Btw, kalau ada sesiapa yang mau mula tinggalkan lagu2 lagha dan mau start dengar lagu2 nasyid untuk dijadikan hiburan, boleh cek pin chat channel ni ok 👍
Читать полностью…Didunia ini, semua benda bersifat sementara.
Begitu juga dengan kesakitan mu, kelelahan mu, dan tangisan mu.
Hakikatnya takdir kehidupan itu kadangkala menyakitkan, tetapi ketahuilah, walau ribut petir dan hujan berterusan, suatu saat ia pasti akan berhenti jua.
Maka, jika awan tahu bila perlu berhenti menjatuhkan airnya ke daratan, kamu juga perlu tahu bila perlu berhenti mengenang kisah lalu dan teruskan saja kehidupan.
Tidak ada yang kekal selamanya, begitu juga perasaanmu, ok ?
45 : Bahkan kami biasa berbincang (untuk tujuan yang batil) bersama mereka yg membincangkannya
46 : Dan kami mendustakan hari pembalasan
47 : sehingga datang kepada kami kematian
ingat, ilmu angkasa yang kita boleh percayai hanyalah ilmu astronomi. Bahkan ilmu astronomi ini juga digunakan untuk menentukan waktu solat, tarikh hari raya, tarikh puasa Ramadhan dan sebagainya.
Читать полностью…Cinta Itu Buta.
Benci juga buta.
Cinta membutakan kita daripada keburukan seseorang, namun benci membutakan kita daripada kebaikan seseorang.
Betapa tidak adilnya kehidupan.
Perasaan peribadi menjadi ketua dalam diri.
@kitabyzatyeyy
Fatwa yang benar
- Dikisahkan bahawa Hirodus Penguasa Palestin pada waktu itu mencintai anak saudaranya sendiri bernama Hirodia, seorang gadis yang cantik, ayu, bertubuh lampai dan ramping dan berhasrat ingin mengahwininya. Sang gadis berserta ibunya dan seluruh anggota keluarga menyetujui rencana perkahwinan itu, namun Nabi Yahya menentangnya dan mengeluarkan fatwa bahawa perkahwinan itu tidak boleh dilaksanakan kerana bertentangan dengan syariat Musa yang mengharamkan seseorang mengahwini anak saudaranya sendiri.
- Berita rencana perkahwinan Hirodus dan Hirodia serta fatwa Nabi Yahya yang melarangnya tersiar di seluruh pelusuk kota dan menjadi pembicaraan orang di segala tempat di mana orang berkumpul. Herodia si gadis cantik calon isteri itu merasa sedih bercampur marah terhadap Nabi Yahya yang telah mengeluarkan fatwa mengharamkan perkahwinannya dengan bapa saudaranya sendiri, yang telah membawa reaksi dan pendapat di kalangan masyarakat yang luas. Dia khuatir bahawa bapa saudaranya, calon suaminya, Herodus, dapat terpengaruh oleh fatwa Nabi Yahya itu dan terpaksa membatalkan perkahwinan yang sudah dinanti-nanti dan diidam-idamkan, bahkan sudah menyiapkan segala sesuatu berupa pakaian mahupun peralatan yang perlu untuk pesta perkahwinan yang telah disepakati itu.
- Menghadapi fatwa Nabi Yahya dan reaksi masyarakat itu, Herodia tidak tinggal diam. Ia berusaha dengan bersenjatakan kecantikan dan parasnya yang ayu itu mempengaruhi bapa saudaranya calon suaminya agar rencana perkahwinan dilaksanakan. Dengan merias diri dan berpakaian yang merangsang, ia pergi mengunjungi bapa saudaranya Herodus yang sedang dilanda mabuk asmara. Bertanya Herodus kepada anak saudaranya calon isterinya yang nampak lebih cantik daripada biasa : "Hai manisku, apakah yang dapat aku berbuat untukmu?. Katakanlah. Aku akan patuhi segala permintaanmu. Kedatanganmu kemari pada saat ini tentu didorong oleh sesuatu hajat yang mendesak yang ingin engkau sampaikan kepadaku. Sampaikanlah kepadaku tanpa ragu-ragu, hai sayangku, aku sedia melayani segala keperluan dan keinginanmu."
- Herodia menjawab: "Jika Tuanku berkenan, maka aku hanya mempunyai satu permintaan yang mendorongku datang mengunjungi Tuanku pada saat ini. Permintaanku yang tunggal itu ialah kepala Yahya bin Zakaria orang yang telah mengacau rencana kita dan mencemarkan nama baik Tuanku dan namaku sekeluarga di segala tempat dan penjuru. Supaya dia dipenggal kepalanya. Alangkah puasnya hatiku dan besarnya terima kasihku, bila Tuanku memperkenankan permintaanku ini".
- Herodus yang sudah tergila-gila dan tertawan hatinya oleh kecantikan dan keelokan Herodia tidak berkutik menghadapi permintaan calon isterinya itu dan tidak dapat berbuat selain tunduk kepada kehendaknya dengan mengabaikan suara hati nuraninya dan panggilan akal sihatnya. Demikianlah maka tiada berapa lama dibawalah kepala Yahya bin Zakaria berlumuran darah dan diletakkannya di depan kesayangannya Herodia yang tersenyum tanda gembira dan puas hati bahawa hasratnya membalas dendam terhadap Yahya telah terpenuhi dan rintangan utama yang akan menghalangi rencana perkahwinannya telah disingkirkan, walaupun perbuatannya itu menurunkan laknat Tuhan atas dirinya, diri rajanya dan Bani Isra'il seluruhnya.
- Cerita tentang Zakaria dan Yahya terurai di atas dikisahkan oleh Al-Quran, surah Maryam ayat 2 sehingga ayat 15, surah Ali Imran ayat 38 sehingga ayat 41 dan surah Al-Anbiya' ayat 89 sehingga ayat 90.
- Wikipedia
Allah Sayang?
Seringkali kita dengar kata-kata ini keluar dari mulut sebahagian pendakwah.
Tahukah anda, sebenarnya tahap sayang atau tidak Allah kepada seseorang itu ada piawaiannya dan ia boleh diukur.
Ada beberapa hadis yang boleh dikatakan menjadi kayu ukur, sama ada Allah sayang kepada kita dan mahukan kebaikan kepada kita ataupun tidak.
1. Hadis yang diriwayatkan oleh al-Imām al-Bukhārī menerusi Abū Hurayrah, Nabi ﷺ bersabda,
مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُصَِبْ مِنْهُ
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan buatnya, Allah akan memberinya ujian.”
2. Hadis masyhur yang diriwayatkan oleh al-Imām al-Bukhārī dan al-Imām Muslim menerusi Muʿāwiyah bin Abū Sufyan, Nabi ﷺ bersabda
مَنْ يُرِدِ اللَّهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِي الدِّينِ
“Sesiapa yang Allah mahukan kebaikan buatnya, Dia akan memberi kefahaman agama kepada seseorang itu.”
3. Hadis yang diriwayatkan oleh al-Imām Tirmidhī menerusi Anas bin Mālik, Nabi ﷺ bersabda,
إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ ». فَقِيلَ كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ : « يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ الْمَوْتِ
“Apabila Allah mahukan kebaikan buat seseorang hamba, Allah akan gunakannya.
Ditanyakan, “Bagaimana Allah menggunakannya, wahai Rasulullah?”
Baginda menjawab, “Allah mendorongnya untuk melakukan amal soleh sebelum mati.”
Demikian tiga kayu ukur atau neraca untuk mengukur kebaikan yang ada pada diri seseorang. Sebelum menuding jari melihat orang lain, marilah kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri. Sejauh mana Allah inginkan kebaikan kepada kita.
Kalau Allah uji, adakah kita bersabar? Adakah Allah dorongkan kita untuk melakukan amal soleh? Adakah Allah mendorong kita untuk mempelajari dan memahami ilmu agama?
Masih belum terlambat. Perbaiki dan usahalah untuk menjadi orang yang terbaik dari masa ke masa. Moga Allah bantu kita.
Kredit:
Ustaz Abu Uwais Al-Merwi.
2 tahun berturut² sudah dilaksanakan. Kini masuk tahun ketiga.
10k remaja seluruh Malaysia akan sertai!
Kempen Remaja Rindu Ramadhan kini kembali lagi
Dengan pelbagai aktivit yang akan diadakan di cawangan KRIM seluruh Malaysia antaranya;
🎓 Usrah Mega Khas Ramadan
🎯 Cabaran Tilawah Individu
🧩 Kuiz Ramadan Atas Talian
📖 Pertandingan Memori Ramadhan
📚 Tadarus Al Quran Berkumpulan
👟 Seribu Langkah Badar
🕌 Jelajah Masjid
🍽 Iftar Jamaie
⛱ Jejak Bazar
dan macam-macam lagi...
Kempen bermula 1 March 2022 sehingga 2 Mei 2022 dan terbuka kepada semua remaja dari 12 tahun sehingga 18 tahun.
Pelbagai hadiah misteri menanti anda.
Boleh daftar di link ini👇
https://remajarinduramadan.com/
Atau hubungi
1. Abg Hasif, 011 11493684
2. Kak fatimah, 013 2483820
Mari jadi remaja yg dekat dengan al Qur'an dan ibadah².
Jom daftar!
Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut boleh join Komuniti Remaja Rindu Ramadan melalui link dibawah
/channel/Komuniti3R
#RemajaRinduRamadhan
#KelabRemajaIsma
If they can talk about others to you, then they can also talk about you to others.
Читать полностью…no matter how tired you are, don't give up. you went this far. it's not easy. so, don't stop. you can take a rest, but you can't stop walking.
Читать полностью…Buat anda yang pernah berfikiran untuk menghentikan semuanya dan lari daripada masalah, ketahuilah, anda tidak berseorangan 📌
Читать полностью…Surah Al-Muddathir
41 : Tentang keadaan orang yg berdosa, yang akan ditanya
42 : Apa yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka Saqar
43 : Mereka menjawab, kami tidak tergolong dalam orang yang menunaikan solat
44 : dan tidak memberi makan kepada orang miskin
Azab Allah Kepada Mereka
- "Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa hak (alasan yang benar) dan membunuh orang-orang yang menyuruh manusia berbuat adil, sampaikanlah kepada mereka kabar gembira yaitu azab yang pedih,"
(surah Ali-Imran ayat 21)
Nabi Yahya dilahirkan
- Pada suatu malam yang sudah larut, duduklah Zakaria di mihrabnya menghening cipta memusatkan fikiran kepada kebesaran Allah seraya bermunajat dan berdoa dengan khusyuk dan keyakinan yang bulat.
- Dengan suara yang lemah lembut baginda berdoa: "Ya Tuhanku, berikanlah aku seorang putera yang akan mewarisiku dan mewarisi sebahagian dari keluarga Ya'qub, yang akan meneruskan pimpinan dan tuntunanku kepada Bani Isra'il. Aku khuatir bahawa sepeninggalanku nanti anggota-anggota keluargaku akan rosak kembali aqidah dan imannya bila aku tinggalkan mati, tanpa seorang pemimpin yang akan menggantikan aku. Ya Tuhanku, tulangku telah menjadi lemah dan kepalaku telah dipenuhi uban, sedang isteriku adalah seorang perempuan yang mandul. Namun kekuasaan-Mu adalah di atas segala kekuasaan dan aku tidak jemu-jemu berdoa kepadamu memohon rahmat-Mu mengurniai kau seorang putera yang soleh yang engkau redhai."
- Allah berfirman memperkenankan permohonan Zakaria: "Wahai Zakaria, Kami memberi khabar gembira kepadamu, kamu akan memperoleh seorang putera bernama Yahya yang soleh yang membenarkan kitab-kitab Allah, menjadi pemimpin yang diikuti, bertahan diri dari hawa nafsu dan godaan syaitan serta akan menjadi seorang nabi."
- Zakaria berkata "Ya Tuhanku, bagaimana aku akan memperolehi anak sedangkan isteriku adalah seorang perempuan yang mandul dan aku sendiri sudah lanjut usia."
- Allah menjawab dengan firman-Nya: "Demikian itu adalah suatu hal yang mudah bagi-Ku. Tidakkah aku telah ciptakan engkau, padahal engkau di waktu itu belum ada sama sekali?"
- Zakaria berkata "Ya Tuhanku, berilah aku akan suatu tanda bahawa isteri aku telah mengandung."
- Allah berfirman: "Tandanya bagimu bahawa engkau tidak dapat berkata-kata dengan manusia selama tiga hari berturut-turut kecuali dengan isyarat. Dan sebutlah nama-Ku sebanyak-banyaknya serta bertasbihlah di waktu petang dan pagi hari."
- Nabi Yahya bin Zakaria a.s. tidak banyak dikisahkan oleh Al-Quran kecuali bahawa ia diberi ilmu dan hikmah semasa dia masih kanak-kanak dan bahawa ia seorang putera yang berbakti kepada kedua orang tuanya dan bukanlah orang yang sombong durhaka.
- Baginda terkenal cerdik pandai, berfikiran tajam sejak ia berusia muda, sangat tekun beribadah yang dilakukan siang dan malam sehingga berpengaruh kepada kesihatan badannya dan menjadikannya kurus kering, wajahnya pucat dan matanya cekung.
- baginda dikenal oleh kaumnya sebagai orang alim menguasai soal-soal keagamaan, hafal kitab Taurat, sehingga ia menjadi tempat bertanya tentang hukum-hukum agama. Baginda memiliki keberanian dalam mengambil sesuatu keputusan, tidak takut dicerca orang dan tidak pula menghiraukan ancaman pihak penguasa dalam usahanya menegakkan kebenaran dan melawan kebathilan.
- baginda selalu menganjurkan orang-orang yang telah berdosa agar bertaubat dari dosa mereka. Dan sebagai tanda taubatnya mereka dimandikan { dibaptiskan } di sungai Jordan, kebiasaan mana hingga kini berlaku di kalangan orang-orang Kristian dan kerana Nabi Yahya adalah orang pertama yang mengadakan upacara itu, maka ia dijuluki "Yahya Pembaptis".