberinya keturunan bila Dia kehendaki walaupun usianya sudah lanjut dan rambutnya sudah penuh uban.

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Assalamualaikum everyone !

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

https://youtu.be/seWvFlLunWQ

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

sejujurnya, kebanyakan wanita memang seperti itu. dia hanya suka apa yang dia sangkakan terhadap lelaki tu. faham x? cthnya, dia harap sangat lelaki tu jadi seorang suami yang romantik tapi sebenarnya dia bukan romantik pun, dan tidak pernah ingin untuk menjadi romantik. tapi perempuan tu suka dia sebab perempuan tu yakin lelaki tu akan jadi seperti yang dia harapkan.

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Alhamdulillah, habislah penceritaan tentang kisah Nabi Zakaria ❤️

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Buat anda yang pernah berfikiran untuk menghentikan semuanya dan lari daripada masalah, ketahuilah, anda tidak berseorangan 📌

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

https://www.instagram.com/tv/Cao-2JBAIqQ/?utm_medium=copy_link

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Islamic podcast for today

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

"Buatlah perangai yang bagus-bagus tapi jangan pernah merasa bagus"

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

https://open.spotify.com/episode/5rfdwWF9eXdWuNgNZjqap6?si=MEW_Is0SRjaueBTJeJp3JQ&utm_source=native-share-menu

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Surah Al-Muddathir

41 : Tentang keadaan orang yg berdosa, yang akan ditanya

42 : Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar

43 : Mereka menjawab, kami tidak tergolong dalam orang yang menunaikan solat

44 : dan tidak memberi makan kepada orang miskin

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Hukum mempercayai zodiak

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

https://www.instagram.com/tv/CLQmdamhj0a/?igshid=1220pba18i17m

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Azab Allah Kepada Mereka

- "Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa hak (alasan yang benar) dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, sampaikanlah kepada mereka kabar gembira yaitu azab yang pedih,"

(surah Ali-Imran ayat 21)

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Nabi Yahya dilahirkan

- Pada suatu malam yang sudah larut, duduklah Zakaria di mihrabnya menghening cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat.

- Dengan suara yang lemah lembut baginda berdoa: "Ya Tuhanku, berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan rosak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati, tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul. Namun kekuasaan-Mu adalah di atas segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemu berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai."

- Allah berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: "Wahai Zakaria, Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah, menjadi pemimpin yang diikuti, bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi."

- Zakaria berkata "Ya Tuhanku, bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteriku adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usia."

- Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau, padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?"

- Zakaria berkata "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku telah mengandung."

- Allah berfirman: "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari."

- Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa ia diberi ilmu dan hikmah semasa dia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti kepada kedua orang tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka.

- Baginda terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.

- baginda dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Baginda memiliki keberanian dalam mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran dan melawan kebathilan.

- baginda selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari dosa mereka. Dan sebagai tanda taubatnya mereka dimandikan { dibaptiskan } di sungai Jordan, kebiasaan mana hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana Nabi Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia dijuluki "Yahya Pembaptis".

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Sorry sebab lama x active 😭 harini baru ana dpt active kan semula channel ni sebab cuti. Btw, harini ana akan share kisah Nabi Yahya 📌

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Bismillahirrahmanirrahim..
Admin nak minta tolong sikit, mohon forward mesej ini untuk INVITE sahabat2 yang lain join channel ini ya.❤️

--> t.me/TeamEbitLew

Jom kita terus berikan sokongan penuh untuk Ustaz Ebit Lew yang bakal menambahkan cawangan perniagaan barunya Elewsmart. 👍

Jika seorang forward kepada 10 orang, maka lebih ramai yang akan dapat manfaat inshaAllah.😊

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

tulah kenapa, kadang2 Allah jauhkan orang yang kita suka daripada kita.

sebab, dia,
bukan yang kita cari.
bukan yang kita sangka.
bukan yang kita mahu.
bukan yang kita perlu.

sebab itu Allah bawa dia menjauh.

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

📌 quotes from movie "Ajari Aku Islam"

Читать полностью…

kita ✨ by @zatyeyy

Dikabulkan Allah SWT

- Zakaria menjadi sangat terkejut

- Zakaria berkata: "Berilah aku suatu tanda (bahawa isteriku telah mengandung)".

- Allah berfirman: "Tandanya bagimu, kamu tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari, kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah (nama) Tuhanmu sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari".

- Maka Kami memperkenankan doanya, dan Kami anugerahkan kepada nya Yahya dan Kami jadikan isterinya dapat mengandung. Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu' kepada Kami.
(Quran 21:90)

- Ini bukan anak biasa. Yahya diberikan hikmat saat masih kecil dan diperintahkan oleh Allah untuk berpegang teguh pada Taurat. Dia bersimpati dan mampu menunjukkan belas kasih dan belas kasihan kepada umat manusia. Allah menciptakan Yahya, benar, dan bebas dari dosa.

- “Hai Yahya, ambillah Al Kitab (Taurat) itu dengan sungguh-sungguh. Dan kami berikan kepadanya hikmah selagi ia masih kanak-kanak," (Quran 19:12)

- Doa yang tulus dari seorang lelaki tua dan isterinya yang mandul diterima oleh Allah SWT, dan sebuah pelajaran berharga diajarkan kepada semua umat manusia.

Kurniaan Allah tidak terbatas.

Читать полностью…
Subscribe to a channel