hadis ini mudah untuk difahami secara zahirnya.
hadis ini menyampaikan tentang pentingnya mengasihi saudara kita sendiri (saudara seagama) dalam melengkapkan keimanan kiita. sebagaimana kita mengasihi diri kita, seperti itulah kita kasihi saudara-saudara kita.
mungkin ada ja penjelasan yang lebih panjang untuk hadis ini, tapi saya belum temuinya lagi
Читать полностью…hadis ini ringkas. antara yang saya boleh kongsikan ialah hadis ini menunjukkan bahawa seorang Muslim itu sebaiknya meninggalkan perkara yang tidak mendatangkan kebaikan buat dirinya.
contohnya, mengata keburukan orang, mengumpat, melakukan sesuatu yang tidak diperintahkan dalam agama.
hadis ini saya pernah jumpa dalam kitab fiqh mazhab syafie iaitu fiqh al-manhaji, dalam bab poligami. dalam kitab tersebut, hadis ini digunakan sebagai peringatan kepada lelaki yang berpoligami tentang hukum berpoligami tanpa keperluan.
saja bagi selingan 🥹
hadis ini juga menunjukkan tentang seseorang yang bermusafir sedang berdoa. terdapat sebuah hadis yang menyebutkan tentang doa orang musafir antara doa yang makbul.
“Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya iaitu doa orang yang dizalimi, doa orang yang bermusafir dan doa orang tua untuk anaknya” (HR Tirmizi)
hadis ini juga memberitahu kita agar kurang mempersoalkan tentang perkara yang telah disyariatkan.
guru saya pernah menjawab soalan seorang rakan saya yang bertanya "apa hikmah ibadah ini, ibadah itu, kenapa kita perlu buat ibadah itu, ibadah ini". guru saya menjawab, tidak semua ibadah diketahui hikmahnya oleh manusia, tidak semua ibadah diketahui "mengapa ini diwajibkan, mengapa ini disunatkan". tapi, apa yang pasti, sebagai umat Islam, kita mesti melaksanakan perkara yang telah disyariatkan.
kita perlu memerangi orang yang menghalang kita menyebarkan agama Islam supaya dakwah Islam sampai kepada seluruh umat. apabila dakwah telah disampaikan, terpulang pada seseorang itu untuk menerima ataupun menolak.
Читать полностью…hadis ketujuh pasal agama itu adalah nasihat. nasihat ini terbahagi kepada lima nasihat
Читать полностью…Dari saya kecil, selain baca al-mulk, parents saya ajar untuk biasakan baca doa ni sebelum tidur :
1- Al-fatihah
2 - Ayatul kursi
3- Surah 3 qul
4- Doa tidur
cara yang paling mudah ialah mendoakan kebaikan buat saudara kita. apa apa kebaikan yang kita inginkan, doakan juga saudara kita mendapat benda yang sama.
contohnya, nikmat keamanan. di dunia ni, tidak semua orang peroleh nikmat keamanan. bersyukurlah kita masih hidup di persekitaran dan kawasan yang cukup tenteram. ada saudara kita di luar sana yang setiap hari mendengar letupan bom, bajunya sentiasa berlumuran darah, hidup dalam serba kekurangan ditambah pula ketakutan dan kesengsaraan.
oleh itu, sama-sama lah kita doakan keamanan buat mereka yang masih berjuang mempertahankan hak agama dari dirampas oleh tangan-tangan durjana.
🍉🍉🍉
dalam hadis arbain ni, saya rasa ni hadis ketiga berbincang tentang perkara syubhah. hadis2 yang telah saya kongsikan sebelum ini juga ada membincangkan tentang perkara syubhah. boleh rujuk hadis2 di atas.
seperti biasa, syubhah ni perkara yang diragui dan tidak dapat ditentukan hukumnya. dalam Islam, kita digalakkan untuk meninggalkan sesuatu perkara syubhah. selagi tidak tahu hukum sebenarnya, sebaiknya tinggalkanlah. contoh, sekiranya ada amalan yang tidak jelas pensyariatannya, utamakanlah amalan yang jelas pensyariatannya terlebih dahulu. sekiranya ada makanan yang tidak jelas hukum halal/haramnya, utamakanlah makanan yang jelas halalnya terlebih dahulu.
sedikit tambahan tentang soal pemakanan yang bersih (halal)
ramai orang salah faham tentang konsep makanan halal. ramai orang menganggap "asalkan restoran ini tidak hidang arak dan daging babi, restoran ini dikira halal".
sebenarnya, ada juga perkara lain perlu diketahui tentang konsep halal. contohnya, sumber bahan mentah mereka seperti daging dan ayam. perlu diketahui, daging dan ayam hanya akan menjadi halal untuk dimakan setelah disembelih. tidak semua tempat makan mengambil sumber bahan mentah yang telah disembelih secara syarak. oleh itu, sebagai langkah berhati-hati, utamakan tempat makan yang mempunyai sijil halal yang jelas.
antara point penting dari hadis ini ialah tentang menjaga pemakanan. kadangkala kita pandang remeh soal pengambilan makan minum kita, kadangkala kita pandang remeh soal halal haram makan minum kita.
guru saya pernah berpesan, jagalah perut kita dari makan minum yang syubhah (yg ada keraguan padanya) kerana makanan itu akan menjadi sebahagian darah daging kita dan kalau dalam darah daging kita terisi dengan makanan yang haram, maka kuranglah keberkatan hidup kita.
hadis ini jelas maksudnya. Rasulullah SAW mengarahkan kita meninggalkan perkara yang telah baginda larang (haramkan) dan melakukan perkara yang telah diperintahkan.
Читать полностью…itu jak yang saya boleh kongsikan, sebab saya kurang rujukan dan pemahaman untuk hadis ni 😭
Читать полностью…hadis ini secara ringkasnya menerangkan bahawa kita difardhukan memerangi musuh Islam yang berkemungkinan menghalang penyebaran risalah Islam.
Читать полностью…nasihat lillah - beriman kepada Allah, melakukan ibadah denagan ikhlas, mentaatinya dan menjauhi segala larangannya
nasihat lilkitab - meyakini Al quran merupakan kalamullah dan berusaha memperelok bacaan serta memahami isi kandungannya
nasihat lirrasul - membenarkan kenabian rasul dan mengikuti ajarannya
nasihat li aimmati muslimin - membantu dalam tugasan/ saling menasihati apabila terlupa akan sesuatu suruhan atau larangan
nasihat li ammatihim - membimbing ke arah kebaikan dunia dan akhirat dan menggalakkan mereka kepada ketaatan
Qunut nazilah yang dibaca oleh Sayyidi al Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafizd ketika ini. 🤲🏻
اللَّهُمَّ يَا رَافِعَ الْبَلَاءِ ارْفَعِ الْبَلَاءَ عَنَّا وَعَنْ جَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ
Ya Allah, wahai yang mengangkat bala, angkatlah bala daripada kami dan seluruh umat islam.
اللَّهُمَّ يَا دَافِعَ الْبَلَاءِ ادْفَعِ الْبَلَاءَ عَنَّا وَعَنْ جَمِيعِ الْمُسْلِمِينَ
Ya Allah, wahai yang menolak bala, tolaklah bala daripada kami dan seluruh umat islam.
اللَّهُمَّ يَا كَافِيَ الْبَلَاءِ اكْفِنَا الْبَلَاءَ، وَجَمِيعَ الْمُسْلِمِينَ
Ya Allah, wahai yang menghindarkan bala, hindarkanlah bala daripada kami dan seluruh umat islam.
اللَّهُمَّ يَا كَاشِفَ الضُّرِّ اكْشِفْ مَا بِنَا مِنْ ضُرٍّ وَبِالْمُسْلِمِينَ
Ya Allah, wahai yang menyingkap akan kemudaratan, singkapkanlah kemudaratan daripada kami dan seluruh umat islam.
اللَّهُمَّ يَا قَرِيبَ الْفَرَجِ عَجِّلْ لَنَا مِنْكَ بِفَرَجٍ قَرِيبٍ وَلِلْمُسْلِمِينَ
Ya Allah, wahai yang hampir kesenangan dari-Nya, segerakanlah bagi kami dan umat islam akan kesenangan yang hampir itu.
اللَّهُمَّ يَا سَرِيعَ الْغَوْثِ عَجِّلْ لَنَا مِنْكَ بِغِيَاثٍ سَرِيعٍ شَامِلٍ وَلِلْمُسْلِمِينَ
Ya Allah, wahai yang cepat pertolongannya, percepatkanlah bagi kami dan umat islam akan pertolongan yang menyeluruh dari-Mu.
اللَّهُمَّ رُدَّ كَيْدَ أَعْدَاءِكَ أَعْدَاءِ الدِّينِ فِي نُحُورِهِمْ وَاكْفِ الْمُسْلِمِينَ جَمِيعَ شُرُورِهِمْ وَلَاتُبَلِّغْهُمْ مُرَادًا فِينَا وَلَا فِي أَحَدٍ مِنَ الْمُسْلِمِينَ بِقُدْرَتِكَ يَا أَقْدَرَ الْقَادِرِينَ
Ya Allah kembalikanlah tipu daya musuh-Mu dan musuh agama-Mu kepada batang leher mereka sendiri dan hindarkanlah umat islam daripada segala kejahatan mereka dan janganlah sampaikan kepada mereka akan tujuan mereka terhadap kami dan tidak juga terhadap seorang pun daripada umat islam dengan kekuasaan-Mu wahai Zat yang paling berkuasa.
وَصَلَّى اللّٰهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
Semoga Allah menyampaikan selawat dan salam ke atas penghulu kami Nabi Muhammad dan juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat baginda.